AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Tuesday, August 9, 2011

DOA NABI ISA MENGHIDUPKAN ORANG YANG MATI

Diriwayatkan daripada Abi Hazil Radiallahuanhu (ابي هذيل) sanya Nabi Allah Isa a.s apakala hendak menghidupkan orang yang mati, sembahyang olehnya dua rakaat kemudian sujud ia dan membaca doa:

يا قديم يا قديم يا احد يا واحد يا صمد

Doa nabi Isa menghidupkan orang mati adalah rahsia nama-nama Allah (أسرار أسماء الله الحسنى) dari Imam Al-Alamah Ahmad bin Yusuf Al-Buni (الامام العلامة أحمد بن يوسف البونى) dan juga dari Abi Hazil yang berbunyi:
عن أبى هذيل رضى الله تعالى عنه قال:كان عيسى عليه السلام اذا أراد أن يحيى الموتى يصلى ركعتين فاذا فرغ سجد ودعا بهذه الأسماء وهى: يا قديم يا دائم يا أحد يا واحد يا صمد
ولا أقول أن من قرأها أحيا الموتى-معاذ الله-وانما تقضى حوائجه ايا كانت

Dan telah berkata Muqatal bin Sulaiman (مقاتل بن سليمان) Radiallahuanhu, doa yang dibaca oleh Nabi Isa pada menghidupkan orang yang mati ini, sudah 40 tahun lamanya aku mencari, baharulah aku dapat iaitu daripada seorang Syeikh Ahli Ulama, berkata syeikh itu: Sesiapa membacanya 100 kali lepas sembahyang subuh dan memohon daripada Allah Taala akan sesuatu hajat nescaya dimakbulkan oleh Allah Taala.

Muqatal bin Sulaiman dari Balkh, dan pergi ke Basara, Baghdad Iraq menjadi pentafsir al-Quran dan hadis adalah seorang perawi yang daif dan sering dituduh pembohong.

Dulu sedikit daripada masa Nabi Isa diangkat naik ke langit, iaitu ketika puak-puak Yahudi datang hendak membunuhnya, ia berdoa kerana hendak melepaskan diri daripada mereka iaitu:


اللهم اني اسألك بأسمك الاحد الأعز وأدعوك اللهم باسمك الأحد الصمد وأدعوك اللهم باسمك العظيم الوتر وأدعوك اللهم باسمك الكبير المتعال الذي ملاْ الأركان كلها,ان تكشف عني ما اصبحت فية

----------------------------------------------------------------------------
Amalan ini hamba terima dari mursyid hamba . Mursyid Arifbillah ialah mereka yang terang mata hatinya (kasyaf) dan menurunkan ilmu kepada mereka-mereka yang layak sahaja. Ilmu rahsia tidak di ajar secara terbuka kerana jika didapat kepada orang yang salah maka nasibnya mungkin serupa apa yang berlaku kepada Bal`am iaitu seorang ahli kitab yang menyalahgunakan Ismullah Al A`dzham untuk menghalang perjalanan Nabi Musa AS.
----------------------------------------------------------------------------
Amalan-amalan rahsia pegangan hamba adalah untuk memperjuangkan Islam dan menentang mereka-mereka yang munafik dan fasik apalagi KUFUR dan KAFIR LAKNATULLAH. Kembali kepada Islam yang tulen dan jauhi ULAMA SUK.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.