AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Friday, August 5, 2011

PENGALAMAN MERAWAT KES SAKA

BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM

Awal bulan Julai 2011, aku di ajak oleh sahabat juga merupakan murid tua dalam Akademi ku untuk ke Kuala Selangor , membuang saka seorang nenek tua.Sahabatku ini dulunya berguru dengan seorang perawat Islam berpangkat Datuk di PJ namun setelah ketemu denganku, beliau beralih arah kerana melihat akan kelebihan ku berbanding dengan perawat lain yang di kenalinya.

Sahabatku ini merupakan anak saudara kepada tuan guru idola ku iaitu Allahyarham Ustaz Ghazali Hasbullah yang telah pergi mengadap Tuhan pada 1 Rejab yang lalu. Mereka ni memang berketurunan ulama , jadi tidak hairanlah sahabatku ini mewarisi ilmu-ilmu dari leluhurnya. Sebelum ini aku bersahabat dengan perawat Islam yang juga dari keluarga yang di kenali iaitu keluarga bekas Ketua Polis Negara iaitu cucu kepada Datuk Hassan Azahari. .Kedua sahabatku ini mempunyai pandangan kasyaf, dapat melihat dan berkomunikasi dengan makhluk ghaib. Dengan gabungan kami, kelebihan masing-masing menampung kekurangan salah seorang dari kami.

Dalam perjalanan ke Kuala Selangor, sahabatku memberitahu bahawa keluarga pesakit bukan lah calang-calang orang. Mereka orang seberang dan tuan rumah sendiri pun bukan lah orang sebarang. Namun masalah yang mereka hadapi untuk membuang saka keturunan ini berlanjutan sekian lama. Telah ramai perawat di panggil baik perawat tradisional ( bomoh) mahu pun para ustaz-ustaz gagal untuk membuang saka keturunan ini.

Ingatan dan pesanannya kepada ku agar aku beringat, maklum ajelah ilmu orang-orang dari seberang ni bukan “kecik anak” kata orang-orang tua. Aku hanya tersenyum, kalau takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai kataku.

Sampai aje kesana, sahabatku membisikkan, “Haji, saka ni sedang merewang di udara, memerhatikan kita”. Hmm seperti biasalah bisik hatiku, dia tahu dengan siapa dia akan berhadapan. Kami di jemput oleh tuan rumah, di hidangkan minum petang dan berbual seketika. Tuan rumah menceritakan pelbagai kaedah dan cara yang telah di perbuat oleh orang-orang terdahulu namun hasilnya menghampakan.

Kami pun memulakan tugas dengan saya duduk di kepala pesakit dan sahabat saya di bahagian kaki. Dengan 2 kalimah syahadah, saya mulakan dengan meletakkan tapak tangan di kepala pesakit dan berzikir. Berniat membuang jin saka ini dan mengurungnya di satu tempat khusus dengan terlebih dahulu memohon pada Allah SWT agar perjanjian di antara orang-orang tua nenek ni dengan Jin saka ini di putuskan dan nenek ini di bebaskan dari kesengsaraan ini.

Sahabatku pula dengan kaedahnya tersendiri dengan ilmu dari warisan leluhurnya menangkap prebet-prebet Jin Saka ini yang mengawal di dalam tubuh nenek ini dan mengurungnya di dalam botol. Big boss saka ini tidak masuk langsung ke dalam tubuh walau kami menyeru dan memanggilnya, dia tahu memang nahas kalau berani datang mengadap kami yang hina di sisi Allah ini.

Dalam 10 minit aku berzikir, tiada apa-apa respons dari gerak badan si nenek ini menandakan memang tiada Jin otai-otai yang berada di dalam tubuh pesakit. Memandangkan sahabatku masih dalam proses rawatan dan aku pula tiada gerak penamat dari gerak tanganku maka aku membacakan Surah Yaasin di kepala pesakit.

Bila kami selesai, tuan rumah bertanyakan keadaan pesakit. Kata sahabatku Jin Saka Otai ini meminta agar kalau mahu membuangnya, cari tembaga dari Mekah untuk mengurungnya. Tuan rumah agak kelam-kabut kerana memang mereka ada tembaga dari Mekah ini tetapi tak ingat di mana dan siapa yang menyimpannya. Pesan sahabatku lagi, buat bacaan Yaasin selama 7 malam dengan seramai 40 orang pembaca. Aku hanya berdiam diri kerana biasanya kaedah ku tidak memerlukan apa-apa, dan aku menunggu sahaja isyarat hati kalau ada apa-apa yang perlu aku perkatakan.

Gerak hatiku sangat kuat menyuruh aku memperkatakan sesuatu. Lalu aku bersuara, “ mengikut kaedah saya, selepas saka ini di buang tunggu dalamasa 7 hari.” Pengalaman semasa dengan guru dulu pun, aku di beritahu bahawa dalamasa 7 hari selepas peninggalan roh-roh kotor ini , jasad akan mati. Sememangnya nenek ini dah pun meninggal dunia, yang hidup menumpang di jasad nenek ini adalah Jin Saka ini lah dengan bouncer-bouncernya.

Tepat dalamasa 7 hari, sahabatku memberitahu tuan rumah ada menelefon memberitahu bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Alhamdulillah, dan kata tuan rumah lagi belum pernah dia melihat perawat-perawat sebelum ini hanya duduk berdiam diri di hadapan pesakit dengan berzikir sahaja. Biasanya ada sahaja yang di minta oleh perawat dan ada sahaja gerak laku dan perbualan dengan jin-jin di dalam tubuh pesakit.

Kalau kita bersandar pada Tuhan dengan kemantapan tauhid dan aqidah, pengenalan kepada Tuhan dengan sebenar-benarnya melalui pembelajaran SIFAT 20 dan Ilmu Mengenal Diri, kita akan tahu bahawa sanya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Menyembuhkan. Dia tiada sekutu dalam kekuasaan-Nya dan Dia tidak memerlukan apa-apa untuk menyembuhkan hamba-Nya yang sakit. Hanya memohon kepadanya dengan hati yang ikhlas, menyebut Nama-Nama Nya yang Agung (password pengetuk pintu Arasy) dan berzikir mengingati-Nya. Lalu datanglah bantuan dari langit merupakan bala tentera Allah memberikan bantuan atas hajat pemanggil. Itu sebab Jin Saka Otai ini tidak berani berhadapan dengan kami, mereka tau lawan mereka ada connection dengan tentera Allah di langit malah di bumi juga. Kes selesai dan di tutup.

KES KEDUA – MANGSA SIHIR AKIBAT HASAD DENGKI DAN KES SALAH GUNA ILMU

Selang seminggu sahabatku menelefon lagi meminta agar aku menyelesaikan kes nya di Flat Sri Sabah, Cheras. Sudah 2 hari berturut-turut sahabatku ini merawat pesakit ini dan ada perubahan ketara namun di malam kedua, isteri sahabatku ini didatangi Jin Penyihir itu di dalam mimpi memberi amaran.

Wah, perempuan mana yang tak takut dan suami mana yang tak naik angin bila keadaan ini berlaku. Bila tak dapat apa-apakan perawat, anak bini perawat pula di ganggu. Perkara ini biasa berlaku di mana-mana dan kepada siapa sahaja dan ada kalanya perawat di kerjakan Jin-Jin ini sehingga meninggal dunia.

Banyak sudah aku dengar perawat tradisional mahupun perawat ruqyah di serang sehingga mati. Amat tinggi risikonya kalau ilmu perawat masih di tahap asas yakni sekadar pergi belajar secara berkursus seperti kursus-kursus terbuka atau di mana-mana Darul Ruqyah dan belajar sikit-sikit dari mana-mana guru yang mana dia bukannya murid pilihan guru untuk menerima Ilmu Ghaib. Kalau bukan ilmu warisan keturunan (ilmu ghaib) dan bukan Ilmu Syahadah (Ilmu terus dari Allah SWT), cari lah guru dari kalangan pengamal ilmu ini kerana sekiranya anda menghadapi masalah seperti ini, guru anda dapat membantu. Namun anda sekali-kali tidak boleh lalai, kerana silap langkah anda pasti akan di serang juga kerana di masa kini kita sendiri menempah maut dengan membina tandas di dalam rumah terutama di bilik tidur di mana tempat syaitan adalah di dalam tandas. Banyak serangan berlaku di dalam tandas.

Jadi anda dapat la berfikir sendiri, mengapa kadang kala perawat meminta bayaran yang agak tinggi kerana risiko merawat kes sihir melibatkan nyawa perawat sendiri. Pengalaman lalu mengajar bahawa tiada pengeras juga mengakibatkan penyakit akan menghinggapi perawat juga. Namun saya dan sahabat saya belum pernah meminta-minta sejumlah bayaran, kami merawat dengan ikhlas dan menerima hadiah seikhlasnya juga. Ini kerana dunia perawatan Islam dan tradisional belum diiktiraf dunia kerana ilmu ini Ilmu anugerah Allah SWT yang tiada nilai di sisi manusia walau kami mempertarohkan nyawa untuk merawat pesakit. Alangkah beruntung perawat moden bergelar doktor walau di tahap Ilmu Kalam tetapi di iktiraf di seluruh dunia kerana ianya adalah ilmu ciptaan Yahudi Laknatullah dan ilmu ini amat di sanjung tinggi kerana mendatangkan keuntungan duniawi dengan caj-caj bayaran melibatkan beratus ribu ringgit dan mengakibatkan pesakit kehilangan nyawa tanpa dapat di dakwa oleh keluarga pesakit walau kecuaian dari pihak doktor.

Kami tiba di rumah pesakit di tingkat 16 dan pesakit kelihatan bersahaja. Sedang sebelum kedatangan kami dan di malam sebelelumnya pesakit sudah kena attack. Selepas minum dan berbual seketika, kami memulakan rawatan di bilik pesakit. Sepertimana yang pernah aku katakan, tiada komplikasi apa-apa dan tiada langsung halangan dari alam ghaib malah bantuan dari alam ghaib juga sebenarnya memudahkan kerja kami. Jin-jin penyihir lebih dahulu “angkat kaki” kerana bagi mereka tidak ada guna berkeras dengan perawat yang mendapat banyak bantuan dari alam mereka kerana risikonya akan di tangkap dan di penjarakan. Jauhkan diri lebih selamat dan jangan pandang belakang.

Seterusnya, kami menuju pula ke Flat di seberang jalan bagi menguruskan pula pesakit saka. Bekas bomoh yang dulunya merawat orang dan kini terpaksa menunggu orang yang boleh merawatinya akibat salah guna ilmu warisan leluhurnya. Kes ini juga mudah, kaedah nya juga sama di mana saya duduk di bahagian kepala dan sahabat saya di bahagian kaki. Dalam 15 minit selesai. Sahabat saya ni kan dapat melihat makhluk ghaib, “dah tak ada haji”.

Pesakit menyuarakan bahawa terasa betul perubahan dirinya selepas di rawat berbanding rawatan-rawatan sebelum ini yang tidak memberi bekas langsung.
Saya akan membuat susulan selepas seminggu rawatan dari sahabat saya ni, katanya semua dah clear.

Kami menunggu pula kes selanjutnya……..adakah anda pula selepas ini. Kami tunggu panggilan anda.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.