AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Friday, August 5, 2011

TEKNOLOGI RUHKU VS TEKNOLOGI SAINS DLM RAWATAN LUMPUH


BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM

Pada 30 Julai 2011, aku dihubungi oleh seseorang yang tidak aku kenali, bunyi suaranya agak cemas. Dia meminta aku untuk ke hospital swasta di Kuala Lumpur untuk merawati adik iparnya yang telah lumpuh dari pinggang ke bawah. Aku bertanya dari mana dia tahu tentang diriku, katanya isterinya search di internet dan menjumpai cerita pengalaman ku merawat kaedah jarak jauh.

Selepas solat asar, Halim yang menghubungi aku tadi tiba untuk menjemput aku ke hospital. Di dalam perjalanan aku bertanya cerita sebenarnya apa yang berlaku ke atas adik iparnya ini. Menurutnya adik iparnya ini tiba-tiba meraung sakit ketika di bilik air, kesakitan yang amat sangat sehingga menyebabkan kawan-kawan serumah bujangnya terusnya mengangkatnya dan di bawa ke hospital.

Di hospital, doktor mendapati saraf di bahagian tulang belakang telah pecah dan darah merebak keseluruh badan. Pembedahan telah di buat dan sedikit tulang belakang telah di buang, akibatnya hamba Allah ini telah lumpuh dari pinggang kebawah. Pemuda ini baru berumur 29 tahun, di saat usia muda yang baru nak mengenal dunia dan berjinak dengan alam kedewasaan, pelbagai perkara baru di tempuhi dan menempuh alam percintaan, namun segalanya kini hancur berkecai. Apa lagi yang dapat di fikirkan kalau yang beliau nampak hanya akan tersadar di kerusi atau katil sepanjang hayatnya.

Di fikiranku hanya terbayang satu perkara iaitu gangguan jin kerana tempat yang bermasalah itu adalah tempat duduknya jin di dalam tubuh seorang lelaki. Tentu ada sesuatu yang telah di perbuat oleh anak muda ini sehingga jin belaannya(secara langsung atau tidak diketahui olehnya) telah mengamuk dan memecahkan salur darahnya di bahagian tulang belakang.

Di masa kini terdapat banyak pusat rawatan Islam mahu pun tradisional dan perguruan silat telah menyimpang dari kaedah sebenarnya iaitu asal-asal ilmu ini ditemui atau di asaskan oleh orang-orang terdahulu samada ulama atau guru-guru silat. Bila sesebuah perguruan Silat Jasmani seperti Silat Gayong membuat persembahan atau demonstrasi untuk menarik anak-anak muda menyertainya, ia adalah satu langkah yang baik kerana disiplin yang di bentuk di dalam sesebuah perguruan silat amat baik. Tetapi bila perguruan ini mendakwa bahawa ia adalah perguruan Silat Batin atau Tenaga Dalam, menggunakan ayat-ayat suci dalam amalannya tetapi membuat demonstrasi menunjukkan kehebatan seperti kebal tak lut dek senjata tajam, memakan kaca, di simbah minyak panas tidak melecur dan sebagainya, timbul satu persoalan…….apakah yang menzahirkan perkara yang mencarik adat itu, karomah atau sihir? Izin Tuhan atau bantuan khadam?

Begitu juga dengan Pusat Rawatan Islam kononnya tidak menggunakan khadam Jin tetapi menggunakan ayat-ayat suci al Quran dalam rawatannya, malah merendah-rendahkan Pusat Rawatan Tradisional kerana penglibatan khadam Jin dalam rawatan mereka. Bila membaca ayat-ayat suci, makanya kita seolah-olah memanggl khadam kerana setiap ayat ada penjaganya sepertimana perintah Allah Azzawajalla. Kita beramal biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah sahaja, kerana khadam ayat itu menurut perintah Allah . Keikhlasan beramal menjadikan diri pengamal itu sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Tuhan dan bukan beramal kerana bermaksud mendapat kelebihan duniawi.

Berbalik kepada anak muda yang telah lumpuh dari pinggang kebawah ini, sebaik sahaja menemuinya aku terus bertanya, “ apa amalan kamu ni, ada belajar apa-apa ilmu kebatinan?” Anak muda ini tidak dapat mengelak diri lagi kerana dia terasa bahawa aku mengetahui apa yang telah di perbuatnya. Katanya dia ada mengambil dan memakai tangkal untuk nampak hebat dan jadi hebat. Tangkal itu di gunakan untuk pergaduhan dan mencari harta karun.
Aku menggelengkan kepala, abang-abangnya juga terkejut dan baru tahu kenapa dia cepat-cepat sorokkan dompetnya bila mereka datang. Tangkal itu berada di dalam dompetnya dan di simpan oleh kawan-kawannya di rumah. Khadam ilmu atau tangkal biasanya duduk di tulang belakang seseorang pengamal, baik pengamal ilmu silat batin atau khadam tangkal. Jadi bila di katakan oleh abang iparnya bahawa saraf tulang belakang telah pecah, aku telah dapat mengagak punca sakit anak muda ini.

Pihak hospital sebenarnya pun tidak mengetahui apa punca sebenar saraf dan salur darah pemuda ini pecah. Dan tindakan membuang sedikit tulang belakang anak muda ini merupakan langkah trial & error sahaja, tu yang kadang-kadang aku naik angin dengan doktor-doktor pakar ni, tulang belakang dan air tulang belakang kalau di usik memang membawa padah. Tulang dan organ manusia bukan ada ganti, kalau di ganti dengan organ si mati pun tidak membawa faedah banyak, mudarat akhirnya. Tengok apa dah jadi pada penderma hati yang baik hati namun kini terpaksa makan hati kerana masyarakat kini tiada lagi simpati pada penderma hati yang pernah mendapat tempat di hati mereka kerana menunjukkan simpati kepada pesakit hati.

Seperti langkah biasanya, aku memohon pada Allah SWT agar di sembuhkan dan di pulihkan apa jua masalah anak muda ini. “Engkau sahaja Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa dan Maha Menyembuhkan, sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah lagi hina, daif lagi fakir, tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Mu Ya Allah”. Dengan mengucap 2 kalimah syahadah aku mulakan dengan meletakkan tapak tangan kanan di ubun-ubun pesakit. Arus tenaga Ilahiyah (kekuatan RuhKu) dari tapak tangan kananku yang tertempel padanya nama Allah Al Fatah ( Maha Pembuka) mengalir memasuki ke dalam tubuh si pesakit melalui ubun-ubun di mana di situ lah RuhKu masuk melalui tubuh Nabi Allah Adam.




Daya kekuatan RuhKu adalah dari Qudrat Tuhan kerana RuhKu bukan di ciptakan, kata Allah “Aku tiupkan RuhKu …” ia adalah dari Zat Tuhan sendiri. Sebab itu lah dalam bab mengenal diri, “Barangsiapa mengenal dirinya, maka kenallah ia akan Tuhannya. Dan barangsiapa mengenal Tuhannya maka hapuslah dirinya”. Sesiapa mengenal Tuhannya, tahu lah dia bahawa manusia dan makhluk lainnya tiada daya dan upaya (La haulawala quwwata illa billah aliyyil azim), tiada kuasa dan kehendak (qudrat dan iradat), tiada ilmu dan nyawa (ilmu dan hayat) dan buta, pekak serta bisu.

Hidupnya manusia kerana adanya Ruh. Bila sampai masa dipanggil semula Ruh ini kesisi Tuhan, maka jasad manusia akan hancur menjadi tanah, tinggallah tulang belulang menjadi tanda kenangan bahawa suatu ketika dulu jasad ini pernah hidup di muka bumi. Tulang pula berasal dari air, maka dari air (mani) kepada air (tulang). Segala sesuatu adalah dari air dan air adalah pengalir tenaga elektrik yang terbaik. Ruh adalah satu bentuk cahaya yang mempunyai kekuatan sebanyak 500 juta Voltan elektrik ( aku lupa dimana sumber aku dapat maklumat ini) dan ianya adalah setanding kekuatan tenaga halilintar/kilat/petir. Kekuatan RuhKu ini memang menakjubkan sehingga ia terpaksa di balut di 3 lapisan alam ( alam lahut, malakut dan jabarut) sebelum di turunkan ke alam mulki ( Rujuk Kitab Sirrul Asrar – syeikh Abdul Qadir Al Jailani ).

RuhKu bila di masukkan kedalam jasad, lupa ia akan perjanjian dengan Tuhannya semasa di alam ketuhanan iaitu Alam Lahut. Kelupaan itu adalah disebabkan ia di kurung di dalam jasad yang di seliputi nafsu. Nafsu adalah kejadian Tuhan yang amat degil dan enggan mengaku Allah itu Tuhan walau di siksa berkali-kali. Itu lah nafsu, memang di ciptakan begitu oleh Tuhan untuk menjadi pendinding buat diri kita dari mengenali Tuhan. Selagi kita bertuhankan nafsu, maka kita akan gagal untuk mengenal Tuhan Yang Esa, Tuhan Tempat Meminta, Yang tidak Ber anak dan Tidak Di peranakkan dan tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya.

Untuk mengenal Tuhan, kena berperang dengan nafsu sehingga ia kalah. Rasulullah sudah berpesan, “kita baru balik dari medan peperangan yang kecil (perang badar), sedang ada lagi perang besar yang harus kita hadapi, iaitu memerangi hawa nafsu.” Bila nafsu sudah kalah maka mati lah jasad zahirnya, bebaslah RuhKu. Kuatnya Cahaya Ruhku sehingga melampaui jasad, terangnya cahaya itu sehingga nampak di wajah setiap mukmin. RuhKu cukup di kenali di alam ghaib kerana ia sememangnya tak nampak di mata kasar ni. Dia lah yang menanggung susah senang , bahagia sengsara akibat perlakuan jasad semasa hidup di dunia. Sedang dunia hanya pentas sandiwara, skripnya telah Allah SWT siapkan di awal penciptaan dulu.

Bila RuhKu sudah dibebaskan semasa di dunia, dengan mematikan jasad (iaitu hawa nafsu) maka berlaku lah perkara-perkara yang mencarik adat (karomah /maunah) dengan izin Tuhan. Karomah ini bukan sentiasa berlaku kerana ia perbuatan Ruh dan Ruh bukan Tuhan. Tuhan tetap Tuhan dan hamba tetap hamba. Tuhan dengan hamba, bersatu tidak bercerai tiada. Untuk mendapat kekuatan Tuhan, hamba tetap kena meminta padaNya, dan bagi hamba yang di redhai-Nya iaitu yang telah “mati sebelum mati” (mati hawa nafsu), Tuhan akan menganugerahkan kata kunci untuk mengetuk pintu arasy, pintu rahmat dan pertolongan Tuhan. Kata kunci itu adalah Nama-Namanya Yang Agung, di kenali juga dengan nama Ismullah Al A`dzham.

Maka Ilmu Yang Tertinggi Di Sisi Tuhan adalah amalan Ismullah AL A’dzham. Itulah amalan para Nabi Nuh, Daud, Sulaiman, Musa, Isa dan Nabi Kita Muhammad SAW, yang menzahirkan mukjizat bagi para Nabi dan karomah bagi waliyullah seperti Asif Barkhiya dan Uwais Uqarni. Para Nabi dan Para Waliy hanya menyebut nama-nama Allah yang Agung yang terkandung di dalam Bismillah Ar Rahman Ar Rahim dan permulaan ayatul Kursi iaitu Hu al Hayyu al Qayyum. Begitu juga dengan Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi, Amalan Para Ariffin dan Zikir Nafas. Semuanya berasaskan nama-nama Allah yang Agung. Begitu lah, kerana Allah itu dapat di kenali melalui Af`al (Gerak perbuatan), Asma’(nama-namaNya), Sifat ( 13 sifat susunan Abu Hassan Ashaari + 7 sifat dari Abu Mansur al Maturudi) dan Zat (RuhKu).

Jadi dengan kekuatan (qudrat) RuhKu (dari zat Tuhan), maka tiada yang mustahil untuk di sembuhkan sebarang penyakit dengan izin-Nya. Dengan mengalirkan gelombang arus elektrik (cahaya) menerusi ubun-ubun pesakit memasuki ke setiap urat saraf (ibarat kabel wayar) di dalam tubuh manusia dimana di dalam saraf terdapatnya darah, di dalam darah terdapatnya oksigen (udara/nafas) . Di dalam darah juga duduknya jin-jin penyakit ini, seperti sabda Rasulullah, “duduknya syaitan di dalam tubuh manusia di dalam aliran darah”. Dan darah juga adalah tempat duduknya RuhKu.

Maka dengan tambahan tenaga/kuasa/kekuatan (qudrat) Tuhan dari tapak tangan perawat melalui ubun-ubun tadi, maka segala punca penyakit akan di bakar dan di hapuskan. Jin-jin yang merasuk tubuh manusia yang memenuhi darah di dalam saraf ( asal jin adalah dari nyalaan api iaitu wap atau gas) dan juga yang menyebabkan sumbatan di dalam saraf sehingga darah gagal mengalir dengan sempurna, dan menjadikan anggota tubuh lumpuh seperti penyakit Stroke atau gangguan saraf kerana kekurangan darah dan oksigen yang membawa arus elektrik (cahaya) yang menghidupkan tubuh. Juga menyebabkan organ-organ tidak berfungsi seperti buah pinggang dan hempedu kerana tiada bekalan oksigen (nafas) dari aliran darah sehingga menyebabkan organ tersebut kekeringan dan kelihatan seperti batu. Maka terjadilah penyakit batu dalam hempedu dan batu karang.

Lalu dengan kepakaran doktor yang terlatih melalui Teknologi Sains Ciptaan Yahudi , membedah dan membuang organ-organ tadi . Tetapi dengan Teknologi RuhKu, organ dan saraf yang bermasalah tadi kerana kekurangan oksigen/nafas yang di alirkan oleh darah kerana di sekat oleh jin-jin yang memenuhi ruang saraf, dihancurkan dan dibakar dengan kekuatan / kepanasan cahaya Ruh . Organ-organ tersebut dapat diselamatkan tanpa di bedah atau di potong mana-mana anggota tangan atau kaki.

Berbalik kepada anak muda tadi, setelah di terapi buat kali pertama dengan Teknologi RuhKu, beliau dapat tidur dengan nyenyak . Segala sumbatan didalam sarafnya telah hancur dan kesakitan serta ketidakselesaan yang di rasai tidak lagi terasa. Terapi pada hari kedua menyebabkan aliran darah mengalir dengan lancar memenuhi ruang saraf yang kosong dari darah sebelumnya dan menghidupkan kembali anggota badannya dari pinggang ke bawah secara perlahan-lahan. Bila di bawa ke bilik terapi oleh pihak hospital untuk di terapi oleh Pakar Terapi Hospital, pesakit kelihatan bertenaga dan dapat bergerak dengan lebih cergas di bahagian atas pinggang. Pakar Terapi begitu terkejut dengan perubahan ketara ini dan menyatakan ianya “amazing improvement”. Perubahan yang cepat di mana biasanya keadaan pesakit seperti ini mengambil masa yang agak lama untuk pulih urat saraf.

Sekarang lihat, siapa lebih pakar? Teknologi Sains atau Teknologi RuhKu. Saintis yang berfikir menggunakan otak yang terdapat pada jasad atau hamba Allah yang “mati sebelum mati” yang menggunakan akal yang terdapat pada RuhKu? RuhKu dari zat Tuhan manakala jasad dari tanah. Paduan kekuatan 2 unsur dari langit dan bumi (Akal pada Ruh dan otak pada jasad) berbanding kekuatan satu unsur dari bumi (otak yang juga terdapat pada haiwan-haiwan) memang jauhnya ibarat langit dan bumi namun manusia kini “buta, pekak dan bisu” (seperti isyarat dari Allah melalui Kalam-Nya) kerana mengikuti pegajian dari pihak Yahudi dan meninggalkan Sistem Pengajian Pondok yang di asaskan oleh Ulam-ulama Sufi terdahulu.

Aku malas nak membebel lagi, pendeknya kalau nak mencerdaskan akal maka cari lah sang mursyid yang telah mengenal Tuhan melalui jalan mati. Kalau nak mencerdaskan otak sahaja, berguru lah dengan Yahudi dan Wahabi, cerah masa depan.

Terapi selama 3 hari telah tamat kerana itu yang ku minta sepertimana di isyaratkan hadis. Kini aku menunggu pesakit ini keluar dari hospital untuk rawatan susulan seterusnya bagi mengaktifkan semula urat saraf dengan cepat , mempercepatkan kesembuhan dan seterusnya mendidik anak muda ini dengan Ilmu Haq.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.