AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Sunday, September 18, 2011

KANSER USUS TAHAP 4 SEMBUH DGN GELOMBANG NUR SYIFA'

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.

Untuk catatan pengalaman seterusnya, aku ingin menceritakan keajaiban yang baharu sahaja berlaku dengan Teknologi Ruh amalanku. Pesakit kanser usus tahap 4 yang sudah di sahkan oleh Doktor Pakar setelah pemeriksaan lengkap di lakukan iaitu dengan Teknologi MRI dan telah di beri tempoh selama 3 minggu jangkahayat hidupnya , kini bersyukur dapat meneruskan hidup kerana setelah mendapat rawatan dariku dan setelah menjalani pemeriksaan semula, doktor mengesahkan bahawa beliau sihat dan tiada apa-apa penyakit.


Pada 7 hb. September 2011, aku memulakan rawatan Terapi Gelombang Nur Syifa (Teknologi Ruh dari Tuhanku) terhadap seorang Imam Kampung di sebuah kampong di Hulu Langat yang mana rawatan itu dilakukan di rumah anaknya yang berada berdekatan dengan rumahku. Imam ini merupakan seorang pesara tentera dan ini merupakan kali pertama beliau ditimpa sakit yang serius sehingga terpaksa di rawat di hospital. Beliau pernah mendapat anugerah dari Pihak MAIS kerana telah berkhidmat sebagai Imam selama 23 tahun dan dihantar oleh MAIS mengerjakan Haji pada tahun 2008 .

Terapi pada kali pertama aku mulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran iaitu bacaan Surah Yaasin di bahagian kepala dan Surah al Waqiah di bahagian perut yang sakit. Aku bertanya kepada pesakit ini, adakah tapak tanganku terasa panas bila di letakkan di kepala dan di bahagian abdomen bila aku membacakan surah-surah tadi, beliau memberitahu tidak merasa apa-apa.

Pada 8 hb.September 2011, terapi pada kali kedua di lakukan tetapi kali ini aku berzikir dengan menyebut Nama-Nama Allah Azza Wajalla. Zikir di lakukan secara senyap dan perlahan dan hanya kelihatan seperti aku berdiam diri setelah meletakkan tangan di bahagian yang perlu di terapi. Kali ini pesakit ini mengakui bahawa tapak tanganku terasa panas seperti seterika apabila di tekap/letak di bahagian kepala dan abdomen.

Pada 9 hb. September 2011, Terapi Aura Gelombang Nur Syifa diteruskan sepertimana sebelumnya dan pada kali ketiga ini pesakit mengatakan tapak tanganku pada kali ini terasa lebih panas daripada sebelumnya. Penjelasan aku :

“Aku memulakan terapi pada kali pertama dengan bacaan ayat-ayat suci agar pesakit mengetahui bahawa kaedah rawatanku adalah Kaedah Rawatan Islam tanpa menyeru kepada Jin dan Khadam Ayat iaitu bacaan ayat-ayat suci yang di sunnah Nabi untuk membacanya keatas pesakit dan bukan membaca ayat-ayat Ruqyah . Dan yang kedua aku ingin tunjukkan bahawa dengan berzikir menyebut Nama Allah lebih ampuh dan mujarab dari membaca KalamNya.

Gelombang Nur Syifa (Tenaga Ilahiah) yang memasuki kesegenap urat saraf yang berjumlah 360 urat itu membakar segala unsur-unsur negatif yang terdiri dari kuman dan virus serta pendudukan syaitan-syaitan jin di dalam darah lalu menghancurkan segala sumbatan yang menyebabkan aliran darah terganggu dan mengakibatkan organ yang tidak dimasuki darah akan kelihatan kering dan mati dan bila dilihat secara fizikal melalui x-ray atau MRI akan kelihatan seperti ketumbuhan atau tumour atau kanser.”

Selesai sahaja rawatan selama 3 hari berturut-turut, pesakit kelihatan sihat sahaja. Sedangkan semasa menjalani rawatan di hospital swasta di Kajang, beliau telah di tebuk di bahagian usus untuk mengeluarkan darah dan nanah yang membengkak di dalamnya. Mesin MRI telah menunjukkan bahawa bahagian usus berkenaan telah bengkak dan bernanah.


“Mengikut Pendaftar Kanser Kebangsaan, lebih 3,600 kes baru dikesan setiap tahun dan kebanyakannya dihidapi mereka yang berusia melebihi 50 tahun.
.
Barah kolorektal ini terbahagi kepada empat tahap iaitu kanser bermula pada bahagian dalam kolon atau rektum; kedua, kanser mula merebak melalui dinding kolon dan rektum; tahap ketiga, barah mula merebak menghampiri nodus limfa dan keempat, barah terus merebak ke organ tubuh yang lebih jauh seperti hati dan paru-paru.
.
Perunding Perubatan Onkologi, Dr Christina Ng, berkata barah ini membabitkan bahagian kolon dan rektum serta sebahagian usus besar yang membantu proses penghadaman makanan dan pembuangan sisa.

.
“Kanser ini tidak diketahui punca utamanya, tetapi pelbagai faktor memainkan peranan. Ini termasuk usia menjangkau 50 tahun ke atas, pembentukan polip, genetik, amalan diet atau pemakanan, penggunaan tembakau, kegemukan dan penyakit radang usus,” katanya yang juga Presiden dan Pengasas Empowered, projek khas bagi menyaring kanser kolon di bawah Persatuan Sokongan Kanser Malaysia yang dilancarkan minggu lalu.
.
Memandangkan ada pelbagai jenis barah, cara merawatnya juga berbeza. Ramai yang tahu mengenai satu atau dua jenis rawatan yang biasa digunakan tetapi pakar biasanya menggandingkan beberapa terapi bukan saja untuk membuang tumor tetapi juga memastikan ia tidak kembali merebak.
.
Pakar onkologi perlu menimbangkan pelbagai perkara sebelum memilih jenis rawatan yang sesuai dan terbaik untuk pesakit. Penentuan jenis rawatan pula terletak pada tahap barah dan lokasi kanser itu pada tubuh. Beberapa bentuk rawatan barah yang ditawarkan di negara ini ialah seperti radioterapi, pembedahan, kolostomi dan kemoterapi.”



Pada 13 hb.September 2011, jam 10.30 malam aku menerima panggilan dari menantunya memberitahu bahawa mertuanya sedang sakit yang teramat di bahagian perutnya. Aku segera menyusul dan memulakan rawatan susulan seperti biasa. Pesakit kemudian aku beri minum air yang telah di doakan agar segala bisa penyakit dapat dikeluarkan melalui muntah. Setelah 5 minit pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda mahu muntah, aku menyuruhnya berbaring di bilik berehat. Anak dan isterinya yang menemani pesakit tiba-tiba keluar dari bilik dan memberitahu pesakit tiba-tiba datang rasa hendak membuang air besar dan masuk bilik air. Pesakit sempat memberitahu bahawa sebelum aku datang merawatnya, beliau merasa ada sesuatu bergerak-gerak di dalam perutnya dan beliau dapat memegangnya tetapi tidak diketahui apakah bendanya. Setelah di rawat “benda’ tersebut hilang. Beliau mengadu sakit perut dan “membuang air besar” berkali-kali. Aku katakan bahwa badan sedang menolak bisa-bisa penyakit keluar. Jam 11.30 malam setelah memastikan sakit beliau beransur reda, aku meminta diri untuk pulang.

Semasa mengerjakan solat sunat, aku dipanggil isteri kerana beliau merasa sakit perut. Dalamasa yang sama menantu pesakit juga menelefonku memberitahu sakit mertuanya semakin menjadi-jadi. Aku menyuruh keluarga pesakit membaca Surah Yaasin sementara aku mengubati dahulu isteriku yang terkena tempias pesakit ini. Sakit isteriku hanya sedikit lalu aku segera menuju kerumah pesakit. Mereka masih membaca Surah Yaasin dan kelihatan pesakit menekan perutnya kesakitan. Bila duduk bersebelahan dengan pesakit, tanganku secara otomatik segera bergerak menuju bahagian pinggang dan perutnya. Selang beberapa minit pesakit mula muntah-muntah, semakin lama semakin banyak. Anak perempuan nya yang baru sampai kelihatan risau dan meminta untuk membawa ayahnya segera ke hospital SJMC.

Aku tidak dapat berkata apa-apa kerana beliau tidak faham dan membenarkan aje lah. Anak perempuannya memberitahu aku bahawa dari diagnosis doktor, bapanya ada ketumbuhan di usus. Setelah mereka bertolak ke hospital, menantu lelaki pesakit ini memberitahu aku bahawa mengikut doktor penyakit mertuanya adalah Kanser Kolon tahap 4 dan minggu itu adalah minggu terakhir hayatnya mengikut ramalan doktor. Aku terkejut mendengarnya kerana baharu di beritahu dan menurut pesakit beliau syak beliau di sihir kerana beliau tak pernah sakit kronik sebelum ini dan firasatnya mengatakan ada orang tak mahu dia terus berkhidmat sebagai Imam di kampungnya. Aku menyatakan kekesalan kerana rawatanku terganggu dek kerana ada anggota keluarga yang lebih mementingkan diagnosis doktor dari berserah kepada Tuhan Yang Maha Menyembuhkan.

Esoknya menantu pesakit memberitahu menerusi sms bahawa mertuanya memohon maaf kerana tergesa-gesa mahu kehospital setelah beliau juga (menantunya) menyatakan kekesalan diatas tindakan mereka . Kami bersetuju untuk menunggu dan melihat perkembangan seterusnya kerana pasti pihak hospital akan membuat pemeriksaan semula. Namun aku agak kecewa kerana bisa penyakit yang telah aku keluarkan melalui pembuangan air besar dan muntah kini di sekat dengan ubat cirit birit dan tahan muntah, bermakna racun dan bisa-bisa tadi tak dapat keluar sepenuhnya dan rasa sakit tadi disekat dengan dadah , menahan signal dari saraf untuk menyatakan ketidakseimbangan didalam tubuh pesakit.

Pada 16 hb. September 2011, aku di datangi menantu pesakit kerumahku . Beliau baharu balik dari outstation dan menerima panggilan dari isterinya dari hospital dalam keadaan menangis-nangis. Aku berdebar-debar juga, apa dah jadi kalau keluarga pesakit dah menangis-nangis ni. Beliau dengan tenang menceritakan bahawa mertuanya akan discharge pada pukul 2 petang setelah pemeriksaan lengkap dan dari diagnosis doktor bahawa mertuanya sihat dan tiada apa-apa penyakit.

Keluarganya kini berkumpul di rumah anaknya di Sungai Buloh dan terus membuat kenduri kesyukuran. Pada malam itu, mereka menceritakan bagaimana Berita TV3 mengisahkan seorang pesakit kanser kolon tahap 4 juga telah memohon untuk pulang kerumahnya di Trengganu setelah lama mendapat rawatan kemoterapi di hospital (3 bulan) dan kesengsaraan yang di tunjukkan oleh TV3 membuatkan mereka begiitu bersyukur kerana yakin dengan kuasa Allah bahawa Yang Menyembuhkan Hanya DIA. Dan rawatan dariku membuatkan mereka dapat mengelakkan bapa mereka dari menanggung kesengsaraan pesakit yang menjalani kemoterapi tersebut atau pembedahan membuang sebahagian besar usus dan menyebabkan pesakit membuang air besar melalui usus yang di pasang terus keluar perut dan di ikat dengan plastik.


Perubatan melalui mukjizat al Quran adalah syumul, tiada penyakit yang tidak dapat di ubati oleh al Quran , Namun rahsia al Quran itu hanya pada mereka yang di anugerahkan sahaja, bukan boleh belajar di mana-mana terutama dengan mereka yang tersohor dari segi nama tetapi rendah dari segi tahap Ilmu Allah. Hanya mereka yang mendapat hidayah dan petunjuk Allah sahaja dapat menghindar dari teknologi Perubatan Moden yang menyiksa dan membunuh pesakit. Berserah dan bergantung kepada Allah bukan usaha terakhir tetapi perkara pertama yang perlu di lakukan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi memahami kaedah yang saya amalkan ini, kaedah warisan para wali juga merupakan leluhur saya sendiri iaitu Syeikh Thanauddin AL Qubra(Mahaguru Adi Putra), Tokku Paloh dan Sunan Kalijaga, sila rujuk pengalaman-pengalaman lain berkenaan pelbagai penyakit kronik dan sakit akibat gangguan saka dan sihir di dalam blog AKADEMI PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA.

24 comments:

  1. Salam saudara, bapa saudara saya juga menghidap kanser ini. Bagaimanakah caranya untuk keluarga kami ingin mendapatkan perkhidmatan ini? Kami sangat-sangat berharap agar dapat menggunakan khidmat ini. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Tuan

    Saya juga ingin mohon bantuan tuan untuk mengubati ayah saya.bagaimana saya boleh menghubungi tuan.

    ReplyDelete
  3. Salam. Tuan, bagaimana boleh saya hubungi tuan utk mgubati emak saya? Sy berharap sangat sudilah kiranya membantu.

    ReplyDelete
  4. salam..atuk saya jugak penghidap penyakit ni..tapi sy asl dr swk..sekarang atuk sy dah tak boleh nak buang air besar..

    ReplyDelete
  5. Salam,nk no Telefon...urgent,atau email ke syed_magic2@yahoo.com call/MSG 0148062575

    ReplyDelete
  6. BUKA BLOG WARISAN SUNAN KALIJAGA...BOLEH DPTKAN NO TELEFON DISITU...

    ReplyDelete
  7. No hp saya sudah tertera di profile 016-6353 601.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum... Tuan Mertua saya sedang mengalami kanser usus juga... mohon jasa baik tuan sekiranya boleh membantu... terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUM SALAM. INSYAALLAH, HUBUNGI SAYA DI TALIAN TERTERA

      Delete
  9. Assalamualaikum..Tuan. Adakah Tuan mmpunyai Cawangan utk kaedah sprti ini di bahagian Negeri Sabah??? Sya memerlukan Bantuan dari Tuan dgn segera. kerana keadaan kakak sya truk yg teramat.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum... Tuan. Ibu saya tenat skrg ni. pg tadi ususnya ditebuk untuk mengeluarkan nanah. masih banyak lagi kt dr yg blm d keluarkan.. bantulah kami, hanya ibu saja lah yg kami ada skrg ni.. dr sabah

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...suami saya Ada ketumbuhan directum...mcm mana blh saya dapatkan rawatan drp pihak tuan..?

    ReplyDelete
  12. Kaedah saya adalah Teknologi Allah sendiri yakni Teknologi Rohku melalui kaedah aliran zikir kedalam tubuh memulihkan SEGALA penyakit dariNya , tiada terkecuali dengan izinNya jua.
    Saya tiada sandaran kepada benda maujud yakni ciptaan Allah yg tiada punya kuasa apa-apa. Allah shj yang MAHA BERKUASA diatas segalanya.

    ReplyDelete
  13. Salam dato' pendita..ibu saya mengalami busung dan dictor mengesahkan ibu saya mngidapi kanser perut dan usus tahap 4.Hampir 2 tahun ibu saya berulang alik kr hospital untuk buang air dlm perut kadang2 hampir 7 liter sekali buang.Diharap tuan dapat membantu ibu saya..hubungi saya 0137837157 shasha

    ReplyDelete
  14. Berusaha selagi mampu, Allah jualah penyembuhNya.

    ReplyDelete
  15. As'salam Admin..mcm mana nak dptkan nombor phone ini..boleh email jurainibenarel@gmail.com...urgent sgt..ada kwn saya sedang sakit kanser perut..belum dpt sahkan lagi dr doktor..

    ReplyDelete
  16. Pm nombor ke saya...ni nbr saya 01112388385

    ReplyDelete
  17. Mcm mn nk hubungi tuan...adik sy dh d sahkan kanser usus tahap 4...asalnyer xder sakit apa2....x snggup tgk dia sakit mcm tu ..

    ReplyDelete
  18. Saya saya disahkan mengidap kanser usus tahap 4. mohon wassap saya nombor tuan ditalian 0123613800

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...
    Saya salah seorang penghidap kanser usus....macam mana cara untuk saya dapatkan rawatan dari tuan...boleh tuan wassap saya di talian 019-2650932

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.