AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)
AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT
ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH
ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)
ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH
ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)
Thursday, September 15, 2011
HANG TUAH ORANG KELANTAN?
BUKIT PANAU ATAU DULUNYA DIKENALI SEBAGAI BUKIT PANCALUSA
MASJID PUTIH DI DANAU TOK UBAN TAK JAUH DARI BUKIT PANAU.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AKU BERGURU DENGAN ANAK CUCU KETURUNAN HANG TUAH DARI ACEH YANG MEMAKAI NAMA KELUARGA WAN . ILMU YANG DI PERTURUNKAN ADALAH ILMU PERUBATAN TRADISIONAL (ILMU PAWANG),URUT TRADISIONAL, ILMU KEBATINAN LAM ALIF DAN ILMU KERABAT KETURUNAN KAMI. AKU DI BERITAHU BAHAWA AKU JUGA DARI TITISAN DARAH HANG TUAH TETAPI DARI WILAYAH PATANI JUGA MEMAKAI GELARAN KELUARGA WAN DAN DI TAMBAH AL KUBRA AZMMATKHAN AL HUSAINI KERANA DARI JURAI SYEIKH THANAUDDIN AL KUBRA/SYEIKH SAMAN DI KELANTAN/ADI PUTRA DIZAMAN KESULTANAN MELAKA.
AKU DI BERITAHU SENDIRI OLEH ROHANIAH HANG TUAH BAHAWA BELIAU SEMEMANGNYA BERASAL DARI KELANTAN DAN ADA KENA MENGENA DENGAN PADUKA CIK SITI WAN KEMBANG. SEMENTALAHAN ADIK CIK SITI, PUTERI LINANG CAHAYA BERKAHWIN DENGAN SAYYID HUSSIN JAMADIL KUBRA (KETUA WALI 7) DAN DARI ZURIAT SAYYID HUSSIN JUGA MELAHIRKAN WALI-WALI SONGO (SEMBILAN).
AKU TELAH MEWARISI ILMU-ILMU DARI LELUHURKU INI KERANA AKU JUGA MENGIKUTI JALAN SEPERTIMANA JALAN YANG MEREKA RENTASI UNTUK MENGEMBANGKAN ISLAM DI NUSANTARA INI. SELAIN SILAT GAYONG (HANG TUAH). ILMU PAWANG DAN KEBATINAN (ADI PUTRA), ILMU KEROHANIAN GERAK FAQIR (SUNAN KALIJAGA WALI 9), AKU JUGA MEWARISI ILMU DARI SAYYID HUSSIN JAMADIL KUBRA IAITU ILMU SYAHADAH (PENYEMBUHAN DENGAN DUA TAPAK TANGAN) YANG DIKENALI JUGA DENGAN NAMA SYAHADAT TOKKU PALOH @ ILMU TITIK 9 AMALAN SYEIKH NAZIM (KEDUANYA KHALIFAH TARIQAT NAQSYABANDI).
HANG JEBAT ADALAH IPAR HANG TUAH DAN MERUPAKAN BAPA SAUDARA SUNAN KALIJAGA. NAMPAK BUKAN KENAPA ILMU-ILMU INI DAPAT KU WARISI KERANA KESEMUA MEREKA (GURU-GURU GHAIBKU) ADALAH BERSAUDARA. SEMENTALAHAN KITAB ILMU YANG DI PUSAKAI ADALAH SEPERTIMANA YANG DI KARANG OLEH DATUK PERDANA MENTERI KELANTAN IAITU KITAB PATI RAHSIA (RAHSIA KEHEBATAN HANG TUAH, PADUKA CIK SITI DAN PUTERI SAADONG) ADALAH JUGA RAHSIA YANG KU PEROLEHI DAN MERUPAKAN ILMU AMALANKU DARI MURSYIDKU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUJAHMU BAHAWA HANG TUAH ITU DARI KELANTAN SANGAT LEMAH.
ReplyDelete(1) HANG TUAH MENGEMBARI ORANG MENGAMUK KETIKA BELIAU SEDANG MEMBELAH KAYU DENGAN MENGGUNAKAN KAPAK. KAPAK DIGUNAKAN UNTUK MEMBELAH KAYU OLEH MAJORITI BANGSA DI DUNIA.
(2) GELARAN WAN,NIK. TIADA KENA MENGENA DENGAN GELARAN HANG. HANG ADALAH GELARAN YANG DIBERIKAN PADA ZAMAN SULTAN MANSUR SYAH KEPADA PAHLAWAN2 MELAYU. SELAIN HANG TUAH 5 BERSAUDARA. TERDAPAT NAMA2 LAIN SEPERTI HANG ISAP, HANG BERKAT, HANG MAHMUD, HANG SYAMSU DI ISTANA RAJA MELAKA.
(3) ANAK LELAKI HANG TUAH TIDAK MEMAKAI GELARAN HANG SEPERTI AYAHNYA.TETAPI DIBERI GELARAN SANG..SANG GUNA.
(4) ANAK PEREMPUAN HANG TUAH JUGA TIDAK MEMAKAI GELARAN NIK ATAU WAN. CUMA TUN.
(5) MENGIKUT ARWAH MAHAGURU MEOR ABDUL RAHMAN BELIAU BERMIMPI LAKSAMANA HANG TUAH DATANG DAN MENGAJARKAN ILMU GAYONG KETIKA BELIAU SESAT DI HUTAN PADANG SANAI DI NEGERI KEDAH.
JUSTERU, HUJAHAN ANDA SANGAT LEMAH DENGAN MENGATAKAN BAHAWA HANG TUAH BERASAL DARI KELANTAN.SILA KEMUKAKAN HIKAYAT2 JIKA ADA
Lawak pulak ler kelatan nak kondem hang tuah dari sana. satu dunia dah tau hang tuah dari melaka, berguru di gunung ledang johor. Bermimpi ke ape? sudah la ada manusia yg gelar diri pewaris kesultanan melaka sebenar. ish2 bukti takda nak ckp tah ape2. haha
ReplyDeleteSatu dunia kena tipu dgn sejarah versi penjajah. Yg mempercayainya yg masih bermimpi. Yg sudah terjaga akan mencari kebenaran yg lama terpadam.
ReplyDeleteKisah tuan hampir menyamai kisah yg disampaikan oleh saudara saya. Saya diberitahu oleh saudara saya yg mana beliau juga memakai gelaran Wan asbab dari keturunan HangTuah yang turun kpd darah diraja kesultanan lama Pahang. Beliau juga mewarisi ilmu yg hampir sama dgn tuan dan keturunannya bermukim di sekitar hulu pahang, hulu kelantan dan hulu terengganu.
ReplyDeleteSaya juga diberitakan oleh paduka guru salasilah keturunan keluarga cik siti wan kembang yang mengalir di tanah pahang dan kelantan. Begitu juga dgn kerajaan lama yg bertapak di antara ke3 tiga negeri. Saya bertuah kerana dpt pencerahan dari atok2 saya yg menyimpan rahsia ini sejak berzaman lg. Tidak semua keturunan wan masih memakai gelaran tersebut kini. Dan tak semua wan adalah keturunan wan dari darah hg tuah. Mohon maafjika saya membuat kesilapan.
ReplyDeleteTerimakasih saudara Asrul, alangkah baik kalau saudara menghubungi saya atau bertemu saya utk sama-sama mendapat lebih pencerahan. H/p saya 016-6353601
ReplyDeleteSalam.. kata penulis ini benar belaka.. mmg tiada sejarah hang tuah dlm hikayat dikelantan.. tp sejarah kita telah ditipu dr dulu lg.. dahulu melaka tua berada di hilir sg kelantan.. hanya yg berada dijalan makrifat dan dgn IzinNya sahaja akan mendapat khabaran ini..
ReplyDeleteassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh, qola min rabbi kum,
ReplyDeletesaya setuju pendapat datok pendita tu yg hang tuah berasal dari kelantan
Disini saya ingin mnyatakan tidak perlu untuk kita bermegah2 me war2kn kepada dunia kehebatan ilmu kita... saya rasa jika hang tuah ada pada zaman sekrng tidaklah dia mmbuat blog dan menyatakan dengan megah keturunan dan ilmu2 yang ada untuk tatapan umum bahkan insyaAllah dia merehdah diri dan tak buat semua ni... tidak salah menuntut ilmu tapi biarlah seiring dengan akhlak dan sifat yang mulia. wallahualam
ReplyDeleteTerimakasih Nik Noor Afzan Iman di atas sangka baik anda. Mungkin keimanan tuan begitu tinggi sehingga meletakkan nama Iman di belakang. Peredaran zaman yg memperlihatkan kecanggihan teknologi memungkin tuan mempamerkan Nama Iman sesuai dengan keimanan tuan yg tiada tolong bandingnya. Terimakasih.
Delete