AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Monday, September 5, 2011

NUR SYIFA' VS DARUL SYIFA' ( SIAPA ULAMA ASWJ )

Al-Ashairah:
Penjelasan Mengenai Hakikat Ahli Sunnah dan Jamaah [Berteraskan Adab dan Hujah Ilmiah]

Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu :
Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???

Friday, May 14, 2010
Al-Fatihah - Kewafatan Al-'Arif Billah Habib Ali Batu Pahat


Al-Fatihah kepada AL-'Arif Billah Habib Ali Bin Ja'far al-Aydarus Batu Pahat serta usul dan furu'nya....moga beliau sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan semoga kita dapat mengikut jejaknya.....

Allahu akbar...ramainya para arifin yang wafat dalam masa terdekat ini..

Teringat sebuah hadis bahawa ilmu itu ditarik dengan kewafatan para ulama'....Allahu Akbar...

Semoga kita semua di bawah pemeliharaan-Nya.

Petikan dari : Al-Ashairah
Labels: Ulama' ASWJ
Wednesday, April 14, 2010

Al-Imam Al-Sowi Menyatakan Bahawa Wahhabiah Adalah Khawarij, Golongan Yang Dilalaikan Syaitan Dari Zikrullah Dan Kelompok Syaitan Yang Rugi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Pendekatan menolak golongan Wahhabi dengan bukti daripada kitab-kitab karangan ulama’ didapati amat berkesan untuk membuktikan bahawa fahaman ini ditolak oleh majoriti ulama’. Maka, pendekatan seperti ini akan dikekalkan di blog ini bagi memudahkan pembaca mendapat bukti secara langsung. Penulis amat berharap agar penyelidik-penyelidik di Jabatan-jabatan agama Islam dapat mengumpulkan bukti-bukti ini dan dengan mudah dapat menjelaskan kedudukan Wahhabi dari perspektif ulama’ apabila diperlukan nanti.

2. al-Imam al-Sowi al-Maliki adalah salah seorang ulama’ ASWJ dan al-Azhar yang hidup di zaman fitnah Wahhabi ini mula muncul. Beliau dilahirkan pada tahun 1175 H (+- 1761) dan wafat pada 7 Muharram 1241 H (+- 22 Ogos 1825). Beliau merupakan seorang ulama’ yang diberikan dengan gelaran Al-‘Arif billah, al-Imam al-Faqih, Shaikh al-Shuyukh, Umdah Ahl al-Tahqiqi wa al-Rusukh, Qudwah al-Salikin, Murabbi al-Muridin, al-‘Allamah, al-Fahhamah, al-Hibr, al-Fahhamah, al-Mudaqqiq – menunjukkan keilmuan dan “kesarjanaan” beliau diiktiraf oleh para ulama’.

3. Beliau mempunyai guru-guru yang mayshur, anak-anak murid dari kalangan ulama’ besar dan karangan-karangan beliau yang menjadi rujukan. Kitab al-Tafsir beliau yang menghuraikan Tafsir al-Jalalayn (tafsir ringkas yang ditulis oleh Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Imam Jalaluddin al-Suyuti) yang lebih dikenali dengan “Hashiyah al-Sowi” adalah begitu masyhur dalam disiplin ilmu Tafsir.

4. Di dalam kitab tersebut, ketika menghuraikan Tafsir al-Jalalayn (Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Imam Jalaluddin al-Suyuti) berkenaan ayat 6 dan 7 daripada Surah Fatir:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ (6) الَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ (7)
“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka (6)
Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar (7)”

Beliau menghuraikan Tafsir al-Jalalayn yang menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada Abu Jahal dan orang-orang seumpamanya daripada musyrikin Mekah seperti al-‘As Ibn Wa’il, Al-Aswad Ibn al-Mutallib, ‘Uqbah Ibn Abi Mu’it, dan lain-lain dengan dikuatkan dengan dalil-dalil yang lain. Kemudian beliau menghuraikan dengan lebih lanjut lagi bahawa (Terjemahan bagi bahagian berwarna merah dari gambar di atas):




“Dan dikatakan bahawa: ayat ini diturunkan kepada golongan al-Khawarij yang mengubah tafsiran al-Quran dan al-Sunnah dan menghalalkan dengan (tafsiran) tersebut darah dan harta umat Islam, sepertimana yang disaksikan pada waktu ini di kalangan golongan yang serupa dengan mereka (Khawarij); dan mereka adalah satu golongan di bumi Hijaz yang dipanggil “WAHHABIYYAH”; mereka menganggap diri mereka berada di atas sesuatu (kebenaran); maka ketahuilah bahawa mereka adalah golongan pendusta/penipu; Syaitan telah menguasai mereka dan melupakan mereka daripada mengingati Allah; mereka adalah kelompok Syaitan; dan ketahuilah bahawa kelompok Syaitan adalah mereka yang rugi; kita berdoa kepada Allah Yang Maha Mulia agar memutuskan keturunan mereka (orang-orang yang mengikut mereka) sehingga akhir.” [Selesai terjemahan]

5. Berdasarkan penjelasan Imam al-Sowi, maka tidak hairanlah golongan Wahhabiah ini sememangnya jauh bahkan membenci majlis-majlis zikir (seperti majlis tahlil, dll) dan ahli-ahli zikir (ahli sufi dan tarikat muktabar), dek kerana dipermainkan oleh Syaitan.

6. Ada umat Islam melihat zikir sebagai ubat, apabila terlanjur berbuat dosa, mereka kembali bertaubat dan memperbanyakkan zikrullah. Alhamdulillah.

7. Ada umat Islam yang melihat zikir sebagai makanan dan mengambilnya sebagai wirid harian, tak selesa dan tidak bermaya kalau tidak berzikir atau terlepas wirid hariannya. Alhamdulillah walhamdulillah.

8. Namun sangat sedikit daripada kalangan kita umat Islam yang dapat merasakan zikir seumpama nafas, tiada erti hidup tanpanya, waktu-waktu yang dilalui tanpa zikrullah dirasakan sia-sia seumpama mayat hidup, tidak bermakna, waktu itu akan disesali di akhirat nanti, walaupun seseorang itu masuk ke syurga. Bahkan zikir itu dirasakan lebih lazat daripada air sejuk di kala cuaca yang amat panas. Allahu akbar. Allahummaj’alna minhum.

9. NAMUN BEGITU, golongan Wahhabi sering melihat amalan zikrullah sebagai RACUN!!! BETAPA ROSAKNYA FAHAMAN DAN PEMIKIRAN MEREKA. Wal-‘iyazubillah.

10. Pernah satu ketika seorang pelajar datang berjumpa penulis dan bertanya tentang hukum berzikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 atau 3000. Ini adalah kerana ia menjadi amalan abangnya. Penulis dengan segera menjawab soalan tersebut dengan beberapa soalan:

• “Apakah hukum lalai daripada mengingati Allah (zikrullah)? Sebelum membincangkan hukum zikrullah, kita kene bincang hukum ghaflah atau lalai daripada mengingati Allah terlebih dahulu”

• “Apakah hukum lalai dari zikrullah atau tidak berzikir sebanyak 1000 nafas atau 3000 nafas? Sekurang-kurangnya abang kamu tidak lalai dalam 1000 atau 3000 nafasnya, kamu, kita bagaimana? Nikmat Allah meliputi kita dalam setiap nafas kita”

• “Dalam sehari kamu kamu banyak mengingati Allah atau banyak lalai daripada mengingati Allah? Dia menjawab: Banyak lalai. Penulis membalas: Jika begitu, marilah kita sama-sama bincang berkenaan hukum perkara yang lebih banyak kita lakukan dalam sehari, iaitu lalai.”

Selepas itu, penulis berbincang berkenaan hukum lalai dengan pelajar tersebut tanpa perlu membincangkan hukum zikrullah lagi. Ini adalah kerana perintah untuk berzikir lebih banyak terdapat di dalam al-Quran berbanding perintah solat. Maka, jelaslah kepentingannya. Adapun, hukum lalai hanya akan diperolehi apabila kita belajar dengan ulama’ yang menitikberatkan zikrullah, iaitu ulama’ sufi dan tarikat muktabar.

11. Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para pembaca,

Jauhilah golongan yang mengajar anda untuk membenci amalan zikrullah dan ahlinya (ahli sufi dan tarikat muktabar) walaupun dia mempunyai gelaran Professor atau Dr. atau Ustaz sekalipun;

• Janganlah cepat-cepat atau gopoh memusuhi amalan-amalan tarikat sufi muktabar kerana takut-takut anda memusuhi para awliya’-Nya.

12. Akhir kata, sekiranya seorang ulama’ besar Islam seperti Imam al-Sowi telah menerangkan keburukan Wahhabiyyah dengan begitu berat sekali: Apakah pendirian yang patut kita buat? Apakah tindakan yang patut kita ambil? Apakah kita hanya perlu bersikap sambil lewa dalam isu ini? Sama-samalah kita fikir-fikirkan. Jangan biarkan hidup anda terus dihantui misteri Wahhabi…bi…bi…pssssss..Keluar asap.

Rujukan Tambahan di internet (You Tube) – Bahasa Inggeris:
• Bahasa Inggeris: http://www.youtube.com/watch?v=wtLPOZo9cb4

Wassalamu’alaikum.

--------------------------------------------------------------------------
PESANAN TUAN GURU
Pra Syarat Sebagai Perawat




(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;

i. Kecerdikan - Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.
ii. Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.
iii. Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin.
iv. Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja.
v. Rakan seperguruan adalah saudara kita - Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang.
vi. Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.


2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.

3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.

4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.

---------------------------------------------------------------------------

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Berangkat Dari KLIA Ke California Untuk Rawatan Jantung (28-Ogos-2010)

28-Ogos-2010 KLIA, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ditemani Isteri, anak-anak dan menantu bertolak dari KLIA untuk ke Stanford Hospital, California USA. Penerbangan dari KLIA ke San Francisco, California mengambil masa 22 jam dengan transit di Singapura dan Manila.

Lebih 200 orang ahli-ahli Darussyifa' muslimin & muslimat, ahli keluarga serta saudara mara menghantar beliau di KLIA. Sebelum memasuki bilik berlepas khas VIP, Tuan Guru bersalaman dengan semua muslimin yang hadir diikuti dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Hamdan. Setelah bacaan doa Tuan Guru menyampaikan ucapan. Untuk mendengar lafaz doa dan ucapan Tuan Guru ini sila ke link berikut http://www.youtube.com/watch?v=ka8zBtOVlQs


---------------------------------------------------------------------------

Tuan Guru Dato Dr. Haron Din Mengalami Serangan Sakit Jantung

Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mengalami serangan sakit jantung sejak hari Sabtu, 30-Julai-2011. Beliau sekarang sedang mendapat rawatan di Institute Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini (Update terkini 25-Ogos-2011)


Ini adalah mesej daripada Tuan Guru.
Assalamualaikum,

Saya sudah keluar dari IJN dan pulang ke rumah. Selama ditahan di CCU IJN, saya telah melalui tiga prosedur rawatan; 1) angiogram, 2) ultrasound angiogram, 3) MRI. Laporan pemeriksaan masih bawah penelitian doktor. Saya dibenarkan pulang untuk berehat dan akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN. Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari. Pulang dari IJN dan berehat di rumah, saya sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa’. Saya juga membaca email-email dalam google group ahli Darussyifa’. Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa, dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan/puan-puan. Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sajalah yang layak membalasnya.

Haron Din. 4 Ogos 2011

---------------------------------------------------------------------------
Anak Sulung Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Diserang Sakit Jantung Yang Kronik

Anak Sulung Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Diserang Sakit Jantung Yang Kronik ketika di Abu Dhabi

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Isteri berserta seluruh ahli keluarga seramai 43 orang dalam rangka rombongan mengikuti program ziarah ke Syria diikuti dengan Umrah di Mekah dari 24hb Mei 2008 hingga 9hb Jun 2008. Sebelum sampai di Damascus, Syria, kapalterbang yang dinaiki terlebih dahulu transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi, UAE. Ketika hendak mendarat di Abu Dhabi, disinilah bermulanya peristiwa yang sangat cemas, genting dan penuh kebimbangan.


Anak sulung Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Dr. Huda binti Haron (38 Tahun) mengalami serangan sakit jantung ketika kapalterbang hampir hendak mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi. Peluh mengalir keluar membasahi seluruh tubuhnya ketika serangan jantung tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Dr. Huda terpaksa dirawat dengan rapi selama 16 hari di hospital Abu Dhabi sebelum di pindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri di Kuala Lumpur. Yang menemani Dr. Huda ketika disana ialah ibu dan bapanya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Kak Jah) serta suaminya Dr. Azlin Azrudin. Ahli keluarga yang lain meneruskan program ziarah ke Syria dan Umrah.


Peristiwa yang berlaku di Abu Dhabi selama 16 hari, diceritakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ketika kuliah Perubatan Islam di Darussyifa’ pada 9hb. Jun 2008. Transkrip kisah tersebut adalah seperti berikut;


Saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah sekalian, Alhamdulilah saya serta seluruh ahli keluarga telah selamat pulang ke tanah air pada petang semalam (Ahad, 8hb. Jun 2008), setelah saudara saudari mendapat makluman yang tidak begitu pasti, apa yang sebenarnya yang telah berlaku, dan seorang yang berjumpa dengan saya akan bertanya soal yang sama, apa telah berlaku dan bagaimana kesudahannya, izinkan saya beberapa minit untuk menjelaskan bahawa rombongan umrah kami pada 24hb Mei 2008 yang sepatutnya bermalam satu malam di Abu Dhabi, dalam perjalanan pergi ke Damascus Syria, tiba-tiba anak saya Huda ketika kapalterbang hendak turun (mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi) dia kena serangan jantung. Dia tidak boleh bernafas dan badannya basah kuyup macam orang mandi, dan saya tahu bahawa jika begini bermakna jantungnya bermasalah.


Mendarat sahaja kami hendak berkejar ke hospital, tetapi tidak tahu dimana hospital, dan problem nak keluar pula susah kerana tidak ada hotel yang boleh melayan kami dan sebagainya. Kami berada di airport sahaja pun hampir dua jam setengah. Dalam keadaan begitu akhirnya kami boleh keluar pergi ke hotel dan terus ke hospital.

Sampai di emergency ward, tidak ada doktor yang pakar kerana terlalu awal pagi, yang ada on-call doktor sahaja. Pada pukul lapan pagi di hospital baharu konfirm jantung dia bermasalah. Kami tunggu sehingga doktor pakar sampai, ramai doktor pakar yang sampai, kemudian kami dihambat keluar dari bilik itu. Huda dibawa keluar dari bilik emergency menuju ke bilik CCU (Coronary Care Unit).

Di CCU kami tidak dibenarkan masuk, memanglah tidak boleh ada gangguan, doktor kata dalam setengah jam akan bagi tahu. Setengah jam tidak dapat berita, sejam tidak dapat berita, hampir dua jam doktor keluar, apa dia kata “Lucky she can survive”, nasib baik anak hang selamat. Saya masuk tengok dia masih tidak sedar, badan sudah biru sebab oksigen tidak sampai.

Saya cerita ini kerana nak khabar bahawa ada saat-saat kita hilang pergantungan kepada makhluk. Kita terpaksa menghadap Allah ta’ala sahaja dan kepada Dia kita beserah dan mintak pertolongan.

Saya nak ringkaskan sepanjang saya 16 hari di Abu Dhabi, saya tidak pergi ke Mekah, tunggu anak, saat-saat genting cukup banyak. Ini satu saat genting, tetapi Alhamdulillah survive.

Pada pagi itu dia survive kemudian saya balik ke hotel. Pada malam itu ketika di bilik hotel, telepon berbunyi saya angkat, ketika itu jam 2:30 pagi, panggilan dari hospital “come immediately to the hospital, something very urgent”, kami keluar pukul 2:30 pagi nak ke hospital, teksi tidak ada, kereta tidak ada siapa pun tak boleh tolong, mintak tolong dengan orang hotel dia kata “Who I want to call, I don’t have any drivers number”. Suruh panggil Ambulan, orang hotel kata “They don’t come if you not a patient”. Dalam keadaan begitu, Kak Jah pulak nampak sungguh cemas, itulah dalam keadaan genting begitu “Ya Allah hantarlah seseorang yang boleh bantu”. Tidak lama lepas itu ada kereta masuk tetapi bukan teksi, orang biasa datang mungkin ada hal, saya datang berjumpa dengan dia mintak tolong. Saya cerita masalah saya. Nasib juga saya boleh cakap Arab sebab dia tak reti cakap orang putih. Kemudian dia hantar kami ke hospital.

Sampai di hospital dah pukul 4 pagi. Doktor kata dia dah tidak bernafas, doktor dah tidak boleh buat apa-apa dah. Doktor dah habis ikhtiar dah. “Ya Allah....” . Tidak lama kemudian pada subuh pagi tu dia survive semula, dia boleh bernafas balik.

Ringkasnya, dalam saat genting begitu saya balik duduk di hotel, tak lama teringat sangat nak pergi semula ke hospital. Dengan pelbagai masalah yang di hadapi itu saya mintak Allah ta’ala sahaja yang tolong, bagaimana pada pagi itu seorang yang saya tidak kenal dari Malaysia datang ke hotel cari saya. Kata dia “Saya datang ni bawa sebuah kereta, ustaz boleh pakai, ini kuncinya”. Nama dia Suraya.

Di Malaysia lama dah saya tak bawak kereta, di sana pulak nak bawak kereta stering dia sebelah kiri, jumpa dengan round-about ikut sebelah kiri belangar habis. Tidak mengapa dah ada kereta, satu malam teringat kat anak, pergi ke hospital. Sampai di hospital tengok katil dia kosong. Siang tadi tu ada seorang meninggal saya tengok, dibungkus dibawa dengan strecher kemudian ditolak, sebelah betul dengan anak saya. Meninggal dunia, konfirm, bungkus dan tolak.

Saya pergi tengok, bilik anak saya katil telah kosong. Nurse pula tidak ada. Dalam gelisah begitu tak tahu nak buat macam mana, datang doktor kata “Don’t panic” dia pun kata “Your Daughter transfered to CCU”. Astaghfirullah!, apasallah hang tak khabar kat aku lagi awal. Pergi ke CCU pulak dia ada di situ. Rupanya kena serangan jantung lagi. Tidak mengapalah.

Pada besok hari pulak, pergi lagi ke hospital, katil yang dia duduk di CCU itu kosong pulak. La illa ha ill Allah! satu demi satu lah. Pergi tanya nurse, nurse itu pulak baru masuk tukar shift, dia kata “I don’t know”. Nurse tu pergi check, dan kata “Transfered to ICU” pulak dah. Pergi ICU pulak tengok dia ada dah. Tak apalah.

Anak saya hanya stable pada tiga hari sebelum balik (iaitu pada 6,7 & 8hb Jun 2008). Boleh bernafas tak pakai mesin, jantung stable. Doktor kata, “Okay with this condition she can fly”.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA DARUSSYIFA' DENGAN CUCMS

Pada 20 Mei 2010, Darussyifa' telah melakar sejarah apabila telah menandatangani MOU dengan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Dengan termenterainya perjanjian ini, buat pertama kalinya Diploma Pengubatan Islam akan diajarkan di peringkat universiti di negara ini.

LAYAK KE.....DIRI SENDIRI PUN TAK BOLEH UBATI. HANYA MENJATUHKAN MARTABAT PERUBATAN ISLAM DI MATA ORANG ISLAM SENDIRI. SEBAB TU DI TERIMA BARAT SEBAB MARTABAT YANG RENDAH, TAKKAN MAMPU MENGATASI KAEDAH PERUBATAN MODEN CIPTAAN YAHUDI LAKNATULLAH

---------------------------------------------------------------------------

BobspekRockers AlKubra
"Takbur di atas takbur itu sedekah"

Sabda Rasulullah SAW;
Jika kamu melihat orang-orang yang Tawadhu, maka merendahlah kamu pada mereka , dan jika kamu melihat orang-orang yang sombong, maka SOMBONGILAH mereka sebab yang demikian bagi mereka adalah satu PENGHINAAN dan untuk kamu sebagai SEDEKAH"

(hadith dari Ibnu Umar)Tanbihul'Ghafilin mukasurat 244 Bab SOMBONG

Hadis ini diwarisi dan menjadi pegangan Datuk Syed Kadok Kelantan, Datuk Perwira Kelantan Hj. Nik Daud, Tok Chu Husin Gua Musang, Tok Ayah Mat Lundang Paku, Tok Ayah Mat Pohon Tanjung, Tok Ayah Jedok, Arwah Tok Ayah Mat Jibril dan etc..etc..etc.. dan semua Raja-Raja Melayu..

sesiapa yang nak acu try cuba test penampar Raja-Raja Melayu ..silakan

YM Datuk Paduka Tn. Guru Hj. Hasyim b. Hj. Abu Bakar, Presiden Persatuan Pondok Kelantan (PPK) telah mengatakan bahawa, 'TAKBUR DI ATAS TAKBUR ITU SEDEKAH". dan itulah wasiat beliau selaku Penasihat Kehormat Syheikul'alKubra MQTK_QSI ke atas orang-orang yang cuba berlaku sombong takbur pada perjalanan MQTK_QSI.. maaf semua!!

KETUANAN MELAYU ADALAH KETUANAN BANI HASYIM DAN ITULAH KETUANAN QURAISY DAN AKU DARI QURAISY

---------------------------------------------------------------------------
KES-KES AHLI PAS DENGAN MQTK

2002 : Ustaz Che Aziz selaku Mudir Pondok Moden di Kandis, juga lulusan Master Usuluddin University Al-Azhar, menolak Istikharah Al-Al-Quran dan melabelnya Nujum, di rumah YDP. MQTK di hadapan seluruh kerabat Pertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan dan di rumah cicit Datuk Syed Kadok-Syed Kuning Kelantan.

2008 : Memaksa cerai kerabat dengan salah seorang anak ahli PAS Manek Urai berkesudahan dengan sumpah laknat orang tua-tua ke atas Paksu Wil hingga ke liang lahad kaki terpotong 2009, disebabkam anak buah beliau kaki rogol adik sendiri cuba dipertahan sebaliknya masjid ahli kerabat MQTK dirobohkan dengan menggunakan ugutan bunuh dan juga kkuasa mahkamah yang dikuasai sepenuhnya oleh mereka. Menantu To Guru sendiri yang telah dimaklumkan melalui YDP. MQTK (sabahatnya satu alumni), juga turut berdiam diri, dan akhirnya dikifaratkan potong leher (sejenis bengkak) dan rancangan berkunjung ke Makkah(haji 2009) terpaksa dibatal. Kes penuh diketahui oleh Ustaz Mohd Yasad Al-Hafiz, mudir tahfiz Datuk Dr. Halim Gunung Bachok, Kelantan.

CUKUP 2 TU....dunia akhirat seluruh Bani Hasyim enggan mendoakan mereka lagi..!!
(kecuali diselesaikan terlebih dahulu. 40 lagi kes, dalam file setiausaha MQTK)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.