Assalamualaikum wbt. BIsmillah Ar Rahman Ar Rahim.
Kali ini aku nak cerita bab berguru dan bersahabat dengan makhluk halus dari kalangan bunian. Selalunya kita di nasihat dan di war-warkan oleh Ustaz-Ustaz lulusan Universiti ni bahawa jangan sesekali berguru dengan Jin kerana kita sebagai Khalifah di atas mukabumi adalah semulia-mulia makhluk. Minta lah dengan Allah, Dia Yang Maha Berkuasa Di atas Segala Sesuatu. Heheh, rupanya cakap tak serupa bikin.
Aku pernah dengar ada seorang budak di Taman Melawati (umur 10 tahun) merawat pesakit dengan bantuan makhluk bunian. Khabarnya begitu ramai pesakit yang mengunjungi beliau kerana kagum dengan kebolehannya . Bila sedang berubat kelihatan dia selalu berkomunikasi dengan sesorang di sebelahnya yang ia panggil Atok. Atok yang memberitahu segala-galanya dan Atok juga yang memberi arahan apa yang patut di buat. Hakikatnya budak itu hanya mengikut arahan sahaja sedang yang merawat sebenarnya adalah makhluk bunian. Banyak kes-kes kronik dapat di selesaikan dan ramai yang sembuh dengan izin Allah hasil bantuan makhluk halus ini. Siapa makhluk halus (bunian )ini?
Semasa aku sedang belajar di UPM, pensyarah aku ada menceritakan pengalaman dia menyaksikan sendiri bagaimana seorang bomoh yang mempunyai MOU dengan Doktor Jin menukar kaki pesakit dari yang cacat kepada yang sempurna dari kaki orang lain yang telah mati. Katanya, kaki pesakit di tutup dengan kain kuning dan dalamasa setengah jam kain di buka. Kaki yang cacat berwarna kehitaman telah bertukar dengan kaki yang sempurna berwarna cerah dan bentuk kaki dan jari pun berbeza dari yang asal menunjukkan memang kaki orang lain yang di sambung kepada kaki pesakit tadi. Jin yang membuat pembedahan ini adalah Doktor Jin di alam sgaib dan teknologi di alam Jin di katakan lebih canggih sebab alam Jin lebih dahulu di cipta oleh Tuhan dan teknologi mereka mendahului teknologi manusia, sebagai contoh, “flying saucer” belum di cipta oleh teknologi manusia tetapi manusia telah melihatnya di langit sejak teknologi belum berkembang seperti sekarang.
Bagaimana pulak Dajjal? Dajjal lahir 3000 tahun dahulu dan hidupnya di zaman 3 Nabi iaitu Nabi Musa , Nabi Isa dan semasa kelahiran Nabi Muhammad, Dajjal di rantai di sebuah Pulau dan pernah di temui oleh sahabat Nabi . Dajjal di besarkan oleh Malaikat Jibrail tetapi takdirnya beliau menjadi musuh Islam dan Musa pula di besarkan oleh Firaun tetapi takdir Allah baginda membawa Risalah Islam, Agama Tauhid. Kerana lamanya hidup dan mempunyai usia yang panjang Dajjal mempunyai ilmu zahir dan ilmu batin yang tinggi. Teknologi Barat banyak di cipta oleh Dajjjal melalui tangan-tangan Yahudi Laknatullah. Dan kini rata-rata umat Islam begitu terpesona dengan Teknologi Canggih ciptaan Dajjal ini dan makin melupai Teknologi Mukjizatdan Karomah Para Nabi dan Para Waliy malah menafikannya pula dengan diracuni oleh ulama-ulama SUK. Pada mereka Waliy Allah sudah tidak wujud, yang ada dan berkuasa kini adalah Wali Wahabi dan Wali Yahudi yang di ketuai oleh Dajjal.
Bukan Dajjal sahaja manusia yang mempunyai usia yang panjang. Yang kita ketahui Nabi-Nabi yang masih hidup adalah Nabi Khidir (Penjaga Laut) dan Nabi Illias (Penjaga Bumi). Nabi Isa hanya menunggu masa untuk turun kembali ke bumi bagi menghadapi dan membunuh Dajjal Laknatullah. Bagaimana pula dengan Waliyullah, kata Allah mereka tidak mati. Mereka hidup dan solat di kuburan mereka. Itu yang tidak mempunyai tugas di atas mukabumi, kalau kuburan mereka di gali, jasad mereka di dapati masih elok dan utuh. Tidak hancur dan membusuk sepertimana jasad orang kafir dan mukmin yang berdosa.
Bagaimana dengan Waliyullah yang mempunyai tugas di atas mukabumi yang menjadi tentera-tentera Allah? Ada di antara mereka hilang begitu sahaja sepertimana keluarga ku iaitu Hang Tuah dan Cik Siti Wan Kembang. Kemana mereka menghilang dan apa pekerjaan mereka ? Yang hilang tiada kubur, bagaimana yang telah bersemadi di dalam kubur seperti Wali-wali Songo? Kalau kuburan mereka di gali, masih terdapatkah jasad mereka di dalam kubur? Firasatku mengatakan jasad mereka juga hilang, yang ada hanya batang pisang sahaja . Ini adalah kerana mereka juga di takdirkan mempunyai umur panjang dan menjadi tentera-tentera Allah di alam ghaib yang membantu hamba-hamba yang mukmin dan anak cucu mereka yang mengikut jalan Sunnah Nabi , bukan Sunnah Wahabi dan Yahudi.
Anda tidak percaya? Bagaimana anda mahu menafikan pengalaman orang lain sedang anda tidak pernah melaluinya? Anda mengatakan kami gila sepertimana ajaran Sunnah Yahudi dan kami patut di rantai di Hospital ? Anda belum pernah meminum madu dan anda menafikan madu itu manis? Anda mengatakan orang yang minum madu tu orang gila?Apakah anda begitu bodoh untuk menafikan perkara yang anda tidak tahu atau anda terpedaya dengan dakyah ULAMA WAHABI dan DUKUN-DUKUN YAHUDI? Atau anda memang BODOH SOMBONG? Kalau budak belum baligh boleh nampak hantu, kenapa anda tidak boleh? Budak kecik bersih tiada dosa sedang anda oenuh dengan kekotoran dosa syirik. Hidup bersandar pada makhluk dan ciptaan manusia, tiada Tuhan di hati anda.
# Bila anda sakit, anda cari doktor dan ubat kerana Tuhan Doktor telah memberi kuasa kesembuhan pada ubat kimia ciptaanya.
# Bila bekerja anda takut pada majikan takut-takut majikan tidak mahu lagi memberi anda rezeki.
# Bila berkenderaan , anda yakin pada Tuhan kereta dan anda kata naik kereta tak bahaya sehingga jalanraya penuh sesak dengan kenderaan beroda 4. Anda boleh membunuh orang namun anda tidak terfikir anda mungkin terbunuh lebih ngeri kalau terperangkap dan terbakar di dalam kereta anda sendiri.
# Bila nak berubat cara Islam, anda cari perawat Ruqyah yang menyeru khadam Ayat (mungkin malaikat dan mungkin Jin) yang bersandar pada ayat-ayat Allah dan bukan pada Allah pada hakikatnya. Allah Yang Maha Berkuasa bukan ayat-ayat-Nya, ada faham??? Ada Puan Guru yang bersandar pada kayu ranting Nona untuk menghalau Jin dan ada juga yang bersandar pada garam kasar…….mana Tuhan anda????
Di sini Allah SWT telah tunjukkan bahawa DIA MAha Berkuasa dan DIA boleh melakukan apa sahaja. Dia juga yang menyesatkan dan DIA juga yang memberi hidayah. Ustaz-ustaz Wahabi di sesatkan dengan bantuan jin-jin sedangkan khadam asal Nur Malaikat duduk diam bila di panggil kerana tidak di suruh buat apa-apa. Lalu Allah SWT datangkan jin-jin bagi meyakinkan Perawat Wahabi ini bahawa ayat-ayat Allah Berkuasa Menyembuhkan dan Menghalau Jin-jin. Bak kata Ustaz Syarhan, “Allah telah memberi kuasa yang hebat pada jin-jin yang merasuk ni”, bodoh betul la anak didik Syeikh Abdul Wahid Salam Bali ni. Bila masa pula Allah memberi kuasa-Nya pada Jin-Jin? Allah SWT tiada sekutu dalam kekuasaan-Nya dan pemerintahan-Nya, faham??????? HANYA DIA YANG MAHA BERKUASA. MAHA BERKEHENDAK, MAHA BERILMU, MAHA HIDUP, MAHA MELIHAT, MENDENGAR DAN BERKATA-KATA, MAKHLUK SEBAGAI HAMBA TIDAK PUNYA APA-APA….LA HAULA WALA…..
Anda tahu Kisah Nabi Sulaiman dan Kisah Iskandar Zulkarnain bukan? Hebatnya mereka kerana mereka bersandar kepada Allah semata-mata dan Allah SWT datangkan bantuan dari kalangan Jin-Jin bagi menguatkan kerajaan mereka. Adakah Nabi Allah Sulaiman dan Iskandar ini orang yang syirik??? Menyekutukan Allah dalam menggunakan khidmat Jin-Jin ini ??? Anda kena bersandar kepada Allah semata-mata , baharu lah Allah datangkan bantuannya dengan menghantar jin-jin ini sebagai khadam anda. Lain lah kalau anda beramal untuk mendapatkan kehebatan dunia dengan menyekutukan Allah, berwirid dan berzikir dengan jumlah yang banyak agar di datangi khadam ayat atau memanggil Jin-Jin ini bagi mendapatkan bantuan atau kehebatan seperti kebal, terbang, berjalan di atas air dan sebagainya. Dengan niat anda sebegitu, maka Allah izinkan lah kerana DIA juga yang menyesatkan anda kerana pilihan anda juga. Begityu banyak Waliyullah di bumi Jawi ini, Wali Wahabi jugak yang di cari malah jauh pulak tu di Mesir lagi.
Anda marah, anda bengang??? Anda kata saya tuduh anda sesat? Apa tujuan anda di ciptakan wahai pro Wahabi?? Untuk mengenal Tuhan bukan??? Bukankah untuk mengenal Tuhan kena kenal diri. “Diri” itu berada di dalam jasad iaitu RUHKU. Pasal apa anda terbang begitu jauh untuk belajar ilmu agama dan perubatan Islam????
BERSAMBUNG………..
menarik dan mahu penjelasan...
ReplyDelete