Kekuatan Ruh mengikut Syeikh Abdul Qodir Al Jailani di dalam Kitab Sirrul Asrar adalah sekuat halilintar. Ruh terlebih dahulu di balut di 3 alam sebelum di turunkan ke alam jasad iaitu Alam Lahut, Jabarut dan Malakut.
Sekiranya Ruh tadi tidak di balut maka masuknya Ruh kedalam jasad mengakibatkan jasad terbakar hangus seperti di panah halilintar.
Saraf di dalam tubuh ibarat wayar elektrik yang mengalirkan tenaga elektrik Ruh keseluruh badan dan sekiranya ada saraf yang tersumbat, maka perjalanan arus tenaga Ruh tadi akan terganggu dan mengakibatkan anggota badan itu merasa sakit yang di signalkan oleh saraf melalui otak kita.
Darah yang mengalir di dalam saraf tadi adalah pengalir tenaga Ruh sepertimana air adalah pengalir tenaga elektrik. Jangan lupa bahawa badan kita terdiri dari 80% komposisi air.
Memakan ubatan kimia hanya merusakkan saraf dan mengganggu signal dari otak untuk memberitahu ketidakseimbangan sesuatu anggota atau organ. Melakukan pembedahan akan memutuskan saraf dan boleh menyebabkan arus tenaga Ruh mengalir keluar dari saraf "Short circuit".
KERATAN AKHBAR UTUSAN 9SEPTEMBER 2011
KERATAN AKHBAR KOSMO 8 SEPTEMBER 2011
KERATAN MAJALAH SAINS ESTIDOTMY - UTUSAN
KERATAN MAJALAH ESTIDOTMY - UTUSAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.