AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)
AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT
ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH
ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)
ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH
ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)
Sunday, September 11, 2011
FADHILAT FATIHAH
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya: "Sesiapa membaca fatihah nescaya mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca tujuh kali At Taurat, Al Injil, Az Zabur, Al Quran dan Suhuf(Idris dan Ibrahim)"
Dan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjah didalam syurga yang luasnya seumpama perantaraan Bumi dengan Langit.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: "Demi Allah sanya Fatihah itu ialah 'Al Sab'ul masyaani ' dan Quran yang maha besar yang dikurniakan Allah SWT kepada aku dan tidak ada dalam At Taurat, Al Injil, Az-Zabur dan Quran yang serupa denganya."
Fatihah sunat dibaca pada tiap-tiap kali hadir dimasjid sebelum keluar daripadanya, Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: " Barang-barang yang dikeluarkan daripada harta perbendaharaan 'Arasy ialah empat perkara iaitu: Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat yang penghabisan surah Al Baqarah (285-286) dan surah Al Kauthar."
Pahala orang yang membaca Fatihah setimbang dengan pahala orang yang membaca dua pertiga(2/3) Al Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
"Yang terlebih afdal dalam Al Quran ialah 'ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ'
Sesiapa membaca fatihah dan "قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ",
nescaya sejahteralah daripada sekelian bencana yang lain selain daripada mati.
Sunat melafazkan 'Amin' ketika lepas membaca fatihah samaada fatihah yang kita baca sendiri atau Fatihah yang iman baca.
Sabda rasulullah s.a.w. ertinya: " Apabila selesai iman daripada membaca Fatihah hendaklah kamu baca amin nescaya diperkenan permintaan kamu."
Hadith Rasulullah s.a.w.:
"Pada suatu masa sedang rasulullah s.a.w. bersama dengan Abu Zaid berjalan pada suatu jalan diMadinah tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki sedang membaca Fatihah lalu nabi s.a.w. bersabda: "Kita berhenti dengarkan Fatihah ini hingga sempurna bacaannya."
Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Sesiapa membaca Fatihah maka mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca Al Injil, Az-Zabur, At Taurat, Al Quran dan tiap-tiap satu ayat yang dibacanya itu baginya pahala seumpama mensedekahkan beberapa banyak emas kerana fiisabilillah dan terpelihara tubuhnya daripada masuk kedalam api neraka dan kemudiannya daripada Nabi ialah orang yang terlebih kaya daripada orang-orang yang masuk kedalam syurga."
Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Pada malam dibawaku daripada Baitullah ke Baitulmaqdis, ketika ku berhenti di'Arasy dan aku nampak Fatihah dan sekelian Quran tertulis pada Luh mutiara dan yaqut, kemudian ku pohon daripada Allah SWT akan dua perkara yang tersebut, supaya dikurniakan kepada umatku,
Firman Allah SWT:
"Dua perkara yang tersebut Aku berikanlah kepada engkau dan umat engkau."
Kemudian aku bertanya pulak:
"Apa pahala orang yang membaca Fatihah dan apa pahala orang yang membaca Quran."
Berfirman Allah SWT:
"Wahai Muhammad, Fatihah itu ada mengandungi tujuh ayat, maka aku haramkan-tutupkan atas orang yang membacanya tujuh pintu api neraka jahanam, dan orang yang membaca Quran aku berikan kepadanya pahala dengan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu, satu pohon kayu daripada tanaman syurga yang mempunyai beberapa banyak nikmat."
Siapa-siapa yang membaca fatihah, nescaya adalah tiap-tiap satu ayat daripada Fatihah itu mendinding baginya daripada neraka jahanam.
Siapa-siapa yang didalam bilangan masuk neraka,
jika anaknya ada membaca " ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ'" nescaya diberhentikan azabnya selama 40 hari.
Siapa-siapa membaca sepuluh perkara yang disebut dibawah ini nescaya sejahtera daripada sepuluh perkara iaitu:
1. Surah Al HFatihah-Menegakkan daripada kemurkaan Tuhan.
2. Surah Yaasin-Menegahkan dahaga pada hari kiamat.
3. Surah Ad Dhukhan-menegahkan huru-hara pada hari kiamat.
4. surah Al Waqi'ah-menegahkan daripada fakir.
5. Surah Al Mulk-Menegahkan daripada seksa kubur.
6. Surah Al Kauthar-menegahkan daripada perkelahian.
7. Surah Al-Kafirun-menegahkan daripada mati kafir.
8. Surah Al-Ikhlas-menegahkan daripada menjadi munafiq.
9. Surah Al-Falaq-menegahkan daripada kena penjara.
10.Surah An-nisaa'-menegahkan daripada was-was.
Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "sesiapa membaca Fatihah dan surah Al-ikhlas, ketika kembali kerumah, nescaya terjauh dari pada fakir-papa dan dapat kebajikan rumahnya beberapa banyak."
Jika dibaca Fatihah empat puluh satu kali (41) dengan mewasalkan (menyambungkan) ' بِسۡمِ ٱللهِ' dan dihembuskan kepada orang sakit nescaya sembuh penyakitnya itu.
Siapa-siapa sentiasa membaca fatihah empat puluh satu kali (41) pada masa antara sembahyang sunat subuh dengan sembahyang subuh nescaya terlepas daripada hutang, sihat tubuhnya dan dikurniakan Allah SWT akan dia kekayaan dan kemuliaan.
Siapa-siapa sentiasa membaca fatihah empat puluh satu kali (41) pada mata orang yang sakit ketika antara sembahyang sunat subuh dengan sembahyang subuh selama 40 hari berturut-turut akan sembuh sakit matanya itu.
Sesiapa membaca fatihah tujuh kali (7) pada suatu penyakit dengan meletakkan tangan keatas tempat sakit itu dan berdoa:
7 Kali nescaya sembuh penyakitnya.
Kitab Pati Rahsia
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.