AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Saturday, July 30, 2011

PENGENALAN GERAK MAKRIFAT

BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya penubuhan Gerak Makrifat ini adalah ilham dan gerak dari Allah Taala jua. Hamba yang lemah lagi hina, daif lagi faqir yang tiada daya dan upaya melainkan dengan kudrat dan iradat serta ilmu dari Nya jua.

Hamba yang faqir bukanlah seorang ulama, tidak pernah mempelajari ilmu agama secara formal dari institusi pengajian tinggi maupun pondok-pondok pengajian tasauf malah tidak mengikuti mana-mana aliran tarekat khusus. Hamba juga tidak pernah menganggotai mana-mana pertubuhan dakwah atau terikat dengan mana-mana perguruan Silat atau Pusat Rawatan Islam. Hamba di didik sendiri oleh Allah dan Rasulnya melalui pengalaman hidup, pembelajaran secara informal dengan guru-guru, pengkajian kitab-kitab dan tafakur lalu dengan amalan yang ikhlas semata-mata kerna Allah jua melalui amalan zikir bersanad dan solat-solat sunat seperti Solat Taubat, Hajat, Tasbih, Tahajud, Witir dan Dhuha, amalan puasa sunat dan istiqamah membaca surah-surah amalan Junjungan kita Rasulullah SAW iaitu Surah Yaasin, Ar Rahman, Al Mulk, AL Waqiah dan As Sajadah serta amalan surah khatam quran hamba berjaya menemui malam Lailatul Qadar pada malam 21 dan di datangi baginda Junjungan sendiri mengijazahkan 2 amalan iaitu Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi dan Amalan Para Ariffin.

Hamba bersendiri dan belum ada gerak niat untuk menjadikan Gerak Makrifat ini satu Pertubuhan atau Perguruan yang berdaftar. Hamba memegang pesan guru hamba agar tidak bergerak dalam Pertubuhan atau Perguruan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dikemudian hari nanti .

SEJARAH DIRI

Hamba di lahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak sulung dari enam beradik. Semasa kecil hamba merupakan seorang yang lemah fizikal kerana mempunyai penyakit asma. Namun hamba sentiasa bersemangat dan mempunyai keberanian yang tinggi.

Suatu ketika seorang pengamal perubatan tradisional di panggil oleh ibu hamba untuk merawat hamba . Dari sini lah bermula satu keazaman di mana hamba sentiasa mengingati “pesan hamba Allah” yang soleh itu. Beliau bertanya ibuku, “ adakah seorang ulama di kampung awak?”. “Ada”, kata ibuku. “Namanya Tok Guru Hamzah, seorang penasihat Istana”. “Bawa anak awak berjumpanya dan jadikan anak awak ini anak angkatnya.”pesan beliau kepada ibuku. Katanya lagi, “anak awak akan menjadi sepertinya.”

Lalu sepertimana adat orang dulu-dulu, ibu hamba menyediakan pulut kuning dan membawa hamba kerumah tuan guru. Kami disambut oleh tuan guru dan ibu hamba menceritakan perihal pesan “hamba Allah” tadi. Tuan Guru yang baru pulang dari pondok suluknya di belakang rumah menerima hamba dengan hati yang terbuka dan mengusap kepala hamba. Hamba baru berumur 9 tahun ketika peristiwa itu berlaku tetapi ingatan hamba hingga kini masih kuat akan peristiwa itu.

PERKARA MENCARIK ADAT SEBELUM MENDALAMI ILMU AGAMA DAN KEROHANIAN

Di antara perkara-perkara yang mencarik adat yang berlaku pada hamba:

1) Hamba di sepak di belakang lutut dengan tujuan untuk menjatuhkan hamba namun hamba teguh berdiri tanpa goyah sedikit pun.

2) Hamba tidak menduga sama sekali bagaimana hamba dapat mengelakkan diri dari terkena air panas yang tumpah semasa mengangkat cerek air yang sedang menggelegak. Hamba terselamat dan cerek kekal dalam pegangan hamba (berumur 10 tahun).

3) Semasa menjalani latihan Silat Gayong, hamba dilihat mempunyai kepantasan yang luarbiasa dan kekebalan tubuh . Hamba tidak merasa sakit sedikitpun bila di pukul tetapi bila memukul, hamba tidak perlu mengeluarkan tenaga, hanya sentuhan tetapi pihak lawan merasa sakit sepertimana pukulan dengan tenaga maksima.

4) Pergerakan langkah hamba juga seperti dikawal oleh seseorang. Ia berlaku bila ada pukulan curi atau serangan mengejut sehingga anggota kaki dan tangan hamba bergerak sendiri di luar kawalan hamba. Hamba sudah ada GERAK semenjak dari kecil.

5) Hamba pernah melompat dari tangga yang tinggi, hamba cuma pengsan akibat kepala terhantuk simen yang menjadi atap . Tiada kecederaan fizikal setelah di periksa di Hospital.

6) Semasa bekerja sambilan di stesyen Petronas sebagai pam atendan, hamba membuka tutup radiator untuk mengisi air lalu tersembur kemuka hamba. Hamba diberitahu kereta itu bergerak lebih 100 km tanpa henti dan berhenti untuk mengisi minyak dan air. Hamba diperiksa oleh doktor selepas sejam kejadian dan kata doktor sepatutnya kulit hamba sudah melecur sepertimana berlaku di stesyen minyak lain seminggu selepas itu di mana mangsa itu di rawat di hospital selama 7 hari akibat melecur separuh badan.

7) Hamba pernah dikunci dan dipukul dengan kuat dibahagian tengkuk dan seterusnya di kunci dengan kuncian “badak berendam”tetapi tiada kesakitan dirasa.

8) Hamba pernah di tumbuk di bahagian lengan secara bertalu-talu oleh bekas Pesilat Olahraga Negara yang pernah bertanding di Vienna namun tiada kesakitan di rasa.

9) Paling menakjubkan hingga hamba sendiri kehairanan, di saat membuat demonstrasi Silat Gayong di Asrama Delima ITM suatu ketika dulu dalam permainan temput tangan kosong, hamba di tendang di bahagian dada tanpa rasa sakit, hamba terus maju menumbuk dan disiku dengan begitu kuat di bahagian rusuk, seterusnya hamba di jatuhkan dan di tendang pula di bahagian belikat. Tidak ada kesakitan yang hamba rasa seolah-olah mengamalkan ilmu kebal dan begitulah di tanya oleh para penonton.

10) Dalam suatu perjalanan menaiki motosikal bersama isteri, hamba dapat mengelak dari melanggar seorang ibu bersama anaknya, malah hamba dan isteri juga selamat berhenti tanpa kecederaan seolah-olah motosikal itu dikawal oleh tenaga lain, bukan tangan hamba.

Banyak lagi perkara-perkara aneh yang berlaku pada hamba sehingga membuatkan hamba tertanya-tanya apakah ini? Khadamkah, syaitankah sedang hamba tidak menuntut apa-apa ilmu lagi kerana masih belum lepas dari tanggungan ibubapa yakni belum bekerja, hanya mempelajari silat gayong di sekolah sahaja. Rentetan dari peristiwa ini lah yang membuatkan hamba mula mencari guru-guru agama dan pengamal-pengamal perubatan untuk bertanya dan ingin mengetahui apa rahsia di sebalik kejadian mencarik adat itu.

GURU-GURU HAMBA DALAM ILMU PERSILATAN, PERUBATAN DAN ILMU USULUDDIN (MURSYID)

ILMU PERSILATAN :

1) Silat Seni Gayong Malaysia :

a) Cikgu Mohd Amin Hamzah (Ipoh)
b) Cikgu Hamzah Ahmad(Shah Alam)
c) Cikgu Salehin (Gayong Pusaka)
c) Cikgu Mustapa Kamal (Ampang)

2) Tae Kwon Do

a) Uncle Jack (TUDM Lumut)
b) Zabidi Saad (Ex-TUDM Juara Tae Kwon Do Negeri Kedah)

3) Silat Kalimah
a) Di ijazahkan oleh Cikgu Azmi Long

4)Gerak Seni Silat ABJAD
a)YM Ustaz Ahmad Che Din

ILMU PERUBATAN ISLAM, TRADISIONAL DAN ILMU KEROHANIAN ISLAM

1) Amalan 10 ayat-ayat Syifa
Ustaz Aziz Mohd Zain – Semasa itu seorang Penolong Pengarah Dakwah
di JAWI

2) Pengubatan dengan Surah Yaasin
Ijazah dari seorang pendakwah bebas

3) Ilmu Perubatan & Urut Tradisional (Ilmu Pawang)
a) Guru zahir adalah generasi pewaris dari Allahyarham Pawang Omar Sabar
b) Guru Batin (Ghaib) – Raja Bunian & Tok Pawang sendiri yang menjadi
guru kepada sekalian bomoh dan pawang di Nusantara ( baca buku
tulian Dr.Haliza Jiji – Perbomohan di alam Melayu)

4) Silat Batin Sunan Kalijaga (GERAK FAQIR)
a) Guru zahir – Pakcik………..(beliau tidak mahu di kenali)
b) Guru Batin (Ghaib) – Waliyullah Sunan Kalijaga sendiri (Wali Songo)

5) Ilmu Penyembuhan Tapak Tangan (Titik 9 @ Syahadat Tokku Paloh)

Hamba sendiri ada darah keturunan Tokku Paloh dan Tok Kenali. Namun kerana dari jalur sebelah ibu maka ia tidak di kenali sebagai nasab. Ianya darah keturunan, maka mudah bagi hamba untuk mewarisi dan menguasainya kerana darah Tokku Paloh sendiri mengalir dalam tubuh hamba.

6) Amalan Ismullah Al A`dzham Nabi Allah Isa & Nabi Allah Sulaiman a.s.

Ini adalah amalan dari mursyid hamba semasa menyambung pengajian
ilmu Sifat 20 yang merupakan anak murid kepada seorang waliyullah
yang di kenali di selatan Negeri Perak.

7) Ijazah baginda Rasulullah SAW di malam Lailatul Qadar (malam 21
Ramadhan)
a) DOA Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi
b) DOA seruan Ismullah Al A`dzham Para ARIFFIN (Arif Billah)

8) Ijazah Guru Ghaib (malam 29 Ramadhan)
Amalan Ismullah Al A`dzham (Nama-nama Allah Yang Agung) amalan Asif
Barkhaya, Pembesar Nabi Allah Sulaiman a.s. yang menyeru dengannya
ketika memindahkan Istana Balqis dan menarik kubah dari dasar laut.

9) Amalam Kerohanian Tertinggi dari Mursyidku setelah mengesahkan
pertemuan hamba dengan Baginda Rasulullah.
a) Amalan Zikir Nafas (amalan Kun fayakun)
b) Ayat Fardhu (amalan ilmu kerohanian kaedah makrifat)
c) Ayat Makrifat (pembuka hijab ilmu ladunni)


ILMU-ILMU AGAMA

ILMU FARDHU AIN – TAUHID (IMAN), FEQAH (ISLAM) & TASAUF (IHSAN)

ILMU FEQAH

a) Majlis-majlis ilmu di masjid dan surau
b) KITAB SABILAL MUHTADIN
c) KITAB FEQAH MAZHAB SYAFIE

ILMU TAUHID

a) Majlis-majlis ilmu di masjid dan surau
b) Kitab Ghoyatul-Murid dan pelbagai kitab Ilmu Tauhid yang lainnya.

ILMU TASAUF

a) Majlis-majlis ilmu di masjid dan surau
b) Kitab Minhajul Abidin & Mukashafah Al Qulub
c) Kitab Hikam
d) Kitab Ad-Darun Nafis
e) Kitab Asrarruddin

ILMU HAKIKAT & MAKRIFAT

a) KITAB ILMU MENGENAL DIRI & ILMU MAKRIFAT TOK KENALI
b) KITAB TOK PERAMU
c) KITAB TOKKU PALOH
d) KITAB FUTUH AL-GHAIB (SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI)
e) KITAB SIRRUL ASRAR (SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI)
f) KITAB KASYU AL-ASRAR
g) KITAB SYARAH USUL TAHKIK
h) KITAB HIDAYATUL MUTAAKKIRIN

***
Ilmu Hakikat Makrifat ini di ajar oleh Waliyullah-waliyullah Nusantara yang dikenali seperti Tok Kenali, Datok Bahaman (Tok Peramu) dan Tokku Paloh. Mereka adalah ulama, pendekar sufi dan juga tabib yang tidak pernah berkromi dengan penjajah yang telah banyak membunuh ulama-ulama sufi dan ahlul bait dari kalangan Raja-Raja Melayu.

Bersambung………………………….

7 comments:

  1. Aslmkm, nama saya Mohd Darwise saya berminat nak belajar silat dari Tn Haji.Tapi tak tau lah sama ada diri ini boleh atau tidak sebab agama saya tidak cukup lengkap seperti pelajar2 di persanteran atau di musolah atau di pondok2 agama. Saya mengaku kurang mendalam dalam bab agama lebih2 lagi dalam zaman yang serba moden ini. Tapi keinginan untuk belajar itu ada, lebih2 lagi kalau mengaitkan dengan Silat. Saya pernah belajar Silat Gayung tapi tidak habis sbb tak dapat fokus kerana murid yang terlalu ramai dan diri ini lemah sewaktu ramaja dulu. Saya ingin belajar buat mempertahankan diri ini dan keluarga juga tangungjawab besar mempertahankan pada Agama Islam, Tanah air dan bangsa lebih2 lagi sejak akhir2 ini berbagai cabaran dari dalam atau luar agama kita dan negara di cabar maruahnya jesteru saya mau belajar untuk menghadapi sesuatu yg munkin tak dapat di hindarkan pada masa akan datang. Lagipun ramai anak muda yang dah lalai dan tak tau lagi munkinkah kita dapat menang lagi kalau2 berlaku kacau beliau di negara kita. Itu lah tujuannya Tn Haji. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam Darwise, boleh hubungi saya di talian tertera .

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam wbt. No.hp saya 016-6353 601

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. assalamualaikum..tn haji sy ad belajr silat gayong ma'rifat..dan sy sekrg nie tgh mencri guru yang boleh mengajr sy silat gayong maarifat,bolehkah tn haji memberi tunjuk ajar kepd sy..?terima kasih

    ReplyDelete
  5. bimilahirrahmanirrahim...assalammualaikum tuan haji...disini sy mohon izin pada tuan hj membaca dan menambah ilmu dlm pembacaan sy di dlm blog ini..semoga dgn pembacaan ini sy dpt menambah serba sedikit pengetahuan pd diri sy utk meneruskan kehidupan yg penuh pancaroba ini..sekian wassalam..terima kasih..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.