Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang
KUASA MUTLAK adalah KEPUNYAAN ALLAH. Ilmu ini adalah selari dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu Qayyim iaitu "meletakkan keupayaan dan kekuatan kepada Allah". Inilah apa yang selalu kita zikirkan iaitu selepas sembahyang;
"La hawla wa laa quwwata illa billahil 'aliyil azim"
Tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja).
Konsep kekuatan dan kuasa hanya milik Allah ini sepatutnya dikuasai semua umat Islam sewaktu mempelajari Rububiah Allah iaitu: "yakin berserta keimanan yang teguh , kukuh dan mantap (istiqamah) tanpa berbelah bagi dan waswas bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang mencipta segala-galanya. Allah yang maha pencipta (tiada pencipta lain kecuali Dia). Dia adalah Tuhan pemilik segalanya, tiada sekutu dan tiada penolongNya dalam mencipta segalanya. Hanya Allah sahaja yang benar-benar Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala apa sahaja ciptaannya, memiliki dan memerintah mengikut kehendakNya, dan tiada kuasa atau perintah yang mutlak selain kuasa dan perintah yang ada padaNya". (Jumhur ulama)
Secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai "Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini".
Berdasarkan konsep rububiah Allah ini, setiap makhluk/sesuatu tidak mempunyai kekuatan atau kuasa!. Maksudnya:
1. Manusia tidak mempunyai kuasa dan sebarang daya kekuatan
2. Angin tidak mempunyai kuasa seperti mencabut pokok
3. Elektrik tidak mempunyai kuasa
4. Cahaya tidak ada kuasa untuk menerangi
5. Al Quran tidak mempunyai kuasa merawat atau menyembuh penyakit
6. Makanan tidak mempunyai kuasa untuk mengenyangkan dan memberikan kesihatan
7. Minuman tiada kuasa menghilangkan dahaga
8. Ubat tidak ada kuasa untuk memulihkan penyakit
Berdasarkan fahaman sebenar berkaitan konsep rububiah ini, jadi mengapakah manusia boleh berkata-kata seandainya kita tidak mempunyai kuasa? Jawapannya ialah kerana Allahlah yang mentadbir dan mengurus lalu memberikan rahmatNya sehingga manusia mampu berkata-kata. Melalui rahmat dari Allah inilah, manusia boleh berkata-kata serta melakukan pelbagai aktiviti lain. Itulah sebabnya seandainya kita mengaku bahawa kita mendapat keputusan SPM yang baik kerana kita adalah orang pandai dan dilahirkan pula dari gen ibu bapa yang pandai (kedua-dua mereka Profesor) maka akidah orang ini sudah rosak.
Melalui kefahaman yang lurus berdasarkan ilmu rububiah Allah, angin yang kuat mencabut pokok adalah kerana kuasa yang diberikan Allah, ubat tidak ada kuasa menyembuh penyakit kerana kesembuhan adalah sebenarnya milik Allah. Manusia boleh sembuh tanpa ubat atau pun orang sakit yang sudah banyak berubat akan tidak sembuh sekiranya tidak diberikan rahmat sembuh dari Allah.
Sekiranya kita beranggapan penyakit sembuh kerana makan ubat, ia adalah satu tanggapan yang salah dan membawa kesan besar iaitu kerosakan akidah. Sepatutnya, apabila seseorang sakit, Allah perintah agar manusia berusaha mencari ubatnya dan selepas memakan ubat ini bertawakkallah kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak memberikan kesembuhan bukannya ubat. Apabila sembuh jangan pula puji ubat tetapi pujilah Allah SWT yang menurunkan ubat dan memberikan kesembuhan.
Begitulah juga Allah perintah bila lapar, makanlah dari rezeki yang baik yang dikurniakan Allah. Selepas makan bertawakkallah kepada Allah kerana hanya Allah yang akan memberikan rahmat kenyang, sihat dan sebagainya.
Begitulah, segala makhluk / sesuatu termasuk manusia, makanan, minuman, ubat, elektrik, Al-Quran dan enjin kereta tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa sekiranya tidak diberikan oleh Allah.
Sekiranya kita beranggapan Al-Quran mempunyai kekuatannya sendiri dan mampu menghalau syaitan dan jin, maka ini adalah satu kerosakan akidah kerana Allah sesungguhnya tidak mempunyai sekutu atau rakan untuk mentadbir alam ini. Allah juga tidak memerlukan Al-Quran sama ada dalam bentuk tulisan atau bacaan untuk menghalau syaitan atau jin. Bila Allah berkehendak akan sesuatu perkara, maka berlakulah.
Itulah sebabnya ramai ustaz dan ustazah di Malaysia telah silap besar dengan mengajarkan bahawa apabila ayat Kursi dibacakan dengan makhrajnya dan waqafnya yang betul, ia akan dapat membakar syaitan / iblis atau menghalau syaitan / iblis. Fahaman seperti ini adalah satu kerosakan akidah yang sangat besar dan bercanggah sama sekali dengan konsep rububiah Allah Taala.
Seandainya seseorang membacakan ayat Kursi atau sebarang ayat Al-Quran lainya dengan beranggapan bahawa ayat-ayat tersebut mampu memberikan perlindungan atau menghalau syaitan, suatu kesilapan akidah yang besar sudah berlaku dan ini menimbulkan kemarahan Allah. Akibat dari kemurkaan Allah ini, orang yang membacakan ayat Kursi atau ayat Al-Quran lainnya akan mendapat bala musibah dari Allah dan bukannya mendapat rahmat dari Allah. Akibatnya ialah bacaan ayat Kursi ini akan mengakibatkan orang yang dibacakan jampi ini bukannya semakin sembuh namun apa yang kerap berlaku ialah seolah-olah orang yang diganggu ini seperti bara api disiram minyak maka tambah teruklah orang yang diganggu syaitan ini. Sebaliknya sekiranya jampi ini dilakukan dengan betul, rahmat Allah akan turun dan orang yang diganggu syaitan tersebut akan kembali pulih.
Selepas menjelaskan perkara asas tauhid ini, seorang pelajar wanita menceritakan pengalamannya. "Saya pernah diganggu kena tindih sewaktu tidur. Bila saya ingat ayat Kursi dan mula untuk membacanya, gangguan ini semakin teruk lagi. Pada masa lain gangguan kena tindih ini berulang lagi dan saya mengulangi mengingat dan membaca ayat Kursi dan hasilnya tetap sama iaitu gangguan semakin teruk sehingga saya naik bosan. Akhirnya pada suatu masa lain apabila saya diganggu gangguan yang sama, saya tidak mahu menggunakan lagi kaedah membaca ayat Kursi kerana akibatnya saya akan mendapat gangguan yang lebih berat, jadi saya hanya sekadar mengingati Allah. Alhamdulillah hanya dengan sekadar saya mengingati Allah, gangguan ini dapat diselesaikan".
Begitulah pengalaman berharga seorang pelajar wanita saya yang wajar sekali dijadikan iktibar bagi semua umat Islam. Mengingati Allah adalah satu bentuk zikrullah. Hanya dengan mengingati Allah dapat menyelamatkan manusia dari gangguan syaitan dan sebaliknya bila mengingati dan membaca Al-Quran ayat Kursi dengan niat / iktikad ayat ini dapat menyelamatkan dan menghalau syaitan, kesannya adalah sebaliknya iaitu gangguan semakin parah. Ayat Kursi memang hakikatnya tidak mempunyai sebarang kuasa atau kekuatan apatah lagi menghalau dan menjauhkan syaitan kerana ini semua adalah bidang kuasa Allah yang Allahhuakbar. Mintalah kepadaNya.
Sebenarnya membaca Al-Quran dengan iktikad bahawa bacaan ini boleh menghalau hantu dan syaitan adalah menyalahi akidah Islam dan ini amat selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
Al Bayan: 584 - Hadis Sahl bin Hunaif r.a: Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.
Memang amat sesuai hadis ini yang menceritakan orang membaca Al-Quran pun diberikan Allah balasan terkeluar dari Islam kerana hanya dengan membaca Al-Quran dengan iktikad bacaan ini mampu menghalau hantu dan syaitan, perbuatan ini telah merosakkan akidah lalu mensyirikkan Allah dan orang syirik sebenarnya telah terkeluar dari Islam sesuai dengan hadis di atas. Menghalau hantu syaitan hanya semata-mata kuasa dan bidang kerja Allah SWT dan bukannya kuasa kekuatan dari Ayat atau bacaan Al-Quran.
Jadi kalau Al-Quran tidak ada sebarang kuasa, mengapa Nabi Muhammad menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam hadisnya untuk menjampi (meruqyah)?? Jawapannya ialah kembali kepada asas pelajaran tauhid di atas iaitu manusia tiada kuasa kekuatan dan begitu juga ubat, makanan dan ayat atau bacaan dari Al-Quran. Jadi bila lapar makan dan selepas itu kalau Allah memberikan rahmatNya, kita akan dapat nikmat kenyang. Sama juga dengan proses menjampi. Dalam kes-kes tertentu, Nabi atau sahabat Nabi menggunakan jampi dari bacaan ayat Al-Quran untuk mengubati. Namun apa yang perlu difahami di sini ialah Nabi dan sahabat semuanya mantap dengan asas akidah dengan iktikad bahawa ayat Al-Quran ini tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa. Selepas melakukan bacaan jampi ini, ikutilah dengan doa kepada Allah minta disembuhkan masalah yang dihadapai oleh pesakit.
Apa yang sangat perlu difahami di sini ialah usaha / ikhtiar dan kuasa pemutus. Bila kita lapar Allah suruh makan adalah satu usaha atau ikhtiar. Kuasa pemutus menghilangkan lapar bukan bidang kuasa makanan yang dimakan. Kuasa pemutus menghilangkan lapar adalah kuasa pemutus yang mutlak kepunyaan Allah SWT. Dalam hal menjampi, Allah sudah mencontohkan melalui NabiNya bahawa dibolehkan menjampi. Menjampi ini adalah sekadar usaha sebagaimana disunnahkan. Kuasa mutlak menyembuh adalah bukan dari perbuatan bacaan jampi tersebut tetapi kuasa mutlak dari Allah. Itulah sebabnya setengah orang apabila menjampi, Allah memberikan rahmatNya lalu memberikan kesembuhan manakala orang tertentu atau kebanyakan di Malaysia apabila menjampi mendatangkan kemarahan Allah dan mengakibatkan masalah pokok tidak selesai dan berkemungkinan masalah ini akan menjadi lebih besar sebagai azab dari Allah.
Sekiranya pembaca ingin membuat eksperimen berkaitan perkara ini, apabila berjumpa orang atau pelajar yang kerasukan atau histeria, panggillah beberapa orang lelaki lalu bacalah ayat Kursi dengan kuat sebanyak mungkin secara beramai-ramai yang mampu dengan iktikad bahawa bacaan dari ayat Kursi ini mampu menyembuhkan keadaan mangsa. Lihatlah apa tindak balas dari mangsa histeria ini. InsyaAllah mangsa ini semacam semakin marah serta agresif dan mungkin akan berkata beberapa perkataan yang menakutkan lagi. Itulah namanya azab tambahan dari Allah.
Sebagai ilmu, lain kali apabila menemui pelajar yang histeria, lakukan perkara berikut:
1. Jauhkan sejauh-jauh mungkin pelajar lain yang tidak diganggu dan kalau
boleh suruh balik dari sekolah.
2. Jauhkan orang perempuan terutama sekali orang perempuan yang sedang haid.
3. Minta beberapa orang lelaki memantau sahaja mangsa histeria tersebut.
4. Seorang yang benar-benar faham dan mantap asas tauhid, lakukanlah
perkara berikut:
1. Perawat mengambil air sembahyang.
2. Ambil air semangkuk (Tidak melakukan perkara ini pun boleh kerana Nabi
Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
3. Letakkan mangkuk air ini dihadapan dan duduklah bersila menghadap
kiblat.
4. Berniatlah bahawa perbuatan anda ini adalah semata-mata untuk meminta
bantuan dari Allah untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang
dialami oleh mangsa histeria. Menolong kerana semata-mata Allah SWT.
5. Bacalah jampi anda dengan dimulakan dengan ta’wuz di ikuti bismillah,
Al Fatihah, permulaan surah Baqarah dalam 10 ayat dan diikuti dengan
ayat Kursi dengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran
dengan tidak. (Allah jauh sekali dari sifat pekak). Tidak perlulah
dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan
ayat inilah yang menghalau syaitan. Bacalah tiga ayat terakhir dari
surah Al Baqarah. Nak sambung dengan mana ayat lain dalam Al-Quran pun
boleh. Sudahilah jampi anda dengan bacaan ayat-ayat dari empat Kul
iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas
6. Selepas selesai menjampi, satu langkah yang paling penting ialah
berdoa mohon rahmat daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada
mangsa tersebut dan seterusnya minta Allah sembuhkan. Boleh
menggunakan nama mangsa tersebut dalam doa ini. Ulangilah doa ini
beberapa kali dengan bersungguh-sungguh.
7. Sewaktu makukan solat 5 waktu, pada sujud rakaat terakhir, berdoalah
dengan kesungguhan memohon rahmat dari Allah agar memberikan rahmat
memulihkan mangsa dari gangguan syaitan tersebut. Selepas selesai
solat, berdoalah dengan bersungguh-sungguh lagi kepada Allah.
8. Ambil air dalam mangkuk ini dan mulalah untuk menyapu air ini ke muka
mangsa dan bahagian atas kepala dengan diikuti bacaan mana-mana ayat
dari Al-Quran dan diselang-selikan dengan doa memohon rahmat dari
Allah semoga mangsa ini dipulihkan. (Tidak melakukan perkara ini pun
boleh kerana Nabi Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
9. Ulangi proses menyapu air jampi ini ke muka dan bahagian atas kepala
sebanyak tiga kali. (Tidak melakukan perkara ini pun boleh kerana Nabi
Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
10. Perawat meninggalkan lokasi mangsa dengan terus berdoa lagi kepada
Allah. Adalah penting sekali untuk perawat meninggalkan mangsa bagi
mengelakkan perasaan megah dan riak kerana ini adalah dosa yang amat
besar. Ia juga penting agar perawat terus berdoa memohon rahmat Allah
semoga disembuhkan mangsa tersebut.
11. Elakkan dari meminta balasan . Jangan pula perawat berniat untuk
mendapatkan sebarang hadiah dan pujian dari usaha ini sekiranya Allah
memakbulkan usaha perawat ini.
Sekian.
Saya setuju dgn pndapat tuan.tpi sedikit nk tnya, segala apa yg ada ddunia ini adalah hak ALLAH s.w.t.memang kuasa penyembuhan hak mutlak ALLAH s.w.t.tpi ALLAH s.w.t telah meletakkan jalan untuk mncapai sesuatu kebaikan sbg cntoh, apabila sakit di zaman dahulu, manusia d suruh brjumpa tabib atau menggunakan syifa dlm al-quran sbg usaha ke arah penyembuhan.adakah adil bagi pncipta yg maha agung brkhidmat kpd makhluk dgn mmberikan penyembuhan tnpa ada usaha dri makhluk itu sndri.ALLAH s.w.t telah mengurniakan sebatang tubuh n kudrat kepada manusia sbg pinjaman sepnjg hdup d dunia bg tujuan beribadat dn memakmurkn bumi ALLAH s.w.t.adakah adil bg ALLAH s.w.t utk melayan stiap kerenah manusia sdangkn manusia itu sndri x prnah mahu utk brusaha mencari keredhaanya.sesngghnya ALLAH s.w.t mncipta jin n manusia utk beribadah kpdnye.bkan utk dmanjakn or utk diagung2kn hggakn sakit sndri pn dserahkn bulat2 kpd ALLAH s.w.t.Nabi s.a.w sndri pn usaha utk brubat melalui madu, susu, buah zaitun, delima , kurma n pelbagai lg bahan yg dsediakn oleh ALLAH s.w.t dlm haiwan n tumbuhan.inikan pula kta hamba yg hina..maaf kerana brtnya.malu bertnya sesat jalan.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara,terimakasih kerna sudi memberi komentar.. Saudsra kena mantap pemahaman berkenaan tauhid dan aqidah kerana soalan saudara jelas lari dr konsep tauhid. Ucapan 2 kalimah syahadah shj secara hakikatnya sudah menjelaskan soalan ini. Raja Mesir pernah hantar doktor terhandalnya kemadinah sebagai tanda hormat namun sorang pun umat islam tidak mendatanginya.umat muhammad selama 300 tahun memegang sunnah nabi.Selepas itu hingga kini aqidah umat rosak kerna beralih kpd kaedah selain sunnah. Kerna itu Imam Mahdi hampir muncul kerana kerosakan aqidah tidak dpt dibendung dgn oenguasaan ulama suk dlm bidang agama dan ejen yahudi dlm bidang perubatan menguasai dunia. Imam Mahdi akan membawa kita kembali kpd sunnah nabi
ReplyDeleteAssalamualaikum,Membaca doa, adalah ikhtiar, mencari tumbuhan dan bahan perubatan lain juga ikhtiar..dlm usaha memastikan ikhtiar beroleh jaya, tentunya dgn redha Allah..dlm usaha cari redha Allah, tentu ada jatuh bgn kecewa dsbgnya..pd saya Ibadah kewajiban yg xperlu letak sbg kayu ukur dlm tujuan dihidupkan..malah Allah sedia sja menyembuhkan tanpa tukar ganti dgn solat kita.tetapi kita lakukan ibadah atas dasar hamba dan sang raja..sya masih dlm pencarian, salah mohon dibetulkan.. juga doa dari tuan sbg guru, kerna sya belum dpt bediri tegak dek kerana gangguan yg ada..
ReplyDelete