AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Sunday, September 11, 2011

ILMU JURUS PERSAUDARAAN NASRULHAQ – DIMANA KESESATANNYA?

Nasrulhaq

Nasrulhaq dari perkataan nasrul dan haq. Dalam ertinya ialah ‘pertolongan yang Maha Benar’. Maka tiadalah yang lebih benar itu melainkan pertolongan dari Allah ta’ala. Nama itu diberikan oleh Prof. Muchtar Lintang selaku penasihat kepada pertubuhan itu. Walau terdapat nama-nama lain dicadangkan, pilihan nama itu lebih bertepatan dengan maksudnya.

Jurus nasrulhaq, pada konsep ajarannya terbahagi kepada dua bahagian :

(1) Latihan fizikal dan
(2) Latihan rohaniah.

Gerakan fizikal itu merupakan gerakan, langkah jurus-jurus yang mengandungi keseluruhan 17 jurus bermula dengan 1. kepal hinggalah ke 17.seper-empat alif.

Latihan rohani itu ialah zikir.


Amalan

Jurus nasrulhaq ini sangat berkaitan dengan amalannya zikir. Zikir dari perkataan zikrillah dalam erti bahasanya sebut atau ingat kepada Allah sepertimana firman Allah ta’ala, hendaklah ingat pada KU di waktu duduk, berdiri, berjalan..

Dan kehendak dari zikrillah itu ialah ‘sebut’ dengan lidah – tasbih, tahmid dan di dalam hati itu – zikir. Dalam latihan rohani itu tiadalah disebutkan kalimat zikir itu pada sebutan (lidah) melainkan dengan hati / batin.

Nota tambahan: Seseorang itu lebih mudah dengan ilmu jurus nasrulhaq jika sudah biasa dengan mengamalkan wirid-wirid lazim. Apalah lagi jika mereka ada mengamalkan wirid khusus misalnya. Persediaan dengan ilmu jurus itu tidak akan mengancam tujuan ‘tuntutan zikir’ kerana zikir itu membawa maksud sebut/ ingat kepada Allah bukan kerana ‘jurus’. Perhatikan. Sangat bersalahan meletakan zikir itu semata kerana ingin mendapatkan hikmat jurus berkenaan. Itu perkara yg merosakan akidah / amalan.

Padanya itu ada kafiat, sedekah fatihah, ayat-ayat 3 Qul (lazim) dan selawat serta doa-doa (dalam bahasa Melayu sahaja). Kita memelihara yang asal ini tanpa ada additional item atau additional particular di dalam maksud memperolehi jurus itu.


Hizib

Hizib ialah ‘amalan’ yang mengandungi kumpulan-kumpulan dari beberapa ayat serta doa yang diberikan kepada golongan ulamak dan aulia’ (wali-wali) guna untuk mendapatkan perlindungan dari Allah ta’ala.

Oleh itu jurus nasrulhaq ini adalah sumbernya dari kumpulan-kumpulan hizib itu. Dibawakan oleh golongan ulamak seterusnya kepada guru dan orang awam. Tetapi diperingkat guru-guru ini, ia sudah menjadi ilmu mempertahankan diri atau silat bukan lagi sesuatu yang bersifat hizib dengan amalan-amalan, kaedah-kaedah yang meletakan Allah ta’ala adalah tempat tujuan utama/ objektif.


Bagaimana dikatakan jurus nasrulhaq itu ‘sihir’?

BENARLAH. Benarlah itu. Sesungguhnya kadang-kala, pengalaman yang sedikit tidak dapat melihat kebenaran. Hanya kerana waktu usia yang muda lagi sedikit pengetahuan. Perkara itu kita tidak nafikan. Bagaimana dikatakan jurus yang menggunakan kalimat zikir itu adalah perbuatan sihir? Maka kita lihat perkataan sihir itu sendiri.

SIHIR DAPAT DIERTI ‘MENGADAKAN SESUATU YANG PALSU’. Maka andaikata jika dalam mana-mana perguruan, tidak semestinya ilmu jurus PNM sahaja malah lain-lain amalan dan kebatinan, mereka mengatakan ini adalah ‘pertolongan dari Allah’ sebenarnya para guru, jurulatih, amalan-amalan itu mengandungi mantera, seruan kemudian ‘datang makhluk ghaib/ halus’ dengan menzahirkan pelaku atau kejadian yang dianggap ‘batin’ itu.

Maksud yang jelas, ialah jika mereka berkata ini pertolongan Allah sebenarnya kelakuan, perlakuan itu terjadi sebab dari ‘bantuan makhluk halus’ atau ‘jin’ atau ‘khadam’ maka itu adalah SIHIR. Terjadi keadaan begitu bukan kerana pertolongan Allah itu tetapi ‘kejadian’ atau perlakuan itu sebenar dengan bantuan makhluk dan pada pandangan awam sesuatu yang luar biasa.

K’dian jika seorang pengikut ilmu Jurus itu mengadakan suatu additional act dengan memohon atau menyeru kepada sesuatu selain dari Allah ta’ala maka itu perbuatan syirik. Dengan apa alasan dan perkataan untuk membenarkan perbuatan memohon bantuan selain dari tuhan itu adalah syirik, jika dikatakan sekadar berusaha atau hanya mendapat bantuan dari ‘teman’ dari makhluk halus, tetapi keadaan untuk mendapat bantuan itu adalah perbuatan yang menjoros kepada syirik.

Walau pada hakikatnya mereka berkata kita sekadar memohon pertolongan yang membenarkan itu Allah, namun pendustaan di dalam hati-hati mereka itu kerana tiadalah hati mereka nekad untuk memohon kepada Allah melainkan yakin akan mereka itu dengan sungguh yang sudah pasti, akan terjadi atau jadi kerana sebab sesuatu itu seperti kerana batu, cincin dan azimat yang telah dijampi, dimasukan jurus dan sebagainya. Yakin mereka itu lebih jatuh kepada batu.

Mereka berkata kami sekadar berzikir, tetapi dalam amalan-amalannya terdapat seteru-seteru atau memanggil mana-mana nama-nama dari bangsa jin atau doa-doa untuk memohon dari golongan bangsa itu hukumnya adalah syirik. Kalau dikatakan memohon kepada Allah, pasti tidak ada selain dari Allah ta’ala. Mengapa perlu orang kedua atau ketiga dalam tujuan memohon?

Jadi dalam mana-mana kumpulan dengan dakwaan ilmu jurus PNM, para guru dan jurulatih mereka menggunakan ‘perantaraan makhluk ghaib/ halus’ dengan maksud menzahirkan kelaku atau perbuatan yang batin itu maka ‘terbatal ia’ kerana perbuatan atau perkara itu termasuk dikatakan ‘sihir’.

Perkara itu boleh dikiaskan dalam sebuah ceramah tentang ‘sihir’ kata penceramah itu, andaikata gambar saya diambil, kemudian diubah suai dengan teknik super-impose, muka saya diubah dengan muka orang lain, kemudian gambar itu jadi suatu yang nyata pada pandangan umum, maka perbuatan itu adalah ‘sihir’.

Bahasa yang mudah kita faham, bahawa ‘sihir’ itu mengadakan sesuatu yang palsu. Dikaitkan dengan ilmu kebatinan, maka mereka berkata ini bantuan dari Allah ta’ala sedang mereka sebenarnya menyeru nama-nama jin, mendapat pertolongan makhluk halus, mendapat perlindungan dari apa yang dikatakan ‘teman’ atau khadam maka perbuatan itu adalah satu ‘sihir’ dengan maksud pada lidahnya dikatakan dari Allah sedang pada amalan-amalan batin/ hatinya sebenar terdapat seteru-seteru selain dari Allah ta’ala.

Pada pandangan awam, itu sesuatu yang luar biasa terjadi dan didakwakan sebagai pertolongan Allah ta’ala sebenar bukan. Perkara ini termasuk dalam hubungan dengan batu, geliga, cincin hikmat dan azimat dengan dakwaan inilah ‘pertolongan Allah’ dengan memasukan ‘jurus’ ke dalamnya.
Atau pada perbuatan dan amalan silat segerak, atau apa-apa jenis dan bangsa dengan hanya menyebut nama, doa dan disulami dengan Allah atau Muhammad kemudian ‘gerakan sendiripun’ mengikut langkah dan bunga (silat). Dan perbuatan itu terjadi dengan pertolongan dan bantuan dari makhluk halus/ jin atau khadam yang pada amalannya terlindung dalam doa atau mantera atau ayat-ayat yang diulang bacakan oleh pengamalnya itu.

Perkara seperti itu tidaklah dikatakan sihir melainkan jika berkata inilah pertolongan Allah kerana menyebut Gerak Allah Gerak Muhammad, maka tangan dan jemaripun bergerak sendiri. Itu perbuatan ‘menjoros kepada syirik’. Amalannya terdapat sesuatu yang bersifat batil (salah). Ayat atau doa terlindung dengan menyebut nama-nama atau seteru kepada sebangsa dengan makhluk halus, jin.


Ilmu meng-tauhid-kan tuhan

Jurus nasrulhaq itu adalah ilmu mengtauhidkan Allah ta’ala maka apa yang dikatakan tauhid itu? Adalah satu tugas/ assignment kepada bekas ahli dan ahli Persaudaraan seluruhnya untuk menyelidiki apakah yang dikatakan
TAUHID ATAU MENG-TAUHID-KAN ALLAH TAALA ITU? Dan tentulah perkara dan pengajian itu tidak terdapat dalam gelanggang dan jurulatih mereka tidak dapat mengajarkan perkara itu secara khusus.

Ada orang yang mendakwa, ‘inilah hikmat jurus’ sambil menunjukan batu cincin yang telah dimasukan jurus. Sambil menunjuk cara penggunaan batu tersebut, meletak genggaman sambil menyebut nama Allah dan selawat. Pada waktu yang sama melukis gambaran kalimat Alif Lam-lam ha.
Tangan digenggam, tanganpun terasa kuat. Sekali hentakan akan menyebabkan ‘mudharat’ kerana tangan tersebut sudah diisikan dengan tenaga batin (kuat).

Soalan pertama, kenapa di situ sahaja baru hendak menyebut-nyebut nama Allah? K’dian kenapa perlu melukis gambaran Alif-Lam-Lam Ha itu dengan niat memasukan hikmat kedalam batu berkenaan? Apa yang dimaksudkan dengan ‘hakikat’nya? Apakah hubungan dikatakan ‘hakikat’ itu dengan batu berkenaan? Bagaimana erti dari perkataan ‘hakikat’ berhubungan dengan alam dan kehidupan? Hubungan antara seorang hamba dengan KHALIKNYA (Pencipta)?

Kembali kepada persoalan ‘ilmu mentauhidkan tuhan’ dlm jurus nasrulhaq, apakah objektif sebenar. Ilmu jurus PNM itu susur gaur-nya dari ilmu mengtauhidkan tuhan yang akan menghasilkan (1) nekad, (2) keyakinan yang sangat utuh, ulung lagi unggul yang paksinya kepada Allah sebagai Penguasa, Berkuasa dan (3) penyerahan sebenarnya dalam erti ‘tawakal illallah’.

Firman Allah ta’ala, rukuklah kamu, bersama-sama orang yang sujud. SUJUD membawa kepada ‘penyerahan’. Dalam kontek mengtauhidkan tuhan itu terdapat (1) pada af’al (perbuatan), (2) asma (nama-nama), (3) sifat wajib dan (4) zhat Allah ta’ala. Dari perkara yang tiga atau empat ini akan menerbitkan ‘perasaan sangat utuh’ kerana benar-benarlah Allah akan membantu dirinya.

Pada waktu yang lain, firman Allah ta’ala, hendaklah kamu bersangka-sangka baik dengan KU, nescaya AKU perkenan apa yang kamu sangkakan (doa) (maksud hadis qurdsi). Pada ruangan inilah yang kita akan lihat beberapa perkara berhubungan dengan ilmu jurus PNM itu.


PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN

Dari pengamatan yang telah berlalu hampir 25 tahun yang kini hampir 30 tahun itu, adalah mengsyorkan bahawa setiap individu, jurulatih dan para guru itu memastikan murid atau pengikut yang berminat menjalani atau menuntut ilmu jurus PNM, memilih dari mereka seperti berikut;

1. Usia melewati 25 tahun
2. Mereka yang komited dengan keluarga (dari segi tanggungjawab seperti memberi / menjaga kebajikan keluarganya – kewangan, makanan dan sebagainya)
3. Dapat melazimkan wirid-wirid biasa selepas sholat atau sekurangnya mereka yang boleh membiasakan diri dengan amalan-amalan wirid selepas sholat fardhu atau sunat
4. Keinginan yang kuat untuk menguasai ilmu-ilmu agama. Perkara yang menjadi priority itu ialah ilmu Akidah / usulludiin
5. Tidak pernah menuntut mana-mana ilmu kebatinan lain atau mereka belajar tetapi sudah tidak mengamalkan ilmu-ilmu itu tadi termasuk ilmu silat yang menggunakan kaedah ‘kebatinan’ misalnya ilmu segerak, bergerak sendiri dan sebagainya.
6. Peringkat gelanggang atau jurulatih atau guru, jika berkemampuan dapat menyediakan tenaga pengajar bagi tujuan syarah-syarah umum tentang ilmu fardhu ain (1) akidah /tauhid, (2) ibadat / fiqah dan (3) tasawuf atau akhlak.
7. Memastikan atau sentiasa highligt topik mengtauhidkan Allah ta’ala dan kedudukan zikir sepertimana dituntut oleh ajaran al-quran dan sunah selain memberi faham tentang fadhilat/ kelebihan orang yang sentiasa dalam keadaan zikirullah.


DI BAWAH LEMBAYUNG KERAJAAN YANG DIPERTUANKU
http://geocities.com/dtk2004integrasi Laman Jurus Persaudaraan Nasrulhaq (M)

7 comments:

  1. Ayh saya salah sorang guru nasrul haq di simpang durian n.s tahun.70_80an

    ReplyDelete
  2. Masih adekah guru untuk ilmu ini... Khususnya di negeri johor...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. tuan saya nak tahu ilmu ni..utk keluarga dan agama

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.