Ayatul Ruqyah
Al-Fatehah ( surah 1 : ayat 1-7 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 1-5 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 102 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 163-164 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 255 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 285-286 )
Al-Imran ( surah 3 : ayat 18-19 )
Al-A'Araf ( surah 7 : ayat 54-56 )
Al-A'Araf ( surah 7 : ayat 117-122 )
Yunus ( surah 10 : ayat 81-82 )
Taha ( surah 20 : ayat 69 )
Al-Mukminin ( surah 23 : ayat 115-118 )
As-Shaffat ( surah 37 : ayat 1-10 )
Al-Ahqaf ( surah 46 : ayat 29-32 )
Ar-Rahman ( surah 55 : ayat 33-36 )
Al-Hasyr ( surah 59 : ayat 21-24 )
Al-Jin ( surah 72 : ayat 1-9 )
Al-Ikhlas ( surah 112 : ayat 1-4 )
Al-Falaq ( surah 113 : ayat 1-5 )
An-Naas ( surah 114 : ayat 1-6 )
Ayat-Ayat Wirid Mangsa Sihir
Yunus ( surah 10 : ayat 80-81 )
Al-A'raf ( surah 7 : ayat 117-121 )
Taha ( surah 20 : ayat 67-70 )
Al-Furqan ( surah 25 : ayat 32 )
Anbiya' ( surah 21 : ayat 70 )
An-Nur ( surah 24 : ayat 39 )
Al-Isra' ( surah 17 : ayat 81 )
Fussilat ( surah 41 : ayat 42 )
Fatir ( surah 35 : ayat 10 )
Anbiya' ( surah 21 : ayat 18 )
Al-A'raf ( surah 7 : ayat 18 )
Kahfi ( surah 40 : ayat 98 )
Taha ( surah 20 : ayat 69 )
Al-Falaq ( surah 113 : ayat 1-5 )
Ayat-Ayat Wirid Mangsa Hasad
AL-Fatehah ( surah 1 : ayat 1-7 ) - dibaca 7 kali
Ayatul Kursi ( surah 2 : ayat 255 ) - dibaca 7 kali
Ayatul Mulk ( surah 67 : ayat 1-30 ) - dibaca 1 kali
Al-Qalam ( surah 68 : ayat 51 ) - dibaca 7 kali
Al-Ikhlas ( surah 112 : ayat 1-4 ) - dibaca 7 kali
Al-Falaq ( surah 113 : ayat 1-5 ) - dibaca 7 kali
An-Nas ( surah 114 : ayat 1-6 ) - dibaca 7 kali
Ayat-Ayat Azab
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 206 )
An-Nisa' ( surah 4 : ayat 166-169 )
Al-Maidah ( surah 5 : ayat 33-37 )
Al-Anfal ( surah 8 : ayat 9-14 )
Al-Hijr ( surah 15 : ayat 16-18 )
Al-Isra' ( surah 17 : ayat 110-111 )
Al-Anbiya' ( surah 21 : ayat 70 )
As-Saffat ( surah 37 : ayat 1-10 )
Ad-Dukhan ( surah 44 : ayat 43-50 )
Al-Jathiya ( surah 45 : ayat 7-11 )
Al-Ahqaf ( surah 46 : ayat 29-34 )
Ar-Rahman ( surah 55 : ayat 32-44 )
Al-Haqqah ( surah 69 : ayat 25-37 )
Al-Buruj ( surah 85 : ayat 1-22 )
Al-A'la ( surah 87 : ayat 1-19 )
Az-Zalzalah ( surah 99 : ayat 1-8 )
An-Nasr ( surah 110 : ayat 1-3 )
Ayat-Ayat Syifa'
At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )
Yunus ( surah 10 : ayat 57 )
An-Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )
Al-Isra' ( surah 17 : ayat 82 )
Ash-Syu'ara ( surah 26 : ayat 75-80 )
Al-Fushilat ( surah 41 : ayat 44 )
Saya timbulkan persoalan di sini agar sama-sama kita renung dan fikirkan. Bertafakur lah , mohon lah jawapan dari Allah Azza wajalla. Adakah ayatul ruqyah bila di bacakan dengan kuat mahupun dengan perlahan dapat membakar dan membinasakan jin dan syaitan yang berada di dalam tubuh mangsa sihir atau mangsa rasuk?????
Dari pengalaman saya di peringkat awal penglibatan saya dalam merawat pesakit sihir dan saka ini iaitu 20 tahun dulu, ayat-ayat syifa’ yang saya bacakan terhadap pesakit gangguan jin dan syaitan ini tidak langsung memberi bekas malah di ejek-ejek pula oleh jin-jin berkenaan. Jin-jin ini langsung tidak menunjukkan rasa takut malah memandang muka saya dan mencemuh, ini kira bernasib baik juga kerana sahabat saya , ada yang kena perli, “ balik kampung buat overtime la”. Hampir 2 jam selama berulang-ulang saya membaca ayatul ruqyah ini dengan bacaan yang terang dan jelas, namun jin-jin itu nampak tenang dan sesekali minta minum . “Aduh”, malunya aku dengan keluarga pesakit, mereka datang satu keluarga, mak,ayah, abang-abang , kakak-kakak dan adik-adiknya. Setelah 2 jam, terasa kering tekak dan air liur pun sudah kehabisan, saya memohon maaf kepada keluarga pesakit. Tiada daya dan upaya lagi kerana ayat-ayat ruqyah ini langsung tidak memberi bekas malah di permainkan pula, malunya bukan kepalang.
Isteriku juga sakit akibat permainan sihir, penglibatan ku di dalam rawatan Islam ini kerana mencari ubat untuk isteriku di samping merawatnya sendiri apabila di rasuk jin dan syaitan. Alhamdulillah, aku dapat mengawal isteriku bila di bacakan ayatul ruqyah ini namun masa yang di ambil agak lama juga iaitu hampir sejam setelah di bacakan aya-ayat ruqyah ini. Ayat-ayat amalanku adalah ayat-ayat syifa sepertimana di ajar di Darul Syifa dan pengubatan kaedah Surah Yaasin dengan menyebut “Salamun qaulammirrabbirrahim” sebanyak 100 kali apabila sampai kepada ayat ini. Namun aku hanya dapat meghalaunya buat seketika sahaja, tidak berupaya untuk menangkap atau menakutnya agar tidak lagi menghampir isteriku.
Di mana silapnya? Al Quran adalah mukjizat, ayat-ayatnya adalah Kalam Allah. Setelah di ijazahkan, kita selalunya beramal dengan ayat-ayat ini sebagai wirid harian bukan? Apa niat kita? Adakah kita beramal semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Ilahi (ikhlas) atau mengiktiqadkan bahawa ayat-ayat ini berkuasa untuk menghalau jin dan syaitan dan menyembuhkan penyakit???? Seorang perawat Islam yang tersohor (seorang tuan guru yang sering muncul di kaca TV) yang mengambil sanad ijazah dari Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, pernah mengatakan suatu ketika apabila muncul di dalam kaca TV,” Allah SWT telah memberikan kuasa yang Maha Hebat kepada Jin-Jin ini untuk mengganggu kita”. Betul ke?
Allah SWT mempunyai sekutu dalam kekuasaan-Nya??? Allah SWT memberi kuasa-Nya kepada Jin-Jin ini untuk menyakiti dan merasuk manusia??? Allah SWT memberi kuasa-Nya kepada garam, lada hitam dan lain-lain herba untuk menghalau jin dan syaitan??? Allah SWT memberikan kuasa-Nya kepada ayat-ayat-Nya untuk menghalau dan menyakiti jin dan syaitan dan menjadikan ianya (ayat al quran ) sebagai tangkal ajaib??? Tidak kah Dia (Allah) hanya perlu berkata KUN???
Iktiqad kita yang mengatakan benda-benda itu berkuasa menjadikan “ianya” berkuasa. Allah SWT mengizinkan kerana hanya DIA yang dapat memberi hidayah dan hanya DIA yang dapat menyesatkan hamba-Nya. Contoh : bila Nabi Musa sakit, baginda memohon kepada Allah SWT , lalu DIA tunjukkan bahawa ubatnya adalah buah delima. Lalu sembuhlah Nabi Musa dengan izin Allah. Tidak lama kemudian baginda sakit lagi (sakit yang sama), lalu baginda terus mencari buah delima dan memakannya dengan iktiqad buah delima itu dapat menyembuhkannya. Adakah baginda sembuh??? Allah SWT menempelak Nabi Musa dengan berkata, AKU yang menyembuhkan kamu bukan buah delima.
Sesungguhnya yang wujud hanya Allah. Dalam pengajian SIFAT 20, WUJUD adalah sifat ALLAH yang pertama. Jadi makhluk dan alam tidak wujud pada hakikatnya, kalau alam dan makhluk wujud jua maka ada Tuhan lain lah selain DIA. Makhluk dan alam adalah bayangan dari pancaran Nur-Nya dari Nur Muhammad. “Segala sesuatu dari aku dan aku dari Allah”, sabda baginda. Ibarat matahari dan cahayanya, bersatu tidak bercerai tiada. Wujudnya pancaran cahaya kerana adanya matahari. Cahaya bukan matahari tetapi tidak lain dari matahari.
Itu sebab Tok Kenali dan guruku Sunan Kalijaga menggunakan kaedah pendekatan budaya bagi memperkenalkan Tuhan kepada masyarakat di waktu itu. Mereka menggunakan kaedah wayang kulit di mana, segala watak dalam cerita wayang kulit hanya di mainkan oleh seorang Tok Dalang. Tok Dalang ibarat Tuhan, menerusi pancaran 7 SIFAT MA`ANI yang di pancarkan kepada RuhKu, maka hiduplah makhluk itu dengan QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMAK, BASAR DAN KALAM Tuhan. DIA tidak pernah memberi atau meminjamkan SIFAT-SIFAT-NYA INI kepada makhluknya. DIA yang mencipta dan mengatur segala kejadian dan DIA juga yang menulis skrip perjalanan hidup alam dan makhluk ini di Luh Mahfuz di awal penciptaan dulu. Dengan kalimah BISMILLLAH AR RAHMAN AR RAHIM, Kalam yang pertama di ciptakan menulis setiap skrip di Luh Mahfuz dalamasa 700 tahun akhirat.
Ilmu Hakikat dan Makrifat hanya di ajar oleh para mursyid dan para Wali. Lihat Kitab Tok Kenali yang kini sudah ada di pasaran, ramai sudah “ulama” syariat sudah celik biji matanya (sebelum ni buta dan tuli seperti kata Allah). Kata seorang perawat dari KISWAH, ada ke Nabi menyuruh merawat guna Ilmu Hakikat dan Makrifat, satu statement yang bodoh menunjukkan kejahilan dirinya untuk menegakkan benang yang basah bagi mempertahankan Ulama Wahabi Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, guru Tok Guru mereka. Kamu redha dengan puak yang cuba dan telah membunuh ramai keturunan Rasulullah sehingga kebanyakkan dari ahlul bait telah berhijrah ke sini , ke bumi Tanah Melayu. Kamu menyokong Wahabi maka kamu bermusuhan dengan kami, keturunan Rasulullah di bumi Tanah Melayu ini.
Segala sesuatu ada zahir dan batin, yang nyata dan yang tersembunyi (ghaib). Jasad makhluk adalah zahirnya maka batinnya adalah Ruhku. Yang batin menghidupkan yanag zahir. Tanpa Ruhku, jasad akan kaku dan hancur. Tanpa enjin, kereta tidak akan dapat bergerak. Tanpa elektrik, tiada perkakasan elektronik yang dapat berfungsi.
Ruhku adalah cahaya yang tinggi kuasanya, pernah dikatakan sebanyak 500 juta voltan tenaga elektrik. TEKNOLOGI RUHKU adalah teknologi tertinggi, amalan para Nabi dan waliy. Kecepatan cahaya membuatkan para waliy dapat bergerak kesatu tempat lain yang jauh dalam sekelip mata kelajuan cahaya sepertimana Asif Barkhaya memindahkan Istana Balkhis. Kekuatan Cahaya Ruhku akan membakar apa jua penyakit dan jin-jin di dalam badan serta menghalaunya keluar dengan mudah. Bahkan jin dan syaitan ini tahu siapa yang punya kekuatan cahaya ini, dan tidak akan menunggu lama serta tidak akan sanggup berhadapan dengan mereka-mereka ini.
Kalau jin dan syaitan itu sudi berhadapan dan beradu kekuatan dengan anda, heheh anda tidak ada apa-apa yang boleh menakutkan syaitan. Anda akan di permainkan syaitan, dengan niat supaya anda menyangka ayat-ayat ruqyah berkuasa membunuh mereka. Anda disesatkan oleh syaitan secara tidak langsung dengan kejahilan anda. Rasulullah hanya berkat, “keluar kamu, aku ni Rasulullah.” Seorang ulama hanya mengirimkan trompahnya sahaja bila di beritahu oleh anak muridnya bahawa ada seseorang yang di rasuk memerlukan pertolongan beliau. Mendengar trompah ulama itu sahaja menimbulkan kegentaran di hati Jin.
BAGAIMANA YE JIN-JIN INI NAK BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DENGAN MELAKUKAN IBADAH SOLAT DAN MEMBACA AL QURAN KALAU KONONNYA AYAT-AYAT INI BOLEH MEMBAKAR DAN MEMBINASAKAN MEREKA. TIADA SEEKOR JIN PUN YANG AKAN DAPAT DI ISLAMKAN KERANA MARAH DENGAN TUHAN YANG MEMBERI KUASA KEPADA KALAMNYA UNTUK MEMBINASAKAN JIN-JIN INI.
Fikir-fikirkan dan renungkan…….
Kuncinya adalah Taqwa.. bacalah ayat kursi beribu kali, jin tidak akan akn gentar malah memperlekehkan anda jika tiada ketaqwaan kepada Allah..
ReplyDelete