AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Friday, August 19, 2011

SYAITAN MANUSIA VS SYAITAN JIN

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKATUH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. SELAWAT SERTA SALAM UNTUK JUNJUNGAN YANG DIKASIHI NABI MUHAMMAD SAW DAN AHLI KELUARGANYA.

18 Ogos 2011, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari isteri mengatakan dia sakit kepala dan pinggang yang amat sangat dan banyak kali muntah di pejabatnya. Aku bergegas kepejabatnya dan membawanya pulang. Sepanjang perjalanan memang nampak akan keadaan isteriku yang menggigil, badannya panas dan kepalanya terasa berat.

Di rumah, rawatan terus dimulakan. Seperti biasa aku meletakkan tangan dikepala, selepas membaca 2 kalimah syahadah dan berniat serta berdoa membuang penyakit, aku berzikir terus menerus sambil memejamkan mata. Aku mematikan diri kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah SWT, aku beriktiqad makhluk manusia , jin dan haiwan sesungguhnya tiada qudrat, tiada iradat, tiada ilmu dan hayat serta buta, pekak dan bisu kalau tidak ada pancaran sifat maani yang di maknawiyah kan oleh Allah SWT keatas diri kita. Itu lah Hak Allah, itu lah Wajah Allah.

Tiba-tiba aku merasa tanganku yang berada dikepala isteriku di kuis-kuis oleh tangan beliau, dengan berkata, “sakitla”. Namun tenaganya lemah, hanya mampu menguis dan bukan menepis. Aku pegang tangannya dan bertanya, “kenapa?” Namun perkataan “sakit” yang di ulanginya. Aku tahu kini bukan lagi isteriku, ada makhluk lain yang menguasainya. Kini aku tumpukan kepada menyerang makhluk halus yang di dalam badannya, membakar jin-jin itu yang terdiri dari jisim gas yang duduk di dalam tubuh manusia di dalam saluran darah. Ibarat aliran elektrik yang mengalir kesetiap kabel yang membolehkan setiap peralatan elektronik hidup dan berfungsi sepertimana ciptaan “Tuhannya”.

Makhluk itu memberikan isyarat, “no,no” dengan menunjukkan 1 jari telunjuk dan menggeraka-gerakkannya. Kini bahasa hati berbicara antara kami, “kamu datang mencari pasal kini kamu tanggung akibatnya, siapa sahaja yang menghantar kamu akan menerima serangan dari aku pula” bicara hati ku kepada syaitan jin itu. Manakala syaitan manusia (bomoh durjana) yang mengarahkan jin-jin itu kini menghadapi serangan dariku pula, serangan jurus berupa petir yang mana kekuatannya hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.
Dalam 10 minit sepertimana biasa, keadaan tubuh isteriku yang tegang kini mula mengendur dan aku membisikkan 2 kalimah syahadah. Aku bertanya siapa yang menceroboh itu, kata isteriku mereka tak mahu aku tahu. Nama jin atau bomoh itu kedengaran pelik kata isteriku , menunjukkan mungkin bomoh siam atau orang asli. Bahana atau kesan permainan sihir ini agak kuat juga kerana lambat juga isteriku dapat pulih dari kesan gangguan pencerobohan jin-jin ini.

Bagaimana di bulan puasa bulan Ramadhan yang mulia, syaitan-syaitan masih berkeliaran melakukan kerjanya seperti biasa? Bukankah syaitan itu dari kalangan jin dan manusia yang mengikuti bisikan Iblis laknatullah. Ini bermakna mereka yang tak berpuasa dengan mengekang hawa nafsunya tetap juga menjadi tentera iblis laknatullah walau di bulan Ramadhan. Nafsunya tak dapat ditundukkan maka bisa sahaja di pengaruhi iblis, bukan syaitan. Kerana syaitan itu nama bagi manusia juga yang berperangai iblis.

Aku ingin ceritakan bagaimana pengaruh syaitan manusia lebih dahsyat dan berbahaya dari syaitan jin. Ini adalah pengalaman hidup aku sendiri di mana aku dikhianati sedemikian rupa sehingga aku diibaratkan seperti banduan yang masuk sebuah kampung, lalu di boikot dan dipulau serta dijadikan kambing hitam atas segala permasalahan yang ditimbulkan oleh orang lain. Syaitan utama dalam skrip yang sudah tertulis di Luh Mahfus ini adalah manusia yang bernama Faridah Hashim “The Lucifer” bekas pegawaiku ditempat lama dan Azman Khidir “The Khinzir” pegawai ditempat baruku.

“The Lucifer” bukan sahaja menghasut boss dan memfitnah aku ditempat lama dengan mengatakan aku tidak membuat kerja yang diarahkan malah bermasalah dari segi sikap yakni melawan dan sukar bekerjasama. Tentu sahaja mereka-mereka yang mendengar dakwaan seperti ini naik benci dan meluat akan manusia berperangai seperti ini. Bukan itu sahaja malah laporan lengkap yang aku siapkan diciplaknya dan ia mendakwa dialah yang melakukan tanpa mendapat kerjasama dariku. Aku bukan sahaja di marahi oleh boss malah di perbodohkan lagi oleh boss yang memang sedia bodoh. Aku tidak dapat menahan sabar lalu bangun keluar dari bilik dan menendang sebuah kerusi, aku menoleh kepada “Lucifer” itu dan terpandang perutnya yang memboyot kandungan anak yang pertama. Apakan daya, kalau aku menampar sahaja pun perempuan ini mungkin boleh mengakibatkan kandungannya gugur.

“The Khinzir” ini pula memang manusia yang bermasalah tetapi licik membodek anak dara tua yang menjadi “dara pujaannya”. Anak dara ini sentiasa di puja sehingga kejahatan dan keburukan “The Khinzir” ini sentiasa di pertahankannya dan menjadikan aku sebagai kambing hitam. Malah dengan kelicikan kedua syaitan manusia ini, seluruh warga jabatan di tempat kerjaku memandang hina denganku dan bertindak memboikot serta turut menjadikan aku kambing hitam. Apa salahku? Aku membuat kerjaku dengan sempurna lalu diambil kesempatan oleh “Lucifer” untuk membodek boss lamaku dan menghalau siapa sahaja pegawai selain aku agar tinggal dia sahaja “orang lama” yang setia dan kini “si iblis” ini telah menyandang jawatan Pengurus Kanan dan mengetuai sebuah Jabatan.

Manakala si “Khinzir” ini telah pun bersara wajib, permulaan kisah aku dengannya bermula bila aku mengaudit hasil kerjanya yang bermasalah. Dengan langkah yang amat berkesan, ia berjaya menahan aku dari terus mengaudit kerja-kerjanya iaitu mengadu dengan Rozita Yusof, anak dara tua yang menjadi pujaannya dengan mendakwa aku menuduhnya “tidak tahu membuat kerja”. Bisa racun yang disuntik kepada bossnya menjalar kepada boss aku pula dengan di tambah pula doss bencinya oleh si“Lucifer” pula.

Kesengsaraan yang aku tanggung di tempat kerjaku Allah sahaja yang tahu. Masakan tidak, kerana pernah lahir di hatiku bahawa manusia seperti ini tak layak hidup namun berhakkah aku menghukum mereka? Keupayaan aku menggunakan Ilmu Santau dalam Ilmu Pawang dari kategori Ilmu Ghaib tidak aku menafaatkan. Malah rasa-rasa mahu juga aku mengupah samseng-samseng untuk membelasah sampai patah riuk tulang belulang si “Khinzir” ini dan merogol si dara pujaannya ini. Namun bisikan rohaniah datuk-datukku serta rohaniah malaikat membantut keinginan ku itu. Biarlah Allah sahaja yang membalas kejahatan mereka, aku redha dan tidak pernah berdendam pun. Bila aku sudah membuang segala sifat-sifat buruk (mazmumah), aku tidak akan mengambilnya kembali.

Dengan melepasi ujian hidup ini secara praktikal, iaitu UJIAN PRAKTIKAL DALAM ILMU TASAUF SELEPAS MENGUASAINYA SECARA TEORI , dengan bersabar, redha , tawakal dan ikhlas dalam segala tindakan ku, tiada lagi pengharapan untuk membodek atau mahu naik pangkat dan UJIAN PRAKTIKAL DALAM ILMU TAUHID/USULUDDIN selepas mempelajarinya secara teori dengan berguru yang bersanad kepada Rasulullah iaitu sandaranku hanya kepada ALLAH AZZAWAJALLA. Hanya ALLAH, dari Allah untuk Allah dan hanya kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

Maka dengan Rahmat dan Kasihsayang-Nya, aku di kurniakan-Nya Ilmu Syahadah dan Berguru dengan Rasulullah sendiri yang menemuiku di Malam Lailatul Qadar dan pada tahun berikutnya DIA menjemput aku menemui-Nya di Baitullah . Syukur yang tidak terhingga akan kurniaan Tuhan paling tinggi keatas insan lemah seperti aku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.