Alhamdulllah, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
KES PERTAMA
Aku dihubungi oleh seorang ibu yang risaukan kesihatan anaknya. Katanya bintik-bintik yang timbul pada badan anaknya kelihatan seperti chicken pox namun anaknya tidak demam. Ibu ini tinggal di Johor Bharu dan meminta aku merawat anaknya dari jauh setelah membaca pengalamanku menggunakan kaedah ini di blog Akademi Perubatan Islam Nur Syifa, milikku jua.
Beliau meminta akaun bankku untuk memasukkan bayaran , namun aku mendiamkan diri sahaja. Aku meminta dia menyediakan air untuk tujuan mandi dan di minum oleh anaknya. Selepas solat, aku menghubungi nya melalui sms dan menyuruhnya bersedia di samping anaknya. Aku makrifatkan anak itu di hadapanku dan aku mulakan proses rawatan seperti biasa.
Esoknya aku dihubungi lagi oleh sang ibu menceritakan bahawa bintik-bintik itu telah pecah dan kering, hanya mengakibatkan kulit anaknya kemerahan kerana bisa bintik tadi yang telah pecah. Sang ibu mengirimkan gambar menunjukkan bahagian badan anaknya yang kemerahan dan hampir pulih.
KES KEDUA
Aku di hubungi seseorang dari Pulau Pinang meminta pertolongan kerana ibunya sedang di rawat di ICU dan perlu menjalani pembedahan. Aku kadang-kadang malas melayan permintaan seperti ini, namun tindakan aku adalah berdasarkan gerak hati jua. Bila gerak hati aku menunjukkan isyarat “lakukan” maka aku tidak akan banyak soal. Aku lupa apa masalah sang ibu kerana aku terus buat rawatan sebaik selepas menunaikan solat Isyak.
Sang ibu koma dan berada di ICU dan ini memudahkan kerja ku kerana pastinya dia sedang berada di perbaringan. Aku makrifatkan, tenaga Ilahiyyah aku alirkan melalui ubun-ubun pesakit. Segala urat saraf di pulihkan dan aliran darah kini mengalir dengan lancar.
Selang beberapa hari, aku menelefon hamba Allah ini bertanyakan keadaan si ibu. Alhamdulillah, sang ibu telah sedar dan kembali pulih. Pembedahan tidak perlu di lakukan kerana kondisinya telah kembali stabil. Beliau meminta maaf kerana cuba menghubungi aku keesokkan harinya tetapi gagal. Sememangnya beliau telah cuba menghubungi aku untuk memberitahu berita baik ini namun aku rasa kalau berada di hospital alat komunikasi seperti handphone tidak akan berfungsi. Tidak mengapa kataku, asal ibu anda kembali pulih dan tiada urat saraf di putuskan, bersyukurlah kerana kalau pembedahan di lakukan jua, ibarat wayar-wayar elektrik di dalam peralatan elektronik di putuskan dan di sambung semula dengan diikat dan di tempel pelekat, kekuatannya tidak stabil lagi.
KES KETIGA
Hamba Allah ini telah beberapa kali datang membawa kawannya untuk berubat denganku dan menjadi saksi akan kemujaraban kaedah terapi teknologi Ruh ini. Beliau meminta aku mengubati ibu bapanya yang terlantar di kampung, tidak dapat bangun dan bergerak seperti pesakit lumpuh tetapi bukan lah penyakit lumpuh.
Sudah 3 tahun kalau tidak silap perkiraan ku dan mereka adik beradik sering berulang ke kampung untuk melawat dan menjaga kedua ibu bapa mereka. Kebanyakkan anak-anak pesakit ini bekerja di Kuala Lumpur, hanya seorang kakak mereka di kampung dan pada dialah harapan mereka agar ibubapa mereka di jaga sebaik mungkin.
Aku hanya insan yang lemah lagi hina, daif lagi faqir, sesungguhnya tiada daya dan upaya untukku merawat dari jauh ini apatah lagi pesakit kronik seperti ini. Aku hanya berserah pada takdir Ilahi, si anak datang dengan penuh harapan, meminta agar ibubapanya di pulihkan. Kebaikkan sifat si anak-anak pesakit ini dan sikap bertanggungjawab mereka terhadap kedua ibubapa mereka meruntun jiwaku. Aku hanya mampu berkata INSYAALLAH, SEMUGA ALLAH KABULKAN NIAT KAMU DAN IKHTIAR AKU.
Selesai solat, masih di atas tikar sejadah, aku memohon pada Allah. Aku makrifatkan akan sepasang suami isteri ini di hadapan ku dan aku mulakan rawatan seperti biasanya. Aku lakukan selama 3 hari berturut-turut. Hari keempat aku meminta isteriku menghubungi kawannya itu, hamba Allah ini adalah kenalan isteriku. Kawannya yang berubat denganku yang dapat di hubungi oleh isteriku memberitahu bahawa kedua ibubapanya telah pulih seperti biasa dan bapanya kini telah dapat berbasikal kelling kampung. Namun kawannya berpesan supaya jangan di beritahu kepada ku kerna dia (anak pesakit) begitu “excited” ingin datang sendiri berjumpa denganku untuk memberitahu khabar gembira ini.
-----------------------------------------------------------------------
Apa dayaku Ya Allah, Hanya Engkau Tuhan Yang Ku Sembah Dan Hanya PadaMu aku Memohon Pertolongan. Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Esa, Engkau Lah Tuhan Tempat Meminta, Pada Mu lah segala kebaikkan. Sesungguhnya aku lemah lagi hina, daif lagi faqir, aku tiada daya dan upaya Ya Allah melainkan dengan daya upayaMu, pertolonganMu dan Rahmat Mu Ya Allah.
------------------------------------------------------------------------
Aku tidak pernah merasa bangga dengan kebolehan ini, apalagi terasa riak, ujub dan takabbur. Aku hanya memainkan peranan sebagai khalifah yang Dia pilih untuk menyebarkan dakwah melalui bidang perubatan dan persilatan. Tidak akan ada demo untuk di tayangkan di mana-mana media elektronik. Sesungguhnya apa yang ingin aku sampaikan melalui dakwahku ialah KEMBALI LAH KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH . Sesungguhnya Teknologi Ruh ciptaan Tuhan melampaui segala teknologi yang ada di atas mukabumi Allah ini.
Untuk menguasai Teknologi ini, “Awwaluddin makrifatullah”. Cari lah tuan guru yang menguasai ketiga-tiga bidang ilmu fardhu ain, ilmu yang wajib di tuntut sebelum belajar lain-lain ilmu agama mahupun ilmu akademik. Kerana tuan-tuan guru zaman sekarang hanya mempelajari malah mendalami hanya satu-satu bidang sahaja , maka keadaan ini mmembenarkan Sabda Nabi, “Akhir zaman, ulama`nya fasik-fasik, ahli ibadahnya jahil-jahil”. Dan ilmu pula tidak lagi bersanad kepada Rasulullah, sudah putus bila sistem pembelajaran pondok d abaikan. Membenarkan lagi hadis Nabi, “Allah menarik kembali ilmu dengan mematikan ulama”.
Jadi siapa yang kita panggil ulama tu? Masih wujudkah ulama di zaman kita sepertimana isyarat Nabi ? Cari lah, kerana dia tidak terkenal di atas mukabumi namun cukup di kenali di langit.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.