AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Thursday, August 11, 2011

SEJARAH KETURUNAN KU

BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM

Aku tuliskan serba sedikit maklumat mengenai sejarah keturunanku untuk catatan diriku jua serta makluman anak cucu ku nanti. Juga bagi mereka yang ingin menuntut ilmu denganku , bahawa salasilahku ini walau tidak tersusun dan tidak dapat di buktikan namun terbukti jua bila mereka yang mengamalkan dengan ikhlas ilmu warisan Datuk ku ini akan dapat bertemu sendiri dengan mereka terutama SUNAN KALIJAGA.

Aku di lahirkan di Kota Bharu dan di besarkan di Kem Pasukan Polis Hutan Pengkalan Chepa. Seusia 15 tahun kami berpindah ke Slim River Perak kerana ayahku di tukarkan untuk bertugas d isana di dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Kini setelah ayahku bersara, kami kembali semula ke Pengkalan Chepa dan bermukim di sana sehingga kini.

Kini kampungku adalah Pengkalan Chepa, Kelantan. Orangtuaku telah membeli sebuah rumah teres di Perumahan Padang Tembak dan kini menetap di sana. Ayahku kini sering mengikuti pengajian agama dengan Datuk Nik Aziz di Kota Bharu sedang aku kini di Kajang, bekerja dan berdakwah dalam bidang Perubatan Islam dan Ilmu Persilatan warisan nenek moyangku walaupun ada ulama dahulu mendahului aku dalam ilmu ini namun aku tidak gusar untuk menyatakannya kerana aku di khabarkan oleh guruku bahawa sanya ilmu ini memang warisan aku iaitu Gerak Faqir (Silat Batin Sunan Kalijaga) dan Titik 9 (Ilmu Penyembuhan Tapak Tangan @ Syahadat Tokku Paloh)

Sesungguhnya salasilah keturunanku sudah terputus dan ibubapaku tidak pernah mengambil berat akan hal ini. Namun lawatanku ke Pulau Besar pada tahun 2010 bersama sahabat dari Blog Karimon telah membongkar lembaran salasilah keluargaku. Aku dikhabarkan oleh rohaniah para waliy yang di makamkan di Pulau Besar melalui sahabatku yang mana juga berketurunan dari Pulau Besar iaitu Syeikh Sultanul Arifffin Syeikh Ismail, bahawa aku adalah dari keturunan Sayyid Thanauddin @ Sayyid Mohamad Saman @ Sayyid Abdul Karim @ Datuk Adi Putra @ Panglima Hitam (1350 – 1510) melalui anak perempuannya yang berkahwin dengan Laksamana Hang Tuah.

Kalau abangnya Maulana Sayyid Hussin Jamadil Kubra bergerak dalam misi dakwah, Datuk Adi Putra bergerak dalam Ilmu Kebatinan Islam (tasauf kesufian), persilatan dan perubatan Islam malah mengarang sebuah kitab bahasa Arab, diterjemah ke bahasa Melayu bernama KITAB SIA-SIA BERGUNA . Kitab ini telah ditemui di wilayah Rawien, Petani malangnya sudah terlalu uzur dan tidak boleh dibaca lagi. Dalam penyelidikan ku mencari susur galur keturunan ini , tiada orang-orang tua yang dapat menceritakan salasilahnya namun pandangan kasyaf beberapa orang tuan guru telah mengesahkan bahawa aku memang berketurunan dari Sayyid Thanauddin dari sebelah ayah dan berketurunan ulama Petani dari sebelah ibu yang juga sampai kepada Sayyid Thanauddin.

Tidak hairanlah aku dapat menguasai Ilmu Silat Gayong dengan baik semasa remaja dahulu dan kini menguasai pula Ilmu Kebatinan & Kerohanian Islam dalam Perubatan , Persilatan dan Tasauf Kesufian. Zahirnya aku katakan aku menguasainya namun hakikatnya bukan aku, aku di bimbing secara terus oleh Rohaniah Datuk-datukku dan Rasulullah SAW melalui pertemuan dengan Junjungan Baginda di Malam Lailatul Qadar pada malam 21 tahun 2007.

Mengikut keterangan dari Kitab Peninggalan Tok Kenali iaitu Ilmu Makrifat dan Ilmu Mengenal Diri susunan semula oleh Ustaz Shaari dari ayahnya Tuan Guru Mohd Yusof Cik Wook, tanda seseorang yang telah mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya adalah pertemuan dengan malam yang penuh berkah itu. Rasulullah juga telah mengijazahkan aku pada malam itu amalan Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi dan amalan Para Ariffin, amalan tertinggi untuk seorang hamba Allah dan amalan tertinggi dari Penghulu segala Rasul.

Pada tahun 1420 M, Syeikh Thanauddin pergi ke Kelantan, iaitu di Bukit Panau . Disitu beliau membuka Pusat Pengajian Sufi khususnya dalam bidang Metodoloji Kerohanian dan Kebatinan Islam. Di sini lah Daeng Mempawah atau namanya yang terkenal Laksamana Hang Tuah belajar ilmu persilatan dan kebatinan. Nama Sayyid Thanauddin yang paling terkenal dalam Hikayat Melayu adalah Sang Adi Putra.

Pada tahun 1440 M, Sayyid Thanauddin bergerak ke Melaka khususnya Pulau Besar. Dari Pulau Besar, beliau naik ke Gunung Ledang dan membuka gelanggang silat di tingkat 5 di tempat yang di kenali sebagai BATU ALIF sekarang ini. Gunung Ledang sudah ada penempatan manusia pada tahun 1243 M. Batu bersurat di puncak Gunung Ledang di tulis dalam bahasa Jawa kuno , di tulis 1313, kalau di tolak 70 kita akan dapat 1243 M, lebih kurang. Tahun Jawa Kuno kena tolak 70 tahun kebelakang dari tahun masihi.

Sayyid Thanauddin tidaklah menetap di di Gunong Ledang, kediamannya yang sebenar adalah di Pulau Besar. Ada kemungkinan juga Maulana Ishak berguru dengan Sayyid Thanauddin darihal ilmu persilatan kerana beliau tidak kurang juga handalnya . Cuma Maulana Ishak lebih tumpuan ke ilmu dakwah. Maulana Ishak adalah pangkat cucu kepada Sayyid Thanauddin dan usia mereka berbeza 20 tahun.

Sayyid Thanauddin adalah ulama gelombang kedua yang berhijrah ke Nusantara khususnya Tanah Melayu untuk berdakwah mengembangkan Islam dan memperkenalkan Ilmu Persilatan Gayong , Ilmu Kebatinan, Kerohanian dan Perubatan Islam. Gelombang pertama di ketuai oleh sahabat-sahabat Baginda Rasulullah sendiri.

Adapun mengikut hikayat persejarahan lama dalam kitab khazanah persilatan Melayu di Tanah Melayu, Kitab Pusaka Sri Gayong Panglima Ulung ada menyebut tentang sejarah Silat Melayu Tanah Melayu adalah dibawa daripada amalan Ulama Sufi Islam dari benua Arab. Adapun tokoh utama mereka ada dua orang, Ketua Panglima Besar Islam dan sahabat Rasulullah S.A.W yang datang ke Tanah Melayu melalui dua jalan utama dunia perdagangan antara Dua Benua, Panglima Saad Abi Waqas dan Panglima Saad bin Lubaid Al-Habsyi .

Adapun kedatangan Panglima Saad menyebarkan Islam ke alam Nusantara sehingga China pada abad ke-5 dan 6 Masihi. Tempat pengajian dan tarbiah agama ini berlaku di Tanah Melayu di “Lima Pulau” yang disebut oleh orang China Islam sebagai “Wushu”. Orang Melayu Islam dari Tanah Melayu, Orang Islam dari India, Orang Islam China dan orang-orang dari benua arab berulang –alik ke “lima pulau” di Tanah Melayu sebagai tempat pendidikan awal. Dengan ajaran kerohanian/ kesufian ini dan seni mempertahankan diri ini di Tanah Melayu dikenali sebagai ilmu Persilatan atau ilmu “Gayong”. Ramai di kalangan pelajar ini menjadi Pendekar atau tentera kepada kerajaan Melayu. Orang China Islam memanggil ilmu perang “Wushu”. “Wu” bermaksud “Lima” dan “Shu” bermaksud “ Pulau-pulau”. Lima buah pulau menjadi pusat operasi pengembangan ilmu itu ialah: 1. Pulau Besar, 2. Pulau Serimbun, 3. Pulau Lalang, 4. Pulau Burung dan 5. Pulau Hanyut di hadapan Tanah Besar (Melaka). Berdasar kepada pedoman yang dinyatakan dalam pusaka tua ini, ianya berlaku antara tahun-tahun 53-54H/620-676 Masihi.


PERANAN SAYYID THANAUDDIN DALAM PERKEMBANGAN ILMU PERSILATAN DAN KESUFIAN ISLAM

( Sebagai Guru kepada Laksamana Hang Tuah juga menantunya dan Wali-Wali Songo juga anak dan cucu saudaranya dari abangnya Sayyid Hussin Jamadil Kubra Al Azamat Khan.)

Pada pendedahan sejarah yang lalu ada menyebut bahawa…,

Dua tokoh besar dalam sejarah Persilatan Melayu ialah zuriat daripada kelompok ini bertaraf ulama yang disegani di Alam Melayu Nusantara, ialah Sunan Ampel dan Sunan Syeikh Maghribi yang kemudian berhijrah ke Indonesia. Mereka berdua adalah pewaris ilmu Gayong Panglima Ulung pada zaman itu yang kemudian bersama Sunan Bonang (anak Sunan Ampel: Makhdum Ibrahim) dan Sunan Giri: Raden Paku, adalah anak kepada seorang ulama berasal dari Melaka iaitu Maulana Ishak ( Murid Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar di zaman kegemilangan Empayar Melaka). Mereka adalah menerima warisan ilmu yang sama sebagaimana Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah semasa di Melaka. Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar Melaka juga telah membawa pendekar- pendekar Melayu dari Tanah Melayu ke Negara China bagi membantu dan mengukuhkan kedudukan Maharaja Yung Lo dan pemerintah Dinasti Ming seterusnya (pemerintahan Islam di China semasa Dinasti Ming) dan menyebarkan agama Islam selepas era sahabat Rasulullah S.A.W, Panglima Saad Abi Waqas dan Panglima Saad bin Lubaid Al-Habsyi di Negara China.

Peranan Syeikh Maghribi (Maulana Malik Ibrahim) yang membentuk Gerakan Wali Songo bersama Sunan Ampel dan zuriatnya Sunan Bonang dan Sunan Giri yang pada mulanya menelaah ilmu di Melaka tidak boleh dinafikan oleh semua pengkaji sejarah Islam di Nusantara.. Walaupun di zaman empayar Melaka, nama Sunan Bonang dan Sunan Giri tidaklah dikenali kerana mereka pada masa itu adalah masih berstatus pelajar sedangkan Tun Perak adalah Bendahara dan Hang Tuah adalah Panglima/ Laksamana Besar di dalam Kerajaan Empayar Melaka.

Di sini nama Sayyid Thanauddin langsung tidak di sebut di dalam kitab khazanah persilatan Melayu di Tanah Melayu, Kitab Pusaka Sri Gayong Panglima Ulung adalah kerana beliau tidak berada di dalam Kerajaan Melayu Melaka semasa itu tetapi berada di Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan (seorang ahli petapa), sebuah Kerajaan Kelantan Tua Empayar Cermin Jeddah. Tuan Syarif Aulia atau Syeikh Sayid Thana'uddin atau juga nama timangannya dikenali Syeikh Abdul Karim As-Samman Al Madani, sementara di dalam Hikayat Hang Tuah diberitakan beliau dikenali sebagai ahli pendita iaitu Sheikh Sayid Pendita Adiputra. Manakala di Kelantan lebih dikenali dengan panggilan Syeikh Samman. Di antara anak muridnya yang terkenal tercatat di dalam buku di atas adalah Laksamana Hang Tuah, Raja Sulu Buansa(Ewansa), Sunan Bonang, Sunan Giri, Direkodkan juga Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris pernah bertemu dengan beliau. Beliau adalah adik kepada Syeikh Husein Jamadil Al Kubra (Maulana Husein).

Juga dikatakan mereka ini adalah termasuk didalam WALI 7:

1. Syeikh Husein Jamadil Al Kubra (Maulana Husein)...lahirnya Wali Songo.
2. Syeikh Thana'uddin/Syeikh Abdul Karim As Samman Al Madani ,tokoh yang dibincangkan
3. Syeikh Zainuddin Al Khatib/ Tuan Jana Khatib
4. Syeikh Maulana Malik Ibrahim (Syeikh Maghribi)
5. Syeikh Sayid Jaffar
6. Syeikh Sayid Kassim
7. Syeikh Sayid Khairat

Beliau hidup kira-kira 1380M-1420M. Beliau meninggakan alam yang fana' ini ketika berusia lebih kurang 120 tahun. Jenazah beliau telah disemadikan di puncak Bukit Panau yang terkenal dengan makam Syeikh Abdul Qadir Jailani.


Sayyid Thanauddin (Datuk Adi Putra) & menantunya Laksamana Hang Tuah & Hang Jebat

Laksamana Hang Tuah ialah bapa angkat,bapa mentua dan bapa saudara Hang Nadim (anak Hang Jebat). Ibu Hang Nadim dan isteri pertama Laksamana Hang Tuah adalah adik beradik. Dang Melor dan Dang Wangi adalah anak Datuk Adi Putra. Isteri Datuk Adi Putra pula orang Mindanao, bernama Puteri Fatimah binti Raja Maqbulu. Majapahit yang Laksamana Hang Tuah pergi dan selalu pergi itu ialah Majapahit 2, berpusat di Empayar Cermin Jeddah. Hang Jebat pula adalah adek Radin Sahur,yang bergelar Temenggung Walitikta, Adipati Tuban. Temenggung ini adalah bapa kepada Sunan Kalijaga dan Hang Jebat adalah bapa saudara Sunan Kalijaga.

Sang Persanta Nala yang di kata kan olih Datuk Adi Putra ialah Maulana Sayyid Hussin Jamadil Kubra kerana beliau saudara paling tua bagi Datuk Adi Putra. Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro/Asmaranqandi adalah anak saudara bagi Datuk Adi Putra !!!.Dan juga Ibrahim Asmoro adalah anak murid bagi Datuk Adi Putra

Adapun dalam Kerajaan Melayu Melaka, Gelaran “Hang”, “Makhdum”, “Khauja” dan “Maulana” adalah bagi darjah kebesaran Tertinggi yang diAnugerahi oleh Sultan Melaka bagi Kerajaan Adat Temenggung yang setaraf dengan darjah “Tun”. Hang juga bagi Darjah Kebesaran yang dianugerahi oleh Baginda Sultan Melaka. Sistem Hirarki Pemerintahan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. Empat pembesar yang Hirarki paling kanan membantu Baginda Sultan ialah: Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Panglima / Laksamana. Mereka berempat ini diberi Usungan oleh Baginda Sultan. Hanya Hang Tuah sahaja yang merupakan penyandang Pertama jawatan Laksamana/ Panglima yang diberi Usungan yang membawa maksud kedudukan jawatan telah diangkat setaraf dengan jawatan Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Bahkan hanya Hang Tuah yang menaiki jawatan tertinggi itu berasal dari kalangan rakyat biasa ( bukan kelompok elit) disebabkan kemahiran khusus dalam ilmu siasah peperangan dan kemahiran ilmu Persilatan (Gayong) yang Tinggi. Kenaikan jawatan tinggi disisi Baginda Sultan membuatkan pembesar- pembesar lain iri hati, cemburu dan menyimpan dendam untuk menjatuhkan Hang Tuah agar tidak lagi menjadi orang kesayangan Sultan. Hanya Bendahara Tun Perak yang menyayangi Hang Tuah kerana sebelum Jawatan Laksamana diwujudkan, jawatan Ketua Hulubalang adalah dibawah Bendahara dalam Hirarki pembesar Melayu Melaka. Pemilihan untuk memegang Ketua Hulubalang juga dipilih oleh Bendahara dengan mendapat persetujuan Baginda Sultan Melaka. Pemerintah Tentera Darat/Laut, Panglima di darat dan Laksamana dilaut: Kedua-dua Jawatan Tertinggi tentera Melayu ini di sandang oleh Hang Tuah. Sebelum jawatan Panglima/ Laksama diwujudkan, Jawatan Ketua Pemimpin Tentera Melayu ketika itu ialah Ketua Hulubalang (Lubalang). Sebelum Hang Tuah menjadi Pemimpin Tentera Melayu, jawatan Ketua Hulubalang berkenaan disandang oleh Tun Perak. Kehebatan Tun Perak juga tiada tandingan sehingga mampu mengalahkan angkatan tentera Siam (satu kuasa Tentera Yang Kuat ketika itu). Tun Perak berasal dari Klang, Selangor (juga dalam empayar Melaka) yang memegang jawatan sebagai Penghulu Klang, sebelum diambil berkhidmat dengan Baginda Sultan Melaka. Makhdum dan Maulana bagi gelaran tertinggi dalam Kepimpinan Hal Ehwal Agama Islam atau bertaraf ulama (mahir tentang rujukan hukum dan seorang sufi Allah) dan amat disegani dalam masyarakat yang mengamalkan Hukum Adat Melayu Temenggung ketika itu.


Jelaslah kepada kita semua, keturunan Ulama, Panglima Perang, Kesultanan dan Warisan Keilmuan Agama Islam dan ilmu Persilatan Melayu di Nusantara adalah dari satu Pokok yang sama pada asalnya. Gelombang pertama adalah sahabat Rasulullah SAW iaitu Panglima Saad Abi Waqas dan Panglima Saad bin Lubaid Al-Habsyi . Gelombang kedua adalah Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar di zaman kegemilangan Empayar Melaka, Sayyid Hussin Jamadil Kubra @ Sang Persanta Nala (Ketua Wali 7) dan adiknya Sheikh Thanauddin @ Sang Pendita Adi Putra di Kerajaan Majapahit 2 (Cermin Jeddah – Kelantan Tua )sebelum membuka Gelanggang Persilatan di Gunong Ledang dan Pondok Pesantren di Pulau Besar. Ada sumber mengatakan makamnya di Pulau Besar dan ada juga mengatakan di Puncak Bukit Panau yang di kenali dengan Makam Syeikh Abdul Qader Jailani.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas susur galur keturunanku walau tidak dapat aku susun secara ber salasilah dengan tepat, aku war-war kan di sebuah laman internet dan mendapat maklumbalas dari mereka yang mempunyai jalur keturunan yang sama denganku dan mereka turut mengesahkan bahawa aku sememangnya mempunyai ikatan yang kuat dengan keturunan Syeikh Thanauddin dan Sayyid Hussin Jamadil Kubra kerana keluarga ini kini ramai berada di Tumpat, Kelantan di mana disinilah tempat ayahku di lahirkan. Ada juga yang mengatakan bahawa aku dari Syeikh Abdul Qader Jailani yang sememangnya nama lain bagi beliau di Bukit Panau. Satu berita menarik yang mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan aku adalah maklumat dan pandangan kasyaf dari seorang Mursyid di Negeri Sarawak di mana keturunan Sayyid Hussin juga berada di sana, juga isteri kepada Datuk Adi Putra adalah Puteri kepada Raja Maqlubu, Mindanao. Mursyid ini juga turut mengesahkan bahawa Syeikh Abdul Qader Jailani juga adalah nama lain bagi Syeikh Thanauddin.

Isteriku merupakan anak cucu keturunan Sunan Giri di mana moyangnya merupakan titisan zuriat Waliyullah Sunan Giri yang terakhir dapat di kesan oleh pengkaji di Indonesia di mana keluarga ini telah di serang Penjajah Belanda dan hanya 3 orang sahaja dati zuriat ini yang terselamat. Sunan Giri adalah anak kepada Maulana Ishak, Ulama dan Waliyullah yang terkenal di Pasai dan Melaka. Adik Sunan Giri telah berkahwin dengan Sunan Kalijaga dan Sunan Kalijaga pula merupakan anak saudara Hang Jebat.

Ini bermakna aku dan isteri ada ikatan persaudaraan yang agak jauh dari galur waliy-waliy Songo yang juga merupakan murid kepada Datukku Adi Putra. Tidak hairan isteriku sering bermimpi di datangi para Waliy-waliy ini memperkenalkan diri apabila kami memohon petunjuk dari Ilahi akan susur galur keturunan kami. Antara yang pernah hadir adalah Sunan Giri, Sunan Gunung Jati dan Sunan Kalijaga. Malah Cik Siti Wan Kembang atau mungkin Puteri Saadong atau juga Puteri Selindung Bulan sepertimana di gambarkan di dalam lukisan pernah datang dan berbicara serta membantu isteriku dari serangan bomoh durjana.

Namun maklumat terkini dari blog Benua Islam Siam Kedah menyatakan bahawa dari Manuskrip Undang-Undang Negeri Kedah yang telah di pulangkan kembali oleh pihak Inggeris yang telah merampasnya dahulu semasa menakluki Tanah Melayu yang mana manuskrip ini di tulis 200 tahun sebelum kemasukan mereka menjajah Tanah Melayu, menyatakan bahawa Hang Tuah selepas menjawat Jawatan Laksamana di naikkan pangkat dan menjadi Sultan di Aceh. Beliau adalah Sultan Iskandar Mahkota Alam yang terkenal itu yang mana kerajaannya adalah di antara 5 kerajaan Islam terbesar di dunia dan sudah mempunyai hubungan diplomatic dengan kuasa-kuasa luar dunia.

Hang Tuah atau nama sebenarnya Tun Saaban pernah menjadi Maharaja di Ayuthia yke 23 ( Gelaran Yang Di Pertuan Agong kini ) , baginda adalah anak kepada Raja Bruas Gangga Negara dan cucu kepada Maharaja Benua India. Sejauh mana kebenaran fakta ini, kita tunggu dan lihat aje lah. Aku telah mendapat makluman dari ahli sejarah di Jawa bahawa maklumat ini adalah benar Cuma tahunnya sahaja tidak dapat di pastikan. Kerna guru ghaib ku sendiri menyatakan bahawa aku adalah dari keturunan Raja, Ulama, Pahlawan dan Tabib Islam yang tersohor suatu ketika dulu, maka aku amat senang dengan maklumat ini dan sedang mencari kebenarannya.

Kami tak memerlukan pengesahan dari Pihak Asyraf atau mana-mana pihak yang mendakwa menjaga warisan salasilah keturunan Sayayid Hussin Jamadil Kubra ini atau mana-mana keturunan waliy-waliy Songo, kami sudah berpuas hati dengan maklumat yang kami dapat dan pengesahan dari mereka yang mempunyai pandangan kasyaf lagi Arif.

28 comments:

  1. Sy dpt rasakan yg sy mempunyai keturunan yg sama dgn tuan sebab sy tercari2 dan skrg dh dpt jwpn...boleh sy dptkan no tel saudara. Perkenalkan diri sy ros 012613710

    ReplyDelete
  2. Baru2 ini sy memiliki kebolehan mengubat org dari sihir dgn hanya berzikir dan ayat ringkas alquran...dan sy dpt merasakan untk mencari keturunan sy yg dikatakan wali ke7

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cuma kena ada guru zahir juga bagi membimbing dan memecahkan kebuntuan semasa dibimbing guru-guru ghaib.

      Delete
  3. As salam. Bagus sekali tuan telah mengungkai salasilah sendiri dan meneruskan perjuangan orang-orang terdahulu. Moga dapat kita bersilaturahim nanti. Blog saya http://akademirahsiaagung.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. As salam. Bagus sekali tuan telah mengungkai salasilah sendiri dan meneruskan perjuangan orang-orang terdahulu. Moga dapat kita bersilaturahim nanti. Blog saya http://akademirahsiaagung.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. As salam. Bagus sekali tuan telah mengungkai salasilah sendiri dan meneruskan perjuangan orang-orang terdahulu. Moga dapat kita bersilaturahim nanti. Blog saya http://akademirahsiaagung.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam warrahmatullahi wabarakatuh.
    Alhamdulillah. Salam persaudaraan dari saya.

    ReplyDelete
  7. Sy nak cari. Malah sy tiada pembingbing dan x tahu mcm mana. Yg sy thu, kedua2 tok yang saya ank bugis dan kedua2 nekyang saya cina

    ReplyDelete
  8. Sy nak cari. Malah sy tiada pembingbing dan x tahu mcm mana. Yg sy thu, kedua2 tok yang saya ank bugis dan kedua2 nekyang saya cina

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.