Petikan tulisan Tuan Kelarias pada Khamis Mei 06, 2010
SAKIT ANGIN BADAN.
Ada beberapa jenis jenis angin seperti mana yang kita pernah dengar selama ini, sebagai contohnya angin semput, angin enchok, angin pedu, angin ahmar kecuali angin ribut dan angin taufan. Kesemua angin di dalam tubuh itu dikenal dengan bermacam macam nama oleh orang melayu kita dengan tujuan untuk membezakan jenis angin dari satu jenis ke jenisnya yang lain. Ada tujuan menamakan angin angin tersebut supaya mudah dikenali dan disesuaikan dengan jenis ramuan dan ubat yang diperlukan.
Ramai dari kalangan kita mengalami serangan angin angin jahat yang amat sukar untuk disembuhkan sehingga pernah saya mendengar beberapa bulan yang lalu salah seorang ahli keluarga kami telah mengalami kesakitan dilutut yang memerlukan khidmat seorang pakar bedah lutut untuk membuang penyakit bengkak dilututnya dengan kos anggaran mencecah dua puluh satu ribu ringgit. Setelah di nasihatkan supaya mengambil cuti selama seminggu beliau berehat di salah sebuah pusat rawatan tradisional di Perak sambil menjalani rawatan kampung, beliau telah sembuh dengan kos perubatan tidak sampai dua ribu ringgit sahaja. Penyakit ini sebenarnya ada kaitan dengan angin syaitan yang amat jahat. Walau pun begitu saya tidak menolak rawatan moden mampu membantu pesakit yang terkena angin angin syaitan ini dengan istilah dan panggilan penyakit tertentu. Ia sama juga dengan masalah stroke yang kami kenal sebagai syaitan ahmar atau angin ahmar.
Orang orang tua dahulu sangat mahir mengenali dan mempergunakan beberapa tumbuhan herba sebagai ubat yang mujarab untuk membantu mengurangkan kesakitan urat saraf. Akar akar kayu dan daun daun herba tertentu dikenal pasti mengandungi khasiat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia supaya dapat membantu menstabilkan peredaran darah dan meneutralkan tubuh dari dicemari oleh asid yang berlebihan malah tidak diperlukan oleh tubuh dalam menjaga sistem dan mengekalkan kesihatan tubuh badan seseorang keseluruhannya. Ada di antaranya yang mengandungi bahan asli anti oksidan yang boleh menyembuhkan luka tanpa perlu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau swasta. Dalam hal ini , rawatan tradisional adalah merupakan alternatif pilihan rawatan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang sememangnya telah diwarisi semenjak ribuan tahun dahulu sebelum klinik atau hospital wujud dibumi beberapa ratus tahun sebelum ini. Malah diberitakan , orang tua tua zaman dahulu usianya lebih lanjut berbanding orang orang tua sekarang yang bergantung sepenuhnya dengan kecanggihan perubatan dan peralatan hospital pada hari ini.
PUNCA SERANGAN SAKIT JANTUNG.
Saya ingin menyampaikan berita gembira buat kita umat islam yang mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu adalah pesuruh Allah, kalimat ini juga yang akan dibisikkan oleh para paderi kristian ditelinga pengikutnya yang hampir nazak. ITULAH YANG DIAMALKAN OLEH MEREKA SELAMA INI DISEBALIK KEEGOAN MEREKA SEMASA MASIH HIDUP DI DUNIA. Saya kembali kepada masalah serangan sakit jantung yang amat banyak berlaku selama ini di seluruh dunia. Dengan mudah para doktor dan pakar perubatan meletakkan punca sebabnya dari kandungan kolesterol yang tinggi semata mata. Tanpa mahu mendengar pandangan para tukang urut, bidan bidan dan mereka yang setengahnya arif dalam hal urat kemasukan angin angin ganjil.
Sakit dada adalah petunjuk awal seseorang itu bakal terkena serangan sakit jantung yang boleh membawa maut dengan tiba tiba akibat kesukaran bernafas dan tarikkan urat di belakang bahu yang amat pedih dan menyakitkan, ia serentak berlaku dengan suatu kesakitan di bahagian kanan atau kiri dada. Terutama dibahagian kiri, sebab kedudukan jantung kita berada di sana. Angin angin ini telah memasuki saluran urat darah terus dari dua celah dari tiga jari jari kita iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Di celah ketiga tiga jari ini terdapat urat urat darah yang bersambung terus ke dada kanan dan dada kiri manusia yang bersambung terus ke jantung kita. Apabila angin angin itu masuk sampai ke bahagian urat dalaman terutama di bahagian dalam dada maka ia akan mengganggu peredaran darah dan menyebabkan kesakitan dada dan di bahagian lain berhampiran dada. Gangguan angin itu akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit sehingga akhirnya menutup ketiga tiga saluran koronari ke jantung. Serangan jantung akan berlaku dan di dalam masa beberapa minit sahaja seseorang yang terkena angin ini akan mati mengejut atau mati muda kalau orang tua tua kata.
Jika dilihat luaran fizikal seseorang yang mati akibat serangan jantung itu, ada diantara mereka yang tidak merokok dan mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam, mengamalkan terapi diet dan memilih makanan yang berkhasiat mengikut diet pemakanan yang teratur saban hari. Tetapi segelintir dari mereka terkena juga serangan sakit jantung yang terkenal sebagai pembunuh nombor satu di dunia. Sebenarnya , angin yang mempunyai gelombang panas dan tajam jika dirasakan melalui jari jemari yang mempunyai pengesan rasa yang tinggi akan dapat mengesannya sebagai angin syaitan yang telah memasukki liang seni tubuh yang terbuka sewaktu kita sedang mengalami stress atau rasa marah melampau, rasa takut melampau, berahi melampau seronok berlebihan dan lalai dari mengingati Allah sepanjang masa.
MARAH MEMBUKA LALUAN MASUK SYAITAN.
Terbukalah seluruh liang seni rongga yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat didengar oleh telinga tetapi dapat dirasa sakit dan lenguhnya oleh deria rasa manusia. Waktu begini terutama sewaktu marah, rasulullah saw sering mengingatkan kita supaya mengambil air sembahyang supaya liang seni segera sejuk dan tertutup dengan cepat setrusnya dibawa solat dua rekaat. Dengan maksud dan antara tujuan lain supaya sarung kita ini tidak diceroboh berterusan oleh angin angin syaitan yang jahat, ada juga yang menggelarkannya sebagai angin jahat. Bukanlah sesuatu yang berlebihan jika saya katakan , orang yang mati terkena sakit serangan jantung sebenarnya banyak hidupnya terlalai dari mengingati Allah SWT. Setuju ke dengan kata kata ini, kalau setuju maka cepat cepatlah kita kembali kepadanya dan bersegeralah bertaubat nasuha serta mulakanlah mengekali zikir dengan mengingatiNya supaya setiap saluran darah kita ke arah jantung di isi dengan larutan zikir yang mampu mengusir keluar angin angin syaitan yang bergerak bebas di dalam sana. Serangan jantung berbeza dengan lemah jantung.
AHLI TARIKAT BEBAS SERANGAN JANTUNG SECARA HAQ.
Para ahli zikir sirr contohnya seperti Imam Ghazali dan para arif billah yang lain yang benar benar telah menjalankan fungsi jantungnya mengikut kaedahnya yang sebenar, tidak akan mendapat serangan sakit jantung, tetapi mereka menerima alahan lemah jantung pada keseluruhannya. Ini adalah suatu kebaikan yang dikenal sebagai jannatul ajilah yakni syurga dunia yang bertapa di jantung sebagai ganti singgahsana iblis yang sebelum itu bermaharaja lela disana. Para arif memilih jannatul ajilah sebagai pengisi ruangan jantung latifah yang amat peka dan sensitif bila disebut nama tuhannya itu.
Begitu juga kesakitan di dalam urat darah yang berselirat di dalam tubuh kita yang berjumlah 360 urat mengikut kata pakar bius , sebenarnya berpunca dari angin angin yang saya sebutkan sebahagian namanya di atas tadi. Angin angin ini banyak berkeliaran di luar tubuh manusia yang sentiasa mencari tempat untuk berteduh dan bernaung serta menumpang rezeki bersama sama kita. Mereka akan segera memasukki tubuh melalui liang seni yang sengaja kita bukakan tanpa kawalan akibat kemarahan yang tinggi dan sebab yang lain lain tadi. Seperti kata baginda saw " Innassyaithaana Yajrii Min Ibni Adama Majrad Daami " Sesungguhnya angin angin ( angin syaitan ) termasuklah kuman , bakteria dan apa sahaja angin yang dikenal dengan berbagai bagai nama gelaran moden itu masuk ke dalam tubuh badan manusia melalui jalan urat darah merah kita ini. Angin angin ini hidup dan kekal selama tidak di urut atau tidak dirawat menggunakan dua kaedah yang diketahui oleh manusia hari ini.
KAEDAH RAWATAN.
Di dalam mengatasi permasalahan jantung yang disekat aliran darahnya akibat saluran koronari yang tersumbat akibat lebihan kolestrol, pakar bedah berjaya menemui kaedah yang amat berjaya untuk menyelesaikannya walaupun kos yang perlu ditanggung amat tinggi. Tetapi dalam soal kematian akibat serangan sakit jantung yang mengakibatkan ribuan bahkan jutaan manusia menguburkan dirinya seusia muda remaja, para pakar masih tercari cari kaedah mengatasinya.
Saya hanya ingin berpesan kepada seluruh umat muslimin dan muslimat supaya tidak mudah terkena serangan yang menakutkan ini dengan menjauhkan diri dari melayan perasaan marah sehingga memukul dan menumbuk orang lain termasuklah memaki hamun dengan kata kata yang pedih dan kesat. Kenapa, ini adalah kerana akan terbuka lubang seni yang saya katakan tadi dari arah tangan muka dan dada sehingga dipenuhi dengan angin angin syaitan disetiap urat darah yang menuju ke jantung kita. Maka kesannya akan kita dapati selepas kita marah marah bertumbuk atau bergaduh berperang mulut , akan suatu rasa keletihan yang amat, lenguh di sana sini yang disangka penat dan letih berjuang mempertahankan sesuatu tetapi sebenarnya urat darahnya sudah dipenuhi syaitan angin yang menakutkan. Itulah sebabnya nabi kita berpesan berkali kali sehingga diulang sebanyak tiga kali dalam salah satu dari sabdanya mengenai marah katanya ; " Laa Taghdhab, Laa Taghdhab, Laa Taghdhab, Dakholal Jannah " Jangan marah, jangan marah, jangan marah, masuk syurgalah nanti kamu. Samada syurga dunia yang disegerakan atau pun syurga akhirat yang bakal dijanjikan.
BERWUDHU DAN DUA REKAAT SOLAT SUNAT.
Jangan marah adalah ubat paling mujarab untuk mengelakkan diri kita dari kemasukan angin jahat ke dalam tubuh melalui urat darah. Apabila angin angin jahat telah memasukki tubuh maka kita masih ada peluang untuk menghilangkannya dengan izin dari Allah SWT, melalui dua kaedah yang biasa kita tahu. Pertama mengikuti nasihat doktor pakar yang pengetahuannya menghampiri kebenaran walaupun tidak keseluruhannya dengan mengamalkan cara hidup sihat. Jaga makan minum dan yang kedua ialah dengan bertaubat nasuha serta kembali insaf menyedari kesalahan diri. Hanya Allah SWT yang akan membantu kita mengeluarkan angin angin jahat itu melalui kaedah kaedah tertentu seperti yang dikehendakiNya jika dikehendaki.Kenyatan ini bukanlah ingin mencabar mana mana institusi perubatan di negara ini malah ini adalah sebahagian pendapat yang tidak dapat disokong dengan bukti nyata. Maka oleh itu saya menganggap kenyataan yang ada di dalam artikel ini hanyalah rekaan penulis semata mata. Apa pun nasihat para doktor amat penting untuk menjamin keadaan dan keperluan kesihatan tubuh badan kita berada ditahap yang maksimum seadanya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.