AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Wednesday, August 17, 2011

DANAU TOK UBAN

CARI Malay Forums's Archiver

kenchana_md posted at 8-4-2009 13:00

Aku rasa 'Danau Tok Uban' ni ada kaitan dengan 'Tok Uban - Siapa?' yang rangcak dibincang disini:
[url=http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=345142&page=1]http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=345142&page=1[/url]


cmf_WonBin posted at 8-10-2010 23:22

1) Antara orang yg betul2 mengorek rahsia pasal tempat ini ialah Merah Silu dan aku aja. Kat blog dan forum lain tu banyak copy & paste drpd apa yg kami tulis.

2) Pengalaman aku dgn tempat ini pun ada misteri sendiri. Aku dan pakcik aku drpd KL (nama dia Nik ***) saja2 nak tengok tempat ni. Setibanya dekat2 Danau Tok Uban, kereta kami dikejar oleh sebuah motosikal yg aku sangka orang gila atau ala samseng Kg Dusun. Rupa2nya lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai A****, katanya dia pernah menemui salah seorang Wali 9 (Songo) dalam mimpi dan separuh sedar di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu, dan sejak semalam gerak hatinya merasakan ada 'orang jauh' akan datang dan beliau diarahnya untuk 'menyambut' tetamu dari jauh itu (aku dan Pak Cik aku). Pakcik aku seorang yg gifted dgn mistik. Built in. Aku bukan orang mistik, aku seorang yg saintifik, 24 jam main Blackberry, balik kerja lepak di The Curve atau Hartamas. Jampi2 ni bukan aku laa.

3) Apa yg diceritakan oleh Pak Cik aku selepas kami tiba di rumah nenek di Kota Bharu:
- Tempat itu sudah wujud kota purba sejak ribuan tahun lalu. Sebelum zaman Nabi Muhammad lagi. Tetapi mereka tinggi ilmu spiritual dan menyembah tuhan yang Esa. Ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman. Jin, sihir, ilmu ghaib, itu semua tamadun diorang.

4) Zaman berganti zaman sehingga zaman Islam datang.

5) Short cut cerita. Inilah perkampungan WALI 9. Mereka mudik kapal mereka melalui Sungai Kelantan dan berlabuh di tepi Bukit Panau. Sila rujuk peta. Bukit Panau sebelah Danau Tok Uban.

6) Di sinilah kota di mana Sayyid Hussien Jamadil Qubra dan adiknya Sheikh Tanauddin bermastautin.

7) Di sinilah di mana Hang Tuah berjalan 7 hari 7 malam daripada Kota Melaka untuk berguru dengan Adi Putera di Bukit Panau.

8) Bumi Kelantan bumi cucu cicit Nabi. Dua2 Sultan Muhammad V dan Tok Guru Nik Aziz adalah keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra yakni cucu cicit Nabi Muhammad SAW.

semua ni ada jigsaw puzzle. Susah nak cerita. Tapi Kelantan adalah pusat kepada segala-galanya. Panji2 Hitam dari Timur di akhir zaman? Org Kelantan lah kepalanya. Dari sana kerajaan Islam bertapak kembali dan merebak ke negeri2 dan negara lain pada akhir zaman. Kuncinya: Danau Tok Uban. Kalau Zionist tahu, mereka akan tukar Danau Tok Uban jadi kolam kumbahan tahi babi.


cmf_WonBin posted at 9-10-2010 14:45

MOUNT OPHIR tu adakah BUKIT PANAU yg di sebelah Danau Tok Uban? Bukan Gunung Ledang. siapa yg kaya emas? hehehehe..... Pasir Emas, Tanah Merah.... bukan ker clue kepada EMAS? siapa yg pakar pertukangan emas kalau bukan orang Kelantan? Cuba siasat dan korek.


cmf_WonBin posted at 27-7-2011 10:43

My Uncle dan Danau Tok Uban

Pak Cik Aku dan Ustaz Wan Khairi Kg Kutan/Pasir Pekan merupakan 2 orang yang paling 'mistik' pernah aku temui. Ustaz Khairry masih muda lingkungan 35-38 tahun tetapi ilmunya seperti orang tua ... Setelah diingati semula susur galur mereka berdua, - sorang ni Nik dan sorang lagi Wan ... kedua-duanya berdarah Saiyid Hussien Jamadil Qubra.

Pernah aku bersilat dengan pak cik aku. Mak oiiii dia bergerak secara zig-zag macam huruf Z. Gila huh aku tak boleh serang sebab gerak aku dah macam terkunci. Aku cuma bertahan dengan gaya Tomoi - angkat keting dan guna dua-dua lengan untuk cover muka. Sedar dah melambung ke belakang. Aku kenal itu adalah Gayong tetapi bukan sepertimana yang aku pernah lihat dalam silibus yang Dato Meor dan Cikgu Majid ajar. Bukan Seni Yoi . Bukan jugak Tomoi walaupun pakai siku dan lutut tapi bertapak seperti Silat.

Bila aku tanya, Uncle ini silat apa? - Ini Gayong. Tapi kenapa Uncle pakai keting dan banyak main siku macam Tomoi? - Sebab nenek moyang kita Fakeh Ali Malbari berasal daripada keturunan putera Raja Bugis, dia merantau ke Kelantan (adik beradik dia ada yang lain berpecah menuju ke selatan, barat mengikut firasat masing-masing) kawin dengan anak raja Kelantan-Patani keturunan Wali 7 (aku sebut Sayyid Hussien Jamadil Qubra, orang tua-tua Kelantan panggil Wali 7 sahaja), keturunan dia tak pakai title Tengku tapi pakai title Nik dan Wan. Dia jadi Panglima Agong Patani lawan orang Thai (bukan orang Siam). Semasa zaman dia, orang Patani tak pernah tewas kepada orang Thai, namum selepas generasi berikutnya orang Patani tewas juga .

Uncle belajar Gayong di Kelantan pada tahun 1970an. Dato Meor hantar Cikgu Majid dan Cikgu Awang ke Kelantan, bukak gelanggang di kuaters Kerajaan di tepi Stadium Muhammad ke 4. Zaman itu takda silibus macam sekarang. Cikgu Awang ajar tumbuk, ajar tapak, ajar cara tangkap. 1 buah Cikgu Awang ajar, Uncle pecahkan jadi 7. Uncle cuma ikut gerak automatik. Ilham datang tanpa pernah uncle fikir. Siku, lutut, gerak badan, gerak tapak semua gerak sendiri seperti kamu automatik tarik tangan kamu jika terpegang cawan panas. Uncle masa muda memang nakal, tak sembahyang pun. Tapi SAKA ni tetap kuat. Benda ghaib datang. Uncle sparring dengan Cikgu Awang. Dia memang pukul betul2. Uncle pun betul juga. Selalu seri. Oleh kerana uncle ni pelik sangat, Cikgu Majid tak bagi Uncle pakai bengkung. Pernah Uncle sparring 1 lawan 2 - Uncle lawan Cikgu Majid dan Cikgu Awang. Mereka 2 orang tak boleh tangkap uncle. Seri. Pelbagai jenis 'orang ghaib' datang menawarkan uncle supaya 'bawak' silat mereka. Uncle cuma pegang 2 sahaja iaitu Ibu Gayong dan Gayong Fisabilillah (Silat Sabil).

Silat Sabil ni hanya via 'invitation' secara ghaib oleh wali-wali Allah sahaja. Kamu boleh tiru buah dan gerak uncle tapi kamu takkan dapat 'membawanya' sebab benda ini hanya datang secara 'built in'. Ianya kurniaan. Setiap generasi belum tentu ada 1 orang yang menerima kurniaan ini. Selang 3-4 generasi baru akan ada 1 orang.

Memburu Kebenaran...

Aku telah mendapat phone number orang kanan Cikgu Majid beberapa tahun lepas. Kami berdua bercadang untuk ke Gurun, Kedah. Nak jumpa semula selepas 30 tahun berpisah tapi sampai sekarang tak menjadi kenyataan.

Aku juga suka ke Danau Tok Uban. Kalau ada nampak orang pelik di sana, mungkin slaah seorangnya aku. Jawapan harus dicari.... gerak hati berkata di sana ada warisan yang aku berhak ke atasnya ...


cmf_WonBin posted at 27-7-2011 19:18

Siapa Andi' Ali a.k.a. Andiq Ali a.k.a. Nik Ali a.k.a. Faqih Ali Al Malbari Panglima Agung Patani yang dikatakan anak raja berasal daripada Bugis di Sulawesi? Adakah daripada keturunan beliau asalnya SILAT GAYONG?

Salinan asal disiarkan dalam Utusan Malaysia

Faqih Ali Al-Malbari moyang dan ulama raja-raja Melayu

Ikhwah2 sekalian, Ust Wan banyak meninggalkan manfaat pda kita ummat Islam nusantara.

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Faqih Ali Al-Malbari moyang dan ulama raja-raja Melayu

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

TOKOH yang diperkenalkan ini berbeza dengan beberapa tokoh bernama Ali yang pernah dibicarakan sebelum ini, iaitu Syeikh Wan Ali bin Ishaq al-Fathani, Syarif Ali Brunei dan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani.

Faqih Ali al-Malbari yang akan diperkenalkan dalam rencana kali ini juga bernama Andi’ Ali. Terdapat percanggahan pendapat mengenai negeri asalnya kerana ada pendapat mengatakan beliau berasal dari negeri Malabar (India) dan pendapat yang lain pula mengatakan berasal dari negeri Bugis (Sulawesi Selatan, Indonesia).

Dalam zaman yang sama, terdapat seorang lagi tokoh yang bernama Syeikh Faqih Ali yang berasal dari Patani yang dikatakan orang yang sama dengan Faqih Ali al-Malbari atau Andi’ Ali, kerana sama-sama menjalankan aktiviti di Sulawesi Selatan, Johor, Kelantan dan Patani.

Namun demikian, penulis tidak dapat memastikan tentang perkara tersebut, apakah benar orang yang sama atau tokoh yang berlainan. Tetapi dapat dipastikan bahawa tokoh yang akan diperkenalkan ini adalah seorang tokoh besar dunia Melayu yang mempunyai zuriat yang ramai menjadi ulama dan raja dalam beberapa kerajaan di Patani dan Kelantan, bahkan terdapat juga di beberapa tempat-tempat lain dunia Melayu.

Asal Usul

Dalam buku yang bertajuk Ringkasan Cetera Kelantan oleh [color=Red]Datuk Nik Mahmud, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, [/color]ada menyatakan seperti berikut, “Syahdan pada suatu masa, bulan sedang mengambang, di tepi langit, tersebutlah anak raja Bugis lari daripada saudaranya. Menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri di rumah Laksamana Kota Tinggi. Dipanggil orang ‘Andi’ Ali’. Tatkala Laksamana memandang kepadanya, berasa kasihan belas, dan dipeliharakannya sebagai anak sendiri. Tidak berapa tahun kemudian daripada itu, dijodohkan dengan anaknya yang bernama ‘Wan Tija’.

Tidak berapa lama lepas itu, Andi’ Ali serta dengan isterinya pun beredar ke Patani. Menumpang di rumah Mekong Damit, Kampung Bira, pada tahun Hijrah 1049 (kira-kira 1640M). Maka kerana lemah lembut tingkah lakunya, dan berpelajaran, orang di Patani memanggilnya Faqih Ali. Di situ ia beristeri Cik Dewi anak Seri Biji Diraja. Faqih Ali beroleh beberapa anak laki-laki dan perempuan dengan kedua-dua isterinya (Wan Tija dan Cik Dewi)…”

Dalam salah satu salasilah yang penulis peroleh dari Terengganu ada tertulis seperti berikut, “Faqih Ali Malbari, asal anak raja Bugis keluar daripada negerinya pergi ke Malabar kerana menuntut ilmu agama dan tinggal di sana dengan menyembunyikan bangsanya. Dan menamakan dirinya Faqih Ali, kemudian masuk ke Johor dan ke Patani. Anak cucunya di Patani, di Kelantan, di Terengganu, dan seluruh negeri Melayu.”

Riwayat yang lain pula berdasarkan beberapa silsilah terutama yang ditulis oleh Haji Nik Ishak, Tingkat, Kelantan, yang menyatakan bahawa Andi’ Ali itu namanya juga ialah Syeikh Ali al-Malbari. Namun begitu, riwayat tokoh ini masih kabur kerana dalam versi yang lain dikatakan beliau berasal dari negeri Bugis dan ada pula yang menyebut dari Malabar. Malahan yang lebih menyukarkan apabila dikatakan salasilah yang ditemui di Patani menyebut bahawa Syeikh Shafiyuddin Datuk Pujuk Pemerintah Patani adalah anak Faqih Ali al-Malbari.

Sekiranya Syeikh Shafiyuddin yang dimaksudkan adalah yang bergelar Tok Raja Faqih, maka cukup jelas bahawa ia tidak tepat. Namun jika yang dimaksudkan adalah orang lain, masih boleh diambil kira sebagai satu catatan salasilah yang betul.

Adapun gelaran Tok Raja Faqih yang dimaksudkan tersebut adalah seorang tokoh Patani yang bernama Faqih Ali, iaitu putera Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Tarikh Patani dalam bahasa Melayu yang berdasarkan karya datuk/neneknya Syeikh Shafiyuddin yang ditulis dalam bahasa Arab. Faqih Ali ini adalah seorang pembesar Patani yang digelar Datuk Maharajalela. Beliaulah yang mencari bantuan kerajaan Bone di Sulawesi apabila terjadinya peperangan antara Patani dengan Siam tahun 1632 M.

Diriwayatkan bahawa beliau wafat di Sulawesi dan juga dikatakan beliau pulang ke Semenanjung dengan menggunakan nama Faqih Ali al-Malbari atau Andi’ Ali itu. Namun, masih sukar untuk dipastikan apakah yang bernama Faqih Ali itu hanya seorang atau dua atau tiga orang yang bernama sama tetapi hidup sezaman. Oleh kerana Faqih Ali al-Malbari tidak diketahui nama orang tuanya, maka masih belum boleh disimpulkan pendapat bahawa tokoh yang dimaksudkan hanya seorang sahaja, iaitulah Faqih Ali, pembesar Patani tersebut. Nama orang tuanya ialah Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin, iaitu Tok Raja Faqih.

Terdapat pendapat yang lain pula, dikatakan bahawa Faqih al-Malbari adalah saudara kandung Ibrahim Datu Kelantan VI (1632-1637 M) yang digelar dengan Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrp yang menjadi raja di Campa tahun 1637 – 1648 M. Namun masih timbul keraguan kerana dikatakan bahawa ayah Faqih Ali dan Ibrahim bernama Mustafa Datu Jambu bergelar Sultan Abdul Hamid Syah atau Ong Tpouo atau Po Rome yang kemudiannya bergelar Raja Sri Sarvasades, iaitu raja Campa tahun 1577 – 1637 M.

Ayahnya pula bernama Abdul Muzaffar Waliullah. Berpunca daripada Abdul Muzaffar inilah menurunkan ulama-ulama dan tokoh-tokoh besar Patani, Kelantan, Terengganu dan lain-lain termasuklah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani dan ramai lagi.

Namun dalam penemuan penulis yang berdasarkan silsilah yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani di Makkah, nenek moyang mereka ialah Syeikh Ibrahim bin Abar al-Hadhrami. Perkara ini pertama kali penulis perkenalkan dalam Konvensyen Sejarah Kedah pada tahun 1996, dengan kertas kerja yang berjudul ‘Hubungan Ulama Patani dan Kedah: Kekeluargaan, Pertalian Ilmu dan Karya.’

Apabila dibandingkan dengan catatan-catatan yang lain, beliau juga bernama Syeikh Ibrahim al-Hadhrami bin Saiyid Jamaluddin al-Kubra. Di Patani, beliau memperolehi lima orang anak yang menjadi tokoh dan ulama. Bermula kelima-lima anak beliau itu lahirnya ulama Patani dan Semenanjung yang sangat ramai.

Beliau pergi pula ke Kemboja dan memperolehi beberapa orang anak, salah seorang daripadanya ialah Raden Rahmatullah atau Raden Rahmat yang kemudiannya lebih masyhur dengan gelaran ‘Sunan Ampel’, iaitu salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan di Jawa.

Adapun Abdul Muzaffar Waliullah pula adalah bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah atau lebih terkenal dengan gelaran Sunan Gunung Jati yang menyebarkan Islam di Jawa Barat. Melalui beliaulah berkembangnya ulama-ulama dan sultan-sultan Banten. Beliau juga adalah termasuk salah seorang dalam Wali Songo atau Wali Sembilan. Saudaranya pula ialah Sultan Babullah (Sultan Ternate). Ayah Abdul Muzaffar Waliullah, juga ayah kepada Sunan Gunung Jati dan Sultan Babullah ialah Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau Wan Abu atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau Maulana Israil iaitulah raja Campa tahun 1471 M. Manakala ayahnya pula ialah Saiyid Ali Nur Alam.

Terdapat Dua Kerajaan Patani

Yang dimaksudkan “terdapat dua kerajaan Patani” ialah sebuah Kerajaan Patani terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu (sudah diketahui ramai) dan sebuah lagi yang terletak di Pulau Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia. Sekiranya benar Sultan Babullah (Sultan Ternate) adalah putera Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin (Cam) yang asal usulnya dari Patani maka tidaklah mustahil bahawa kerabat Diraja Patani di utara Semenanjung Tanah Melayulah yang mengasaskan Kerajaan Patani di Ternate (Halmahera).

Dengan informasi di atas dapat dipastikan bahawa sejak lama ada hubungan antara Patani, Cam/Campa/Kemboja, Jawa, Ternate, dan tempat-tempat lainnya. Sehubungan dengan wujudnya dua Kerajaan Patani (di Segenting Kera dan Ternate) telah disebut mengenainya oleh Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi di dalam Pendidikan Islam di Malaysia (manuskrip) katanya, “…sebuah negeri bernama Patani di Halmahera, dalam daerah Tidore, di Timur Laut Semenanjung Halmahera berbatasan dengan daerah Maba dan Weda…” dan juga telah disebut oleh Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama(Dr.) Haji Awang Muhammad Jamil Al-Sufri di dalam bukunya Tarsilah Brunei tertulis …” Sheikh Amin dan Sheikh Umar menyebarkan agama Islam di Halmahera Belakang, Maba, Patani dan sekitarnya…”. Dengan terdapatnya informasi ini maka masih dapat diambil kira bahawa ada hubungan antara Patani (Segenting Kera) dengan Patani di (Ternate), dan dapat diterima akal bahawa melalui jalur dari Patani ke Cam sehingga melahirkan sekurang-kurangnya tiga orang bersaudara, iaitu: Abdul Muzaffar Waliyullah, Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) dan Sultan Babullah (Sultan Ternate). Ketiga-tiganya adalah cucu Saiyid Ali Nur Alam, yang dibesarkan di Patani dan ramai keturunannya di sana. Baik salasilah Faqih Ali mahu pun salasilah Saiyid Ali nur Alam yang menurunkan tokoh-tokoh yang tersebut bercampur aduk dan membaur, masih sukar mencari titik temu secara pasti. Salasilah pila terdiri berbagai-bagai versi ada yang sama dan ada yang sangat jauh perbezaan antara satu dengan lainnya. Banyak faktor yang menyebabkan demikian di antaranya ialah kadang-kadang seorang tokoh mempunyai dua nama atau tiga nama gelar.


Ini aku salin tulisan orang lain tetapi aku boldkan satu ayat yang penting.

BAPA PENGASAS RAJA-RAJA MELAYU - KETUA WALI 7 DARI DELHI INDIA.

500 Hijrah(950M) formula B3 (BERILMU-BERAMAL-BERAKHLAK - dijadikan Motto Sekolah Menengah Teknik Tertua Malaysia - Kuantan) dicipta oleh Imam Al-Ghazali r.a, melalui kitab masyhurnya Minhajul Abidin/Jalan Mukmin atau Jalan Ahli Syurga (seorang ulama masyhur dunia Islamdi Thos Iran) dalam usahanya untuk menggabungkan 2 ulama yang berbalah iaitu ulama tasauf dan ulama fekah. Maka terkaranglah Bidayatul Hidayah dan Minhajul Abidin menghuraikan dengan terperinci teknik-teknik segala ilmu ahli syurga tanpa hisab atau para Wali-Wali Allah itu dengan cukup sempurna.

1250M apabila tentera moggol diketuai Hulagu Khan menyerang dan membakar Baghdad, lebih 300 kitab karangan Imam Al-Ghazali turut lenyap, kecuali hanya 30 karya yang sempat diselamatkan dari khutub khanah Baghdad itu. Empayar Islam Umayyah dan simpanan baitul Mal paling kaya waktu itu, yang dikumpul selama lebih 500 tahun ranap/hangus dari bumi. Islam kembali mundur/menderita/diperhamba.

1260M Bani Hasyim (nenek moyang) diketuai Maulana Syeikh Sayyid Abdul Jalal atau Syeikh Jalaludin Al-Kubra(dicatat dalam sejarah Delhi) yang terselamat dan sempat membawa sebahagian kitab-kitab karya agung itu berpindah ke Delhi dan disambut oleh Sultan Muhamad Tughlug serta dilantik selaku wazir/menteri kesultanan Delhi dan kitab Minhajul Abidin, Al-Hikam, Hadis Sahih Muslim dan sebgainya diterima dijadikan silibus wajib kerajaan Islam Delhi waktu itu.

Syed Husin Jamadil Kubra(nenek moyang kesultnan Melayu dan Wali Songo Indonesia) dalam latihan praktikal para ahli hakikat dan makrifat(Wali-Wali Allah – tamat belajar – guna Ilmu untuk kuasai 7 petala langit dan 7 petala bumi dengan kalam Allah atau PatiNya 99 asma Al-Azim) [b]lalu diarahkan oleh ayahandanya mencari lokasi yang dimaksudkan oleh hadis sahih “Bumi Timur Hijjaz” (Hijjaz adalah Tanah Suci Makkah sebelum 1933 – Era Saudi Dapat nama) bertolak ke Asia Tenggara bersama 7 beradik atau disebut Wali 7 dalam sejarah Islam Asia Tenggara, dan mendarat serta membina Masjid Kampung Laut(sekarang di Nilam puri) pada 1350M.


Dalam erti kata lain, dia mencari Bumi Timur Hijjaz yakni SERAMBI MEKKAH- YAKNI NEGERI KELANTAN SEKARANG.


Jika Monggol tidak hancurkan Kota Baghdad, pastinya Sayyid Hussien Jamadil Qubra tidak akan sampai ke Tanah Melayu (Kelantan) ..... dan pastinya tiada Wali Songo .....



cmf_WonBin posted at 29-7-2011 01:16

1909 -1946 Selepas Kelantan sahih tamat perang dengan Siam dan Jepun, dengan campurtangan kuasa Kristian British, dijemput bersama ke dalam Persukutuan Tanah Melayu. Tokoh Genius Majapahit II/Kelantan Datuk Perdana, Datuk Perwira, Datuk Syed Kadok, Nik Ahmad Kamil dan ramai lagi pimpinan Bani Hasyim era tersebut adalah yang bertanggungjawab membawa Kelantan ke dalam Malaysia dan mengemudi Tanah Melayu merdeka dari naugan Gereja Vetican dan Empayar Kristian British. UMNO dilancar di Istana Johor setelah disiapkan oleh pakar undang-undang British Majapahit II(Kelantan) – Tan Sri Nik Ahmad Kamil. PATI RAHSIA asma 99 Nama Allah dan Teknik-Teknik khusus penggunaannya untuk mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi, dilancar di Kota Bharu oleh Majlis Gama Islam diketuai Datuk Perdana.

Nota kaki:

1) Tok Kenali dan Dato Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud ada kaitan, di mana Tok Kenali berguru dengan ayah kepada Dato Perdana yang bernama Khadi Nik Ismail. ......

2) Uncle aku yang 'disambut' sebagai 'tetamu khas dari jauh' oleh seseorang yang 'mendapat isyarat' daripada Wali 9 semasa beliau datang ke Danau Tok Uban adalah sedarah dengan Dato Perdana Menteri Nik Mahmud juga ....

3) PATI RAHSIA asma 99 Nama Allah dan Teknik-Teknik khusus penggunaannya untuk mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi adalah ilmu yang diwarisi daripada Wali 7 Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Mungkin ini kah ilmu Hang Tuah yang dipelajari daripada Sheikh Thanauddin (Adi Putera) ? Ini kah ilmu Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong?

4) Wonbin ada mewarisi senaskah buku Pati Rahsia tulisan Jawi zaman 1960an pemberian Dato Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud kepada anak cucu...

cmf_WonBin posted at 29-7-2011 01:32
Orang yang ghaib tanpa kubur...... seperti Hang Tuah, Cik Siti Wan Kembang ....

Kota yang ghaib pada mata kasar .....

ilmu mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi .....

Danau Tok Uban .....

carilah sendiri jawapannya ....


cmf_WonBin posted at 4-8-2011 01:02
My Uncle dan Danau Tok Uban

Pak Cik Aku dan Ustaz Wan Khairi Kg Kutan/Pasir Pekan merupakan 2 ora ...
[size=2][color=#999999]cmf_WonBin Post at 27-7-2011 10:43 AM[/color] [url=http://eforum1.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=45077019&ptid=379827][img]http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]

Sekembali daripada Danau Tok Uban, aku terus tanya pasal Silat Gayong. Aku memang tahu Gayong itu asalnya daripada orang Bugis. Dan aku memang tahu keturunan Nik ini campuran Cina, Arab dan Bugis. Tapi aku tak tahu pula bahawa nenek moyang aku Fakeh Ali Malbari merupakan seorang panglima Silat Gayong yang berhijrah ke Kelantan-Patanni daripada Sulawesi. Banyak rahsia yang aku ingin ketahui pasal apa ada di Danau Tok Uban, siapa Wali 7, siapa Wali Songo, kenapa.... kenapa.... apa....

Aku telah diperlihatkan IBU GAYONG.

Ini gerak Lam Alif .....

Ini Alif tegak ...... dapat kat orang Kedah, dia panggil Silat Cekak .... Itu salah satu drpd Gayong.


Kemudian dikeluarkan sabilah keris berbungkus kain kuning dan dicelupkan ke dalam air .... kamu nampak keris ini tak basah sebab air tak boleh sentuh keris ini walaupun diselam dalam air? Cuba kamu cium baunya .... itu bau kasturi .... tak pernah hilang sejak beratus tahun lalu ....
"eh eh eh iyer laaaa ...." jawab aku sambil tercengang ...
Keris ini antara beberapa keris milik anggota Wali 9. Keris ini jadi macam ini setelah diludah oleh beberapa orang Wali 9. Buat masa sekarang aku adalah pewaris keris ini, diberikan secara ghaib oleh seorang keturunan Sunan Gunung Jati.

-Berapa biji buah kunci yang kamu belajar dalam Gayong Dato Meor?
" Saya Gayong Pusaka, setakat ini saya dapat 21 buah yang sudah diperhalusi dengan teknik seni"
- Cuba kamu kunci aku dengan buah kunci Gayong Dato Meor yang paling hebat.
Aku pun apa lagi gunakan kunci dengan teknik seni, biasanya kalau kena kunci cara ni, aku pegang dengan 2 batang jari pon musuh sudah meraung kesakitan yang amat sangat, sebaliknya dia dengan mudah buka kunci aku, badannya licin macam belut. Geraknya macam ular. Lepas tu terus dia serang aku. Tangannya macam patukan ular- patuk guna jari, tapi serang dengan siku dan lutut juga, tapaknya kekadang rendah, kekadang tinggi, kekadang angkat sebelah kaki, geraknya kekadang berpusing macam gasing, dan melompat dengan siku dan lutut. Dan memang tabiat aku bila dah hampir kalah kena serang, aku akan bukak buah tomoi. Guna keting dan siku untuk defence. Kami memang sedang sparring, tapi aku tak pernah seumur hidup sparring dengan seorang yang amat pantas sehingga mata aku tak sempat berkelip, sedang2 aku sudah melambung terhumban ke belakang..

"Aku rasa Cikgu Awang Daud dah 30 tahun tak pakai gerak macam ni... hahahaha...... inlah Gayong Ular, kamu pakai lah apa jenis kunci dalam Gayong Dato Meor, aku boleh buka. Kamu pakailah segala tapak dan buah Yoi, Gayong Ular boleh kejar dan matikan .... takda dalam silibus Dato Meor ... Gayong itu amat luas .... Dato Meor baru dapat sikit sahaja ...... aku boleh tunjuk kamu gerak Hang Jebat tapi aku takut roboh lantai kayu ini"

"Kenapa uncle banyak guna tapak silat tapi 100% guna siku dan lutut?"
- kamu ingat nenek moyang kamu boleh menang lawan orang Siam kalau tak pakai siku dan lutut? Dahulu 'kita' berperng dengan orang Siam. Lagipun bila aku 'makan' tapak kau, aku akan masuk rapat - memang sedap pakai siku dan lutut.

Seumur hidup aku, aku tak pernah sparring (lawan betul2) pakai cara silat sebab semuanya tak menjadi dalam real street fighting. Kalau ada pun cuma beberapa teknik Gayong yang aku dah ringkaskan, itu pun ala-ala serangan berangkai dalam Silat Olahraga. Itu pun bila pakai, nampak macam karate/Teakwondo. Tapi apa yang aku lihat telah menyebabkan aku bingung setelah aku dibelasah dengan buah silat yang tak pernah aku lihat seumur hidup aku ...... sasau jadinya .... terlalu banyak misteri dalam silat Gayong dan Danau Tok Uban ...

1 comment:

  1. Ilmu 7 petala bumi dan langit yg tiada penghujung iaitu ilmu adikara alam alwasi,peringkat persilatan ilmu silat penjurit keterangan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.