AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Saturday, August 20, 2011

PATI RAHSIA ASMA AL HUSNA - KUASAI LANGIT & BUMI

KAITAN DANAU TOK UBAN, SYEIKH THANAUDDIN, HANG TUAH, SUNAN KALIJAGA & AKU

BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM

Aku mulakan dengan memetik perbualan dari “ CARI Malay Forums's Archiver” khususnya tulisan :

cmf_WonBin posted at 8-10-2010 23:22 :-

1) Antara orang yg betul2 mengorek rahsia pasal tempat ini ialah Merah Silu dan aku aja. Kat blog dan forum lain tu banyak copy & paste drpd apa yg kami tulis.

2) Pengalaman aku dgn tempat ini pun ada misteri sendiri...................................

3) Apa yg diceritakan oleh Pak Cik aku selepas kami tiba di rumah nenek di Kota Bharu:
- Tempat itu sudah wujud kota purba sejak ribuan tahun lalu. Sebelum zaman Nabi Muhammad lagi. Tetapi mereka tinggi ilmu spiritual dan menyembah tuhan yang Esa. Ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman. Jin, sihir, ilmu ghaib, itu semua tamadun diorang.

4) Zaman berganti zaman sehingga zaman Islam datang.

5) Short cut cerita. Inilah perkampungan WALI 9. Mereka mudik kapal mereka melalui Sungai Kelantan dan berlabuh di tepi Bukit Panau. Sila rujuk peta. Bukit Panau sebelah Danau Tok Uban.

6) Di sinilah kota di mana Sayyid Hussien Jamadil Qubra dan adiknya Sheikh Tanauddin bermastautin.

7) Di sinilah di mana Hang Tuah berjalan 7 hari 7 malam daripada Kota Melaka untuk berguru dengan Adi Putera di Bukit Panau.

8) Bumi Kelantan bumi cucu cicit Nabi. Dua2 Sultan Muhammad V dan Tok Guru Nik Aziz adalah keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra yakni cucu cicit Nabi Muhammad SAW.

cmf_WonBin posted at 29-7-2011 01:16

1909 -1946 Selepas Kelantan sahih tamat perang dengan Siam dan Jepun, dengan campurtangan kuasa Kristian British, dijemput bersama ke dalam Persukutuan Tanah Melayu. Tokoh Genius Majapahit II/Kelantan Datuk Perdana, Datuk Perwira, Datuk Syed Kadok, Nik Ahmad Kamil dan ramai lagi pimpinan Bani Hasyim era tersebut adalah yang bertanggungjawab membawa Kelantan ke dalam Malaysia dan mengemudi Tanah Melayu merdeka dari naugan Gereja Vetican dan Empayar Kristian British. UMNO dilancar di Istana Johor setelah disiapkan oleh pakar undang-undang British Majapahit II(Kelantan) – Tan Sri Nik Ahmad Kamil. PATI RAHSIA asma 99 Nama Allah dan Teknik-Teknik khusus penggunaannya untuk mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi, dilancar di Kota Bharu oleh Majlis Gama Islam diketuai Datuk Perdana.

Nota kaki:

1) Tok Kenali dan Dato Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud ada kaitan, di mana Tok Kenali berguru dengan ayah kepada Dato Perdana yang bernama Khadi Nik Ismail. ......

2) Uncle aku yang 'disambut' sebagai 'tetamu khas dari jauh' oleh seseorang yang 'mendapat isyarat' daripada Wali 9 semasa beliau datang ke Danau Tok Uban adalah sedarah dengan Dato Perdana Menteri Nik Mahmud juga ....

3) PATI RAHSIA asma 99 Nama Allah dan Teknik-Teknik khusus penggunaannya untuk mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi adalah ilmu yang diwarisi daripada Wali 7 Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Mungkin ini kah ilmu Hang Tuah yang dipelajari daripada Sheikh Thanauddin (Adi Putera) ? Ini kah ilmu Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong?

4) Wonbin ada mewarisi senaskah buku Pati Rahsia tulisan Jawi zaman 1960an pemberian Dato Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud kepada anak cucu...

cmf_WonBin posted at 29-7-2011 01:32
Orang yang ghaib tanpa kubur...... seperti Hang Tuah, Cik Siti Wan Kembang ....

Kota yang ghaib pada mata kasar .....

ilmu mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi .....

Danau Tok Uban .....

carilah sendiri jawapannya ....


cmf_WonBin posted at 4-8-2011 01:02

My Uncle dan Danau Tok Uban

Sekembali daripada Danau Tok Uban, aku terus tanya pasal Silat Gayong. Aku memang tahu Gayong itu asalnya daripada orang Bugis. Dan aku memang tahu keturunan Nik ini campuran Cina, Arab dan Bugis. Tapi aku tak tahu pula bahawa nenek moyang aku Fakeh Ali Malbari merupakan seorang panglima Silat Gayong yang berhijrah ke Kelantan-Patanni daripada Sulawesi. Banyak rahsia yang aku ingin ketahui pasal apa ada di Danau Tok Uban, siapa Wali 7, siapa Wali Songo, kenapa.... kenapa.... apa....

Aku telah diperlihatkan IBU GAYONG.

Ini gerak Lam Alif .....

Ini Alif tegak ...... dapat kat orang Kedah, dia panggil Silat Cekak .... Itu salah satu drpd Gayong.


Dulu semasa kecil aku sudah ditunjukkan bahawa apabila sudah dewasa aku akan menjadi seseorang (sepertimana bapa angkatku seorang ulama tersohor di Kelantan). Teringat aku kisah di mana Tok Kenali pernah meludah ke dalam mulut seorang budak dan budak itu apabila dewasa menjadi seorang ulama. Begitu juga Hang Tuah pernah meludah ke dalam mulut Datok Meor Rahman dan beliau menjadi sehandalnya. Aku hanya ingat bapa angkat ku ini mengusap kepalaku dan mendoakan aku. Dengan doa beliau, pendaratan Jepun di Pantai Sabak dan lain-lain tidak dapat melalui Kampung di mana beliau tinggal kerana api naik menjulang tinggi sepanjang-panjang jalan di kampung itu.

Kata seorang pengamal perubatan yang menengok aku dengan pandangan kasyafnya bahawa aku ada “penjaga”. Aku pernah nampak sewaktu tidur bayangan hitam di hujung kakiku. Kalau bertemu dengan mana-mana pengamal perubatan yang mendapat Ilmu Ghaib, rata-rata mengatakan aku didampingi oleh seseorang berpakaian serba putih yakni rambut, serban dan jubah dan bertongkat. Tok Uban kah itu?

Setelah melibatkan diri dalam bidang perubatan dan berkawan dengan mereka yang mempunyai kepakaran yang berbeza (yang mengubat menggunakan herba, batu dan kayu) kecuali jampi Ruqyah, ada yang mengatakan mereka nampak susuk berpakaian pendekar serba hitam berlilit kepala merah di sampingku dan sentiasa menemani ku ketika mengubati pesakit. Sekiranya aku berniat menyerang balas, maka dia akan bertindak. Aku panggil ia Panglima Hitam, Sang Pendita Adi Putra kah?

Semasa remaja zaman sedang kemaruk bersilat Gayong, pelbagai keajaiban berlaku. Tubuhku kebal dari sebarang pukulan dan penangan tanganku pula cukup berbisa. Guru silatku Cikgu Amin Hamzah pernah menasihati kami berlima semasa itu supaya, “ jangan main-main dengan tangan kamu, ada bisa” selepas upacara pecah genting. Mana tidaknya susunan genting setinggi pinggang aku, aku baru letakkan tapak tangan dengan niat untuk pecahkan kerna aku tahu mungkin hanya satu yang akan pecah tetapi hampir separuh yang pecah dengan hanya letak sahaja. Kepantasan gerak juga luarbiasa, kata orang permainan kaki aku adalah yang terbaik dan terpantas. Di kunci dengan kunci mati ke 21 pun aku tidak merasa apa-apa , hanya tersenyum melihat guru itu (digelanggang lain) . Semasa membuat demonstrasi silat juga, tiada pukulan tangan kosong mahu pun tendangan dapat menyakiti aku. Kalau bermain simbat pula, dalam jarak dekat dapat mengelak dengan begitu pantas. Malah semasa membuat persembahan permainan pisau di hadapan Datuk Meor sendiri dalam keadaan hujan (wakil sekolah), kepantasan aku semasa itu menjadi sebutan kawan-kawan yang melihat .Aku menjadi Juara Negeri Perak Tahun 1983 dalam kategori Pesilat Terbaik dan Pasangan Terbaik N.Perak.

Semasa belajar di ITM Shah Alam di bawah bimbingan cikgu Hamzah Ahmad pula, dalam pertandingan Inter-Varsiti yang sederhana, aku merangkul semua kejuaraan, Pasangan Bersenjata, Bunga Tanjung dan Senaman Anak Harimau. Setiap persembahan aku dinanti-nanti dan terkenal dengan permainan simbat. Satu ketika pasanganku tidak dapat hadir dan aku terdesak berpasangan dengan pesilat dari Kedah dari Gayung Pusaka yang terkenal dengan permainan lasaknya dalam acara pukulan kombat. Di situ pula kelihatan walau digasak bertubi-tubi dengan tendangan ke dada, tumbukan ke dada, siku di rusuk, di humban dan di sepak di belikat, aku tidak merasa apa-apa.

Keadaan luarbiasa ini telah menarik perhatian seorang Guru Silat Gayung Pusaka yang turut belajar di sana dan menyertai gayung ITM Shah Alam. Beliau melatihku secara rahsia dengan buah pukulan sulit,pukulan-pukulan ditempat merbahaya dan pelbagai rahsia permainan guru. Yang lebih luarbiasa bila kaki dan tangan ku bergerak sendiri di luar kawalanku. Bertindak menepis dan menyerang dengan pantas sehingga pihak lawan tidak sempat bertindak. Siapa di sampingku, Laksamana Hang Tuah kah?

Selepas setahun mengamalkan wirid-wirid dan amalan Silat Abjad, aku berguru pula dengan Guru Silat Batin Sunan Kalijaga. Kehebatan Silat Batin ini dapat kita lihat dalam kehebatan Ilmu Arwah Rasyid Maidin. Aku dapat menguasainya dalam tempoh 2 tahun dengan mendapat permainan jurus-jurus maut tanpa di minta dan gerak penamat iaitu “GERAK” yang pernah lahir dari tangan guruku PETIR ke langit. Aku dan guruku ini sama –sama menuntut ilmu Sifat 20 dan Ilmu Hakikat dari guru yang sama di Sungkai dan kami sama-sama juga termasuk dalam 5 orang yang mewarisi ilmu rahsia atau pati rahsia para wali.

Sunan Kalijaga seringkali dilihat datang mengajar pelajar ku di Akademi Gerak Makrifat melalui mimpi :

(i) Pelajar dari Puchong ini memberitahu Sunan mengajarnya di mana kelemahannya dan bagaimana bertindak menggunakan “niat” dalam permainan silat ini.

(ii) Isteri ku di bantu oleh Sunan Kalijaga sendiri yang memberi arahan membunuh Jin yang selama ini mengganggunya, di dalam mimpi.

(iii) Pelajarku yang agak aggresif iaitu yang bekerja secara sambilan mengutip hutang, telah membelasah seseorang yang enggan membayar kembali hutangnya telah di datangi Sunan di dalam mimpinya membelasahnya pula.

Bagaimana pelajarku ini mengetahui yang Sunan Kalijaga sendiri yang datang, mereka tidak tahu tetapi mereka mengatakan orang ini memakai kopiah jawa dan bermisai tebal seperti mana digambar di dalam lukisan Wali Songo.

Dengan Musyidku di Sungkai, aku mewarisi Ilmu Pati Asma AL Husna sepertimana tercatat di dalam Kitab Pati Rahsia karangan Datuk Perdana.

Syed Husin Jamadil Kubra(nenek moyang kesultnan Melayu dan Wali Songo Indonesia) dalam latihan praktikal para ahli hakikat dan makrifat(Wali-Wali Allah – tamat belajar – guna Ilmu untuk kuasai 7 petala langit dan 7 petala bumi dengan kalam Allah atau PatiNya 99 asma Al-Azim) [b]lalu diarahkan oleh ayahandanya mencari lokasi yang dimaksudkan oleh hadis sahih “Bumi Timur Hijjaz” (Hijjaz adalah Tanah Suci Makkah sebelum 1933 – Era Saudi Dapat nama) bertolak ke Asia Tenggara bersama 7 beradik atau disebut Wali 7 dalam sejarah Islam Asia Tenggara, dan mendarat serta membina Masjid Kampung Laut(sekarang di Nilam puri) pada 1350M.

PATI RAHSIA asma 99 Nama Allah dan Teknik-Teknik khusus penggunaannya untuk mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi adalah ilmu yang diwarisi daripada Wali 7 Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Mungkin ini kah ilmu Hang Tuah yang dipelajari daripada Sheikh Thanauddin (Adi Putera) ? Ini kah ilmu Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong?”


Secara tidak aku sedari, aku sememangnya di bukakan rahsia ilmu ini setelah bertemu Malam Lailatul Qadar dan di ijazahkan Rasulullah “Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi” dan “Amalan Para Ariffin”, bukankah ini juga ilmu Datukku Syed Husin Jamadil Kubra dalam latihan praktikal para ahli hakikat dan makrifat, untuk kuasai 7 petala langit dan 7 petala bumi dengan kalam Allah dan PatiNya 99 Asma Al Azim???

Dan Ilmu Kebatinan Lam Alif.............adalah Ibu gayong? Dimana didalam terdapat pukulan maut jarak jauh, Pukulan Kipas Nandung???

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.