AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Monday, August 1, 2011

DI ANTARA FADHILAT & RAHSIA SURAH AL IKHLAS



RAHSIA SURATUL IKHLAS- Rahsia Amalan Di dalam Perguruan Silat
=======================================================

Assalamu’alaikum……

Semua muslim pasti tahu dan hafal akan Surah Al-Ikhlas yang juga digelar Asas Mengenal Zat dan Sifat ALLAH. Nabi bersabda bahawa sesiapa yang mengamalkan Surah Al-Ikhlas setiap Solat, wajib masuk syurga.

Surah Al-Ikhlas juga mempunyai khadam khadam tertentu bagi barang siapa yang ingin mendapatkannya. Namun,perguruan ini tidak sesekali menggunakan khadam samada daripada Malaikat maupun Jin. Jika ada pertolonganpun, ianya semata-mata pertolongan ALLAH SWT berkat membaca dan mengamalkan dengan Istiqomah.

Di-Blog ini, saya hanya akan membuka beberapa RAHSIA didalam amalan Perguruan ini, selebihnya, pembaca boleh dapatkan daripada Kitab dan buku yang terjual di-pasaran. Rahsia ini tidak terdapat didalam mana-mana Kitab ataupun buku, ianya adalah warisan Rahsia turun temurun , justru, sesiapa yang ingin mengamalkan mahupun menggunakannya , boleh-lah tiada halangan.

Seperti nama surah ini, ianya menerangkan sifat Ikhlas hambaNYA memperhambakan diri dengan lurus lagi tawaduq, sila dapatkan tafsir dan huraian melalui kitab dan buku dipasaran, kerana , sekiranya dimasukkan didalam Blog ini, maka akan menjadi teramat panjang.

Permulaan untuk mendapat Ruh atau fadhilat Surah Al-Ikhlas, hendaklah mendirikan Solat Hajat dua rakaat dan seterusnya mula mengamalkan membaca sebanyak 1000X sehari-semalam, sekurang-kurangnya. Afdalnya ialah, hendaklah diwakafkan pada setiap antara ayat ayatnya. Juga perlu tepat sebutan huruf dan mahraj. Ianya boleh sahaja diamalkan mengikut kelapangan tetapi jumlah bacaan mestilah mencukupi 1000X sehari semalam.

Setelah beristiqomah mengamalkan dan melazimkan , maka sekiranya ada rezeki, cepat atau lambat, akan datang suatu berbentuk mimpi tang terang lagi nyata menunjukkan kita didalam suatu keadaan dimana Surah Al-Ikhlas ini akan membantu kita didalam kesusahan. Bagaimana bentuknya, adalah mengikut peribadi kita, boleh jadi kita akan berhadapan dengan suatu makhluq memberi kata-kata nasihat atau cara-cara penggunaan mengikut rezeki masing-masing. Boleh jadi kita berhadapan dengan suatu keadaan Nur yang amat terang , membuatkan hati kalbu tenang dan lazat, maka, itulah petanda bahawa amalan kita sudah berhasil, namun, kita harus terus mengamalkan setiap hari, Cuma bolehlah jumlahnya dikurangkan atau bertambah mengikut kemampuan masing-masing.

Sebagai penambahan, apabila mendirikan Solat, selepas Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Ikhlas jangan ditinggalkan sampai bila-bila. Saya menjamin, sesiapa yang melakukan sedemikian, akan memahami kelebihan dan kelazatannya.

Baik, sesudah mendapat petanda-petanda seperti diatas, maka, segala hajat dan niat nescaya pasti makbul dan mujarab. Ini adalah kegunaan 1001 jenis mengikut keadaan dan ketentuan semasa itu.

KECEMASAN
==========

Di ganggu binatang, jin dan lain-lain kecemasan, buatlah seperti berikut:-

Bismillah……

Allahus-somad……..3X atau 7X atau 13X atau 17X

Allah-humma , Ya robbul ‘alamin
Beri kami pertolonganMU dengan segera

Ya Abdul Somad, bantulah kami dengan Izin Robbul ‘alamin

Dan seterusnya sebutlah YA SOMAD (Wahai Yang Memberi Bantuan-Yakni ALLAH SWT) tanpa henti-henti sehingga lenyap kecemasan tersebut

GERAK SILAT
==========

Basmallah

Surah Al-Ikhlas…………………………………..3X
Salawat………………………………………………3X

Ya ALLAH Ya Robbul ‘alamin

Berikanlah kami gerak silat yang sesuai
Sesungguhnya, Engkaulah yang memberi gerak
Lauhau-lawala-quwwata-illa-billah-hil-‘aliyil-‘azhiim

Sesudah itu, sambil tangan menadah seperti berdoa, sebutlah tanpa henti-henti Ya Somad, maka Insyaallah, kita akan dikurniakan gerak silat tanpa perlu belajar. Amarannya, ialah, janganlah dilakukan seorang diri, mestilah hadir bersama Guru, atau sekurang-kurangnya murid lama yang telah mahir, supaya tiada gangguan.

Pada permulaan permainan, sebuah bilik adalah memadai, tetapi sekiranya gerak semakin garang dan lincah, maka diperlukan sebuah gelanggang kerana apabila semakin serasi, zahir dan batin, gerak-gerak seterusnya adalah semakin pantas, keras, langkah semakin mantap dan laju, kekadang berlaku lompatan-lompatan tinggi mencecah melebihi 6 kaki, gerakan semakin galak mengikut keserasian dan kesesuaian murid.

Acapkali, ada murid mendapat permainan seperti Silat Harimau Berantai, dimana permainannya agak ganas, suara kasar dan dalam, banyak permainan bawah dan atas tanah, seperti-mana kelakuan seekor harimau, tetapi jangan pandang rendah, selalu juga daripada kedudukan tanah berlaku lompatan melepasi kepala kita. Ada juga murid mendapat habuan permainan gerak Tok Janggut, Panglima Hitam (Gerak seperti seakan Gayung bercampur Sunda), ada juga mendapat permainan gerak Si-Pitung yang ganas dan amat tangkas. Selalunya, apabila semua sudah mahir lagi serasi, permainan beregulah yang paling amat menyeronokkan. Bayangkanlah, Harimau Berantai berentap dengan Panglima Hitam, huru-hara gelanggang dibuatnya, tak cukup tanah dibuatnya. Berlaku lompat melompat, terbang menyerang, tempis sepak terajang, riuh rendah gelanggang dan mengujakan sesiapa yang menonton.

Keadaan menjadi lagi gamat dan berdebar apabila budak-budak BSS, Nazrul Haq, Wali Suci malah Gerak Murni tumpang menjurus batin. Memang mengasyikkan, melambung-lambung seperti membuang daun kering.

Setelah puas berlatih permainan, murid-murid akan Mengucap Dua Kalimah Syahadah dan Berselawat dan beristifar banyak-banyak supaya keadaan reda dan kembali tenang. Ada juga murid terlalu khusuq susah hendak berhenti, maka Guru atau murid lama akan membantu mentenangkan dan meredakan semangat Gerak. Wallahualam

JURUS GAYUNG KEBATINAN
========================

Qol-huwallah-hu-Ahad…………………………………Allah-hu-Ahad (Nafas)

Allah Huakbar…………..sambil menghembuskan nafas dengan deras dan kuat, tangan
menjurus berbentuk seperti menolak serta kedua belah tangan kembang kearah musuh. Maka , musuh akan melambung kebelakang seperti ditolak sesuatu. Rahsia pukulan jurus ini adalah terhadap sifat ALLAH Ahad (MahaTunggal lagi Maha Esa) yang memerlukan ilmu hakikat dan makrifat. Jurus-jurus ini mempunyai rahsia-rahsia Ilmu Nafas dan tidak boleh dibuat main-main, kerana kesannya besar dan berbahaya kepada mereka yang bukan ahlinya.

Amalan untuk mendapat jurus ini agak sukar dan rumit, pertamanya murid akan diperkenalkan Ilmu Hakikat dan seterusnya Ilmu Makrifat, tanpa kedua-dua Ilmu ini, maka sia-sialah. Pukulan Jurus ini memerlukan latihan nafas berterusan dan bersungguh-sungguh, namun kesannya hebat dan mengasyikkan

JURUS HALAU GANGGUAN JIN SYAITAN
==============================

Sambil kedua belah tapak tangan menutup pusat, maka bacaan ini perlu dibacakan dengan suara keras dan mantap keyakinan Zahir Batin, fikiran dan hati tertumpu kepada nama dan sifat Al-Ahad

Basmallah

WALAM YAQUL-LAHU-KUFUWAN-AHAD
Lahaulawala-quwwata-illa-billah-hil-‘aliyil-a’zhiim

Ya-Haq, Ya Haq ,Ya Haq ,Allah Hu-akbar

Semasa perbuatan ini, makrifatkan pagar pendinding terdiri daripada Besi Waja enam penjuru disekeliling kita, rumah atau gelanggang atau apa sahaja sekuat seluas mana makrifat meliputi diri sendiri atau rumah atau gelanggang mahupun sekampung. Disini, kekuatan makrifat memainkan peranan utama selain Hakikat Nama dan Sifat ALLAH diatas

Wallahualam


*** Untuk makluman, amalan di atas bukan dari Akademi Gerak Makrifat, kerana saya sesekali tidak akan memecahkan rahsia amalan secara terbuka. Ini adalah sebahagian daripada kehebatan ILMU ALLAH yang terdapat di dalam sebuah perguruan silat melayu. Yang ingin saya tonjolkan adalah fadhilat Surah AL Ikhlas itu sendiri. Namun kaedahnya tak jauh berbeza cuma pastikan kamu mengambil ijazah yang bersanad kepada Rasulullah dari guru-guru bertauliah.

2 comments:

  1. Ass.. Qobiltu tuan Haji mhon ijin ntuk mengamalkan...

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam. Ilmu dari tulisan hanya untuk kefahaman sahaja, mahu mengamalkannya kena mengadap saya beradab dan mengambil ijazah dan baiah dahulu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.