AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)
AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT
ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH
ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)
ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH
ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)
Saturday, August 13, 2011
ADDURUN NAFIS - Wahdatul AF'AL.....
Salam para pembaca yang budiman,
Kitab DURUN NAFIS sememangnya menjadi kitab rujukan utama dimana mana sekolah pondok pada zaman dahulu...
Baru baru ini ketika memeriksa nota nota lama saya temui satu artikel yang menarik..tetapi saya terlupa siapa pengarangnya..( tidak dicatatkan dlm nota ) Mohon ampun kpd penulis asal kerana meminjam artikel ini utk bacaan sdra sekalian. Selamat membaca.....oa.
.........................................................................
Petikan dari Kitab Durun Nafis
Alhamdulillah berkesempatan aku terjemahkan ke tulisan rumi petikan dari kitab Durun Nafis pada bab membicarakan Wahdatul Af'al atau Tauhid Af'al semoga menjadi menafaat buat kita semua . Insyaallah. Tulisan bold di bawah adalah teks asal sperti dalam kitab yg di scan manakala tulisan normal selepasnya adalah penjelasan-penjelasan agar lebih mudah faham bagi mereka yang kurang mahir dengan lengguk bahasa melayu lama. Aku akan cuba menterjemahkan lagi beberapa bab yang penting seperti bab Wahdatul Zat, Wahdatul Sifat dan Wahdatul Asma' insyaallah .
(Bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif dalam dunia ini hanyasanya baharu setengah daripada barang yang disediakan oleh Allah Ta'ala kepada mereka itu di dalam akhirat kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Terbukanya hijab oleh Allah Ta'ala ke atas hati orang-orang arifin billah di dunia ini lagi sebelum mati adalah sebagai satu tanda Allah Ta'ala memuliakan mereka di dunia lagi dan ianya hanyalah sebahagian/sedikit dari kurniaan yang Allah Ta'ala akan berikan di alam akhirat untuk menunjukki betapa besar anugerahNYA keatas mereka itu. Maksud terbuka hijab di sini adalah pembukaan hijab yang 'Hak' bukannya pembukaan hijab yang disandarkan kepada keupayaan jin (kasyaf jin) atau makhluk (iblis & syaitan) selain Allah Ta'ala m seumpama melihat alam-alam ghaib oleh bomoh yang bathil. Keupayaan dan pemberian yang bathil ini dikenali sebagai istidraj yang mana ianya bukan anugerah Allah Ta'ala ke atas Aulia'-Aulia'NYA tetapi pemberian yang menjauhkan diri dari Jalan Kebenaran. Amat Jauh Berbeza sekali berbanding dengan anugerah Allah Ta'ala ke atas para-para Ariffin billah dan Aulia'-Aulia'NYA. Dengan panduan guru mursyid sesorang murid salikin akan dipimpin dan memahami antara Kasyaf Hak dan Kasyaf Bathil)
Wallahu A'lam . Intaha.
(Hai saudaraku takut oleh mu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang Wahdatul Af'al yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang keelokkan yang wajibal wujud . Dan takut oleh mu daripada bahawa bangsakan pada mengadakan satu perbuatan ada ia.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Takutilah / risaulah/waspadalah wahai pembaca sekelian . Apabila kamu lupa memandang segala perbuatan diri mu ini pada hakikatnya terbit daripada perbuatan Allah Ta'ala yang menyampaikan kepada memandang /syuhud akan zat Allah Ta'ala yang wajib ujudNYA, sebenarnya adalah lupamu itu semata-mata kerana memandang segala perbuatanmu itu adalah terbit dari perbuatan dirimu sendiri
Apabila Allah Ta'ala belum menghendaki terbuka hijab kamu memandang akan Af'al NYA kamu terus dilupakan dan dilalaikan memandangnya. Walau pun kamu berusaha untuk mengingatnya , tetapi apabila Allah Ta'ala menghendaki terbukanya hijab itu IA akan mempermudahkan jalan bagimu . Carilah Wasilah atau Jalan Tawasul melalui keberkatan yang Allah Ta'ala limpahkan ke atas guru yang memimpin rohanimu itu. Barakallahu fikum .
(tanbih ya ikhwani) ertinya ini suatu perkataan yang menjaga hai segala saudaraku. (Bermula hasil kata Syeikh Wahhab Sha'rani Qaddasallahu Sirrihi (Semoga Allah mensucikan Ruh/Sirr nya) syarahnya di dalam kitab Al Jauhar Wad Durur ia menukil daripada perkataan Syeikh Muhyiddin Ibn Arabi radiallahu anhu. Bermula segala akuan ini sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang hak Allah Ta'ala padahal Hak Allah Ta'ala jua yang berbuat ia di sebalik hijab akuan ini tetapi diri akuan ini tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah Ta'ala. Dan adalah misalnya seperti bayang-bayang kayu di dalam air itu tiada ia menegahi lalu perahu hanya sanya yang mendidingi itu pada sangkaan kita kepadanya jua. )
Terjemahan dan Penjelasan:
Keakuanmu itu adalah memandang ujud perbuatan diri mu dan itu adalah dinding yang menghijab kamu daripada memandang perbuatan Hak Allah Ta'ala pada hakikatnya Hak Allah Ta'ala yang memperbuatkan segala sesuatu di sebalik hijab keakuanmu itu . Keakuanmu itu tidak mendindingimu daripada memandang perbuatan Hak Allah Ta'ala namun kamu masih terdinding.
Pengarang kitab ini memberi misal perumpamaan seperti 'bayang-bayang kayu' di dalam air yang dilihat seolah-olah menghalang laluan perahu/sampan di atas air padahal ianya cuma pada sangkaanmu jua. Apabila kamu melalui laluan itu ternyata bayang-banyang kayu itu tidak mengahalangi perjalanan perahu tersebut.
Adakah bayang-bayang yang menghalang ini benar-benar wujud dan menghalang perjalanan dan mujahaddah rohani mu??
AWAS !!!
Halangan di bawah ini adalah realiti bukan bayangan . Apakah kamu dapat membezakannya ???
(Dan pandang kita kepadaNYA jua dan barangsiapa yang terbuka daripadanya hijab itu nescaya dilihatnya segala yang memperbuatkan perbuatan itu Allah Ta'ala sendirinya dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu terdindinglah ia dengan akuan ini daripada memandang fa'il yang hakiki yakni yang berbuat yang sebenar iaitu Allah Ta'ala.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Maka hendaklah kamu memandang akan segala perbuatan Allah Ta'ala yang terbit pada dirimu dan pada sekelian alam yang kabir (besar) . Barangsiapa yang dibukakan Allah Ta'ala akan hijabnya ini maka nescaya dapat melihat akan segala perbuatan itu terbitnya daripada perbuatan Allah Ta'ala semata-mata, yakni DIA yang memperbuatkan akan segala perbuatan pada hakikatnya.
Dan sampailah kamu kepada makam mentauhidkan Af'al Allah subhanahu Wa Ta 'ala. Tempuh rasa di tahap ini mungkin sekejap dan mungkin lama berbeza-beza ia sekadar mana yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Fana di dalam Af'al Allah Ta'ala ini merupakan suatu intipati ibadah yang sangat tinggi di sisi Allah Ta'ala sebagaimana diriwayatkan di dalam beberapa hadis di mana barangsiapa yang berfikir/fana sesaat adalah lebih baik daripada 70 tahun , 100 tahun dan juga menyebut 1000 tahun ibadah sunat. Semuanya bergantung kepada tahap2 fana seseorang itu.
Sebaliknya barangsiapa yang tidak dibukakan hijabnya maka terdindinglah ia daripada penglihatan tersebut kerana masih memandang wujud dirinya dan hasil perbuatan dirinya sendiri. Dan terdindinglah ia daripada melihat hakikat segala perbuatan itu daripada perbuatan Allah Ta'ala.
(Maka tiap-tiap mazhab kaum pada perbuatan hamba itu adalah 4 mazhab.)
Fahaman atas perbuatan hamba itu terbahagi kepada 4 Mazhab.
(Pertama kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan bahawasanya Allah Ta'ala yang berbuat akan segala perbuatannya itu dan hanya diiktikadkannya oleh mereka itu bahawasanya yang berbuat segala perbuatan yang baharu itu hamba jua dan adalah qudrat hamba jua dan adalah qudrat hamba yang baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu itu maka itu mazhab muktazilah yang bid'ah lagi fasik.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Mazhab yang pertama dalam memahami perbuatan hamba ialah Mazhab Muktazilah yang bid'ah lagi fasik. Kaum ini tidak berpegang kepada bahawasanya Allah Ta'ala yang melakukan dan menzahirkan segala perbuatan tetapi beriktikad bahawa segala perbuatan itu adalah terhasil daripada qudrat hamba yang baharu lagi memberi bekas. tanpa perganmtungan kepada Allah Ta'ala. Contohnya , seseorang telah berusaha dalam mencari rezeki dan memperolehi kekayaan yang banyak. Atas fahaman Muktazilah ialah kekayaan yang diperolehi itu adalah hasil bekas daripada usaha seseorang itu bukannya daripada Allah Ta'ala. Fahaman ini seolah-olah hamba sudah putus dan tidak ada pergantungan kepada Allah Ta'ala hanya bergantung kepada hasil usahanya sendiri.
(Kedua mazhab jabariah, iaitu kaum yang mengetahui mereka itu dan memandang mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah Ta'ala sendirinya dan keraslah atas mereka itu memandang akan segala perbuatan itu daripada Allah Ta'ala sendirinya dan tiada sampai mereka itu kepada yang menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba kerana kurang daripada mereka itu darjat kamal maka tersalahlah mereka daripada jalan syariaat dengan sebab tiada menyandar kan segala perbuatan hamba itu kepada mereka itu maka iaitu iktikad zindik.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Mazhab yang pertama dalam memahami perbuatan hamba ialah mazhab Jabariah iaitu iktikad yang zindik. Kaum Jabariah berpegang dengan iktikad bahawa tiap-tiap saegala perbutaan itu terbit dari Allah Ta'ala samaada baik atau jahat sedangkan hamba itu ibarat debu ditiup angin tidak mempunyai usaha dan ikhtiar. Maka menyandarkan segala perbuatan maksiaat mereka juga kepada Allah Ta'ala kerana sifat darjat mereka yang rendah dan banayak menyalahi hukum-hukum syariat.
Fahaman ini seolah-olah menyalahkan segala perbuatan maksiaat yang dilakukan oleh mereka kepada Allah Ta'ala tiada bagi mereka usha dan ikhtiar untuk menjauhi perbuatan maksiaat tersebut. Itulah sebabnya Iktikad Jabariah ini dihukumkan iktikad yang zindik.
(Ketiga kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan sekeliiannya daripada Allah Ta'ala tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan keduanya itulah hamba memperbuatkan segala perbuatannya dan keduanya tempat taaluk hukum syarak tetapi keduanya itu tidak sekali-kali memberi bekaspada perbuatan yang baharu hanya memberi bekas itu Allah Ta'ala sendirinya jua. Maka iaitu iktikad Asya'ariah iktikad yang ma'abud yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat. Tetapi tiada sampai mereka itu kepada martabat kkasyaf kerana terdinding mereka itu dengan sebab makna usaha danikhtiar daripada hamba jua tiada dipandang akan segala pebuatan itu daripada Allah Ta'ala sendirinya. Maka tiap-tiap daripada thoifah yang 3 ini atas penglihatnya itu. (Ghusyawat) yakni dinding yang menuntut daripada sampai penglihat mereka itu daripada memandang wahdatul Af'al . Selama-lamanya mereka itu dalam dinding yang tertutup tiada sampai kepada makam kasyaf dan musyahadah dan mukhafafah.)
(Keempat mzhab Ahlul Kasyaf, yakni orang yang terbuka pada mereka itu dinding iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan daripada Allah Ta'ala dan kesandarannya itu daripada hamba misalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah yang menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Dan adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan dan yang memperbuat itu orang yang meyurat jua. Wallahu A'lam. Yakni segala yang berlaku di dalam segala alam ini Allah Ta'ala jua yang menjadikan ia.) Intaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
t.kasih tn guru,datok pendita
ReplyDelete