Assalamualaikum wbt……….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah, sudah lama saya tidak mencatatkan pengalaman-pengalaman merawat ni, bukan kerana tidak merawat lagi malah saya rasa kaedah dan cara yang mudah dengan Ilmu Anugerah Allah Azzawajalla ini tidak begitu menarik untuk dipaparkan malah mungkin ada yang menganggap ianya hanyalah satu omongan sahaja, ya maklum lah zaman sekarang ni zaman atheis, susah mahu cari orang yang benar-benar mengenal Tuhan masakini.
Namun kerana ada permintaan dari pelajar-pelajar saya, maka saya catatkan semula pengalaman-pengalaman ini buat panduan pelajar-pelajar saya khususnya dan pembaca amnya.
Saya mulakan dengan pengalaman merawat seorang wanita yang tiba-tiba muncul di rumah saya bersama suaminya. 8 Jun 2011, saya di hubungi oleh suami wanita ini pada waktu petang semasa beliau berada di rumah seorang tukang urut di kawasan saya. Kata si tukang urut, sakit wanita ada kena mengena dengan gangguan jin, jadi dia cadangkan agar bawa berjumpa saya.
Dalam jam 9 malam mereka tiba dan kelihatannya siisteri sedang di papah oleh sang suami. Kelihatan si isteri begitu lemah dan tidak bertenaga, lalu saya arahkan masuk terus ke bilik rawatan. Dengan sedikit penerangan dari si suami, saya sudah dapat gambaran bahawa sanya memang wanita ini di ganggu jin di dalam badannya.
Sepertimana biasa pesakit baring dan saya akan berada di hujung kepala . Dengan di mulai dengan Ta`awuz, Bismillah dan dengan mengucap 2 Kalimah Syahadah (Ilmu Syahadah Tokku Paloh), saya mulakan dengan meletakkan tapak tangan kanan ke kepala pesakit , berdoa akan hajat untuk kesembuhan si pesakit dan berzikir menyebut nama-Nya .
Selepas 10 minit tiba-tiba wanita itu bangun dan mahu lari. Tenaganya cukup kuat, MasyaAllah belum pernah lagi pesakit di rasuk jin begitu bertenaga bila berhadapan dengan saya. Dengan kekuatan 2 lelaki, suami si sakit memegang tangan kanannya dan saya memegang tangan kirinya, memijak belakang lutut kirinya untuk menjatuhkan pesakit dan terus membuat kuncian tangan. Saya meneruskan meletakkan tapak tangan kanan saya di kepala pesakit sementara si suami saya dengar bercakap dengan ilmu dialog dengan jin.
Sebenarnya saya tak pernah berdialog dengan jin apatah lagi mahu melayan karenah dan permintaan jin-jin ini. Kita ni sudah di lantik Tuhan sebagai Khalifah di atas mukabumi, makanya jin-jin akan tunduk dengan kelebihan yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Saya membiarkan sahaja si suami melayan jin itu dengan ilmu dialognya. Apa yang saya dengar dari percakapan jin itu melalui mulut pesakit adalah, “kau ingat kau dapat buang aku? Dah lama aku duduk dalam badan dia ni.” Saya hanya tersenyum ”berapa lama kau nak berlakon” kata hatiku.
Banyak lagi percakapan jin dengan suami pesakit namun tidak saya pedulikan. Tiba-tiba jin itu menjerit, “aku keluar, aku keluar.”
“Keluar lah” kataku,
“Aku tak nampak jalan, tolong tunjuk jalan keluar.”Kata jin itu.
“Hai, pandai masuk pandai lah keluar”, kataku lagi.
“Aku tak nampak jalan, tolong tunjuk jalan keluar, aku nak keluar ni.” Kata jin itu merayu-rayu.
Sebenarnya aku terlebih dahulu menutup jalan keluar agar bila jin-jin ni dah kepanasan dan hampir terbakar dengan pancaran gelombang Nur Syifa dari tapak tangan ku , mereka akan mula bercakap dan samada memberitahu siapa punya angkara yang menghantar sihir ini atau menyerah sahaja.
“Ustaz tolong tunjuk jalan keluar”, kata suami si pesakit.
Aku memohon pada Allah agar jalan keluar di buka kembali dan mohon di tunjukkan jalan mana harus jin itu ikuti untuk keluar dari badan si pesakit. Dari gerak tanganku, jalan keluar yang di tunjukkan adalah melalui ubun-ubun pesakit.
“Ok, keluar melalui ubun-ubun.” Kataku.
Seketika kemudian pesakit nampak mulai sedar dan aku menyuruh suaminya mengajar isterinya mengucap 2 kalimah syahadah. Alhamdulillah, pesakit dah betul-betul sedar. Aku selimutkan pesakit dan halakan kipas kepadanya dan biarkan dia berehat seketika. Aku sediakan air kosong dan doakan semuga dapat memberi tenaga kepada pesakit.
Aku mula berbual dengan suami pesakit sementara menunggu isterinya pulih dan bertenaga semula. Si suami memberitau bahawa beliau sudah pun pergi ke Darul S**** yang terletak di Bangi namun tiada apa-apa kesan pada Jin saka isterinya. Dia bercerita lagi bahawa dia adalah bekas pelajar Pondok Nik Aziz di Pulau Melaka, Kelantan dan meneruskan pengajian di Jordan dalam bidang Syariah. Katanya lagi, dia tak pernah belajar cara merawat walaupun belajar agama.
Aku tahu suami pesakit ni berselindung kerana dialog yang diucapkan olehnya semasa aku merawati isterinya biasa aku dengar dan bunyinya amat lancar sekali seolah-olah dialog itu sudah cair di mulutnya. Firasat ku mengatakan beliau sedar bahawa kaedah ruqyah dan ayat-ayat syifa tak mampu menghalau jin-jin di dalam tubuh isterinya dan mengambil langkah terdesak dengan berjumpa denganku, kaedah sufi atau kaedah para wali yang mungkin dapat menyembuhkan isterinya.
Tindakannya memang tepat sekali dan isterinya pulih serta merta tanpa ada gangguan lagi dari jin-jin itu kerna jin sakanya sudah aku kurung di suatu tempat. Cuma katanya telinga isterinya masih terasa berdengung bila membaca al Quran. Aku menyarankan agar di buat rawatan ulangan untuk menghapuskan kesan dan saki baki kotoran jin-jin itu tetapi sehingga kini tiada khabar berita lagi.
Sudah banyak kali aku mendapat rungutan dari pesakitku bahawa kaedah ruqyah ini tidak memberi apa-apa kesan , namun hanya yang mengalami nya sahaja lah yang mengetahui. Bagi yang baru terkena penyakit ni memang tempat-tempat rawatan kaedah ruqyah inilah yang menjadi tumpuan kerana perawatnya atau gurunya tersohor di mukabumi, malangnya langsung tidak di kenali di alam ghaib apatah lagi di langit.
Ilmu ruqyah ini adalah dalam kategori Ilmu Kalam, iaitu ilmu asas perubatan Islam. Maksud asas adalah ilmu tahap sekolah rendah. Makanya ilmu ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, baik kafir, kufur, munafik, fasik dan muslim yang mukmin. Sesiapa sahaja boleh menghafalnya terutama orang-orang Arab yang mana bahasa al Quran ini adalah bahasa mereka namun natijahnya hanya boleh di lihat pada hati yang benar-benar bertaqwa dan ikhlas. Kaedah rawatan ini boleh di pelajari di mana sahaja, kursus secara terbuka atau tertutup seperti di mana-mana Darul Ruqyah dan boleh juga di pelajari dari buku-buku yang di terbitkan oleh perawat berkenaan.
Kiasnya atau ibaratnya adalah sesebuah pertubuhan silat yang ingin mengembangkan keahliannya dan membuat persembahan atau demonstrasi untuk menunjukkan kehebatan buah-buah jurus dan pukulannya. Yang membuat demonstrasi itu adalah budak-budak baru belajar dan buah-buah jurus yang di pertontonkan adalah buah pukulan di tahap rendah sahaja yakni bukan buah jurus tahap guru. Jika sekiranya ada penonton yang ingin mencabar, “Mahaguru” hanya menyerahkan kepada guru-guru muda sahaja kerana guru-guru tua ibarat padi, makin berisi makin tunduk.
Kita lihat di kaca-kaca TV, bertaburan ustaz-ustaz pelbagai kelulusan berlumba-lumba untuk muncul di kaca TV bagi memperagakan diri mereka yang Maha Hebat. Baik kehebatan suara yang merdu mahu pun kehebatan berpidato, malangnya di dadanya kosong. Sifat-sifat mazmumah penuh bersarang di hati, penuh dengan perasaan ujub, riak, takabur, sombong dan bongkak. Bukankah resmi padi semakin berisi semakin tunduk ?
Ibarat budak-budak baru belajar silat, asyik nak bergaduh kerana nak menunjukkan diri yang Maha Hebat. Tong kosong memang lah kuat bunyinya bila di ketuk, cuba ketuk tong yang padat dan penuh isi, takde bunyi beb.
Bila saya melihat aksi-aksi perawat ruqyah di kaca TV membaca ruqyah dengan kuat dan mengambil masa berjam-jam, saya ketawa gelihati. Mungkin jin dan syaitan itu juga bergolek-golek ketawa dapat mempermainkan perawat-perawat ni. Saya ibaratkan jin-jin ni sebagai penyangak la di alam nyata ni, bila nampak je penyangak ni kita pun baca Akta Jenayah, “Bahawa kamu di bawah seksyen sekian telah melakukan kesalahan sekian….” Bergolek-golek penyangak tu ketawa, kemudian buat-buat sakit meraung-raung dan memaki-maki pembaca Akta Jenayah tadi. Kalau ada akal, panggil lah pihak berkuasa dan pihak berkuasa akan menghantar tenteranya dari Polis Di Raja Malaysia untuk menangkap penyangak-penyangak ini dengan memasukkan ke dalam jel.
Begitu lah sepatutnya yang patut di lakukan oleh perawat Islam. Ayat-ayat Quran cuma sebagai panduan dan pembimbing hidup kita sebagai seorang Islam. Segala ilmu dan peraturan hidup ada di nyatakan baik secara bersurat atau pun secara tersirat. Namun yang hanya ber”akal” sahaja dapat memahami apa yang mahu di sampaikan oleh Allah dan Rasul Nya melalui ayat-ayat al Quran itu. Isi nya bukan terletak pada 6,666 ayat itu tetapi di dalam 6,666 ayat tu banyak lagi yang tersirat yang Allah SAW mahu kita mencarinya. Yakni dengan akal yang di limpahi Nur Ilahi, bukan dengan kepala hotak yang juga ada pada binatang.
Mahu mencarinya kena lah ada guru mursyid, bukan “bullshit” mengikut istilah seorang tuan guru yang baru sahaja pergi meninggalkan kita pada 1 Rejab yang lalu. Mursyid yang telah mengenal Tuhan nya (maqam IHSAN) , baharu lah kita dapat di bimbing untuk turut mengenal-Nya juga. Mursyid yang lengkap ilmu fardhu ainnya iaitu Ilmu Tauhid (Iman), Ilmu Feqah (Islam) dan Ilmu Tasauf(Ihsan).
Malangnya kita di zaman ini agak sukar lagi untuk mencari guru-guru mursyid ini, kalau ada pun tidak di hiraukan orang lagi kerna manusia kini sudah buta dan tuli seperti kata Allah. Hadis akhir zaman, “ ulamanya fasik-fasik, ahli ibadahnya jahil-jahil”. “Ulama”nya hanya mahir satu bidang ilmu fardhu ain sahaja dan mendalami pulak bidang fardhu kifayah tanpa melengkapkan ketiga-tiga cabang ilmu fardhu ain tadi. Ini yang di katakan fasik kerana berkekalan di dalam dosa, “haram” hukumnya mempelajari bidang ilmu fardhu kifayah sebelum melengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain. Contoh : tuan guru anda hanya mahir satu bidang syariah sahaja bahkan Phd lagi yang anda bangga-banggakan dan seorang al hafiz. Iktiqadnya hancur dan akhlaknya rosak .
Apatah lagi kalau beliau menolak pengajaran Sifat 20 yang di susun oleh Abu Hassan Asyaari yang merupakan cucu kepada Abu Musa Asyaari , sahabat Rasulullah yang baginda isyaratkan akan memperbaiki aqidah umat Islam selepas 300 tahun sebaik-baik kurun itu. Pelajaran ini amat perlu untuk memperkukuhkan ucapan 2 kalimah syahadah kita, agar jazam dan tahkik. Rujuk Kitab Usul Tahkik karangan ulama Patani. Begitu juga penolakan Ilmu Martabat 7 juga menunjukkan bahawa tuan guru ini amat jahil dalam mengenal Tuhannya. Kalau Tuhan Yang Di Sembah pun tak kenal, Tuhan mana yang beliau ajar anak-anak muridnya untuk di sembah?
Kata Rasulullah, “lari lah kamu dari ulama suk sepertimana kamu nampak singa yang ganas”. Mereka ini akan di campakkan oleh Allah 500 tahun terlebih dahulu dari penyembah berhala. Kalau tuan guru anda tiada cahaya di hatinya….maka gelaplah. Macamana beliau membimbing anda tanpa cahaya? Tanpa ilmu bersanad kepada Rasulullah malah mengambilnya dari Wahabi Syeikh Abdul Wahid Salam Bali. Ibarat rumah anda yang tidak di sambung oleh TNB wayar elektrik untuk mengalirkan arus yang akan menerangkan rumah anda.
Anda mahu lihat kehebatan ILMU ALLAH, saya akan buktikan. Hanya duduk berhadapan sahaja syaitan sudah menggigil ketakutan dan bila di alirkan arus ilahiyah melalui tapak tangan saya ke ubun-ubun pesakit, tak sampai 10 minit syaitan itu akan merintih kesakitan dan tak sampai 10 minit juga syaitan itu akan keluar tanpa anda berkata apa-apa.
Kita lihat sapa yang tergolek ketawa ………syaitan atau anda????????
bolehkah anda memberitahu saya tentang tareqat
ReplyDeletetareqat hanya jalan penyucian hati
ReplyDeleteapakah zikir atau wirid terbaik
ReplyDeletewirid selepas Solat
ReplyDeleteassalamualaikum.. tuan, bolehkah sya mempelajarinya? amalannya doa rukyah atau zikirullah?
ReplyDelete