AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Friday, August 26, 2011

SEJARAH 900 TAHUN AHLUL-BAIT KELANTAN.

KRONOLOGI 900 TAHUN SEJARAH PENTING RAJA-RAJA MELAYU DARI DARAH KETURUNAN BANI HASYIM (MOYANG MQTK )MAJAPAHIT II(NAMA NEGERI BAGI JAJAHAN KELANTAN HINGGA ABAD KE 15M/700 HIJRAH)



Fakta Sejarah Dunia :
(Sejarah Penuh Abad Ke 6 - 10M/650-1000M/100-400H – Sila rujuk Archive MQTK).
MQTK ABAD KE-12

BAPA PENGASAS RAJA-RAJA MELAYU - KETUA WALI 7 DARI DELHI INDIA.

500 Hijrah(950M) formula B3 (BERILMU-BERAMAL-BERAKHLAK - dijadikan Motto Sekolah Menengah Teknik Tertua Malaysia - Kuantan) dicipta oleh Imam Al-Ghazali r.a, melalui kitab masyhurnya Minhajul Abidin/Jalan Mukmin atau Jalan Ahli Syurga (seorang ulama masyhur dunia Islamdi Thos Iran) dalam usahanya untuk menggabungkan 2 ulama yang berbalah iaitu ulama tasauf dan ulama fekah. Maka terkaranglah Bidayatul Hidayah dan Minhajul Abidin menghuraikan dengan terperinci teknik-teknik segala ilmu ahli syurga tanpa hisab atau para Wali-Wali Allah itu dengan cukup sempurna.

1250M apabila tentera moggol diketuai Hulagu Khan menyerang dan membakar Baghdad, lebih 300 kitab karangan Imam Al-Ghazali turut lenyap, kecuali hanya 30 karya yang sempat diselamatkan dari khutub khanah Baghdad itu. Empayar Islam Umayyah dan simpanan baitul Mal paling kaya waktu itu, yang dikumpul selama lebih 500 tahun ranap/hangus dari bumi. Isla kebali mundur/menderita/diperhamba.

1260M Bani Hasyim (nenek moyang) diketuai Maulana Syeikh Sayyid Abdul Jalal atau Syeikh Jalaludin Al-Kubra(dicatat dalam sejarah Delhi) yang terselamat dan sempat membawa sebahagian kitab-kitab karya agung itu berpindah ke Delhi dan disambut oleh Sultan Muhamad Tughlug serta dilantik selaku wazir/menteri kesultanan Delhi dan kitab Minhajul Abidin, Al-Hikam, Hadis Sahih Muslim dan sebgainya diterima dijadikan silibus wajib kerajaan Islam Delhi waktu itu. Syed Husin Jamadil Kubra(nenek moyang kesultnan Melayu dan Wali Songo Indonesia) dalam latihan praktikal para ahli hakikat dan makrifat(Wali-Wali Allah – tamat belajar – guna Ilmu untuk kuasai 7 petala langit dan 7 petala bumi dengan kalam Allah atau PatiNya 99 asma Al-Azim) lalu diarahkan oleh ayahandanya mencari lokasi yang dimaksudkan oleh hadis sahih “Bumi Timur Hijjaz” (Hijjaz adalah Tanah Suci Makkah sebelum 1933 – Ara Saudi Dapat nama) bertolak ke Asia Tenggara berasama 7 beradik atau diebut Wali 7 dalam sejarah Islam Asia Tenggara, dan mendarat serta mebina Masjid Kampung Laut(sekarang di Nilam puri) pada 1350M.
_______________________________________________________________________________
MQTK ABAD KE-13

KENAPA HM CIK SITI WAN KEMBANG HEBAT..??


1317m, HM Cik Siti Wan Kembang diarah oleh ayahanda nya KDYMM Raja Sang Tawal, menyerbu kota pertahanan empayar Buddha Sukhothai. King Rama Khamkheng akhirnya dipenggal oleh Cik Siti Wan Kembang dan kepalanya di bawa balik ke Istana Majapahi II Mahligai(Kelantan). Siam bersumpah akan terus berperang dengan Melayu sampai kiamat. Siri perang panjang saling serang menyerang berlangsung selama lebih 600 ribu dan kerugian satu wilayah Pattani(RM Gazilion) serta mengorbankan lebih suku juta rakyat Majapahit II selama tempoh itu.

751H/1350M –Bapa sekalian Raja-Raja Melayu atau dikenali dalam pengajian sejarah Islam Asia tenggara sebagai Ketua Wali 7, Syed Hussin Jamadil Kubra dari Kesultanan Delhi , sebelum karam perahu dan terlantar di Kg. Laut dan mendirikan masjid, di era Cik Siti Wan Kembang dan seterusnya ke Bukit Panau, mereka terlebih dahulu meninggalkan adiknya yang ke-4 bernama Sayyid Zaidnuddin Al-Khatib di Samudera Pasai yang diperintah oleh Sultan Zainal Abidin(1350-1394M). Beliaulah Tuan Jana Khatib yang masyhur dalam sejarah Temasik dilanggar Todak itu.



Selama 8 bulan Syed Husin Jamadil Kubra di Kelantan, HM Cik siti Wan Kembang memberi gelaran “Sayyid Ratna Wangsa” (bermaksud Pendeta parnen atau bertaraf ahli laduni/ahli hakikat) dan dikahwinkan dengan adindanya yang juga adinda satu ayah kepada Raja Pattani(Raja Bharubhasa) bernama Puteri Linang Cahaya. Dari sinilah lahir pula semua Sultan Melayu dan juga panglima2 manyshur seperti Patih Aria Gajah Mada dan sebagainya dalam usaha dakwah Bani Hasyim ini di asia tenggara abad ke 14.

1347-1368M Ibnu Batutah yang sezaman dengan Syed Husin Jaamdil Kubra serta Cik Siti Wan Kembang melawat Kilo Krai(Kuala Krai now ulu kelantan) dan mengesahkan Bidaytul Hidayah telah dipelajari/telah sampai ke Istana Majapahit II(Kelantan) pada era tersebut.

KENAPA TEMASIK/SINGAPURA & MEALA TIADA KUASA SULTAN ISLAM..??

Tuan Jana Khatib akhirnya ke Temasik dan di situlah baginda terserempak dengan Tuan Puteri , lalu menunjukkan kehebatanya membelah dua pokok Pinang dengan hanya tenungan mata. Raja Singapura, Paduka Seri Maharaja telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya kerana dituduh cuba memikat Tuan Puteri baginda dengan karamah(salah guna karamah).

Kematian Tuan Jana Khatib dimaklumi semua abangnya di Majapahit II(Kelantan). Tidak berapa lama selepas peristiwa inilah Temasik disumpah, lalu dilanggar oleh Todak(diselamatkan Hang Nadim, kemudian juga dibunuh), dan akhirnya disusuli serangan bala tentera Majapahit II yang menjadikan singapura padang jarak-padang terkukur (semuanya diarah BUNUH DAN BAKAR hangus arahan HM Cik SIti Wan Kembang sendiri dan dipersetujui oleh Syed Husin Jamadil-Kubra ytang diberi tempat di Bukit Panau – adab berperang Quraisy/Majapahit II/Kelantan kuno dengan Siam memang gitu..!!), dengan perjanjian Wali 7 setuju turut membantu pertahan bumi Serambi Makkah dari Siam.

1380M Seorang Wali Allah, Tuan Syarif Aulia atau Syeikh Abdul Karim Al-Makhdum dari Melaka telah sampai ke Pulau Jolo dan mendapati telah ada komuniti Islam di tempat yang bernama Buansa(Ewansa). Beliau kemudian mengislamkan Raja Sulu (peristiwa ini disebut dalam bacaan manaqib tradisi bangsa Melayu Sulu) dan mendirikan sebuah masjid (hingga kini ada) untuk semua penduduk.

Seterusnya beliau belayar ke Johor dan disinilah Syarif Aulia ditemukan jodohnya.

Tokoh yang bernama Tuan Syarif Aulia itu tidak lain ialah Sayyid Thana'uddin yang nama timangannya Syeikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani iaitu adik kepada Sayid Husin Jamadil-Kubra yang pergi ke sulawesi. Keduanya kemudian ke Champa untuk misi dakwah seterusnya.(juga ada bukti masjid lama bentuk Masjid Kg. Laut, di Nilam Puri tu, di sana hingga kini).
________________________________________________________________________________
MQTK ABAD KE 15-16

MELAKA PUSAT ISLAM ASIA TENGGARA & WALI SONGO DI MAJAPAHIT I (SEKARANG INDONESIA)

1400M Parameswara mengasaskan kesultanan Islam Melaka. Wali Songo mengislamkan Indonesia. Puteri Saadong Ghaib.Majapahit II( Kelantan) di bawah kerajaan Islam Pattani Besar. Gangga Negara(perak) dan Lembah Bujang di bawah Raja Bersiong kedah dibebaskan oleh Patih Aria Gajah Mada, Panglima Majapahit II dari kekuasaan Ayuthia. Laksamana Hang Tuah terajui Melaka.

1420M, Syed Tahana'uddin pulang dari champa dan kemudiannya kembali ke Majapahit II dan membuka pusat pengajian berupa institusi khas latihan tarekat/kerohanian/kewalian peringkat tertinggi menggunakan asma 99 nama Allah yang dahulunya hanyalah amalan harian HM Cik SIti Wan Kembang.

Tokoh-tokoh penting dalam organisasi Wali Songo yang bertanggungjawab dalam penyevbaran dakwah di Majapahit 1(sekarang disebut Indonesia - termasuk Negeri Cik Siti Wam Kembang Aceh) yang direkodkan telah dipanggil mengadap belaiau di Bukit Panau(sekarang dalam Jajahan Tanah Merah - dah jadi tempat menara celcom..!!) adalah seperti ;

1. Sunan Giri
2. Suan Bonang

Selepas serangan Ayyutthia ke atas Majapahit II(Kelantan) 1445M dan peristiwa ghaibnya Puteri Saadong, kematian Raja Abdullah da Sultan Abdul Rahim di Tasik Lelayang Mandi, Syed Husin membawa anaknya syarif kebungsuan dan cucunya Wan Bo, Wan Husin dan Wan Demali ke Jawa, seterusnyanya ke Goa, Sulawesi, dan meninggal serta dimakamkan di sana pada 1453M (nak ziarah daftar MQTK). Melalui anak dan cucunya itu pula membuatkan kesultanan Brunei melalui Sultan Muhammad, melahirkan benih kesultanan hingga kini, yang juga darah Syed Husin Jamadil Kubra.

pada abad itu juga (ke 14M), iaitu di zaman masyhurnya Laksamana Hang Tuah yang berguru dengan Para Wali Allah Majapahit dan pernah berkunjung ke Majapahit II(Kelantan) dan Bukit Panau, sebelum ke Pattani(Masjid Hang Tuah - Grisek) dan salah seorang murid kesayangan Syed Thana'uddin yang digelar "Sang Adi Putera" oleh hikayat istana melaka waktu itu(hingga sekarang pun mereka tetap panggil guru hang tuah tu "Sang Adi Putera", tanpa mengetahui itulah adik kepada Ketua Wali 7 yang masyhur dalam sejarah penyebaran Islam 1300-1400M itu.

KENAPAKAH LAKSAMANA HANG TUAH HEBAT...??

Setelah mengenali laksamana hang tuah, jebat, lekiu,lekir dan kasturi, Syed Thana'uddin(Sang Adi Putera) yang terkenal di Majapahit(kelantan) sebgai Syeikh Saman berpindah ke Pulau Besar dan beliau telah bermastautin di Pulau Besar permukiman orang laut dari Sumatera, Jawa dan Maluku. Tetapi turut terlibat menyusun strategi mempertahankan Pattani dan Empayar Islam Majapahit II dari Siam, di mana dengan Laksamana Hang Tuah, Siam akhirnya berundur pada 1445M dari Pattani.

Sewaktu Hang Tuah difitnah, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris ke Melaka dan bertemu dengan Sang Adi Putera. Laksamana Hang Tuah akhirnya diarahkan disembunyikan dari umum rakyat setelah menjadi fitnah.

Syeikh Saman(Sang Adi Putera) akhirnya kembali ke Kelantan dan beliau meninggal dunia sewktu berusia 120 tahun...dan kuburnya dirahsiakan dari seluruh rakyat oleh nenek moyang Raja-Raja Melayu...hingga kini, orang-orang tertentu sahaja diizinkan berziarah(geng2 Datuk/Tan Sri - pemegang darjah Istana/pengamal Pati Rahsia sahaja..!!).



Perbalahan sesama Melayu/Islam dan kezaliman Raja kepada para Wali Allah itu berakhir dengan bala kifarat Allah dengan melaka diizin ditakluk oleh Portugis dan hilang satu kerajaan Islam hingga kini tiada lagi Sultan(diganti dengan kuasa Agung -wakilnya) sejak 1511M

KENAPA PUTERI SAADONG HEBAT..?

Manakala teraju Majapahit II disambung oleh Puteri Saadong yang dikahwinkan dengan Raja Abdullah. Tetapi dalam pertelingkahan dengan Siam pada era ini, Puteri Saadong tidak menggunakan strategi Perang, sebaliknya 100% menggunakan teknologi SATIQ(senjata faqir/wirid asma 99 nama Allah oleh para ahli pertapaan yang ramai) di mana Puteri Saadong menggunakan kaedah Salehuddin Al-Ayyubi merampas Baitul Maqdis pada era 1200M, iaitu dengan menggunakan khidmat lebih 300 ahli zikir terbaik dari zuriat terpilih bani hasyim waktu itu, melancarkan senjata faqir untuk 3 tahun berturut-turut sehingga disahkan Raja Yahudi(King Richard) buruk mukanya diserang KUSTA, sebelum serangan darat dilancarkan..!!


Namun malang bagi Kelantan, walaupun Puteri Saadong berjaya tewaskan Raja Buddha Siam dan selamatkan tanah jajahan Majapahit II, suaminya pula didapati bermadu. Raja Abdullah akhirnya ditikam oleh salah seorang dayang Istananya sendiri. Bukan oleh Puteri Saadong(berlaku peristiwa hysteria dirasuk jin luar kawalan). Puteri Saadong akhirnya menghilangkan diri di bukit Marak dan ghaib tanpa kubur hingga kini sebagaimana kisah Hang Tuah, Mat Kilau, Patih Aria Gajah Mada(Megat Ali Nurul Alam – Panglima Majapahi II, anak kepada Ketua Wali 7, yang membebaskan Gangga Negara/perak dan Lembah Bujang-Raja Bersiong/kedah dari empayar Hindu dan Buddha Sukhothai di abad ke 15)).

1445M – Trgaedi ngeri serangan hendap Sukhothai ke atas Istana Pattani, mengorbankan lebih 60 ribu nyawa sekaligus dan ramai yang dibawa ke Bangkok untuk buruh paksa(bina kuil dan istana King Rama II – VI). Seluruh jentera besar Melayu Bani Hasyim Pattani sekali lagi diarah pindah dan berundur ke Reman(Perak), Langkawi, Kedah, Perlis dan Kelantan. Siam telah mula memasuki semua daerah Jajahan Majapahit II. Selain Wali 7, yang telah tinggal hanya 6 beradik(satu dibunuh di Temasik), Laksamana Hang Tuah akhirnya turut terlibat membantu Majapahit II berperang dengan Sukhothai(Siam).

Selepas serangan hebat Siam(setelah tahu Cik Siti Wan Kembang meninggal dunia), Syed Hussin Jamadil Kubra berpindah ke Sulawesi dan meninggal dunia pada usia 83 tahun, serta dimakamkan di Goa(D3-MQTK-Majapahit II). Baginda turut membawa bersamanya Syarif Kebungsuan dan cucunya Wan Bo dan Wan Demali, yang kemudiannya masyhur dalam sejarah kesultanan Brunei 1450-1550M dan melahirkan benih hingga kini, Sultan Berdaulat bagi Brunei..
1460-1510M – Setelah mengenali Hang Tuah dan setelah heboh kepada Majapahit II Hang Tuah dihukum bunuh, Syed Thana’Uddin terus bertolak ke Melaka. Baginda kemudiannya di bawa oleh Hang Tuah ke Pulau Besar Melaka dan membuka pusat ritual disitu.(ribbaht/zaiyyah/tempat bertapa/bersuluk/baca quran/zikir/satiq dsb)

KENAPA KAMI PARA BANI HASYIM DIHARAM MEMASUKKAN ESTER KEDALAM TUBUH...??

DENGAN NAMA RABBI YANG MAHA MENYEMBUHKAN LAGI MAHA TELITI

MQTK adalah pertubuhan khusus yang diwujudkan oleh pihak Istana/kerabat hanya untuk menjaga kepentingan keluarga besar darah Bani Hasyim yang diharamkan zakat fitrah dan sedekah mengikut hukum fekah dan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah peganga...n Raja-Raja Melayu ini.

Sebarang bentuk bala penyakit jasad yang disebabkan terlanggar hukum fekah oleh mana-mana ahli dapat dipulihkan dengan kaedah tertentu oleh pakar-pakar MQTK yang lebih arif.

Hanya pakar genius (min. 9A1-SPM) dipilih untuk menganggotai unit perubatan. Dr. Nurul Hanis dan Dr. Mohd Yusran adalah antara berpuluh doktor seluruh negara terpilih.

Saya sendiri selaku YDP.MQTK, meminta mereka mebuat kajian khas kenapakah ada kategori pesakit yang tidak dapat dipulihkan 100% dengan kaedah Pati Rahsia nenek moyang kami itu, kategori manakah mereka..!!

KESAN ESTER

Hasil kajian mereka mendapati, pesakit(bani Hasyim) yang telah dipulihkan dengan bayaran Dam atas kesilapan lazim itu(termakan zakat dan sedekah) tetapi masih belum pulih sepenuhnya adalah disebabkan ;

1. Sampel Air Liur dan Air kencing serta najis yang dikaji oleh mereka menunjukkan kehadiran asid yang tinggi berpunca dari ester.

2. Disahkan semua yang belum pulih itu (sama ada kulit rosak, ada gatal, mata kabur, syahwat lemah etc) pengguna tegar ubatan hospital yang semuanya mengandungi ester(pengawet).


APAKAH ESTER DARI SUDUT SAINS DAN HUKUM SYARAK DAN WARAK..??

Semua jenis makanan yang tamat tempoh akan basi, masam dan berkulat atau bakteria dan mengikut hukum fekah ianya haram dimakan oleh manusia dan wajib dibuang atau untuk haiwan bukan untuk manusia lagi.

Dengan perkembangan teknologi dan ilmu kimia, bakteria/kulat dari makanan/buahan rosak ini disebut/dipanggil "Yist" ini masih boleh diguna dan di makan dengan selamat dala kuantiti terhad, bila diproses. Anggur, epal, tamar dan sebagainya boleh mengeluarkan yist yang banyak dan cepat.

Ester adalah berasal dari yis(basian/benda masam/buah yang dijeruk-tamat tempoh) yang diproses di makmal kimia, dengan dipanaskan ke suhu 300 darjah atau lebih dan dicampur dengan asid borik dengan nisbah tertentu. Pati campuran ini dipanggil Ester.

Ester inilah digunakan oleh industri arak dan pengawetan. Semua jenis arak dan ubatan memerlukan ester untuk tahan lama di pasaran. Begitu juga makanan dan minuman dalam Tin yang dikilangkan memerlukan bahan pengawet bagi tujuan komersial. Justeru ester adalah penyumbang utama aktiviti industri pemakanan dan perubatan dunia bernilai RM beratus billion setahun.



Dan salah satu contoh Ester yng paling mudah, murah serta selalu digunakn oleh semua lapisan masyarakat termasuk anda adalah "PENADOL"..!! Kementerian Kesihatan mencatatkan RM700 juta belian ester(pelbagai ubatan) dari Boston USA, pengeluar utama semasa, untuk 27 juta penduduk setahun. Jadi kita tidak boleh hentikan industri ini serta perniagaan mereka.

KESIMPULAN DR. MOHD YUSRAN - UNIT PERUBATAN MQTK

Selagi Najis ester(yist) yang bersifat haram di sudut hukum fekah itu berada dalam jasad dan tidak dibuang 100%, selagi itulah doa afiat dalam Qunut terhijab, dan kesihatan tidak akan dapat dikembalikan 100% oleh Unit Perubatan MQTK, mengikut teori kitab rawatan Islam, Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias serta petua MQTK ini..!!

KESIMPULAN DARI SAYA SELAKU YDP. MQTK.

Oleh kerana ianya mendatangkan banyak serabut/susah/buang kos banyak kepada saya yang ramai ahli (tu ada 38 orang lagi kaum ibu dengan gejala sakit yang sama lepas 2-3 orang anak-ada tanda kanser)...maka jalan mudah saya "HARAMKAN" semua jenis ESTER dimasukkan kedalam tubuh. semua ahli..atau jangan datang kepada saya/kami(MQTK) jika anda sakit, setelah guna ester beberapa tahun.(kami surrender...doa tuk nenek kami jadi tak makbul dengan benda haram walaupun sedikit..!!).



Tuk nenek pesan, untuk buang Ester itu bukan tugas kami, ianya tugas individu terasuk anda. Kalau malas belajar, bodoh dan enggan dengar nasihat pakar, memang patut sakit dan mati cepat, tak perlu nak susah payah pulih..!! - kata mereka(D1-MQTK).

Harap maklum.

Wassalam.

MUTIARA KARYA SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI



Apabila seorang hamba Allah mengalami kesulitan hidup, maka pertama-tama ia cuba mengatasinya dengan upayanya sendiri. Bila gagal ia mencari pertolongan kepada sesamanya, khususnya kepada raja, penguasa, hartawan; atau bila dia sakit, kepada doktor. Bila hal ini pun gagal, maka ia berpaling kepada Khaliqnya, Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa,dan berdo'a kepada-Nya dengan kerendah-hatian dan pujian.

Bila ia mampu mengatasinya sendiri, maka ia takkan berpaling kepada sesamanya, demikian pula bila ia berhasil kerana sesamanya, maka ia takkan berpaling kepada sang Khaliq. Kemudian bila tak juga memperolehi pertolongan dari Allah, maka dipasrahkannya dirinya kepada Allah, dan terus demikian, mengemis, berdo'a merendah diri, memuji,memohon dengan harap-harap cemas. Namun, Allah Yang Maha Besar dan Maha Kuasa membiarkan ia letih dalam berdo'a dan tak mengabulkannya, hingga ia sedemikian
terkecewa terhadap segala sarana duniawi. Maka kehendak-Nya mewujud melaluinya, dan hamba Allah ini berlalu dari segala sarana duniawi, segala aktiviti dan upaya duniawi, dan bertumpu pada rohaninya.

Pada peringkat ini, tiada terlihat olehnya, selain kehendak Allah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan sampailah dia tentang Keesaan Allah, pada peringkat haqqul yaqin (* tingkat keyakinan tertinggi yang diperolehi setelah menyaksikan dengan mata kepala dan mata hati). Bahawa pada hakikatnya, tiada yang melakukan segala sesuatu kecuali Allah; tak ada
penggerak tak pula penghenti, selain Dia; tak ada kebaikan,kejahatan, tak pula kerugian dan keuntungan, tiada faedah,tiada memberi tiada pula menahan, tiada awal, tiada akhir, tak ada kehidupan dan kematian, tiada kemuliaan dan kehinaan, tak ada kelimpahan dan kemiskinan, kecuali kerana ALLAH.

Maka di hadapan Allah, ia bagai bayi di tangan perawat, bagai mayat dimandikan, dan bagai bola di tongkat pemain polo,berputar dan bergulir dari keadaan ke keadaan, dan ia merasa tak berdaya. Dengan demikian, ia lepas dari dirinya sendiri,dan melebur dalam kehendak Allah. Maka tak dilihatnya kecuali Tuhannya dan kehendak-Nya, tak didengar dan tak dipahaminya, kecuali Ia. Jika melihat sesuatu, maka sesuatu itu adalah kehendak-Nya; bila ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka ia mendengar firman-Nya, dan mengetahui lewat ilmu-Nya. Maka terkurniailah dia dengan kurnia-Nya, dan beruntung lewat kedekatan dengan-Nya, dan melalui
kedekatan ini, ia menjadi mulia, redha, bahagia, dan puas dengan janji-Nya, dan bertumpu pada firman-Nya.

Ia merasa enggan dan menolak segala selain Allah, ia rindu dan senantiasa mengingati-Nya; makin mantaplah keyakinannya pada-Nya, Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Ia bertumpu pada-Nya, memperolehi petunjuk dari-Nya, berbusana nur ilmu-Nya, dan termuliakan oleh ilmu-Nya. Yang didengar dan diingatnya adalah dari-Nya. Maka segala syukur, puji, dan sembah tertuju kepada-Nya.

Thursday, August 25, 2011

GELOMBANG NUR SYIFA VS DR JISIM 10 SERIES

Bagaimana anda boleh mempercayai teknologi ciptaan manusia mampu menyembuhkan penyakit kronik anda yang di akibatkan oleh sumbatan di dalam saraf berbanding dengan teknologi Ruh ciptaan Tuhan? Teknologi Dr.Jisim di cipta oleh Saintis bukan beragama Islam dan mereka sememangnya tidak mempercayai akan kekuasaan Allah SWT. Anda mengaku beragama Islam tetapi anda menidakkan kekuasaan Tuhan, tidak ini perbuatan syirik???




Teknologi Ruhku ciptaan Tuhanku mampu mengatasi apa jua masalah penyakit baik penyakit gangguan jin mahu pun penyakit-penyakit fizikal di zaman moden ini. Ianya adalah Teknologi Tertinggi amalan para Nabi dan para Waliy seperti tercatat dalam sejarah dan di ceritakan sendiri oleh Rasulullah melalui wahyu.

Teknologi RuhKu dengan nama Ilmu Syahadah(Tokku Paloh) @ Titik 9 dan Ilmu Gerak Faqir serta lain-lain Ismullah Al A'dzham, amalan di dalam Akademi Gerak Makrifat adalah berasaskan Nama-Nama Allah Yang Agung, 2 Tapak Tangan Yang Tertempel Huruf Nama-Nya AL Fatah dan Al Muntaqim di sertai wudu' yang sempurna akan di GERAKKAN oleh Allah Azzawajalla melalui Sifat-Nya, QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMA', NASAR DAN KALAM (HAK ALLAH) melalui jasad (tangan-tangan) hamba-Nya. Sesungguhnya hanya Allah yang bersifat As-Syifa (Maha Penyembuh), makhluk dan alam ciptaan-Nya hanya berupa bayangan yang tidak berkuasa apa-apa walau sedikit jua.

Pergantungan anda kepada selain Allah hanya membawa kepada perbuatan syirik dan mengakibatkan kemurkaan Allah semata. Jangan bersedih kalau anda tidak mampu di sembuhkan oleh sebarang kaedah kerana itu adalah kifarah di atas dosa-dosa anda mensyirikkan-Nya.




Wednesday, August 24, 2011

PENGALAMAN KEROHANIAN SUFI


Roh Insan adalah cahaya dan nafsunya adalah kegelapan yang membungkus cahaya itu. Kaum sufi mengadakan latihan untuk menghalau kegelapan nafsu dan memancarkan cahaya roh. Jika tumpuan kepada Allah s.w.t dilakukan dengan penuh kekhusyukan disertai oleh penyerahan kepada-Nya dan penyerapan dalam-Nya dengan cara yang betul, akan muncullah daya dan upaya yang menghalau kegelapan untuk memberi laluan kepada cahaya yang terang benderang. Bila penyerapan (kefanaan) ini bertambah kuat sehingga sufi sampai kepada peringkat melupakan dirinya dan segala yang maujud, sufi itu akan lenyap di dalam penyaksian cahaya-cahaya, seterusnya dia sampai kepada matlamat dengan membawa hijab bersama-samanya. Pada tahap ini dia sepenuhnya berada dalam kefanaan zahir dan batin. Jika selepas pengalaman fana itu penyaksian berterusan dengannya dia akan maju ke hadapan untuk melepasi peringkat fana dan mencapai baqa. Pada makam ini sufi tersebut boleh dianggap sebagai seorang wali. Sebahagian sufi yang sampai kepada makam ini kekal dalam penyerapan terhadap apa yang disaksikannya, lupa terhadap dirinya dan berterusan dalam suasana demikian sehingga ke akhir hayatnya. Sebahagian sufi yang lain melepasi peringkat tersebut, kembali kepada kesedaran keinsanan dan kehidupan dunia, lalu mengambil tugas dalam bidang dakwah, membimbing orang lain kepada jalan Allah s.w.t. Pada tahap ini batinnya tidak berpisah dengan Tuhan sementara zahirnya sibuk melayani makhluk Tuhan. Dia keluar dari bayangan dan hijab kerana cahaya roh sudah menembusi kegelapan nafsu. Bila cahaya sudah menang kegelapan akan tunduk kepada cahaya untuk berbuat ibadat dan ketaatan kepada Allah s.w.t. Nafsu menjadi suci bersih, tidak lagi mengheret kepada kemaksiatan dan kemunkaran. Orang yang telah mencapai peringkat di mana cahaya rohnya keluar memancar dari kegelapan nafsu dan nafsu tunduk kepada kebenaran itu layak masuk ke dalam golongan ‘tangan kanan' Tuhan. Golongan yang kembali sedar dan mengambil bahagian dalam kegiatan kehidupan dunia ini akan dikurniakan kejayaan oleh Tuhan dalam tugasnya. Rahmat Tuhan mengalir melalui mereka kepada umat manusia.

Peringkat perjalanan sufi yang sering menimbulkan kekeliruan adalah peringkat yang ada suluk, jazbah, zauk, fana dan baqa. Di antara semua hal dalam peringkat tersebut, penyaksian kepada rupa, bentuk, warna dan cahaya merupakan perkara yang paling menimbulkan tanda-tanya.

Suluk adalah satu bentuk latihan kerohanian yang bertujuan mengosongkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan memasukkan sifat-sifat yang terpuji ke dalamnya. Berbagai-bagai jenis ibadat dilakukan semasa bersuluk. Bentuk latihan dan ibadat yang terperinci bergantung kepada perguruan tarekat masing-masing. Semasa bersuluk itu seseorang mungkin mengalami atau merasai sesuatu yang dinisbahkan kepada ketuhanan, di mana hijab terangkat dan orang yang berkenaan menyaksikan atau merasakan suasana alam ghaib. Suasana yang menguasai hati itu dinamakan jazbah dan hati yang dikuasai oleh jazbah itu dikatakan berada dalam zauk. Perkara atau pengalaman yang dizaukkan itu dinamakan hal. Jazbah itu terjadi ketika seseorang itu hilang kesedaran terhadap dirinya dan alam maujud sekaliannya. Kelenyapan kesedaran itu dinamakan fana. Seseorang itu mengalami kefanaan tatkala terbuka hal-hal ketuhanan kepada hatinya. Selepas melalui kefanaan seseorang memperolehi semula kesedaran dirinya tetapi dalam keadaan merasakan dirinya berada bersama-sama Allah s.w.t. Suasana yang begini dinamakan baqa.

Jazbah, fana dan baqa merupakan pengalaman hati, berlaku dalam alam kebatinan orang yang sedang bersuluk. Dalam keadaan demikian hati menyaksikan atau mengalami perkara ghaib. Yang disaksikan itu boleh jadi rupa, bentuk, warna atau cahaya. Walaupun yang disaksikan itu bersifat ghaib, tidak boleh dipandang dengan mata zahir, tetapi ia bukanlah Tuhan. Penyaksian tersebut tertuju kepada bentuk misal yang digubah oleh Tuhan. Bentuk misal bukanlah Yang Hakiki. Yang Hakiki tidak dapat dimisal atau digambarkan. Bentuk misal yang muncul itu bergantung kepada diri orang yang berkenaan dan apa yang dia asyikkan. Orang Hindu yang asyikkan lembu akan menemui bentuk misal lembu dalam alam kebatinannya. Orang Keristian yang asyikkan Isa al-Masih akan temui bentuk misal Isa al-Masih. Orang Yahudi yang asyikkan Uzair akan temui bentuk misal Uzair. Orang yang asyikkan dirinya akan temui bentuk misal dirinya. Bentuk misal menjadi tumpuan orang yang sedang keasyikan dan kerinduan. Seorang kekasih yang sedang keasyikan dan sangat merindui kekasihnya merasakan gambar kekasihnya yang hanya sekeping kertas sebagai kekasihnya sendiri, hidup-hidup. Gambar itu dipeluk dan diciumnya, malah dia berkata-kata dengan kertas ditangannya itu. Bentuk misal pada alam ghaib berbeza daripada gambar pada kertas yang kaku. Misal alam ghaib boleh disaksikan oleh hati. Oleh yang demikian misal alam ghaib meninggalkan kesan yang lebih kuat dan lebih mendalam kepada hati yang menyaksikannya. Orang yang sedang asyikkan Allah s.w.t, tidak ada sesuatu dalam ingatannya selain Allah s.w.t, segala keasyikan dan kerinduannya akan menjurus kepada cahaya atau misal yang disaksikannya dalam alam ghaib. Pada perasaannya apa yang disaksikannya adalah Allah s.w.t, semata-mata Allah s.w.t, tidak yang lain. Orang yang dalam keadaan demikian bukan sahaja dikuasai oleh penyaksian terhadap Allah s.w.t pada alam ghaib, bahkan pada alam nyata juga. Apa yang menyata pada pandangan zahirnya dan pandangan hatinya, baginya adalah Allah s.w.t, tiada yang lain. Bentuk ghaib dan bentuk nyata semuanya menjadi misal untuknya melihat Allah s.w.t. Pengalaman yang demikian terjadi akibat mabuk. Mabuk ketuhanan dialami oleh hati. Ia terjadi kerana insan sebagai bekas yang baharu dan lemah digunakan untuk ‘memasukkan' Allah s.w.t ke dalamnya. Tidak ada satu pun makhluk yang mampu menanggung Tuhan. Bukit Thursina yang dihadapkan dengan tajalli Allah s.w.t telah hancur berkecai. Bukit dan tubuh manusia sama-sama disusun daripada anasir tanah, air, api dan angin. Jika bukit hancur berhadapan dengan tajalli Allah s.w.t, tubuh manusia juga akan hancur dalam keadaan demikian. Oleh kerana yang berlaku pada hati bukanlah tajalli Allah s.w.t tetapi hanyalah misalan yang lahir dari keasyikan dan kerinduan kepada Allah s.w.t, maka tubuh mampu bertahan dan tidak menjadi hancur. Walaupun begitu Cinta Allah s.w.t tetap memberi kesan kepada hati dan tubuh badan. Kesan kepada hati dinamakan mabuk ketuhanan. Tubuh yang menjadi bekas kepada hati yang menerima mabuk ketuhanan itu akan mempamerkan kesan tersebut seperti menggeletar, berubah warna menjadi pucat, menari, menyanyi dan lain-lain mengikut hal mabuk orang berkenaan. Cinta Allah s.w.t dan mabuk ketuhanan itu juga yang melahirkan rasa bersatu dengan Allah s.w.t. Mabuk ketuhanan dan rasa bersatu dengan Allah s.w.t terjadi ketika seseorang itu melupakan dirinya. Apabila kesedaran terhadap kewujudan diri kembali sedikit demi sedikit, rasa bersatu berubah menjadi rasa kekal bersama-sama Allah s.w.t atau baqa.

Pengalaman bersatu dengan Tuhan, sebelum mencapai baqa, menimbulkan keasyikan, mabuk dan terbalik pandangan yang menyebabkan terhijab Yang Hakiki. Penyatuan yang mabuk itu biasanya menimbulkan latah, iaitu terucap kata-kata yang menyalahi syariat. Pengalaman wahdatul wujud atau merasai satu wujud boleh menyebabkan seseorang mengingkari Sunah Rasulullah s.a.w, sedangkan Allah s.w.t memerintahkan supaya mentaati Rasul-Nya. Hanya orang yang dipimpin dan dipelihara akan tetap berada dalam sempadan syariat sekalipun mereka mengalami wahdatul wujud. Mereka yang dipelihara mengekalkan sembahyang lima waktu dan menjauhkan perbuatan dosa. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan latah. Sekalipun sufi yang di dalam mabuk terlibat dengan ucapan latah tetapi mereka tidak boleh dikutuk dan juga orang yang mendengar ucapan demikian tidak menjadikannya pegangan. Sufi yang di dalam keadaan mabuk ketuhanan dikuasai oleh perasaan cinta kepada Allah s.w.t yang bersangatan sehingga hilang kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk sekaliannya. Mereka berhak dimaafkan dari kesalahan mereka mengeluarkan ucapan latah dalam keadaan tidak sedar. Orang ramai yang bukan dalam jazbah, jika mengatakan demikian, beramal menyalahi syariat atau melepaskan syariat, maka mereka adalah sesat dan kufur.

Ketika dalam suasana penyatuan orang sufi tidak dapat membezakan di antara yang betul dengan yang salah, yang benar dengan yang batal, kesenangan dengan kesusahan, emas dengan pasir dan yang baik dengan yang buruk. Jika dia maju ke hadapan lagi dia akan masuk kepada peringkat di mana dia boleh membuat perbezaan di antara benar dengan salah dan baik dengan buruk. Orang sufi yang sudah masuk kepada peringkat ini, walaupun masih dikenali sebagai sufi, tetapi jalan mereka sudah berubah kepada tarekat Islam (jalan kenabian), bukan lagi tarekat sufi. Dalam tarekat Islam orang boleh membezakan Tuhan dengan makhluk, dosa dengan pahala dan sebagainya.

Perpindahan daripada tarekat sufi yang ada wahdatul wujud kepada tarekat Islam yang membezakan Wujud Tuhan dengan wujud makhluk, tidaklah membebaskan sufi daripada kesan wahdatul wujud dengan serta merta. Ketika di peringkat awal mengalami perbezaan, walaupun sufi sudah mula mengenali perbezaan tersebut, tetapi keupayaannya masih lagi lemah dan mereka masih belum mampu mengadakan pemisahan dengan jelas. Mereka masih mempercayai, walaupun sudah melihat perbezaan, bahawa perbezaan tersebut bersumberkan kepada kesatuan. Suasana yang demikian menimbulkan ungkapan: "Pandang yang banyak kepada Yang Satu" ; "Pandang Yang Satu kepada yang banyak" dan "Pandang Yang Satu kepada Yang Satu". Bila mereka maju lagi keupayaan mengadakan perbezaan menjadi semakin kuat dan jelas sehingga akhirnya mereka benar-benar mampu mengadakan perbezaan. Pada akhir perjalanan mereka akan melihat dengan jelas bahawa Tuhan dengan makhluk bukan satu. Tuhan bukan alam dan alam tidak sedikit pun menyamai Tuhan. Tuhan melampaui segala sesuatu. Tidak ada maklumat, ibarat dan misal yang mampu menceritakan tentang Tuhan. Bila sampai kepada peringkat ini sufi telah terlepas sepenuhnya daripada pengaruh pengalaman wahdatul wujud, bersatu dengan Tuhan dan mabuk. Sufi kembali sedar dan boleh mengawal tutur katanya. Tidak ada lagi ucapan latah. Perkataan dan perbuatannya tidak lagi menyalahi syariat. Mereka kembali kepada syariat dan menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai teladan. Peningkatan tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Orang yang tidak berhenti di tengah jalan akan menemui kebenaran yang sejati di penghujung jalannya. Tarekat kesufian berubah kepada tarekat Islam atau jalan kenabian. Tidak ada lagi fahaman yang mensyirikkan Tuhan dengan bayangan, gambaran, rupa, bentuk, warna, cahaya dan sebarang misal. Fahaman dan pegangan mereka sesuai dengan ajaran al-Quran dan as-Sunah.

Pengalaman kerohanian seperti fana dan baqa, pengalaman rasa dan penyaksian kepada gambaran misal pada alam ghaib, semuanya berlaku dalam alam kebatinan atau alam perasaan sufi, bukan kewujudan yang nyata. Manusia tidak bertukar menjadi Tuhan, tidak bersatu dengan-Nya dan tidak juga kekal bersama-sama-Nya. Tuhan tetap Tuhan dan hamba tetap hamba. Baik cahaya mahu pun suara yang didengar semuanya adalah gubahan Allah s.w.t tetapi bukanlah Dia. Apa juga yang disaksikan dan didengar hendaklah dinafikan dengan memperbanyakkan ucapan:"Laailahaillallah" Kalimah Tauhid ini mestilah membawa maksud : "Tiada Tuhan melainkan Allah" bukan "Tiada yang maujud melainkan Allah". Makhluk tetap wujud pada kenyataan sekalipun hilang pada alam perasaan sufi. Tuhan tetap Berdiri Dengan Sendiri pada makam ketuhanan-Nya dan makhluk tetap wujud dalam sempadan wujud yang Tuhan tentukan untuk mereka. Tuhan menciptakan makhluk dengan peraturan dan ketetapan bahawa tidak mungkin wujud makhluk berlanggar atau bertembung dengan Wujud Tuhan, tidak mungkin berlaku penyatuan atau perpisahan dan tidak mungkin bersamaan. Wujud makhluk tidak boleh disamakan sedikit pun dengan Wujud Tuhan.

Rupa, bentuk, misal, cahaya dan warna yang disaksikan oleh sufi hanyalah gubahan Tuhan bukan Zat Tuhan dan bukan juga Sifat Tuhan. Tuhan menggubahkan yang demikian sebagai tarikan bagi sufi untuk mengenali-Nya. Sufi yang benar akan maju terus untuk melepasi gubahan Tuhan itu menuju kepada Yang Hakiki, yang melepasi segala bentuk gubahan, maklumat, sifat dan misal. Alam Misal yang dipertemukan dengan sufi itu berperanan sebagai batu loncatan untuk sufi bertawajjuh (melonjak) kepada Yang Haq. Peranan misal tersebut samalah seperti peranan al-Quran. Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada sebahagian manusia dijadikan hujah oleh kumpulan manusia yang lain dalam mempertahankan pegangan mereka yang keliru. Manusia dari berlainan mazhab bertengkar sesama sendiri dengan masing-masing menggunakan al-Quran sebagai hujah. Bagi sebahagian manusia al-Quran mendatangkan petunjuk tetapi bagi yang lain pula digunakan untuk menyebarkan fitnah. Begitu juga keadaan misal yang dipersaksikan kepada sufi dalam alam ghaib. Sebahagian daripada mereka mendapat manfaat daripadanya dan mereka didorong oleh yang demikian untuk sampai kepada Yang Haq. Sebahagian yang lain pula tertawan lalu berhenti di situ. Orang yang berjalan terus menemui Yang Maha Esa, yang menggubah bentuk, rupa, cahaya dan warna, yang mengeluarkan semua stesen dan membimbing sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Sebelum sampai kepada Yang Hakiki apa juga yang disaksikan hanyalah bayangan, walaupun pengalaman menyaksikan ‘yang banyak pada Yang Satu' atau sebaliknya. Nafikan segala yang datang. Ulangi kalimah: "Laailaaha ilallah" sebanyak mungkin sehingga habis segala penyaksian dan pengetahuan juga tidak ada lagi. Pada tahap ini sufi dikuasai oleh kehairan-hairanan, kerana apa juga yang dibina oleh pengetahuan, penyaksian, khayalan, fikiran, cita-cita dan angan-angan semuanya runtuh dan lemah longlai apabila berhadapan dengan Zat Allah s.w.t. Tidak ada apa yang boleh mengatakan atau menggambarkan tentang Yang Hakiki. Apa yang tinggal adalah kejahilan. Inilah tahap fana yang sebenarnya. Sebelum mencapai kehairan-hairanan dan kejahilan hakiki, seseorang itu sebenarnya belum lagi memperolehi fana hakiki. Jangan cepat menyangka diri sudah mencapai matlamat dan berhubung dengan Tuhan. Perjalanan masih lagi jauh.

Bukanlah pengetahuan (ilmu) dan pengenalan (makrifat) yang menandakan seseorang itu sudah sampai ke penghujung jalan. Selagi ada ilmu dan makrifat selagi itulah jalan belum tamat. Tanda seseorang itu sampai ke peringkat akhir adalah apabila tidak ada lagi pengetahuan dan tidak ada juga makrifat, kedua-duanya mengaku kalah di hadapan Allah s.w.t. Apa yang ada hanyalah kejahilan hakiki. Tidak ada lagi pendapat tentang Tuhan juga tidak ada walau satu bentuk pun pengenalan mengenai-Nya. Pada ketika itu hamba dengan segala kerendahan hatinya mengakui bahawa tidak ada sesiapa yang mampu memecahkan benteng keperkasaan-Nya yang melindungi keesaan-Nya. Pengetahuan sebenar tentang Tuhan adalah tidak tahu. Pengenalan sebenar tentang Tuhan adalah tidak kenal. Setinggi-tinggi ilmu dan makrifat yang boleh dicapai adalah pengakuan bahawa hanya Dia yang kenal Diri-Nya. Abu Bakar as-Siddik yang sentiasa benar telah mengatakan: "Maha Suci Tuhan yang tidak mengadakan jalan untuk Dia dikenali melainkan memberi kita kesedaran dan pengetahuan yang Dia tidak mungkin dikenali".

Haruslah difahami tentang tujuan fana dan baqa. Ia bukanlah jalan untuk mendapatkan kekeramatan atau kebolehan yang luar biasa. Ia juga bukan bertujuan mendapatkan ilmu dan makrifat yang tidak ada dalam al-Quran dan tidak diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Ia juga tidak bertujuan mengadakan peraturan baharu yang tidak ada dalam syariat. Fana yang sebenar adalah membuang apa sahaja yang tidak suci, bebas daripada mencintai dunia, dapat membendung fitnah nafsu. Semuanya adalah berdasarkan kehambaan kepada Allah s.w.t. Baqa sebenar adalah melakukan semua perintah Allah s.w.t, menjadikan kehendak-Nya sebagai kehendak diri sendiri tanpa perlu membuang kedirian sendiri. Fana dalam wahyu dan baqa dalam ubudiah adalah jalan yang paling benar dan paling lurus.

Bagi mencapai fana secara sufi, seseorang itu hanya perlu mengalami penyaksian yang satu, diistilahkan sebagai tauhid syuhudi. Dia tidak perlu mempercayai dan berpegang dengan fahaman satu wujud, atau tauhid wujudi atau biasa dikenali sebagai wahdatul wujud. Bukanlah mustahil bagi seorang sufi maju dalam bidang kerohanian, meningkat dari satu makam kepada makam yang lebih tinggi, tanpa dia melibatkan diri dengan fahaman wahdatul wujud atau ikut mengalaminya. Ramai sufi sampai kepada matlamat tanpa melalui pengalaman wahdatul wujud, malah tanpa pengalaman yang demikian perjalanan akan menjadi lebih teratur dan mudah. Orang yang terlibat dengan wahdatul wujud berkemungkinan besar ditawan oleh bayangan yang menyebabkan sukar bagi mereka melepasi suasana tersebut. Orang yang tidak melalui wahdatul wujud mudah sampai kepada matlamat. Golongan wahdatul wujud mengejar bersatu dengan bayangan sementara yang menolak wahdatul wujud menemui Yang Hakiki. Walaupun jalan kesufian sering dikaitkan dengan fahaman dan pengalaman wahdatul wujud tetapi perlulah diketahui bahawa ramai dari kalangan mereka yang beramal menurut tarekat sufi tetapi tidak ditarik kepada hal yang demikian. Jadi, mengikat kesufian dengan wahdatul wujud sebenarnya tidak tepat. Ia hanyalah satu kemungkinan yang ada pada jalan kesufian tetapi bukanlah kemestian. Ramai daripada kalangan sufi yang terdorong kepada wahdatul wujud akhirnya meninggalkan fahaman tersebut dan kembali kepada jalan kenabian. Sufi yang ditarik kepada jalan kenabian memasuki jalan yang dipanggil jalan mahabbah. Kasihan belas Tuhan yang membimbing mereka untuk keluar daripada bayangan awan wahdatul wujud untuk menyaksikan Yang Haq. Sufi yang memasuki jalan mahabbah menafikan wahdatul wujud dan apa sahaja yang disaksikannya. Setelah habis yang disaksikan sufi itu masuk kepada suasana kejahilan dan kehairanan bukan ilmu dan makrifat. Tuhan tidak termasuk di dalam perbatasan ilmu dan makrifat. Setelah sampai kepada kejahilan sebenar, sekiranya seseorang itu dikurniakan pengetahuan maka itulah pengetahuan yang paling benar dan orang yang berkenaan adalah sangat bertuah. Dengan pengetahuan yang sebenar itu seseorang mengetahui bahawa Keesaan yang sebenar tidak muncul di dalam yang banyak. Pengetahuan yang sebenar mengajarkan bahawa hanya Dia yang mengenali Diri-Nya. Itulah pengetahuan yang paling benar selepas mencapai fana yang sebenar, yang diperolehi sesudah menemui kejahilan. Sebelum sampai kepada kejahilan dan kehairanan apa yang dikatakan fana hanyalah kekosongan, bukan kefanaan. Kejahilan ditemui dahulu baharulah kefanaan diperolehi.

Ada sufi yang mengatakan mereka berkata-kata dengan Tuhan dan melihat Tuhan di dalam dunia ini. Sufi tersebut adalah umpama orang yang mendengar bunyi alat muzik lalu menyangka bunyi tersebut adalah suara pemain alat muzik itu. Suara ghaib yang didengar bukanlah suara Tuhan. Itu hanyalah suara gubahan Tuhan, kerana tajalli sifat Tuhan tidak mampu ditanggung oleh manusia, termasuklah tajalli Kalam Tuhan. Kalam Tuhan tidak bersuara dan tidak berhuruf. Perkataan yang didengar bukanlah tutur-kata yang keluar secara langsung dari Tuhan sebagaimana orang bercakap. Ia adalah suara gubahan Tuhan menurut kadar kemampuan manusia menerimanya. Perkataan yang didengar itu sama dengan sesuatu yang dikelaskan sebagai hubungan yang dicipta dengan Pencipta, bukan suara Pencipta sendiri. Kalam Tuhan yang didengar oleh Nabi Musa a.s adalah dalam keadaan perkataan dengan Pencipta perkataan. Begitu juga perkataan yang diterima oleh Jibrail a.s. Perkataan Tuhan Yang Hakiki hanya didengar oleh-Nya sendiri. Apabila berhubung dengan makhluk-Nya Tuhan menggubahkan Kalam yang mampu didengar dan diterima oleh mereka. Oleh kerana perkataan demikian dinisbahkan kepada Tuhan semata-mata, bukan kepada malaikat atau lainnya, maka menafikannya adalah kufur. Kalam Tuhan merangkumi kedua-dua aspek iaitu Kalam Batin dan Kalam Yang Bersuara yang Tuhan ciptakan tanpa sesuatu perantaraan. Kalam yang begini adalah Kalam Tuhan yang sebenarnya, tetapi keadaannya haruslah difahami. Dalam perkara ketuhanan konsep nafi dan isbat tidak boleh dipisahkan. Mengenai suara ghaib yang didengar oleh orang sufi, walaupun ia dinisbahkan kepada Tuhan namun, ia tidak menyamai wahyu. Wahyu merupakan terjemahan secara langsung kepada Kalam Hakiki. Suara ghaib yang didengar oleh seseorang berhubung dengan hakikat yang menguasai seseorang itu. Perkataan demikian adalah terjemahan perutusan Tuhan yang diterima oleh Diri Batin seseorang. Suara ghaib mengeluarkan perkataan dan maklumat menurut kadar kekuatan batinnya menerima urusan Tuhan, bukan terjemahan Kalam Hakiki secara langsung. Oleh kerana kekuatan batin manusia berbeza-beza maka kedudukan maklumat yang disampaikan oleh suara ghaib juga berbeza. Ada yang menerima maklumat secara jelas dan terperinci dan ada pula yang menerimanya secara samar-samar atau dalam bentuk ibarat yang perlu ditafsirkan. Gaya bahasa yang digunakan dalam penyampaian suara ghaib juga berdasarkan kedudukan seseorang itu. Sebab itu orang yang mendengar suara ghaib menyampaikannya dalam gaya bahasa biasa. Wahyu pula mempunyai gaya bahasa yang tersendiri, tidak boleh ditiru-tiru oleh manusia dan tidak ada bahasa manusia yang mengatasi bahasa wahyu.

Sufi yang berfahaman boleh melihat Tuhan di dalam dunia ini menyamakan cahaya (nur) dengan Tuhan. Mereka percaya nur itu adalah Zat Tuhan sendiri. Anggapan demikian tidak benar. Nur Tuhan berkedudukan sebagai urusan Tuhan, sama seperti kedudukan Kalam Tuhan iaitu wahyu. Kalam Tuhan Yang Hakiki tidak boleh didengar oleh telinga zahir dan juga telinga batin. Hanya Tuhan sendiri yang mendengar Kalam Hakiki-Nya.

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik hijab atau dikirim-Nya utusan, lalu (utusan itu) mengkhabarkan dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi Maha Bijaksana. ( Ayat 51 : Surah asy-Syura )

Manusia hanya boleh berhubungan dengan Allah s.w.t hanya kerana ada ‘pelapik' atau hijab. Manusia tidak mampu menanggung tajalli Allah s.w.t, baik tajalli Zat mahu pun tajalli Sifat. Walaupun sudah dihijabkan hanya manusia tertentu sahaja mampu menanggung apa yang datang dari Allah s.w.t. Wahyu tidak turun kepada semua orang. Wahyu hanya turun kepada golongan Nabi-nabi kerana hanya Nabi-nabi yang mampu menanggung kedatangannya. Manusia yang bukan Nabi akan hancur jika wahyu turun kepada mereka. Apa yang didatangkan kepada manusia lain sudah dihijabkan dengan hijab yang lebih tebal, menurut kedudukan seseorang itu. Baik mendengar perkataan Allah s.w.t atau melihat Allah s.w.t atau melihat Nur Allah s.w.t, semuanya adalah disebalik hijab. Kalam Allah s.w.t Yang Hakiki tidak boleh didengar oleh sesiapa pun dan Nur Allah s.w.t tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun, baik secara zahir mahu pun secara batin. Apa yang didengar dan dilihat oleh orang sufi adalah ayat-ayat atau tanda-tanda tentang Allah s.w.t tetapi bukanlah Zat Diri-Nya. Benteng keperkasaan Allah s.w.t tidak dapat ditembusi oleh sesiapa pun, baik secara zahir mahu pun secara batin. Suasana kerohanian yang menyentuh hati insan atau berhubung dengan alam perasaan insan dinamakan Hadrat-Nya iaitu rasa kehadiran-Nya, bukanlah Tuhan sendiri. Tuhan menyampaikan Hadrat-Nya kepada hamba-Nya sebagai jalan bagi hamba berhubung dengan-Nya. Suasana Hadrat yang menguasai seseorang hamba berbeza dengan Hadrat yang menguasai hamba yang lain. Suasana tersebut boleh berubah dari masa ke masa tetapi Zat-Nya tidak berubah.

Dari berbagai-bagai pengalaman yang dilalui oleh orang sufi, tarekat sufi boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama adalah tarekat yang terlibat dengan pengalaman bersatu dengan Tuhan dan tarekat yang kedua adalah yang membezakan Tuhan dengan hamba. Jenis pertama dipanggil tarekat sufi. Jenis kedua pula walaupun ia juga tarekat orang sufi tetapi ia dikenali sebagai tarekat Islam. Dalam tarekat jenis pertama sufi dikuasai oleh rasa kecintaan kepada Allah s.w.t yang bersangatan dan mengasyikkan sehingga apa sahaja yang selain-Nya dilupakan. Golongan yang telah membuang segala kepentingan diri sendiri dan melupakan sekalian makhluk ini layak mendapat simpati, kasih sayang dan ganjaran. Walaupun berlaku perlakuan kufur menurut syariat zahir tetapi ia terjadi bukan dalam kesedaran dan bukan disengajakan. Kufur tarekat ini berbeza dengan kufur syariat yang disengajakan dan dalam kesedaran. Kufur syariat berlaku kerana kejahilan dan keingkaran dan orang yang berkenaan patut ditentang. Perbuatan sengaja menggunakan perkataan latah yang diucapkan oleh sufi yang mabuk, sedangkan orang berkenaan di dalam kesedaran biasa, merupakan kekufuran yang nyata dan perlu ditentang dengan keras. Golongan sufi tiruan tidak boleh dibiarkan merosakkan akidah orang ramai.

Latah biasa terjadi kepada sufi yang mengalami kufur tarekat, mengalami mabuk dan tidak berupaya membezakan yang benar dengan yang batal. Bagi mereka semua perkara berada di atas jalan yang benar. Mereka tidak membezakan Tuhan dengan makhluk. Mereka mempercayai satu wujud sahaja iaitu Wujud Tuhan. Apa sahaja yang zahir mereka anggapkan penzahiran Tuhan yang tidak lain daripada Tuhan. Bila mereka benar-benar mencapai tahap bersatu dengan Tuhan dan bermukim pada kufur tarekat mereka melepaskan apa sahaja kecuali Tuhan. Mereka membuang ikhtiar memilih dan melupakan sekalian makhluk. Ucapan latah mereka merupakan luahan perasaan yang gilakan Tuhan atau mabuk ketuhanan. Ucapan yang demikian tidak boleh dipakai oleh orang lain yang di dalam kesedaran, sementara sufi berkenaan perlu dimaafkan. Tetapi jika sufi itu tidak mencapai peringkat tersebut secara sempurna, sedangkan dia masih juga mengucapkan ucapan latah yang menyalahi syariat, percaya bahawa tidak ada perbezaan di antara Tuhan dengan makhluk, baik dengan jahat, benar dengan salah, maka orang ini benar-benar kufur kerana mendustai apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w secara sedar dan sengaja. Latah boleh keluar dari mulut sufi yang benar lagi lurus, yang dikuasai oleh hal ketuhanan yang mereka tidak berupaya mengawalnya. ‘Latah' juga boleh keluar dari mulut orang jahat lagi pendusta yang menjadi racun, menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Ramai orang yang dalam kesedaran biasa terikut-ikut dengan doktrin yang digubah berdasarkan ucapan latah orang sufi. Akibatnya mereka merosakkan agama sendiri dan masuk kepada kesesatan. Sufi yang benar walaupun terlibat dengan ucapan latah yang menyalahi syariat namun, mereka teguh melaksanakan peraturan syariat seperti sembahyang lima waktu, sekalipun mereka dikuasai oleh mabuk. Seorang sufi besar yang terkenal dengan mabuk, Abu Mansur al-Hallaj, walaupun dikuasai oleh mabuk dan terlibat dengan ucapan latah, beliau kuat mengerjakan sembahyang. Beliau biasa mengerjakan sembahyang sunat 500 rakaat sehari semalam.

Sufi yang dikurniakan tarekat Islam selamat daripada suasana mabuk dan latah. Mereka menuruti jejak Rasulullah s.a.w dalam kehidupan batin dan mengamalkannya dalam kehidupan zahir. Dalam tarekat Islam ada pengalaman perpisahan dan perbezaan di antara Tuhan dengan hamba, selepas peringkat penyatuan. Sufi kembali menyaksikan perbezaan di antara yang benar dengan yang salah, baik dengan jahat. Sebenarnya tarekat Islam itu sendiri merupakan sebahagian daripada syariat Islam yang sempurna. Tarekat adalah sebahagian daripada syariat bukan sesuatu yang berasingan. Berlainan istilah digunakan bagi membezakan syariat pada zahir dengan syariat pada batin atau antara Hakikat Syariat dengan keadaannya yang zahir. Lebih tidak mengelirukan jika digunakan sahaja istilah syariat zahir dengan syariat batin yang berkumpul sebagai syariat yang sempurna. Memanggil syariat zahir sebagai syariat dan syariat batin sebagai tarekat mudah menimbulkan kekeliruan dan membuka jalan kepada sufi tiruan menabur fitnah dan syak wasangka dalam hati orang yang jahil.

Sufi yang dalam keasyikan dan mabuk adalah umpama seorang bayi yang dijaga sepenuhnya oleh ibunya. Ibunya menyayangi dan melindunginya. Si bayi boleh membuang air besar dan kecil di merata tempat, ibunya tidak akan marah. Tidak ada beban yang diletakkan oleh si ibu kepada bayinya. Apa juga yang si bayi lakukan si ibu menerima dengan penuh kasih sayang. Si ibu memperakui bahawa si bayi tidak berupaya menjaga dirinya sendiri. Bila si anak itu sudah baligh, kasih sayang dan perlindungan ibu tidak boleh dijadikan alasan untuk dia terus berkelakuan sebagai bayi. Dia sudah bertanggung-jawab memikul beban dirinya dan tertakluk kepada peraturan dan adab sopan.

Orang majzub dijaga sepenuhnya oleh Tuhan. Tuhan murka kepada sesiapa yang menyakiti orang majzub. Biasanya orang yang menyakiti orang majzub menerima balasan dengan segera. Perkataan orang majzub biasanya menjadi kenyataan. Keadaan yang demikianlah menyebabkan orang ramai yang berminat dengan aliran tarekat tasauf menganggap orang majzub sebagai orang keramat. Sebenarnya kekeramatan bukanlah milik seseorang. Ia adalah hak Tuhan yang dizahirkan dalam melindungi para pencinta-Nya yang tidak berupaya melindungi diri sendiri. Setelah ahli majzub kembali sedar, maka bakat dan keupayaan dirinya kembali berfungsi dan fenomena kekeramatan jarang atau pun tidak lagi berlaku pada dirinya. Dia menyelesaikan sesuatu perkara dengan menggunakan bakat kemanusiaan biasa tanpa melalui kekeramatan.

TUJUAN LATIHAN KEROHANIAN


Manusia fitrah yang memasuki jalan kesufian dan melakukan berbagai-bagai latihan kerohanian didorong oleh tujuan yang suci iaitu untuk menjadi hamba Allah s.w.t sebaik mungkin.. Mereka telah terlebih dahulu mengikuti jalan yang dilalui oleh orang ramai. Mereka telah bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan beramal menurut peraturan syariat. Kehidupan harian dijadikan tarekat buat bermujahadah pada jalan Allah s.w.t, demi memperolehi keredaan-Nya. Dia kuat melakukan ibadat dalam aspek hubungan dengan Tuhan dan juga amalan dalam aspek hubungan sesama manusia. Walaupun mereka sudah menjaga peraturan syariat sekadar kemampuan mereka, namun hati mereka masih merasakan kekosongan. Mereka sudah berjumpa dengan berbagai-bagai guru namun, banyak persoalan yang timbul dalam fikiran mereka tidak dapat dijelaskan secara memuaskan hati mereka. Mereka sampai kepada peringkat mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu apa yang dicari. Mereka diganggu oleh persoalan-persoalan yang mereka tidak tahu di mana mahu mendapatkan jawapan. Mereka merasakan kekosongan jauh di dalam lubuk hati, seolah-olah menantikan sesuatu untuk memenuhinya. Kekuatan akal mereka sudah sampai ke perbatasan yang tidak mungkin ditembusi lagi. Jiwa mereka menjadi tidak tenteram dan fikiran mereka keliru. Mereka mencuba mencari kedamaian melalui amalan tetapi tidak berjaya. Mereka mencuba mendapatkan kedamaian melalui orang-orang alim yang mereka kenali, juga tidak berjaya. Orang alim merupakan modal terakhir mereka. Bila modal tersebut gagal memberikan hasil yang mereka harapkan, mereka sampai kepada titik peralihan. Jiwa mereka mudah terangsang apabila melihat kesyirikan, kemunafikan, kefasikan dan kemunkaran yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka melihat kerosakan berlaku tetapi mereka tidak terdaya menahannya. Apabila mereka memandang kepada masyarakat mereka melihat kepada kemunkaran dan kerosakan dan apabila mereka memandang kepada diri sendiri mereka melihat ketidak-upayaan mereka mencegah kerosakan yang berlaku. Mereka melihat kerosakan yang berlaku kepada masyarakat seperti melihat ombak besar yang menggulung diri mereka. Dalam keadaan yang demikian mereka melihat jalan keselamatan buat mereka adalah mengasingkan diri, lalu mereka masuk ke dalam lembah suluk.

Kumpulan tersebut memasuki suluk dengan niat: "Ilahi! Engkau jualah tujuan dan keredaan Engkau jua yang dicari". Mereka tidak pernah mengetahui, apa lagi terlibat dengan fahaman wahdatul wujud, tidak ada motif mahu bersatu dengan Tuhan, tidak mengimpikan fana, zauk dan jazbah dan tidak bercadang meninggalkan syariat. Keyakinan mereka terhadap syariat tidak pernah bergoyang, cuma sesuatu tentang syariat itu yang mereka tidak jelas. Jawapan kepada yang tidak jelas itu mereka tidak perolehi melalui jalan yang telah mereka lalui. Kesungguhan melakukan ibadat dan menuntut ilmu tidak menghilangkan gangguan rangsangan syaitan. Setiap kebaikan yang dilakukan diiringi oleh bisikan yang mahu merosakkan kebaikan tersebut. Dalam suasana demikian ikhlas adalah sesuatu yang dipaksakan dan mereka mesti bekerja keras mempertahankan keikhlasan itu. Bukan setakat mempertahankan keikhlasan malah kesungguhan melakukan ibadat juga mesti dibaja kerana ada sahaja sesuatu yang cuba menghalang mereka berbuat ibadat. Pergaulan dengan orang ramai menjadi jalan bagi musuh-musuh ibadat dan ikhlas menyerang mereka. Benteng yang paling baik bagi mereka mempertahankan diri adalah suluk. Latihan-latihan yang dilakukannya semasa bersuluk membawa mereka melepasi gangguan rangsangan syaitan. Amal ibadat dapat dilakukan dengan mudah dan ringan. Sabar, reda, tawakal dan ikhlas menjadi keperibadian mereka, berlaku secara spontan, bukan lagi sifat yang dipaksakan.

Semasa bersuluk itu mungkin mereka terbawa kepada pengalaman kerohanian dan terdorong kepada wahdatul wujud, tetapi akar kehambaan yang teguh akan membawa mereka melepasi yang demikian untuk kembali kepada jalan kenabian. Bila rohani mereka telah benar-benar matang, percampuran dengan orang ramai tidak lagi memudaratkan mereka. Pada masa itu mereka ‘diperintahkan' supaya kembali kepada masyarakat kerana ada tugas yang perlu mereka lakukan. Mereka masuk semula kepada kegiatan masyarakat, membimbing orang ramai agar selamat daripada kemusyrikan, kemunafikan, kefasikan dan kemunkaran, seterusnya kembali kepada Tuhan dengan akidah dan amalan yang bersih.

Kumpulan yang diceritakan di atas merupakan orang yang sampai kepada jalan kenabian melalui jalan kesufian walaupun mereka tidak mengetahui maksud sufi dan istilah-istilah tasauf. Mereka telah memperolehi faedah yang besar daripada latihan kerohanian secara bersuluk. Hati mereka umpama pelita yang mempunyai sumbu tetapi tidak mempunyai minyak. Latihan kesufian umpama memasukkan minyak ke dalam pelita. Gurunya umpama api yang menyalakan pelita tersebut. Setelah pelita hatinya menyala akalnya mampu mendapatkan jawapan kepada persoalan yang mengganggunya selama ini, yang tidak dapat di jelaskan oleh orang lain. Jiwanya menjadi tenang. Darjat kehambaannya meningkat sehingga sampai kepada kesempurnaan. Dia layak bergelar hamba Tuhan yang melaksanakan kehendak dan peraturan Tuhan sebagai yang Dia kehendaki. Tarekat kesufian telah membawanya kepada jalan kenabian yang sebenarnya. Kepercayaan dan keyakinannya kepada kebenaran syariat bertambah dan menjadi teguh serta memudahkannya melaksanakan dan mengamalkan tuntutannya. Mereka bergerak di dalam masyarakat sesuai dengan cara Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w berkecimpung di dalam masyarakat. Mereka telah sampai kepada tujuan mereka diciptakan. Sampai kepada tujuan penciptaan insan itu adalah peringkat paling tinggi. Allah s.w.t menciptakan insan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Kehambaan adalah peringkat paling tinggi dan paling sempurna. Mereka berpegang kepada Kebenaran Hakiki sebagaimana dinyatakan oleh al-Quran dan as-Sunah. Tidak ada kebenaran yang mengatasi kebenaran syariat. Setelah menemui kebenaran syariat dan mencapai peringkat kehambaan yang sejati, berakhirlah latihan kerohanian. Peringkat seterusnya adalah bekerja menurut peringkat yang dicapai dan kebenaran yang ditemui, sebagaimana Rasulullah s.a.w bekerja setelah menghabiskan peringkat khalwat di Gua Hiraa.

Perkembangan kerohanian sufi dalam mencapai kesempurnaan melalui empat peringkat. Peringkat pertama dinamakan perjalanan menuju Allah s.w.t. Sufi bergerak daripada pengetahuan yang rendah kepada pengetahuan yang lebih tinggi sampai kepada pengetahuan mengenai Wajibul Wujud. Dalam proses ini pengetahuan mengenai mumkinul wujud (wujud yang mungkin) berkurangan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terhapus terus. Keadaan ini dinamakan fana. Fana membawa sufi memasuki peringkat ke dua, dinamakan perjalanan dalam Allah s.w.t. Ia merupakan proses perjalanan yang diistilahkan sebagai makrifat atau mengenal Allah s.w.t dalam suasana yang dinisbahkan kepada ketuhanan atau hakikat-hakikat seperti nama-nama Tuhan, sifat-sifat Tuhan dan hal-hal ketuhanan. Seterusnya sufi sampai kepada suasana yang tiada perkataan dan bahasa boleh bercerita, tiada sifat boleh mengibaratkan, tiada perhubungan boleh dihubungkan dan tiada sesuatu penjelasan. Pengetahuan tidak ada dan makrifat juga tidak ada dalam suasana yang demikian. Tidak ada pengetahuan dan tidak ada pengenalan yang mampu bercerita tentang zat Allah s.w.t. Pengalaman pada suasana kerohanian yang demikian dinamakan baqa atau hidup bersama-sama Tuhan. Ini adalah penghabisan peringkat ke dua. Perjalanan peringkat pertama dan ke dua melengkapkan kewalian cara sufi. Orang yang telah menempuh dua peringkat ini dipanggil sebagai wali sufi atau wali kecil.

Sufi seterusnya bergerak kepada peringkat ke tiga yang dinamakan perjalanan dari Tuhan. Dalam peringkat ini perjalanan bermula dari pengetahuan yang tinggi kepada yang lebih rendah iaitu dari Wajibul Wujud kepada mumkinul wujud. Sufi yang sampai kepada peringkat ini dinamakan orang arif yang lupakan Tuhan melalui Tuhan, yang kembali dari Tuhan dengan Tuhan, yang kehilangan tetapi menjumpai, yang terpisah tetapi bersatu, yang jauh tetapi dekat, yang tidak boleh dikatakan tetapi tahu, yang tidak boleh disifatkan tetapi kenal. Peringkat ke tiga ini merupakan kebalikan kepada peringkat kedua. Ketika berada pada peringkat kedua sufi mengalami suasana yang diistilahkan sebagai fana dalam Tuhan. Pada peringkat ke tiga pula sufi meninggalkan makam ketuhanan dalam keadaan tidak berpisah dengan Tuhan. Pengaruh mabuk dan wahdatul wujud sudah berkurangan. Kesedaran kemanusiaan sudah mula kembali sedikit demi sedikit. Bila kesedaran kemanusiaannya telah bertambah kuat sufi melengkapkan perjalanan pada peringkat ke empat iaitu perjalanan dalam alam kebendaan. Pada peringkat ini sufi kembali mengenali sesuatu yang dilupakannya pada peringkat pertama dahulu. Peringkat pertama membuat sufi lupa tetapi peringkat ke empat membuat sufi kembali mengingati. Alam kebendaan menjadi terang benderang kepadanya dan akhirnya dia kembali sepenuhnya kepada kesedaran dirinya dan alam maujud. Dia kembali kepada tempat dia bermula. Perjalanannya menjadi lengkap.

Perjalanan peringkat ke tiga adalah perubahan dari jalan kesufian kepada jalan kenabian. Peringkat ke empat adalah penyempurnaan cara kenabian untuk memikul tugas yang mulia iaitu membimbing umat manusia kepada Tuhan, meneruskan perjuangan Nabi-nabi.

Ada pula orang yang memasuki jalan kesufian kerana dipaksa bukan dengan disengajakan. Golongan ini boleh diibaratkan sebagai orang-orang yang mempunyai tugas tetapi mereka leka dengan kehidupan harian sehingga tercampak jauh daripada tujuan mereka diciptakan. Dengan rahmat dan belas kasihan Tuhan mereka disentak dari kelalaian tersebut dan diheret menghadap Tuhan. Mereka dipisahkan daripada apa sahaja yang menghalang mereka daripada kembali kepada Tuhan. Dalam golongan inilah terdapat raja yang diturunkan dari takhtanya, orang kaya yang jatuh miskin, orang cantik yang menjadi hodoh dan yang seumpama mereka. Perubahan yang mendadak menimpa mereka memisahkan mereka daripada beban berat yang menghalang mereka berjalan kepada Tuhan dan pada masa yang sama juga mereka terpisah daripada orang ramai. Mereka tidak ada pilihan kecuali mengasingkan diri. Dalam pengasingan itu mereka memperbanyakkan ibadat kepada Tuhan, membentuk penyerahan yang sejati, merelakan apa jua takdir yang sampai kepada mereka. Kesan daripada ujian yang menimpa mereka secara mengejut itu dihapuskan semasa pengasingan atau bersuluk. Dalam keasyikan beribadat itu terbuka kepada mereka peringkat-peringkat perjalanan seperti yang dilalui oleh sufi kumpulan pertama. Kumpulan pertama berjalan kepada Tuhan berbekalkan pengharapan. Kumpulan ke dua ini pula tidak membawa sebarang bekal kerana segala sesuatu telah diserahkan kepada Tuhan. Mereka telah rela dengan apa juga takdir yang sampai kepada mereka. Kumpulan pertama bekerja keras menghapuskan segala kehendak diri sendiri agar kehendak Tuhan menjadi kehendaknya juga. Pada kumpulan ke dua pula segala kehendak diri sendiri telah dihapuskan ketika ujian bala bencana menghempap mereka. Penghapusan kehendak diri berlaku dengan cepat diikuti oleh sifat penyerahan bulat kepada Tuhan, menghapuskan sifat-sifat keji dari hati mereka. Seterusnya kesedaran diri ikut lenyap bersama-sama dengan pengaruh akal fikiran dan perasaan. Mereka masuk kepada suasana yang dipanggil majzub. Orang majzub mengalami berbagai-bagai hal ketuhanan yang menghasilkan makrifat. Kumpulan yang berjalan melalui tarekat ujian bala ini berjalan lebih pantas daripada kumpulan pertama yang melakukan latihan bersuluk secara kesedaran dan kehendak sendiri, tetapi perkembangan kerohanian pada kumpulan pertama lebih teratur daripada kumpulan ke dua. Bimbingan dari guru yang arif dan bekalan ilmu yang mencukupi membantu kumpulan pertama meningkat dalam bidang kerohanian secara bersistematik dan mereka memperolehi penerangan mengenai apa yang mereka alami. Kumpulan ke dua pula biasanya menjadi majzub tanpa berguru dan mengalami hakikat tanpa mendapat penjelasan mengenainya. Kumpulan majzub ini akan berjalan terus melalui berbagai-bagai pengalaman tanpa mendapat pengetahuan yang jelas mengenai apa yang mereka alami. Setelah mereka melepasi peringkat majzub dan kembali kepada kesedaran keinsanan baharulah mereka mempelajari hakikat yang telah mereka alami. Kumpulan yang bergerak secara perguruan selamat daripada fitnah masyarakat. Kumpulan yang tiba-tiba menjadi majzub tanpa berguru sering menimbulkan fitnah kepada orang ramai kerana latar belakang mereka yang tidak kuat dan tidak alim dalam bidang agama, sedangkan mereka mula bercakap tentang ketuhanan, membuat orang ramai curiga kepada mereka. Lebih buruk lagi jika di dalam keadaan hilang kesedaran itu mereka tidak mematuhi peraturan syariat dan adab kemanusiaan. Walau bagaimana pun setelah mereka kembali kepada kesedaran dan memperolehi pengetahuan tentang pengalaman kerohanian mereka, mereka akan bergerak sesuai dengan peraturan syariat dan dapat mengelakkan diri daripada menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Tidak semua orang yang menempuh jalan kerohanian akan kembali kepada kesedaran semula. Ada yang menjadi majzub terus menerus, fana dalam Tuhan secara berterusan dan tidak kembali lagi kepada kesedaran keinsanan. Orang yang seperti ini telah naik ke tempat yang tinggi tetapi tidak menjumpai jalan turun. Suasana kebatinan mereka berbeza daripada orang ramai. Lantaran itu adab dan sopan santun orang ramai tidak memberi apa-apa makna kepada mereka, malah syariat juga boleh tertanggal ketika mereka dikuasai oleh jazbah. Orang yang hilang kesedaran ini tidak boleh dijadikan pembimbing kerana mereka bercakap bahasa zauk sedangkan orang ramai yang dalam kesedaran menggunakan akal untuk mentafsirkan pengalaman zauk. Akal tidak mampu menerangkan pengalaman hakikat.

Orang yang dalam zauk banyak bercakap mengenai perkara ghaib dan hal ketuhanan. Daripada mulut mereka juga mudah keluar cerita mengenai penyaksian mata hati terhadap rupa, bentuk, warna dan cahaya yang dinisbahkan kepada ketuhanan. Orang yang dalam zauk juga melahirkan keasyikan yang mendalam kepada Tuhan. Daripada mereka juga selalu keluar perkara luar biasa yang diistilahkan sebagai keramat. Kekeramatan yang disaksikan menyebabkan orang lain menjadi yakin dengan apa yang mereka perkatakan. Ada orang yang di dalam kesedaran menggubah konsep ketuhanan hanya dengan mendengar ucapan orang majzub. Tuhan dimasukkan ke dalam sempadan rupa, bentuk, warna dan cahaya atau sesuatu menurut khayalan dan sangkaan mereka. Orang yang di dalam kesedaran biasa, tidak pernah mengalami zauk, menjual konsep ketuhanan yang diperolehi dari perkataan orang majzub, adalah orang yang sesat dan menyesatkan. Golongan ini dan pengikut mereka adalah kufur, tetapi orang majzub, walaupun pada zahirnya menyalahi syariat, mereka patut dimaafkan kerana mereka dikuasai oleh mabuk.

Ada juga orang yang memasuki aliran kesufian dengan tujuan mendapatkan kebolehan yang luar biasa kerana mereka terpesona melihat kekeramatan yang keluar daripada wali sufi. Bidang kekeramatan yang paling digemari adalah keramat zahir iaitu kebolehan luar biasa dalam bidang keduniaan. Sufi beramal kerana mahu menyucikan hati bagi mengabdikan diri kepada Tuhan. Kumpulan sufi celup itu pula menggunakan amalan sufi untuk mendapatkan kebolehan yang luar biasa dan ilmu yang mampu menguasai sesuatu perkara bagi kepentingan duniawi. Amalan yang dilakukan orang kerana Allah s.w.t diceduk untuk dijadikan amalan kerana kepentingan diri sendiri. Pekerjaan ibadat menurut peraturan syariat digubah menjadi khurafat. Pengalaman kebatinan pada alam khadam dikatakan alam ketuhanan. Apabila memperolehi keramat khadam mereka mendakwa diri mereka sudah menjadi wali yang agung. Bila sudah menguasai sesuatu kebolehan yang luar biasa mulalah mereka mendakwa ketuhanan diri lalu menanggalkan kehambaan dan mencampakkan syariat. Mereka adalah puak yang sesat dan kufur!

Tarekat sufi bukan bertujuan untuk memperolehi penyaksian terhadap rupa, bentuk, warna dan cahaya. Ia juga bukan untuk mendapatkan kekeramatan. Apa juga yang disaksikan dan apa juga yang diperolehi adalah gubahan Tuhan, bukan Tuhan. Tarekat sufi bukan untuk menukarkan manusia menjadi Tuhan. Tuhan tetap Tuhan dan hamba tetap hamba, tidak boleh diadakan bahasa yang kesamaran mengenai perbezaan dua perkara tersebut. Pada satu peringkat perjalanan sufi mungkin terjadi terbalik pandangan mereka sehingga mereka tidak menyaksikan perbezaan di antara hamba dengan Tuhan. Perkara demikian berlaku bukan disengajakan. Ia terjadi akibat pertembungan diri rohani dengan alam tinggi. Pertembungan tersebut menimbulkan mabuk. Orang yang sedang asyik dengan Tuhan, apabila dikuasai oleh mabuk, tidak melihat lagi kepada yang lain kecuali Tuhan. Bagi mereka semuanya adalah Tuhan. Apa yang ditemui pada peringkat ini bukanlah kebenaran yang muktamad. Ia baharu suasana menuju kebenaran. Suasana demikian hanyalah bayangan atau misal yang muncul dalam alam kebatinan sufi yang sedang dilambung gelombang kefanaan dan keasyikan dengan Tuhan. Keasyikan seorang jejaka kepada seorang gadis sering juga menimbulkan bentuk misal. Lagu-lagu percintaan sering menggambarkan rupa kekasih sebagai bulan purnama dan suara sebagai buluh perindu. Misal yang digubah dalam kesedaran hanyalah khayalan, tetapi misal dalam alam ghaib adalah nyata dalam keghaiban (boleh disaksikan oleh mata hati tetapi tidak boleh dilihat dengan mata zahir). Yang menyata pada hati orang yang sedang dilamun cinta hanyalah gambaran, bayangan atau misalan yang tidak sedikit pun menyerupai yang sebenar. Kecintaan kepada Tuhan memberi kesan yang sangat kuat kepada hati. Orang yang asyik dengan keindahan Tuhan boleh berdiri di tepi pantai dari pagi hingga ke petang, tanpa jemu, tanpa menghiraukan panas matahari. Bila ditanya apa yang dia lihat, dia akan mengatakan dia melihat Tuhan. Keasyikan kepada Tuhan bercampur dengan rindu yang membara membuat seseorang mabuk ketuhanan sehingga tidak ada apa yang disaksikannya melainkan dinisbahkannya kepada Tuhan. Suasana hati yang demikian juga melahirkan rasa bersatu dengan Tuhan. Penyatuan hanya berlaku dalam alam perasaan, bukan penyatuan yang sebenarnya.

Menyaksikan perkara ghaib dan mendengar suara ghaib bukanlah kesudahan jalan sufi. Semua itu hanyalah bayangan. Allah s.w.t berbeza, tiada persamaan sedikit dengan yang demikian. Walau bagaimana tinggi pun anggapan diberikan kepada sesuatu pengalaman kerohanian itu ia tidak ada nilai sebelum diuji dengan al-Quran dan as-Sunah. Jika pengalaman tersebut bersesuaian dengan al-Quran dan as-Sunah baharulah ia menjadi berharga dan boleh dipegang. Ketika seseorang itu masih diperingkat bayangan kerohaniannya masih belum matang dan dia belum mencapai kesempurnaan. Jika dia terus menerus di dalam bayangan, tinggalkan dia dengan alamnya sendiri. Tuhannya yang akan menjaganya. Ikutlah wali yang telah sampai kepada kesempurnaan jalan, beramal sesuai dengan cara Nabi Muhammad s.a.w.

Jangan sekali-kali melepaskan pandangan daripada Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w.

ILMU MENGENAL ALLAH (MAKRIFATULLAH)

KALIMAH TAUHID  ‘    LA'ILAHA'ILLALLAH

    Kalimah LA'ILAHA'ILLALLAH sebenarnya ialah kalimah tauhid iaitu kalimah mengESA akan Allah.   Hakikat kalimah ialah menyata akan Allah.  Bagaimana hendak menyata akan Allah?  Sedangkan bila diucapkan kalimah itu tidak mengandungi intipatinya dan kemahuan kalimah itu sendiri, tanpa ada rukun dan syaratnya.

   Melafazkan kalimah itu sah dengan tiga rukun, iaitu pertama lafaz di lidah, kedua tasdik dihati dan ketiga laku dengan perbuatan.
    Lafaz di lidah, siapa-siapa pun tahu dan dapat melafazkan dengan lidah atau mulut, kecuali orang-orang bisu. Laku dengan perbuatan, iaitu menunaikan tuntutan kalimah itu sendiri (insyallah akan diterangkan di bab-bab yang akan datang).
    Tasdik dihati, (disinilah yang akan diperbincangkan dengan panjang lebar, kerana disinilah matlamat dan hakikatnya kalimah).  Apakah yang dimaksudkan dengan tasdik dihati?  Benarkah sebagaimana kefahaman kebanyakan umat Islam kini, yang dimaksudkan tasdik dihati itu menterjemahkan atau mengalih bahasakan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu (Jawi)?  Benarkan tasdik itu TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH?
    Maksud sebenar tasdik dihati itu ialah membenarkan dihati, yang terkandung didalamnya nafi dan isbat, bukanlah dengan mengalih bahasakan atau menterjemahkan bahasa.  Sekiranya benar seperti apa yang difahamkan oleh kebanyakan umat Islam kini, iaitu menterjemahkannya, bagaimana pula bangsa Arab sendiri yang melafazkan kalimah, dan bagaimana pula mereka hendak mentasdikkan dihati?  Sedangkan kalimah itu bahasa Arab, apa pula yang hendak diterjemahkan oleh bangsa Arab?
    Mithalnya  kita yang berbangsa Melayu, apabila kita sebut "ayam makan padi" apa pula yang hendak kita terjemahkannya atau hendak di alih bahasakannya?  Sedangkan kita sudah faham dengan perkataan tersebut.  Begitulah juga dengan bangsa Arab yang menyebut " LA'ILAHA'ILLALLAH " yang sudah pun mereka faham maksudnya, dengan apa pula yang hendak mereka tasdikkan?.
    Rukun syahadah yang tiga seperti yang tersebut diatas, bukanlah sahaja tertakluk kepada bangsa Melayu atau selain dari bangsa Arab, malahan rukun yang tiga itu tertakluk kepada sesiapa sahaja yang mengaku beragama Islam.  Tidak tahulah pula kalau-kalau ada petua yang mengatakan rukun syahadah yang  tiga itu, dua kepada bangsa arab dan tiga kepada selain dari bangsa arab?.
    Maksud sebenar apa yang dikatakan tasdik di hati itu bukanlah alih bahasa, tetapi membenarkan dihati.  Tidak sah kalimah jikalau sekadar alih bahasa.  Kebanyakan orang-orang Islam pada hari ini nafi berhala (tok kong) dan isbat tuhan (Allah) kerana ekoran dari terjemahan atau alih bahasa tersebut.  Sayugia diingatkan tidak sah kalimah seseorang itu jika beliau nafi berhala (tok kong), kerana berhala itu tidak ada langsung sifat-sifat ketuhanan dan alangkah lekehnya jika diperbandingkan berhala untuk dinafikan dengan ZAT Allah swt.
    Pada hakikatnya lafaz dilidah dan laku dengan perbuatan itu sendiri tersimpul didalam tasdik dihati.  Jadi tasdik dihati itu mengambil peranan penting didalam mengesahkan kalimah tauhid.  Salah tasdik, nauuzbillah, berkecailah  kalimah itu, tidak sah kalimah, tidak sah Islam.
    Jadi bagaimana pula kalimah tauhid itu hendak dijadikan kalimah mengESA?  Iaitu dengan mengetahui syarat dan rukun tasdik itu, iaitu NAFI dan ISBAT.  Nafi itu maksudnya menolak dan Isbat itu maksudnya menerima.   Apakah yang kita hendak nafi dan apa pula yang hendak kita isbat?  Sebenarnya kita nafi HAK MAKHLUK dan isbat HAK ALLAH.  Kita nafikan apa yang berlaku di makhluk itu bukan HAK MAKHLUK, dan kita isbatkan barang apa yang berlaku di makhluk itu HAK ALLAH.  

Dalil firman Maksudnya;
 "Padahal Allahlah yang menjadikan/menciptakan   kamu dan segala perbuatan kamu  “ 
(Al Shaffat: 96).  

Kesimpulan dalil naqli diatas ialah, Allah menegaskan bahawasanya DIA (Allah) menjadikan kita dan segala apa yang kita lakukan, yakni segala apa yang tengah dok jadi.
    Kesimpulannya, kita nafikan yang dalam (tengah dok jadi) itu bukan HAK KITA (MAKHLUK) dan kita isbatkan yang dalam (tengah dok jadi) itu adalah HAK ALLAH.  Terutamanya pada sifat maani yang tujuh, yang dalam proses (tengah dok jadi) di kita itu bukan HAK KITA (MAKHLUK), tapi HAK ALLAH, yang berlaku itu hanya lalu atau terupa sahaja dikita, sedangkan pada hakikatnya kita pun tidak ada, hanya tengah dok jadi.
    Itulah sebabnya jikalau kita perasan atau dakwa yang berlaku di kita itu HAK kita, wajib kena atas syirik.  Bukan setakat meletakkan pada diri kita sahaja, tapi kena meletakkan nafi dan isbat (kalimah) itu pada tiap-tiap sesuatu, setiap waktu dan setiap ketika, baharulah sebenar ESA (bukan satu).  Matlamat yang kita nafi dimakhluk dan isbat di makhluk, kerana makhluklah yang menyata akan Allah (NYATA ALLAH) yang tidak nyata.  Dengan itu hakikat kalimah ialah untuk mengESA akan Allah.
    Setelah TIADA HAK MAKHLUK MELAINKAN HAK ALLAH sentiasa, diamalkan pula TIADA LAIN MELAINKAN ALLAH, maksud LAIN itu ialah  tiada yang lain  yang berlaku dimakhluk itu melainkan ALLAH.  Setelah sentiasa amalkan pula TIADA YANG NYATA MELAINKAN ALLAH, selepas itu TIADA YANG ADA MELAINKAN ALLAH (La maujud bilhak illallah).  Tiada yang ada melainkan ada, yang ada pada mata kasar ini,  ada yang tak sebenar.  Yang ada sebenar hanyalah Allah sahaja.  Sebab apa dikatakan yang lain itu ada tidak sebenar? , sebab ada yang lain itu hanya dalam proses kejadian (tengah dok jadi).  Yang ada sebenar hanyalah Allah (Ujud yang  mutlak).

   Akhir sekali, apabila tiada yang lain melainkan Allah, tiada yang nyata melainkan Allah, dan apabila Allah sudah nyata sentiasa, maka tidak perlulah lagi berkalam.  Sebab itu mengakhiri kalam, tidak berkalam, tapi duduk didalam.  Maksud duduk didalam ialah, tiada pelihat aku, tiada mendengar aku, tiada gerak diam aku dsbnya melainkan Allah.  Maksudnya kita sudahpun duduk didalam kalimah.
    Jadi untuk memahami kedudukan kita ini, kenalah tahu dan faham, itulah yang dikatakan ilmu, dan ilmu itulah yang memainkan peranan penting, tersalah ilmu yang dituntut tidak kekal dan tidak bertemulah dengan IKTIKAD yang HAK atau iktikad yang sebenar.
    "Faklam annahu  LA'ILAHA'ILLALLAH" ertinya, ketahuilah olehmu  LA'ILAHA'ILLALLAH.  Disuruhnya kita tahu kalimah itu, hendak tahu pasti dengan ilmu (Ilmu Maarifat), sebab itu didalam satu petikan hadith berbunyi "Kalau hendak selamat dunia dan akhirat hendaklah duduk didalam kota".  Maksud kota di sini ialah kalimah  LA'ILAHA'ILLALLAH.  Dengan itu kenalah kita meletakkan kalimah pada tiap-tiap sesuatu, tidak bercerai dan tidak bersekutu, tiada hak makhluk (ini yang ada ini?) HAK ALLAH.  Kita nafi hak makhluk bukan nafi makhluk, kalau kita nafi makhluk, dimana hendak nyata Allah?
    Jikalau nafi makhluk atau berhala (tok pekong) tidak sah.  Nafi berhala (tok pekong) sah pada mualaf yang baharu sahaja, kalau sudah lama Islam tidak sah nafi berhala.  Jikalau nafi berhala juga maka terbatal nafi.  Dikiaskan pada cerita bahtera Nabi Noh, iaitu berpasang-pasang masuk kedalam bahtera itu dikiaskan kepada nafi dan isbat, supaya tidak tenggelam didalam air, dikiaskan kepada api neraka.  Maksudnya apabila ada nafi dan isbat yang sebenar, tidaklah tenggelam didalam api neraka.
    Jadi hendak cari Tuhan kena  cari  dimakhluk, sebab itu kena kenal makhluk habis-habis.  Perumpamaannya; hendak jadi dodol (wajik) kenalah gaul (kacau) santan, gula dan tepong didalam kuali sehingga jadi dodol (wajik).  Dan apabila hendak cari dodol (wajik), kenalah cari disantan, gula dan tepong. Tapi bagi orang-orang syariat duduk kuis buang santan, gula dan tepong, akhirnya tinggallah kuali kosong, dapat kuali panas sahajalah, apa hasil pun tidak ada.
    Dari sebuah hadis Rasullallah saw, "Lemah pendapat akan mendapat, lalu mendapat."  Maksudnya bagi orang-orang syariat,lemah hendak mencari Tuhan tidak dapat-dapat, duduk dapat makhluk, lain daripada makhluk itulah Tuhan, dapat Tuhan tidak tahu dimana?.  Apabila tidak tahu dimana, kenalah atas baharu, baharu jadi Tuhan.  Bagi orang-orang hakikat, lemah hendak mencari hak makhluk tidak dapat-dapat, yang duduk dapat hak Allah.  Dapat dimana?.  Meliputi tiap-tiap sesuatu.  Kita kenalah meletakkan kalimah pada tiap-tiap sesuatu, apabila kita pandang tiap-tiap sesuatu itulah kalimah.  Sebab tiap-tiap sesuatu itu bertepi, tepi kena bertempoh dengan kuasa dan kuasa ada diri kuasa iaitu ZAT.  Maka nyatalah kalimah yang tidak berhuruf dan bersuara dan bukanlah kalimah yang dialih bahasakan, yang berhuruf dan bersuara.  Maka nyatalah kalimah yang  tidak berhuruf dan tidak bersuara, itulah sebenar- benar kalimah.  Tujuan dan matlamat sebenar kalimah ialah untuk menyatakan Allah.  Maka nyatalah sungguh Allah itu.

   Sebenarnya  kalimah LA itu ertinya tiada, tiada dimana?  Maksudnya tiada yang duduk berlaku dimakhluk.  Yang duduk berlaku di makhluk itu HAK ALLAH bukan HAK MAKHLUK.  TIADA HAK MAKHLUK MELAINKAN HAK ALLAH. LA ertinya tiada tetapi sebenarnya ada (Tidak ada hak makhluk, yang ada hanya hak Allah).  Bila disebut  LA, sudahpun ada Tuhan, bukan seperti sesetengah fahaman orang-orang syariat, iaitu laillah itu tiada Tuhan, illallah baru ada Tuhan.  LA itu datang dari mana?  Adakah LA itu hak makhluk? Tidak ada, yang ada HAK ALLAH. Tiada yang lain yang duduk berlaku itu, melainkan Allah.  Akhir sekali tiada yang ada melainkan Allah.  Jadi barulah bertepatan yang kalimah itu cukup luas.  Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi terkandung didalam kalimah  LA'ILAHA'ILLALLAH..  Tiada HAK tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, melainkan HAK ALLAH.
    Amanah Allah kepada kita, datang suci kembali suci.  Semasa di alam ROH suci, sedikit pun tidak ada syirik, sebab duduk nyata Allah sentiasa, tetapi setelah datang ke alam zahir (dunia) ini terdinding, sudah pun syirik, tidak suci lagi.  Petikan dari sebuah hadis Rasullallah saw, dari Abu Hurairah, "Apabila diberi Amanah mereka khianati" (S.M.).  Apa dia amanah yang dimaksudkan?  Jawabnya ialah dari suci hendaklah kembali suci.  Mestilah nyata Allah sentiasa pada tiap-tiap sesuatu.  Inilah amanah yang paling berat, yang tidak disanggupi oleh makhluk-makhluk jenis lain, melainkan manusia.
   Agama itu suruh dan tegah, disuruh mentauhid akan Allah dan ditegah daripada mensyirik akan Allah.  Tidak sempurna agama itu jikalau ada syirik walau sebesar zarah sekalipun.  Kita dikira orang salik (sedang berjalan) belum pun sampai lagi, sebab itu kadang-kadang kita terlalai dan terlupa.  Apabila sampai baharulah Allah kata, "Pada hari ini aku sempurnakan kamu akan agama kamu".
    Orang-orang yang tidak beriman menyangka, apabila Allah memberi mereka dengan rezeki yang banyak, Allah sayang pada mereka, mereka lalai da leka dengan rezeki itu.  Pada hal Allah memberi rezeki itu dengan kemurkaannya .  Seperti ibarat didalam satu kisah Nabi Daud, iaitu kisah monyet salah sangka terhadap Nabi Daud.  Monyet sangka Nabi Daud membaling sekerat tebu padanya itu Nabi Daud suka padanya, kerana monyet itu tidak susah payah pergi mematahkan tebu-tebu lain.  Monyet tidak tahu sebenarnya Nabi Daud baling tebu padanya sebab Nabi Daud marah padanya.  Jadi monyet itu salah sangka terhadap Nabi Daud.  Begitulah salah sangka  orang-orang yang tidak beriman.

MUDAH-MUDAHAN BERMANFAAT INSYALLAH

*PERLU BERGURU JIKA INGIN MENDALAMI ILMU INI,SEKADAR RUJUKAN SAHAJA DAN PENGENALAN BAGI YANG TIDAK PERNAH MENGETAHUI TENTANG ILMU MENGENAL ALLAH INI...

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR


Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-
malam genap, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Carilah lailatul qadar 
di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” 
(HR. Bukhari )

Semua  sedia  maklum  mengenai  malam  Lailatul  Qadar. Tetapi bilakah berlakunya malam 
Lailatul  Qadar  tersebut?  Malam Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam daripada 10 
malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan. Berikut pula merupakan petua mencari malam 
Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama :

Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan.
Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan.
Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan.
Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.
Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah :

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.

Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.

Pada  malam  itu  malaikat  jibril  akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan 
tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara 
tiba-tiba.  Sama-samalah  kita  memeriahkan  suasana  10  malam  terakhir Ramadan. Mudah-
mudahan  kita  dapat  kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi 1000 bulan atau 
sama dengan 83 tahun kita beramal. Insyallah.  Semoga Ramadan kali ini penuh bermakna.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah 
s.w.t  biarpun  tanda-tandanya  tidak  dapat  dilihat  dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas 
melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang bulan Ramadhan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, aku telah menemui malam yang penuh barokah itu. DIA telah sudi memperkenalkan diriNya kepadaku. Aku lemah Ya Allah, aku hina, aku daif , aku faqir, sesungguhnya aku tiada daya dan upaya melainkan dengan daya upaya Mu dan Rahmat mu Ya Allah.

Dan sesungguhnya KekasihNya juga sudi mengunjungiku di malam penuh barokah itu dan mengijazahkan akan daku amalan-amalan atau Anak Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi dan pengiktirafan Rasulullah untukku dengan Amalan Para Ariffin.

Syukur Ya Allah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------