AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Thursday, September 8, 2011

RASYID MAIDIN & DATO' MEOR RAHMAN = SUNAN KALIJAGA & HANG TUAH

Rashid Maidin

Pejuang Melayu Yang Dilupakan

Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 - 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya.
Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.
Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di Gopeng.

Kehidupan awal
Rashid dilahir dalam sebuah keluarga miskin di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak pada bulan November, 1917 – tahun berlakunya Revolusi Bolshevik di Russia. Beliau adalah anak sulung daripada lapan adik-beradik. Beliau tamat pendidikan sekolah rendah sehingga darjah lima di sekolah Melayu tetapi kemudiannya mengikuti kursus bahasa Inggeris di sekolah malam dan juga belajar melalui pos.
Akhirnya, dia memiliki kemahiran yang mencukupi serta penguasaan bahasa yang baik untuk bekerja sebagai seorang juruteknik di lombong bijih timah British di kawasan Batu Gajah dan Tanjung Tualang di Perak.
Menurutnya, sejak kecil lagi, dia tertarik dengan cerita mengenai legenda panglima Melayu seperti Datuk Maharajalela berjuang menentang penjajahan British di Perak tetapi apabila dia mula bekerja, tumpuannya hanya untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung keluarganya di Gopeng.
Kerjaya politik
Pada tahun 1939, ketika berusia 22 tahun, Rashid bertemu dengan Tu Lung Shan yang ditugaskan mencari ahli baru PKM di Tanjung Tualang. Kumpulan pimpinan Tu ditugaskan oleh pihak parti untuk menganjurkan aktiviti di kawasan sekitar Tanjung Tualang. Pada masa itu, Tu Lung Shan baru berusia 17 tahun dan Perang Dunia Kedua sudahpun bermula di Eropah yang menyaksikan tentera Jerman menyerang Poland.
Pada mulanya, Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara menyeluruh. Ketika berjuang dalam PKMM, Rashid pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British di pusat tahanan Tanjung Beruas, Melaka serta di Larkin, Taiping, Morib dan Tanjung Beruas. Dia pernah mengetuai mogok lapar dalam pusat tahanan tersebut bersama Pak Sako. Sebagai orang tahanan, mereka dibenarkan bekerja di luar pusat tahanan. Upah yang diberi ialah 75 sen sehari.
Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1941 sejurus sebelum pendudukan Jepun dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak. Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 30 April 1930.
Bersekutu dengan British
Pada 18 Disember 1941, PKM telah memeterai persefahaman dengan pihak British di Singapura untuk menubuhkan barisan bersatu untuk menghalang pergerakan Jepun ke selatan Semenanjung dan untuk melatih pemimpin PKM dan anggotanya dalam operasi khas menentang musuh.
Mengikut catatan sejarah di pihak British dan PKM, 165 anggota komunis, termasuk Tu Lung Shan dilihat menjalani latihan di Sekolah Latihan Khas 101 (STS101) di Singapura sebaik sahaja perjanjian itu dicapai sehinggalah kejatuhan pulau itu pada 15 Februari 1942.
Menurut Rashid, dia tidak menyertai MPAJA sewaktu pendudukan Jepun kerana dia ditugaskan oleh pihak parti untuk menjalankan tugas-tugas politik, organisasi dan publisiti di sekitar Gopeng, Tanjung Tualang, Malim Nawar dan kawasan lombong di Tronoh, Seputeh serta Nalla.
Pemberontakan bersenjata menentang British
Rashid memilih PKM sebagai wadah perjuangan yang baru. Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand. Di sana, Rashid berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga merupakan ahli PKM. Isteri Cina ini kini bernama Latifah. Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang
Era Perdamaian
Rashid Maidin menetap di perkampungan yang dinamakan "Perkampungan Malaysia" di sempadan selatan Thailand. Jumlah rumah adalah sebanyak 62 buah dan penduduk di situ lebih kurang 200 orang. Orang Melayu Malaysia ada tiga kelamin manakala yang lain semuanya adalah warga Thailand.
Rumahnya dua tingkat yang diubahsuai daripada rumah asal yang hanya mempunyai satu bilik. Kiri kanan dipenuhi pokok dokong, rambutan dan buah-buahan tempatan iaitu pemandangan yang biasa dilihat di kampung-kampung di Malaysia. Di kampung itu, beliau mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Pak Sako berkata Rashid Maidin kuat dan mantap pegangan agamanya.
Di bawah urusan kerajaan Malaysia, Rashid Maidin pergi ke Mekah untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun 1999. Sahabatnya seperjuangannya, Tuan Haji Ahmad Boestaman dan Tuan Haji Ishak Haji Mohamad telah lama meninggal dunia.
Tubuh Rashid Maidin masih tegap dan selalu berpakaian serba putih lengkap berketayap. Wajahnya awet muda dan kelihatan seperti berusia awal 50-an.
Meninggal dunia
Pada 1 September 2006, pukul 9 pagi Tuan Haji Rashid Maidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).
Tuan Haji Rashid Maidin meninggal dunia kerana sakit tua pada umur 89 tahun. Solat jenazah dan pengkebumian telah dilakukan selepas solat Jumaat.
Ghaib
Rashid dikatakan mempunyai keistimewaan boleh menghilangkan diri jika diburu oleh pasukan keselamatan. Beliau juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Rumah itu daripada papan dan bertiang tinggi. Pasukan tentera mengepung rumah itu tetapi tidak dapat menemui Rashid yang dikatakan berada di situ.
Menurut sumber lisan daripada anak nya yang bernama Johan Ariffin, bapanya seorang yang kuat semangat dan tabah menempuh pancaroba. Dia merupakan seorang yang bijak dalam mengatur strategi dan mempunyai kebolehan yang baik dalam berpidato dan berhujah. Johan Ariffin pernah bertugas sebagai anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Sehingga kini, Rashid maidin ada meninggalkan cucu yang bernama Azman dan Hasnur Hadi, seorang usahawan dalam bidang penternakan Lembu tenusu di Ayer Kuning, Perak di bawah Syarikat Megaternak Sdn. Bhd.


Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman dari kaca mata Cikgu Sazali, anakandanya
Sazali ialah anakanda Dato' Meor Abdul Rahman yang diberi gelaran "Harimau Berantai" oleh ayahandanya, berdasarkan permainan Seni Gayongnya. Beliau adalah anak kandung "Tarzan Malaya" di Singapura.
Menceritakan tentang perihal ayahandanya, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, Sazali menyatakan ayahandanya adalah seorang yang tegas sewaktu melatih anak muridnya dalam persilatan. Walaupun Sazali adalah anakanda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, tetapi latihan yang diterima oleh Sazali adalah lebih berat berbanding anak-anak murid ayahandanya yang lain. Setiap hari Sazali diarah melakukan senaman lompat arnab("pumping")ke hadapan dan ke belakang sebanyak 1000 kali, sehingga beliau berasa sengal-sengal seluruh anggota badannya dan mengalami kesukaran untuk berjalan; lebih-lebih lagi untuk mencangkung ketika hendak membuang air besar. Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman sering menekankan tentang keperluan kekuatan tangan dan kaki dalam persilatan. Untuk kekuatan kaki, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman menyuruh Sazali mengangkat besi angkat berat. Besi angkat berat akan diletakkan di atas bahu, dan Sazali diminta membuat gerakan turun-naik berkali-kali. Selain daripada itu, Sazali juga diminta meletakkan sebuah kerusi di hadapannya. Selepas itu beliau diminta melakukan sepak layang melepasi kerusi kanan dan kiri bersilih ganti, juga sebanyak berkali-kali. Untuk kekuatan tangan, Sazali diminta memegang dengan dua tangan besi angkat berat yang kecil, dan beliau diminta menjulang besi tersebut turun naik sebanyak beberapa kali.
Sazali pernah memberontak dan melawan ayahandanya tersebut. Malah beliau telah mencabar Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman dengan kata-kata,"Ayah ingat, ayah seorang sahaja yang sendo. Nah! Ini dia sendo seorang lagi!" kata Sazali sambil menghunus sundang. Tiba-tiba Mahaguru Meor Abdul Rahman sudah berada di hadapannya sambil berkata,"Apa kau kata?" Kerana terkejut, Sazali telah mengatur langkah seribu untuk melarikan diri, dengan sundang yang dipegang hilang entah ke mana.
Menurut Sazali, ayahandanya Dato' Meor Abdul Rahman sangat sayangkan binatang. Di rumahnya terdapat banyak haiwan liar seperti harimau kumbang, beruang dan ular sawa yang dipelihara di dalam kandang. Haiwan-haiwan tersebut diperoleh sewaktu bertembung di dalam perjalanan untuk mengembangkan Gayong. Kerana sayangkan haiwan-haiwan berkenaan, Dato' Meor Abdul Rahman pernah mengarahkan anakandanya, Sazali memanggil rakan-rakan sekolahnya menghadiri "upacara pengkebumian" haiwan peliharaannya tersebut. Sazali dan rakan-rakannya diminta membuat tabik hormat manakala Dato' Meor Abdul Rahman pula melepaskan tujuh das tembakan pistol ke udara. Begitulah cara Dato' Meor Abdul Rahman menunjukkan kasih sayang beliau terhadap haiwan liar peliharaannya.
Ada beberapa cerita mengenai Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman yang tidak dapat dilupakan oleh Sazali. Suatu ketika, semasa Sazali sedang bermalam di makam Daing Kuning bersama-sama ayahandanya Dato' Meor Abdul Rahman dan Pak Naning, beliau telah terlihat kelibat lembaga hitam yang besar dan tinggi, setinggi pokok kelapa. Pada ketika itu Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman berada agak jauh dari tempat kedudukan Sazali. Pak Naning telah menyuruh Sazali membaca Surah Al-Lahab berkali-kali sehinggalah lembaga tersebut hilang dari pandangan. Pak Naning, menurut Sazali berkebolehan menawarkan air laut iaitu secara dibuat pusaran dengan jari telunjuk pada air laut dan Sazali diminta mengambil air di bahagian tengah pusaran, yang ternyata telah menjadi tawar! Pak Naning juga pernah dilihat oleh Sazali tidak basah tubuhnya oleh air hujan yang turun mencurah-curah. Menurut Sazali, Pak Naning mengamalkan bacaan-bacaan yang diambil di dalam sembahyang.
Ketika sedang menunggu durian di kawasan berdekatan dengan makam Daing Kuning bersama-sama dengan seorang rakannya, Sazali telah bercerita untuk menghilangkan rasa mengantuk. Setelah terdengar bunyi buah durian gugur, mereka berhasrat untuk mengutipnya setelah dipastikan jumlah yang terkumpul ialah lima biji durian. Sewaktu sedang menunggu buah durian lainnya gugur, rakan Sazali telah bercerita tentang kaum di Sabah yang boleh menyihir untuk mengalihkan kemaluan ke kepala(dahi). Sedang mereka rancak berbual-bual, tiba-tiba di hadapan mereka berdiri gagah lembaga hitam yang besar dan tinggi setinggi pokok kelapa merenung tajam ke arah mereka berdua, sambil bercekak pinggang. Apalagi, kedua-dua mereka pun bingkas bangun dan cabut lari menuju ke arah kenderaan pacuan empat roda mereka. Mereka memandu kenderaan mereka dengan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Setibanya mereka di rumah, kelihatan di hadapan rumah Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman berdiri menunggu sambil bercekak pinggang. Aksinya saling tak tumpah seperti lembaga hitam yang mereka lihat sebentar tadi. Mereka telah dimarahi oleh Dato' Meor Abdul Rahman kerana bercerita yang bukan-bukan di kawasan makam.
Sazali juga berkesempatan menemui Rasyid Maidin, ketua PKM ketika berada di rumahnya di Taiping dalam tahun 1970-an. Ketika itu beliau sedang berada di hadapan rumahnya. Tiba-tiba datang seorang lelaki bertanyakan Sazali,"Di mana rumah Cikgu Meor Rahman?" Setelah diberitahu oleh Sazali bahawa rumahnya ialah rumah Dato'Meor Abdul Rahman, maka lelaki berkenaan pun memberi salam dan memasuki rumah Dato' Meor Abdul Rahman. Setelah lelaki tersebut pulang, Sazali telah bertanyakan ayahandanya siapakah lelaki yang datang tadi. "Itulah Rasyid Maidin..."kata Dato' Meor Abdul Rahman. Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman pernah bertemu dengan Rashid Maidin ketika di zaman pemerintahan Jepun dahulu. Ketika itu Mahaguru Meor Abdul Rahman menjadi seorang askar Jepun dan Rashid Maidin adalah seorang gerila PKM. Sewaktu zaman pemerintahan Jepun, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman berjaya menangkap beberapa orang ketua PKM yang terkenal kebal dan handal.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DATO’MEOR RAHMAN DI KHATAMKAN OLEH HANGTUAH ILMU HULUBALANG GAYONG, MANAKALA RASYID MAIDIN ADALAH DIANTARA 7 ORANG DARI TANAH MELAYU YANG MULA-MULA MEMDAPATKAN DAN MEMPELAJARI SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA DARI WARIS ILMU INI DI JAWA. HANG TUAH DAN SUNAN KALIJAGA ADALAH MURID SEGURU IAITU SAYYID PENDITA SANG ADI PUTRA DATUKKU.
JADI KEHEBATAN MEREKA BERDUA TIADA TANDINGAN SETAKAT INI DARI MANA-MANA MAHAGURU SILAT ATAU SILAT KEROHANIAN. ADA RAHSIA DI DALAM RAHSIA YANG TAK PATUT DI DEDAHKAN.

ANTARA RAHSIA YANG SAYA MAKSUDKAN ADALAH RAHSIA DAN KAIFIAT BACAAN DI DALAM SOLAT DI MANA IBU SEGALA ILMU TERLETAK DI SINI ( CERITA DI ATAS PAK NANING MENGGUNAKAN BACAAN DI DALAM SOLAT DALAM MENAWARKAN AIR LAUT). BEGITU JUGA RAHSIA AL QURAN, RAHSIANYA BUKAN PADA 6,666 AYAT (BANYAK KES SAYA UBATI GURU QURAN DAN AL HAFIZ DI MANA AYAT-AYAT AL QURAN DI DALAM DADA TIDAK MEMBERI BEKAS PUN PADA DIRINYA).

 UNTUK MENDAPATKAN RAHSIA INI KENA LAH CARI ORANG YANG DI ANUGERAHKAN RAHSIA INI OLEH ALLAH TAALA SENDIRI, BUKAN YANG HANYA MEMPELAJARI DARI GURU-GURU. RAHSIA INI TERDAPAT PADA ORANG YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT AKAN ILMU GHAIB DAN ILMU SYAHADAH, BUKAN PADA ILMU KALAM (AYAT-AYAT RUQYAH)

9 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.