AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Saturday, September 17, 2011

ILMU WARISAN HANG TUAH

Hang Tuah ialah seorang pakar tempur terbilang pada suatu masa dahulu. Amat terkenal kerana kehebatan ilmu persilatannya samada di tanah air sendiri atau di luar negara. Ilmu persilatan Hang Tuah ini sebenarnya terdiri dari empat komponen utama yang merangkumi ilmu zahir dan bathin. Empat komponen utama tersebut ialah :

i) Ibu Gayong, ilmu yang boleh menguasai apa sahaja gerakan persilatan, memahami gerakan musuh dan mampu mematikan gerak.

ii) Kipas Nandung, pukulan yang mampu memudaratkan musuh samada pukulan tersebut menyentuh atau tidak kepada badan musuh.


iii) Seni Gedang, ilmu yang boleh mencarik adat kebiasaan bergantung kepada apa yang diingini oleh pengamalnya. Yang kuat menjadi lemah, yang keras menjadi lembik, yang melekat menjadi tertanggal, yang besar menjadi kecil, yang elok menjadi rosak dsb.


iv) Bisik Semar, ilmu yang dikategorikan sebagai “pukul sebelum pukul” dan bergantung kepada niat yang ada pada musuh. Musuh yang berniat ingin “memukul” pasti “terpukul”.

Sudah pasti jika seorang pendekar menguasai ilmu ini ia akan menjadi terlalu hebat terhadap musuh-musuhnya. Penguasaan terhadap kesemua ilmu ini memerlukan amalan dan praktik secara menyeluruh zahir dan bathin. Walau sehebat mana seorang pendekar itu, hakikatnya semua yang berlaku di bawah Kudrat dan Iradat Allah Yang Maha Esa.


Foto: Dato Meor Abdul Rahman Mahaguru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau terkenal dengan ilmu Ibu Gayong dan Kipas Nandung. Pukulan Kipas Nandung telah digunakan oleh beliau ketika menewaskan Bruce Lee di Hong Kong.

Apa yang menarik untuk dikaji ialah ilmu-ilmu ini diwarisi turun temurun oleh jurai keturunan Merong Maha Wangsa. Ilmu yang tidak ada tertulis oleh R.O Winsted, W.G Shellabear, Stamford Raffles dan Munsyi Abdullah. Ilmu ini adalah bukti jelas kewujudan Hang Tuah dan Merong Maha Wangsa. Pengkaji sejarah mainstream yang masih tegar dengan sejarah ciptaan penjajah dan talibarutnya akan terus hanyut dalam kebingungan jika mengenepikan ilmu, kisah dan wasiat turun temurun yang berasas dan mempunyai nilai tersendiri seperti ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Legasi Persilatan Merong Maha Wangsa

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia merupakan sebuah pertubuhan silat yg pertama didaftarkan secara sah di tanah air pada 22.10.1963. Tetapi sejarah permulaannya lebih awal lagi apabila 7 orang murid pertama mahaguru dilatih untuk mempertahankan Pulau Sudong, Singapura dari kekejaman tentera Jepun pada 17.02.1942. Dipimpin oleh Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman pertubuhan ini telah memberi impak yang besar dalam perkembangan persilatan tanah air. Penglibatan Dato’ Meor dengan ilmu persilatannya secara langsung dalam rentetan peristiwa yang mencabar agama, bangsa dan tanah air menyerlahkan beliau dan persilatannya bukan sahaja di tanah air tercinta ini bahkan menjangkaui sempadan geografi keseluruh dunia. Ciri global yang dimiliki beliau mengingatkan kita tentang kehebatan Hang Tuah. Hebatnya Hang Tuah pada ilmu persilatannya dan begitu juga yang telah dipamerkan oleh Dato’ Meor semasa hidupnya.

Setiap persilatan mempunyai lambang masing-masing yang menunjukkan identity perguruan, begitu juga Silat Seni Gayong mempunyai lambang tersendiri. Lambang Silat Seni Gayong merupakan sesuatu yang unik dan amat berbeza dengan lambang persilatan lain yang wujud di tanah air ini. Sedari dulu lagi apabila orang ramai melihat lambang ini pasti keluar suara-suara seperti “..apala silat guna naga... kung fu Cina ka?..” dan banyak lagi yang kurang enak didengar. Namun suara sumbang itu tidak menjejaskan Silat Seni Gayong malahan terus berkembang pesat walaupun wujud perpecahan yang melahirkan pelbagai aliran Gayong tetapi kesemuanya masih bersatu dengan memperakukan bahawa Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai mahaguru.

Pembongkaran sejarah reality yang berasaskan cerita turun temurun keluarga di dalam blog sejarahnagarakedah telah memberi satu impak yang besar dalam usaha memahami sejarah tanah air. Walau pun wujudnya kontra yang jelas dengan sejarah mainstream tetapi fakta dan maklumat yang dikemukakan oleh blog sejarahnagarakedah tidak boleh dipandang ringan. Penerimaan kepada sesuatu fakta dan maklumat kebiasaannya berasaskan kepada kebenaran maklumat dan keyakinan seseorang kepada maklumat yang diterima. Maka di sini akan wujud perbezaan pendapat kerana keyakinan seseorang kepada suatu perkara bergantung kepada maklumat sedia ada yang wujud dalam mindanya. Yang penting setiap maklumat baru yang diterima akan meningkatkan keyakinan diri dan jati diri seseorang. Minda seseorang akan berserabut jika banyak persoalan yang tidak terjawab bermain dalam fikirannya, tetapi jika maklumat yang diterima boleh menjawab persoalan tersebut ianya adalah suatu nikmat anugerah yang amat berharga dan tidak boleh diketepikan.

Merong Maha Wangsa yang membawa maksud secara literal sebagai “Naga Pemimpin Puak Harimau” memberi satu perspektif baru dalam memahami asal usul dan susur galur perguruan Silat Seni Gayong ini. Ilmu persilatan ini yang diwarisi turun temurun oleh para raja, panglima, pahlawan dan hulubalang dahulu kala digunakan secara efektif dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air melalui serangan ala guerilla berteraskan konsep berimau, berimba dan bergayong. Apa yang menariknya, perlambangan Merong Maha Wangsa itu wujud dengan jelas pada lambang Silat Seni Gayong dan menjelaskan lagi susur galur sebenar ilmu persilatan ini.


Imej1: Lambang yang digunakan oleh Silat Seni Gayong. Kelihatan dengan jelas komponennya yang terdiri dari Naga, Bengkung Mahaguru, Harimau, Dua bilah Keris, Pedang Zulfakar, Kendi, Bumi serta Bulan dan Bintang.

Jika diteliti pada lambang tersebut perlambangan Merong Maha Wangsa boleh diperjelaskan seperti berikut.


Imej2: Merong yang membawa maksud Naga dalam bahasa Siam melambangkan kekuasaan di perairan. Merujuk kepada kehebatan armada angkatan laut empayar rumpun Melayu dahulu kala yang menguasai perairan dan digeruni oleh para musuh.


Imej3: Komponen bengkung mahaguru itu jika diperhatikan kelihatan seperti “dua tanduk”, ini merujuk kepada pemimpin dan penakluk yang agong yang memiliki dua tanduk dan empayarnya merentasi timur dan barat, beliau yang dimaksudkan ialah Iskandar Zulkarnain. Raja-raja Melayu dahulukala yang memerintah di tanah air ini merupakan titisan dari zuriat Iskandar Zulkarnain.


Imej4: Harimau itulah Wangsa yang bermaksud “Puak Harimau”. Puak harimau inilah yang berjuang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dengan berteraskan konsep BERIMAU, berimba dan bergayong.

Perlambangan di atas hanya merujuk kepada apa yang TERSURAT sahaja kerana bagi yang TERSIRAT itu biarlah ianya tersimpan dipurbakala dan menyusur semula bagi mereka yang mengkaji dan berfikir.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TOK MORIS @ TOK MO REH @ SYED IDRIS

Tok Moris ialah seorang pahlawan Kedah yang terkenal. Cerita tentang kehebatan Tok Moris ini diwarisi turun temurun oleh keturunannya yang bertebaran di tanah air ini terutamanya di Kampung Kubur Panjang, Pendang, Kedah Darul Aman. Tok Moris atau Tok Mo Reh ini merupakan singkatan nama Tok Bomoh Idris. Gelaran Tok Bomoh ini merupakan nama penyamaran yang digunakan ketika saat kritikal pasca Perang Musuh Bisik 1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris yang suatu ketika dulu pernah menjadi Raja Kota Star, Kedah.


Foto1: Pedang milik Wan Darus yang mempunyai hulu yang hampir sama dengan hulu pedang Tok Moris.

Nama penuh Tok Moris menurut urutan salasilah ialah Syed Idris ibni Syed Hatta ibni Sultan Muzaffar III ibni Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhyiddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud ibni Nai Hisbu Muadzam Syah ibni Sultan Zahiruddin Muhammad Syah I (Pengasas Empayar Mughal India). Jika dilihat kepada pedang yang digunakan oleh Tok Moris kelihatan dengan jelas wujudnya pengaruh Mughal dalam reka bentuk pedang tersebut.


Foto 2: (Dari buku The Last Mughal, William Dalrymple) menunjukkan pahlawan Mughal menggunakan 2 pedang mirip seperti pedang Tok Moris dan Wan Darus. Persoalan mula timbul adakah Tok Moris dan Wan Darus adalah orang yang sama? Idris @ Idrus, Deris @ Derus @ Darus? Persoalan ini hanya berdasarkan pahlawan Mughal di atas menggunakan 2 bilah pedang untuk seorang.

Menurut manuskrip Undang-Undang Kedah ciri-ciri pedang yang dimiliki oleh Tok Moris menggambarkan beliau adalah seorang anak raja. Dan sememangnya gelaran panglima pada masa dahulu juga adalah untuk anak dan putera raja. Anak dan putera raja inilah yang akan mempertahankan ayahanda mereka iaitu raja yang memerintah. Tok Moris merupakan Raja Kota Star yang telah dilantik oleh datuknya Sultan Muzaffar III atau lebih dikenali sebagai Koya Long @ Po Chan @ Raja Kemboja.


Foto 3: Kota Star yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan di bawah pemerintahan Tok Moris. Dapat dilihat dengan jelas motif Bunga Teratai atau Bunga Tunjung pada pintu gerbang kota tersebut.

Kelompok keturunan Tok Moris yang terdapat di Kampong Kubur Panjang adalah dari jurai isteri pertama beliau iaitu Nai Long Anyai yang merupakan kakak kandung kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah ataupun lebih dikenali sekarang ini di dalam sejarah mainstream sebagai Encik Long Jaafar. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan antara sepupu kerana Syed Hatta merupakan adik kepada Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang. Manakala Panglima Bukit Gantang pula merupakan ayah kepada Long Jaafar. Selain dari Nai Long Anyai ada lagi beberapa orang isteri beliau termasuk salah seorang dari keturunan Cina Manchu.

Pasca Perang Musuh Bisik 1821 memberi tekanan yang amat dahsyat kepada keturunan Merong Maha Wangsa kerana selain dari berperang dengan penjajah British dan Thai mereka berhadapan dengan musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dari kaum kerabat yang sanggup bersekongkol dengan penjajah semata-mata mahukan kuasa tanpa maruah. Semasa saat kritikal ini penyamaran dengan pelbagai nama dan karektor dilakukan untuk keselamatan keturunan. British dan Thai amat mudah dikenali tetapi pengkhianat dan talibarut dari bangsa sendiri amat sukar dikenalpasti. Ini adalah perkara lumrah yang juga berlaku kepada Tengku Muhammad Saad, Mat Kilau dan lain-lain yang terpaksa menyamar untuk tidak dikenali oleh pengkhianat dan talibarut penjajah. Pejuang- pejuang ini bukanlah orang kebanyakan tetapi terdiri dari anak atau putera raja dan kerabat yang tidak mahu bersekongkol dengan penjajah.

Legasi perjuangan ini terus diwarisi dan dizahirkan oleh salah seorang anak Tok Moris iaitu Syed Zainal yang juga dikenali sebagai Tok Jenai @ Janai. Tok Jenai ini merupakan datuk dari sebelah ibu kepada Mahaguru Silat Seni Gayong iaitu Dato Meor Abdul Rahman. Dan sesungguhnya Silat Seni Gayong yang dizahirkan oleh Dato Meor Abdul Rahman ini adalah warisan Hang Tuah boleh diperjelaskan melalui salasilah keturunan Merong Maha Wangsa. Titisan darah Hang Tuah sememangnya mengalir dalam tubuh Dato Meor Abdul Rahman kerana beliau ialah cicit kepada Syed Idris, yang merupakan cucu kepada Sultan Muzaffar III, yang merupakan anak kepada Puteri Suryamarin, yang merupakan anak kepada Sultan Langkat @ Tok Pasai, yang merupakan anak kepada Laksamana Hang Tuah @ Tun Saaban @ Narai Maharaja Ayuttaya @ Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh.

Berdasarkan perkara tersebut di atas, tidak hairanlah jika terdapat tari Bunga Teratai atau Bunga Tunjung yang merupakan tari sembah Silat Seni Gayong. Begitu juga lambang naga dan harimau yang digunakan oleh Silat Seni Gayong menunjukkan satu legasi Merong Maha Wangsa yang dizahirkan oleh mahaguru. Bersesuaian dengan sajak mahaguru yang berbunyi

Seni Gayong seni pusaka
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah guru harus dijaga

Siapakah putera Negara yang dimaksudkan? Mereka ialah Hang Tuah, putera kepada Nai Hisbu Muadzam Shah. Mereka ialah Sultan Muzaffar III, putera kepada Syariff Yang Di Pertuan Abu Bakar Syah. Mereka ialah Panglima Bukit Gantang, putera kepada Sultan Muzaffar III. Mereka ialah Syed Idris, putera kepada Syed Hatta Raja Kayang Indera Sakti.


Foto 4: Lambang Silat Seni Gayong yang menzahirkan semula legasi Merong Maha Wangsa.

Kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk mencari dan menggali semula bukti-bukti yang telah digelapkan oleh penjajah. Anak-anak Gayong dari pelbagai cabang ilmu perlu bergabung untuk membongkar misteri legasi ini. Bersesuaian dengan kata mahaguru Dato Meor Abdul Rahman
Kaji sejarah Gayong baru tahu ia pusaka

Kenal masakan tak cinta
Tahu masakan tak pelihara
Pusaka milik kita
Rekaan hanya sementara

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MASJID KRISEK: BUKTI HANG TUAH ITU NARAI @ ISKANDAR MAHKOTA ALAM

In 1578, Lim Tao Khiam came to Patani with his fleet. What happened, as told by the people of Patani, were, ‘During the Ming Dynasty, Lim Tao Khiam arrived with his fleet, fought and occupied the city. The King seeing the warrior in Tao Khiam, took Tao Khiam in as son in law as a result Tao Khiam embraced Islamic faith, settled down in Patani, and never thought of returning to China again. (Kelantan and Chinese Kelantanese, Wee Khoon Hock, 1987)

Masjid Krisik di Patani merupakan sebuah masjid lama dan masih diguna untuk pelbagai aktiviti masyarakat Islam di sana. Apa yang menarik di sini ialah masjid ini juga dikenali sebagai masjid Hang Tuah kerana pernah digunakan oleh Hang Tuah pada masa dahulu. Masjid ini telah dibina oleh seorang pedagang China bernama Lim Tao Khiam. Jika diperhatikan dari petikan di atas bahawa Lim Tao Khiam telah datang ke Patani pada 1578M. Pembinaan masjid ini sudah semestinya paling awal dibina pada 1578M. Ini bermakna sebelum 1578M tiada lagi masjid ini dan bagaimana pula dakwaan mengatakan Hang Tuah pernah menggunakan masjid ini sekiranya beliau hidup pada zaman 1400-1500M ?

Peristiwa ini hanya benar jika Hang Tuah yang dimaksudkan itu ialah Narai yang pernah menjadi Maharaja Ayuttaya (1656-1688M). Dapat diperjelaskan di sini bahawa secara tidak langsung Masjid Krisek telah membuktikan Hang Tuah yang sebenar ialah dari jurai keturunan Merong Maha Wangsa. Manakala Hang Tuah yang dipelajari dalam sejarah mainstream selama ini ialah Hang Tuah dari sejarah Melaka ciptaan penjajah dan talibarutnya.


Foto: Masjik Krisek (Krue Se) di Pattani yang dikaitkan dengan Hang Tuah. Menurut penduduk tempatan, Hang Tuah pernah berkampung di masjid tersebut. Dipercayai beliau berada disitu ketika ingin menangkap Raja Bersiong yang melarikan diri. Jika diperhatikan batu bata yang digunakan ialah jenis bata leper seperti di istana Raja Bersiong dan lain-lain binaan kota keturunan Merong Maha Wangsa.


http://catitansantai.blogspot.com/2011/02/ilmu-warisan-hang-tuah.html
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

**Nota : Merujuk kepada tulisan merah di atas (komponen ilmu Hang Tuah)

Ilmu persilatan Hang Tuah ini sebenarnya terdiri dari empat komponen utama yang merangkumi ilmu zahir dan bathin. Dan komponen ini terkandung dalam Ilmu Kebatinan Lam Alif dan Gerak Faqir Sunan Kalijaga.

6 comments:

  1. salam tuan. dimana saya boleh dapatkan ijazah/mendalami keilmuan ini. tq

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...bagaimanakah hendak belajar dengan tuan sedangkan saya di sabah?mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kini saya telah pelajri asas silat gayng.tetpi bnyk perlu d tuntut.dan adkah ilmu juzud ada di dalam ilmu silat gayung mhon jelaskn

      Delete
  4. saya juga ingin menuntut ilmu dgn tuan

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.