AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Wednesday, December 7, 2011

RAHSIA KUN FAYAKUN DALAM LAM JALALAH & KALIMAH SYAHADAH

Konspirasi: simbol yang diputar cahayanya - siri 1
STAR OF DAVID

by hasellusiby

Salam.



Ini adalah siri mengenai simbol-simbol dalam teori konspirasi yang mungkin banyak di salah anggap oleh orang ramai. Sejak kemunculan siri video the arrival (berterima kasih pada Abdullah Hasheem, pemula siri arrival), ramai orang mulai buka mata tentang konspirasi. Ada yang menganggapnya serius, ada yang sambil lewa, dan ramai yang tidak hiraukan. Tapi, rata-rata yang saya kenal dan jumpa, takut dan obses dengan simbol-simbol ini seolah-olah, segala-galanya adalah dajjal yang punya. Hebat sangatkah dajjal ini?

Jadi, selama beberapa lama saya menyepi dari membuat pengkajian tentang konspirasi, maka kini saya mahu berkongsikan apa yang saya tahu tentang simbol-simbol konspirasi yang mana sebenarnya, kalau di perhatikan, ianya boleh di terjemahkan kepada simbol islamik dan tauhid. Tak percaya, mari kita selongkar dalam siri Konspirasi: simbol yang di putar cahayanya.

SEGITIGA, PIRAMID, TIGA TITIK; simbol dajjal dan setan?!

kalau saya kata;
simbol2 freemason, illuminati etc itu adalah sebenarnya islam yang punya tapi di putar alam oleh dajjal and the geng? apa kata survey?!

Ia adalah simbol bendera israel, di gunakan oleh Kabbalah dan judaism. Banyak pentagram dan diagram mengunakan simbol ini melibatkan penyembahan setan. Banyak di gunakan untuk ritual dan magik. Nampak saja simbol ini, kita terus ingat YAHUDI. Betulkan?!

Tahukah anda bahawa star of david yg israel yang dipakai itu adalah lambang Nabi Daud a.s dan mempunyai maksud yg tersembunyi?! Tapi ingin saya memberitahu bahawa ramai remaja2 yang baru kecimpung dalam pengkajian teori konspirasi ini akhirnya jadi takut dengan lambang star of david tu.. depa kata tu lambang setan.. masyallah, jadi, bagi saya ni lah antara fitnah dajal.. bolak balik batil jadi haq dan haq jadi batil.


MAKSUD TERSIRAT:-

Dari Wiki dan internet;

Star of David ini sebenarnya bermula dari simbol numbor 7, yang mana tengahnya di tarik dan menjadikan sebuah segi tiga. Ini bermakna, ada dua 7 yang di jadikan bentuk segi tiga. 7 yang di maksudkan dalam istilah judaism ialah; 7 malaikat utama seperti jibrail, mikail dan seumpamanya (sedangkan islam ada 10 yang utama). Pun begitu, 7 ini juga di sebut sebagai 7 hari dalam penciptaan. Selain itu 7 juga di maksudkan dengan 7 tingkat langit dan bumi. Ini semua dalam judaism. Malahan, Islam mengesahkan perihal 7 ini (kecuali 7 hari kejadian tu, sedangkan dalam Quran di sebut, 6 masa, bukannya 7 hari)

Secara ringkasnya; Shield of David ini (atau di sebut sebagai Star of David) ini, mengandungi maksud 7 petala bumi dan langit, 7 hari, 7 malaikat dan ia adalah 'perisai'.

Saya ada pergi ke galeri shah alam tahun lepas dan ada nampak satu keris yg mana ada 'wafaq' sulaiman.. Sibijik sama seperti star of david tu dan di situ dia di tulis penerangannya, wafaq sulaiman ni untuk kekuatan dalaman dan luaran si pemakai. bagi saya, bukan wafaq sulaiman tu yg terer.. tapi simbolik di sebaliknya. yakni pergabungan alam sgahir dan kabir, 2 kalimah syahadah atau mgkn nur muhammad nur allah yang tak bercerai berai (yg selalu org2 hakikat dok sembang tu laaa)

Kali ni kita sentuh bab piramid lak yang menjadi based untuk star of david. sebenarnya, bukan bentuk piramid tu yg penting, tp tiga bucu yakni tiga titik tu yg penting..



senang kata, 3 perkara dlm pembentuk 1 bentuk piramid. kalau tgk khatamul nubuwah, juga tiga segi (tp ada juga yg kata bukan cam tu, tu hnyalah sebahagian)... meskipun demikian, saya ambil pasal 3 perkara yg telah di ketahui oleh orang hakikat yakni ALLAH, MUHAMMAD, ADAM. tiga perkara penting dalam pembentukkan 'institusi ketuhanan' (mungkin ramai yang kurang faham, tapi silalah mencari perihal ini dengan guru anda sekali. Insyallah akan di terangkan. Jangan ambil di nusanaga.blogspot.com sahaja. Carilah, kajilah, fahamkanlah dan rasailah)

Dan kenapa dua piramid di satukan?

ia adakah mengenai kalimah syahadah, kunci bagi segalanya. alam atas, alam bawah, alam kabir, alam saghir.
(alam malakut, alam penciptaan, alam semesta, alam dalam diri seperti mimpi, khayalan, minda etc.)
Dan tiap perkara ada oppositenya masing2 (syurga neraka, bulan bintang, tanah air, lelaki perempuan etc.)


Ringkasannya;

Star of david sebenarnya melambangkan penyatuan yg sejati. tp israel mengunakannya sebagai 'lambang kuasa' untuk re-claiming tanah yg kononnya depa yang punya. ia bukan hanya sekadar simbol tp lebih dari itu. ia simbol ketuhanan, kehambaan dan isi sebenar kenapa 'kita ada di sini'...

Jadi, kesimpulan dari STAR OF DAVID ini adalah:-

- Ia milik Nabi Daud a.s
- Di gelar perisai Nabi Daud (yang mana 'suara' Nabi Daud mampu 'memberhentikan' burung dan apa yang bergerak')
- Juga di gelar sebagai 'seal of solomon' atau 'cop mohor Nabi Sulaiman' a.s (tentang peguasaan Nabi Sulaiman yang luas)
- Terdiri dari 7 yang jadi segitiga dan di gabungkan pula dua segitiga tadi (7 angka spirtual)
- Segitika yang mempunyai 3 bucu/titik merujuk pada tiga perkara utama yakni ISLAM, IMAN dan IHSAN yang baru bersatu, gerak seiring. Baru teguh.
- 3 perkara yang juga boleh di rujuk sebagai ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM (yang mana di 'pesongkan' oleh falsafah Trinity Kristian dengan meletakkan sebagai Jesus anak tuhan)
- 3 perkara yang juga merujuk pada KEPALA, BADAN dan KAKI (tanpa kepala tak boleh hidup, tanpa badan tak bermanfaat dan tanpa kaki tak mampu bergerak.)
- Gabungan dua segitiga yakni 2 kalimah syahadah yang tidak boleh di pisah ceraikan.
- Ia di gelar perisai Daud dan simbol kerajaan Sulaiman, jadi ia bermaksud 'harus pertahankan 3 perkara dan 2 kalimah' seteguh mana kerajaan Sulaiman yang tak mungkin dapat di tandingi oleh mana-mana pihak.


Jadi, siri ini mengajak pembaca supaya melihat simbol konspirasi, dari obses atau takut membuta tuli kepada membawa keimanan yang teguh.

wallahualam

p/s: maafkan saya kalu ada fakta yg tak berapa nak betul. tapi ini lah yg saya perhatikan dlm pergabungkan teori konspirasi dan unsur sufi yang mana byk mengajar saya bahawa 'semuanya adalah HAQ ALLAH, baik dajjal, setan mahupun manusia tu sendiri'... :D
artikel oleh future phenomenon

===================================================================

Konspirasi: simbol yang diputar cahayanya - siri 2
STAR OF DAVID II

by hasellusiby


Salam, maaf lambat untuk update blog ini. Sebenarnya, lepas peristiwa BERSIH hari tu, saya mengambil langkah untuk DIAM dan BERSEMBUNYI kerana perkara yang telah di analisa pada dua tiga tahun lepas telah terjadi kini. Apa yang pasti, kita menuju ke sebuah dunia yang penuh dengan penguatkuasaan. DI ibaratkan zaman firaun dengan tenteranya yang super besar. Dari ketenteraan, hinggalah ke sihir/ghaib, di bawah peguatkuasaan. Dan itulah yang terjadi kini. Saya dapati juga, blogger lama (yg menkaji konspirasi sejak awal 2000an dulu, mengambil langkah yang sama juga seperti saya. Cuma, blogger dan pengkaji konspirasi baru sahaja yang mungkin tidak sedar atau ambil sambil lewa akan hal ini). Apapun, saya akan cuba untuk update juga walaupun ia mengambil masa yang lama sehinggalah ALLAH yang menentukan perjalanan hidup saya.

Kalau di tanya saya tentang peristiwa bersih, dalam facebook saya, saya telah beritahu 2-3 minggu sebelum BERSIH di mana, akan terjadi dua RIOT. Riot pertama adalah pertembungan dua pihak yang sama-sama tak betul. Maka di analisa, makanya kita tahu BERSIH di mulakan oleh pembangkang yang sudah tentu mahukan kuasa pemerintah dan mahukan demokrasi terus di amalkan. Tapi yang menjadi mangsa adalah rakyat yang benar-benar mahukan keadilan dari kerajaan. Bagi meraka, ini adalah satu langkah luar biasa untuk menyedarkan perihal keadilan dari rakyat marhain, tapi akibatnya, mereka di cemuh sebagai pengkhianat bangsa pula. Sedih bukan?! Dan tahulah kalian bahawa start dari sini, Malaysia mulai memasuki cara pemerintahan yang baru, tanpa rakyat kita sedar. Lihat dan pandanglah sendiri.

Riot yang kedua adalah pertembungan satu pihak yang benar dengan pihak yang zalim. Tapi, dalam riot ini, sebenarnya, ia sengaja di buat-buat kerana tujuan utama adalah untuk mengumpan pemuda-pemuda yang mana ada potensi untuk menaikkan panji hitam atau seumpamanya. Dan sebelum ianya bermula, berbagai provokasi akan terus di buat, ada yang berkaitan dgn racist, agama dan peristiwa bersih itu sendiri. Ternyata, ia adalah umpan. Dan tahulah kalian bahawa, baik dari pembangkang ataupun dalam kerajaan sendiri, sudah ada 'agen-agen' yang mahukan peristiwa ini akan berlaku.

Dan darimanakah saya tahu perkara ini? Jawapannya dari kata-kata beberapa orang tua dan sedikit analisa dari kronologi hadis.


Baiklah, di sini saya nak terangkan tentang Star of David dalam terma sufistik. DAN INI ADALAH BERAT BAGI YANG BELUM KUASAI PENGETAHUAN SUFI ATAU BARU MENCEBURI BIDANG SUFI. Silap-silap, nanti ada yang klaim saya sesat. Dan saya bertanggungjawab dengan apa yang saya telah keluarkan.

Saya tak mahu, makin ramai orang tahu tentang konspirasi, tapi cetek keimanan dia terhadap ALLAH. Tahukah kalian, kita kini dalam zaman 'konspirasi dalam konspirasi'. Kini, saya lihat, banyak konspirasi di jadikan satu bahan untuk popular atau recruit team, konspirasi untuk menakut-nakut dan sebagainya. Sehinggakan, ada yang mengambil qoute saya, lalu di paste dalam forum si folan-si folan, dan kata, ini adalah dari habib sekian-sekian. Apakah semua ini? Kemudian di tanya tentang kebenaran qoute itu dari habib tersebut, di marah pula. Apa kes?!

Baiklah, saya terus saja pada matlamat utama saya:-

ada 3 jenis seal of solomon / shield of david ni..

1- jenis pentagram




tapi, satanic cult memterbalikkannya jadilah baphomet worshipers seal



2- star of david



tapi yahudi bawaaan mazhab zionisme, menukarnya sebagai lambang mereka, siap wat warna biru lagi.



3- satu lagi jenis heksagon yang terdiri dari lam jalalah



p/s: senang kata, kebanyakkan simbol/lambangan ni di ambil dari Lam jalalah yang membawa maksud 'TIADA' (secara harfiahnya).

Sedikit mengenai LAM JALALAH:-

Ilmu ALLAH maha besar. kalu tak pernah di dengar, mula la kata sesat. tapi hakikatnya, ia warisan Ilmu Para Wali.



LAM JALALAH

adalah terdiri dari Alif dan Lam yang membawa maksud TIDAK / TAK / Kosong etc. secara literalnya.

contoh ayat bahasa arab: LA MUNGKIN YAZHUBU FI SAMA'
maksud: tidak mungkin pergian ke langit


LAM JALALAH ni menjadi 'divine' kerana ia terkandung dalam kalimah syahadah.

secara literal dan harfiahnya membawa maksud:-
"Tiada selainNYA kecuali ALLAH, Muhammad itu pesuruh ALLAH".

tapi zaman wahabiah dan ulama kertas sijil yang berlagak pandai menambah makna syahadah menjadi 'tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH' dan menyebabkan kalimah ini tunggang terbalik.

Ayat yang ulama kertas sijil itu seharusnya berbunyi begini:-
"la rabbi illallah"

Jangan main2 dgn kalimah syahadah kerana itulah ikrar kita sebagai muslim dan ia harus di jaga 24/7. kerana tulah solat di wajibkan 5 kali sehari untuk 'memperbaharui' syahadah kita kerana kita sedar dan tidak sedar 'melupai' erti kalimah syahadah tu.

LAM JALALAH ni juga menjadi simbolik kepada TIADA yang ada dalam kalimah syahadah ni. senang kata, ia adalah simplified dari 2 kalimah syahadah yang membawa maksud "KITA INI HAMBA, TIADA APA2 PADA KITA, ALLAH JUA YANG BERKUASA" dan seumpamanya.

kerana itulah, LAM JALALAH menjadi semakin 'divine' kerana banyak di gunakan dalam perlbagai perkara lebih2 lagi diagram atau wafaq yang bersifat protection, shield dan penghalau.

Kalau dalam perbomohan, LAM JALALAH di gunakan untuk membelenggu jin2 yang mengacau. Lam jalalah juga di gunakan dalam medan perang untuk perlindungan.

Bagaimana Lamjalalah 'memproses kuasa divine nya'.. itu tanyalah guru yang murshid. tapi kalau di tanya tentang hakikat Lam jalalah, ianya ada pada sistem safar manusia. sebagai contoh, kalau kita urut tangan kiri, kaki kanan kita akan 'tersentak' atau 'geli2' dan bergitu sebaliknya. Sistem saraf kira crossed secara berpaksi dalam tubuh kita. Selain tu, lamjalalah juga ada pada sistem peranakan manusia.

Ni sedikit sebanyak tentang lam jalalah. lebih2 tak buleh kang pening korang. Tapi, jangan taksub pada huruf plak sebab huruf ni cuma perlambangan tentang divine nya ALLAH itu. Tuan punya huruf lagi power dari huruf.


Ada orang bertanya pada saya tentang Star of David dan kaitannya dengan akidah islam, Maka, inilah soalannya:-

Boleh terangkan lebih lanjut tak?
macam mana piramid tu leh represent kalimah syahadah? kalau represent pun... di titik mana letak adam, muhammad, dn ALLAH tu?

and then mcm mana piramid ni leh represent segala macam alam plak? pe hubungkait segitiga ni dengan alam? kenapa tak bulat je? kan bumi tu bulat? (eh, banyak lak soalan saya... maklum la budak baru belajar... kalau salah... tolong tunjukkan)

harap TT leh jelaskan kat saya.
tengs TT! thread ni menarik! teruskan okeh?

Dan inilah jawapan saya:-

represent dua kalimah syahadah:- dua piramid
piramid satu :
Allah, Muhammad, Adam (rahsia, roh, jasad)
piramid dua:
islam, iman, ihsan (syariat, hakikat, makrifat) / (law of life/ asal usul life / kenali life)

kenapa piramid / segi tiga :-

hairaki kehidupan. dari rakyat kepada raja. dari raja kepada tuhan.
dari banyak kepada satu. rakyat tak akan sama dengan raja. dan raja takkan sama dengan tuhan.
makna kata; jangan sesekali berlagak seperti tuhan. Ini termaktub dalam perjanjian alastubirabbikum masa alam arwah (rujuk quran) (peristiwa perjanjian Allah dan hamba)... kerana itu kita adalah hamba dan selamanya hamba. Allah tempat mengadu dan bergantung. Itu perjanjiannya.

piramid atas: melambangkan alam khabir /besar yakni universe
piramid bawah: melambangkan alam saghir/kecil yakni diri manusia/jasad/container
piramid bergabung: kehidupan di muka bumi

piramid bergabung: container/jasad/manusia, menanggung roh, perjanjian dari alam arwah untuk hidup di muka bumi, yang akan menghidupkan law of life, untuk mengenali asal usul kehidupan dan seterusnya mengenali kehidupan untuk menjadi hamba.

p/s: star of david bukanlah lambang magic, tapi lambang peringatan kita ni manusia dan hamba, jangan dok berlagak. sebab nabi sulaiman dan daud yang raja pun tetap berasa kehambaan kepada tuhannya. Lagipun, thread ni di buat adalah untuk membetulkan tanggapan orang terhadap star of david tu, ia bukan lambang kejahatan, bahkan ia sigil nabi. Kenapa kita nak membencinya pula.

Kemudian di tanya lagi:-


kalau ikut sufism ... ada tak perkaitannya dengan prinsip KUN? (saya tak reti nak jelaskan....)

dan ini jawapan saya untuk soalan di atas:-

prinsip KUN?

kun faya kun ke?
maksud: kata 'jadi' maka jadilah

dalam ibrani, ia di sebut 'Abracadabra'
http://en.wikipedia.org/wiki/Abracadabra
"to create as i say"

Kun fayakun banyak di gunakan dalam perkara ghaibyiah dan berbentuk ritual. tapi dlm sufism, bukanlah makhluk yg berkata begitu, tapi gerak Allah taala melalui makhluknya yg mana KUN FAYAKUN. Prinsip ni akan betul2 jadi pada orang insan kamil.

lagi satu, gambar set geometrik/jangka lukis mason tu sebenarnya adalah di amik dari Lam jalalah


tp di pusingkan (bahawanya depa ni tau pasal Allah tapi engkar dgnnya). Wallahualam




p/s: Orang akan kata, betulkah Blog ni beritahu, jawapan saya, tanyalah guru yang pandai dan tahu mengenainya. Jangan tanya pada ustaz yang hanya tahu salahkan dan hukum orang sana sini. Oleh kerana mereka tak tahu, maka mereka akan salahkan orang yang tahu. Dan itulah dunia dajjal kini. "Yang hak jadi batil, yang bijak jadi bodoh, yang adil jadi zalim dan yang mulia jadi keji". Dan terbalikkanlah qoute di atas tadi dan lihatlah betapa ramainya 'mereka2' ini sedang menguasai kita. wallahualam

27 comments:

  1. salam bagus blog ni,tapi cakaplah dlm bahasa ibunda itu lebih menepati.tk

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Kena ngaji sifat 20 baru alim, nafi dan isbat...rujuk kitab dan guru mursyid ...ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. sifat 20 tidak wajib dipelajari..
      pengasas sifat 20 ialah imam abu hassan asyyari yg asalnya berfahaman muktazilah selama 40tahun dan beliau telah memansuhkan sifat 20 tersebut setelah beriktikad ahlul sunnah waljammaah..
      beliau hidup selepas zaman kewafatan 4imam besar,bermaksud 4imam tersebut tidak mmpelajari sifat 20,maka apakah keislaman mereka??
      imam as-syafie sendiri tidak mengaji sifat 20..
      dlm kitab popularnya tiada disebut langsung pasal sifat 20..
      manakala Rasulullah sendiri tidak pernah mengajar sahabat mengenai sifat 20..
      maka sifat 20 tidak la wajib..
      Rasulullah besabda "SETIAP perkara baru itu bidaah,SETIAP bidaah itu sesat dan SETIAP sesat itu masuk neraka"
      maka apekah perkara sifat 20 itu wajib dipelajari atau ianya BIDAAH??

      Delete
    2. Salam,

      Secara rendah diri saya ingin memberikan pendapat yang mungkin benar atau sebaliknya.

      Jika di ikuti pelajaran Asma' Allah (nama yang di namakan/nama yang indah/mundane names {ie. nama keindahan yang di ulang2 yang akan di tuntut oleh Allah kembali di akhirat, kalau di pinjam oleh anak cucu Adam})...

      Asma' Allah akan melibatkan ilmu Sifat (Sifat 21 yang di maksudkan di sini "tidak langsung" melibatkan sifat manusia, malaikat dan iblis dll).

      Jadi ilmu Sifat 21 terkeluar dari sifat manusia yang di anggap sebagai berhala itu. Sebab, mudah sekali orang belum masak ilmunya menyatakan dia menyembah dirinya sendiri. Ramai yang terjadi begini.

      Sifat 21 itu membuatkan insan yang berkecimpung dalam ilmu Tauhid masuk kepada satu peperiksaan iman.

      Sifat 21 adalah laisa kamislihi....Sifat 21 tidak ada contoh sifat Allah - walau pun dalam kerangka khayalan.

      Peperiksaan ini melibatkan pemahaman Nafi,munfi, esbat dan munsbit. Jika di bawa jauh lagi .... kajianya nya dikatakan akan memberikan pemahaman mengapa ia awal,akhir,zahir dan bathin. Kamu akan terpegun dengan pemahaman itu nanti dan ia tidak berlawanan dengan syariat( Pengawalan itu lah yang terlalu halus ibarat benang yang mengerakkan objek/atom)

      Adakah lepas peperiksaan lantas pemahaman Iman itu kamu masih menggunakan Ilmu Sifat or ilmu Asma'?

      Berkaitan dengan itu, Ilmu Sifat tersebut telah banyak memberikan kesimpulan melulu oleh para penyokong ilmu ini (mereka yang tidak mendasarkan mantiq zat)... yang banyak menyesatkan, sehingga ramai yang mengatakan dirinya Allah (MENYATAKAN DIRI INSAN ITU ALLAH ADALAH AMAT MENYESATKAN DAN DI KATAKAN IANYA MENGGABONGkan SYIRIK KAHFI DAN JALI SECARA BERGANDA).

      Disebabkan itu ilmu Sifat 21 ini di mansuhkan bila kita beriktikad dengan aliran Ahli sunnah WalJamaah.

      Nama Asma' adalah banyak sekali di nyatakan di dalam Al Quran/Wahyu. Ini mungkin tidak akan terpesong sehingga akhir zaman. Ini jalan benar.

      Tetapi daripada sudut proses ilmu , sebelum kamu memasuki peperiksaan untuk melahirkan keyakinan dan berkebolehan untuk berhujah,kamu disarankan melalui proses analisa (namun ini hanya pilihan sahaja)

      Di akhir proses itu, apabila hujah yang benar akan dapat mematahkan hati manusiayang penuh dengan nafsu - yang di katakan ada tidak kurang dari 7 peringkat itu.

      Sebahagian ulamak menyatakan nya sebagai "syatahat" dan syatahan ini mendekatkan ahlinya dengan Allah seolah2 ia menjadi wakil Allah untuk berkata-kata. Tidak lebih dari itu.

      Ahli yang bersyatahat tidak dapat menghidupan atau mematikan...dia hanya sebagai alat sahaja. Dia juga bukan Nabi.. dia hanya wali atau wakil dari Allah.

      Bila ia berwakil...benda berhala dan azimat ,mentera dll akan di buangkan jauh kerana benda itu tidak ada kudrat lansung.

      Jika timbul nafsu atau keakuan walaupun hanya secebis, dia akan di hapuskan oleh Allah ilmunya maka si wali akan kembali menjadi insan biasa, itu sahaja

      Makrifat itu memang benar 24/7... 24/7 adalah sama dengan setiap detik dan detik itu sama dengan siang dan malam...dan di antara siang dan malam itu, namun begitu ianya hanyalah masa sahaja.

      Allah bersumpah dengan masa.

      Adalah di katakan masa itu adalah rahmat Allah yang paling kecil sekali kepada manusia. Disebabkan masa inilah manusia boleh merasakan lazatnya rahmatnya.

      Rahmat yang lebih besar dari itu tidak lah saya ketahui dan perlu melalui hari perhitungan dan kekal samaada dalam syrga atau neraka. Darjat syurga neraka itu pula berbagai.

      Moga Tuan2 dapat membantu saya dalam perbincangan ini

      Salam dari seorang Makmum.


      Delete
    3. Sifat 20 WAJIB belajar... ilmu ke maarifatullah.... mmg nabi x ajar sbb kita kena cari sndiri.... kita x boleh berpegang pd syariat saja... hakikat takrikat makrifat kena pegang juga..... wajib blajar sume ni... ilmu mengenal Allah....

      Klau ckp sy salah.. tu maknanya awak kena blajar bnyk lg... para Wali Allah semua berilmu makrifat..... bnyk yg tersirat dlm dunia batin ni....

      Ok knp Nabi Adam mengucap 2 kalimah syahadah sdgkan Nabi Muhammad kita blom ada lg....
      Allah Muhammad tidak terpisah....
      Maksud tersirat kat situ kena kaji

      Delete
    4. Assalamualaikum w.r.b, saya setuju sebaiknya kita kaji dahulu 2 kalimah syahadah. Banyak rahsia yg tersirat didalamnya. Kalau tak kenal macamana kita nak beriman kepadanya...walahualam

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ijin ikutan

    Inna Amalu bilniat'',segala sesuatu perbuatan tergantung dari niatnya,ILMU adalah akal

    ReplyDelete
  6. kepada yang post.. harap tk payah post.. sebab nnt org yg umum bace.. padahal dye org bukan tau aper2.. tk yh.. post jadi fitnah pulak.. spe yg tahu.. simpan dlm dada.. nnt aja anak2.. ilmu mcm ni kene belaja masak2.. tp kalu yg bce nye tk de ilmu.. memg akan ckp mcm2... (sebab depa tuh pun bodo),.. harap maklum...
    salam/./.

    ReplyDelete
  7. Salam Sejahtera Saudara Hery,

    Pembelajaran ilmu ini mesti mempelajari apa itu kesesatan, kebenaran dan di antaranya.

    Seteklah itu, baharu nafsu kamu terpaksa memilih.

    Tidak perlu takut dengan cakap2 orang tentang kesesatan jikalau ilmu ini tidak merosakkan syariat kerana kawasan inilah tempat kita berpaling kembali jikalau kita tidak yakin.

    Sebab itu dikatakan gabongan ialah syariat, tarikat, hakikat & makrifat. Semuanya saling mendokong diantara yang lain.

    Keyakinan memerlukan masa. Lagi banyak soalan dan muzakarah, lebih teranglah maklumat yang kita fahamkan. Maklumat kefahan ini adalah hak bagi mereka yang berminat.

    Yang tidak berminat tidak akan mengintai blog ini.

    Memang semua manusia bermula daripada kebodohan (termasuk diri saya sendiri).

    Apabila membaca maklumat ini dan minda mula bertanya dan menyelidik, itulah berputiknya kemahuan nafsu kepada kebenaran makrifat.

    Yang penting, jangan menidakkan atau merosaakn syariat (contohnya konon bila faham tidak perlu sembahyang atau menjalankan rukun Islam....ini kesesatan namanya)..kerana semua hasil makrifat akan tertumpu balik kepada syariat.

    Moga Tuan boleh membantu saya di masa hadapan.

    Salam Makmum

    ReplyDelete
  8. cari lah dan duduklah bersama guru2 yg zahir....

    ReplyDelete
  9. Kpda yg ckp sifat 20 x wjb amek tahu td.meh ko bce ape yg aku taip ni..ko tau sape tulis al quran 2?? MANUSIA..ko pnh tgk nabi smbhyg? TAK PERNAH..Ko pnh jmpa imam syafie 2??? X PERNAH.. KO PERNAH JUMPA ALLAH??? Jgn pndai ckp bro..hang g ngaji hbs2 dlu bru hang bsuara.
    # Hu itu Aku, Allah itu namaNya, Ah itu zikirNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x...sifat 20 memang terkandung di dalam Al-Quran...puak2 wahabi & syiah aje yang tolak sifat 20 ni...

      Delete
  10. saya sangat menyukai apa yang anda kupas diblog ini bahkan andai kita bisa bertemu ingin aku menimba ilmu sama anda...walau masih banyak bahasa anda
    yang kurang saya mengerti...salam

    ReplyDelete
  11. Salam apa pun hujah semuanya betul kerana kamu bercakap terhenti disitu sambungan ilmu Allah maha Lucas
    Maaf ya contoh solat seorang diri tidak sah dalam benak ku solat jumaat begitu juga pendapat sesetangah ilmu nya cuma disitu disitulah ia berhenti sebenarnya iman orang Islam itu teguh kerna bila dicakap Muhammad saw.naik kelangit semuanya mengsaksikan.Sebab orang Islam semua mahu kesyurga

    ReplyDelete
  12. Smua ilmu hnya Allah yang tahu, kita hanya manusia yg ilmunya msih sdikit bahkan tak pu'y ilmu, Allah yg mngetahui perkara ghaib, Allah yg mngetahui segala urusan. mari kita renungkan makna hidup ini, sperti yg tersirat dlam Al Qur'an, Allah menciptakan jin dan manusia tidak lain untuk beribadah kpada'y, Allah pernah berfirman dlam Al qur'an, katakanlah hai Muhammad segala urusan perkara yang ghaib ckup Allah yang mengetahui, jdi tugas kita hanya mnjalankan Sunatullah saja. trima ksih kepda yg empu'y blog, saya sdikit demi sdikit ingin belajar mngenal diri karna sbenar'y kunci mngenal diri adalah mengenal Allah, jdi sila tlong bagikan sya sdikit ilmu. sya ingin mengkaji lebih dlam tentang islam wlau sya islam nmun sya hanya mnusia bdoh yg d suruh Allah untuk belajar krna sya tak punya ilmu sma skalipun kcuali Allah menghendaki... silahkan bagikan sya ilmu di email sya (ekoforwanto@gmail.com) sya hrapkan saudara smua mau brbagi dan membantu sya. smoga Allah membalas kebaikan saudaraku skalian dengan balasan kebhagiaan dunia+akhirat. karna Rasullullah pernah bersabda, siapa saja yang sdikit membgikan ilmu yg bermnfaat untuk saudra'y maka Allah akan mengganti'y dgn suatu nikmat yg tidak pernah ia rsakan di kehidupan'y. amin yaa robbal'alamiin

    ReplyDelete
  13. apa pun ilmu yg kita cari @ mahupun kita perolehi sama ada terang2an mahupun sebaliknya.. selagi itu kita kena mengkuatkan jati keyakinan kita kepada maksud kalimah syahadah kita kepada pencipta...kerana setiap yg tersirat bg keyakinan maksud kalimah hanya kita dan pencipta yg maha tahu... pada saya kalau dihujahkan ritual makrifat in ramai yang pasti mengatakan ilmu sesat tp secara peribadinya saya selagi mana kita meyakinni Allah yg MAHA Mengkehendaki dan kita meyakini kita hanya bergantung harap hanya pada Allah tidak sesat.. maka dari situ datangnya redho andainya Allah tidak memperkenankan doa kita...dan dari situ juga kita sebagai hambanya akan lebih lagi berusha mendekati dan mengingati Allah dgn menyebut namaNya sebagai akuan dan pujiaan kita hamba kepada Pecipta (zikrullah).. Allah akan sentiasa dekat kepada hamba2nya yang senantiasa mengingatinya shingga mana dia mengkehendaki mendekati hamba2nya.. tiada satu apa pun yg dapat menghalanginya...

    ReplyDelete
  14. blog yg menarik...ramai kalangan sahabat2 yg mempunyai ilmu2 yg baik...moga dpt bersua nanti insyallah...

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum semua,

    ramai yg minat dlm topik ni. semoga allah memberi kita petunjuk kpd kita jalan kebenaran.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum w.r.b,

    Sayukur alhamdulillha saya berterima kasih kepada empunya blog ini.

    'AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRAHU".

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.