AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Thursday, December 15, 2011

CANDI BOROBUDUR - Maqam Nabi Sulaiman ?



Sang Kelana Hati menulis "CANDI BOROBUDUR adalah hasil peninggalan NABI SULAIMAN dan TABUT ada di sana.... satu lagi perkara yang boleh di OPS kan.... kini inilah hasilnya ...


“Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhanmu dan sisa daripada peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun. Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu jika kamu orang yang beriman.” (al-Baqarah: 248)"

TuanKelarias Al Fateh :Al fatihah..Alam Nasyrah kepada Nabi saw dan para Masyaikh juga kepada Gusti Sang Prabu .Ini mdnya..Md1; cuba diteropong zaman tahun bila Nabi Sulaiman berada di kawasan nusantara ini.

Senopati Kesuma Dewi
:Mengikut pandangan saya 943 sebelum masih.

TuanKelarias Al Fateh : Menurut saya..kira-kira anggaran dalam seribu tahun sebelum masehi. Yakni Nabi Sulaiman dianggarkan ada di zaman seribu tahun sebelum kemunculan Nabi Isa alaihi salam.Md2; Hindu sekarang adalah agama yg telah dipesongkan oleh syaitan, dahulunya ia bernama Hanif pada gelarnya..Benarkah ini ?

Senopati Kesuma Dewi
Untuk md ke 2 - Benar menurut pandangan saya bahawa hindu itu adalah dari agama hanif. Saya disimulasikan dengan pandangan loceng dibunyikan untuk memanggil sekalian orang berhimpun. Disana mereka akan duduk bersila, memegang tasbih dan merapatkan kedua tangan mereka seperti orang hindu.. tetapi mereka duduk berzikir beramai-ramai... di barisan depan sekali seperti raja mereka dan para pembesar yang memakai pakaian kebesaran

TuanKelarias Al Fateh
Md3; Adakah Buddha atau Hindu/Haniff agama yg dibawa oleh Nabi sulaiman ke Nusantara seribu tahun sebelum masehi..?


Senopati Kesuma Dewi
md 3 - Benar tuan. Saya disimulasikan seperti seorang anak raja/orang-orang besar yang melucutkan semua pakaian kebesarannya dan menyarungkan pakaian biasa.. masih duduk bersila dan betapa..sambil memegang tasbih duduk seperti berzikir
TuanKelarias Al Fateh Md 4 ; Nabi Ibrahim membawa agama Hindu Nabi Sulaiman membawa Buddha asli begitukah adanya..? yakni agama mentauhidkan Allah. Senopati Kesuma Dewi
md 4 - mengikut pandangan saya begitulah adanya. Setelah pengaruh agama hanif itu bertukar.. maka datangnya seperti agama buddha yang mengajak manusia kembali ke fitrah diri...

TuanKelarias Al Fateh
Md 5 ; Cuba kamu perhatikan ajaran agama hanif dan hindu ketika ia masih asli di zaman Ibrahim as hampir berbelas ribu tahun dahulu..( maaf saya guna berbelas ribu tahun ) apa kah aura warna agama itu dahulu..
Senopati Kesuma Dewi
Jawapan bg MD 5 - Saya disimulasikan sebuah kota yang besar seperti yg saya jangkakan kota Nabi Ibrahim dan aura yang mengelilingi kota itu ada hijau biru dan ungu

TuanKelarias Al Fateh
Md 6; Cuba juga perhatikan aura warna ajaran agama Buddha ketika ia meneruskan ajaran bapa'nya dalam salsilah itu berterusan..

Senopati Kesuma Dewi
md 6 - Saya diperlihatkan aura yang berwarna biru dan hijau .

TuanKelarias Al Fateh
Md 7 ; benarkah akhirnya agama Hanif Nabi Ibrahim itu akhirnya disesat-sesatkan dan terpecah fahamannya kepada dua yakni HINDU dan BUDDHA yg berasal dari satu..atau mungkin dari jalan peribadatan lain agaknya

Senopati Kesuma Dewi md 7 - benar tuan. saya diperlihatkan agama hanif itu berakhir dengan perpecahan, peperangan dan perbalahan dan akhirnya mengundang kembali pada penyembahan berhala.. seterusnya agama Budha itu pula selepas kematian pemimpin mereka dan ketaksuban kepada org yg mereka puja



TuanKelarias Al Fateh pada ketika yg sama agama hanif mengalami kemerosotan akidah..perpecahan kefahaman akhirnya muncul Nabi Isa dengan fahaman untuk membaikan akidah Bani Israel yg turut rosak lari dari ajaran Nabi Musa as..maka muncullah penyelamat agama di akhir zaman , Rasulullah saw. Jadinya mungkin ada peristiwa menarik agaknya...Asif Burkhiya dan jin jin Nabi Sulaiman..

Seseorang telah diminta menyusun para Nabi dan Rasul bermula Nabi Ibrahim hingga Nabi Muahammad s.a.w .Bermula Nabi Ibrahim , lut , Ismail, Ishak, Yaakob ,Yusuf, Ayub, Syuiab , Musa ,Harun ,Zulkifli ,Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak ,Yunus ,Zakaria ,Yahya , Isa dan Muhamad s.a.w. Jarak Nabi Musa hingga ke Nabi Isa a.s 6.900 tahun ,manakala jarak Nabi Sulaiman hingga ke Nabi Isa a.s 1000 tahun . dan zaman Nabi Zakaria dengan Nabi Isa a.s hampir sezaman kerana Nabi Zakaria pak cik kepada Saidatina Maryam bonda kepada Nabi Isa a.s .

TuanKelarias Al Fateh
Md 8; Lynn Jack cuablah bermohon kepada Allah berkat Nur Muhammad saw , adakah peristiwa Asif Burkhiya itu berlaku di Palestin sana atau di sini..atau adakah Asif Burkhiya itu orang Nusantara atau memang orang di Palestin. Selama ini kita dipesong2kan pemikiran oleh si bangsat Yahudi.. agama mereka dibangsakan agama samawi..sedangkan Agama Nabi Ibrahim dan Agama Sulaiman itu bukan ...

Senopati Kesuma Dewi
md 8 - perisitwa berlakunya perpindahan Istana Balqis itu berlaku dinusantara namun saya melihat petanya agak berbeza sedikit dengan yang ada sekarang ini.. dan asif itu katanya adalah seorang yg berasal dr nusantara.. wallahualam Nusantara... Nusantara yg mana tidaklah saya tahu kerana nusantara pada pandangan saya itu sangat luas jajahan takluknya..

TuanKelarias Al Fateh: Tergugat ilmu pengetahuan saya .betul, saya tidak dapat menerimakan buat saat ini :
md 8 ; perhatikan sekali lagi dimana peristiwa Asif memindahkan istana yg disebut dlm al quran..rabithah dulu..peta dunia mungkin tdak seperti hari ini..berhati-hatilah memahaminya. pada fikiran saya tentulah di Palestine.. bukan di tanah Nusantara tanah melayu ini..atau di Indonesia..mungkin SKD terkeliru... kalau dikatakan Asif itu dari Nusantara pun tak patut juga , tapi entahlah...

Sebelas ribu tahun dahulu' ada sebuah pulau besar tenggelam di sebelah Rome sana ( atlantis)..'...juga kerajaan lemuria...juga fira'un di Mesir..serentak tiga sekali dalam satu waktu.

Buddha dan Hindu adalah sekeluarga..dengan kepercayaan yg hampir sama..cuma sesat dihujung zaman. cara tapa nya tu sama dengan hindu..sama dengan buddha..rasul saw sendiri pun bertapa di dalam gua hira.


Senopati Kesuma Dewi
md 8 ; Tuan mengikut simulasinya pada waktu itu nusantara sangat besar jajahan takluknya.. malahan kebanyakkan negara nusantara yang ada sekarang adalah merupakan tanah jajahan yang besar malahan di tengah-tengah Nusantara itu terdapat satu istana yang sangat besar disana... disitulah peristiwa itu berlaku , keluasan jajahan nusantara itu menghampiri kepada Sri Lanka dan Arabian Sea... malahan Raja Sulaiman selalu berulang dari Nusantara ke Palestine tuan, kerana tersimpan gedung ilmu di Palestine.. wallahualam Tuan... berat sungguh ops yg berkaitan dengan sejarah ini


TuanKelarias Al Fateh : Semakin sakit jiwa kalau kita baca semula pesanan dari Sunan Ampel: Melarang Sunan Demak memerangi penganut agama Buddha dan Hindu'..

Senopati Kesuma Dewi
itu saja yg saya ditunjukkan...saya melihat melalui peta dunia negara-negara nusantara itu bercantum kembali


TuanKelarias Al Fateh : Teropongkan dari mana asal usul nama BALQIS dan dimana sebenarnya Istana sulaiman yg paling besar di dunia ini dahulu. Benarkah Chandi Borobudur di reka cipta di zaman nabi Sulaiman oleh para golongan jin dan manusia berkerjasama.. Kerajaan Sulaiman tiada yg dapat menandingi keluasannya kekuatannya dan kehebatannya sampai zaman mana sekali pun..sepertinya ada dalam firman.. :

Wahai Tuhan ..kurniakanlah daku kerajaan yg tidak ada sesiapa yg dapat menandingi sebelum dan selepas ku ...

Adakah Nabi Sulaiman menunggang angin yg pantas geraknya seumpama baginda as menunggang tikar terbang...? saya rasa kalau nak tengok rupa paras keturunan Sulaiman dan Balqis mirip pada rupa bangsa bugis...Benarkah Balqis akhirnya masuk ke alam jin..disebabkan sangat kuat bertapa bhrata..dan akhirnya jadi wali jin di alam jin..ilmunya melimpah-limpah kalau di nusantara ini.

Senopati Kesuma Dewi; Asala usul Ratu Balqis ... mengikut pandangan saya asalnya dari Belgium. dan Istana terbesar sulaiman adalah di Nusantara .

TuanKelarias Al Fateh Wak Admirral ..mungkin the Kingdom of Punt yg diwar-warkan sebagai tanah para dewa dalam lagenda Mesir Purba itu letaknya pun di Nusantara juga... mungkin ia lah the lost kingdom of punt itu. Belgium dan Bugisium . Adakah benar Candi Borobudur itu adalah candi milikan Sultan Sulaiman...? bersumpahlah kamu dihadapan Allah dan rasul bersaksikan wafak dan rabitah..wahai al marhum gusti sang prabu hadirlah semangatmu..kembalikanlah pengetahuan kami yg telah hancur luluh dimakan anai-anai hasad dengki dan sekaliannya.

Senopati Kesuma Dewi : Benarkah Chandi Borobudur di reka cipta di zaman nabi Sulaiman oleh para golongan jin dan manusia berkerjasama..------benar tuan. saya melihat mereka bekerjasama mengerjakannya....barang-barang yang berat itu sampai di lokasi seperti angin mungkin dibawa oleh bangsa jin dan melihat bangsa manusia pula merapikannya...

TuanKelarias Al Fateh : Jadi ,,benarlah penemuan pengkaji para ahli saintis baru-baru ini ..


Senopati Kesuma Dewi ; Adakah Nabi Sulaiman menunggang angin yg pantas geraknya seumpama baginda as menunggang tikar terbang..--Benar tuan seperti kisah kartun Aladdin tikarnya itu.. boleh menggulungkan badannya sendiri sentiasa hadir apabila diseru...

TuanKelarias Al Fateh :
Mereka telah menemukan bahawa chandi yg berumur ribuan tahun itu adalah milik Nabi Sulaiman alaihis salam.

Senopati Kesuma Dewi :
Saya rasa kalau nak tengok rupa paras keturunan Sulaiman dan Balqis mirip pada rupa bangsa bugis..-Ya Tuan mereka mempunyai susur galur yg sama. Yang disebutkan persamaanya bangsa bugis itu adalah kulitnya putih, tangkas melakukan kerja dan suka berperang... wallahualam

Ratu balqis itu seorang yang suka membaca dan saya melihat Ratu Balqis banyak mempelajari ilmu dari Nabi Sulaiman. Selepas Nabi Sulaiman wafat, Ratu balqis telah keluar dari istana dan menghilangkan dirinya. Mengikut rabitah benar Ratu Balqis berpindah ke alam lain..

Benar tuan... berpagarkan wafa' dihadiri oleh gusti almarhum dan rabitah... saya telah melafazkannya disana.. dan kesemuanya menjawab dengan 1 jawapan BENAR Chandi Borobudur adalah milik Nabi Sulaiman ... meremang bulu roma saya nie tak turun-turun...

Tuan Kelarias Al Fateh :
Adakah benar di Chandi itu terdapat maqam Nabi Sulaiman yang tersorok disana?
Senopati Kesuma Dewi :
Mengikut pandangan saya dan rabitah, benar disitulah terdapat maqam Nabi Sulaiman yang sangat besar dan panjang. Terdapat satu pintu rahsia di sana dan maqam itu terletak dibawah tanah.. terdapat pancutan air yang mengelilingi maqam itu. Malahan masih terdapat penjaganya dari golongan jin disitu. Bulu roma saya terus meremang, dada kiri saya berdegup kecang..rasa sangat sakit dan susah nak bernafas.....

Bersambung ..insyallah


========================================================================

KESIMPULANNYA : RUJUK KEPADA AL QURAN DAN HADIS

Bila membicarakan soal agama Hindu dan Budhha,  adalah di bawa oleh Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Sulaiman, Agama Yahudi oleh Nabi Musa (yang mana sepeninggalan Nabi Musa , kaumnya telah disesatkan oleh Dajjal iaitu bernama Musa Samiri agar menyembah lembu) dan Agama Nasrani oleh Nabi Isa , maka tidak dapat tidak kita tahu bahawa Nabi-Nabi ini di beri petunjuk oleh Allah SWT melalui kitab-kitab terdahulu iaitu Nabi Ibrahum Suhuf, Nabi Daud dan Sulaiman Zabur, Nabi Musa Taurat dan Nabi Isa Injil.

Maka nya kitab yang di pegang oleh para pendita Hindu dan Buddha adalah Suhuf Nabi Ibrahim dan Kitab Zabur Nabi Daud yang telah menjadi cacamerba yg telah di selewengkan . Oleh kerana itu para-para wali songo tahu bahawa mereka adalah penganut agama hanif (Tauhid) dan kerana itu Sunan Ampel melarang  Sultan Demak memerangi puak Hindu dan Budhha.

Manakala Syeikh Siti Jenar dan Sunan Kalijaga banyak bermuzakarah dengan pendita Hindu dan Budhha dan mengadaptasi ajaran-ajaran itu yg tidak bersalahan dengan ajaran Islam dan di rangkum di dalam ajaran dan dakwah mereka. Dari sini lahirnya WAHDATUL WUJUD DAN REINCARNASI - KELAHIRAN SEMULA. INI BUKAN AJARAN HINDU  DAN BUDHHA YANG SESAT & MENYELEWENG TETAPI AJARAN NABI IBRAHIM DAN SULAIMAN.

Nabi Ibrahim telah berdakwah hingga ke Champa (Kemboja /Vietnam) dan mengahwini seorang Putri Raja di sana iaitu Siti Qaturah dan dari zuriat mereka lahir nya bani Jawi(Melayu). Apakah Agama yg di anut oleh penduduk Champa ketika itu? Bukankah agama Buddha? Agama yang di anut oleh bangsa Melayu (Nusantara termasuk tanah Jawa) dan kenapa Sayyid Hussin Jamadil Kubra menuju ke Champa selepas Samudera Pasai dan juga mengahwini seorang Puteri dari sana yg telah melahirkan zuriat wali-wali Songo (dari Champa dan Kelantan Purba iaitu Langkasuka ) dan di hantar ke Tanah Jawa atas urusan mengislamkan penduduk Jawa.

Saya lampirkan beberapa rujukan dari al quran untuk kita renungkan bersama.


Bismillah

A001
Alif, Laam, Miim.
(Al-Baqarah 2:1) |                

A002
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqarah 2:2) |                     
A003
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al-Baqarah 2:3) |                   

A004
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
(Al-Baqarah 2:4) |                     

A005
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
(Al-Baqarah 2:5) |                     

A006
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
(Al-Baqarah 2:6) |                     

A007
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
(Al-Baqarah 2:7) |                      

=================================================================


A025
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25) |                     
A026
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
(Al-Baqarah 2:26) |                     
=================================================================

A028
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Al-Baqarah 2:28)
 
==================================================================
A054
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
(Al-Baqarah 2:54) |                     
=================================================================

A136
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
(Al-Baqarah 2:136) |                     

==================================================================

A174
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Baqarah 2:174) |                 

A175
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
(Al-Baqarah 2:175) |                     

A176
(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah).
(Al-Baqarah 2:176) |                     


=================================================================


A213
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
(Al-Baqarah 2:213) |                 
================================================================








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.