AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Monday, November 21, 2011

DARI MANA DATANGNYA ILMU HAKIKAT INI ?

Orang orang ARIFBILLAH sejak zaman berzaman telahpun memohon Petunjuk & Bimbingan Allah. Para sahabat sudah tentu telah diajar oleh Nabi SAW mengenai perkara perkara yang khusus ini. Ianya RAHSIA YANG HALUS . Maka yang mengetahuinya tidaklah ramai kerana ianya ILMU KHUSUS. Jika semua orang tahu maka hilanglah kekhususannya.

Dan yang Maha Memberi Petunjuk ialah Allah. ILMU MENGENAL DIRI yang sampai kepada kita ini ialah dari Allah kepada Rasul , dari Rasul kepada Sahabat dan para sahabat menyampaikanya kepada Arifbillah dan turun temurunlah ilmu itu hingga sampai kepada kita dengan Pemeliharaan Allah jua.

Oleh kerana bidangnya ILMU GHAIB , maka otak kita yang terhad kemampuannya , adakalanya tidak mampu mencapainya, sedangkan otak biasanya berfungsi berlandaskan LOGIK. Oleh itu dalam perkara ini peranan otak adalah terhad dan terbatas.

Wajiblah kita yakin dan percaya sekiranya otak menolah sedangkan ada NAS yang menyokongnya. Itulah yang dikatakan IMAN sebab RUKUN IMAN 6 PERKARA itu ialah percaya kepada perkara perkara yang ghaib belaka.

ANTARA ULAMAK UTAMA ILMU HAKIKAT

Antara insan insan yang mendapat PETUNJUK ALLAH didalam hal ini ialah nama nama yang saudara barangkali sudah biasa dengar saperti Qutubul Aulia Syeikh Abd Qadir jailani, Imam Al-Ghazali, Ibnu Arabi, Hamzah Fansuri, Abdus Samad Palimbani, Syeikh Daud Patani, Tok Kenali dan ramai lagi.

Merekalah guru kita yang zahir. Semestinyalah GURU HAKIKI kita ialah Allah. Dalam mencari Ilmu apatah lagi Ilmu Ketuhanan , maka elok sangatlah kita selalu bertanya kepada GURU HAKIKI kita yakni Allah SWT.

Itualah yang sebenarnya berlaku ketika jari jari fakir digerakkan untuk menaip rencana ini tanpa ....fakir hanya menaip saperti yang digerakkan olehNya.

KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT
TAJALLI / PENAMPILAN ALLAH

IBNU ARABI mahupun HAMZAH FANSURI dan juga SYEIKH ABD QADIR JAILANI berpendapat bahawa manusia yang dirujuk sebagai INSAN itu ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH YANG AMAT SEMPURNA

ISTILAH yang mereka gunakan bagi menjelaskan penampilan itu ialah TAJALLI.
Yang demikian Tajalli ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH.

Sabenarnya menurut mereka, yang disebut sebagai ALAM SEMESTA ini, tidak lain dan tidak bukan melainkan semuanya adalah bentuk bentuk Pentajallian Allah belaka bermula dari yang maha kecil hinngalah kepada yang maha besar.

Namun begitu menurut kenyataan Allah didalam Al-Quran, PENTAJALLIAN ALLAH pada MANUSIA –lah yang sengaja lebih disempurnakan oleh Allah. Maksudnya ialah MANUSIA-lah BENTUK PENTAJALLIAN ALLAH YANG AMAT SEMPURNA LAGI KUKUH.

MERTABAT TUJUH

Bermula dari konsep Tajalli ini, mereka seterusnya menghuraikan PROSES PENTAJALLIAN itu melalui TUJUH MERTABAT atau manusia itu dijadikan/ diciptakan Allah sebagai bentuk Pentajalliannya yang kukuh lagi sempurna itu melalui 7 Alam Pentajallian.

Ini dikatakan sebagai TUJUH ALAM KEDATANGAN. Kembali pun melalui tujuh alam juga. Seaparuh ulamak menyebutnya sebagai 7 Alam Nafsu.

PELBAGAI ISTILAH DIGUNAKAN
Jangan Keliru Dengan Istilah Istilah Yang Banyak Itu.

Sudah tentulah banyak istilah dan nama nama digunakan dalam penjelasan mereka yang terperinci. Janganlah risau mengenainya. Yakinlah bahawa pokok pangkalnya adalah sama jua yaitu MANUSIA itu ialah PENAMPILAN WUJUD ALLAH didunia dan di Alam Maya ini, dalam BENTUK YANG AMAT SEMPURNA dan KUKUH.

Atau manusia itu adalah PENAMPAKAN ALLAH mengikut fahaman LIHAT SATU PADA YANG BANYAK dan LIHAT YANG BANYAK PADA YANG SATU.

Yang Satu itulah banyak dan Yang Banyak itulah satu.




Allah memudahkan kita untuk mengenali Sifat / Asma’ & Af’alNya kerana Allah menghuraikannya didalam Al-Quran. Allah juga berfirman bahawa cara termudah untuk mengenaliNya ialah dengan melihat dan mengenali RAHSIANYA yaitu DIRI KITA sendiri.

Nabi pula bersabda : Sesiapa yang mengenali dirinya pasti mengenal Tuhannya. Ini adalah kerana Allah telah mengistiharkan bahawa makhluk yang paling sempurna yang telah diciptaNya ialah manusia itu sendiri. Maksudnya kita sebagai manusia lebih sempurna daripada Malaikat apatah lagi Iblis yang berasal dari malaikat itu.

Jadi kenapakah kita tidak mengakui akan kebenaran Kalam Allah dan kebenaran Sabda Nabi kita dan memilih untuk percaya pula kepada kata kata ulamak zaman ini yang mengatakan Ilmu Mengenal Diri itu sesat dan menyesatkan. Tanpa mengkaji dan berfikir orang memilih untuk mengikut sahaja.

Soal MENGENAL DIRI SENDIRI bukanlah soal yang mudah dan boleh dipermudahkan.

Apakah yang dikatakan sebagai DIRI itu ? Adakah ianya jasd kita atau nyawa kita atau kedua-duanya sekali atau DIRI itu perkara lain yang tiada kaitan dengan jasmani atau nyawa kita ?



ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.

Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja. Mahasuci Allah dari kekurangan itu sedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah. Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.

Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu. Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang manyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.

MENGENAL RASUL

Disini dikatakan bahawa yang dikatakan DIRI SENDIRI itulah RASUL atau PENYAMPAI yang diamanahkan oleh Allah. Rasul ini wujud bersama kita setiap detik & ketika selagi kita masih bernafas. Dialah yang dikatakan RAHSIANYA & AMANAHNYA.

Tugas Rasul ialah menyampaikan amanah yaitu Hak Allah kepada yang diamanahkan kepada Rasul itu dan tugas yang menerima amanah pula ialah MEMULANGKAN amanah ( yang dikatakan hak allah itu ) kepada Yang Empunya Amanah yaitu Zat Wajibul Wujud itu sendiri.

Mengenal Rasul adalah lebih mudah berbanding Mengenal Allah. Ini adalah kerana Rasul itu manusia. Perbezaan Rasul dengan manusia biasa ialah Rasul itu terpelihara sifatnya oleh Allah yaitu dijamin bersifat SIDDIQ / TABLIQ / AMANAH & FATONAH.

Namun begitu Rasul Zahir yang terakhir telah wafat. Pada hakikatnya tiada saorang pun manusia yang ada didunia sekarang ini berupaya menggambarkan manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah itu dengan tepat.

Yang demikian apa yang perlu kita kenal sekarang ini ialah RASUL DIRI KITA SENDIRI yang oleh Arif dirujuk sebagai Muhammad Mustaffa Rasul Allah. Rasul ini juga disebut sebgai RASUL BATIN dan disebut juga sebagai RUH atau NYAWA.



Sementara itu adalah jelas kepada kita akan betapa pentingnya mempelajari Ilmu Usul bila kita sudah tahu serba sedikit siapa diri kita yang sabenarnya, dari mana kita datang, kenapa kita disini dan kemana pula kita salepas ini.

Ulamak mengatakan bahawa satelah dimatikan kita akan kealam BARZAKH sementara menunggu kembali kenegeri asal kita yang disebut sebagai AKHIRAT.

JALAN DATANG & JALAN PULANG

Soalnya ialah bagaimana pula caranya kita boleh sampai semula ketempat asal kita yang disebut sebagai Akhirat itu dengan bukan sahaja selamat tetapi sempurna dan berkekalan ?

Ulamak mengatakan bahawa cara yang dikatakan selamat, sempurna dan berkekalan itu ialah dengan IMAN Yang Haq yaitu dengan menunaikan PERINTAH ALLAH yang ditunjuk oleh RASULNYA yang berasaskan Rukun Iman dan Rukun Islam.

Perintah Allah untuk kita tunaikan sangatlah banyak. Al-Quran menceritakan tentang Perintah & Larangan Allah, tentang dosa & pahala. Juga tentang Nikmat Syurga dan Azab Neraka.

JANGAN SEKALI-KALI BERBURUK SANGKA DENGAN ALLAH.

Namun begitu janganlah hendaknya kita bersusah hati mengingatkan akan perintah perintah Allah yang telah kita tinggalkan, tentang larangan larangan Allah yeng telah kita langgar.

Allah telah menunjukkan jalan keluar yaitu BERTAUBAT dan MEMINTA AMPUN kepadaNya dan wajiblah kita percaya bahawa Allah itu mengampunkan segala dosa melainkan dosa mensyirikkan Allah.
Janganlah sekali-kali kita berkata “ Entah diampun atau tidak dosa aku oleh Allah “ satelah kita minta ampun dan bertaubat. Ini dinamakan BURUK SANGKA terhadap Allah.

TAKUTILAH DOSA SYIRIK HOPPI

Sekali lagi fakir ingin mengulangi : Yang perlu kita takut dan berjaga-jaga ialah berhubung dengan dosa yang Allah tidak akan ampunkan yaitu dosa menduakan Allah atau menyengutukan Allah. SYIRIK namanya.

SYIRIK itu bukan sahaja syirik menyembah bahala dirujuk sebagai syirik yang KASAR tetapi yang paling ditakuti ialah apa yang disebut sebagai SYIRIK YANG HALUS atau TERSEMBUNYI atau SYIRIK HOPPI. Ini termasuk menyengutukan Allah dengan diri kita sendiri.

Bagi orang yang beriman yaitu yang benar benar beriman kepada Ayat Ayat Al-Quran mereka merasa lega dan bersenang hati dengan membaca dan berfikir dan memahami Firman Allah didalam Surah As-Shad : 46 :-

Katakanlah Ya Muhammad bahawa engkau diperintah untuk mengingatkan manusia SATU HAL SAHAJA yaitu MENGHADAP ALLAH DENGAN IKHLAS berdua-dua atau sendiri sendiri. Suruhlah mereka fikirkan.

FAHAMILAH MAKSUD IKHLAS

Allah juga Berfirman :-

Orang orang yang BERIMAN itu TIDAK TAKUT pada PENGURANGAN PAHALA atau PENAMBAHAN DOSA.

Maksudnya ialah orang yang beramal ibadah kerana didorong oleh rasa takut berdosa atau oleh keinginan untuk mendapatkan pahala belum lagi benar benar beriman.

Ini adalah kerana dia beramal dan beribadah dengan TIADA perasaan IKHLAS terhadap Allah. Lagipun Allah telah menyatakan melalui HADITH QUDSI yang dirujuk sebagai SUUL KHOTIMAH & HUSNUL KHOTIMAH bahawa urusan memasukkan seseorang kedalam Syurga atau Neraka itu adalah Hak & Ketentuan Allah, bukan ketentuan seseorang itu melalui amal ibadahnya apatah lagi jika amal ibadah itu tidak ikhlas.

Sekiranya kita betul betul faham siapa kita, siapa Allah dengan erti mengenalNya, faham pula kita maksud HAUQALAH, Kalimah Tauhid, Kalimah Rasul, Rukun Iman & Rukun Islam, tentulah kita akan menjadi orang orang yang benar benar beriman kerana kita tahu siapa diri kita yang menyembah dan kita juga tahu siapa Tuhan yang kita sembah.

Ini adalah kerana kita tahu bahawa semua yang kita lakukan itu adalah AF’AL Allah dan bukannya perbuatan kita.

Ingatlah bahawa SYARIAT itu KULIT dan ianya lakuan Jasad manakala HAKIKAT itu ISI dan ianya adalah AMALAN BATIN atau Ruh atau Nyawa.

Adakah IKHLAS itu ditempatkan ditubuh kita ?



TAKRIF ORANG ORANG BERIMAN MENGIKUT AL-QURAN

Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendapat Petunjuk.

Orang orang yang mendapat petunjuk ialah orang orang yang mendirikan Solat, menunaikan Zakat, Haji dan yakin pada hari Akhirat.

Orang yang tidak melakukan kezaliman yang besar yaitu orang orang yang tidak menyengutukan Allah

Orang yang mendapat kemenangan besar yaitu orang yang mentaati Allah & RasulNya, bertakwa dan berkata benar.

Orang yang tidak pernah memikirkan tentang dosa dan pahala bila beribadah kepada Allah

Orang yang gementar jiwanya bila disebut sahaja Nama Allah



KAMUS SUFI anda ..............

AJSAM = badan – Alam Ajsam ialah alam kebendaan ini.
AMTHAL = misalan misalan
ARIF = orang yang mempunyai makrifat ( pengenalan )
ARWAH = ruh ruh ( plural for ruh )
ASYGHAL = ( singular = Syaghal ) Latihan Sufi, misalnya duduk dengan cara tertentu, tarik nafas dengan La Ilaha dan diarahkan kepada Hati dengan Illallah dan lain lain.

AYNIYYAT = sama saperti ais dengan air
BAY-SHARA = orang orang Islam yang tidak berapa patuh kepada Syariat Islam
ZAT = Yang menunjukkan Sifat. Tidak dapat diperkatakan hakikatnya. Ada orang menganggap serupa dengan Wujud tetapi Wujud dikira antara 4 hypotesis Wahdat yakni Ilmu, Nur , Wujud & Suhud – manakala Zat mesti atas lagi daraipada hypotesis.
ZAT – i - ZAHIR = Zat – i – Batin terdiri dari Ahdiyyat , Wahdat & Wahdiyyat dan Zat – i- Zahir terdiri dari Arwah , Amthal & Ajsam.
ZAKIR = orang orang yang berzikir.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..maaf datok pendita, saya ingin kepastian tulisan datok yg mnyebut firman Allah di dlm surah As Shad: 46 itu adalah surah Saba: 46.. maaf jika saya yg silap..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.