AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Tuesday, March 5, 2013


Wawancara Antara Editor Majalah Pendekar Dengan Cikgu Abdul Majid Mat Isa
Saturday, May 17, 2008

Berikut saya paparkan sedutan wawancara saya(verbatim) dengan Cikgu Majid Mat Isa di rumah beliau di Gurun, Kedah pada 5 Januari 2003 (SELEPAS SAYA INTERVIU CIKGU AWANG DAUD)

Saya mula-mula belajar Gayong pada 1956 melalui Meor Abdul Aziz, abang Dato’ Meor Abdul Rahman. Ketika tu Dato’ Meor masih berada di Singapura. Saya belajar tangan kosong di Gurun. Sukatan pelajaran belum ada lagi masa tu.

Lepas senaman panaskan badan, buat regangan dan lain-lain, diajar tumbuk pintal tali, pancung dayung dan lain-lain.

Dia(jurulatih) mengajar, dia suruh kita tumbuk, dia elak, elak, elak. Sat lagi dia pulak tumbuk, kita pulak elak, elak, elak (ketawa).

Bila dia tengok dah cukup boleh elak, elak; sekarang dia kata, tumbuk, tangkap, kunci pulak. Tangkap sikit-sikit aja (bukan tangkap penuh).

Tapak Gayong ada tujuh biji buah tangkapan. Kalau dulu dia ajar buah satu tu seminggu hingga dua minggu. Bagi cekap dulu buah satu. Hari-hari belajar. Malam. Lepas Isyak sampai tengah malam.

Habis tujuh biji buah. Cukup. Itulah Tapak Gayong dia kata. (Pentas?) Tak dak. Lepas tu dia kata, sekarang kamu dah boleh Tapak Gayong. (Pecahan Tapak?) Pun tak dak.

Lepas Tapak Gayong, akan diajar Seni Gayong. Sebelum belajar Seni Gayong, kena mandi seni dulu. Penuntut akan diajar Senaman Anak Harimau sebelum pentas.

Lepas tu tangkap. Lepas tangkap bukak. Dulu ini dinamakan Gulung. Bukannya Pentas. Buah Gulung Hidup, dia kata. Tangkap buah satu, dia pusing balik, dia gulung, sampai tujuh biji. Habis. Mainlah satu buah Gulung dia kata. Habis pelajaran.

Dia(gurulatih) cukup susah nak bagi (pelajaran). Bukan macam la ni. Kalau dulu sebulan sebiji aja. Buah Tapak Gayong belajar enam bulan hingga setahun lebih. Kira saya tahun 1956, sehingga tahun 1958 baru saya boleh main Gulung. Tahun 1959 baru dia(Dato’) ambil saya di Singapura, baru belajar main senjata. Main Keris.

Dia (arwah Dato’ Meor) mai Kedah tahun 1959, bersama dengan Dato’ Onn. Mula-mula dia datang tu 1958. Dia datang mai meninjau dulu. Dia balik dia ajak Dato’ Onn ke Kedah.

Masa tu hari sukan. Sekolah tu minta kita buat persembahan. Persembahan tu depa buat pentas, semua eloklah kan? Malam main. Atas pentas. Kenakan tiket kepada siapa nak pi tengok. Ramai yang tak biasa tengok Gayong main kan? Singapura tak main. Masa tu gelanggang semua tertutup. Kalau hang Tapak Gayong, tak boleh tengok latihan orang Seni Gayong. Orang Seni Gayong bolehlah tengok orang Tapak Gayong. Bengkung tak ada lagi masa tu.

Tapak Gayong belajar dengan Cikgu Ismail Mansor. Lepas tu pelajaran habis, saya dibawa ke Singapura untuk berlatih bermain keris. Saya dikhatamkan (Keris dan Lembing) di air terjun Kota Tinggi. Seni Keris hanya diajar tikaman sahaja(pentas), bukan tangkapan. Tangkapan dia tak ajar masa tu. Saya tahun 1964 baru diajar tangkapan senjata, bagaimana menentang serangan bersenjatakan keris. Sebelum tu Cuma diajar pentas (permainan) sahaja. Keris 1, Keris 2, Pisau 1, Pisau 2 diajar sekali. Pelajaran Pisau - 1 dan 2 sahaja. Tangkapan pisau dan keris cuma 7 biji.

1973, masa tu Cikgu Ahmad Lazim telah dipanggil balik dari Kelantan (kerana sesuatu sebab). Balik mai ke Kedah. Kemudian kita nak tarik begitu sahaja ada komplot di Kelantan yang sukakan Cikgu Ahmad Lazim. Beritahu kepada ahli Gayong Kelantan, mata pelajaran Gayong akan di “upgrade” kan. Cikgu Ahmad Lazim diminta balik ke Kedah untuk ambil kursus balik.

Antara yang terlibat susun pelajaran ialah saya sendiri(Cikgu Majid), Cikgu Awang Daud, Cikgu Siti Kalsom dan Cikgu Md. Khir Saad.

Buat pertunjukan pelajaran baru kepada murid-murid Gayong di Kelantan. Susun semula pelajaran di Taiping. Cikgu Awang Daud gantikan Cikgu Ahmad Lazim mengajar di Kelantan.

“Majid, kau kuminta gubahkan pelajaran,” kata Dato’ Meor. Apa yang saya dapat kat dia lah kan, pelajaran yang ada kat saya. Yang mana dia bagi kat saya semasa di Singapura dulukan, saya susunlah. Ini buah 1 hingga 21. Dato’ terus luluskan. Lepas tu besok main pentas pulak. Buah 1 sampai 21 bukak. Main pisau pulak, pecahkan sampai 21.

Rombongan pergi ke Kelantan buat persembahan di Pasir Putih. Pergi dengan dua buah kereta. Di Pasir Putih, pergi ke rumah Tuan Haji Hamid Kelantan, Yang Dipertua Gayong Pasir Putih dulu.

Kita kata kita nak tinggalkan Cikgu Awang untuk mengajar di Kelantan. Kemudian, sekarang ni kita nak buat pertunjukanlah pelajaran baru ni. Bagi tahu semua. Di padang sekolah agama. Orang Kelantan kata tak apalah.

Bila ahli semakin ramai, Cikgu Awang minta pembantu. Maka Haji Harun dihantar membantu.

Dulu gelanggang (di Gurun) ni duduk depan sana, dekat pokok setoi.

Di Singapura, Dato’ yang mengajar. Selain itu, Cikgu Nordin Perlis, Cikgu Sidek Perak, Cikgu Atan Melaka. Kesemuanya adalah askar British di Singapura. Tahun 1962, barulah Cikgu Awang masuk Gayong.
Pelajaran senjata habis diturunkan di Singapura. Pelajaran Cindai diturunkan di Kota Sarang Semut, tahun 1964. Sebelum guru dari Singapura berlatih, Dato’ ajar saya dulu pelajaran Cindai. Cikgu Siti Aisyah belajar Cindai di Singapura.

Pelajaran Kosong ke Putih: Kunci Mati 1-14, Pentas 1-7, kombat. Tiada sparring.

Pelajaran Putih ke Hijau: Kunci Mati 15-21. Ujian 5 tangkapan diuji. Sebut nombor. Buah pecahan 7 x 7 biji.

Pelajaran Hijau ke Merah: Pisau(21 biji), Simbat(21 biji) dan Parang(14 biji). Tiada sparring.

Pelajaran Merah ke Kuning: Parang, Keris dan Lembing.

Pelajaran Kuning ke Hitam: Cindai (21 biji), cindai dengan parang, pemusnahan(pecah bata), terjun atas kaca, jalan atas bara api, mandi minyak panas, bengkok besi panas dengan gigi. Pelajaran selain daripada di atas adalah selingan.

Pelajaran Hitam – kebatinan. Misalnya, Qulhuwallah 70,000 kali.

Saya (Cikgu Majid) dapat:
Keris – 17 biji kunci mati, 21 biji buah pentas.
Pisau – 17 biji kunci mati, 21 biji buah pentas
Parang – 17 biji kunci mati, 21 biji buah pentas
Simbat – 17 biji kunci mati, 21 biji buah pentas
Lembing – 7 biji kunci mati, 21 biji buah pentas 


SEJARAH BUAH TANGKAPAN & PUKULAN GAYONG



Pelajaran

Tentang pelajaran, yang saya belajar dekat Dato’ Meor buah tangkapan 1-7, kombat 1-7, pentas 1-7. Semua ada tujuh, tujuh, tujuh. Bila dah ada tujuh-tujuh tu, masa kursus jurulatih yang pertama, tahun 1973 di Taiping, Dato’ Meor suruh saya dengan Cikgu Majid, yang 7 semua jadikan 21. Kalau jurulatih sekarang ni kata dia pakar sampai 21, buah dia dapat (daripada Dato’ Meor) 21 biji, semua tu pelawak, pembohong! Baik Gayong Pusaka, Gayong Malaysia. Asalnya buah tangkapan, buah kunci ni 21 saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Buah pukulan 1 sampai 21, saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Semua daripada kami dua orang. Semua di bawah kami. Termasuk anak dia sendiri Badek, Siti Kalsom. Semua di bawah kami.

Kalau silat jangan tipulah. Kalau gurulatih yang baru-baru ni kata dia itu, dia ini, pembohong semua. Arwah Dato’ Meor dulu dia bagi 7 biji. “Awang, saya mahu awak dengan Majid jadikan 21,” kata Dato’ Meor. Bila jadi 21, ajar pada guru seperti Ahmad Lazim, Mat Putih, Kalsom, Badek, Sazali dan guru-gurulatih seluruh Malaysia. Semua turun ke Taiping tahun 1973. Kali pertama kursus gurulatih. Dan kali pertama juga dia isytiharkan tali pinggang putih, hijau, merah, kuning dan hitam. Tahun 1973 lah yang mula-mula sekali buat bengkung.

(Semasa kursus gurulatih) Dato’ bagi orang lain bawa. Bawa dia orang ni gurulatih pergi jogging. Tinggal saya dengan Cikgu Majid. Masa itulah susun pelajaran. Memang 7 biji tangkapan. Belum ada lagi 21. Pukulan pun sama. Kombat 7 biji dia bagi. Kombat dia bagi kat saya di Singapore. Sebab di Singapore masa tu ada navy (naval base). Pangkalan navy di Woodlands. Semua bangsa ada. Mat Saleh, Korea, Jepun, India. Dia (Dato’) suruh saya mengajar navy. Dia kata hak silat jangan mengajar. Ajar kombat 7 biji aja. Kombat aja. Tahun 1961. Saya mengajar di Woodlands, Singapore. Memang kombat dia lain sikit daripada Cikgu Majid. Buah tangkapan semua sama (dengan Cikgu Majid). Saya dapat semua sama. Buah (tangkapan) semua sama, cuma pembawa dia yang ubah-ubahkan.


Buat kursus.

Ambil tali pinggang. ——– Kita kalau ujian sekarang ni, kita ikut silibus. Baguslah ikut silibus. Tapi kita free-sparring tu tak ada. Kita nak ambil merah. Bila ambil merah, kalau kita dapat merah, kita automatik jadi guru silat. Jadi gurulatih. Jadi kita kenalah free-sparring. Lima orang serang kita. Dah itu keistimewaan kita.
Dalam ujian, yang pertama kita suruh buat buah. Lima biji. Katakan buah 7, 17, 18, 20, 21. Lepas tu kita suruh buat pecahan. You belajar pecahan buah 1, buah 2 kan? Buah 3 paling banyak. Paling banyaklah. Kalau buah 18, buah 19, buah 20 belajar tak? Tak tahu kan? Bila kita suruh buat pecahan buah tu, tak boleh pergi. Itulah dulu tali pinggang, orang yang memiliki tali pinggang merah tu sekarang ni, dia tali pinggang hitam; taraf dia sama orang dulu tali pinggang merah. Taraf dia sama aja. Pelajaran yang dapat tu.
Pecahan dia tak tentu. Kadang-kadang 7. Kadang-kadang 10. Dia tengok keadaanlah. Sebab kalau kita dah master dalam buah, dalam pukulan ke, macam saya tunjuk you (pukulan berangkai), alih ni sikit aja saya boleh pergi sampai 5 (sasaran pukulan). Kita nampak ni, dekat mana saya nak makan ni. Dia (musuh) cuma boleh nampak dia nak tangkap kita, dia nak makan kita. Tapi dia tak nampak yang saya nak makan. Awak nampak tak? Takkan saya nak tunggu. Tu saya kata jangan fanatik…

Kalau sistem pukulan, pukul dulu. Serentak tiga sekali. Dia punya pukulan yang tahap masterlah. Apa yang awak belajar tu cuma tahap asas aja. Tapi awak mengaku memang bagus, memang lawa. Tapi tu cuma asas sahaja. Asas elakan. Dia maju, kita maju. Tak payah elak, saya terus masuk aja. Tak sempat nak elaklah, masuk terus aja. Dia pandai tomoi ke, apa ke, kita mana tahu? Sebab tu sepak dia ada macam-macam. Bukan hanya untuk duduk jarak jauh. Lagi dekat, lagi bagus.


Latihan Kekuatan

Nak bagi kuat (tangan) kita pegang(tarik) getah (tiub basikal). Kaki, main getah juga. Nak bagi tinggi(sepakan), ambil besi ball-bearing, kita tarik kaki bagi naik, naik… Tumbuk, guna punching bag. Punching bag, mula-mula bubuh habuk kayu. Lepas tu dicampur dengan pasir. Lepas tu, buang semua, bubuh pasir sahaja. Berat sikitlah. Berlatih dalam dua minggu. Ni lama sikit. Lepas dua minggu, buang separuh daripadanya, kita bubuh batu dengan pasir. Batu kecil-kecil; batu kerikil. Campurkan.
Silat, kegunaan (serangan) kaki ada 5 cara. Kalau tomoi dia ada dua. Dalam silat, kita kena kuat 5 bahagian kaki. Ada latihan silat yang katok (pukul) tulang kering dengan rotan. Untuk kuatkan urat-urat kaki. Kaki, dia merangkumi semua anggota kekuatan kita. Segala penyakit dalam badan kita duduk di kaki tau? Kalau kaki kita sihat bermakna badan kita sihat. Refleksologi - urut tapak kaki. Tapak kaki ada beratus cabang urat saraf; punca urat saraf. Dia kena kuat di situ. Kena mengajilah (kalau nak tahu).


Kisah Mahaguru

Dato’ Meor dia ada alat-alat angkat berat. Saya malas(angkat berat). Bila dia tak nampak, saya letak kaki(atas besi angkat berat), golek-golekkan besi, bunyi pramm, pramm. Dia (Dato’) ingat kita tengah buat bench press. Kita (sebenarnya) dok relaks aja. Tak larat kadang-kadang. (Berlatih silat lagi.) Angkat besi lagi. Mana ada tenaga. Seelok-eloknya dia suruh kita bangun pagi-pagi, lepas mandi, sarapan tu kita angkat (besi) tu sejam. Lepas sembahyang subuh. Petang kita berlatih silat. Malam kita angkat berat(di gym). Kalau kita berlatih silat petang, malam kita angkat berat. Kalau berlatih silat malam, petang kita angkat berat. Dato’ selalu panggil saya suruh rasa otot tangan dia. “Awang, Awang, mari, mari. Pegang tangan ayah, pegang, pegang.” Dato’ sparring partner dia bertukar-tukar.

Dulu padding kena pakai guni, bangsa yang berat dan besar tu. Ambil empat helai guni(dan bebat/balut perut). (Saya kalau kena) buat-buat flat. Cikgu Majid kena, flat, flat betul(bukan buat-buat). Dia celik, kena lagi. Kita tahan nafas tau! Dia(Dato’) ada pakai ilmu-ilmu dalam. Banyak yang ambil isim ni abang Cikgu Majid. Hj. Harun anak murid saya. Belajar daripada A. Gelanggang latihan di sebelah Balai Polis Kota Sarang Semut. Saya duduk situ. Rumah Mak cik Som. Datin yang tua. Dia memang orang situ. Dia(Dato’) buat macam gelanggang, ada bilik-bilik. Nak tidur, yang perempuan atas rumah dia, yang lelaki di gelanggang. Gelanggang tu terbuka kepada semua. Hj. Harun semua berlatih di situlah. Masuk Gayong, mandi Gayong di rumah itu. Dia bukan tempat untuk jurulatih aja. Dalam setahun ada sekali kursus untuk gurulatih. Untuk gurulatih sahaja. Saya dengan Cikgu Majid yang ambil alih. Dia(Dato’) dok kat luar. Bukan dia yang mengajar tapi Cikgu Majid. Dia(Dato’) cuma mengajar bila tengah-tengah malam, orang tak ada, orang balik habislah.

(Masa saya tengah mengajar) dia(Dato’) kata, “Haa bagus, bagus, bagus.” Kita buat tak bagus pun semua bagus. Kejap lagi orang dah balik, dia kata, “Salah tu, salah.” (ketawa) (Dato’ ketika turun mengajar) kadang-kadang siap dengan tie, baju lengan panjang, siap dengan kot dia, dengan kasut Johnson. Dia bukan tanggal kasut. Kasut tak buang. Dia bagi tummm. Tak pengsan ke kita? Baju tak pakai. Dia gulung kain pelekat. Dia tunjuk. Dia ajar gitu-gitu aja. Nak tengok dia pakai baju silat tak dak. Di gelanggang pun gitu juga. Dia pakai kain sahaja. Baju tak pakai. Dia bukan mengajar. Dia tak mengajar. Yang mengajar, saya dengan Cikgu Majid. Cuma dia turun bila nak tengok anak murid lain berlatih. Dia tengok, dia kata, “Bagus, bagus, bagus.” Dia naik atas rumah semula. Bila orang dah balik habis, baru dia panggil Cikgu Majid dengan saya turun. Dia tegur jika ada kesilapan kita di gelanggang. Sekarang ni, gurulatih yang mana hak tinggi-tinggi, depan anak murid dia tegur(gurulatih). Jatuhlah standard. Jatuh standard(air muka) gurulatih.
Dia(Dato’) suruh kita atur(susunan buah). Dia bagi, bukan dia ingat. Apa yang dia ingat, dia bagi, bagi, bagi. Dia kata cukuplah. Buah pertama, buah kedua, buah ketiga. Kita aturlah(susun). Ni nombor 1, ni nombor 2, ni nombor 3, ni nombor 4. Bilangan buah yang diturunkan dia tak kira. Kadang-kadang kita kata, “Buah ni Dato’ kami bubuh no. 18.” Dia jawab, “Ha, eloklah. Boleh. No. 18 pun bolehlah.” Biasanya ikut turutan(terima buah), ini no. 1, no. 2, no. 3, no. 4. Dia dulu tugas yang susun mata pelajaran ialah saya dengan Cikgu Majid. Lepas tu, silibus semua saya dengan Cikgu Majid yang susun mata pelajaran. Susun daripada mata-mata pelajaran yang kami belajar. Tapi masalahnya yang orang la ni belajar tak habis. Habis, pelajaran tu masih banyaklah. Masih banyak duduk dalam Gayong Pusaka.

Antara Gayong Pusaka dengan Gayong Malaysia, main lain. Bukan bermakna Gayong Pusaka lebih pandai. Gayong Malaysia pun anak murid saya. Tetapi kerana belajar tak habis. Tak sempat habis, kita dah keluar. Jadi, Gayong Malaysia lain, Gayong Pusaka lain. Jadi, dia keluar lagu tu bermakna Gayong Malaysia belajar tak dan habis. Tak sempat habis dah jadi dua pertubuhan. Jadi dua pertubuhan dia pecahlah. Lepas tu kita sekat orang Gayong Malaysia tidak dibenarkan masuk dalam Gayong Pusaka dan orang Gayong Malaysia tidak benarkan orang Gayong Pusaka masuk dalam Gayong Malaysia. Dia(PSSGM) kata kita menderhaka. Baru tahun-tahun akhir-akhir ini sahaja guru Gayong Malaysia kami terima berkursus (di Gurun). Dulu kami tak terima. Lulus kursus barulah pelajaran depa tu ada. Tapi ada juga yang dah ambil hak kita, dia pukul kita. Datang kursus dua hari, kita boleh kenal punya.

Kita ni profesional. Sebab kita silat, kita kena bawa ke alam profesional. Kita jangan bawa ke alam kampung-kampung. Itulah, dulu arwah Dato’ Meor dia nak jurulatih-jurulatih dia badan mahu fit. Cikgu Majid pendek-pendek pun dulu badan strong tahu. Sekarang ni dah tua tak ada apalah. Sebab dulu cabaran dia nak jadi guru silat ni memang berat sikit. Mesti berani rempuh dugaan-dugaan. Pelajaran yang awak ada tu, awak guna pelajaran tu. Tapi awak jangan lupa baca Al-Fatihah dan Qulhuwallah. Selawat. Itu amalan yang dia (Dato’) suruh. Jangan tinggal langsung. Sebanyak 70,000 kali. Baca Al-Fatihah, Qulhuwallah sebanyak 70,000 kali. Al-Fatihah, selawat dan Qulhuwallah. Setiap satu 70,000. Tapi orang la ni ingat baca Qulhuwallah sebanyak 70,000. Selawat tak baca. Al-Fatihah tak baca. Dia mahu semua sekali. Tak kiralah lama mana nak habiskan. Saya dari tahun 1969 saya baca, sampai sekarang ni saya tak tinggal lagi. Tiap-tiap bulan puasa baca habis. Baca ketiga-tiga sekali. Baca wiridlah. O.K katakan waktu ni(Asar) awak selawat dulu. Ambil selawat 1000 kali. Maghrib awak baca Al-Fatihah 1000 kali, sampai ke Isyak. Lepas Isyak sampai ke tengah malam nak tidur tu, bacalah Qulhuwallah 1000 kali pulak. Jadi, dalam satu hari awak dapat semua - 1000, 1000, 1000. Besok awak buat 1000, 1000, 1000 lagi. Dia duduk dalam ketiga-tiga tu. Pendinding untuk diri kita pun duduk dalam ketiga-tiga tu. Kebaikan untuk diri kita pun duduk dalam ketiga-tiga tu. Yang paling Tuhan kasihi dan Rasulullah paling sayang kerana kita selawat banyak kat dia. Bila kita selawat banyak kat dia, berkatlah banyak kat kita.


Silibus Lama

Sistem lama, dia tali pinggang putih, orang tali pinggang putih kita ambil daripada exercise, senaman, lompatan, rangkum semua gerakan tangan dan kaki jadi Rajawali 49. Hak tali pinggang merah sekarang ni baru tali pinggang putih dulu. Buah pentas kena main sampai buah 21, buah tangkapan, buah pukulan, buah pecahan. Baru dapat putih. Untuk tangan kosong, itu aja. Baru you masuk hijau. Hijau tu dikhusus banyak tongkat, banyak pisau, gerakan pisau, gerakan tongkat, gerakan parang. Sampai habis. Lepas tu baru dia masuk keris, masuk lembing, masuk cendai. Masuk merah. Sekarang tak dak. Sekarang kena cari. Itulah saya kata, modal habis, tak dak depa ni, tu yang sekat, sekat, sekat. Hitam dulu powerlah. Hitam dulu kalau setakat tiga orang kita boleh lawan sambil tutup mata. Lawan senjata. Kira yang terbaiklah tu. Merah biasa habis senjata semua.

Kuning dia bahagian-bahagian dia. Bahagian pecah genting, pecah kelapa, koyak kelapa dengan gigi, tokak besi panas, berjalan atas bara api. Bagi habis pecah-pecah semua genting, pecah kelapa apa semua. Hak dulu punyalah. Lepas tu dia kena ulang kaji balik, nak tengok dia ingat ke tidak, daripada buah asas, daripada buah 1, putih, hijau, merah, dia boleh himpun semua balik tak. Dah kita gulung semua daripada putih, hijau, merah, dah sampai hak yang pecah-pecah genting, kelapa (pemusnahan), baru dia masuk ke hitam. Jadi serba segala-galanya dia dah masuk dah. Baru dia pergi hitam. Rajawali dia ada buah sendiri. Peringkat kuning. Gerak dia duduk dalam (bengkung) hijau, dalam merah. Buah dia dalam kuning. Macam 4-5 orang serang, kena guna langkah yoi. Langkah yoi 1-21. Orang guna kayu, guna lembing, guna pisau, keris, parang, semua kita boleh guna(yoi). Tangan kosong lagi sedap. Gerakan 10-20 dia lompat tepat. Dia dah masuk serangan harimau kumbang. Itu bahaya dah. Semua dia makan bawah.

Buah yoi dia banyak buah pukulan. Dia tak masuk buah tangkapan. Dia masuk buah pukulan banyak. Gerak dan masuk. Apabila berlatih, berlatih gerak dulu, tapak (yoi) dulu. Kalau dah stabil, tahu gerak, baru masuk buah. Murid la ni kalau dia ambil putih, bila ambil hijau, pelajaran putih dia lupa habis. Dia dapat merah, pelajaran hijau dengan putih dia lupa. Dulu kalau kita nak ambil hak merah, dia uji hak putih dulu. Lepas tu dia uji hijau. Habis hijau baru uji merah. Tapi penatlah. Kuning - putih, hijau, merah uji dulu. Hitam - diuji semua sekali. Zaman saya dulu, tumbuk (gerakan tumbuk) sahaja sebulan.
Beliau kini merupakan Gurulatih Kanan PSSPGM dan masih aktif menjalankan latihan dan Seminar Gayong kepada Anak Gayong di seluruh Malaysia. 

Dipetik dari: http://www.awangdaud.com