AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Saturday, January 12, 2013

ADAB DENGAN GURU

Jika engkau seorang penuntut hendaklah engkau punya adab dalam menuntut ilmu. Adab orang yang belajar ilmu, disebutkan pula oleh Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) di dalam Bidayatul Hidayah (sebanyak) sebelas perkara.

1. Apabila bertemu dengan gurunya, maka hendaklah (dia) mendahulukan memberi salam.

2. Jangan banyak berkata-kata di hadapan gurunya itu (terutama perkataan yang tiada kaitan dengan... pelajaran).

3. Jangan ia berkata dengan barang yang tiada diizinkan dahulu oleh gurunya.

4. Jangan ia bertanya akan gurunya melainkan meminta izin terlebih dahulu daripadanya.

5. Jangan menyangkal akan perkataan gurunya itu misalnya dengan berkata, “saya dengar ustaz lain berkata …… ( lain daripada apa yang engkau kata itu), atau sebagainya.

6. Jangan ia menyalahkan akan bicara gurunya, lalu (murid itu) merasa bahawa (dia) terlebih benar daripada (apa yang dikatakan) gurunya; atau terlebih tahu ia daripada gurunya. Maka yang demikian itu kurang adab kepada gurunya lagi kurang berkat.

7. Jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang sama duduk (iaitu duduk bersamanya) di hadapan gurunya itu.

8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan pada hadapan gurunya itu, (bahkan sebaliknya) hendaklah ia duduk tunduk lagi beradab seolah-olah ia di dalam sembahyang.

9. Jangan terlalu banyak pertanyaan kepada gurunya itu tatkala segan gurunya itu daripada berkata-kata (yakni kurang suka memperkatakan atau membicarakannya), atau tatkala ia lelah (yakni letih atau penat).

10. Apabila berdiri gurunya atau baharu datang gurunya itu, maka hendaklah ia berdiri pula kerana menta’dzimkan akan gurunya itu, dan jangan diikuti pada ketika bangkitnya itu dengan pertanyaan atau soalan. Dan jangan bertanya masalah pada ketika ia berjalan hingga sampai kepada tempat duduknya itu, melainkan kerana dharurat (yakni terpaksa) maka iaitu (yakni yang mana) tiada tertegah bertanya di dalamnya (yakni pada ketika itu).

11. Jangan buruk sangka akan gurunya itu pada segala perbuatannya yang dzahir menyalahi i’tiqadnya, atau bersalahan perbuatan gurunya itu (yakni melakukan sesuatu yang lain daripada) pengetahuannya, atau dengan adatnya (yakni kebiasaannya); kerana gurunya itu terlebih tahu dengan segala hukum syara’ dan segala rahsia syariat, seperti hikayat Nabi Musa (عليه السلام) dan Nabi Khidir (عليه السلام).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.