AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Sunday, October 30, 2011

SOALAN TENTANG ILMU GHAIB NABI DAN AWLIYA

Sesetengah orang memetik beberapa ayat Al-Quran lalu mentejermah untuk menunujuk bahawa Allah telah menyuruh Rasul memberitahu kepada para sahabat yang beliau tidak mempunyai sebarang ilmu tentang hal ghaib. Perkara ini mengharainkan saya, dan di sini saya ingin mendengar pendapat tuan. Apakah pendirian Ahl al-Sunna tentang perkara ini - ilmu ghaib yang ada pada Rasul dan Awliya?

Al-hamdu lillah wa al-salat wa al-salam 'ala rasulillah: Ilmu yang berkaitan dengan hal-hal ghaib merupakan hak mutlak Allah. Namun demikian, Allah juga berhak menurunkan ilmu tersebut kepada hamba-hambaNya yang tertentu:

"(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya." (72:26-27)

Al-Hafiz ibn Hajar al-'Asqalani menerangkan ayat di atas seperti berikut:

Ayat tersebut jelas menunjuk bahawa Rasul boleh melihat sesetangah perkara ghaib, dan begitu juga dengan para wali yang mengikut nabi-nabi yang telah Allah turunkan pada masa ke semasa. Setiap wali menerima ilmu mereka daripada para nabi-nabi yang tertentu, maka di kurniakan (yukram) intipati ilmu tersebut. Perbezaan di antara para nabi dan awliya ialah nabi-nabi menerima ilmu tersebut melalui wahyu, dan bagi para awliya ilmu tersebut diperolehi melalui mimpi, mahupun ilham - dan Allah yang lebih mengetahui. 1

Ibn Hajar dalam memetik pendapat al-Qurtubi mengesahkan bahawa:
Orang yang benar dan salih (al-Muslim al-sadiq al-salih) mencerminkan keadan suci nabi-nabi di dalam diri mereka. Oleh yang demikian, para awliya di kurniakan (ukrima) sesetengah kebolehan yang ada pada diri nabi-nabi, seperti dapat mengetahui perkara-perkara yang bersabit dengan ghaib (wa huwa al-ittila' 'ala al-ghayb). Kebolehan mengetahui perkara ghaib tidak mungkin diperolehi oleh orang kafir, fasiq, dan mereka yang mengelirukan orang awam (al-mikhlat). 2

Maka adalah tidak benar and tidak wajar untuk menyatakan bahawa Rasul tidak mengetahui perkara-perkara ghaib. Kenyataan yang seperti ini hanya boleh di suarakan sekira ia disertakan dengan ungkapan: "Rasul tidak tahu perkara ghaib yang hanya Allah sahaja mengetahui." Selain daripada itu, adalah tidak tepat bagi sesiapa mempercayai bahawa Rasul tidak tahu tentang ghaib. Adalah tidak wajar bagi seseorang nabi tidak mengetahui tentang perkara ghaib, apatah lagi apabila merekalah yang membawa berita daripada Maha Pencipta! Keadaan ini di khususkan kepada nabi terakhir, Rasulullah - yang telah naik ke tujuh peringkat langit dan syurga hingga berhadapan dengan Allah, Rasul yang telah membawa berita tentang awal penciptaan, keadaan Hari Kebangkitan, dan baginya Al-Quran telah di wahyukan. Allah berfirman kepada Rasulullah,

"Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurniaan Allah sangat besar atasmu." (4:113) "Ini adalah di antara berita-berita penting tentang yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini." (11:49)

"Katakan: ... Allah telah memberitahukan kepada kami di antara perkhabaran-perkhabaran (rahsia- rahsia) mu. Dan Allah serta Rasul-nya akan melihat pekerjaanmu..." (9:94)

Sesetengah orang berkata tentang Rasul, "Beliau mendengar!" (yaitu, senang percaya kepada perkataan orang lain). "Katakanlah: Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mu'min, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu..." (9:61). Imam al-Baydawi mengulas: "Ayat ini merupakan amaran, bahawasanya beliau tidak jahil tentang percakapan kamu yang sebenarnya bedasarkan apa yang telah kamu katakan, tetapi beliau kasihan ke atas kamu." 3

Namun demikian, Rasul tidak angkuh, dan beliau selalu menekankan bahawa sesetengah perkara ghaib merupakan pengetahun Allah yang mutlak, seperti pengetahuan tentang Hari Qiamat, dan "lima perkara" yang di firman di akhir Surah Luqman (31:34). Perkara ini di sahkan oleh beberapa hadis:

1. Utiytu mafatihu kulli shay'in illa al-khams. "Saya telah menerima kunci kepada semua perkara (yang ghaib) melainkan yang Lima (Allah sahaja yang tahu)." 4

Ibn Mas'ud mengulas: Utiya mafatihu kulli shay'in ghayr al-khams. "Beliau mempunyai kunci kepada semua perkara (ghaib) melainkan yang Lima (hanya Allah sahaja mengetahui)." 5

Ibn Hajar al-'Asqalani juga memetik dua hadis yang berkaitan di dalam Fath al-Bari:

Utiya nabiyyukum 'ilmu kulli shay'in siwa hadhihi al-khams.

Utiytu mafatih al-ghayb.

"Nabi mu telah menerima semua melainkan Lima perkara."

"Saya telah terima kunci-kunci Ghaib." 6

Lima perkara tersebut adalah seperti berikut:

* Ilmu tentang apa yang ada di dalam rahim ibu * Ilmu tentang Hari Kebangkitan * Ilmu tentang apa yang akan seseorang perolehi kesokkan hari * Ilmu tentang tempat dan hari seseorang akan mati * Ilmu tentang waktu Allah akan turunkan hujan

(Hadis Ibn 'Umar dan Bukhari).

2. Seorang daripada Banu 'Amir, selepas bertanya beberapa soalan kepada Rasul, berkata: "Masihkah ada lagi ilmu yang engkau tidak tahu?" Rasul menjawab: "Allah telah mengajar saya banyak perkara, dan terdapat ilmu Ghaib hanya Dia sahaja yang tahu: Dia ada pengetahuan tentang Hari Qiamat, Dia turunkan hujan, Dia tahu apa yang ada di dalam rahim ibu, tiada sesiapa (melainkan Allah) tahu apa seseorang akan perolehi esok hari, dan tiada sesiapa (melainkan Allah) tahu di mana dia akan mati." 7

3. Ibn Mardawayh mengesahkan ulasan 'Ali yang di petik dari Surah Luqman dalam Kanz al- 'ummal, sebagai ulasan untuk ayat 28:66 di dalam Surah al-Qasas, "Maka gelaplah bagi mereka segala macam alasan pada hari itu," yang mana 'Ali barkata: "Tidak ada perkara yang gelap bagi baginda Rasul melainkan lima perkara dari rahsia Ghaib" (lam yu'ma 'ala nabiyyukum shay'un illa khamsun min sara'ir al-ghayb).

4. Dalam Tirmidhi (hasan sahih) dan Baghawi dalam Sharh al-Sunna berdasarkan riwayat Mu'adh ibn Jabal:

Rasul bersabda: "Allah datang kepada saya dengan gambaran yang teramat indah dan bertanya apakah saingan di antara malaikat-malaikat di langit, dan saya menjawab bahawa saya tidak tahu. Ketika itu Dia meletakkan TanganNya di antara bahu saya, dan saya rasa kesejukkannya menyusuk ke dalam diri, dan selepas itu semua ilmu di antara Timur dan Barat saya perolehi."

'Ali Qari menulis tentang hadis ini di dalam buku bertajuk Jam' al-wasa'il fi sharh al-shama'il, di bawah bab serban Rasulullah, ulasan ke atas kutipan Tirmidhi terhadap Shama'il atau Sifat-Sifat Rasulullah:

Sama ada Rasul melihat Allah semasa beliau tidur atau Allah Subhanallah menjelmakan DiriNya kepada Rasul (bi al-tajalli al-suwari), hal sedemikian merupakan bentuk penjelmaan yang diketahui oleh mereka yang arif di dalam hal-hal kerohanian dan maqam (arbab al-hal wa al-maqam). Kejadian seperti ini mengandungi pengukuhan sifat-sifat Dia (hay'atihi) dan renungan terhadap penglihatan Dia (ru'yatihi). Kejadian ini hanya boleh berlaku akibat daripada kesempurnaan sifat dalaman Rasulullah (takhliyatihi) dan juga sifat luaran baginda (tahliyatihi).

Hanya Allah sahaja yang tahu tentang kedudukan nabi-nabi dan juga para awliyaNya. Mereka telah dibimbing oleh Dia dengan bimbingan yang terbaik, yang mana cermin hati mereka telah di cuci olehNya, sehingga mereka dapat melihat Maqam Kehadiran dan KekalNya (maqam al-hudur wa al-baqa'), dan mereka kikis dari diri mereka kekaratan huzur dan fana (sada' al-huzur wa al- fana').

Semoga Allah mencucuri kita dengan rintihan kerohanian mereka, semoga Allah memberi kita merasai hal dan adab mereka, dan semoga Allah matikan kita di dalam keadaan mencintai mereka dan di bangkitkan kita di kalangan golongan mereka. 8

al-Qari juga berkata di dalam al-Asrar al-marfu'a:

Ibn Sadaqa berkata bahawa Ibn Zar'a berkata: "Hadis Ibn 'Abbas (tentang Rasul melihat Allah) adalah sahih, dan tiada siapa yang menafikan kecuali seorang Mu'tazili" [!] ... Ibn al-Humam menjawab bahawa "keadaan (yang berlaku ke atas Rasul) merupakan hijab yang berbentuk (hijab al-sura)." Ibn al-Humam seolah-olah memberi maksud bahawa melihat wajah Allah boleh di realisasikan sekiranya ia ditafsir sebagai manifestasi formal (tajalli suwari), kerana adalah mustahil bagi mentafsirkan manifestasi tersebut sebagai haqiqi atau literal (tajalli haqiqi) ... kerana Allah Maha Terpuji tidak boleh diibaratkan mempunyai badan, bentuk (sura), dan panduan-panduan perihal zatNya ... Dan sekiranya hadis ini boleh dibuktikan sebagai palsu melalui isnadnya, maka palsulah; sekiranya tidak - maka pintu tafsiran sangat luas (bab al-ta'wil wasi'un muhattam). 9

5. Hadis yang berkaitan dengan "Ilmu Rasul di antara Timur dan Barat", di klasifikasikan sebagai hasan, telah disahkan oleh penjelasan daripada al-Bara' ibn 'Azib:

Semasa peperangan Ahzab, Rasulullah mengetuk batu dengan cangkulnya, maka bersabda: "Bismillah" dan berkecailah sepertiga batu tersebut. Beliau kemudian berkata: "Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Sham (Syria). Dengan nama Allah, saya boleh melihat istana-istana merah dari tempat saya berdiri ini." Kemudian beliau sekali lagi melafaz: "Bismillah" dan memecahkan sepertiga lagi batu itu dan melaung: "Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Parsi (Iran). Dengan nama Allah, saya boleh lihat kota-kota dan istana putihnya dari tempat saya berdiri ini." Kali ketiga baginda melafaz: "Bismillah" dan berkecailah kesemua batu tersebut dan melaung: "Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Yaman. Dengan nama Allah, saya boleh melihat pintu San'a dari tempat saya berdiri ini." 10

6. Versi yang berlainan tentang hadis di atas telah di riwayatkan oleh Salman al-Farisi. Ibn Hisham menceritakan di dalam Siranya melalui Ibn Ishaq:

Salman al-Farisi berkata: "Saya sedang menggali lubang di satu sudut di dalam kandak, dan seketul batu memberi masalah kepada saya. Pesuruh Allah hampiri saya dan melihat masalah yang sedang saya hadapi. Beliau turun dan mengambil cangkul saya lalu menghentuknya ke atas batu tersebut. Akibat daripada hentukan itu, percihan api menyinar daripada bawah cangkul tersebut. Beliau menghentuk cangkul itu tiga kali, dan setiap kali kelihatan percihan cahaya (api). Saya berkata kepada baginda: Saya memberi ayah dan ibu saya kepada baginda sebagai tebusan, Ya Rasulullah! Apakah sinaran yang saya perhatikan tadi? Baginda berkata: Adakah engkau nampak ini, O Salman? Saya berkata: Ya! Beliau barkata: Kali pertama, Allah membuka Yaman (di Selatan) bagi ku; kali keduanya, Dia membuka Utara (Al-Sham) dan Barat (al-Magrib) bagi ku; dan kali ketiganya, Dia membuka Timur (al-Mashriq)." 11

7. Dua riwayat di atas telah di sahkan oleh Abu Hurayra seperti yang di terangkan di dalam Ibn Hisham di dalam Siranya:

Ibn Ishaq berkata: Sumber yang boleh dipercayai meriwayatkan kepada saya bahawa Abu Hurayra pernah berkata apabila negara-negara tersebut ditakluk di waktu 'Umar dan 'Uthman dan juga selepas waktu 'Uthman: "Takluklah apa yang boleh dipandang oleh anda. Dengan nama Allah yang memegang ruh Abu Hurayra, anda tidak akan dapat menakluk mana-mana kota sehingga Hari Qiamat melainkan Allah Maha Terpuji memberi kunci kota-kota tersebut kepada Muhammad sebelum ini." 12

8. Sebuah hadis lagi di dalam Muslim juga mengesahkan hadis di atas:

Diriwayatkan oleh Asma' bint Abu Bakar: Saya pergi berjumpa 'Aisha semasa waktu gerhana matahari. Ketika itu ramai orang sedang menunaikan sembahyang gerhana, termasuklah 'Aisha. Saya pun bertanya, "Apa hal dengan semua orang ini?" Beliau menunjuk ke langit dengan tangannya dan berkata, "Subhan Allah!" Saya bertanya, "Adakah ini petanda?" Beliau menganguk kepala untuk mengiyakan soalan saya. Apabila Rasulullah selesai dengan solat, baginda bertasbih dan memuji Allah dengan perkatan ini, "Tiada benda yang belum saya lihat, termasuklah Syurga dan Neraka. Telah diwahyukan kepada saya bahawa kamu semua akan diuji seperti Ad-Dajjal diuji di dalam kubur masing-masing. Bagi yang mu'min atau Muslim (pengulas tidak begitu pasti perkataan yang mana satu Asma' telah gunakan) dia akan berkata, "Muhammad datang dengan tanda yang jelas daripada Allah, dan kami membalas dengan menerima ajaran beliau dan percaya akan apa yang baginda cakap." Akan dikatakan kepada dia, "Tidurlah dengan aman; kami tahu yang kamu memang seorang mu'min, yang percaya dengan penuh keyakinan." Bagi yang munafiq atau yang meragui (pengulas tidak begitu pasti perkataan yang mana satu Asma' telah gunakan) dia akan berkata, "Saya tidak tahu, tetapi saya dengar orang lain kata sesuatu maka saya pun berkata begitu jua." (Bukhari, Jilid 9, Buku 92, Nombor 390)

10. Pengesahan hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan oleh Hudhayfa di dalam Bukhari dan Muslim:

Pesuruh Allah memberi syarahan di mana baginda tidak tinggal satu perkara pun yang akan berlaku sebelum Hari Qiamat. Sesiapa yang ingat akan ingat, dan sesiapa yang lupa akan lupa. Ramai para sahaba saya mengingatinya. Apabila sesuatu kejadian sudah berlaku, saya akan mengenalinya seperti seseorang mengenali muka seseorang yang pernah dia lihat pada sesuatu ketika dahulu. Hudhayfa pun berkata, "Saya kurang pasti sama ada sahabat-sahabat saya terlupa atau pura-pura terlupa (yakni, untuk menjauhkan fitnah), tetapi Rasulullah tidak tinggal satu nama pun bagi mereka yang memulakan sesuatu angkara yang akan berlaku sehingga Hari Qiamat. Terdapat lebih tiga ratus nama orang yang terlibat di dalam angkara tersebut. Nama-nama mereka diiringi dengan nama bapa, dan juga puak masing-masing.

11. Pengesahan selanjutnya ialah sebuah hadis di dalam Bukhari:

... Rasulullah bersabda, "Dengan Dia yang memegang nyawa ku dengan TanganNya, Syurga dan Neraka ditayang untuk ku di depan dinding ini semasa saya menunaikan solat, dan tidak pernah saya lihat kebaikkan mahupun kejahatan seperti saya lihat pada hari ini." (Bukhari, Jilid 9, Buku 92, Nombor 397)

12. Pengesahan seterusnya ialah sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu al-Darda' di dalam Tabarani dan Ahmad. Hadis ini sahih mengikut Haythami di dalam Majma' al-zawa'id:

Apabila Rasulullah meninggalkan kami, tidak kelihatan seekor burung pun yang bertebangan - perkara ini pun baginda telah meramalkan kepada kami.
Rasulullah mempunyai banyak pengetahuan Ghaib, dan ini tidak seharusnya menjadi perkara yang anih kerana Allah telah berfirman:

Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. (53:17)

Dan dia (Muhammad) itu bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib. (82:24)

13. Di sebaliknya pula, ini bukan bererti bahawa pengetahuan dan ilmu Rasulullah selepas baginda meninggalkan dunia ini akan berhenti. Hadis berikut membuktikan:

Kehidupan saya akan menfaatkan kamu semua, kamu akan mendapat faedah daripadanya. Kematian saya juga akan menfaatkan kamu, amalan kamu semua akan dibentangkan kepada saya di dalam kuburku. Sekiranya ada kebaikkan dalam amalan tersebut, saya akan memuji Allah, dan sekiranya amalan tersebut tidak menampakkan kebaikkan, saya akan meminta Allah mengampunkan kamu. 13

Qadi' Iyad di dalam bukunya al-Shifa' fi ma'rifat huquq al-mustafa (Pengetahuan Shafaat Yang Terpilih), al-Qastallani di dalam bukunya al-Mawahib al-laduniyya bi al-minah al-muhammadiyya (Kurnian Allah: Ilmu Laduni Muhammad), dan ramai lagi ulama' daripada Ahl al-Sunna memasukkan di dalam buku-buku mereka bab-bab yang menunjukkan kebolehan Rasulullah mengetahui perkara ghaib dan yang akan datang.

Berdasarkan hujah-hujah dan bukti-bukti di atas, kenyataan yang di luahkan oleh Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab di penghujung karyanya bertajuk "Tiga Asas Tauhid" sangat mudah dipatahkan. Antara lain Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab berkata di dalam karya pendeknya:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesiapa yang mengakui yang dia ada pengetahuan tentang perkara Ghaib, maka dia ialah seorang taghoot atau tuhan yang palsu! ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat di atas mengambarkan pandangan seorang yang menafikan darjat tinggi Rasulullah dan juga hak kuasa baginda yang telah dimenterikan oleh Allah baik di dalam Al-Quran mahupun hadis- hadis Rasulullah. Kita meminta Allah melindungkan kita daripada membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan keangkuhan, sekaligus memaparkan kemusuhan terhadap Rasul dan Agama Suci Allah. Dan Allah yang maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment