Sabda Nabi SAW :
Akan datang Panji-panji Hitam dari
Timur, seolah-olah hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa
mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada
mereka, sekalipun keadaannya seperti merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)
Untuk menghuraikan mengapa Melayu dikatakan Penegak Panji Hitam Dari Timur maka kita perlu menghubung kaitkan fakta;
Untuk menghuraikan mengapa Melayu dikatakan Penegak Panji Hitam Dari Timur maka kita perlu menghubung kaitkan fakta;
1. Bagaimana Cara dan Kaedah
pemeliharaan Allah SWT keatas Agama Islam dari permulaan manusia iaitu Nabi
Adam hinggalah keakhir zaman. Yangmana manusia adalah sebagai Pendokong Agama
Islam. Inilah AMANAH yang di tanggung manusia yang mengangkat manusia sebagai
Khalifah Allah di dunia.
2. Bagaimana Cara dan Kaedah
Kesinambungan Agama Islam dapat dipelihara hingga ke akhir zaman. Firman
Allah:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku (kaum) supaya kamu saling
kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah
ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal”. (Al Hujurat 13)
Ke 2-2 fakta ini jawabannya ialah
manusia. Manusia yang menjadi alat sebagai Pendokong, Pemelihara dan Penyambung
Agama Islam hingga ke akhir zaman.
1. Dari Nabi Adam dan Hawa -
Diri/Manusia Pendokong Agama
2. Dari Nabi Idris dan segala
keturunannya - Kaum Pendokong Agama
3. Dari Nabi Nuh dan segala
keturunannya hingga sekarang - Bangsa Pendokong Agama.
Hakikatnya semua manusia sebagai
Pendokong Agama atau Penanggung Amanah Allah. Walaupun ada manusia yang engkar.
Ini bukanlah persoalannya. Jawaban kepada yang engkar ialah Neraka iaitu
diakhirat.
Sebenarnya maksud dan matlamat Allah
ciptakan manusia dari 1 diri dan berpasangan, berkembang biak menjadi Kaum/Suku
Manusia dan akhirnya berkembang biak menjadi Bangsa Manusia adalah sebagai
PENDOKONG AGAMA(AMANAH) ISLAM.
Oleh itu, untuk
memperkatakan dan membuktikan Bangsa Melayu sebagai Penegak Panji Hitam
Dari Timur maka kita mesti memulakan bagaimana kitaran mula wujudnya
Bangsa manusia di dunia untuk Allah menyusun dan membentuk bagi melahirkan
Bangsa Melayu sebagai Bangsa Pendokong Agama dan Bangsa Penegak Panji Hitam
Dari Timur.
PERINGKAT KEWUJUDAN MANUSIA DI BUMI
1. Peringkat Permulaan
2. Peringkat Pertengahan
3. Peringkat Akhir
1. Peringkat Permulaan
Kewujudan manusia di bumi, di mulai
oleh Nabi Adam a.s dan Siti Hawa. Penghidupan mereka peringkat ini melalui
hidup dan berumur panjang. Sehingga wujudnya Kisah Habil dan Qabil seperti yang
dijelaskan di dalam Al Quran.
Penghidupan peringkat permulaan ini
disambung oleh Nabi Idris as. Nabi Idris a.s juga melalui penghidupan yang
panjang. Tetapi oleh kerana panjangnya masa berjalan dan berkembang biaknya
manusia di bumi maka penghidupan manusia sudah banyak yang lari dari Maksud dan
Matlamat Hidup dibumi iaitu untuk Mengabdikan Diri kepada Allah SWT.
Peringkat Permulaan kehidupan manusia
diakhiri oleh Peristiwa Banjir Besar yang menenggelamkan bumi akibat dari
kekufuran manusia terhadap Allah SWT. Kekufuran manusia ketika itu boleh
dilihat dari kisah dan Sirah Nabi Nuh a.s. Sehingga dinyatakan bahawa Nabi Nuh a.s
membuat Usaha Dakwah selama 900 tahun dan hasilnya beberapa kerat manusia
sahaja yang Beriman dengan Nabi Nuh a.s. Semua kisah ini dijelaskan didalam Al
Quran dalam Surah Nuh a.s dan Surah-surah lain.
2. Peringkat Pertengahan
Peringkat Pertengahan manusia dimulai
oleh umat Nabi Nuh a.s yang beriman. Setelah Nabi Nuh a.s melalui masa Dakwah
yang terlalu panjang dan penghidupan manusia telah melewati batasan hamba,
kekufuran manusia telah sampai kekemuncaknya. Maka bumi telah menjadi kotor
untuk dihuni oleh manusia yang beriman dan makhluk yang sentiasa memuja-memuji
Allah SWT. Oleh itu sebagai balasan dan cara untuk membersihkan bumi dari
kekotoran hasil dari kekufuran manusia maka Allah SWT telah menurunkan bala
dalam rupa banjir besar yang menenggelamkan keseluruhan bumi. Termasuklah
gunung yang ditempatkan Bahtera Nabi Nuh a.s. Dinyatakan bahawa hanya 8 puncak
gunung sahaja yang tidak tenggelam
Dalam Nabi Nuh a.s membuat usaha
Dakwah itu, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Nuh a.s membina sebuah Bahtera
atau Kapal di atas Gunung Judy. Dinyatakan bahawa sehingga saat-saat bumi
ditenggelamkan, Nabi Nuh a.s terus berdakwah kepada umatnya, agar naik
kebahtera. Tetapi inilah gambaran manusia yang kufur, tetap engkar dan keras
hati. Sehingga orang yang terakhir Nabi Nuh a.s berdakwah adalah isteri dan
seorang anaknya, yang tenggelam dan mati dalam banjir besar itu
Bumi telah dicuci dan bersih dari
manusia-manusia yang kufur kepada Allah SWT. Maka yang menjadi Kesinambungan
Agama ialah manusia-manusia yang berada didalam Bahtera Nabi Nuh a.s. Dan
manusia-manusia yang berada didalam Bahtera Nuh a.s jugalah yang menjadi Bapa
dan Ibu yang mengembang biakkan zuriat, keturunan dan titisannya. Dan
manusia-manusia inilah disebut sebagai Bapa dan Ibu Bangsa. Dari manusia-manusia
inilah manusia yang ada sekarang dan sehingga bumi ini dikiamatkan oleh Allah
SWT.
Dinyatakan hanya seramai 82 makhluk
termasuk Iblis dan isterinya saja yang selamat dan berada didalam bahtera Nabi
Nuh as.
Oleh itu Usul Manusia ialah dari Nabi
Adam a.s dan Siti Hawa. Usul Kaum/Suku Manusia bermula dari Nabi Idris dan Usul
Bangsa Manusia adalah bermula dari Nabi Nuh as. Maka hasil dari banjir ini
jugalah untuk Allah mengembang biakkan manusia menjadi Bangsa.
Seperti Firman Allah SWT ;
“Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa
dan berkaum-kaum untuk kamu saling kenal mengenal antara kamu”
Bila berlaku banjir besar, bumi telah
menjadi kosong dari penghuninya iaitu manusia dan jin engkar. Tetapi
kerja-kerja agama yang diletak dan diamanah pada bahu manusia tetap dan mesti
diteruskan.
Maka belayarlah Nabi Nuh a.s untuk
menyambung usaha Dakwah selama 300 tahun lagi iaitu dengan menempatkan
manusia-manusia yang selamat ketika banjir ditempat yang Allah SWT perintahkan.
Tempat – tempat itu ialah diatas puncak gunung yang tidak ditenggelamkan semasa
banjir besar. Dinyatakan puncak gunung itu ialah 4 disekitar jazirah Arab dan
jazirah Afrika dan 4 di jazirah Khurasan dan jazirah Melayu. Puncak Gunung yang
ditempatkan anak-anak Nabi Nuh a.s ialah di 4 puncak gunung didunia iaitu 1 di
utara, 1 ditimur, 1 diselatan dan 1 dibarat.
>> Dinyatakan anak Nabi Noh as
yang selamat adalah 12 orang, tetapi anak2 yang mengembang biakkan bangsa hanya
4
Maka berakhirlah pelayaran dan usaha
Dakwah Nabi Nuh a.s dan pelayaran itu berakhir di Gunung Ararat, Timur Turki.
Maka Nabi Nuh a.s menghabiskan umur baginda selama 1200 tahun untuk
menyempurnakan Perintah Allah dan kesinambungan usaha Dakwah itu diteruskan
oleh keturunannya.
Bahtera Nabi Nuh Yang Ditemui di
Gunung Ararat, Timur Turki
Di nyatakan;
(1) Nabi Nuh - menyediakan Tempat
Bangsa.
(2) Nabi Ibrahim - menyediakan Budaya
Bangsa.
(3) Nabi Musa - menyediakan Bahasa
Bangsa.
(4) Nabi Isa - menyediakan Peranan
Bangsa Pendokong Agama.
(5) Nabi Muhammad SAW – merumuskan dan
menyelaraskan keseluruhan peranan yang dibuat oleh ke4-4 Rasul dari segi
tempat, budaya, bahasa dan peranan bangsa pendokong agama
Perkiraan Dalam Islam;
(1) Jarak masa Nabi Noh a.s > Nabi
Ibrahim a.s - 500 tahun
(2) Jarak masa Nabi Ibrahim a.s. >
Nabi Musa a.s. - 500 tahun
(3) Jarak masa Nabi Musa a.s. >
Nabi Isa a.s. - 500 tahun
(4) Jarak masa Nabi Isa a.s. > Nabi
Muhamad s.a.w. - 500 tahun
Untuk Zaman pertengahan, segala usaha
Dakwah diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW, sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir.
Baginda merumus segala usaha Dakwah, segala perintah Allah untuk umat manusia.
Sepertimana Firman Allah SWT:
“Telah Kami sempurnakan Agama untukmu,
hanya Kami Redha Islam sahaja sebagai Cara Hidup”
Semasa penutup zaman Peringkat
Pertengahan inilah, suasana yang amat perit, sukar dan serba payah. Nabi
Muhammad SAW membuat usaha Dakwah dalam suasana kehidupan Umat Manusia yang
pelbagai ragam. Keseluruhan umat Nabi – nabi yang terdahulu terkumpul di zaman
Baginda SAW. Seperi Bangsa Yahudi (Bangsa Yang Sesat) yang sememangnya Pembunuh
Nabi-nabi, keras kepala dan banyak alasan. Bangsa Nasrani (Bangsa Yang
DiMurkai) ialah bangsa yang suka menokok tambah. Bangsa Majusi (Bangsa Sesat
dan dimurkai) ialah bangsa yang suka mengadakan patung-patung sembahan. Dan
bermacam-macam lagi aneka perangai manusia yang Rasulullah SAW hadapi.
Walau bagaimana berat sekalipun
akhirnya, Rasulullah SAW berjaya membentuk 124 000 Sahabat RA. Mekah kembali
sirna dengan Cahaya Allah dan Kota Madinah dibuka sebagai Kota Islam. Dan
Rasulullah SAW dan 124 000 Sahabat RA dapat mengusai ¾ dunia dan Islam
memerintah. Baginda Rasul memerintah selama 33 tahun, diikuti Khulafah Ar
Rasyidin 30 tahun iaitu bermula Saydina Abu Bakar 2 tahun, Saydina Umar 6
tahun, Saydina Osman 12 tahun, Saydina Ali 7 tahun.
3. Peringkat Pengakhiran
Setelahah kewafatan Rasulullah SAW,
Kesinambungan Islam di pimpin oleh Khulafah Ar Rasyidin 30 tahun iaitu bermula
Saydina Abu Bakar 2 tahun, Saydina Umar 6 tahun, Saydina Osman 12 tahun, Saydina
Ali 7 tahun
Sabda Nabi SAW:
Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sg.
Fhurat surut (digelar sg Tikrit) dan kelihatan satu gunung maka akan berlaku
peperangan antara 100 orang dan 99 mati, dan masing-masing berharap agar mereka
adalah 1 orang yang hidup itu … (hadith riwayat Abu Hurairah)
Kemudian disambung oleh Kerajaan
Muawiyah di Damsyik, Kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Sehingga Baghdad dilanggar
kaum Tartar dikatakan sehingga Sg Frurat menjadi merah darah. Selepas itu
campuran antara kaum Tartar dan Arab bangunkan Kerajaan Othmaniah sehingga
pemerintahan Osman Ben. Ini lebih kurang dekat-dekat dengan pembangunan
Kerajaan Melaka. Jatuhnya Kerajaan Abbasyiah naiklah Kerajaan Othmaniah di
Timur dan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di Nusantara.
Jika kita lihat dari putaran sejarah,
Baghdad akan jatuh seperti yang berlaku pada Kerajaan Abbasyiah, kaum Tartar
yang menyerang. Akhirnya Melaka peluk Islam. Hasil perkahwinan Tartar dengan
Arab lahirlah Kurdish, perkahwinan Monggol dengan Arab lahirlah Turki. Bangsa
ini terkenal di gunung-ganang merupakan sebahagian orang Khurasan.
Hasrat orang Eropah nak tengok Baghdad
jatuh meleset (konon Tartar serang Islam boleh jatuh) malah Kerajaan Abbasyiah
bertahan sehingga 400 tahun, walaupun Kerajaan Melaka dah jatuh untuk siasahkan
Nusantara, maka pemerintahan Islam akan bangkit dari debu-debu kehancuran.
Peringkat Akhir ini tidak ada lagi
Nabi dan Rasul yang dilantik oleh Allah SWT. Hanya yang ada Para Sahabat,
Mujadid dan Mujahid. Melalui mereka-mereka inilah peranan mengembang, menjaga
dan memelihara Amanah Agama diteruskan. Merekalah orang-orang yang di amanahkan
untuk Memimpin Islam di Peringkat Akhir ini.
Tanggungjawab menjaga dan memelihara
AMANAH AGAMA di Peringkat Akhir ini diberi keatas BANGSA dan disebut BANGSA
PENDOKONG AGAMA. Hasil usaha Nabi-nabi terdahulu dan Para Sahabat melahirkan
Bangsa Pendokong Agama iaitu Arab, Afrika(Habsy), Farsi/Khurasan dan
Melayu
Bangsa Pendokong Agama
Adalah bangsa yang wujud dan ditegakkan atas dasar untuk menjadi pendokong, penanggung dan menyempurnakan Amanah Allah iaitu Agama Islam. Amanah Agama Islam keatas Bangsa Pendokong Agama adalah mengikut Wilayah/Benua/Bahagian yang terwujud mengikut Pembahagian Dunia dan mempunyai Peranan Agama pada Peringkat Dunia.
Adalah bangsa yang wujud dan ditegakkan atas dasar untuk menjadi pendokong, penanggung dan menyempurnakan Amanah Allah iaitu Agama Islam. Amanah Agama Islam keatas Bangsa Pendokong Agama adalah mengikut Wilayah/Benua/Bahagian yang terwujud mengikut Pembahagian Dunia dan mempunyai Peranan Agama pada Peringkat Dunia.
1. Bangsa Arab > menguasai wilayah
Barat Dunia - Ameer
2. Bangsa Melayu > menguasai Timur Dunia - Ulama
3. Bangsa Afrika > menguasai Selatan Dunia - Makmum
4. Bangsa Farsi/Khurasan > menguasai Utara Dunia - Pendekar(Tentera)
Bangsa – bangsa ini akan bergabung menjadi Satu UMMAH. Tujuan dan Peranan Bangsa Pendokong Agama ini ialah untuk meneruskan KESINAMBUNGAN AGAMA agar dapat diwariskan hingga Akhir Zaman.
2. Bangsa Melayu > menguasai Timur Dunia - Ulama
3. Bangsa Afrika > menguasai Selatan Dunia - Makmum
4. Bangsa Farsi/Khurasan > menguasai Utara Dunia - Pendekar(Tentera)
Bangsa – bangsa ini akan bergabung menjadi Satu UMMAH. Tujuan dan Peranan Bangsa Pendokong Agama ini ialah untuk meneruskan KESINAMBUNGAN AGAMA agar dapat diwariskan hingga Akhir Zaman.
Untuk Alam Melayu ini, dari hasil
usaha Nabi-nabi terdahulu telah melahirkan apa yang disebut Orang Jawi
atau di sebut Tanah Jawi. Dari Bani Jawi inilah usaha diteruskan oleh Nabi
Muhammad SAW, Sahabat, Mujadid dan Mujahid untuk melahirkan:
1. Bangsa Pendokong Agama
2. Bangsa Pencetus Kebangkitan Wawasan
Islam Akhir Zaman
3. Bangsa Penegak Panji Hitam
4. Bangsa Pencetus Kecemerlangan,
Kegemilangan dan Terbilang Islam untuk pusingan ke 2 dan terakhir.
Mengapa Dan Apa Bukti Melayu Sebagai
Bangsa Pencetus Kebangkitan Islam Akhir Zaman Dan Bangsa Penegak Panji Hitam
Dari Timur??
Sabda Nabi SAW :
Akan datang Panji-panji Hitam dari
Timur, seolah-olah hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa
mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada
mereka, sekalipun keadaannya seperti merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)
Sebagai Bukti Melayu adalah Bangsa
dari timur itu lihat pecahan Bangsa Pendokong Agama. Alam Melayu meliputi
seluruh Gugusan Nusantara dan beberapa kepulauan yang merentasi Lautan Hindi menganjur
hingga ke Lautan Pasifik. Ia juga disebut sebagai Malay Archepelago.
Bagaimana Allah SWT menetapkan
ciri-ciri BANGSA PENDOKONG AGAMA ?
Allah SWT menetapkan ciri-ciri BANGSA
PENDOKONG AGAMA ialah berdasarkan
1. Nutfah Keturunan dan Asal Usul Bangsa
2. Tanah/Bumi Pilihan
1. Nutfah Keturunan dan Asal Usul
Bangsa
Nutfah ertinya BAKA atau KETURUNAN.
Baka Melayu adalah BAKA AGAMA. Pada
salasilah keturunan dan Usul Asalnya
ialah:
1. Nabi Nuh as
2. Yaspid (anak Nabi Nuh yang selamat
dari banjir)
3. Nabi Ibrahim as
4. Jawiyah - (Isteri Nabi Ibrahim as
yang ke 3)
5. Jawi - Era Nabi Ibrahim – disebut
Agama Jawi atau Agama Hanif berpusat di Kemboja (Cambodia) Cempaka Sari atau
Negara Syahrul Nuwi
6. Melayu - Era Tamim Habibud Dari –
berpusat di Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terangganu. Dunia dikuasai oleh Islam
dan di Alam Melayu orang ketika itu lebih sinonim menyebut masuk Melayu
maksudnya masuk Agama Orang Melayu.
2. Tanah/Bumi Pilihan
Sesungguhnya bumi Melayu adalah salah
satu bumi pilihan Allah selain bumi Mekah bumi Melayu ada Terengganu Darul
Iman
Maka berdasarkan ciri-ciri diatas
terbentuklah Melayu sebagai Baka Agama dan di sebut sebagai Bangsa Pendokong
Agama. Bangsa Melayu adalah bangsa yang terakhir sekali di bentuk sebagai
Bangsa Pendokong Agama.
PENYELAMAT - PENYELAMAT MELAYU
1. Nabi yang khusus membuat usaha dan
membuka Surah Melayu
Ialah Raja Nabi Allah Sulaiman a.s
anak Nabi Daud a.s yang menerima Kitab Zabur
Firman
Allah:
"Dan sesungguhnya Kami telah
memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: 'Segala puji
bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.'
Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata: 'Hai manusia, kami telah
diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu,
sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.'" (QS.
an-Naml: 15-16)
"Ia berkata: Ya Tuhanku,
ampunilah aku dan anugerahilah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh
seseorangpun sesudahku." (QS. Shad: 35)
2.
Sahabat yang khusus membuat usaha Dakwah dan membuka Sirah Melayu
Ialah
Tamim Habibul Ad Dari dan beliau adalah seorang sahabat yang dapat melalui
Perjalanan Yang serba Pelik dan bertemu dengan Dajjal yakni musuh besar Umat
Islam.
Sabda
Nabi Muhammad s.a.w;
'Wahai
segala sahabatku yang ada di sini, ada seorang di antara tuan-tuan ini, ada
seorang lelaki yang hidupnya dapat melihat keindahan di dalam syurga dan segala
yang ajaib-ajaib di bawah langit dan juga di dalam bumi. Setelah itu maka nanti
ia kembali pula ke rumahtangganya dan bertemulah ia dengan anak dan
isterinya.
Sabda Nabi Muhammad saw;
“Sungguh cerita Tamim itu sesuai
dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan
Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di laut Syam atau di laut
Yaman, bukan dari arah timur,bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.”
Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.
3. Mujadid dan Mujahid yang
menyempunakan Siasah Melayu
Ialah Syeikh Syarif Muhammad Al
Baghdadi. Pada peringkat Siasah inilah beliau menyempurnakan Surah dan Sirah
Melayu.
Setiap 500 tahun , Allah angkat
seorang Penguasa Agama Peringkat Dunia(Mujadid) dan setiap 100 tahun Allah
angkat Penguasa Agama Peringkat Bangsa Pendokong Agama (Mujahid)
Halqah yang menghias Alam Kabir adalah
seperti di bawah:
Cara Dakwah beliau ialah Melahir,
Membentuk dan Menyusun Bangsa Melayu sebagai Bangsa Pendokong Agama , Bangsa
Pencetus Wawasan Islam Akhir Zaman, Bangsa Penegak Panji Hitam dan Bangsa
Pencetus Kecemerlangan, Kegemilangan dan Terbilang Islam untuk pusingan ke 2
dan terakhir.
Kisah beliau ini telah disabdakan Nabi
SAW kepada Para Sahabat. Sabda Nabi ini juga disebut WASIAT Rasulullah SAW.
"Pada akhir zaman kelak, ada
sebuah negeri di bawah angin, Samundra namanya; maka apabila kamu dengar
khabarnya negeri Samundra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa
isi negeri Samundra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu akan lahir banyak
Wali Allah; semasa hendak pergi itu bawalah seorang FAKIR di negeri
Muktabari(Iraq) namanya, kamu bawa bersama kamu.”
Hadis atau Wasiat ini diperturunkan
dan di sambung-sambung kepada setiap Syarif Mekah agar dapat di sempurnakan
Wasiat Rasulullah SAW ini. Maka setiap kali musim Ibadat Haji maka di pastikan
oleh Pihak Pengurusan Haji, untuk mengetahui tentang Jamaah Haji yang datang
dari Samundra. Setelah berapa lama, setelah hampir tamat zaman Sahabat, maka
adalah Jamaah Haji dari negeri Samundra, datang ke Mekah. Maka apabila, Syarif
Mekah mendapat tahu lalu diperintahkan sebuah kapal membawa segala Peralatan
Kerajaan dan disuruhnya singgah ke negeri Muktabari(Iraq); untuk mengambil
Syarif Muhammad. Nama nakhoda kapal itu Sheikh Ismail.
Syarif Muhammad turun takhta dan
mengangkat anak sulongnya sebagai Pemerintah Iraq, Beliau sanggup turun dari
Takhta Kebesaran Dunia dan FAKIR dirinya untuk menyempurnakan Amanah Allah dan
menyempurnakan Wasiat Rasulullah SAW. Dinyatakan bahawa beliau adalah Keturunan
dari Saydina Hassan dan Saydina Hussein. Maka belayarlah Syarif Muhammad
sebagai Fakir Muhammad bersama Syeikh Ismail.
Manakala sampai sahaja di Samundra
lalu di carilah seorang yang bernama Merah Silu lalu di Islamkan oleh Syeikh
Muhammad dan dinamakan Sultan Malikus Soleh dan diberi peralatan Kerajaan
Samundra(negeri Acheh sekarang).
Maka Sultan Malikus Soleh Adalah
Sultan Pertama Bagi Bangsa Melayu.
Kemudian Syarif Muhammad meneruskan
usaha Dakwahnya untuk melahirkan pula rakyat (makmum) Melayu. Beliau meneruskan
Misi Dakwah itu ke Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terangganu Darul Iman. Setelah lahir
rakyat Melayu maka diambilnya Sultan Malikus Soleh untuk menjadi Raja bagi
orang Melayu. Usaha ini dibuat sehinggalah melahirkan Bangsa Melayu.
Maka bermulalah sebutan Terangganu
Darul Iman – Tempat Bekalan Iman
MAKA BERMULALAH MELAYU BERDAULAT MELAYU
BERAJA
Antara Orang-Orang Yang Berjasa
Membangunkan Melayu Ialah :
(1) Ameer
(a) Berasal dari perkataan Amri(Raja).
Raja Yang Amri pertama dari Bangsa Melayu ialah Merah Silu (Sultan Malikus
Soleh). Orang dari Terengganu yang telah berusaha mencari baginda untuk
dinobatkan sebagai Raja bagi Orang Melayu (Rujuk Sejarah Melayu)
(b) Selepas itu Institusi Raja
berlanjutan sehingga ratusan tahun. Alam Melayu ada Amri Yang Quddus lagi
Muktabar seperti:
1. Sultan Megat Muhammad Iskandar
Syah(Parameswara)
2. Sultan Muzaffar Syah Kedah(Pra Ong
Mahawangsa)
3. Sultan Muzaffar Syah 3 Perak
4. Sultan Alauddin Riayat Syah
5. Sultan Mahmud Syah
(2) Ulamak
Selain Bangsa Arab, Bangsa Melayu juga
banyak melahirkan Ulama-ulama Islam yang Muktabar dizaman kegemilangan Melayu
seperti:
1. Syeikh Sherif Muhammad Al Baghdadi
- (Tok Ayah)
2. Syeikh Abdullah bin Syeikh Qahar -
(Tok Ku Pauh)
3. Maulana Malik Ibrahim - (Sunan
Bonang)
4. Raden Fatehila - (Sunan Gunung
Jati)
5. Muhammad Saig - (Sunan Kali Jaga)
6. Raden Rahmat - (Sunan Ampel)
7. Syeikh Abdul Malik bin Syeik
Abdullah - (Tok Ku Pulau Manis)
8. Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad
- (Tok Ku Paloh)
9. Hamzah Fansuri
10. Syeikh Abdul Samad Al Palembangi
11. Syeikh Shamsudin Al Sumaterani
12. Syeikh Abdullah Al Fatanni
13. Syeikh Daud Al Fatanni
14. Tok Kenali
15. Tok Ku Tuan Besar
(3) Makmum
1. Ialah Rakyat Jelata yang terdiri
dari pelbagai lapisan masyarakat.
2. Hidup Berlandaskan kepada Prinsip
dan Piagam Madinah.
3. Alam Melayu menggunakan Al Quran
dan As Sunnah sebagai Sumber Rukun Hidup Beragama.
4. Hasil dari Sumber Rukun Hidup
Beragama telah menyatukan seluruh rakyat jelata.
(4) Pendekar
Maka Alam Melayu ada Pendekar
Terbilang seperti:
1. Laksamana Hang Tuah
2. Laksamana Khoja Hassan
3. Hang Nadim
4. Raja Haji
5. Dol Said
6. Tok Bahaman
7. Tok Janggut
Keseluruhan peranan yang dimainkan
oleh Melayu menjadikan Melayu sebagai ULAMA pada amnya.
Inilah Melayu Yang Disebut-Sebut Satu
Masa Dahulu Iaitu:
1. Melayu Jati/Sejati - Era Syeriff
Muhammad Al Baghdadi (Tok Ayah)
2. Melayu Deli - Era Syeikh Abdullah
bin Qahar (Tok Ku Pauh)
3. Melayu Jawa - Era Maulana Malik
Ibrahim( Sunan Bonang)
4. Melayu Bugis - Era Kesultanan
Melayu Melaka melahirkan Nusantara. Inilah Kerajaan Khalifah Akhir yang
memerintah dan Pemegang Panji Hitam Rasulullah SAW
Maka Dengan Berakhir Kesultanan Melayu
Melaka ini maka berakhirlah kecemerlangan Islam Pusingan Pertama. Ketika Sultan
Mahmud Syah, Khalifah Islam Terakhir Pusingan Pertama Islam.
Jika Kecemerlangan Islam berakhir
disekitar Abad ke 15 Masehi, maka Islam akan Tegak Semula disekitar Abad ke 15
Hijrah dan Abad ke 20 Masehi
Siapa Orang Itu??? Yang Akan
Memulakan, Menggerakkan Dan Menegakan Kebangkitan Islam Pusingan Ke 2 ?? Apa
Dakwah Yang Di Usahakan ??
Sabda Nabi SAW daripada Al Hasan:
“Bala yang akan menimpa ahli
keluargaku selepas ketiadaan aku kelak,, hinggalah Allah mengutuskan
Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya (Fata At Tamimi) akan
ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghina (Fata At Tamimi) akan dihinakan
pula oleh Allah. Hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperi
nama aku(Muhammad bin Abdullah). Mereka pun melantiknya untuk memimpin mereka,
maka Allah pun membantu dan menolongnya” (Nuaim bin Hammad)
Siapa Orang Itu??? Fata At Tamimi
Sebagaimana telah dijanjikan Islam
akan ditegakkan semula pada Abad ke 20 Masehi, maka orang yang akan memulakan,
menggerakkan dan menegakkan itu telah Allah wujudkan dia pada tahun 2000
Masehi. Wujud disini bukanlah bermaksud Allah baru lahirkan dari sulbi bapa
atau baru lahir dari rahim ibu. Wujud disini bermaksud Orang Yang Telah Allah
Lantik Untuk Menyempurnakan sebagai Penyelamat Bangsa. Atau Pemuda Penyelamat
Bangsa Melayu.
Dakwah Yang Di Usahakan
1. Menyelamatkan Melayu supaya kembali
kepada :
>Usul Melayu iaitu Agama yakni
Islam sebagai Roh/Teras Bangsa
>Bahasa Melayu sebagai Jiwa(Hati)
Bangsa - Alat Perhubungan Bangsa Melayu
>Budaya Melayu sebagai Raga(Jasad)
Bangsa – Bekas/Cara Pengabdian kepada Allah
>Kuasa/Adat Melayu sebagai
Martabat/Maruah Bangsa - Pakaian Bangsa Melayu
2. Menyatukan Melayu yang
berpecah-belah iaitu kembali kepada Usul Dakwah:
> Tidak Sentuh Soal Politik, lihat
pada Siasah.
> Tidak Sentuh Soal Mazhab dan
Khilafiah, lihat pada Sunnah.
> Tidak Sentuh Soal Pangkat dan
Kedudukan, lihat pada Sirah
> Tidak Sentuh Soal Keturunan,
lihat pada Usul Kejadian
3. Mengembalikan Melayu pada kedudukan
yang sebenar iaitu sebagai Ulamak Dunia.
4. Mengembalikan Melayu pada landasan
perjuangan yang sebenar iaitu :
(1) Mendaulatkan Raja
(2) Memartabatkan Agama
(3) Memaruahkan Bangsa
(4) Kesinambungan Umat
5. Menyempurnakan Wawasan Melayu iaitu
Menegakan Wawasan Islam Akhir Zaman
6. Membangkitkan Melayu sebagai Bangsa
Penegak Panji-Panji Hitam Rasulullah SAW
7. Menyediakan Urusan-urusan Imam Al
Mahdi
8. Menyediakan Barisan/Saf Panji-panji
Hitam Dari Timur – menyediakan orang Melayu yang layak sebagai Tentera Imam Al
Mahdi (Rujuk Orang Yang Dapat Mendampingi Imam Al Mahdi)
Menepati dengan apa yang telah
disabdakan oleh Nabi SAW:
“Akan ada jamaah yang keluar dari
sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk Al Mahdi, maka
cari dan yakinilah pimpinannya” (Ibnu Majah)
Sabda Nabi SAW:
“Pemegang Bendera Al Mahdi(Panji Panji
Hitam) adalah seorang laki-laki daripada Suku Tamim yang datang dari
Timur”
Maka secara ringkasnya Orang Yang Di
Maksudkan, Fata At Tamimi itu bukanlah nama khusus baginya. Tetapi menyatakan
pada diri Fata atau Pemuda itu ada darah keturunan atau titisan Suku Tamim. Dan
kaitannya ialah orang yang ada Nasab dengan Saydina Abu Bakar As Siddiq Sahabat
Rasulullah SAW yang agung. Dan pada diri Fata itu juga ada Nasab dengan
Rasulullah SAW(Ahlil Baits). Selain itu dirinya adalah titisan dari Nabi
Ibrahim dan Jawiyah atau Katurah. Titisan Raja Nabi Sulaiman, Iskandar
Zulkarnain, Merong Mahawangsa dan apa-apa yang berkait dengan titisan yang
hebat-hebat.
Fata At Tamimi adalah Pemimpin yang
akan Memimpin Bangsa Melayu. Jadi perlu kita fahami bahawa Bangsa Melayu ini
amat sinonim dengan Sultan/Raja sebagai Ameer/Penguasa Agama.
Oleh itu untuk kita menghubung kaitkan
Hadis Panji-panji Hitam dari Timur maka mesti di kaitkan Fata At Tamimi itu
dengan Bangsa Melayu. Dan Timur yang dimaksudkan Nabi saw ialah berkaitan
dengan Bangsa Pendokong Agama (Rujuk Carta Bangsa Pendokong Agama).
Maka Fata At Tamimi itu dilahirkan dan
hidup sebagai Bangsa Melayu yang menepati dengan ciri-ciri Melayu iaitu pada
Usul, Bahasa, Budaya dan Adat Melayu.
TANDA – TANDA KEMUNCULAN IMAM MAHDI AS
Sebagaimana Allah SWT hendak
membangkitkan Agama di Akhir Zaman atau Kecemerlangan Islam Pusingan ke 2 maka
Allah telah membangkit 3 Pemimpin Besar Islam iaitu
1. Fata At Tamimi
2. Imam Muhammad Al Mahdi as bin
Abdullah
3. Imam Isa as
Untuk menzahirkan Pimpinan Al Mahdi as
ini ada tanda – tanda yang telah Allah khabarkan untuk Panduan dan Pedoman bagi
mereka yang ingin, harap, sertai dan berada dalam Saf Pimpinan Al Mahdi (Panji
Hitam)
Dalam hal ini samada dikalangan umat
Islam sendiri yang mengambil tahu, buat buat tahu atau tak tahu. Kemunculan Al
Mahdi as, TETAP akan berlaku. Mahu atau tidak mahu perkara ini akan tetap
berlaku.
Bagi Orang Kafir, ada yang menunggu
kedatangan Al Mahdi as tetapi mereka hanya sekadar mengharap dan menunggu
khabar . Ada sebahagian Orang Kafir kedatangan Al Mahdi as ini menjadi
ketakutan pada mereka. Seperti pimpinan Israel, Amerika dan negara negara
sekutunya yang kafir yang terlibat di dalam Illumination. Atau yang menjadi
pengikut Dajjal al Masikh.
Tanda-tanda Kemunculan Imam Al Mahdi
1. Tanda Tempatan
1) Wujudnya Toifah
2) Ada Usaha dan ada orang yang boleh
ikut Sirah Nabi SAW
3) Usaha membangun/menghidupkan Tempat
Usul
4) Terbuka Jalan Salik
2. Tanda Dunia
1) Panggilan Jihad tersebar
2) Tempat Jihad
3) Rangkaian Jihad
4) Penempatan Orang Jihad
3. Tanda Langit
1) Lahir Orang Makrifat
2) Terbuka Pintu Langit
3) Muncul dan zahir Rijalul Ghaib
4) Terjalin Rangkaian Langit
Orang Yang Dapat Mengenal Imam Mahdi
1. Mengamalkan Sunnah Nabi SAW
2. Mengikut Sirah Nabi SAW dan Sahabat
RA
3. Amalkan Wasiat Nabi SAW
4. Cintai Nabi SAW
Orang Yang Dapat Bertemu Imam
Mahdi
Orang Yang Mempelajari dan Melalui
Perjalanan Salik
1) Salik Tempat/Tempatan – Salik atas
syiar Iman
2) Salik Benua – Salik atas tumpuan
syiar Iman
3) Salik Dunia – Salik kepada
perhimpunan syiar Iman
4) Salik Langit – Salik kepada
penempatan syiar Iman
Orang Yang Dapat Mendampingi Imam
Mahdi
1) Orang Yang Kiamat – kiamatkan diri
dan dunia
2) Orang Yang Khamat – orang yang
Makrifat, Nafat, Sifat dan Kaifiat
3) Orang Yang Qamat – menghimpunkan
dan menyusun barisan
4) Orang Yang Dharurat - diakhir umat
/ orang yang mewar-warkan dan membawa umat untuk mengenal Imam Mahdi AS
Wallahu`lam.....