AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Wednesday, December 26, 2012


Menjejaki Nyemah Mulya pahlawan wanita Melaka yang disepikan

Pengaruh Kelantan Majapahit 11 jelas dan terbukti pada cara pemakaian Nyemah Mulya

Ramai yang tertanya benarkah wujud watak Nyemah Mulya pahlawan wanita Melayu di era Melaka diserang Portugis pada tahun 1511M. Watak Nyemah Mulya adalah watak berdasarkan separa kajian sejarah  dan separa sains fiksyen dalam novel Faizal Tehrani 1515.

Watak Nyemah Mulya pahlawan wanita yang bertudung merah mengetuai sejumlah 5000 askar Melayu Melaka mempertahankan Melaka dikatakan mitos kerana beberapa perkara, yang sengaja disembunyikan Portugis dan Penjajah Barat.

Asal usul Nyemah Mulya menurut sumber pertama seperti dalam Novel separa Sains Fiksyen-separa sejarah benar Faizal Tehrani ialah anak kepada seorang guru ugama dan ibunya ialah dayang kepada Puteri Onang Kening dari Kelantan yang diperisterikan Sultan Mansur Shah. Menurut sumber lainnya Nyemah Mulya ialah seorang dayang kepada Puteri Onang Kening yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan puteri tersebut setelah baginda bernikah dengan Sultan Melaka.


Nyemah Mulya mempunyai ilmu ugama, persilatan  dan kebatinan yang tinggi. Benarkah wujud ilmu sehebat itu di zaman 1511?

Bagaimanapula kehebatan ilmu persilatan dapat diwarisi oleh Nyemah Mulya? Jawapannya Nusantara ini didakwah oleh ahlul bayt dan sahabat Nabi Muhammad SAW. Bersama sama dengan kedatangan ulama ahlul bayt, mereka membawa ilmu ugama dan juga seni mempertahankan diri. Dengan kehendak Allah , ulama Ahlul bayt ini mendapat ilham , dan sebanyak 44 orang ulama ahlul bayt bersama keluarga maseng maseng datang mendarat di Acheh, Champa, Pattani, Kelantan, Pulau Besar Melaka dan Surabaya dalam tempoh masa yang dekat antara satu sama lain. Tentu ada rahsia antara rahsia yang ada di Nusantara ini


Peta kedatangan pendakwah Ahlul Bayt di Nusantara
Jika benar Nyemah Mulya dari Kelantan maka dia tentu juga mahir dalam persilatan seperti Hang Tuah dan rakan rakan yang diajar oleh Syeikh Thanaudin (Adi Putra ) iaitu adinda kepada Syeikh Jamaluddin Al Kubra yang dari keturuannya nya lahir banyak raja raja Melayu di Nusantara dari Champa , Pattani, Semenanjung, Sulu, Brunei , Kalimantan dan Sunan Sunan di Tanah Jawa

Di Melaka, Pesantren pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH, sekarang dikenali sebagai  TENGKIRA. Masjid Tengkira adalah salah satu masjid tertua di Melaka. Pesantren ini memberi pengajian ugama secara bersanad. Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin (Adi Putra) sampai ke Melaka dari Kelantan. Beliau terus memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ILMU KEROHANIAN SUFI. Suasana pulau ini yang terasing dari hiruk pikuk pelabuhan Melaka memang sesuai untuk tempat pengajian ugama, beruzlah dan bersuluk. Maseh ada tempat bersuluk di gua gua tersembunyi di kawasan pantai di Pulau Besar. Malah ada juga sumber air tawar dari sebuah telaga air tawar berhampiran tinggalan resort yang terbiar. Di zaman dulu telaga air tawar ini menjadi sumber air pelaut membekalkan air tawar sebelum belayar dari Melaka.

Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/Adi Putra. Daeng Mempawah adalah nama lain bagi Laksamana Hang Tuah.  Orang yang mula-mula  menjadikan Pulau Besar ini  pusat pembelajaran ILMU KEROHANIAN SUFI ialah Syeikh   Thanaudin/ Adiputra/Panglima Hitam. Tinggalan keturunan Syeikh Thanaudin maseh ada di Pulau Besar iaitu  kubur Panglima Hitam (Syeikh Thanaudin) . Maseh ada tempat bernama Tempayan Pecah di Pulau Besar. Nenek Kebayan yang dikaitkan dengan Tempayan Pecah pula sebenarnya ialah  seorang syarifah atau Dang Wangi  iaitu anak Syeikh Thanaudin yang bernikah dengan anak mureed bapanya iaitu Hang Jebat.


Makam Nenek Kebayan/Dang Wangi/anak kepada Syeikh Thanaudin dan isteri kepada Hang Jebat


Dang Wangi / Baru / Inangsih  juga mengkebumikan  Hang Jebat di hujung Pulau. Dang Wangi memang berkeluarga dengan Maulana Ishaq dan semua penduduk di Pulau itu. Dang Wangi pangkat nenek saudara bagi Maulana Ishaq bin Syeikh Ibrahim Asmoro bin Syeikh  Husin Jamaludin Al Kubra. Dang Wangi binti Syeikh  Thanaudin bin Amir Syeikh  Syah Jalaludin. Syeikh Thanaudin dan Syeikh Husin adalah adik beradik. Di Pulau Besar berkumpul nya keturunan Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra dan adindanya Syeikh Thanaudin. Isteri Maulana Ishaq iaitu Syarifah Siti Fatimah binti Syeikh  Ali Nurul Alam,juga cucu kepada Sayyid Thanaudin
(Satu lagi makam Syarifah Siti Fatimah pula ada sebelah makam suaminya Maulana Malik Ibrahim bin Syeikh Jamaludin Al Kubro di Gresik , Surabaya, Jawa Timur).

Catatan penulis-
Malangnya makam  wali Allah dipindahkan dan kesan sejarah dilenyapkan bila sebuah padang golf cuba di bina dalam usaha nak menjadikan pulau ini sebagai resort. Atas sebab ini  beberapa kejadian bot karam secara misteri yang membunuh satu persatu pekerja resort sehingga akhirnya resort tersebut ditutup.

Pada tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar. Rombongan ini di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Syeikh Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka. Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar.

Di masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil/Siti Jenar datang menuntut ilmu di Pulau ini. Datang pada waktu yang lain ialah Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati Unus/Raden Abdul Qodir Al-Idrus. Di samping itu turut belajar ialah Sultan Mahmud Syah sendiri

Nota Penulis-
(Kehebatan ilmu ugama dan persilatan yang diajar di Pulau Besar boleh di benchmark kepada kehebatan Sunan Kalijaga dan Sunan Giri. Sunan Kalijaga mendakwah orang dengan musik dan dia juga seorang pendekar yang amat gagah. Sunan Giri  juga orang yang sebenarnya yang membuat ramalan Jayabaya ramalan-jayabaya. )


Makam Sultanul Arifin di Pulau Besar. Di belakang makam ialah makam gurunya

        
Kehebatan Panglima Hitam/Syeikh Thanaudin/Adi Putra membelah batu menggunakan lidahnya yang berwarna hitam. Kerana itu dia dinamakan Panglima Hitam

Pulau Besar juga adalah tempat pengajian ilmu ugama secara bersanad (sistem pondok atau pasentran) dan juga tempat berkumpulnya hulubalang Melayu dari seluruh Nusantara mempelajari ilmu persilatan dan kebatinan. Perlu diingatkan juga bahawa Pulau Besar menjadi pusat tumpuan hulubalang yang mempunyai ilmu putih dan ilmu hitam. Di zaman empayar Melaka ilmu persilatan dan kebatinan putih memenangi persaingan kerana disekalikan dengan ilmu ugama yang mengikut syariat Islam.
Saki baki kehebatan ilmu persilatan dan kebatinan ini dapat dipertontonkan dalam catatan British berkenaan lanun -lanun Melayu di Regiment of Malay Navy yang bermaharajalela di Selat Melaka. Bagaimanapun  atas sebab keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yg mereka miliki (ilmu kebal,ilmu batin, boleh beberapa jam  mereka diberi ampun dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh Captain John Davie  yang dimitoskan sebagai Davie Jones dalam Pirates of Caribean. Tetapi cerita Pirates of Carribean itu kita biarkan dulu-mari lihat catatan Captain John Davie:

user posted image


Senjata apakah yang digunakan Nyemah Mulya bersama sama 5000 orang hulubalang semasa melawan Portugis?.

Persepsi yang sering kita alami bila membayangkan peperangan tersebut ialah orang Melayu berperang dengan gajah dan keris.



Tapi sejarah kita sengaja dilenyapkan dengan fakta bahawa tarakul induk kepada pistol telah digunakan di dunia Melayu oleh Lanun Lanun Melayu. Banyak lagi senjata lama yang menjadi induk kepada senjata api moden berasal dari dunia Melayu.

Pemuras sejenis senapang maseh kekal sebagai salah satu alat kebesaran Kesultanan Brunei

Musketeer dan gunner Melayu




Ini bermakna tentera Melaka menentang serangan Portugis dengan tarakul, meriam lela rentaka dan pelbagai lagi senjata yang setaraf dengan persejataan tentera  moden. Di samping itu mereka juga hebat dalam ilmu persilatan dan kebatinan. Gajah hanya digunakan sebagai mode pengangkutan senjata, makanan dan orang-orang besar semasa peperangan.

Nyemah Mulya dilantik mengetuai serangan kerana dekatnya dia dengan Istana Melaka dan kehebatan ilmu ugama, ilmu persilatan dan ilmu kebatinannya. Perkara ini tidak mustahil kerana dalam sejarah Melayu, Puteri Hijau mengetuai Istana dan pasukan perang di Reman (sekarang terletak di Lenggong, Hulu Perak)  dan Pahlawan keturunan bangsawan Aceh juga seorang wanita bernama (Puteri) Cut Nyak Dien mengetuai pemberontakan ke atas Belanda.
Menyedari ancaman Pulau Besar kepada Portugis maka mereka telah memusnahkan Pulau Besar dan pondok pengajian  pada tahun 1525M. Nyemah Mulya pula telah lama  mati dibunuh kerana sifat dengki Melayu terhadap bangsanya yang menunjukkan kelebihan dan kehebatan berperang.


Penduduk Pulau Besar yang berasal dari golongan ulama dan hulubalang Melayu  pula terpaksa menyamar sebagai penduduk kampung dan tinggal di kawasan berhampiran pantai di tanah besar. Ilmu ugama dan ilmu persilatan diajar secara rahsia yang tidak diketahui orang awam. Kehebatan pahlawan silam seperti Nyemah Mulya tenggelam dalam lipatan sejarah kerana orang tidak meyakini bahawa orang Melayu  yang hebat dari segi ugama juga boleh menguasai masa,tempat, ilmu persilatan, kebatinan iaitu  perbendaharaan ilmu Allah yang luas dengan izin Allah.

Nota Penulis-
Penulis menyambut baik usaha KM Melaka Datuk Ali Rustam untuk menubuhkan pusat tahfiz di Pulau Besar. Sewajarnya Pulau Besar dimajukan semula sebagai Pusat Pengembangan Ugama Islam Se Nusantara. Prasarana yang sudah ada dalam bentuk resort terbiar seeloknya dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.