AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Sunday, July 31, 2011

APA MAKNA KALIMAH SYAHADAH???





AKU BERSAKSI...PENJELASAN AQIDAH DARI DUA KALIMAH SYAHADAH



Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman mereka.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.



Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.


Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, bahkan mereka mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap degil dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam.


Makna Kalimah Syahadah Pertama:


أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ



“Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”.


Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada), al-Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata).


Makna Kalimah Syahadah Kedua:

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi dan penghulu seluruh keturunan Nabi Adam alaihissalam.

HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA:

• Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atasnya menganut agama Islam, tetap dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam.

• Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan i`tiqad yang benar lagi utuh.

• Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (أشهد) untuk mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan lain yang mempunyai makna yang sama dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab.

• Kefardhuan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh umat Islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut mazhab al-Imam al-Syafi`e.

• Orang yang dilahirkan di dalam Islam dan beri`tiqad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang Islam kerana didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang sahih.

• Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah mencapai usia baligh dengan niat fardhu. Ini adalah kerana mazhab mereka tidak mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka hanya menganggapnya sebagai sunat. Sedangkan menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti ulama mazhab Syafi`e dan mazhab Hanbali, dua kalimah syahadah adalah wajib dilafaz dalam setiap solat bagi memastikan solat menjadi sah.

• Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang benar.

• Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka.


Oleh itu setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus) tentang kewujudan Allah ta`ala dan Allah ta`ala mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seseorang itu juga wajib juga beri`tiqad bahawa apa yang di bawa oleh Rasulullah adalah benar belaka tanpa ada syak, zan dan waham.

الْجَزْمُ يُخْرَجُ مِنْهُ: الْشَكُّ, الْظَنُّ, الْوَهْمُ.

Al-Jazm dikeluarkan daripadanya : Syak (ragu-ragu), Zan (melebihi percaya daripada tidak), Waham (melebihi ketidakpercayaan daripada percaya).

مُوَافِقٌ لِلْحَقِّ يُخْرَجُ مِنْهُ: جَاهِلٌ بَاسِطٌ, جَاهِلٌ مُرَكَّبٌ

Selari dengan kebenaran dikeluarkan daripadanya: Jahil basit (tidak mempunyai pengetahuan sama sekali), jahil murakkab (jahil yang tersusun iaitu tidak sedar bahawa dirinya jahil)

عَنْ دَلِيْلٍ: أَيْ لَيْسَ تَقْلِيْدًا
Daripada dalil: tidak boleh bertaqlid.

Maksud taqlid iaitu orang yang mengikut tanpa belajar dan apabila ditanya maka individu tersebut tidak dapat mengeluarkan dalil dalam perkara yang berkaitan dengan akidah.

Ø Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut) kepada orang yang tidak betul iaitu golongan yang terkeluar dari landasan akidah yang sahih walau dengan jazam sekalipun tetap dihukumkan sebagai tidak beriman.

Ø Sekiranya seseorang itu berbertaqlid (mengikut) kepada orang yang beraqidah sahih iaitu yang berada di atas landasan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Hukumnya terbahagi kepada tiga:


1. Sekiranya dia bertaqlid (mengikut) dengan jazam (putus), maka dia dikira beriman tetapi dihukum fasiq iaitu berdosa walaupun beriman. Ini pendapat yang muktamad.

2. Tidak dikira beriman walau dia bertaqlid dengan jazam sekalipun. Ini pendapat yang dhaif.

3. Sekiranya dia bertaqlid tetapi tidak jazam, maka dirinya tidak dikatakan sebagai beriman walaupun yang diikutinya itu adalah orang yang sahih aqidahnya.



Kesimpulannya, syarat untuk mengenal Allah ada empat:

1. Tahu dengan belajar (talaqqi).
2. Yakin dengan keyakinan yang jazam (putus).
3. Berpegang dengan perkara yang sebenar iaitu Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
4. Besertakan dalil iaitu dari al-Quran, al-Sunnah, Ijma` ulama` dan qias.

JALAN MEMPEROLEH MAKRIFAT

BERGURU KEPADA ALLAH
--------------------------------------------------------------------


APABILA TUHAN MEMBUKAKAN BAGIMU JALAN UNTUK MAKRIFAT, MAKA JANGAN HIRAUKAN TENTANG AMALMU YANG MASIH SEDIKIT KERANA ALLAH S.W.T TIDAK MEMBUKA JALAN TADI MELAINKAN DIA BERKEHENDAK MEMPERKENALKAN DIRI-NYA KEPADA KAMU.

------------------------------------------------------------------------
Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qadak dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t.

Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘diri-Nya’. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal orang lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Ada orang yang mengetuk pintu gerbang makrifat dengan doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula orang yang berpegang dengan janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalan-Nya kepada hamba-Nya yang berjuang pada jalan-Nya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janji-Nya. Dia menggunakan kekuatan amalannya untuk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.

Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t. Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.

Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua. Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari. Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah s.w.t. Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya:


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. ( Ayat 69 : Surah al-‘Ankabut )

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya). (Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )

Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.

Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu. Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak.

Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t. Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.

Abu Hurairah r.a menceritakan yang beliau r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Allah berfirman: “ Apabila Aku menguji hamba-Ku yang beriman kemudian dia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya maka Aku lepaskan dia dari belenggu-Ku dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang dahulu dan dia boleh memperbaharui amalnya sebab yang lalu telah diampuni semua”.

Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.

RAHSIA ILMU

Rahsia ilmu itu bukan di dalam kitab...untuk mengetahui rahsia isi Al Quran itu kepada orang yang mempunyai rahsia juga.


Yang membawa amal pada Allah itu akal
Tempat beramal pada Allah itu diri
Yang mengenalkan amal itu hati
Yang dipersembahkan itu rukun tiga belas


Dikehendaki seseorang muslim itu mengenal ruh kerana ibadat ruh itulah dinamakan Amar Robbi iaitu pekerjaan Tuhanku....dan tidak dinamakan umat Islam kalau tidak bersandar kepada sifat Jamal Allah SWT yang Maha Esa yang Laisa Kamithslihi Syaiun..


Kitab Sirrul Asrar (karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani) meriwayatkan bahawa kerana sedikitnya manusia mampu kembali ke alam asal (alam lahut), maka Allah SWT melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad Rasullullah SAW. Penutup petunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang. Ia ditulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka hatinya. Nabi Muhamad SAW mengajak mereka agar kembali dan sampai, serta bertemu dengan 'Jamal Allah' yang azali sesuai dengan firman Allah SWT:


" Katakanlah: Ini adalah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikutku"


Nabi Muhammad SAW bersabda:


" Para sahabatku seperti bintang-bintang, mengikut yang manapun kamu akan mendapat petunjuk".


Melalui ayat tadi dijelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al Quran disebut 'basyirah'. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada mata hati bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan ilmu zahir saja tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu ladunni batin (ilmu yang langsung daripada Allah SWT); sesuai dengan Firman Allah SWT:

"Kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung dari Aku"


Untuk menghasilkan basyirah, manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut.


Di dalam kitab Bustanusy Syariah diterangkan bahawa orang pertama yang menginginkan jalan terdekat kepada Allah SWT, terunggul, tetapi termudah melalui Nabi Muhammad SAW ialah Sayyidina Ali r.a. meminta, Rasullullah SAW tidak langsung menjawab, tetapi menunggu wahyu. Maka datanglah Jibril dan mentalqinkan kalimah Laailaahaillallah tiga kali dan Nabi Muhammad SAW mengucapkannya tiga kali. Selanjutnya Nabi Muhammad SAW mendatangi para sahabat dan mentalqin para sahabat secara berjemaah.


Nabi Muhammad SAW bersabda: " Kita telah kembali dari perang kecil ke perang besar".


Yang dimaksudkan dengan perang besar adalah perang melawan hawa nafsu. Sabda Nabi Muhammad SAW kepada sebahagian sahabatnya:


"Musuhmu yang paling utama ialah nafsumu yang berada di antara kedua lambungmu"

TIDAK ADA DAYA KEKUATAN MELAINKAN DARI ALLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

KUASA MUTLAK adalah KEPUNYAAN ALLAH. Ilmu ini adalah selari dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu Qayyim iaitu "meletakkan keupayaan dan kekuatan kepada Allah". Inilah apa yang selalu kita zikirkan iaitu selepas sembahyang;

"La hawla wa laa quwwata illa billahil 'aliyil azim"

Tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja).

Konsep kekuatan dan kuasa hanya milik Allah ini sepatutnya dikuasai semua umat Islam sewaktu mempelajari Rububiah Allah iaitu: "yakin berserta keimanan yang teguh , kukuh dan mantap (istiqamah) tanpa berbelah bagi dan waswas bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang mencipta segala-galanya. Allah yang maha pencipta (tiada pencipta lain kecuali Dia). Dia adalah Tuhan pemilik segalanya, tiada sekutu dan tiada penolongNya dalam mencipta segalanya. Hanya Allah sahaja yang benar-benar Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala apa sahaja ciptaannya, memiliki dan memerintah mengikut kehendakNya, dan tiada kuasa atau perintah yang mutlak selain kuasa dan perintah yang ada padaNya". (Jumhur ulama)

Secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai "Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini".

Berdasarkan konsep rububiah Allah ini, setiap makhluk/sesuatu tidak mempunyai kekuatan atau kuasa!. Maksudnya:

1. Manusia tidak mempunyai kuasa dan sebarang daya kekuatan
2. Angin tidak mempunyai kuasa seperti mencabut pokok
3. Elektrik tidak mempunyai kuasa
4. Cahaya tidak ada kuasa untuk menerangi
5. Al Quran tidak mempunyai kuasa merawat atau menyembuh penyakit
6. Makanan tidak mempunyai kuasa untuk mengenyangkan dan memberikan kesihatan
7. Minuman tiada kuasa menghilangkan dahaga
8. Ubat tidak ada kuasa untuk memulihkan penyakit

Berdasarkan fahaman sebenar berkaitan konsep rububiah ini, jadi mengapakah manusia boleh berkata-kata seandainya kita tidak mempunyai kuasa? Jawapannya ialah kerana Allahlah yang mentadbir dan mengurus lalu memberikan rahmatNya sehingga manusia mampu berkata-kata. Melalui rahmat dari Allah inilah, manusia boleh berkata-kata serta melakukan pelbagai aktiviti lain. Itulah sebabnya seandainya kita mengaku bahawa kita mendapat keputusan SPM yang baik kerana kita adalah orang pandai dan dilahirkan pula dari gen ibu bapa yang pandai (kedua-dua mereka Profesor) maka akidah orang ini sudah rosak.

Melalui kefahaman yang lurus berdasarkan ilmu rububiah Allah, angin yang kuat mencabut pokok adalah kerana kuasa yang diberikan Allah, ubat tidak ada kuasa menyembuh penyakit kerana kesembuhan adalah sebenarnya milik Allah. Manusia boleh sembuh tanpa ubat atau pun orang sakit yang sudah banyak berubat akan tidak sembuh sekiranya tidak diberikan rahmat sembuh dari Allah.

Sekiranya kita beranggapan penyakit sembuh kerana makan ubat, ia adalah satu tanggapan yang salah dan membawa kesan besar iaitu kerosakan akidah. Sepatutnya, apabila seseorang sakit, Allah perintah agar manusia berusaha mencari ubatnya dan selepas memakan ubat ini bertawakkallah kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak memberikan kesembuhan bukannya ubat. Apabila sembuh jangan pula puji ubat tetapi pujilah Allah SWT yang menurunkan ubat dan memberikan kesembuhan.

Begitulah juga Allah perintah bila lapar, makanlah dari rezeki yang baik yang dikurniakan Allah. Selepas makan bertawakkallah kepada Allah kerana hanya Allah yang akan memberikan rahmat kenyang, sihat dan sebagainya.

Begitulah, segala makhluk / sesuatu termasuk manusia, makanan, minuman, ubat, elektrik, Al-Quran dan enjin kereta tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa sekiranya tidak diberikan oleh Allah.

Sekiranya kita beranggapan Al-Quran mempunyai kekuatannya sendiri dan mampu menghalau syaitan dan jin, maka ini adalah satu kerosakan akidah kerana Allah sesungguhnya tidak mempunyai sekutu atau rakan untuk mentadbir alam ini. Allah juga tidak memerlukan Al-Quran sama ada dalam bentuk tulisan atau bacaan untuk menghalau syaitan atau jin. Bila Allah berkehendak akan sesuatu perkara, maka berlakulah.

Itulah sebabnya ramai ustaz dan ustazah di Malaysia telah silap besar dengan mengajarkan bahawa apabila ayat Kursi dibacakan dengan makhrajnya dan waqafnya yang betul, ia akan dapat membakar syaitan / iblis atau menghalau syaitan / iblis. Fahaman seperti ini adalah satu kerosakan akidah yang sangat besar dan bercanggah sama sekali dengan konsep rububiah Allah Taala.

Seandainya seseorang membacakan ayat Kursi atau sebarang ayat Al-Quran lainya dengan beranggapan bahawa ayat-ayat tersebut mampu memberikan perlindungan atau menghalau syaitan, suatu kesilapan akidah yang besar sudah berlaku dan ini menimbulkan kemarahan Allah. Akibat dari kemurkaan Allah ini, orang yang membacakan ayat Kursi atau ayat Al-Quran lainnya akan mendapat bala musibah dari Allah dan bukannya mendapat rahmat dari Allah. Akibatnya ialah bacaan ayat Kursi ini akan mengakibatkan orang yang dibacakan jampi ini bukannya semakin sembuh namun apa yang kerap berlaku ialah seolah-olah orang yang diganggu ini seperti bara api disiram minyak maka tambah teruklah orang yang diganggu syaitan ini. Sebaliknya sekiranya jampi ini dilakukan dengan betul, rahmat Allah akan turun dan orang yang diganggu syaitan tersebut akan kembali pulih.

Selepas menjelaskan perkara asas tauhid ini, seorang pelajar wanita menceritakan pengalamannya. "Saya pernah diganggu kena tindih sewaktu tidur. Bila saya ingat ayat Kursi dan mula untuk membacanya, gangguan ini semakin teruk lagi. Pada masa lain gangguan kena tindih ini berulang lagi dan saya mengulangi mengingat dan membaca ayat Kursi dan hasilnya tetap sama iaitu gangguan semakin teruk sehingga saya naik bosan. Akhirnya pada suatu masa lain apabila saya diganggu gangguan yang sama, saya tidak mahu menggunakan lagi kaedah membaca ayat Kursi kerana akibatnya saya akan mendapat gangguan yang lebih berat, jadi saya hanya sekadar mengingati Allah. Alhamdulillah hanya dengan sekadar saya mengingati Allah, gangguan ini dapat diselesaikan".

Begitulah pengalaman berharga seorang pelajar wanita saya yang wajar sekali dijadikan iktibar bagi semua umat Islam. Mengingati Allah adalah satu bentuk zikrullah. Hanya dengan mengingati Allah dapat menyelamatkan manusia dari gangguan syaitan dan sebaliknya bila mengingati dan membaca Al-Quran ayat Kursi dengan niat / iktikad ayat ini dapat menyelamatkan dan menghalau syaitan, kesannya adalah sebaliknya iaitu gangguan semakin parah. Ayat Kursi memang hakikatnya tidak mempunyai sebarang kuasa atau kekuatan apatah lagi menghalau dan menjauhkan syaitan kerana ini semua adalah bidang kuasa Allah yang Allahhuakbar. Mintalah kepadaNya.

Sebenarnya membaca Al-Quran dengan iktikad bahawa bacaan ini boleh menghalau hantu dan syaitan adalah menyalahi akidah Islam dan ini amat selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW berikut:

Al Bayan: 584 - Hadis Sahl bin Hunaif r.a: Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.

Memang amat sesuai hadis ini yang menceritakan orang membaca Al-Quran pun diberikan Allah balasan terkeluar dari Islam kerana hanya dengan membaca Al-Quran dengan iktikad bacaan ini mampu menghalau hantu dan syaitan, perbuatan ini telah merosakkan akidah lalu mensyirikkan Allah dan orang syirik sebenarnya telah terkeluar dari Islam sesuai dengan hadis di atas. Menghalau hantu syaitan hanya semata-mata kuasa dan bidang kerja Allah SWT dan bukannya kuasa kekuatan dari Ayat atau bacaan Al-Quran.

Jadi kalau Al-Quran tidak ada sebarang kuasa, mengapa Nabi Muhammad menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam hadisnya untuk menjampi (meruqyah)?? Jawapannya ialah kembali kepada asas pelajaran tauhid di atas iaitu manusia tiada kuasa kekuatan dan begitu juga ubat, makanan dan ayat atau bacaan dari Al-Quran. Jadi bila lapar makan dan selepas itu kalau Allah memberikan rahmatNya, kita akan dapat nikmat kenyang. Sama juga dengan proses menjampi. Dalam kes-kes tertentu, Nabi atau sahabat Nabi menggunakan jampi dari bacaan ayat Al-Quran untuk mengubati. Namun apa yang perlu difahami di sini ialah Nabi dan sahabat semuanya mantap dengan asas akidah dengan iktikad bahawa ayat Al-Quran ini tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa. Selepas melakukan bacaan jampi ini, ikutilah dengan doa kepada Allah minta disembuhkan masalah yang dihadapai oleh pesakit.

Apa yang sangat perlu difahami di sini ialah usaha / ikhtiar dan kuasa pemutus. Bila kita lapar Allah suruh makan adalah satu usaha atau ikhtiar. Kuasa pemutus menghilangkan lapar bukan bidang kuasa makanan yang dimakan. Kuasa pemutus menghilangkan lapar adalah kuasa pemutus yang mutlak kepunyaan Allah SWT. Dalam hal menjampi, Allah sudah mencontohkan melalui NabiNya bahawa dibolehkan menjampi. Menjampi ini adalah sekadar usaha sebagaimana disunnahkan. Kuasa mutlak menyembuh adalah bukan dari perbuatan bacaan jampi tersebut tetapi kuasa mutlak dari Allah. Itulah sebabnya setengah orang apabila menjampi, Allah memberikan rahmatNya lalu memberikan kesembuhan manakala orang tertentu atau kebanyakan di Malaysia apabila menjampi mendatangkan kemarahan Allah dan mengakibatkan masalah pokok tidak selesai dan berkemungkinan masalah ini akan menjadi lebih besar sebagai azab dari Allah.

Sekiranya pembaca ingin membuat eksperimen berkaitan perkara ini, apabila berjumpa orang atau pelajar yang kerasukan atau histeria, panggillah beberapa orang lelaki lalu bacalah ayat Kursi dengan kuat sebanyak mungkin secara beramai-ramai yang mampu dengan iktikad bahawa bacaan dari ayat Kursi ini mampu menyembuhkan keadaan mangsa. Lihatlah apa tindak balas dari mangsa histeria ini. InsyaAllah mangsa ini semacam semakin marah serta agresif dan mungkin akan berkata beberapa perkataan yang menakutkan lagi. Itulah namanya azab tambahan dari Allah.

Sebagai ilmu, lain kali apabila menemui pelajar yang histeria, lakukan perkara berikut:

1. Jauhkan sejauh-jauh mungkin pelajar lain yang tidak diganggu dan kalau
boleh suruh balik dari sekolah.
2. Jauhkan orang perempuan terutama sekali orang perempuan yang sedang haid.
3. Minta beberapa orang lelaki memantau sahaja mangsa histeria tersebut.
4. Seorang yang benar-benar faham dan mantap asas tauhid, lakukanlah
perkara berikut:

1. Perawat mengambil air sembahyang.
2. Ambil air semangkuk (Tidak melakukan perkara ini pun boleh kerana Nabi
Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
3. Letakkan mangkuk air ini dihadapan dan duduklah bersila menghadap
kiblat.
4. Berniatlah bahawa perbuatan anda ini adalah semata-mata untuk meminta
bantuan dari Allah untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang
dialami oleh mangsa histeria. Menolong kerana semata-mata Allah SWT.
5. Bacalah jampi anda dengan dimulakan dengan ta’wuz di ikuti bismillah,
Al Fatihah, permulaan surah Baqarah dalam 10 ayat dan diikuti dengan
ayat Kursi dengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran
dengan tidak. (Allah jauh sekali dari sifat pekak). Tidak perlulah
dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan
ayat inilah yang menghalau syaitan. Bacalah tiga ayat terakhir dari
surah Al Baqarah. Nak sambung dengan mana ayat lain dalam Al-Quran pun
boleh. Sudahilah jampi anda dengan bacaan ayat-ayat dari empat Kul
iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas
6. Selepas selesai menjampi, satu langkah yang paling penting ialah
berdoa mohon rahmat daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada
mangsa tersebut dan seterusnya minta Allah sembuhkan. Boleh
menggunakan nama mangsa tersebut dalam doa ini. Ulangilah doa ini
beberapa kali dengan bersungguh-sungguh.
7. Sewaktu makukan solat 5 waktu, pada sujud rakaat terakhir, berdoalah
dengan kesungguhan memohon rahmat dari Allah agar memberikan rahmat
memulihkan mangsa dari gangguan syaitan tersebut. Selepas selesai
solat, berdoalah dengan bersungguh-sungguh lagi kepada Allah.
8. Ambil air dalam mangkuk ini dan mulalah untuk menyapu air ini ke muka
mangsa dan bahagian atas kepala dengan diikuti bacaan mana-mana ayat
dari Al-Quran dan diselang-selikan dengan doa memohon rahmat dari
Allah semoga mangsa ini dipulihkan. (Tidak melakukan perkara ini pun
boleh kerana Nabi Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
9. Ulangi proses menyapu air jampi ini ke muka dan bahagian atas kepala
sebanyak tiga kali. (Tidak melakukan perkara ini pun boleh kerana Nabi
Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
10. Perawat meninggalkan lokasi mangsa dengan terus berdoa lagi kepada
Allah. Adalah penting sekali untuk perawat meninggalkan mangsa bagi
mengelakkan perasaan megah dan riak kerana ini adalah dosa yang amat
besar. Ia juga penting agar perawat terus berdoa memohon rahmat Allah
semoga disembuhkan mangsa tersebut.
11. Elakkan dari meminta balasan . Jangan pula perawat berniat untuk
mendapatkan sebarang hadiah dan pujian dari usaha ini sekiranya Allah
memakbulkan usaha perawat ini.

Sekian.

ILMU IBU GERAK

Mukadimah

Ummul Kitab (Ibu Segala Kitab)

Segala jenis ilmu mengenal ALLAH (MakrifatuLLAH) asalnya dari Ummul Kitab. ‘Ummul’ di dalam bahasa Melayu ialah ‘Ibu’, dan Ummul Kitab (Ibu Segala Kitab) difirman Tuhan pada Surah Ar-Ra’du,

يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
(QS. Ar-Ra’du 13:39)

Terjemahan:
“ALLAH menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.”

Ayat di atas menerangkan firman ALLAH mengenai hak mutlak-Nya untuk menurunkan Ayat-ayat Wahyu, menghapus atau menetapkannya dan bukanlah hak seseorang rasul untuk mendatangkan Ayat Wahyu melainkan dengan izin ALLAH. Segala Ayat-ayat Wahyu dari Kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur’an berasal dari ‘Ibu’ atau ‘mastercopy’ dan ‘ibu’ tersebut difirman sebagai Ummul Kitab.

Maka segala jenis ilmu mengenai Agama Islam asalnya dari Wahyu Ilahi yang diturunkan melalui para rasul yang diutus dengan lantikan Nabi ALLAH. Sebenarnya jika diperhalusi pemahaman Al-Qur’an dengan pintu hati yang bersih (Ulul Albab), kita akan menemui banyak ayat-ayat Taurat, Zabur dan Injil yang dikandungi oleh Al-Qur’an, Pelengkap Segala Kitab Wahyu. ‘Ibu’ kepada Al-Qur’an letaknya di sisi ALLAH, Tuhan Yang Maha Memelihara Kalimah-Nya.

Misalnya seorang ustaz berguru dengan beberapa orang ‘alim. Para ‘alim ini berguru pula dengan beberapa guru yang lebih ‘alim berstatus ulamak yang bertaqwa (takutkan Tuhan). Para ‘alim ulamak ini berguru dengan Syeikhful Islam. Syeikhful Islam ini berguru pula dengan beberapa ‘ArifbiLLAH sehinggalah Nasab Ilmu ini bertemu dengan para sahabat Nabi dan akhirnya bersambung dengan Ilmu Nabi Muhammad, RasuluLLAH yang menerimanya dari Al-Qur’an dan Al-Hikmah.

Sekiranya Nasab Ilmu ini terputus, yakni tidak bersambung dengan Nabi Muhammad RasuluLLAH dan tidak juga bersambung dengan mana-mana Nabi ALLAH yang lain maka ilmu ini bukanlah berasal dari sisi Tuhan dan ianya berasal dari setan dan syaitan.


Ilmu Selisih

Ilmu Selisih ialah sejenis Ilmu Makrifat yang tingkatannya lebih rendah dari Ilmu Ibu Gayong (Ibu Segala Jenis Silat) manakala Ibu Gayong dengan penambahan tingkatan makrifat yang lebih tinggi membawa kepada Ilmu Ibu Gerak, Ibu Segala Jenis Gerak. Mat Komando yang ditembak mati oleh polis suatu ketika dulu mengamalkan Ilmu Selisih yang diperturunkan oleh gurunya. Konsep Ilmu Selisih ini amatlah ringkas iaitu menyelisih (mengelak) dengan memloloskan diri dari musuh, jadi Mat Komando dapat meloloskan diri dari kepungan pihak berkuasa. Mengenai arwah Mat Komando, beliau bukanlah seorang yang ganas atau samseng. Sebaliknya beliau adalah seorang yang warak, merendah diri dan tidak pernah membunuh mangsa rompakannya. Kelemahan Ilmu Selisih ialah ilmu ini tidak dilengkapkan dengan makrifat Ilmu Kebal. Jadi Mat Komando terpaksa mengamalkan pemakaian sejenis pendinding kebal, yang tidak perlu aku sebutkan di sini. Bukan apa, aku khuatir jika aku sebutkan jenis pendinding tersebut akan adalah manusia yang mencarinya tanpa tauhid yang kukuh lalu menjadi kafir dan aku tidak mahu bersubahat dalam hal-hal sebegini. Mat Komando ditembak mati ketika beliau sedang bersembahyang, pendinding kebal tersebut tidak boleh dipakai ketika sedang bersembahyang. Tiga hari selepas Mat Komando ditembak mati, gurunya pula meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, gurunya berfirasat bahawa ada seorang lagi yang lebih hebat ilmunya dari Mat Komando. Orang yang dimaksudkan tersebut mengamalkan Ilmu Ibu Gayong yang lebih tinggi tingkatan makrifatnya dari Ilmu Selisih.


Ilmu Ibu Gayong

Gayong ialah sebutan Melayu Klasik untuk ‘bersilat’. Jadi Ilmu Ibu Gayong ialah bukanlah asalnya dari Silat Gayong yang diperkenalkan oleh arwah Dato’ Meor. Ilmu Ibu Gayong berkenaan dengan mengenali Zat ALLAH. Tiada cara lain untuk mempelajari ilmu ini melainkan dengan berguru dengan guru mursyid, berserah diri kepada ALLAH dan memahami Al-Qur’an. Konsep Ibu Gayong juga amatlah ringkas tetapi untuk mencapai makrifatnya amatlah sukar.Ilmu ini merangkumi beberapa makrifat asas iaitu:

1) Mengenal diri dan asal usul kejadian Alam Makhluk dan Alam Benda ciptaan ALLAH.

2) Meletakkan status diri sebagai hamba ALLAH dengan sepenuh ketaqwaan (ketakutan) kepada ALLAH semata-mata. Maka dengan ketakwaan hakiki ini pengamalnya tidak akan pernah takut kepada sesuatu apa pun yang lain melainkan hanya Tuhan Yang Maha Perkasa.

3) Meletakkan perlindungan diri dan nyawa di bawah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maha Melindungi hamba-Nya.

4) Meletakkan sebarang jenis ancaman dari musuh dari kalangan manusia, jin atau objek sebagai musuh kepada Zat ALLAH.

5) Meletakkan para Malaikat sebagai makhluk yang tunduk kepada Khalifah ALLAH.

6) Meletakkan diri sebagai Khalifah ALLAH dengan mempertajamkan MakrifatuLLAH.

7) Menyeru meminta perlindungan hanya dari Tuhan secara mutlak, bukan dari malaikat atau pun jin.

Ilmu Ibu Gayong ini merangkumi beberapa rangkap serapah mentauhidkan diri kepada Tuhan dan serapahnya mengandungi beberapa jenis ilmu:

1) Serangkap serapah BismiLLAH Tauhid 121 Asma-Al-Husna
2) Serangkap serapah menyumpah musuh (dari kalangan manusia, jin dan objek) sebagai musuh kepada Zat ALLAH.
3) Serangkap serapah bersumpah diri di bawah kandungan Zat ALLAH.
4) Serangkap serapah Ilmu Selisih.
5) Serangkap serapah Ilmu Pendinding (Kebal).
6) Serangkap serapah Ilmu Memulangkan Ancaman kembali kepada musuh.
7) Serangkap serapah Ilmu Khalifah Pemerintah Makhluk.
8) Serangkap Dua Kalimah Shahadah.

Kejituan atau ‘sensitivity’ Ilmu Ibu Gayong amatlah tajam walaupun dalam keadaan tidur sekali pun. Contohnya ketika pengamalnya sedang tidur nyenyak di atas lantai; apabila digolekkan sebiji buah pinang yang lembut (tidak menghasilkan bunyi) ke arah pengamal, tubuh akan terangkat sendiri membiarkan buah pinang tersebut melepasi di bawah tubuh pengamal. Apabila ditetak dengan parang semasa sedang tidur, tubuh berpusing 90 darjah dan tetakan tersebut dipatahkan balik mengena diri musuh. Apabila ditembak dengan pistol, pelurunya menyimpang lalu berpatah balik mengena musuh atau senapang meletup ditangan musuh. Apabila tubuh pengamal dibiarkan untuk dipukul atau ditembak peluru, udara membentuk lapisan pendinding yang menyerap hentakan. Semuanya berlaku dengan izin ALLAH.

Apabila ada orang menyangka Ilmu Ibu Gayongnya cukup hebat, akan ada lagi seorang yang dikurniakan ilmu yang lebih tinggi makrifatnya iaitu Ilmu Ibu Gerak.


Ilmu Ibu Gerak

Aku tidak tahu jika ada lagi ilmu yang tingkatannya lebih tinggi dari Ilmu Ibu Gerak. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Pemahaman MakrifatuLLAH yang lebih mendalam akan menambah beberapa lagi Ilmu Hikmah kepada Ilmu ini iaitu:

1) Ilmu Membaca Gerak Hati dan Isi Hati seseorang hanya dari sekilas gerakan.

2) Ilmu Penunduk, menundukkan manusia dan jin yang tidak taqwa sehinggakan manusia dan jin tersebut menjadi bertaqwa.

3) Ilmu Malaikat, di alam Malakut dalam menjalankan Perintah ALLAH.

4) Ilmu Halimunan, menghentikan (membekukan) masa selama 45 minit.

5) Ilmu Lipat Bumi, berada di beberapa tempat pada sesuatu ketika.

6) Ilmu Lipat Masa, berada di sesuatu masa di hadapan atau di belakang.

7) Mentadbir makhluk dan alam benda di bawah Zat ALLAH dengan izin-Nya, sebagai Khalifah ALLAH di muka bumi.


Pantang Larang

Seorang lelaki pernah diajar Ilmu Ibu Gayong. Akibat melanggar Sumpah Kalimah Syahadah dan menyimpang keluar dari Perjanjian Al-Qur’an, lelaki tersebut menyeru malaikat (tidak menyeru Tuhan) lalu 7 Ekor Raja Jin Kafir menyahut seruannya. Lelaki tersebut tidak mengetahui bahawa dia telah mengamalkan Ilmu Ibu Jin lalu dia mati dipanah petir dalam keadaan kafir musyrik (engkar lagi syirik, penghuni Neraka Jahannam). Untuk melanggar pantang amatlah mudah, putar belit hukum Al-Qur’an, engkar perintah Tuhan, melakukan larangan-Nya dan menyeru sesuatu yang lain selain dari-Nya.

Penutup

Ilmu sebegini adalah ilmu-ilmu Al-Hikmah untuk jalan yang Haq (Kebenaran) , tidak berlaku sesuatu apa pun melainkan dengan izin ALLAH. Salah pemahaman makrifat akan membawa kepada kafir musyrik sebagai tiket menuju Neraka Jahannam tanpa hisab. Benar pembawaan makrifatnya pula akan membawa kepada tingkat-tingkat (maqam) yang lebih baik di sisi ALLAH, Tuhan Yang Maha Empunya Haq.

Sekian.

TAHAP-TAHAP ILMU ANUGERAH ALLAH

Sesungguhnya pencapaian ilmu Allah adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata mata berlandaskan kepada kajian dan kepintaran otak fikiran ke tahap ilmu Qalam. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ilmu Ghaib dan ilmu Syuhadah.

Ilmu Qalam boleh di kuasai oleh seluruh manusia, Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. Tetapi melalui mengenali diri dan mengenali Allah dengan sebenar benarnya, umat Islam boleh menguasai ilmu yang lebih tinggi ya’ni ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah. Peluang teristimewa yang di kurniakan Allah kepada Islam inilah yang sebenarnya meletakkan tahap umat Islam kesuatu darjat yang paling tinggi. Kemuliaan yang teragung jika dibandingkan dengan manusia kafir dan kufur.

Sabda Rasulullah: - “Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah.”

Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberiNya ilmu kepada manusia melalui aqal dan iman, dengan satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, yaitu untuk berbakti kepada Nya dan untuk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma’ dan afa’alNya.

Sesungguhnya semua ilmu yang ada pada manusia adalah ilmu Allah semata mata, sedangkan pada hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah saja yang empunya.

Syari’at hidup Islam, teknologi Islam dan Ilmu-ilmu Allah turut berkembang seiring dengan kemajuan zaman. Keagungan islam dalam bidang ilmu dan pencapaian teknologi telah terbukti di zaman silam sebagai contoh :

Di zaman Nabi sulaiman AS, manusia mampu membangun istana di atas air berdagang dengan jin, menggunakan tenaga buruh yaitu bangsa jin untuk membina jalan raya, berbicara dengan binatang serta manusia dapat berjalan di atas air, terbang di udara tanpa menggunakan alatan.

Dizaman Nabi Yusuf AS manusia dapat menguasai ilmu teknologi tinggi yaitu penafsiran mimpi dan hanya dengan tafsir mimpi Nabi Yusuf dapat menerangkan dasar ekonomi negara mesir didalam usaha untuk menghadapi kemarau panjang, sehingga dengan ilmu mimpi ini selamatlah negara mesir dari penderitaan kemarau panjang.

Di zaman Nabi Musa AS yang terkenal dengan tongkatnya yang dapat membuat air laut menjadi beku dan manusia boleh berjalan diatasnya.

Di Zaman Nabi Daud AS manusia dapat mencairkan logam dengan tangan tanpa menggunakan api, sehingga sanggup membuat senjata pedang hanya dengan tangan.

Di zaman Nabi Ilyas AS, manusia dapat menguasai ilmu kedokteran dan Farmasi sehingga mampu membuat beranekaragam obat dan menyembuhkan berbagai penyakit.

Di zaman Nabi Isa AS. Manusia dapat menguasai ilmu menghidupkan orang mati dan ilmu membaca bisikan hati manusia serta ilmu menyembuhkan orang buta.

Dan ilmu-ilmu tersebut di atas pernah juga dikuasai oleh para wali-wali Allah seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, Wali Songo dan lain-lain.

Persoalannya mengapa ilmu-ilmu ini tidak dapat dikuasai oleh manusia di zaman sekarang ? dan dimana letak kelemahannya ? untuk menjawab pertanyaan ini, mari kita lihat dulu pembagian ilmu yang ada dapat/ boleh/ bisa dikuasai oleh manusia :
Secara umumnya ilmu Allah terbagi dalam tiga kelompok yaitu:

(a) ilmu kalam; (b) ilmu ghaib, dan; (c) ilmu syahadah.

Berkaitan dengan ilmu kalam, Al-Quran dalam Surah Al Alaq ayat 3-5 menerangkan “Bacalah bahwa Tuhanmu Amat Pemurah yang mengajar kamu dengan (ilmu) kalam dan Tuhanmu mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya”.

Sedang mengenai ilmu ghaib dan ilmu syahadah diterangkan dalam Al Quran, Surah Al Hasyr ayat 22 yang bermaksud “Dialah Allah, yang tiada tuhan kecuali Dia, Mengetahui yang (ilmu) ghaib dan (ilmu)syahadah. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.

Dalam bukunya Hakikat Insan, Haji Ahmad Laksamana bin Omar menerangkan pengertian masing-masing ilmu tersebut sebagai berikut:

Ilmu Kalam adalah suatu ilmu yang dipelajari oleh manusia biasa bagi tujuan untuk memahami sesuatu di alam ini. Ilmu tersebut difahami dan diterima oleh pancaindera kita yang tujuh. Ilmu kalam diajar di sekolah secara formal atau informal dalam masyarakat dan makhluk manusia dalam kehidupan sehari-hari.

Ilmu Qalam ialah ilmu yang paling sederhana yang dapat dikuasai oleh manusia contoh : ilmu kedokteran, ilmu farmasi, ilmu ekonomi, ilmu antrofologi, ilmu hukum dan lain-lain. Ilmu yang demikian dapat dikuasai siapa saja yang mau belajar tidak terkecuali dia orang Islam, Kristen, Yahudi maupun Nasrani.

Satu ilmu yang boleh dipelajari oleh manusia biasa untuk memahami sesuatu hal yang zahir dan logik semata mata di alam maya. Tahap ilmu ini hanya boleh di kuasai oleh pancaindera yang tujuh, dan di fahami hanya oleh diri manusia itu sendiri sahaja. Ia tidak boleh menerangkan hal pengalaman ilmunya ini kepada orang lain. Contohnya menerangkan bagaimana rupa warna merah kepada orang buta. Manusia yang berjaya membuat kajian atom tidak mengerti apa dia atom itu sebenarnya.

Sebenarnya Ilmu Qalam adalah satu ilmu perhubungan manusia dengan manusia sahaja di dalam menghadapi kehidupan seharian. Dan ilmu Qalam di ajar oleh guru zahir sahaja.

Jadi bagaimana halnya untuk memperkenalkan diri Allah swt yang bersifat bersalahan dengan benda benda lain. Memandangkan hal ini Allah telah mengujudkan Ilmu Ghaib yang mempunyai daya untuk menerangkan sesuatu yang tidak boleh diterangkan oleh ilmu Qalam.


Ilmu ghaib adalah merupakan suatu ilmu yang dapat menerangkan sesuatu yang tidak dapat diterangkan oleh ilmu kalam. Ilmu ghaib hanya dapat diajar sepenuhnya oleh guru ghaib(batin) dan tidak dapat diajarkan oleh guru zahir. Biasanya guru ghaib (batin) yang mengajarkan ilmu ghaib ini adalah terdiri dari wali-wali Allah, para nabi dan rasul-rasul. Ilmu ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang-orang tertentu saja yaitu orang-orang yang dianugerahkan oleh Allah untuk menerimanya atau kepada orang-orang yang sedang menjalani jalan hakekat dan makrifat melalui jalan tasawuf atau sufi.

Ilmu ghaib adalah suatu ilmu yang pengetahuannnya amat luas sekali sehingga tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia. Daya pengetahuan ilmu ini adalah terlampau amat luas. Baik dibidang dunia, alam ghaib dan di semua bidang-bidang yang berkaitan dengan ketuhanan dan diri manusia. Pendek kata ilmu ghaib ini adalah suatu ilmu yang meliputi alam shoghir atau alam kabir.

Ia hanya boleh diterima oleh alat yang bernama aqal dan iman seseorang itu. Tahap kekuatan ilmu ghaib adalah menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta apa apa saja yang ada diantara kedua dua nya.

Ilmu Ghaib hanya boleh di ajar sepenuhnya oleh guru ghaib. Dalam hal pengajaran dan pengajian ilmu ini, guru zahir hanya bertindak sebagai penasihat mengikut pengalaman mursyidnya di dalam bidang ilmu hakikat dan makrifat terhadap seseorang yang menerima Ilmu Ghaib.

Guru ghaib yang mengajarkan ilmu ghaib ini adalah terdiri dari wali wali Allah yang ghaib, para nabi dan rasul rasul.

Ilmu Ghaib hanya di ajar dan diperolehi oleh dua golongan manusia:

1. Manusia yang dipilih sendiri oleh Allah untuk dikurniakan dengan ilmu ghaib melalui satu cara penyampaian yang diberi nama LADUNI. Bagi mereka ini mereka akan terus diajar akan ilmu ghaib oleh guru guru ghaib.

2. Mereka yang menemui jalan hakikat kepada Allah swt menerusi dengan cara berguru dengan guru guru hakikat dan makrifat serta mursyid yang mengetahui akan hakikat dan makrifat dan kemudiannya semasa menerima petua petua dari guru (penasihat) nya tadi serta pula beramal dengan segala petua gurunya itu. Maka orang tersebut kemudiannya mendapati LADUNI melalui perantaraan guru ghaib yang terdiri daripada wali wali Allah, nabi nabi dan rasul rasul.

Bermula cara untuk mendapatkan ilmu ini, maka seseorang itu hendaklah menyucikan jiwanya dan membersihkan diri terhadap Allah swt, melalui mengamalkan kaedah kaedah ilmu hakikat, iaitu jalan menuju kepada Allah swt dan dengan cara jalan mengenal diri mengikut kaedah kaedah tasauf atau jalan jalan orang orang sufi.

Oleh kerana ilmu ini hanya boleh dicapai oleh aqal dan iman sahaja, maka seseorang murid hendaklah mendapat aqal terlebih dahulu dalam hidup nya. Aqal ini hanya boleh di hasilkan oleh hati orang orang mukmin terhadap Allah swt sahaja, dengan menghancurkan ketulan darah kotor di hujung jantung mereka yang menjadi tempat istana iblis. Maka akan terpancarlah satu Nur dari dalam jantung iaitu Nurkalbun. Sesungguhnya cahaya ini sebenarnya adalah qalbu orang mukmin, Qalbul Mukminu Baitullah, (ertinya hati orang orang mukmin itu adalah Istana Allah).

Yang bernama Aqal dan dengan adanya Aqal ini maka manusia tersebut akan mempunyai Iman iaitu keyakinan hakiki terhadap sesuatu atau penerimaannya secara mutlak tanpa sifat was was syak dan waham terhadap sesuatu yang diterima melalui ilmu ghaib. Walaupun ianya itu tidak boleh diterima oleh logik fikiran manusia.

Kadar kuasa penerimaan terhadap ilmu ghaib yang luas ini adalah bergantung terus kepada kadar tahap kesucian hati dan jiwa manusia tersebut disamping mengikut kadar yang dikurniakan sendiri oleh Allah terhadap mereka. Makin suci hati seseorang itu dengan Allah, semakin tinggilah pula tahap penerimaan ilmu ghaib ini.

Pengetahuan ilmu ghaib ini dapat dilihat dengan mata basir dan dapat mendengar dengan telinga batin dan dapat pula kelazatan ilmu ini dirasai oleh hati (qalbu) hakiki yang dimilikki oleh orang orang ariffinbillah.

Ilmu syahadah adalah suatu ilmu yang paling tinggi didalam tingkatan pelajaran ilmu Allah yang dapat dikuasi oleh manusia. Ia merupakan martabat ilmu yang tertinggi. Ilmu ini adalah suatu ilmu makrifat dan syahadah secara sebenar-benar kepada Allah swt. Ilmu ini, Tuhan sendiri akan mengajar manusia mengenai diriNya. Dengan lain perkataan bolehlah ditegaskan disini bahwa ilmu syahadah adalah ilmu untuk menyatakan diri Allah itu sendiri. Hanya orang-orang yang mencapai martabat ilmu ghaib yang paling tinggi saja yang dapat menguasai ilmu syahadah ini.

Sedangkan Ilmu Ghaib dan Ilmu Syahadah tidak mungkin bisa dikuasai oleh orang-orang yang non muslim, ilmu ini hanya bisa dikuasai oleh orang Islam tapi mengapa orang Islam di zaman ini ketinggalan sekali disemua bidang ? pastilah ada penyebabnya………….!!!!!

KEKUATAN DI TANGAN DAN RAHSIA WUDU'



Langkah Pertama: mengerti wudu dan pentingnya tangan

Allah (swt) menunjukkan kepada kita apa yang benar apa yang salah. Dan apa yang benar telah dijelaskan dengan sangat baik oleh Nabi (s.a.w.), dan apa yang salah telah dijelaskan dengan baik sekali oleh Nabi (s.a.w.). Dan apa yang menguntungkan kita, Nabi s.a.w. adalah yang pertama kali menjelaskannya. Wa ma arsalnaaka illa rahmatan lil `alameen. Apapun yang menguntungkan kita, dia bertanggung jawab untuk menyampaikannya, atau dia akan ditanya mengapa dia menyembunyikannya.

Allah (swt) mempercayakan kepada Nabi dengan apapun yang Dia ciptakan, dan apapun yang Dia ciptakan dilepaskan (dikeluarkan) melalui risalah Nabi. Jadi melalui risalah (pesan) Allah, Nabi s.a.w. mampu untuk mencapai setiap orang, baik selama waktu (hidup) nya maupun setelah waktu (hidup) nya. Dia adalah yang pertama kali mengajarkan kepada para Sahaba (r.a.) penggunaan energy dan apa yang tersedia dari berbagai kekuatan berbeda di sekitar kita di dunia ini.

Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi s.a.w. kepada kita dalam upaya penyembuhan, salah satunya adalah yang diuraikan dalam Hadith orang buta yang meminta Nabi s.a.w. untuk memulihkan pandangan matanya. Nabi mengajarkan kepadanya doa untuk dibaca, tetapi dia tidak mengatakan kepadanya, Pergilah dan baca doa ini.” Dia s.a.w. berkata kepada orang buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wudhu dan ambila wudhu.” Itu artinya wudhu adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika kamu tidak memiliki wudhu, upayamu untuk menyembuhkan penyakit itu akan minimal.

Kemanapun kamu mencapai, tingkat tinggi dalam perjuangan melawan ego dan mencegah keinginan ego, gunakanlah kekuatan (wudhu) itu bila kamu menentang ego itu, bangunlah kekuatan itu lebih besar dan lebih besar lagi, ketika energy negative meninggal kan kamu, energy positive (akan) bertambah. Tetapi dengan (cara) wudhu yang ruibuan kali lebih kuat dari pada apa yang biasanya. Jadi Nabi (s.a.w.) berkata, “Pergilah ambil wudhu.”

Level pertama wudhu

Ketika kamu mengambil wudu, selain membaca niat apa yang pertama kali dikerjakan ? Itu adalah membasuh tangan sampai pergelangan, dan di antara jari-jemari. Ketika kamu membasuh kedua tangan, itu artinya gerak pertama yang kamu lakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy level pertama berada di kedua tangan. Itulah mengapa kamu melihat orang yang berusaha belajar dan mengutip cara-cara Islam, khususnya orang India dan China yang meyakini Bhuddism, pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai sebuah method untuk melepaskan energy dari tubuh mereka, karena mereka mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti seperti sebuah piringan, atau sebuah parabola.

Mereka mengumpulkan energi ini dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung energy. Melalui olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada keseluruhan tubuh, mereka mulai mendapatkan energy jenis itu dan meng-konsentrasikannya dan melepasnya melalui kedua tangan mereka. Untuk menyembuhkan orang sakit. Tiap segala sesuatu yang mereka gunakan dalam penyembuhan memiliki efek penggunaan energy.

Contoh terbaik dari hal ini adalah pembedahan laser, yang melalui technology modern, menggunakan cahaya laser untuk menyembuhkan penyakit mata dan bahkan kebutaan. Mereka tidak lagi menggunakan peralatan (tangan), hanya laser. Jadi orang buta tadi, ketika dia bertanya kepada Nabi s.a.w., Nabi memberinya sebuah petunjuk kunci bahwa melalui pelepasan energy, kebutaan itu akan pergi. Empat belas abad yang lalu Nabi s.a.w. menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini ? Ambil wudhu, dan sucikan dirimu.

Itulah dia s.a.w. berkata, “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wudhu.” Wudhu dapat melepaskan energy dan membakar (penyakit) nya dengan melepaskannya melalui kedua tangan. Orang buta itu belajar dari situ dan memanfa’atkannya, yang akan kita bicarakan kemudian.

Gerak wudhu

Orang (buta) tadi mengalami berbagai gerak yang berbeda-beda dan disembuhkan serta merta dari kebutaannya. Maka, ketika kamu mengambil wudhu :

Basuhlah kedua tanganmu dan kemudian saling gosokkanlah keduanya; putarlah tangan kanan pada tangan kiri dan tangan kiri pada tangan kanan. Kamu tidak boleh memulai dari tangan kiri memutari tangan kanan; kamu harus memulai dengan tangan kanan memutari tangan kiri; kemudian, Bersihkan di antara jari-jemari dan jalin (silangkan)lah jari tangan satunya dengan jari tangan lainnya, berbentuk seperti ini, dengan jempol kanan berada di sebelah kiri dan jempol kiri berada di sebelah kanan.

Mereka menggunakan ini dalam methoda penyembuhan Buddhist tanpa mengetahui rahasia Islam.

Mereka melepaskan energy ini ke daerah tubuh yang terkena penyakit. Pertama kali, kamu menggunakan sepuluh jari. Sepuluh (10) adalah kekuatan energy computer, satu dan nol. Energy itu yang Allah ajarkan kepada para programmer computer disalurkan kepada computers melalui tangan, dan kamu melihat semua keajaiban kekuatan computers. Jadi jika computer itu memiliki kekuatan besar, energy itu dapat juga disalurkan untuk penyembuhan. Merka menggunakan itu tanpa mengetahui sebab-musababnya; mereka tidak tahu aspek Islam nya, yang adalah satu dan nol. Itulah sebabnya jika kamu membuka tanganmu dan menarik sebuah garis yang menghubungkan ujung-ujung jari kamu akan melihat bahwa kamu membentuk sebuah lingkaran. Itu berdiameter 20 cm.

Jadi tangan mewakili tubuh, dan ketika kamu membuka tubuh untuk membentuk sebuah lingkaran, seluruh tubuh berada di dalam tangan, sebagaimana itu diajarkan dalam reflexology. Melalui berbagai titik yang berbeda pada tubuh, kamu dapat disembuhkan. Level lebih tinggi dalam reflexology adalah tidak menyentuh; dalam hal demikian, kedua tangan bertindak sebagai semacam penerima energy positive, dan ketika kedua tangan direntangkan seperti sebuah piringan satellite (sebagaimana diajarkan dalam penyembuhan Islamic), tanpa berpikir atau berkhayal, namun menempatkan tubuhmu sebagai sebuah lingkaran sempurna, energy yang dipancarkan dari cosmos disalurkan kepadamu dan tubuhmu menerimanya, menyerapnya masuk kedalam tubuhmu dan mengkonsentrasi kannya melalui jantung. Ini adalah sebuah teknik meditasi 15-menit yang akan kita bicarakan nanti.

Secara symbolis, inilah bagaimana seluruh tubuh adalah sebuah lingkaran dan tangan adalah sebuah lingkaran. Tubuh itu mendapatkan energy itu, menerimanya dari tangan kiri dan tangan kanan, dan menyalurkannya kedalam tubuh. Jadi ketika kamu mulai membasuh kedua tangan dan menggosokkannya untuk meng-aktivkan mereka, itu adalah isyarat tentang satu dan nol, dan kamu sesungguhnya meng-aktivkan kode yang Allah telah berikan kepada kita melalui kedua tangan itu. Itulah sebabnya kita mulai menggosok kanan mengelilingi kiri dan kiri mengelilingi kanan.

Jika kamu berdiri di hadapan sebuah cermin, kamu melihat pada refleksi (bayangan) mu bahwa kiri adalah kanan dan kanan adalah kiri. Jika kamu berdiri dengan lengan direntangkan ke samping, kamu melihat lawannya. Jika kamu melihat dari sisi lainnya itu, kiri menjadi kanan dan kanan menjadi kiri. Itu karena kita adalah sebuah bayangan dari kenyataan (hakikat).

Di Langit (Surga) kiri adalah kanan dan kanan adalah kiri. Ini artinya kanan harus tunduk kepada kiri, karena dalam `alam al-arwaah, kanan adalah kiri dan kiri adalah kanan. Disini di dunya adalah lawannya : kanan adalah kiri, sedangkan di akhira kiri adalah kanan! Disini di dunya, ketika kita membuat thawaaf keliling Ka’aba Shareef kita bergerak berlawanan arah jarum jam, bukan searah jarum jam, yang adalah bayangan cermin dari arah jarum jam di akhira, dimana kita bergerak kiri ke kanan : searah jarum jam. Untuk meng-aktivkan kekuatan itu, Allah memberi tahu kita, “Aku meng-aktivkan kekuatanmu dari 99 asma’ul-husna yang Aku stempelkan pada kedua tanganmu.”

Menggosok memnimbulkan api dari dua batang kayu. Menggosok menimbulkan energy. Dengan menggosok kedua tangan selama wudu, air mencegah energy dari merembes keluar; itu membekukannya. Itulah sebabnya Silah al-mumin al-wudu (senjata kaum beriman adalah wudhu.) Segera setelah kamu menggosok, itu menimbul kan energy dan dengan menggosok di bawah pancuran air itu akan menahan energy di dalam tubuh untuk dilepaskan kemudian. Ketika kita menggosok kedua tangan kita mempersiapkan energy untuk disimpan dan ditabung untuk digunakan melawan musuh (kemudian).

Ketika kita mau menyembuhkan kita tidak menggunakan air, Menggunakan air sewaktu wudu, kita mengumpulkan dan menyimpan energy. Dalam penyembuhan, kita menggosok tanpa air dan membuka tangan untuk melepas kan energy itu. Bagaimana kode itu di-aktivkan ? Jika kamu melihat pada tangan kanan mu padanya terdapat angka Arabic 18 dan pada tangan kiri terdapat angka Arabic 81. 18 plus 81 menjadi 99 asma ‘ul-husna Allah, setiap angka teridiri dari satu (1) dan delapan (8). Satu plus delapan (18), dan delapan plus satu (81) bersama menjadi 99. Tambahkan komponen 99 kesemuanya (18 = 1+8 and 8+1 = 81) dan kamu mendapatkan 9 lagi.

Ini menjelaskan arti dari titik sembilan dari diri, yang mewakili sembilan awliya yang bertangtgung jawab terhadap diri. Titik sembilan ini digunakan di dalam Enneagram; sebuah ajaran dari Asia Tengah, dari orang Naqshbandi, yang pernah saya terangkan. Mereka menggunakan ini dalam sebuah cara (interpretasi) linear, padahal dalam kenyataannya itu adalah sebuah lingkarang (ingat pada pengertian thawaf ). Jika kamu membahas ini dengan , aku mengajarinya bagaimana menggunakan hal itu. Mereka memiliki sembilan titik peluru yang terdiri dari keseluruhan system, keseluruhan tubuh.

Ketika kamu menggosok-gosokkan jari tangan kamu meng-aktivkan 99 asma ‘ul-husna Allah, yang pada gilirannya meng-aktivkan titik sembilan itu yang berada di dalam tubuhmu. Dengan contoh kita dapat mengatakan apabila titik sembilan di-aktivkan, penerima itu kini dalam posisi “menyala”, energy masuk ke dalam (tubuh), itu mulai menerima, dan itu dibuat digital dan dilepaskan sebagai sebuah gambar dan sebuah suara, sangat mirip dengan yang kita lihat dalam masa kini dengan technology digital.
Demikian juga, tangan itu adalah lingkaran, dan ketika kita menggosok-kan mereka dan membuka mereka (kedua tangan kita itu), mereka mulai bertindak sebagai lingkaran satu terhadap lainnya, mengambil energy apapun yang mereka terima dan mengelolanya.

Itulah sebabnya dalam ilmu bela diri mereka menggunakan kedua tangan, namun mereka tidak mengerti mengapa itu (kedua tangan) merupakan energy; mereka tidak mengerti tentang 99 asma ‘ul-husna dan bagaimana mereka dilindungi melalui oleh Asma itu. Mereka tidak tahu, meskipun demikian, Allah memberikan kepada siapapun yang Dia suka. Dia membiarkan mereka itu menggunakan kekuatan itu; mereka tahu terdapat kekuatan disitu, tetapi tidak tahu mengapa. Mereka membuat gerakan cepat dan menggunakan itu untuk membela diri mereka dan melindungi orang lain dan untuk mengalahkan musuh.

Ketika Nabi (s.a.w.) menyembuhkan mata Sayyidina `Ali, dia membuka baginya Ilmu Haqiqat itu. Itulah sebabnya melalui energy itu yang dimilikinya dalam kedua tangannya, dia dapat membawa dunia ke pada lututnya, karena energy itulah yang membawa dunia ke pada lututnya.

Jadi ketika kamu meng-aktivkan angka 8 dan angka 1 dan angka 1 dan angka 8 (yang adalah 99 Asma), dalam numerology sembilan sama dengan nol dan kamu tidak menambah apapun dengan kedua (nol dan sembilan) angka itu, karena itu tidak lagi ada (exist). Itu berarti penyerahan diri, penyerahan diri secara sempurna, ketika kamu meng-aktivkan energy itu kamu dibawah penyerahan diri energy, berserah diri kepada energy Langit yang mendatangi. Menjadi sebuah paip penyalur bagi energi cosmic penyembuh milik Allah.

Kamu tidak lagi melihat dirimu yang beraksi, namun energy itulah yang beraksi, kamu menjadi nol. Seperti memasuki sebuah pesawat terbang atau kereta api atau mobil; mereka masing-masing berserah diri kepada orang yang mengemudikan mereka. Kamu berserah diri kepada energy yang mendatangi dan kamu melepasnya ke luar. Tubuh mu menjadi seperti sebuah penerima dan sebuah pemantul. Penerima TV hanya bertindak sebagai penerima yang memantulkan citra (image) itu. Bukanlah mereka yang melakukan pekerjaan itu; itu adalah energy Langit yang melakukan pekerjaan itu.

Itu menunjukkan kepada kita seberapa jauh kita dapat menggunakan dengan angka-angka ini ketika kita meng-akltivkan mereka serentak – angka 18 dan angka 81 dan pentingnya angka 18 dan angka 81. Kita akan tinggalkan hal itu sampai sessi berikutnya.

Mengapa angka 18 dan mengapa angaka 81? Ini adalah penting, dan bahkan saya tidak tahu apa yang akan datang. Itu adalah sebuah perkenalan kepada techniques berbeda-beda yang mereka mencoba untuk mengutipnya tanpa mengerti latar belakangnya, dan bagaimana mereka dapat memberikan pengaruh lebih banyak melalui penyembuhan mereka.

Jadi setelah menggosokkan kedua tangan dan menyelenggarakan penyaluran energy, kamu masih berakhir pada angka 19. (Disini (kanan) adalah angka 18 dan disini (kiri) angka 81. Gabungkan mereka dan kamu mendapatkan angka 99. Tambahkan angka 9 dan angka 9 ini, kamu mendapat angka 18. Tambahkan angka 1 dan angka 8, kamu mendapatkan angka 9. Jadi kamu meng-aktivkan angka 9.)

Ketika kamu menggosok dan meng-aktivkan angka sembilan itu, kini kamu melewatkan (mengucurkan) air itu (jika kamu memperhatikan, mereka yang tahu bagaimana mengambil wudhu, tidak semua orang tahu untuk saling menyilangkan jari), maka kamu meng-aktivkan angka 10. Angka 10 dan angka sembilan, menjadi angka 19. Dan akhir-akhir ini mereka mendapatkan bahwa setiap ayat dalam al Qur’an adalah pada sistem 19. Dan angka 19 ini, wa yahmilu arsh arrahmani yawmadhin thamaaniyya. “…dan delapan akan, Hari itu, menyangga Singgasana dari Rabb-mu di atas mereka. (69:17) Dan mereka yang memegangi Neraka adalah 19.

Neraka adalah energy, jadi itu adalah kekuatan energy. Kamu meng- aktivkan energy negative untuk menyembuhkan energy negative. Kamu memerlukan racun untuk menyembuhkan racun – itulah sebabnya mereka memberikan kamu antibiotics (jika kamu keracunan oleh ulah virus – penterjemah). Angka 19 itu adalah jumlah malaikat yang bertanggung jawab terhadap Neraka. Jadi kamu menggunakan energy negative itu yang datang dari mereka ini. Jika kamu mengalikan (negative – penterjemah) dengan negative kamu mendapatkan positive. Kamu menyembuhkan penyakit dengan api yang datang dari Neraka.

Ketika energy itu dilepaskan, itu sama sekali mengkancurkan racun di dalam system itu. Begitulah caranya kamu meng-aktivkan 19 serentak. Angka 8, yang terkait dengan angka 8 disini, angka 1 dan angka 8 dan angka 8 dan angka 1. Ketika Singgasana Allah datang pada Hari Pengadilan, delapan malaikat memikulnya. Itu artinya mereka memikul angka 1 itu; angka 8 memikul angka 1. Allah mengungkapkan hal ini di dalam kedua tangan kita. Kamu juga meng-aktivkan energy baik ketika kamu melepaskannya. Setelah kamu menghancurkan energi negative dengan energy negative, kamu mau mendandani (memberi busana) mereka dengan angka 8 dan angka 1 (energy baik dari Langit). Itulah sebabnya orang yang sakit merasa kuat dan bahwa mereka disembuhkan.

Ketika kamu meng-aktivkan energy Langit dengan menggosok-gosokkan kedua tangan, kamu meng-aktivkan angka sembilan; itu adalah penyerahan diri yang sempurna. Kini kamu membiarkan tubuhmu untuk berserah diri kepada energy cosmic yang kamu terima, yang adalah energyy yang membakar. Ketika kamu meng-aktivkan angka 10 kamu meng-aktivkan energy itu. Energy negative ini tidaklah buruk karena itu adalah kekuatan dari satu yang negative, dan kamu mengalah kan musuh dengan menggunakan alat yang dipakai musuh. Sebagai contoh hal ini adalah energy dari matahari yang adalah satu energy api, tetapi pada saat yang bersamaan itu menyembuhkan dan berguna.

Kamu menggunakan negative untuk menyembuhkan negative untuk menghancurkanya sama sekali. Dengan cara ini, kamu tidak menyisakan apa-apa dengan mereka (membersihkannya), dan kemudian ativkan angka 8 dan angka 1. Insha`Allah kita akan teruskan dengan lebih banyak lagi mengenai penyembuhan ini segera. Bi hurmat al-habib bi hurmat al-Fatiha.

PERBEZAAN ILMU TENAGA DALAM & ILMU TENAGA ROHANI



Ilmu tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak. Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi. (Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)

Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan. Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.

Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya.Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata.Inilah yang disabdakan Nabi saw:

”Bermula amal itu dengan niat.”

Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.

Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui. Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.

Firman Allah swt:

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)

Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:

“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”

Tenaga Rohani dan latihan

“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)

Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya. Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:

:- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.

:-Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yakni bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin. Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.

:- Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati. Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)

:- Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa. Inilah iman yang haq, yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.

Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Allah sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Allah di mana sahaja kita berada, Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada. Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah. Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja. Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka. Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?

Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya. Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini. Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.

Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya. Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya. Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur. Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:

Firman Allah swt:
“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)

Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian. Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam. Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.

Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan. Mereka berpegang dengan kalimah ”Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”

Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur. Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat. Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.

Zikir sebagai sumber kekuatan

Firman Allah swt:
“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh, emosi (nafsu), akal dan jasad. Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah. Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku. Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut pada Allah. Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt. Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

Firman Allah:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan. Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya. Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya, merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh, bukannya akal atau emosi. Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya. Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya. Mereka mesra rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)…. (Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan. Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah. Semakin tinggi ubudiyyah, semakin tawadhuk dan semakin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana), maka semakin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya. Ia selari dengan prinsip sains bahwa semakin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.

Tenaga zikir adalah tenaga dari Ilahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut. Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya. Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah). Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif. Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia. Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit. Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura. Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif. Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih. Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya. Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi. Sains mengatakan semakin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semakin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju. Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.

Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)

“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:205)

Semuga mendapat menafaat, wassalam.

SISTEM PEMBELAJARAN ILMU DAN AMALAN GERAK MAKRIFAT



"BERGURU KEPADA ALLAH"

Kalimat "berguru kepada Allah" terasa asing di telinga kebanyakan orang. namun saya terdorong untuk menggunakannya sebagai topik bahasan yang ingin saya paparkan. Saya melihat dari sisi yang lain dari setiap pengajaran suatu ilmu yang disampaikan oleh para guru maupun para pakar. Mereka adalah orang-orang yang mendapatkan ilmu dari membaca buku yang tersusun dari huruf-huruf maupun membaca dari setiap kejadian-kejadian unik dari fenomena alam semesta ini. Apabila kita perhatikan surat Al 'Alaq ayat 1-5, Allah menjelaskan apa yang dimaksud dengan kata "membaca" :

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah , Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya" (QS 96:1-5)

Ayat di atas jelas sekali bagaimana Allah mengajarkan membaca dengan melihat suatu kejadian penciptaan "manusia" mulai dari bentuk mudhgah (segumpal darah) hingga menjadi bentuk manusia yang sempurna. Kalau kita runtun serangkaian kejadian tersebut dengan teliti dan kita bisa ceritakan kembali kepada orang lain maka secara tidak sadar kita telah mengajarkan sebuah "ilmu". Dan kalau kita khususkan lebih dalam penelitian kita atas peristiwa kelahiran manusia mungkin kita akan lebih banyak mengetahui seperti halnya kejadian yang akan kita perhatikan. Ovum atau sel reproduksi wanita yang telah dewasa itu ditempatkan dalam jaringan yang berbentuk bisul di permukaan indung telur. Pada saatnya yang tepat, terbukalah pintu, dan ovum itu bergerak masuk kebagian ruang peranakan. Sangat menghairankan, sel tersebut tidak musnah di sini, tetapi diarahkan ke hujung saluran indung telur, yaitu satu paip saluran menuju kandungan.

Ovum atau sel reproduksi wanita didorong kedalam kandungan melalui saluran indung telur dengan sejumlah besar jari-jari halus yang menyapu sel itu dan menggerakkannya. Sementara sel tersebut melalui saluran indung telur, maka sekarang ia dapat bertemu dengan sperma apabila hubungan kelamin diadakan pada saat itu. Apabila tidak ada sperma laki-laki yang menyerang, ovum itu kemudian bergerak ke dalam kandungan, pada akhirnya musnah di sana. Namun jikalau kedua sel itu bersatu, maka "hidup baru pun mulailah", sel baru ini akan bergerak secara perlahan untuk meneruskan perjalanannya dalam saluran indung telur, hingga sampai di kandungan. Di sanalah ia bermukim selama sembilan bulan. Kemudian sel itu berkembang menjadi bayi yang sempurna. Subhanallah .. ternyata kita bukan apa-apa, dan kita hanya menyaksikan sebuah peristiwa berlangsung. Kita hanya sebagai saksi atas 'pekerjaan' Allah yang logis dan mudah dicerna oleh siapa saja yang mau berpikir. Dengan cara demikian Allah berkomunikasi memberikan ajarannya melalui perantara "kalam" sehingga manusia menjadi tahu dan berilmu. Dari setiap sistem yang berlaku dalam penciptaan tersebut Allah sekaligus mengilhamkan sebuah "pengertian" atau kefahaman bagi si pembaca.

Mari kita pertegas lagi dengan surat Al Mu'minuun ayat 12-14 :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah, kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim) Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang. Lalu tulang-belulang itu Kami bugkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik" (QS 23:12-14)

Banyak orang mengajarkan ilmu kepada muridnya namun ia tidak mampu memberikan kefahaman, ... banyak guru mengajarkan ilmu agama namun ia tidak dapat memberikan secuit iman, dan banyak guru mengajarkan solat dan rukunnya namun ia tidak dapat memberikan kekhusyu'an. Dan banyak majlis pembersihan jiwa namun ia tidak dapat membersihkan jiwanya (QS 24:21)

Ada peristiwa menarik yang perlu kita semak dari sekitar lingkungan kita sehari-sehari ...Saya mengajak pembaca untuk memperhatikan perilaku binatang dan tumbuh-tumbuhan yang terkadang terlupakan bagi kita untuk mengambil pelajaran.


Ada yang ingin saya ungkapkan sebuah rahasia Allah, saat kita bertutur mengenai perilaku binatang dan tumbuh-tumbuhan, bagaimana lebah menciptakan sarangnya dengan arsitektur yang indah, para semut yang bekerja dengan tekun dan taat serta mengelompokkan dalam pekerjaan dengan pengurusan yang sangat efektif. Dan kita perhatikan seperti apakah sarang semut itu? Mereka membuat sarang terdiri dari ruangan-ruangan yang berfungsi sebagai gudang tempat menyimpan makanan, ruang untuk menyimpan larva, ruang makan ratu semut yang dilayani semut pekerja dan tempat bertelur, kemudian telur semut tersebut dibawa oleh pekerja ke ruangan khusus penyimpanan telur. Ruang semut jantan dan ruang semut betina terpisah. kepompong yang sudah menjadi semut sempurna diletakkan pada ruangan tersendiri dan para semut ada yang bertugas merobek kepompong untuk mengeluarkan semut-semut yang masih bayi. Kita lihat di ruangan yang lain, semut-semut ini memelihara kepompong kupu-kupu hairstreak. Mereka merawatnya dan memberinya makanan layaknya bayinya sendiri. Mereka mengharapkan kelak anak angkatnya ini mampu membalas jasa baiknya dengan memberi madu yang manis.

Mari kita tinggalkan rumah semut yang damai dan sejahtera, menuju istana rayap yang penuh keajaiban. Sebuah gundukan tanah sarang rayap, yang kelihatannya sepele ternyata ada sebuah kecerdasan yang mengalir pada diri para penghuninya... bagaimana tidak, saat suhu udara di luar bergerak antara 35 derajat (pada malam hari) hingga 104 derajat fahrenheit (pada siang hari), suhu di dalam sarang tetap stabil. Kira-kira hanya 87 derajat fahrenheit kehebatan ini yang membuat arkitek di Zimbabwe berguru pada rayap. Mereka ingin membuat rumah yang dingin seperti rumah rayap. Ternyata ada sebuah lubang angin di bawah gundukan ... udara yang hangat di siang hari mengalir keseluruh ruang. Sementara ruang-ruang itu telah basah oleh lumpur yang dibawa rayap dari genangan dibawah tanah, makanya di dalam sarang udara tetap lembab. Jadi tak heran jika jamur yang diperlukan rayap sebagai makanan tumbuh subur di sini.

Belajar dari melihat dan memperhatikan apa yang dilakukan rayap, para arkitek Pearce Partnership di Harare, Zimbabwe, menerapkan idea yang sama untuk membangun sebuah kompleks pejabat dan bangunan-bangunan tinggi. Maka berdirilah bangunan Eastgate. Banguan tersebut sebenarnya terdiri dari dua bangunan. Dibahagian atapnya dihubungkan oleh semacam jambatan miring berbahan kaca, sehingga angin menjadi bebas masuk pada malam hari. Kipas-kipas yang dipasang disetiap ruangan mengalirkan udara dingin dari luar atrium. Udara masuk rongga di lantai dasar. Persis seperti lubang rayap, dibagian dasar ini, udara segar mengalir kesetiap ruang pejabat melalui ventilasi lantai. Udara panas disiang hari akan keluar gedung melalui cerobong diatas atap.

Kita perhatikan makhluk yang tidak memliki akal dan tiada mampu berfikir, makhluk yang tiada daya namun siapa yang membekali ia kemampuan bersiasat, berpengetahuan ? Memiliki tingkat kecerdasan yang luar biasa. Bagaimana mereka mendapatkan kecerdasan dan berpengertian tersebut. Apakah mereka dapat dengan sendirinya.

Allah-lah yang bertutur kata kepada semua makhluknya. Allah yang memberikan wahyu kepada para Nabi, kepada ibu Musa, kepada lebah, kepada semut, kepada langit dan bumi, kepada manusia, kepada pencuri sekalipun !!!

Semua makhluk telah mengikuti kehendak Ilahi dan perintah Ilahi dengan terpaksa ataupun suka cita. Allah membuat hukum yang harus diikuti semua makhluk, hal ini dapat kita rasakan dalam renungan yang hening … kita perhatikan keluar masuknya nafas … kedipan mata dan degup jantung yang bergerak mengalirkan darah sambil mengirimkan nutrisi menggantikan sel-sel yang hilang … indahnya penglihatan memandang alam ... suara deru ombak menggema menembus telinga ….dan lidah merasakan lazatnya buah-buahan dan biji-bijian. Oh .. alangkah indahnya semuanya ini, manusia hanya dapat merasakan dan menyaksikan. Tidak sedikitpun kita ikut bersekutu dalam membuat rasa semua ini !!!

Rasakan dengan penuh hikmah bahwa kita sebenarnya hanya diam terpaku dalam kesibukan Allah (Af'alullah), Allah yang menggerakkan bumi dan bintang-bintang … Allah yang mengatur senyawa-senyawa bereaksi ….dan butiran-butiran atom bergerak pada porosnya.

"dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta pikiran (perasaan), supaya kamu bersyukur" (QS 16:78)

Firman Allah :

"Kemudian Dia mengarah kepada langit yang masih berupa kabut lalu Dia berkata kepadanya dan pada bumi; silahkan kalian mengikuti perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa .jawab mereka : kami mengikuti dengan suka hati" (QS 41:11)


Mari kita perhatikan Al Qur'an dalam surat Fushilat ayat 12 :

"Maka Allah menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan "mewahyukan" perintah-Nya pada tiap-tiap langit itu, dan Kami hiasi langit dunia dan pelita-pelita dan Kami memeliharanya, Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui"
(QS 41:12)

Allah mengajarkan manusia apa-apa yang belum diketahuinya. Allah-lah yang menuntun manusia, memberikan inspirasi, ilham dan wahyu. Tubuhnya patuh mengikuti perintah Tuhannya tidak terkecuali orang kafir. Sunnah-sunnah Allah berlaku kepada alam semesta baik yang mikro maupun yang makro. Syaikh Imam An Nafiri berkata " Tuhanku bertutur kata kepadaku"… Demi keimanan bahwa sumber segala hakikat dan sumber segala pengilhaman ialah Allah Swt semata … Baiklah kita nukilkan apa yang tertera dalam kitab suci Al Qur'an setiap yang disebut wahyu itu adalah wahyu tasyri' atau wahyu syariat, tetapi ada wahyu ilham. dimana Allah memberikan perintah-perintah atau arahan-arahan kepada makhluknya, Firman Allah Swt:

Dan Tuhanmu " mewahyukan" kepada lebah (QS 16:18)

Dan Kami " wahyukan " kepada ibu Musa (QS 28:7)

Dan Ia "mewahyukan" kepada tiap-tiap langit itu urusan masing-masing (QS 41:12)

Kata "wahyu" yang tertera dalam ayat-ayat diatas, secara tegas bahwa Allah tidak menutup-nutupi kepada pembaca, bukan siapa-siapa yang membisikkan dan menggerakkan tubuh manusia yang oleh pakar biasa disebut alam kecil atau gambaran mini tentang alam semesta. Dialah Allah yang bersembunyi dibalik kasat mata manusia yang buta hatinya. Ia yang menggerakkan bumi, langit, bintang-bintang, matahari ... dan mengajarkan lebah berdemokrasi dalam memilih pimpinan dan perundang-undangan pemilihan. Ia mengilhamkan lebah-lebah ini untuk membuat binaan bangunan rumahnya yang indah. Masing-masing dibekali wahyu dari Tuhan untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Mereka seperti rasul-rasul sang utusan, mereka begitu mematuhi perintah-Nya tanpa membantah, sehingga jalan mereka tidak menyimpang dengan fitrah Allah Yang Maha Suci.

Berpegang pada hasil kejadian ciptaan pada alam semesta yang berada di sekililling kita, baik yang jauh seperti galaksi atau bimasakti, bintang, matahari, bulan, maupun yang dekat seperti bumi, gunung, lautan, angin, hujan dan sungai, semua makhluk yang dikatakan tak bernyawa, dan makhluk-makhluk hidup seperti tumbuh-tumbuhan, binatang, dan manusia, kita telah berhasil memberikan penafsiran dan pengertian yang menunjukkan adanya kesesuaian antara ayat-ayat Allah di dalam kitab suci Al Qur'an dengan ayat-ayat Allah di alam semesta. Dengan perkembangannya dan sempurnanya sains kita akan mempunyai informasi yang lebih banyak tentang ayat-ayat Al Qur'an, yang sekarang belum kita fahami, dan lebih mendalam lagi ayat-ayat Al Qur'an yang kini telah dapat kita fahami sedalam apa yang dapat disajikan sains pada saat ini.

Keadaan ini dapat kita capai karena kita mengikuti perintah Allah untuk berintizhar pada alam semesta, agar kita dapat melihat ayat-ayat Allah, tanda kebesaran Allah, tanda-tanda kekuasaan-Nya serta wahyu-Nya. Ayat-ayat Allah ini boleh dibaca oleh siapa saja dan mereka akan medapatkan hikmahnya dan manfaat dari hasil membaca ayat-ayat tersebut. Maka jangan salahkan orang kafir kalau mereka bersungguh-sungguh meneliti dan mendata apa yang mereka baca dari kejadian alam lalu mendapatkan ganjaran atas manfaat membaca ayat kauniah. Dan sebaliknya Allah akan membiarkan ummat Islam terkapar, jika memang ia tidak mau menjalankan syariat secara kauniah yang merupakan ketetapan dan sunnah-sunnah-Nya.

Nyata pula bahwa melalui jalan intizhar pada isi bumi, baik yang hidup maupun yang mati serta atom dan molekul, Allah mengungkapkan hukum-hukum alam-Nya, dan mengizinkan kita untuk menganalisis kembali bagaimana bumi tercipta dan berkembang, dan makhluk hidup diciptakan serta dievolusikan Allah dalam rangka penyempurnaannya hingga tercipta manusia. Sekalipun ia tersusun dari zat-zat kimiawi yang berkelakuan sesuai ketetapan sunnatullah, manusia bukan sekadar longgokan bahan kimia atau struktur kimiawi yang mengikuti hukum-hukum alam hingga merupakan mekanisme yang memperlihatkan gejala hidup, bermetabolisme, tumbuh, berkembang biak dan sebagainya.

Dalam diri manusia terdapat suatu kesadaran, sesuatu yang tak dapat dikembalikan pada proses kimiawi atau fizik yang kita ketahui. Kita lihat dalam surat Al Hijr ayat 28-29 :

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang berstruktur, maka apabila Aku telah meniupkan kepadanya roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (QS 15:28-29).


Jadi manusia diberi roh oleh Allah, diberi kesadaran serta kemampuan abstraksi dan berkomunikasi secara lisan maupun simbolik, kemampuan analisis dan sintesis, berakal dan berpikiran. Kesemuanya itu merupakan alatan yang disediakan dalam rangka untuk menjalankan tugas kekhalifahan.

Pada bab-bab sebelumnya sudah saya sentuh mengenai Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia. Dia yang mengajarkan jiwa manusia melalui kalam baik tentang jalan kebajikan maupun jalan kejahatan. Dimana kejahatan dan kebajikan hampir tidak dapat dibezakan dalam penggunaannya. Ilmu yang digunakan oleh seseorang dalam mencuri wang/harta syarikat misalnya, ia menggunakan ilmu yang sama dengan ilmu yang digunakan oleh orang yang beriman yaitu "ilmu perakaunan".

Jadi jelas bahwa Allah telah menurunkan ilmu kepada manusia melalui jiwanya, namun manusialah yang akan menentukan ilmu itu akan diarahkan kemana ia mau. Apakah jalan kebajikan ataupun jalan kejahatan. Maka beruntunglah bagi manusia yang membersihkan jiwanya sebab ia akan diberikan kemudahan oleh Allah untuk melakukan kebaikan-kebaikan. Dan sebaliknya sungguh merugi orang yang mengotori jiwanya sebab ia akan mendapatkan jalan kemudahan untuk berbuat kejahatan.

Dari semua huraian di atas mengenai bagaimana Allah mengajarkan manusia melalui kalam-Nya, mari kita renungkan kembali dan melihat kebenaran dengan jujur, jangan kita memohon kemaafan untuk menghindar dari kebenaran yang nyata atas perbuatan Allah. Terkadang kita banyak terjebak oleh istilah yang membingungkan dan menjauhkan kita dari kegiatan Allah yang langsung kita dapat rasakan. Kebingungan kita bertambah tatkala ilmuwan-ilmuwan atheis mengatakan bahwa semua kejadian alam ini bisa bergerak dengan sendirinya atau biasa disebut "natural", insting atau gharizah Namun Al Qur'an secara tegas membantah pendapat kaum atheis itu, bahwa Allah-lah yang mengatur semuanya ini, Allah-lah yang berbicara dan memerintahkan langit, bumi, atom-atom, kepada binatang serta tumbuh-tumbuhan, kemudian Allah berbicara kepada roh manusia melalui ilham dan wahyu. Lantas mengapa kita takut mengatakan "saya berguru kepada Allah" dalam segala hal, karena Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang nyata maupun yang ghaib.

Banyak orang meragukan bagaimana kalau kita "tersesat" dan ternyata syaitan yang menjadi guru kita? Saya akan kutip perkataan Syaikh Ar Rifa'i, dalam kitab Jalan Ruhani oleh Syaikh Sa'id Hawwa halaman 73 :

"Sebenarnya tujuan akhir para ulama dan para sufi adalah satu". Ini perlu kami utarakan disini, sebab beberapa ulama yang kurang faham selalu menghujah setiap orang dengan perkataan: "Orang yang tidak memiliki syaikh, maka syaikh-nya adalah syetan. ungkapan ini dilontarkan oleh seorang sufi yang berpropaganda untuk syaikh-nya yang alim atau dilontarkan oleh sufi yang keliru, yang tidak tahu bagaimana seharusnya ia mendudukkan tasawuf pada tempat yang sebenarnya. Sebenarnya orang yang tidak memiliki syaikh adalah orang bodoh yang tidak pernah belajar, menolak dan lari dari pendidikan. Manusia macam inilah yang bersyaikh pada syetan !!! Sedangkan yang berjalan atas dasar ilmu pengetahuan , itu berarti imam dan syaikhnya adalah ilmu dan syariat".


Syaikh Abdul Qadir Jaelani mengisahkan perjalanan keruhaniannya yang ditulis dalam kitab "Rahasia Kekasih Allah", saat dimana ia bertawajjuh dalam tafakkur dengan khusyu', saat ia meluruskan jiwanya melayang menuju yang maha ghaib, saat ia melampiaskan rohnya yang penat terkongkong oleh sibuknya dunia, ia tinggalkan seluruh ikatan syahwat yang sering mengajak kejalan kefasikan. Ketika roh sang Syaikh mulai muncul dalam puncak keheningan dan kecintaan yang mendalam kepada Sang Maha Kuasa, baru selangkah rohnya meluncur lepas untuk memasuki kefanaan, tiba-tiba muncul cahaya yang terang-benderang meliputi ruangan alam ruhani Syaikh. Dan kepada sang Syaikh diwangsitkan sebuah amanah yang membebaskan darinya dari ikatan "syari'at Allah" dengan memberikan alasan bahwa sang Syaikh sudah mencapai kedekatan kepada Allah. Perjalanannya sudah sampai (wushul) dan tidak perlu lagi shalat, haji, zakat dan dihalal semua yang pernah Allah haramkan. Namun sang Syaikh ini rupanya telah memiliki ilmu ma'rifat kepada Allah dengan landasan Al Qur'an dan Alhadist, dimana ia diselamatkan oleh pengetahuan tentang Allah, bahwa Allah tidak sama dengan makhluk-Nya, tidak berupa suara, tidak satu pun yang boleh membandingkan-Nya. Dia Maha Ghaib dan Maha Latif. Pengetahuan yang cukup, yang dimiliki sang Syaikh mengalahkan wangsit yang keliru tadi, dengan tuntunan syari'at yang ditentukan oleh Allah sendiri. Ia selamat dari jebakan syaitan yang terkutuk. Allah-lah sebagai penuntun menuju hadirat-Nya. Dialah sang Mursyid sejati, tidak satu pun manusia yang mampu menghantar roh manusia lain menuju ke hadirat Allah `azza wajalla.

KIta perhatikan para nabi seperti Nabi Ibrahim, beliau mengetahui dengan jelas siapa yang menggoda ketika beliau mendapatkan perintah untuk mengorbankan putranya Ismail untuk disembelih. Namun Nabi Ibrahim memiliki jiwa yang bersih dan berada pada wilayah keruhanian yang tinggi. Sehingga beliau mengetahui siapa sebenarnya yang menggodanya. Sebab kedudukan dimensi syaitan masih berada jauh di bawah kedudukan orang mukmin yang mukhlisin (berserah diri kepada Allah). Hal ini juga pernah dialami oleh Nabi Yusuf saat gejolak syahwatnya menguasai jiwanya. namun saat itu pula Nabi berserah diri dengan ikhlas kepada Allah, sehingga Allah menurunkan burhan di hatinya, yang pada akhirnya Nabi Yusuf selamat dari perbuatan mesum dengan wanita cantik jelita yang menggodanya. Hal ini pernah diluahkan oleh syaitan kepada Allah bahwa dirinya akan selalu menggoda setiap anak cucu Adam sampai hari kiamat. Namun ia tidak mampu menjerumuskan kedalam kesesatan bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah.

Banyak maklumat mengenai Allah yang keliru, sehingga belajar keTuhanan begitu susah dan sangat membingungkan. Kita lihat banyak buku-buku mengenai theologi, ia berbicara kewujudan "Tuhan" namun kita tidak pernah diajak melihat secara sederhana. Atau kita banyak berbicara mengenai Allah, tentang kekuasaan-Nya, kehebatan-Nya, dan keMahaPengasihan-Nya, akan tetapi kita merasakan sedang membicarakan sosok yang jauh disana. Padahal kita sedang berada didekat-Nya, dan sangat dekat … Kesederhanaan firman-firman Allah dalam mengungkapkan keberadaan diri-Nya sering disalahtafsirkan. Sehingga bertambah jauhlah dia dari pengertian yang seharusnya. Kita banyak terhijab oleh pengetahuan yang menutup kewujudan Tuhan dalam hubungannya mengenai pengajaran dan bimbingan melalui "ilham". Kita sudah terlanjur terbelenggu oleh pengertian bahwa Allah tidak berkata-kata lagi kecuali hanya kepada nabi-nabi, para rasul dan para wali. Namun disisi lain mereka mengharapkan Allah memberikan jawaban-jawaban atas doa-doanya, bimbingannya, ismatnya dan taufiqnya. Dan mereka menolaknya kalau kita katakan bahwa kita akan belajar atau berguru kepada Allah masalah hidup, masalah khusyu' masalah penyelesaian rumah tangga, atau menanyakan maklumat hal-hal yang akan kita lakukan nanti. Kita telah melupakan bahwa ayat-ayat Al Qur'an banyak menyiratkan makna yang belum bisa kita lakukan. Ayat-ayat perintah atau amar seperti shalat, zakat, haji, sedekah, berjilbab, dan lain-lain, kita bisa lakukan dengan segera. Namun banyak ayat-ayat berupa penjelasan atau menceritakan keadaan (hal) orang-orang yang beriman. Dimana kita tidak akan mampu melakukannya kalau bukan karena hidayah atau tuntunan, yaitu berupa kekhusyu'an, menangis dalam shalat atau bergetar ketika dibacakan ayat-ayat Allah, merasa tenang dan tidak ada rasa khawatir. Sikap ruhiyah inilah yang kita tidak miliki !!!

Dan tidak mungkin kita dapat lakukan semudah mengangkat takbir atau membaca ayat Al Qur'an. Hidayah, bukan hak kita untuk memberikan kepada murid atau anak kita. Hidayah adalah hak Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Hidayah adalah pengalaman pribadi dan merupakan tuntunan dan tarikan ruhani. Kepada jiwa itulah cahaya Allah memberikan karunia kekusyu'an dan keimanan yang dalam. Pengalaman-pengalaman itu ditulis dalam Al Qur'an berupa keadaan yang mesti didapat secara rasa, bukan ditafsirkan. Pengalaman-pengalaman tersebut akan menjadi pemicu bagi yang merasakan sebagai penguat keimanan kepada Allah.

Rasulullah sendiri pernah mengalami kesulitan dalam memberikan dakwahnya kepada pakciknya di saat menjelang kematiannya. Dan pakciknya tetap dalam keadaan kafir, sekaligus teguran kepada Rasulullah bahwa beliau ditugaskan hanya sebagai pembawa berita baik dan ancaman dari Tuhannya, bukan memberikan hidayah atau memberikan iman kepada manusia. Dengan demikian seharusnyalah kita mengharapkan dan memfokuskan diri dalam melatih jiwa kita untuk selalu hadir berguru kepada Allah, memohon hidayah dan tuntunan. Dengan hanya berserah diri kepada Allah-lah kita akan mendapatkan hidayah dan bimbingan, seperti para nabi, para wali, lebah, semut, bumi dan langit. Semuanya mendapatkan bimbingan dan petunjuk karena mereka adalah orang-orang dan makhluk yang berserah diri secara total kepada Allah Swt. Mari kita hilangkan rasa takut tersesat. Rasa takut yang tidak beralasan inilah yang justru menjebak kita untuk berhenti mendekati Allah. Syaitan telah berhasil memanfaatkan alasan "tersesat" sehingga kita lupa bahwa kita telah dan sedang tersesat, tidak berdzikir kepada Allah.

Untuk lebih jelasnya kita harus mengetahui bagaimana Allah menurunkan wahyu dan ilham kepada manusia. Dan apakah sebenarnya ilham atau wahyu itu?. Penjelasan ini penting untuk bekal bagi para pejalan keruhanian. Karena belakangan ini banyak orang menawarkan bentuk kerohanian yang bukan datang dari Islam. Kesan ruhiah Islam telah hilang, karena maklumat kerohanian Islam tidak mudah didapat disembarang tempat, apalagi didepan khalayak ramai. Keadaan inilah yang menyebabkan khazanah ilmu kerohanian didominasi oleh kerohanian yang tidak berasal dari ketauhidan murni. Untuk itu wajar sekali kalau banyak kalangan yang takut belajar kerohanian, sebab yang mereka dengar dari setiap pelaku kerohanian cenderung berbicara soal 'klenik', perdukunan, ramalan, serta fenomena keadaan alam-alam ghaib yang menyeramkan.


Perbuatan Manusia

Tinjauan filsafat yang lebih menonjol terhadap manusia adalah menyangkut kebebasan. Perbuatan manusia dilihat dari segi kesan aktivitinya. Pandangan terhadap hal ini mempunyai akar pada konsep tentang hakikat manusia dan daya-daya yang dimilikinya. Apabila manusia mempunyai hakikat dengan daya-daya yang efektif pada dirinya, ia dengan sendirinya adalah pelaku perbuatan-perbuatannya. Sebaliknya, apabila manusia dipandang tidak mempunyai daya-daya yang efektif pada dirinya, perbuatan-perbuatannya, pada dasarnya, tidak berasal dari dirinya sendiri. Perbuatan-perbuatan itu merupakan hasil keputusan kekuatan-kekuatan lain diluar dirinya. Manusia dalam hal ini tempat berlakunya kekuatan-kekuatan itu.

Menurut Al Ghazaly didalam Ma'arij al quds, perbuatan adalah bagian dari gerak. Apabila gerak dikaitkan dengan manusia, maka gerak tersebut dapat dibezakan atas gerak yang tidak disadari (at thabi'i) dan gerak yang disadari (al iradiyyat). Gerak yang tidak disadari, kita sudah maklumi bahwa tubuh manusia dikatakan miniatur alam semesta, dimana unsur-unsur alam bergerak dan berkembang mengikuti perintah dan peraturan- peraturan Allah semata.

Dalam tulisan ini, yang hendak dikemukakan adalah persoalan perbuatan yang disadari, karena perbuatan inilah yang terjadi secara jelas melalui proses tertentu di dalam jiwa dan berhubungan dengan pengungkapan diri. Perbuatan yang disadari, disebut juga dengan perbuatan bebas (ikhtiyaari), perbuatan semacam ini menurut Al Ghazaly terjadi setelah melalui tiga tahap peristiwa dalam diri manusia, yaitu pengetahuan, kemauan (al iradat) dan kemampuan (al qudrat). Yang lebih dekat diantara ketiga tahap itu dengan wujud perbuatan adalah al qudrat. Al qudrat adalah daya penggerak dari jiwa sensitif yaitu makna yang tersimpan dalam otot-otot. Ia adalah momen terakhir yang secara langsung berhubungann dengan wujud perbuatan. Fungsi al qudrat pada dasarnya ialah menggerakkan tubuh. Bentuk gerakan tubuh ditentukan oleh kemauan atau iradat. Berdasarkan salah satu kecenderungan yang terppaut didalamnya : positif atau negatif. Positif sebagai reaksi terhadap yang menguntungkan dan negatif sebagai reaksi terhadap hal yang merugikan. Dengan pengertian ini, semestinya pada al iradat terdapat kegiatan memilih. Al iradat (kemauan) mempunyai kehendak kepada proses sesudahnya al qudrat. Artinya ia bersifat aktif terhadap al qudrat, sehingga yang disebut terakhir ini menjadi aktual, tidak sekadar potensi. Al iradat tidak mempunyai kehendak kepada proses sebelumnya, yaitu pengetahuan, sebagaimana al qudrat tidak mempunyai kehendak kepada iradat. Al qudrat hanya mempunyai kehendak kepada wujud perbuatan. Berbeza dengan al qudrat, al iradat mempunyai "kekuasaan" yang lebih besar karena ia tidak menerima perintah dari daya sebelumnya, ia mempunyai inisiatif memilih, al iradat menentukan pilihannya berdasarkan pengetahuan.

Daya "mengetahui" mempunyai kekuasaan yang lebih besar daripada al iradat , tetapi ia mempunyai hubungan yang jauh dan terlibat secara langsung dengan perbuatan adalah al iradat dan al qudrat. Sepintas lalu proses terwujudnya perbuatan ini memperlihatkan kesan aktiviti manusia, melalui iradat manusia mempunyai kebebasan dan melalui al qudrat manusia mempunyai kemampuan pada dirinya untuk mewujudkan perbuatan-perbuatannya. Disamping itu, Al Ghazaly menyatakan juga didalam buku-buku filsafatnya, bahwa perbuatan-perbuatan manusia terwujud dengan sebab "perbuatan Allah"

Namun demikian Al Ghazaly mendapat sorotan tajam dan dituduh sebagai biang kerok kejumudan pemikiran ummat. Hal ini disebabkan banyak kalangan yang kurang teliti melihat alur pemikiran Al Ghazali. Yang dimaksud adalah andil Allah dalam setiap perilaku manusia maupun makhluk dalam memberikan pengertian baik maupun buruk. Akan tetapi Allah sudah membekali dan memberikan kebebasan untuk memilih dua hal tersebut. Yang akan saya utarakan adalah persoalan awal sebelum kehendak dan kemampuan berbuat itu muncul. Misalnya seorang penulis, maupun pelukis, saat dimana ia melakukan perbuatan tersebut. Ia sebenarnya hanya diam menunggu inspirasi datang kemudian muncul kehendak lalu memerintahkan kemampuan atau iradat untuk melakukan gerakan.

Pengetahuan ini sering disebut dengan pengertian awwali atau ide besar yang belum berupa rangkaian huruf-huruf, bukan rumus-rumus suara, Dia ada meliputi segenap jiwa dan alam. Ialah perintah-perintah atau amar-amar Tuhan yang mengarahkan dan menggerakkan segala-sesuatu. Ialah ruh yang suci, yang tidak bisa digambarkan oleh fikiran, namun Ia hadir dengan perintahnya, tidak berupa suara dan suasana. Dia berkata-kata kepada para penulis novel, dia melukis bersama seniman, dia menuntun lebah merangkai sarangnya, dan semut-semut pun mengerti apa yang mesti dilakukan dalam hidupnya.

Pengertian-pengertian itu datang mengalir secara murni tanpa ada campur tangan makhluk apapun termasuk malaikat. Kita dapat rasakan sendiri hal ini bahwa datangnya perintah terhadap tubuh maupun alam secara alami berlaku pasrah maupun terpaksa. Kita perhatikan orang yang sedang tidur. Ia berbaring tanpa dikendalikan lagi oleh kemauan dan kekuasaan diri. Instrumen tubuh bekerja sesuai dengan fungsinya masing-masing.bandingkan dengan perilaku alam yang lain seperti binatang, tumbuh-tumbuhan, matahari, bumi dan planet-planet lainnya. Semua bergerak teratur menurut perintah Allah. (lihat Surat Al Fushilat ayat 11-12).

Yang membezakan antara manusia dan makhluk lain adalah adanya iradat dalam diri manusia sehingga ia bebas memilih untuk berbuat atau tidak. Akan tetapi manusia tidak dapat menentukan gerakan Ilahi yang mengalir dalam tubuhnya, yaitu gerak hakiki .

Gerak hakiki adalah gerak dimana Tuhan telah menentukan arah dan kadar fungsinya. Ia tidak akan menyimpang dari ketentuan yang ditetapkan Tuhan. Ia patuh sebagaimana alam semesta patuh. Ia bersifat pasrah yang dinamis, karena ia mengikuti gerak dan keinginan Ilahi

Para seniman Taichi berprinsip mengikuti irama gerak alam. Tubuhnya dipatok kedalam kekuasaan besar yang meliputinya, ia membiarkan tubuhnya berdiri diatas kelembutan dan kekerasan, sehingga keseimbangan dan keharmonisan segi tiga realitas menjadi puncak prinsip, mikrokosmos, makrokosmos dan metakosmos. Sehingga ia akan mengenal wujud Allah melalui tahapan wilayah-wilayah sampai kepada kesimpulan bahwa semua makhluk adalah fana kecuali wujud Allah Yang Maha Suci.

Gerak hakiki merupakan sunnatullah. Ia bergerak sesuai dengan kehendak Ilahi. Kita tidak bisa menghentikan kehendak hakiki pada tubuh kita untuk mati. Kita tidak pernah merencanakan lahir menjadi seorang laki-laki ataupun perempuan. Kadang-kadang kehendak itu bertentangan dengan kehendak kita. Kita menginginkan hidup seribu tahun lagi, namun ada gerak hakiki yang menghentikan dengan paksa untuk mati diusia belasan tahun.

Dengan mengetahui adanya dua kehendak yang berlangsung dalam diri kita, menandakan adanya bentuk hakikat dan bukan hakikat. Sehingga kehendak yang bukan hakikat semestinya mengikuti gerak hakikat yang menjadi pusat ketentuan dan ide didalam setiap gerak manusia. Maka sesungguhnya fitrah Allah dan fitrah manusia adalah sama (lihat surat Ar Rum ayat 30). Untuk mengenal hakikat Allah dan mengikuti kehendak-Nya, kita harus berupaya menjalani pendekatan melalui jalan ruhani. Karena Allah sendiri hanya memberikan tanda-tanda atau rambu-rambu dalam memberikan petunjuk menuju pengenalan akan "wujud" (eksistensi Allah). Pengenalan ini harus kita mulai dengan membuka wawasan ilmu tauhid kepada Allah, yaitu ilmu yang bersangkut paut masalah hakikat Allah, sifat-sifat Allah, dzat Allah, Af'al Allah. Sebab kalau kita tidak mengenal ilmu ini, maka tentunya kita tidak akan tahu sampai dimana perjalanan kita menuju jalan hakikat. Jalan ruhani akan terhalang jika kita tidak mengetahui akan keadaan Allah secara ilmu. Kita akan terjebak oleh keadaan alam-alam yang menakjubkan didalam fenomena ghaib. Boleh jadi khayalan dan halusinasi seseorang yang bergembira berlebihan akan hidup berkerohanian menyebabkan memori didalam otaknya muncul tatkala ia berkonsentrasi apa yang diinginkan. Keadaan ini sering muncul atau seakan-akan ada orang yang membisikkan untuk melakukan sesuatu. Dalam berguru kepada Allah, hendaknya kita sudah mempersiapkan bekal ilmu yang disebutkan di atas, sebab kita akan memasuki dunia keTuhanan secara total.


Myskat Cahaya Ilahi

Kata cahaya adalah metafora yang diungkapkan Al Qur'an, dalam menjelaskan keadaan jiwa atau hati yang telah mendapatkan wahyu atau ilham. Dimana wahyu atau kata-kata Tuhan diungkapkan kedalam bahasa manusia, dengan meminjam kata 'cahaya', sebab wahyu sendiri tidak bisa diungkapkan dengan bahasa manusia. Wahyu adalah bahasa Allah, yang berbeda dengan bahasa manusia. Namun wahyu atau ilham boleh dipahami oleh orang yang menerimanya, bahkan haiwan dan alampun mampu memahami bahasa Allah.

Didalam Mu'jam Alfadzil Qur'anil Karim, yang diterbitkan oleh Majma'ul Lughah Al Arabiyah, kata 'ilham' ditafsirkan dengan :"Disusupkannya kedalam hati perasaan yang sensitif yang dapat dipergunakan untuk membezakan antara kesesatan dan petunjuk", dan mungkin hal ini di zaman kita sekarang ini dikenal dengan istilah dhomir (kata hati). Didalam kamus Al Muhith disebutkan : "Al hamahu khaira" (Allah mengilhamkan kebaikan) yakni : Allah mengajarkan kepadanya.

Dengan alasan inilah saya memberikan judul "Berguru Kepada Allah" pada bab ini. Dan dengan demikian kita sudah menjurus kepada hal yang lebih penting lagi didalam perjalanan kita kali ini. Disamping kita sudah berbekal ilmu kema'rifatan, yaitu mengenal dzat, sifat dan af'al Allah, kita hendaknya melakukan komunikasi kepada Allah serta melakukan pemasrahan diri secara total. Kepasrahan adalah menggantungkan sikap jiwa untuk patuh kepada Allah dengan segenap syari'at yang telah ditentukan, agar kita mendapatkan cahaya keimanan yang lebih dalam.

Firman Allah Swt didalam surat An Nuur ayat 35-38:

"Allah adalah cahaya bagi langit dan bumi. Perumpamaan cahaya adalah seperti lubang yang didalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam kaca. Dan kaca itu laksana bintang yang berkilauan yang dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati, yaitu minyak zaitun yang bukan dari timur dan tidak (juga) dari barat. Minyaknya hampir menerangi sekalipun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya. Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, (yaitu) di rumah-rumah, Allah memerintahkan untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya, bertasbih didalam rumah itu pada waktu pagi dan petang, (yaitu) laki-laki yang tidak dilalaikan perniagaan dan jual beli dari mengingat Allah, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka takut akan hari yang bergoncang padanya hati dan penglihatan, supaya Allah membalas mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan dan menambah (lagi) karunia-Nya. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa-siapa yang Dia kehendaki dengan tiada terbatas" (QS 24:35-38)

Allah memberikan perumpamaan cahaya-Nya seperti lubang yang tak tembus, yang didalamnya ada 'pelita' besar. Cahaya itu bersemayam di dalam hati orang-orang yang terpilih dan dikehendaki-Nya. Dengan cahaya itu Allah membimbing dan menuntun hati agar mampu memahami ayat-ayat Allah serta nasehat-nasehat Allah. Allah-lah yang akan 'menghantar' jiwa kita melayang menemui-Nya dan yang akan menunjukkan 'jalan ruhani' kita untuk melihat-Nya secara 'nyata'. Dengan 'cahaya-Nya', kita bisa membezakan petunjuk dari syaitan atau dari Allah swt.

Firman Allah:

"Wahai orang-orang beriman jika kamu bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan bagimu furqan (pembeda) ". (QS 8:29)

Yang dimaksud dengan 'furqan' adalah cahaya yang dengannya, kita semua bisa membezakan antara yang haq dan yang bathil.


Dan firman Allah :

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan" (QS 29:69)

Ayat ini menunjukkan bahwa bersungguh-sungguh atau bermujahadah dijalan Allah, memiliki pengaruh didalam memberi 'hidayah' atau 'cahaya' kepada manusia menuju jalan-jalan Allah, yaitu jalan kebenaran.

Firman Allah :

"Barang siapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan bagimu jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangka ..." (QS 65:2-3).

Dengan demikian maka jelaslah pada ayat-ayat di atas, memberikan kepada kita 'syarat' untuk mendapatkan 'cahaya' atau 'hidayah', hendaklah melakukan amalan-amalan yang diwajibkan dan disunnahkan, yaitu melakukan dzikrullah', baik berdiri, duduk, maupun berbaring. Sebab didalam setiap peribadatan itu merupakan 'cara' untuk mengingat 'Allah'.

Dan menyebabkan 'Allah' menyambut ingatan kita, dengan sambutan kasih sayang serta memberinya 'cahaya' penerang bagi hatinya yang merelakan dan membuka untuk menerima Allah sebagai junjungannya, dengan ditandai rasa tenang yang luar biasa.

Wassalam.