AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Thursday, November 17, 2011

SAMBUNGAN SEJARAH PERSILATAN MELAYU

SEJARAH PERSILATAN MELAYU DALAM KITAB PUSAKA
SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG

“MARI KITA BERTAFAKUR DAN MELIHAT KEMBALI KEHEBATAN ORANG MELAYU YANG TERBILANG”

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Kasihani”
Pada pendedahan sejarah yang lalu ada menyebut bahawa…,

Orang-orang Islam di China termasuk keturunan Melayu telah mengalami detik sejarah hitam paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak “Han” ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong) atau “Wushu” di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).

Adapun saya mahu menyentuh tentang Orang-orang keturunan Melayu-Arab Islam yang berhijrah dari Negara China ke Campa. Mereka membuka perkampungan Melayu-Arab Islam. Dua tokoh besar dalam sejarah Persilatan Melayu ialah zuriat daripada kelompok ini bertaraf ulama yang disegani di Alam Melayu Nusantara, ialah Sunan Ampel dan Sunan Syeikh Maghribi yang kemudian berhijrah ke Indonesia. Mereka berdua adalah pewaris ilmu Gayong Panglima Ulung pada zaman itu yang kemudian bersama Sunan Bonang (anak Sunan Ampel: Makhdum Ibrahim) dan Sunan Giri: Raden Paku, adalah anak kepada seorang ulama berasal dari Melaka iaitu Maulana Ishak ( Murid Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar di zaman kegemilangan Empayar Melaka). Mereka adalah menerima warisan ilmu yang sama sebagaimana Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah semasa di Melaka. Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar Melaka juga telah membawa pendekar- pendekar Melayu dari Tanah Melayu ke Negara China bagi membantu dan mengukuhkan kedudukan Maharaja Yung Lo dan pemerintah Dinasti Ming seterusnya (pemerintahan Islam di China semasa Dinasti Ming) dan menyebarkan agama Islam selepas era sahabat Rasulullah S.A.W, Panglima Saad Abi Waqas dan Panglima Saad bin Lubaid Al-Habsyi di Negara China. Peranan Syeikh Maghribi yang membentuk Gerakan Wali Songo bersama Sunan Ampel dan zuriatnya Sunan Bonang dan Sunan Giri yang pada mulanya menelaah ilmu di Melaka tidak boleh dinafikan oleh semua pengkaji sejarah Islam di Nusantara. Selepas zaman sahabat Rasulullah S.A.W, Syeikh Abdul Aziz Ulama Besar Melaka yang telah menyebarkan, menitikkan khazanah ilmu Gayong Panglima Ulung kepada murid-muridnya yang kemudian diangkat sebagai Ulama Nusantara selepasnya. Walaupun Syeikh Abdul Aziz sebagai ketua Ulama Melaka pada masa itu, peranan ulama lain tidaklah kecil, sebaliknya mereka bergabung tenaga melancarkan gerakan dakwah ke seluruh Asia Tenggara dan melalui siasah politik dan ilmu peperangan, maka terbentuk beberapa kerajaan Melayu Islam yang lain termasuk, Aceh dan Demak. Walaupun di zaman empayar Melaka, nama Sunan Bonang dan Sunan Giri tidaklah dikenali kerana mereka pada masa itu adalah masih berstatus pelajar sedangkan Tun Perak adalah Bendahara dan Hang Tuah adalah Panglima/ Laksamana Besar di dalam Kerajaan Empayar Melaka.

Adapun dalam Kerajaan Melayu Melaka, Gelaran “Hang”, “Makhdum”, “Khauja” dan “Maulana” adalah bagi darjah kebesaran Tertinggi yang diAnugerahi oleh Sultan Melaka bagi Kerajaan Adat Temenggung yang setaraf dengan darjah “Tun”. Hang juga bagi Darjah Kebesaran yang dianugerahi oleh Baginda Sultan Melaka. Sistem Hirarki Pemerintahan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. Empat pembesar yang Hirarki paling kanan membantu Baginda Sultan ialah: Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Panglima / Laksamana. Mereka berempat ini diberi Usungan oleh Baginda Sultan. Hanya Hang Tuah sahaja yang merupakan penyandang Pertama jawatan Laksamana/ Panglima yang diberi Usungan yang membawa maksud kedudukan jawatan telah diangkat setaraf dengan jawatan Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Bahkan hanya Hang Tuah yang menaiki jawatan tertinggi itu berasal dari kalangan rakyat biasa ( bukan kelompok elit) disebabkan kemahiran khusus dalam ilmu siasah peperangan dan kemahiran ilmu Persilatan (Gayong) yang Tinggi. Kenaikan jawatan tinggi disisi Baginda Sultan membuatkan pembesar- pembesar lain iri hati, cemburu dan menyimpan dendam untuk menjatuhkan Hang Tuah agar tidak lagi menjadi orang kesayangan Sultan. Hanya Bendahara Tun Perak yang menyayangi Hang Tuah kerana sebelum Jawatan Laksamana diwujudkan, jawatan Ketua Hulubalang adalah dibawah Bendahara dalam Hirarki pembesar Melayu Melaka. Pemilihan untuk memegang Ketua Hulubalang juga dipilih oleh Bendahara dengan mendapat persetujuan Baginda Sultan Melaka. Pemerintah Tentera Darat/Laut, Panglima di darat dan Laksamana dilaut: Kedua-dua Jawatan Tertinggi tentera Melayu ini di sandang oleh Hang Tuah. Sebelum jawatan Panglima/ Laksama diwujudkan, Jawatan Ketua Pemimpin Tentera Melayu ketika itu ialah Ketua Hulubalang (Lubalang). Sebelum Hang Tuah menjadi Pemimpin Tentera Melayu, jawatan Ketua Hulubalang berkenaan disandang oleh Tun Perak. Kehebatan Tun Perak juga tiada tandingan sehingga mampu mengalahkan angkatan tentera Siam (satu kuasa Tentera Yang Kuat ketika itu). Tun Perak berasal dari Klang, Selangor (juga dalam empayar Melaka) yang memegang jawatan sebagai Penghulu Klang, sebelum diambil berkhidmat dengan Baginda Sultan Melaka. Makhdum dan maulana bagi gelaran tertinggi dalam Kepimpinan Hal Ehwal Agama Islam atau bertaraf ulama (mahir tentang rujukan hukum dan seorang sufi Allah) dan amat disegani dalam masyarakat yang mengamalkan Hukum Adat Melayu Temenggung ketika itu.

Maulana Syeikh Maghribi, Sunan Ampel, Sunan Bonang dan Sunan Giri telah berhijrah ke Indonesia dan membuka pusat pendidikan Islam secara pondok/ Pasentren dan mengembangkan ilmu-ilmu agama dan warisan Gayong Panglima Ulung yang dipelajari di Melaka ke Indonesia. Murid Sunan Bonang yang paling mashor ialah Sunan Kalijaga. Dalam Gerakan Wali Songo, Ulama-ulama ini telah mengajarkan Raden Fatah beberapa kelebihan ilmu, yang akhirnya menjadi Sultan Islam Demak pertama yang dahulunya dibawah Kerajaan Majapahit.
Dalam sejarah Indonesia ada menyebut;

Sunan Maulana Malik Ibrahim (also Syeikh Maghribi) was an Arab who arrived in Java in 1404 and worked at Gresik and Leran until his death in 1419. He founded the first Islamic school or pesantren on Java. Cousin of Sunan Ampel. His work was carried out before the time period normally associated with the wali songo, making him a kind of pioneer for missionary activity on Java.
Sunan Ampel (also Raden Rakhmat) who did his work in Surabaya, and spread Islam in East Java. Sunan Ampel was the original leader of the walisongo. He was a nephew of the King of Majapahit, and a cousin to Raden Patah, first Sultan of Demak. He was actually born in Champa, an Islamic kingdom located where the southern part of Vietnam is today. Sunan Bonang and Sunan Drajad were both his sons. Sunan Giri lived with him alongside his sons as a young man.

Sunan Bonang, son of Sunan Ampel, wrote a popular book on theology and good behavior for Muslims. As a young man he studied with Sunan Giri in Melaka. He helped build the great masjid at Demak. A story says that he converted the later Sunan Kalijogo to Islam. He is buried at Tuban.
Sunan Kalijogo, (also Raden Sahid), was active at Demak, student of Sunan Bonang, advisor to Senopati, father to Sunan Muria. He revived the Garebeg procession, added Islamic stories to the wayang kulit repertory, and promoted the use of traditional rituals in a new Islamic context. The IAIN (Islamic Institute) in Yogyakarta today is named after him. At times Sunan Kalijogo has been called a proponent of innovation ("innovation" in orthodox Islam is generally considered not proper).

Stories of Kalijogo also follow confused chrnologies. Some have him participating in the construction of the Masjid at Demak in the 1470s; others have him active in the mid-1500s.

Sunan Muria, (or Raden Umar Said), son of Kalijogo, after whom Mount Muria is named, and who used gamelan and theatre to help promote his missionary activity. He preferred to work with common people and in isolated villages.

Sunan Gunungjati worked at Demak and Banten, and was the founder of Cirebon. Many stories say that he was originally from Pasai in Aceh, others say that he was from Pajajaran in West Java. He married the sister of Sultan Trenggono of Demak, and led military expeditions for Demak against Banten (which was still Hindu at that time). As "Fatahillah" he defeated the Portuguese when they tried to take Sunda Kelapa (now Jakarta) in 1527.
Sunan Giri, (or Raden Paku), studied at Melaka, founded Islamic schools at Gresik, foretold the rise of Mataram, and spread Islam to Lombok, Sulawesi, and Maluku. He was a proponent of orthodox Islam, and disapproved of innovation (much like "modernist" Islamic scholars of the 1800s and 1900s). A traditional story says that he was the son of a Hindu princess of Balambangan and Maulana Ishaq of Melaka, who had gone to Balambangan as a missionary. The princess was forced to abandon him in a crisis and set him adrift on the ocean in a small boat, from which he was rescued by sailors. He was later a student of Sunan Ampel, and married the daughter of Sunan Ampel.
Sunan Drajad was a son of Sunan Ampel. He built the masjid at Paciran (north of Surabaya) in 1502, and is known for promoting social and charitable works. He also promoted the use of the gamelan orchestra.

Sunan Sendang worked at Paciran until 1585.

Sunan Ngudung (or Pengulu Rahmatullah) who did his work in Matahun, and died in battle against the Hindu remnants of Majapahit in 1513. He was the father of Sunan Kudus.

Raden Hamzah (or Sunan Lamongan) who did his work in Lamongan.

Maulana Ibrahim Asmoro was the father of Sunan Ampel. He is buried at Palang near Tuban. He was married to a princess of Champa, in what is now Vietnam, and may have originally been from Central Asia.

Sunan Bayat who did his work around Tembayat, near Yogya. He was a student of Sunan Kalijogo.

Sunan Bejagung who did his work near Tuban.

Syekh Sitti Jenar (also Syekh Lemah Abang) who was sentenced to death for his strong religious convictions, which were considered by some to be heretical.

Raden Patah, founder of Demak, is sometimes included in the list. Raden Patah was the son of Kertanegara by a Chinese princess, and was brought up by Aria Damar, his half-brother, who had been sent to oversee Palembang with the title of Adipati, and was said to be a Muslim in secret. He consulted closely with Sunan Ampel before continuing on to found the city and power of Demak. Raden Patah is a "link" between the line of the old Javanese kings (such as Airlangga or Hayam Wuruk), the later Sultans of Mataram (such as Agung), and the present-day Sultan of Yogya and Susuhunan of Surakarta.
(Sunan Kuning came much later, was named Susuhunan of Mataram by rebels in 1742, is remembered in Semarang).
Many stories of the Wali Songo are recorded in the Babad Tanah Jawa (Chronicles of the Land of Java), written in the mid-1600s.

Rujukan bagi bukti sejarah Indonesia;
http://www.gimonca.com/sejarah/walisongo.shtml

Adapun tokoh yang amat mashor yang mempunyai zuriat yang ramai dikalangan ulama bagi pesilat/ pendekar/ Panglima Melayu-Arab yang lari dari Negara China ke Negara Campa ( sekarang Vietnam) ialah keturunan Maulana Malik Ibrahim, di Melaka dikenali dengan nama Syeikh Ibrahim bin Abar Al- Hadhrami bin Syed Jamaluddin Al-Kubra, kadang-kadang juga disebut gelar sebagai Syeikh Maghribi. Sebahagian rakyat menyebutnya Kakek Bantal ( di Indonesia). Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai (Aceh) yang datang dari Empayar Melaka bumi bertuah, murid Ulama Melaka yang mashor iaitu Syeikh Abdul Aziz, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Syeikh Ibrahim atau Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Maghribi (adalah orang yang sama) dan Maulana Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro ( di Melaka disebut Syed Jamaluddin Al-Kubra), yang menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10 dari Saidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw. Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Campa, sekarang Kamboja ( Vietnam), selama tiga belas tahun sejak tahun 1379M. Ia malah menikahi putri raja, yang memberinya dua putera. Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Syed Ali Murtadha atau di Indonesia di kenali sebagai “Raden Santri”. Dari Campa singgah di Melaka menjalankan misi dakwah di negeri itu. Seterusnya tahun 1392 M, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke Pulau Jawa meninggalkan keluarganya kerana amanah agama.

Adapun saya mahu memanjangkan sejarah Syed Ali Murtadha ( di Indonesia dikenali sebagai Raden Santri) merupakan saudara kandung Sunan Ampel yang bapa mereka adalah Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Ibrahim atau Syeikh Maghribi. Syed Ali Murtadha semasa di Johor menumpang di rumah “Laksamana Kota Tinggi” dan berkahwin dengan “Wan Teja” anak Laksamana Kota Tinggi sebelum belayar ke Kerajaan Melayu Pattani menumpang pula di rumah Mekong Damit, Kampong Bira pada tahun lebih kurang 1640M. Kerana Peribadi mulia di Pattani di gelar sebagai “Faqih ‘Ali”. Beliau telah mengasaskan persilatan warisan “Gayong Faqih”, nama di alam kebatinan yang hebat. Syed Ali Murtadha di Negara Pattani (Selatan Siam) di kenali sebagai Syeikh ‘Ali Al-Malbari dan dikalangan orang Bugis dan Johor/ Muar di kenali sebagai Andi’ Ali.

Semasa di Johor Syed Ali Murtadha atau Syeikh ‘Ali Al-Malbari atau Andi’ Ali berkahwin dengan “Wan Teja” mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 bergelar “Tok Raja Faqih”, pemerintah Kerajaan Melayu Pattani ( Selatan Siam). Kehebatan ilmu persilatan Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 tiada tandingan pada zaman Kerajaan Melayu Pattani, sehingga lagu gendang silat Pendekar Melayu zaman sekarang masih ada lagu JOK-1, JOK-2 dan JOK-3. Lagu-lagu gendang silat berkenaan adalah asalnya gendang tentera (pendekar-pendekar) kerajaan Melayu Pattani dan dibawa dan diajar kepada pendekar-pendekar di Kelantan. Di Pattani Syed Ali Murtadha berkahwin dengan Cik Dewi anak Seri Bija Diraja. Dalam Sejarah Terengganu Syed Ali Murtadha juga dikenali dengan nama “Faqih Ali Malbari”. Ramai zuriat Syed Ali Murtadha ini di negeri Pattani, Kelantan dan Terengganu, bahkan berada di seluruh negeri negeri-negeri Melayu. Nama beliau di Kelantan pula ialah “ Syeikh ‘Ali Al-Malbari. Seorang anak Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Fakih) bernama Wan Muhammad yang anaknya bernama juga “Faqih ‘Ali” seperti nama moyangnya Syed Ali Murtadha. Faqih Ali bin Wan Muhammad inilah penulis kitab/ buku “Tarikh Pattani” atau dikenal “Tuan Tulis Pattani”. Faqih ‘Ali bin Wan Muhammad adalah pembesar Kerajaan Melayu Pattani yang dikenal sebagai Datuk Maharajalela di Pattani. Semasa perang Siam-Pattani, Faqih Ali belayar mencari bantuan kerajaan Sulawesi pada tahun 1632M, dan kembali tetapi singgah dan tinggal di Semenanjung Tanah Melayu. Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Faqih) adalah saudara kandung kepada Ibrahim Datu Kelantan IV bergelar Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrop (1632-1637M) di Campa. Menjadi raja di Campa pada tahun 1637-1684M. Wan Muhammad, ayah kepada Faqih ‘Ali juga dikenali sebagai Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu. Keturunan mereka inilah ramai yang menjadi ulama-ulama dan tokoh-tokoh utama di Kerajaan Pattani, Kelantan dan Terengganu. Keturunan mereka ini termasuklah ulama Melayu Nusantara seperti Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, juga merupakan Panglima Besar kerajaan Melayu Pattani di zaman itu. Selain itu nama ulama dan tokoh hebat lain ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim dari Pattani berhijrah ke Bukit Bayas, Terengganu yang kemudian juga menjadi Ulama di negeri Terengganu. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dikatakan bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah / Sultan Babullah yang dikenali sebagai Sunan Gunung Jati di Indonesia. Jadi Ulama-ulama dan Sultan-sultan Banten di Indonesia adalah keturunan mereka jua. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dan Sunan Gunung Jati di Indonesia adalah keturunan Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M). Ayahnya ialah ‘Ali Nur Alam.

Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M) jugalah mengasaskan kerajaan Patani yang terletak di kepulauan Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia.

Jelaslah kepada kita semua, keturunan Ulama, Panglima Perang, Kesultanan dan Warisan Keilmuan Agama Islam dan ilmu Persilatan Melayu di Nusantara adalah dari satu Pokok yang sama pada asalnya, kemudian hingga hari ini terpecah dengan rantaian yang kusut jika tidak kembali ke punca asal sejarah Persilatan Melayu yang saya perturunkan ini. Ingatlah anak- anak Persilatan nama Perguruan apapun kamu kita asal dari “Satu” ilmu iaitu ilmu Gayong Panglima Ulung.

Jangan biarkan anak-anak yang tidak tahu asal usul Persilatan Melayu bermusuh sesama sendiri. Saya Al- Faqir Guru Utama Pss Sri Gayong Panglima Ulung sudah lama menyimpan khazanah Sejarah Persilatan Melayu ini dan kini sudah sampai masa saya yang dhaif membuka rahsia ini agar anak- anak Persilatan tahu asal usul dan tidak berpecah-belah lagi. Bukan hasrat saya yang faqir lagi hina ini meminta anak- anak Persilatan semua datang menyertai Perguruan hamba yang lemah ini, tetapi adalah untuk menyampaikan amanah yang terdapat dalam khazanah ini untuk di ketahui oleh semua ahli-ahli Persilatan sama ada di Malaysia mahupun Indonesia dan Nusantara Umumnya. Tahulah asal Ilmu Kita bagaimana Punca Mulanya.

KETURUNAN ANDI’ ‘ALI/ FAQIH ‘ALI AL-MALBARI
(Yang diketahui sahaja)

1. Wan Derahman
2. Wan Namah
3. Wan Nik (Dato’ Wan)
4. Wan Siti
5. Syeikh Shafiyuddin
6. Nik Din Menteri lagi Pahlawan Bagi Dato’ Pujuk 1
7. Wan Ismail Tok Kaya Pandak/Pendek
8. Tok Kaya Rakna Diraja
9. Wan Faqih Hussein
10. Wan Nguk (isteri Tok Kaya Banggul) atau Wan Ngah: Anak cucunya Wan Ahmad di Perlis
11. Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu bin Tok Wan Abdur Rahim bin Tok Wan Deraman bin Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.
12. Syeikh Nik Mat Kecik ( penyusun Kitab Mathla’ al-Badrain), meninggal di Mekah.
13. Syeikh Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Hj Wan Teh , ibunya Wan Nik/ Tok Wan Ti suaminya Zubeid/ Tok Wan Dahit.
14. Wan Nik bt Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.
15. Hjh Wan Maryam (meninggal di Sekudai, Johor).
16. Hjh Wan Siti Saudah (meninggal di Pulau Penyengat, Riau)
17. Hjh Wan Zainab (meninggal di Pulau Midai, Riau)

Alhamdulillah, tenangnya hamba yang faqir ini setelah membongkar segala rahsia untuk manfaat Agama, Bangsa dan Negara Tercinta. Kita adalah bersaudara. Salam Persilatan untuk semua. Segala salah silap atau bahasa yang tidak baik, tiada elok adat dan adab saya pohon ampun dan maaf. Semoga generasi kemudian gembira dan berlumba-lumba belajar ilmu Persilatan Melayu yang terpelihara sudah berabad-abad lamanya. InsyaAllah jika ada kelapangan kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.