Dalam menyajikan buku tentang pengubatan ala-Nabi, tidak ada yang dapat kami katakan selain perkataan yang sangat mantap, bahawa Islam adalah agama yang relevan untuk segala zaman dan tempat. Ini bukan sekadar semboyan atau bualan kosong, tapi ini merupakan hakikat yang berlaku untuk suatu zaman yang banyak dijangkiti pelbagai jenis penyakit, ketika disana diwarnai pelbagai jenis virus, meskipun ilmu perubatan mengalami perubahan sangat pesat. Memang benar, pada zaman sekarang terdapat pelbagai cara dan kaedah, pelbagai inovasi, berupa analisa, diagnosa, sehingga penggunaan sinar laser dan pembedahan. Bahkan kemajuan yang pesat ini sampai pada penggunaan organ-organ tubuh orang lain lalu dipindahkan kepada orang lain yang memerlukannya.
Meskipun sudah ada kemajuan yang mencengangkan seperti itu, namun masih ada saja keluhan yang disampaikan pesakit, yang meleset dari apa yang diharapkannya. Di samping itu, pelbagai jenis penyakit dan infeksi datang silih berganti, yang kadangkala melemahkan harapan untuk penyembuhannya, bagaimana cara menghadapinya atau membatasinya. Mahasuci Allah Yang Maha Kuasa , ini semua ketetapan Allah, yang ketetapan-Nya pasti berlaku dan tiada yang dapatmenolaknya dan tak seorang pun dapat mengubah keputusan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.
Para pembaca yang dicintai Allah !
Ketika kami menyajikan buku tentang pengubatan ini, alangkah baiknya jika kami juga mengisyaratkan satu masalah yang amat penting sehubungan dengan topik ini, iaitu dimana kesungguhan
Hampir semua masalah pengubatan kembali kepada Islam yang di acukan kepada realiti. Penyebaran hijamah, habbatus-sauda`, madu dan lain-lainnya dari pelbagai sumber pengubatan dalam Islam, sudah terkenal di seantaro dunia.Tapi siapakah yang akan mengatakan kepada orang-orang Muslim pada zaman sekarang, agar sejak awal mereka kembali kepada Allah dan sebelum digunakannya cara penyembuhan secara material, dengan cara berdoa, pasrah dan kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya?
Seolah-olah yang dihafalkan orang-orang Muslim pada zaman sekarang hanya sepenggal hadis, “Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah”. Itu pun masih dipadatkan lagi hanya pada penggalan, “Berubatlah kalian”. Bahkan dikalangan orang-orang Muslim yang konsisten pada agamanya dan para da`i, hanya berpegang kepada hadis-hadis ruqyah dan doa. Sementara masalah pengubatan mereka tinggalkan, dengan anggapan bahawa ruqyah dan doa itu lebih utama.
Maka sejak awal kami ingin mengisyaratkan secara singkat dan padat tentang masalah pengubatan dan bagaimana hukum pengubatan dalam Islam?Hukum pengubatan bermacam-macam dan diperselisihkan, yang intinya ada lima macam, iaitu : Wajib, sunat, boleh, makruh dan haram.
Pertama : Kebatilan Pendapat yang Mengharamkan dan Memakruhkan
Mengapa pendapat ini batil? Kerana Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam telah memerintahkan untuk berubat, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis riwayat Usamah bin Syarik,
“Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah Ta`ala tidak menciptakan penyakit melainkan juga menciptakan ubatnya, kecuali satu penyakit saja iaitu penyakit tua.”
Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam tidak menyuruh kepada yang haram atau makruh. Tidak ada perbezaan pendapat tentang hal ini, sehingga menggugurkan pendapat yang mengharamkan atau memakruhkan pengubatan, kerana hujahnya tidak ada.
Kedua : Tidak Tepatnya Pendapat Yang Mewajibkan Pengubatan
Dasarnya adalah hadis Atha` bin Rabah, dia berkata, Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku,”Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang seorang wanita dari penghuni syurga?”.”Ya, baiklah,” kataku.
Ibnu Abbas berkata, “Wanita yang berkulit hitam itu pernah menemui Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, seraya berkata,”Sesungguhnya aku mempunyai penyakit epilepsi(ayan) dan aibku punnampak. Maka berdoalah kepada Allah untuk penyembuhanku.”
Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, “Jika engkau mahu, maka engkau dapat bersabar dan engkau akan mendapatkan syurga. Namun jika engkau mahu, maka aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkan-mu.”Wanita itu berkata,”Kalau begitu aku akan bersabar. Tapi aibku nampak.Maka berdoalah kepada Allah bagiku, agar aibku tidak nampak.” Maka Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam berdoa baginya.
Ketiga : Pendapat Yang Mensunatkan Dan Membolehkan
Dengan gugurnya pendapat-pendapat diatas, kini tinggal pendapat yang mensunatkan dan membolehkan pengubatan, dan ini merupakan objek kajian utama para ulama. Pendapat yang mensunatkan pengubatan merupakan pendapat Asy-Syafi`y, kerana hadis berkulit hitam, telah mengalihkan perintah dari “berubatlah kalian”, dari wajib menjadi sunat. Tapi pendapat ini dapat ditanggapi, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam menyertakan pahala bagi wanita berkulit hitam itu kerana dia meninggalkan perubatan, namun tidak menyertakan pahala kerana dia meninggalkan yang disunatkan. Sekiranya pengubatan itu sunat, maka meninggalkannya adalah makruh.
Keempat : Pendapat Yang Membolehkan
Kini hanya tersisa satu pendapat yang membolehkan, dan pendapat inilah yang dikuatkan dengan sejumlah dalil, yang semuanya tidak ada kekurangan.
Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali. Pengubatan adalah perkara mubah, dan meninggalkan yang mubah adalah mubah juga hukumnya. Dengan begitu kita dapat mengamalkan hadis wanita berkulit hitam, kerana dia meninggalkan yang mubah, iaitu meninggalkan pengubatan, disertai niat yang baik dan kerana mengharapkan reda Allah, agar dirinya mendapatkan pahala. Di samping itu kita juga dapat mengamalkan hadis-hadis pengubatan Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam , kerana Baginda melaksanakan yang mubah.
Boleh jadi ada yang berkata,”Bagaimana kita keluar dari hadis”berubatlah kalian”, padahal sudah sama-sama diketahui bahawa darjat minima dari perintah adalah sunat?”
Dapat kami jawab seperti berikut : Perintah ini tidak dikeluarkan untuk penetapan syariat, tapi dikeluarkan untuk mengakui kebiasaan yang berlaku di tengah masyarakat. Kebiasaan manusia adalah berubat. Lalu orang-orang Arab Badwi menanyakan pengubatan kepada Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam . Mereka bertanya, “Apakah kami boleh melakukan pengubatan wahai Rasulullah?” Seolah-olah mereka mengira bahawa pengubatan harus dihapus ketika sudah ada ketetapan syariat
Maka Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam menjawab, “Ya”. Kemudian Baginda menjelaskan kepada mereka bahawa pengubatan tidak bertentangan dengan tawakal. Maka Baginda bersabda,
“Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan juga menurunkan ubatnya.”
Dengan kata lain, berubatlah kalian menurut kebiasaan kalian. Dalam syariat tidak disebutkan sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan manusia, seperti Firman Allah,
“Makan, minumlah dan janganlah kalian berlebih-lebihan.” ( Al-A`raf : 31)
Perintah makan dan minum bukan untuk mewajibkan, tapi untuk mengakui kebiasaan yang memang harus makan dan minum.
Kelima : Pengubatan Adalah Mubah
Alhasil, pengubatan adalah mubah. Siapa yang berubat, maka tiada dosa atas dirinya. Sekiranya dia berangkat dengan niat yang baik dalam melakukan pengubatan, disertai tekad untuk menyempurnakan ketaatan, menambah semangat dalam beribadah dan melaksanakan hak-hak yang diwajibkan Allah atas dirinya, maka dia mendapatkan pahala kerana pengubatannya. Jika dia meninggalkan pengubatan kerana sabar dan redha atas takdir Allah, maka dia mendapat pahala kerana dia meninggalkan pengubatan. Allah lebih mengetahui.
Wahai pembaca yang dicintai Allah !
Setelah pemaparan yang singkat dan cepat tentang masalah pengubatan ini, maka kami mendapatkan kejelasan tentang kuatnya pendapat bahawa meninggalkan pengubatan adalah lebih utama, kerana kuatnya sumber pengambilan dalil atas pendapat ini, apalagi jika dikaitkan dengan hadis tentang tujuh puluh ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tidak ada azab atas mereka.
Dari Ibnu Abbas, dari Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, Baginda bersabda :
“Pelbagai umat pernah ditunjukkan kepadaku. Maka aku melihat ada seorang nabi yang disertai segolongan orang, ada nabi yang disertai 2 orang, ada nabi yang tidak disertai sesiapapun. Lalu ditunjukkan kepadaku segolongan umat yang banyak. Aku berkata,’Ini adalah umatku’. Dikatakan kepadaku, ‘Itu adalah Musa bin Imran beserta kaumnya. Lihatlah keatas’. Ternyata disana ada segolongan umat yang sangat besar. Dikatakan kepadaku,’Lihatlah segi lain’. Ternyata disana ada segolongan umat lain yang juga besar. Dikatakan kepadaku, ‘Itu adalah umatmu.Diantara mereka ada 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tidak ada azab’.” ( Al-Bukhary dan Muslim )
Kemudian Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam masuk rumah. Maka orang-orang berkasak-kusuk tentang masalah ini. Mereka berkata,”Siapakah mereka yang masuk syurga tanpa hisab dan tidak mendapatkan azab itu?”
Masih banyak lagi kasak-kusuk yang mereka katakan. Lalu Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam keluar seraya bertanya,”Apa yang sedang kalian bicarakan ini?”Mereka memberitahu kan apa yang mereka katakan. Maka Baginda bersabda,
“Mereka adalah orang-orang yang tidak melakukan ruqyah, tidak meminta di ruqyah, tidak menyundut dengan api, tidak meramal dengan suatu keburukan dan hanya kepada Rabb mereka bertawakal.”
Sifat orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tidak mendapatkan azab adalah bertawakal kepada Allah dan tidak mencari sebab-sebab pengubatan, seperti yang dikatakan para ulama.
Segi pembuktian hadis ini, bahawa kami menginginkan agar orang-orang Muslim pada zaman sekarangbelajar sabar dan reda. Keluh kesah yang memenuhi hati orang-orang Muslim kerana sakit dan takut, adalah penyakit.
Million dan billion wang yang dibayarkan kepada para doktor dan hospital tanpa mendatangkan manfaat, merupakan kesengsaraan. Seseorang mengira bahawa dia dapat memanjangkan umurnya atau menundanya, hanya kerana ingin memenuhi syahwatnya dan menikmati hidup. Mereka adalah para pengkhayal yang hendak mempermainkan fikiran pesakit.
Rasulullah bersabda :
“Allah tidak menguji hamba-Nya yang Mukmin dengan suatu musibah, pada dirinya, hartanya atau anaknya, melainkan kerana salah satu dari dua perkara : Entah kerana dia memiliki dosa yang tidak dihapus kecuali dengan cara ini, atau entah kerana dia berhak mendapatkan darjat di sisi Allah, yang tidak di capai kecuali dengan cara ini.”
Dalam riwayat Ahmad disebutkan,
“Jika Allah menguji hamba-Nya yang Muslim dengan suatu musibah pada tubuhnya, maka Dia berfirman kepada Malaikat,’Tulislah baginya pahala kebaikan amal yang dia lakukan’. Jika Allah menyembuhkannya , maka Dia mencucinya dan membersihkannya. Jika Allah mencabut nyawanya , maka Dia mengampuni dosanya dan merahmatinya.”
Jadi berbaik sangkalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa musibah yang menimpamu merupakan kebaikan bagimu. Itu sudah pasti, hanya engkau sahaja tidak mengetahuinya.Firman Allah,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh pula (juga) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( Al-Baqarah : 216 )
Jangan kerana musibah yang menimpamu, membuatmu melalaikan Allah. Kerana ramai orang yang jatuh sakit, justeru hanya sibuk memikirkan penyakitnya, apa resep doktor, bagaimana hasil penyinaran, apa diagnosanya, apa cara penyembuhan yang paling mutakhir dan lain sebagainya, sementara dia lupa terhadap Rabb-nya. Padahal mestinya orang yang sakit justeru harus lebih dekat kepada Rabb-nya, dengan memasrahkan diri kepada-Nya.
Ketika Ibnu Sirin dirundung suatu kekhuatiran, maka dia berkata,”Aku mengetahui sebab kekhuatiran ini, iaitu dosa yang pernah aku lakukan 40 tahun yang lalu.”
Ahmad bin Abul-Hawary berkata, “Sedikit dosa segolongan orang, dan mereka tahu dari mana mereka datang, sementara dosa kita banyak, namun kita tidak tahu dari mana kita datang.”
Engkau harus yakin wahai Akhi, bahawa yang menyembuhkan adalah Allah, bukan doktor, bukan juga ubat. Yang menyembuhkan adalah Allah. Maka hendaknya hatimu bergantung kepada Allah semata, bukan kepada sebab-sebab, yang membuat hatimu bergantung kepada sebab, dan akhirnya menimbulkan syirik.
Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada pemimpin kita , Muhammad, kepada para kerabat dan sahabat Baginda.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.