AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Tuesday, November 8, 2011

PERIHAL YAKJUJ DAN MAKJUJ

Yakjuj dan Makuj adalah isu yang telah ribuan tahun dibincang baik oleh orang Islam, Kristian mahupun Yahudi. Tapi malangnya orang Yahudi lebih tahu siapa yakjuj makjuj itu.

Ramai menyangka ia adalah bangsa manusia kerana hadis-hadis menyebut mereka keturunan Adam.


Namun menurut terdapat seorang syeikh menyatakan bahawa Adam adalah nama khusus untuk khalifah yang diutuskan di muka bumi. Sebelum manusia telah ada ramai Adam diutuskan ke muka bumi. Adam terakhir sebelum Nabi Adam as diutuskan adalah Adam bapa para jin. Dunia sudah dihancurkan berkali-kali sehinggalah Adam manusia diciptakan. Adam manusia ini Allah berikan kelebihan dengan ilmu segala yakni mempunyai pengetahuan tentang segala yang berada di alam ini. Ketika Adam manusia turun, bumi telah dipenuhi dengan keturunan Adam terdahulu. Tugas Nabi Adam as adalah untuk kawal segala yang ada di bumi dan di langit kerana sebahagian dari keturunan Adam terahulu mampu menembusi langit. Namun berlaku hibrid antara keturunan Adam manusia dan Adam terdahulu (Contoh perkahwinan manusia dan jin yang pernah berlaku).




Keturunan hibrid ini tak mampu dikawal lagi sejak keghaiban Nabi Idris as lantas sebahagian besar mereka dilenyapkan dari muka bumi. Hanya mereka yang turut serta dengan Nabi Nuh as sahaja yang selamat. Sebahagian kecil dari keturunan hibrid ini turut serta di Bahtera. Sebahagian mereka telah berkahwin dengan keturunan Yafith bin Nuh as sehingga lahirlah satu generasi yang dikenali sebagai Yakjuj Makjuj. Mereka adalah keturunan hibrid tersebut.

Istilah yakuj makjuj telah mengundang perselisihan ulama’ sejak zaman berzaman. Sebahagian ulama’ menyatakan istilah ini berasal dari perkataan arab al-ajjah yang bermaksud bercampur aduk. Mungkin yang dimaksudkan ialah keturunan hibrid.

Benarkah keturunan hibrid wujud? Ulama’ Islam dahulu kala telah berselisih mengenai perihal keturunan hibrid ini. Ada yang meyakini Yakjuj Makjuj adalah keturunan hibrid manakala sebahagian lagi yakin bahawa mereka adalah keturunan Nabi Adam as dengan Hawa. Ulama’ moden menolak perihal ini kerana kisah hibrid kerana mereka menolak banyak pendapat terdahulu atas alasan hujah mereka lemah. Antara sebab lain adalah kerana ada hadis nabi saw yang menyatakan Yakjuj Makjuj adalah keturunan Yafith bin Nuh as. Sebenarnya Nabi saw banyak menyebutkan perihal yakjuj makjuj namun ulama’ moden menolak hadis-hadis tersebut atas alasan daif atau mauduk.





Antara sifat-sifat mereka yang kurang diketahui umat Islam ialah:


Sebahagian ulama’ silam menyebut mereka keturunan Nabi Adam BUKAN dengan Hawa

jumlah mereka ramai iaitu 1 MANUSIA dan jin : 9 yakjuj makjuj
Yakjuj makjuj takkan mati melainkah setelah melahirkan 1000 keturunan
Yakjuj makjuj terdiri daripada 21 kabilah, 20 terkurung dan 1 sahaja tidak terkurung

Bumi ini ada enam bahagian 1 bahagian untuk SELURUH MAKHLUK manakala 5 bahagian untuk yakjuj makjuj.

Pada hari kiamat Allah berfirman kepada Nabi Adam as supaya membawa 1999 keturunannya ke neraka dan 1 ke syurga dan mereka ialah yakjuj dan makjuj bukan MANUSIA.

Sifat-sifat yakjuj dan makjuj memang aneh tak seperti manusia biasa yakjuj makjuj ada 3 kategori iaitu kelompok setinggi 1 hasta, kelompok setingi 2 hasta dan kelompok setinggi 3 hasta. Ada yang telinganya lebar hingga mampu menjadi selimut dan tilam jika ia tidur, yakjuj makjuj bersifat menyerang seperti binatang dan memakan apa sahaja yang dijumpainya.
.....



JADI YAKJUJ MAKJUJ ADALAH KETURUNAN HIBRID YANG SAYA MAKSUDKAN.


JADI DIMANA MEREKA DIKURUNG SEKARANG?




Selepas banjir besar, ramai keturunan hibrid telah tinggal di 5 dimensi dunia yang lain. Mereka hanya mampu menjejakkan kaki ke dunia ini melalui sesuatu yang dipanggil lubang cacing/pintu antaradimensi. Alam 5 dimensi tersebut berbeza antara satu sama lain. Namun Zulkarnain as telah menutup lubang cacing yang menghubungkan dunia kita dengan dunia mereka pada zaman Nabi Ibrahim as. Dalam Al-Quran lubang cacing ini disebut sebagai Maarij.




Dajjal berusaha membawa yakjuj makjuj ke dunia jika dia dapat menguasai lubang cacing maka seluruh manusia akan ditimpa kebinasaan. Pusat lubang cacing terletak di Masjidil Aqsa dimana dari sinilah Nabi Isa as bersembunyi di dimensi lain dan di sinilah baginda as akan kembali ke dunia. Kini Dajjal telah berjaya menguasai pusat lubang cacing dan mereka sudah bersedia untuk membawa segala penduduk dari segala dimensi ke alam dunia ini. Yahudi sangat kenal dengan Yakjuj Makjuj telah menceritakan perihal kemunculan semula yakjuj makjuj melalui filem-filem Alien ciptaan mereka. Contoh paling jelas yang menunjukkan Alien adalah Yakuj Makjuj adalah dalam filem ‘War of The Worlds’ yang menunjukkan secara jelas penaklukan Alien ke bumi yang tak mampu dikalahkan sesiapa dan Alien hanya boleh dihapuskan oleh kuman sahaja (macam dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj).

Kaum Mole yang tinggal di bawah tanah yang ditemui NASA mungkin adalah satu kabilah Yakjuj Makjuj yang tidak dikurung. Yahudi memang mahu seluruh dunia ini binasa secara total. Kini Yahudi sedang bergembira kerana umat manusia tidak tahu hal ini. Filem terbaru Transformers 3 secara jelas menunjukkan bagaimana Dajjal yang digambarkan sebagai Decepticon menguasai pintu antara dimensi dan hampir berjaya membawa planet alien cybertron (lambang alam yakjuj makjuj) ke dunia. Kita pula masih bingung hingga menyangka bangsa tertentu adalah Yakjuj Makjuj. Hakikatnya Yahudi terkekeh-kekeh ketawa kerana mereka tahu bahawa Yakjuj Makjuj sebenarnya adalah Alien.




Di dalam Al Quran disebut beberapa klu tentang keluarnya Yakjuj Makjuj
Al-Quran menyebut bila dibuka (Futihat) Yakjuj Makjuj. Tidak disebut buka apa. Tidak pula disebut istilah runtuh yang sesuai kalau ia merujuk kepada TEMBOK.
Al-Quran menyebut bahawa ketika keluarnya Yakjuj Makjuj mereka keluar dari segenap tempat yang tinggi.
Al-Quran menyebut Yakjuj Makjuj keluar dalam keadaan bercampur aduk (hibrid) dengan menggunakan istilah yamuju - Allah menyebut kepulangan Bani Israel ke Palestin kali kedua dalam keadaan bercampur baur (genetiknya) dengan istilah lafifan.
JADI CUBA BERFIKIR BUAT SEKELIAN KALINYA. NABI SAW SENDIRI DALAM SEBUAH HADIS YANG SAHIH MEMBEZAKAN PERKATAAN YAKJUJ MAKJUJ DENGAN MANUSIA (HADIS NABI ADAM AS DIPERINTAH MEMASUKKAN KETURUNANNYA KE NERAKA)

-------------------------------------------------------------------------------------------

Nota:

Umat islam masih tertipu menyangka alexander atau cyrus adalah zulkarnain sedangkan nabi saw telah menyebutkan sifat-sifat raja zulkarnain (Rujuk Iskandar Zulkarnain karya iaitu

# Zulkarnain hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim as
# Zulkarnain menjadi Islam ditangan Nabi Ibrahim as
# Zulkarnain mempunyai menteri kanan yakni Nabi Khidir as
# Nabi Khidir as telah bersaing dengan Zulkarnain as untuk merebut air
mata kehidupan di sebuah lembah misteri. Nabi Khidir as berjaya
mendapatkannya dan dikurniakan umur panjang.

Yahudi telah mengubah kandungan kitab Salatus salatin untuk mengatakan alexander adalah Zulkarnain namun mereka terlupa membuang kisah zulkarnain menjadi islam di tangan nabi ibrahim dan membawa ajaran baginda as ke seluruh dunia di dalam Salatus salatin.

Sekian, wallahu a’lam

2 comments:

  1. Penulis terpengaruh dengan idea makhluk asing yang didalangi oleh US dan Yahudi. Ketahuliah bahawa Yakjuj dan Makjuj, sebelum keluarnya mereka pada akhir zaman telah byk membuat kcau bilau di dunia bahkan pada zaman Alexander the Great lagi. Dalam Al Quran telah TERANG2 memberitahu mereka adalah manusia keturunan Yafits bin Nuh yang terselamat dari banjir besar. Kenapa blh timbul teori bangsa hibrid pula? Jika hendak mengkaji siapakah Yakjuj Makjuj, kajilah berlandaskan fakta sejarah, terutama dalam inkirpsi yahudi kerana bangsa yahudi lebih mengetahui siapakah yakjuj makjuj. Bukannya fakta tahyul seperti makhluk asing ataupun alien. Di dalam kitab mereka terdpt byk perkabaran dari Nabi2 bani israel yang memberi amaran keluarnya Yakjuj makjuj. Maknanya, yakjuj makjuj pernah menunjukkan peranan di pentas sejarah dalam menghancurkan tamadun sesebuah masyarakat.Untuk ketrangan lanjut, bacalah karya muhamad alexander.

    ReplyDelete
  2. Yakjuj dan Makjuj(YnM)...kalau mereka manusia biasa pasti barangkali mereka dpt ditawan atau ditewaskan...tetapi Allah memberitahu Nabi Isa a.s bahawa YnM tiada dpt dikalahkan oleh sesiapa...kita cuba berpandangan jauh sedikit...bahawa berkemungkinan YnM ini adalah dari kalangan Jin nampak yang masih ujud walaupun mereka adalah dari keturunan Nabi Adam...siapakah yg dpt menduga kalau2 YnM ini memang benar2 adalah hibrid...wallahu'alam...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.