BAB SATU
USULUDDIN / AWALUDDIN
Saudaraku,
Apabila kamu telah mengucap Dua kalimah Syahadah, maka mengakulah kamu akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad. Sewajarnyalah kamu percaya, akur, patuh dan setia kepada Allah dan Muhammad, kepada Firman-FirmanNya, dan kepada Sabda Sabda baginda Rasul. Firman Firman ialah Ayat Ayat Al-Quran manakala sabda sabda disebut sebagai Hadith . Kedua-duanya kemudian dirujuk sebagai DALIL NAQLI.
USUL ialah perkataan Arab. Perkataan Melayunya pun usul juga ataupun asal. Jadi Usul atau Ilmu Usul ialah ilmu yang mengkaji asal usul sesuatu perkara itu termasuk apakah ianya atau apakah hakikatnya sesuatu benda atau perkara itu.
ADDIN juga aalah perkataan Arab. Perkataan Melayunya ialah agama. Jadi yang nya dikatakan USULUDDIN itu dari segi bahasanya ialah mengkaji asal usul agama.
Dari segi isi kandungannya ialah mengkaji perkara perkara yang menjadi INTIPATI agama itu dan yang kita bicarakan ialah agama kita , Agama Islam. Inpati agama ialah Tuhan & Makhluk khasnya manusia yaitu kepercayaan dan hubungan manusia itu dengan Tuhannya. Ini dinamakan IMAN & TAUHID
MENGENAL ALLAH MAKSUDNYA MENGENAL DIRI
Sabda Baginda Rasul :-
Awaluddin Makrifatullah
Awal awal agama ialah Mengenal Allah.
Firman Allah :-
Al insanu sirri wa ana sirruhu
Sesungguhnya insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya.
Sabda Baginda Rasul seterusnya :-
Man arafa nafsahu fa qad arafa rabba-hu dan seterusnya..................
Sesungguhnya siapa yang mengenal Dirinya sunnguh ia telah mengenal Tuhannya. Dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya dan Nyatalah Tuhannya.
Apakah yang dikatakan DIRI itu ? Dan apakah kaitan Diri itu dengan Tuhan ?
Ketahuilah saudaraku bahawa banyak lagi Firman Allah melalui Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Qudsi dan juga Hadith yang membawa kepada faham dalam perkara perkara yang cangan menjadi pokok utama perbincangan kita. Antaranya ialah :-
@Allah lebih hampir kepada manusia itu daripada urat leher manusia itu
@Malah aku beserta kamu ...tidakkah kamu nampak ?
@Kemana sahaja kamu hadapkan wajah kamu disitu ada wajah Allah
@Allah itu meliputi sekalian manusia
@Apabila telah sempurna kejadian Adam...maka Aku tiupkan ruhKu
YANG HIDUP & MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH RUH
Saudaraku,
Apabila kamu membaca risalah ini dengan kuat ( bersuara ) ,geraklaku kamu adalah lebihkurang begini :-
Mata kamu melihat tulisan, otakmu mengenal huruf huruf dan menterjemahkannya kepada faham serta mengarahkan lidahmu bergerak mengikut tone tertentu bersama gerak halkommu dan terkeluarlah bunyi hingga terdengar oleh telingamu.
Perkara diatas boleh berlaku , kerana kamu masih hidup. Mata orang mati walaupun masih ada dan tidak cacat sudah tidak boleh melihat lagi. Otak mayat tidak lagi boleh menterjemah kepada faham kerana tiada apa apa isyarat atau gelombang yang dihantar oleh mata. Lidah dan halkom sudah tidak boleh bergerak lagi. Malah tiada satu anngota orang mati yang boleh berfungsi kerana semuanya sudah MATI.
Kenyataan mati diertikan sebagai sudah TIDAK BERNYAWA lagi atau NYAWA SUDAH MENINGGALKAN JASAD. Sebab itulah orang mati disebut sudah meninggal.
Maka nyatalah kepada kita bahawa NYAWA-lah yang HIDUP bukannya JASAD atau TUBUH BADAN kita. Mata Nyawa-lah yang melihat bukan mata kepala. Otak nyawalah yang berfikir bukan otak badan ..dan sebagainya.
Adalah juga jelas bahawa anggota anggota kita yang dihidupkan itu hanya alat alat milik Nyawa. Maka kita katakanlah bahawa YANG MENGHIDUPKAN JASAD atau TUBUH ialah NYAWA.
NYAWA ITU IALAH “ RUHKU “ ALLAH
Allah merujuk Nyawa itu dengan perkataan RUHKU. Maksudnya menurut Allah Ruh itu ialah Ruh Allah.
Didalam Al-Quran tiada pula Allah merujuk kepada Ruh itu sebagai Ruh Yang Aku Cipta atau Ruh Milikku. Yang ada Cuma RUHKU. Hanya penterjemah yang menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Melayu menulis didalam kurungan dengan penjelasan bahawa Ruh itu ialah Ruh yang dicipta oleh Allah.
Apa pun Ruh itu, maka nyatalah kepada kita bahawa Ruh itu adalah Ruh Allah dan bukannya Ruh kita sebagai manusia. Maka dikatakanlah bahawa Ruh itu bersifat Rabbaniyah atau bersifat Ketuhanan. Ruh ini berada didalam jasad kita secara khusus.
Maka tidakkah kamu faham akan Firman Allah bahawa Ianya ( Allah ) beserta kamu dimana sahaja kamu berada ..dan saperti FirmanNya yang lain yang bermaksud ...bahkan didalam diri kamu, apakah tidak kamu fikirkan ?
Nyata juga kepada kita bahawa kita ini sebagai manusia terdiri daripada dua perkara yaitu JASAD / TUBUH / BADAN / JASMANI yang berasal dari setitik MANI bapa kita dan sebutir TELUR ibu kita dan yang satu lagi dikenali sebagai NYAWA / RUH / RUHKU ALLAH / NAFS / HATI / QALBU / NUR MUHAMMAD / RUHANI ( dan lain lain nama yang banyak itu ) yang berasal dari Allah .
Ketahuilah juga mani bapa & sebutir telur pun berasal dari Allah juga disimpan didalam jasad ibu & bapa kita . Satu dinamakan ADAM & yang satu lagi dinamakan Muhammad.
Maka ditanya orang , dimanakah Allah ? Dijawab guru ...itulah Rahsianya manusia.
Maka bersabda pula Nabi kita :
Itulah Amanah Allah kepadamu. Maka pulangkanlah amanah itu kepada Pemiliknya yang sebenar yaitu Zat Wajibul Wujud yang Ghaibul Ghyub yang kepadamu menamankan DiriNya sebagai Allah.
DATANG & KEMBALI SE – JASAD & SE-RUH
Nyatalah kepada kita jika kita terus mahu hidup kita tidaklah boleh memisahkan Jasad dengan Ruh / Nyawa. Maka bolehkah dipisahkan Muhammad dengan Allah ?
Sebaliknya jika hendak dipisahkan juga, maka akan hilanglah HIDUP MANUSIA itu atau matilah. Ruhnya telah hilang kerana KEMBALI ketempat asalnya yaitu kepada Yang Empunya Hak. Jasadnya ditanam juga kembali keasalnya yaitu tanah.
Firman Allah :-
Dari Allah engkau datang kepadaNya-lah engkau kembali.
Jika kita yakin Ruh kembali kepada Allah dan Jasad kembali kepada tanah...tidakkah kita terfikir bahawa kenyataan yang biasa kita lihat itu bertentangan dengan kenyataan Allah saperti disebut ayat diatas ?
Salahkah keyakinan kita ...atau ada lagi yang belum kita ketahui ?
Kita datang kedunia atau keluar dari perut ibu kita secara hidup. Maksudnya kita lahir sejasad dan senyawa dalam keadaan bersatu jasad dan nyawa menjadi kita saorang bayi.
Maka pada akal kita sahlah kita datang dari Allah melalui ibu bapa kita dengan SE dan BERSEPADU . Kenapa pula bila kita mati atau kembali, hanya Ruh yang kembali kepada Allah. Tubuh pula tidak kembali kepada Allah tetapi dikembalikan kepada bumi. Bumi atau tanah kubur bukan Allah tetapi makhluk Allah .
KITA PERLU CARI ILMUNYA ...
Maka perlulah kita mencari jalan agar kita kembali sapertimana kembali yang dikehendakki Allah didalam FirmanNya diatas. Kembali SE yaitu kembali dengan Jasad dan Ruh – kedua-duanya kembali kepada Allah SWT.
Benarkah kemahuan kita itu ?
Jikalau benar, bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan agar kita kembali SE-jasad dan SE-ruh ?
MENCARI ILMU DATANG & KEMBALI ......
Allah berfirman yang terdahulu telah disebutkan didalam rencana ini bahawa kita diperlukan memulangkan Amanah kepada Yang Empunya Amanah yaitu Allah.
Pemulangan Amanah inilah JALAN KEMBALI YANG BENAR yaitu kembali SEJASAD dan SENYAWA.
Mencari Jalan Kembali / Pulang berpunca dari Jalan Datang.
Jalan Datang hanya boleh kita ketahui jika kita ketahui akan asal usul kita yakni asal dan maksud kedatanga kita , cara cara kita datang dan kemana kita salepas ini.
Inilah yang dikatakan sebagai JALAN atau ILMU MENGENAL DIRI atau ILMU USUL dan disebut juga sebagai ILMU MENGENAL ALLAH yakni mengenal asal kita. Asal kita dari Allah atau lebih dari itu. Inilah yang kita perlu pelajari.
Semua manusia malah bintang sekalipun berasal dari mani setitik. Hanya tiga manusia sahaja yang tidak berasal dari setitik mani yaitu Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa .as
Dari manakah datangnya mani itu ?
Jika kita katakan dari lelaki, kanak kanak lelaki belum ada mani selagi belum baligh. Jelaslah bahawa mani itu didatangkan oleh Allah kemudiannya kepada lelaki.
Apakah sebenarnya mani itu ? bagaimanakah mani setitik bagaikan nokhtah boleh menjadi kita insan yang kompleks ini dalam masa 9 bulan sahaja ?
Tentulah Allah Yang Maha Mengetahui. Macam mana cerdiknya pun manusia itu masih lagi tidak akan tahu bagaimanakah setitik mani boleh menjadi manusia tertentu , umpamanya jika suami isteri itu melayu, anaknya pun menjadi melayu. Saintis hanya dapat bercerita tentang dna & genes tetapi belum dapat mengetahui secara terperinci akan prosesnya.
Hanya segelintir manusia sahaja yang diberi pengetahuan oleh Allah tentang proses kejadian manusia ini.
Bersambung.......................
Hasil tulisan fakirabdillah
salam syahadah..ade hasil tulisam kitab2 lama@tua mengatakan bahawa nabi a.s juga ada asal usul dari air mani dimana mariam mempunyai suami dan menjadi rahsia hikmah tersembunyi semestinya hikmah itu dirahsiakan dari umat manusia amnya...sejauh manakah kebenaran ini?benar atau tidak?jika ade maklumat bolehlah berkongsi dgn hamba insan yg lemah..
ReplyDeleteto laksamana_asia@yahoo.com
ReplyDelete