Ketika inilah Hang Tuah perasan ada sekujur tubuh
yang terlentang di Lapangan Tempur tersebut. “ Hei Long” bisik Hang Tuah
perlahan. Tiba-tiba terdengar bunyi gendang di palu dengan kuat. Hang Tuah
mendongak ke astaka Maharaja. Dengan dahi yang berkerut seribu Hang Tuah
berlari kencang ke arah astaka Maharaja. Cheng Di, canselor Maharaja cemas...
Bersambung....
Datuk Bendahara yang
melihat Laksamana Hang Tuah berlari kencang ke astaka Maharaja juga cemas,
takut benar Datuk Bendahara kalau-kalau Laksamana Hang Tuah mengamuk di atas
astaka Maharaja, Hei Long yang mempunyai hikmat yang pelik itupun alah di
tangan Hang Tuah apa sangat pengawal-pengawal di Raja yang ada di atas sana.
Masih segar diingatan
Datuk Bendahara apabila Hang Tuah mengamuk di keranton Majapahit, ramai
perajurit yang terbunuh malah perajurit-perajurit tua juga tidak dapat berbuat
apa-apa. Marah benar Hang Tuah ketika itu, apabila Sultan Melaka dan Melayu
dipersendakan.
Ketika Hang Tuah
seperti mabuk darah mengamuk di dewan Istana Majapahit. Tiba-tiba melayang
sehelai kain sutera lalu memlilit tangan Hang Tuah yang sedang memegang keris
yang berlumuran darah. Kejadian yang tidak disangka itu benar-benar membuat
Hang Tuah marah.
“Cis! Masih ada yang
mahu menunjukkan kesaktiannya di sini.” Seretak dengan itu Hang Tuah membuat
pusingan lawan arah jam pada pergelangan tangannya lalu mata keris tadi
memotong kain yang memlilit tangannya. Sejurus itu juga Hang Tuah melompat ke
arah orang yang membuat serangan curi
itu. Terkejut dengan kepantasan gerakkan Hang Tuah si penyerang curi terundur
ke belakang lalu tersepak anak tangga di dewan tersebut lalu jatuh terlentang,
ketika inilah Hang Tuah cuba membenamkan mata kerisnya. Namun lagi seinchi mata
keris mencecah kulit penyerang curi tadi Hang Tuah berhenti meneruskan
tikamannya. Matanya masih terpaku di atas anak mata penyerang, nafas cemas dari
penyerang masih terhidu wangi di deria hidungnya.
“Apakah Laksamana
pantas dipanggil dayus kerana menyakiti seorang perempuan.” Kali ini Hang Tuah sudah
menyarung kerisnya kembali ke sisi pinggang. Hang Tuah berdiri tegak. Matanya
masih tidak lepas memandang perempuan di hadapannya. Siap siaganya tidak pernah
alpa, bimbang-bimbang jika serangan curi menyusul kali kedua. Akal yang waras
sudah kembali menyarung jasadnya. Perempuan di hadapannya sudah bangun dalam keadaan bersusah payah.
“ Kalau tidak kerana
pakaianku ini, aku sudah pasti dapat mengelak serangan mu, wahai Laksamana
Melaka.” Bicara Perempuan itu dengan nada sombong,
Hang Tuah hanya
mengukir senyuman.
“Adinda! Adinda!
Bagaimana dengan Adinda.? Adakah Adinda tercedera.?” Tanya Seri Betara, Raja bagi Kerajaan
Majapahit. Seri Betara Majapahit begitu cemas ketika mendengar ada orang
mengamuk di Dewan Besar Istana, sebentar tadi seorang pengawal istana berlari
dalam keadaan berlumuran darah merafak sembah padanya di Balairung ketika
Baginda sedang bermesyuarat dengan Datuk Bendahara dan Patih Gajah Mada.
Lebih mengejutkan lagi
ketika Baginda sampai di depan pintu Dewan Besar Istana baginda melihat Hang
Tuah sedang meletakkan keris di dada Adindanya. Baginda sendiri tidak pasti
mengapa Adindanya berada di sini.
Mendengar sahaja Seri
Bentara memanggil perempuan yang menyerangnya tadi Adinda, Hang Tuah tunduk
membisu. Rasa bersalah merayap ke dalam hatinya.
“ Ampun Tuanku
beribu-ribu ampun. Adapun tiadalah hamba yang hina ini tahu akan perempuan ini
adalah Adinda Tuanku. Kalau tidak, takan hamba biadab begini”.
Hang Tuah mengangkat sembah menyatakan kekhilafan diri.
“Tidak mengapalah Datuk
Laksamana Hang Tuah, mujurnya Adinda Beta tiada cedera”, balas Seri Betara.
Ketika ini segala
menteri-menteri Kerajaan Majapahit termasuk Patih Gajah Mada sudah tiba di
Dewan Besar ini, Datuk Bendahara juga sudah tiba, terkejut juga bila melihat
ramai parajurit Majapahit yang cedera malah ada yang sudah menjadi mayat, bau darah mengapung memenuhi ruang Dewan Besar
Istana. Tahulah Datuk Bendahara, Laksamana Hang Tuah baru sahaja mengamuk di dewan
ini.
“ Kebumikanlah mayat
ini, jangan dipanjang hal ini lagi. Mungkin ada salah faham yang tidak
diketahui. Adinda Beta kembalilah ke Istana Adinda jangan di campuri urusan
kerajaan kanda”. Ujar Seri Betara Majapahit.
Ketika Adinda Betara
Majapahit berjalan melepasi Datuk Laksamana Hang Tuah. Tiba-tiba dia berhenti
di sisi Hang Tuah. Tanpa menoleh ke arah Hang Tuah adinda Betara Majapahit
bersuara separuh berbisik.
“ Marah tidak baik
untuk jiwa mu, Wahai Laksamana Melaka.”
Hang Tuah diam sambil
menunduk, pandangannya di buang ke lantai. Suara Adinda Majapahit gemersik indah
bagaikan Buluh perindu di cuping telinganya. Kata-kata nasihat itu ibarat air
atma jiwa buat dirinya.
Sambil menjeling kepada
Hang Tuah dan melemparkan senyuman yang paling manis serangkap pantun di
alunkan perlahan sekadar didengari di cuping telinga Hang Tuah.
“ Kain cindai
dilipat-lipat
Lipat mari tepi perigi
Kalau pandai Tuan
memikat
Burung terbang menyerah
diri.”
Terpana seketika Hang
Tuah dengan kata-kata itu, kelu seribu bahasa, apakah Adinda Seri Betara
Majapahit boleh membaca isi hatinya kala ini. Dalam keadaan masih berdiri yang
membatu itu, lamunan Hang Tuah tiba-tiba berkecai apabila terasa lembut bahunya
disentuh oleh seseorang. Hang Tuah lekas berkalih dilihatnya Datuk Bendahara
sedang merenungnya.
“ Apakah peristiwa berdarah ini telah membenih rasa cinta
di hati mu wahai Anakanda Tuah? Sungguh aneh cinta ini ianya boleh hadir dalam
suka dan duka dalam pertaruhan nyawa dan darah. Gumam Datuk Bendahara sambil
melangkah pergi meninggalkan Hang Tuah yang masih tegak berdiri di situ.
Tiba-tiba
Datuk Bendahara berhenti melangkah berkalih memandang Hang Tuah yang masih
tegak berdiri di situ.
“Gusti Putri Raden Anjeng
Retno Dumilah, Itulah namanya Adinda Seri Betara Majapahit yang menyerang mu
tadi wahai Anakanda Tuah”. Ujar Datuk Bendahara serentak menyambung langkahnya
meninggalkan Dewan Besar Istana.
“Gusti Putri Raden
Retno Dumilah” bisik perlahan Hang Tuah mengulangi nama itu. Kejelitaan mu
bagai Bidadari dunia.
Astaka Maharaja di
Lapangan Tempur
Tiba di tangga Astaka
Mahajara Hang Tuah mengangkat sembah sebagaimana mengadap Sultan Melaka
serentak itu juga di meletakkan lutut kanannya ke tanah manakala lutut kirinya
ditegakkan persis duduk ‘anak harimau’ kepalanya ditundukkan.
Cheng Di yang tadi baru
sahaja mengarah pengawal untuk melindungi Maharaja terkejut dengan perlakuan
Hang Tuah, Maharaja bangun dari tahtanya berjalan perlahan menghampiri
Laksamana Hang Tuah, sambil mengangkat tangannya sebagai tanda isyarat berhenti
kepada para pengawal di Raja yang cuba menyerang Hang Tuah ketika itu.
“ Angkatlah wajah mu
dan berdirilah wahai Laksamana Melaka.” Arah Maharaja kepada Hang Tuah.
“Katakanlah apa yang
ingin kau katakan”, Kata Maharaja lagi.
“ Ampun Tuanku Maharaja
yang bijaksana, adapun patik mempunyai satu permintaan. Patik bermohon agar
janganlah dibunuh Laksamaan Hei long ini.” Pinta Hang Tuah kepada Maharaja.
“Mengapa begitu
Laksamana Melaka, bukankah Laksamana Hei Long begitu bersunguh-sungguh ingin
membunuh mu? Ini permintaan yang sungguh luar biasa. Tahukah kamu wahai
Laksamana Melaka. Hamba ku Hei long ini sangat pembengis dan kejam orangnya,
telah ramai manusia yang hilang nyawa di hujung Pedang Puakanya itu. Kekejamnya
bukan hanya kepada tentera malah kanak-kanak dan wanita juga tidak terkecuali
menjadi mangsanya”. Balas Maharaja kepada Hang Tuah dengan rasa sangat hairan
atas permintaan Laksamana Agung ini.
“ Adapun Tuanku, patik telah
menganggap Laksamana Hei Long seperti sahabat hamba jua Tuanku”, kata Hang Tuah
kepada Maharaja
“Bagaimana boleh jadi
begitu? ceritakanlah kepada Beta agar Beta boleh mendengarnya”
“ Pertamanya inilah
lawan yang paling ampuh yang patik pernah temukan sepanjang hidup patik ini
Tuanku, hampir-hampir sahaja patik tewas sebentar tadi”, Hang Tuah merendah
diri dengan kemenangan ini.
“ Keduanya Adalah
menjadi satu kerugian besar kepada kerajaan China jika kehilangan Laksamana
sehebat ini.”
“ Ketiganya masih ada
sisa kebaikkan di jiwanya, Tuanku”, Ujar Laksamana Hang Tuah kepada Maharaja
Yong Le.
“ Apa! Masih ada
kebaikkan yang tersisa dijiwanya? Ceritakanlah Laksamana agar Beta boleh tahu.”
Soal Maharaja.
“Ampun Tuanku, perkara
ini patik terlihat ketika kami rombongan Melaka sampai ke sini. Semasa di
Pelabuhan ketika kami disambut oleh para Menteri, patik terlihat dari jauh Laksamaan
Hei Long juga berada berhampiran pelabuhan mengawal keselamatan rombongan.
Ketika itu ada seorang kanak-kanak pengemis menghampiri kudanya. Meminta
sedikit belas kasihan. Ternyata ada tentera yang sudah mengangkat senjata untuk
membunuh kanak-kanak itu lalu di tahan oleh Laksamana Hei Long. Laksamaan Hei
Long telah turun dari kudanya dan mengambil sesuatu dari pedati kudanya lalu
diberikan kepada kanak-kanak pengemis itu patik kira Laksamana Hei Long telah
memberi wang kepadanya malah sebelum kanak-kanak itu meninggalkan Hei Long, Hei
Long telah membelai kepala kanak-kanak itu.” Cerita Hang Tuah kepada Maharaja
apa yang telah dilihat ketika mula-mula sampai di Negara Lingkaran Naga ini.
Maharaja Yong Le juga
terdiam, sekira-kira inilah baru didengari di telinganya akan kebaikkan
Laksamana Hei Long kerana setahu Baginda Hei Long memang Laksamana yang sangat
kejam.
“ Sungguh benar laporan
yang dibentangkan kepada Beta, Melaka mempunyai Laksamana yang handal serta
rakyatnya yang mempunyai budi pekerti yang mulia. Baiklah Laksamana Melaka,
Beta perkenankan permintaan mu.” Jawab Maharaja Yong le.
Cheng Di, caunselor
Maharaja telah mengarah beberapa orang tentera untuk membawa Laksamana Hei Long
untuk di rawat oleh Tabib Di Raja. Dalam hatinya dia sememangnya mahu Laksamana
Hei Long mati. Jika tidak di tangan Laksamana Melayu ini harapannya jika Hei
Long kalah sepatutnya hukuman mati wajib juga dikenakan ke atasnya. Namun
apakan daya Maharaja telah menerima permintaan Laksamana Hang Tuah. Ketika Maharaja
dan segala para Sida mula bergerak meninggalkan Lapangan Tempur, Hang Tuah
sempat melirik matanya kepada Cheng Di, kelihatan Cheng Di sedang melumuri
wajahnya dengan jelingan yang bermaksud jahat. Hang Tuah hanya mengukir
senyuman sambil melangkah pergi untuk bertemu kembali rombongan Melaka di atas
Astaka.
Di Utara Banjaran Tibet
Kuil
kuno ini tu telah lama di tinggalkan 20 tahun yang lalu Sami Sam Poo telah
menjumpainya. Dialah yang membersihkan dan membaik pulih serba sedikit kuil
ini.
Sudah
lama dia bertapa di sini dan kini Sami Sam Poo telah mempunyai anak murid juga.
Sami
Som Poo yang sejak dari pagi tadi bertapa di dalam sebuah bilik khas dalam kuil
ini tiba-tiba terasa terganggu dengan bunyi desiran angin yang menerobos
masuk ke kamarnya malah baunya juga tidak menyenangkan. Namun
Sami Sam Poo sudah biasa dengan perkara-perkara mistik begini, dipejamkan juga
mata dan meneruskan bacaan menteranya.
Tetapi
ketenangannya tidak lama. Tiba-tiba Sami Sam Poo bertempik keras, badannya
terlambung kebelakang terseret di atas lantai sehinggakan lantai kayu itu pecah
menghasilkan lekuk seperti parit. Ada sesuatu yang menghempas dia dengan begitu
kuat.
Jeritan
yang kuat itu mengejutkan Kwon Lun yang sedang tekun menyapu daun-daun kering
di luar kuil. Kwon Lun terus mencampak penyapunya lalu berlari dengan
terkocoh-kocoh untuk melihat apa yang terjadi.
Sampai di kamar Gurunya Kwon Lon kaget gurunya terbaring di atas lantai biji-biji
tasbih yang melilit dilehernya putus bertaburan di serata lantai kuil, darah
pekat bersembur dari mulutnya.
Kwon
Lon memangku gurunya.“Tok Guru apa yang telah berlaku? siapa yang telah menyerang
guru.?” Soal Kwon Lun dengan nada cemas. Matanya liar memandang kawasan
sekeliling tetapi tiada siapa di situ melainkan mereka berdua.
Sami
Sam Poo begitu nazak suaranya sangat perlahan dan tersekat-sekat. Kwon Lun
meletakkan telinganya di hujung mulut Tok gurunya. Sami Sam Poo telah membisik
sesuatu kepada Kwon Lun sambil terangguk angguk kecil Kwon Lun mendengar
kata-kata gurunya.
Habis
berkata kata Sami Sam Poo menunjukkan ke satu arah di sudut kuil tersebut
dengan tangan yang terketar-ketar. Seketika itu juga tangannya jatuh terkulai.
Nyawanya telah diragut Malaikat maut.
Kwon
Lun meraung kuat, tidak disangka gurunya mati dalam keadaan mengejut begitu
malah kematiannya juga amat mencurigakan. Ketika esakkannya semakin mereda dia
kembali melihat ke arah sudut di dalam kuil yang ditunjukki oleh gurunya,
suasana suram yang hanya diterangi oleh cahaya lilin di dalam kuil itu
menyukarkan matanya untuk melihat apa sebenarnya yang berada di sana. Lama dia
merenung ke arah itu, tiba-tiba matanya membulat mulutnya terlopong jantungnya
seperti telah berhenti dari berfungsi dia benar-benar terkejut dengan apa yang
dilhatnya sekarang....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.