Di
luar kota Hang Jebat dan Angkatan Perang Melaka duduk bersiap siaga.
Satu jam yang lalu Hang Jebat dapat melihat ada gumpulan awan hitam yang
aneh berarak masuk ke tengah Kota Larangan. Sesekali kelihatan
petir sabung-menyabung di dada langit suasana bagai mahu terjadi ribut
sahaja. Naluri sufinya jelas mengatakan Datuk Laksamana Hang Tuah sedang
menghadapi ujian yang getir. Jika tidak diperintah oleh Datuk Bendahara
agar menunggu di luar Kota Larangan ini, sudah pasti dia merempuh
masuk bersama 313 hulubalang Melaka .
Hulubalang
313 dari angkatan perang Melaka ini antara hulubalang-hulubalang
terpilihan antara ribuan hulubalang Melaka. Mereka merupakan hulubalang
yang dilatih sendiri oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Taat setia mereka
tiada diragui. Namun kali ini kehadiran mereka di luar Kota Larangan
kesemuanya berpakaian biasa tidak berpakaian sebagaimana Angkatan
Perang, ini berbeza ketika mereka sampai di Majapahit satu waktu dahulu.
Di Benua China ini mereka di arah agar berbusana seperti orang
kebanyakkan. Ini semua adalah nasihat dari Datuk Bendahara yang
bijaksana, Datuk Bendahara tidak mahu kedatangan rombongan dari Melaka
disalah ertikan malah dicurigai seperti kedatangan musuh,kedatangan
rombongan mereka dari Melaka biarlah dilihat untuk bersahabat dan
berbentuk perdamaian.
"Abang
Jebat nampaknya sudah masuk waktu Asar." tegur Andika sejurus melihat
Hang Jebat asyik merenung langit. "Ya, benar kata kata mu, arahkan yang
lain untuk bersiap, kita akan bersolat di astaka itu." Kata Hang Jebat
sambil mengangkat jarinya menunjukkan sebuah astaka yang berdiri gagah
di hadapan mereka. Hang Jebat lebih suka dipanggil Abang dari gelaran
yang diberi oleh Istana, dia tidak suka berdarjat-darjat antara manusia
malah pujian yang melampau akan memusnahkan diri sendiri, itulah
pegangannya sejak dahulu. Malah Hang Jebat menganggap 313 orang
hulubalang Melaka ini sebagai adik beradiknya sendiri.
"Rapatkan
saf kalian semua." Andika memberi arahan. Hang Jebat menoleh ke
belakang memastikan kesemua mereka berada dalam saf yang lurus dan baik.
Andika merupakan ketua yang dilantik untuk mengurus 313 orang
hulubalang ini sekiranya Hang Jebat dan Hang Tuah tidak ada di dalam
negeri. Kepercayaan telah diberikan kepadanya.
Mereka
solat dalam keadaan yang sungguh kusyuk. Suasana sepi di astaka itu,
yang kedengaran hanyalah lafaz Allahuakbar setiap kali berlakunya
pemindahan rukun solat. Ketika mereka di tahiyat akhir ada mata yang
sedang memerhatikan mereka. Usai sahaja memberi salam Andika bingkas
bangun begitu juga dengan hulubalang lain, di depan astaka kelihatan ada
seorang yang kelihatan seperti seorang panglima perang lengkap berbaju
dan bertopi besi serta sebilah pedang tersisip di pinggangnya.
Kelihatan juga ada enam orang lagi berpakaian demikian cuma topi
besi mereka kelihatan sama dan berbeza dengan yang seorang itu.
Hang Jebat sejak memberi salam yang akhir tadi lama berteleku di tempat solatnya, biasanya ada zikir yang akan di bawa.
"Apakah
benar kamu semua ini dari Tanah Melaka?, negeri yang kini menjadi
sebutan sehingga ke benua ini," tanya Xue Lang kepada 313 angkatan
perang Melaka yang menanti di Luar Kota Larangan tersebut.
"Siapakah
ketua di sini?" Tanya Xeu lang lagi. Masing-masing melarikan pandangan
mata ke arah Hang Jebat, yang masing kusyuk di dalam doanya.
Beberapa lama kemudian barulah Hang Jebat meraup tangannya ke muka.
Ketika itu Hang Jebat melihat semua mata tertumpu kepadanya. Hang Jebat
bingkas bangun serta berjalan dengan gagah tampil ke hadapan.
"Apa yang terjadi?" soal Hang Jebat kepada Andika.
"Adakah kamu ketua bagi rombongan ini? Adakah Tuan hamba ini Datuk Laksamana Hang Tuah?
aku
dengar Melaka mempunyai laksamana terhebat dan angkatan perang yang
gagah, apakah kamu laksamana yang terhebat itu? soal Xeu Lang
bertalu-talu kepada Hang Jebat sambil mengusap-ngusap dagunya.
Mendengar nama Hang Tuah disebut suasana menjadi sedikit gempar,masing-masing
tertanya-tanya apakah disetiap pelusuk istana ini telah mengetahui
kedatangan mereka malah mengetahui segalanya. Bagaimana mereka
mengetahui nama Laksaman Hang Tuah.?
Hang Jebat tersenyum menampakkan baris giginya yang tersusun indah.
"Tidak,
aku bukanlah Laksamana Hang Tuah aku hanya pembantu Laksamana sahaja",
jawab Hang Jebat merendah diri, walaupun sebenarnya Sultan telah
menurunkan titah jika apa-apa berlaku kepada Datuk Laksamana Hang Tuah
maka Hang Jebat akan menjadi galang gantinya.
"Oh!
begitu, jika demikan siapa nama mu? Xue Lang bersoal lagi. "Nama ku
Hang Jebat", pendek sahaja jawapan Hang Jebat. "Ha! ha! ha!", terburai
ketawa Xeu Lang seketika. Kalau begitu kau juga bukan calang-calang
orangnya sahabat sepermainan Laksamana Hang Tuah. Nama mu juga menjadi
bualan di Istana ini, tidak pula kami sangka Sultan Melaka akan
menghantar pahlawan-pahlawanya yang terhebat ke sini.
"Apakah
kita pernah bertemu sebelum ini?, siapakah nama mu?", tanya Hang Jebat
dalam keadaan curiga. "Bagaimana kamu mengenali nama-nama kami semua?
soal Hang Jebat kembali.
"Nama
ku Zhuge Liang, namun Maharaja menggelar aku dengan gelaran Xue Lang
(Serigala salji) Ketua Angkatan Perang Pemanah Biru." jawab Xeu Lang
jujur.
"Wahai
Pahlawan Melaka adapun bangsa kami telah lama meneroka laut dan telah
sampai ke tanah airmu menjalankan urusan perdagangan. Antara
mereka ada yang menjadi jurutulis Kerajaan Ming ini, setiap perdagang
yang kembali ke sini wajib mengadap Maharaja dan menceritakan
segalanya." Xeu lang mula membuka rahsia.
"Lalu
Jurutulis Negara akan membuat segala catatan dan nama Melaka telah lama
disebut di Istana ini, malah Maharaja sangat kagum dan ingin sekali
menjalin hubungan politik dengan Melaka. Katanya Negeri Melaka mempunyai
rakyat yang santun dan berbudi pekerti mulia, malah melalui catatan
Jurutulis di Raja juga nama-nama kamu diketahui, katanya Melaka
mempunyai ramai hulubalang terkemuka antaranya ialah Hang Tuah lima
bersaudara dan kau salah seorang dari mereka." Xeu Lang berterus terang
dalam menyampaikan apa yang diketahuinya sebelum ini.
Hang
Jebat terdiam seribu bahasa terkejut dengan apa yang didengarinya,
rupa-rupanya pedagang-pedagang Cina bukan sekadar menjalankan urusniaga
tetapi membuat catatan dan melaporkan segalanya pada Maharaja mereka.
"Selamat
datang wahai Hang Jebat, pahlawan dari Negeri Melaka ke negeri
lingkaran Naga ini." Xeu Lang berbasi-basi mengalu kedatangan Hang
Jebat. "Walaupun tempat kalian berdiri ini katanya adalah di luar Kota
Larangan namun hakikatnya astaka ini masih di dalam Kota Larangan
seluruh istana ini dikelilingi tembok. Kota ini begitu luas. Kalian
semua tidak mampu mengempurnya tanpa kekuatan yang sebenar." Bicara Xeu
Lang lagi sambil memandang ke arah astaka di mana tempat angkatan perang
Melaka bersolat tadi.
Hang Jebat tersentak seketika, di dalam hatinya berkata-kata, "Apakah Serigala Salji ini dapat membaca fikirannya."
Jika
kalian semua ingin tahu Kota Larangan ini keluasannya sahaja menjangkau
7,800,000 kaki persegi, terdapat 8707 buah bilik dan mengandungi
980 buah bangunan. Silap gaya kalian semua boleh sesat di dalam Kota
larangan ini sindir xeu Lang kepada Angkatan Perang Melaka.
"Sungguh
bertuah aku hari ini dapat bertemu dengan salah seorang Hulubalang
terulung Kerajaan Melaka dan ingin sekali aku melihat kebenaran laporan
yang disampaikan tentang kehebatan kalian. Adakah benar atau omongan
kosong sahaja."
"Aku
Xue Lang Serigala Salji sebagai Ketua Angkatan Perang Pemanah Biru
ingin mencabar kamu pada hari ini", Ucap Xeu Lang dengan nada mencabar
sambil matanya melirik kepada Hang Jebat.
Gempar
seketika Angkatan Perang Melaka, bukan kerana takut mati tetapi bimbang
jika titah di Raja agar menjalinkan hubungan baik antara Kerajaan China
menemui kegagalan.
Ha!
ha! ha! Xue Lang ketawa lagi. "Jangan risau cabaran ku ini bukan
cabaran maut aku hanya mahu melihat kehebatan orang Melaka sahaja".
Hang Jebat mengangguk perlahan sungguh bagai dikata jika sudah ada yang menjual sudah tentu ada yang sudi membeli.
"Bagaimana
Pahlawan Melaka?", Xeu Lang bertanya sambil memandang Hang Jebat dengan
sorot mata yang mencabar. Hang Jebat hanya tersenyum, "baiklah jika itu
kemuhuan mu Serigala Salji."
"Marilah kita ke ruang depan kolam teratai itu." cadang Xeu Lang kepada Hang jebat.
Masing -masing mulai cemas, beberapa askar dari Pasukan Pemanah Biru tersenyum sinis mereka tahu akan kehebatan ketua mereka.
"Mari
kita mulakan", jerit Xeu Lang. Xeu Lang mula membuka langkah
pergerakkannya kasar dan keras tangan di genggam padu, Hang Jebat
menarik nafas sesedut, membaca nafas dan gerakkan musuh ternyata lawan
didepannya bukan sebarangan juga.
Benar-benar
Xue Lang mahukan pertarungan ini, Xue Lang memulakan serangan tumbukan
bertubi-tubi dilancarkan. Hang Jebat mula menangkis dan mengelak riaknya
sesekali bagai ikan keli di dalam air, pantas dan tangkas. Dalam
kesempatan yang diperolehi Hang Jebat membuat serangan balas.Serangan
menggunakan kaki menjadi pilihan sekali dua sepakan padu singgah di
badan Xeu Lang namun dapat ditahan dengan lengannya.
Xeu
Lang tersenyum gembira sambil membuka langkah dia ketawa, jarang benar
dapat bertarung dengan lawan yang setanding dengannya ibarat 'buku
bertemu ruas'. Kali ini serangannya lebih pantas dan tangkas sekejap
serangan di sasarkan ke arah muka sesekali kakinya cuba menguis kaki
Hang Jebat. Sesiapa pun boleh hilang tumpuan dengan serangan sebegitu,
ketika Hang Jebat hilang keseimbangan dengan asakkan bertubi-tubi, Xeu
Lang sempat membuat beberapa tumbukan di bahagian lengan, bahu dan dada
Hang Jebat. Hang Jebat terundur ke belakang, tangan kirinya kelihatan
terkulai seperti lumpuh. "Abang Jebat!", jerit Andika terkejutnya bukan
kepalang begitu juga 313 hulubalang Melaka. Mustahil ini berlaku.
Hang
Jebat mengangkat tangan kanannya membuat isyarat agar Andika tidak
campur tangan dalam pertarungan ini, Hang Jebat tahu perasaan Andika
cemas kala ini,apabila melihat Andika mula bertapak mahu masuk ke
gelanggang pertarungan.
Hang Jebat membaca serangkap ayat
Hang Jebat membaca serangkap ayat
Kaf Ha Ya Ain Sood
Inna Fatahna laka fathamubina (surah al Fath)
lalu
ditiup ke tapak tangan kanan dan di usap dalam bentul lam alif terbalik
dari dada membawa ke hujung lengan kiri, seketika tangan Hang Jebat
boleh bergerak seperti sedia kala dia mendepakan tangannya lalu membawa
ke hadapan tanda bersedia untuk meneruskan pertarungan.
Xeu
Lang berdiri sambil bercekak pinggang riak terkejut masih bersisa di
wajahnya. "Sungguh ini pertama kali aku melihat ada pendekar yang mampu
memulihkan semula mata uratnya setelah menerima pukulan ku. Wahai
Pahlawan Melaka jika orang biasa sudah pasti dia akan lumpuh atau paling
tidak tanganya tidak boleh digunakan selagi aku tidak membuka kembali
mata uratnya, ini benar-benar diluar dugaan ku. Bicara Xeu Lang dengan
perasaan kagum.
Hang
Jebat tersenyum dengan kata-kata itu, pujian itu sedikit pun tidak
singgah dihatinya, seketika dia mebetulkan tengkolok di kepalanya.
"Nampaknya
Abang Jebat mahu menamatkan pertarungan ini", kata Andika kepada Awang
Bagan salah seorang hulubalang angkatan Perang Melaka. "Mengapa tuan
hamba berkata begitu? Tanya Awang Bagan dengan nada hairan.
"Hamba
masak benar dengan perangai Abang Jebat jika dia membetulkan
tengkoloknya itu menunjukkan dia akan mengalahkan lawannya." jawab
Andika.
Hang
Jebat berlari kencang ke arah Xeu Lang dalam jarak tujuh langkah
tiba-tiba Hang Jebat bertempik kuat dengan kalimah "Zat!", sekelip mata
itu juga Hang Jebat hilang dari pandangan mata Xeu Lang, gerakkan yang
pantas dan misteri. Xeu Lang terkejut bukan kepalang dalam tidak sedar
dia terundur beberapa tapak ke belakang begitu juga 6 orang lagi askar
Pemanah Biru terkejut dengan apa yang mereka saksikan.
Beberapa
detik kemudian Xeu Lang memaling wajahnya ke kiri dan terukir senyuman
yang mengherot dipipinya Hang Jebat muncul kembali dibelakang Xue Lang
sambil tangan kanannya menyentuh bahu kiri Xeu Lang. Mereka sama-sama
telah berhenti menyerang, tangan kanan Hang Jebat masih di bahu kiri Xeu
Lang. Xeu lang pula hanya berdiri tegak tidak melancarkan serangan dia
hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Wahai
Pahlawan Melaka aku telah tewas", kata Xeu Lang dengan suara yang
merendah tiada lagi ketawa galak dari mulutnya, Hang Jebat menapak
beberapa langkah ke hadapan dan berdiri mendepani Xeu Lang. "Tidak Wahai
Serigala Salji belum ada keputusan pun siapa yang menang dan siapa yang
kalah", balas Hang Jebat merendah diri.
Tiba-tiba
Xue Lang mengangkat tangannya separas kepala dan menunduk di hadapan
Hang Jebat tangan kanannya digenggam manakala tangan kirinya memegang
gengamnan tangan kanannya. Xeu Lang membuat tunduk hormat kepada Hang
Jebat.
"Jangan begitu Pahlawan Kerajaan Ming", Hang Jebat terpana seketika dengan tingkah laku Serigala Salji.
Xeu
Lang lantas berkata " Sungguh terbukti Melaka mempunyai
hulubalang-hulubalang yang hebat. "Wahai Pahlawan Melaka aku mohon diri
dahulu untuk masuk ke dalam istana masih ada urusan yang perlu
diselesaikan." Ketika Xeu Lang bertapak beberapa langkah Hang jebat
bersuara "Xeu Lang bolehkah aku bertanya satu soalan." Xeu Lang berhenti
melangkah "ya" jawab Xue Lang "tanyakanlah wahai Hang Jebat."
"Bagaimana
kau tahu aku akan muncul di belakangmu setelah ghaib dari pandangan
mata", tanya Hang Jebat untuk mengetahui rahsia Xeu Lang. Ha! ha! ha!
Xue Lang mula ketawa kembali.
" Wahai Pahlahawan Melaka sebenarnya aku dapat mencium bau badanmu,aku mempunyai pancaindera bau yang aneh. Walaubagaimana ramai manusia yang berada di sini, aku dapat menghidu bau badan setiap dari mereka dan setiap kita mempunyai bau badan yang berbeza. Hatta bau tubuh Maharaja juga aku dapat pastikan, malah jika tempat itu ditinggalkan dalam masa setengah jam, aku masih boleh menghidu baunya.
" Wahai Pahlahawan Melaka sebenarnya aku dapat mencium bau badanmu,aku mempunyai pancaindera bau yang aneh. Walaubagaimana ramai manusia yang berada di sini, aku dapat menghidu bau badan setiap dari mereka dan setiap kita mempunyai bau badan yang berbeza. Hatta bau tubuh Maharaja juga aku dapat pastikan, malah jika tempat itu ditinggalkan dalam masa setengah jam, aku masih boleh menghidu baunya.
Hang
Jebat terkejut dengan jawapan itu ternyata Xeu Lang bukan calang-calang
Hulubalang dia mempunyai kelebihan yang aneh,padanlah Maharaja
menggelarnya Serigala salji.
Agin dingin mula bertiup lembut di Luar kota Larangan tersebut bau bunga teraitai mulai mengapung disekelilingnya.
Xeu
Lang dan enam orang tenteranya mulai melangkah pergi meninggalkan Hang
Jebat dan Angkatan Perang Melaka, beberapa tapak Xeu Lang melangkah dia
berhenti dan menoleh kepada mereka. Xeu Lang tersenyum lantas
mengucapkan
" Assalamualaikum"
" Assalamualaikum"
serentak
Angkatan Perang Melaka menjawab salamnya dalam keadaan terkejut.
Masing-masing bertanya antara satu sama lain. Andika melangkah pantas ke
arah Xeu Lang. " apakah tuan hamba beragama Islam?" Tanya Andika untuk
mendapatkan kepastian. Xeu Lang tersenyum lalu menjawab " Ya aku dan
teman-teman ku ini beragama Islam".
Allahuakbar!
laung kesemua Angkatan Perang Melaka. Hang Jebat bertapak ke hadapan
Xeu Lang lalu mendakap tubuhnya. "Subhanallah kita bersaudara, kita
bersaudara" luah Hang Jebat dengan nada terharu. Xeu Lang membalas
pelukan Hang Jebat, yang lain datang menghulurkan tangan berjabat salam.
"
Maafkan kita wahai pahlawan Melaka, boleh jadi sikap kita menjengkelkan
sebentar tadi, jika tidak buat demikian masakan kita dapat tahu
kehebatan Bangsa Melayu."
Hang
Jebat mengangguk perlahan. " Semoga kita dapat bertemu lagi saudaraku
semua." kata Xeu Lang sambil mengorak langkah ke dalam
Istana.
Hatinya kini galau tidak tahu mengapa dititah ke istana dalam keadaan cemas...
Bersambung.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.