AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Sunday, December 11, 2011

SULUK SUFI VS MEDITASI YOGA


Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Terasa berat juga untuk saya menulis berkaitan dengan topik ini kerana ia melibatkan sesuatu yang amat seni ,halus dan bertahap spiritual yang agak tinggi.Namun desakan hati kecil saya cukup kuat untuk meneruskan penulisan ini biarpun selepas ini mungkin ada sedikit kontroversi dan pelbagai komen dari anda semua.Apapun, prinsip saya mudah saja,iaitu :
Nyatakanlah kebenaran itu biarpun ia amat pahit.


Sebenarnya sebelum fatwa Pengharaman Yoga,saya sudah lama mengkaji serba sedikit tentang amalan Yoga ini.Saya juga ada membuat pembacaan sedikit berkaitan tentang Warna,Aura,Chakra,Kundalini,Meditasi dan Mantra yang ada hubungkait dengan amalan Yoga.Kesimpulan yang saya dapat ialah amalan ini sebenarnya bercampur-aduk unsur-unsur keagamaan hindu .Ini boleh dilihat dengan jelas bila seseorang Yogi menaiki tingkatan tinggi dalam amalan Yoga .Ia berlaku bila seorang Yogi atau pengamal Yoga yang pada mulanya hanya belajar sekadar untuk riadah atau memenuhi masa lapang atau untuk manfaat kesihatan tubuh badan berasa cukup selesa lalu dinaikkan tahap mereka ketingkat yang lebih tinggi.Pada peringkat-peringkat yang semakin tinggi inilah seorang Yogi khususnya seorang muslim tidak sedar yang dirinya mula dimasuki unsur-unsur hindu dan pemujaan sewaktu mengamalkan meditasi-Yoga .Oleh itu Fatwa Pengharaman Yoga oleh majlis fatwa kebangsaan ini adalah tepat sekali pada masanya biarpun saya merasakan mereka agak sedikit terlewat.


Mengapa amalan Yoga semakin diminati oleh manusia di zaman moden ini? Kenapa pula manusia berasa amat selesa dan tenang bila selesai menjalani meditasi-Yoga?Mengapa bangsa melayu begitu mudah terpengaruh dengan amalan Yoga ini? Persoalan-persoalan inilah yang sering bermain di fikiran saya.Bukankah Bangsa Melayu ini terkenal dengan alter tersembunyi semulajadinya yang cenderung kepada hal-hal yang berkaitan dengan spiritual yang tinggi,malah sebelum kedatangan islam ke tanah jawi ini pun orang-orang melayu sudah memiliki tahap spiritual dan sudahpun melalui perjalanan kerohanian yang tinggi.


Persoalan-persoalan di atas sebenarnya terjawab bila kita kembali kepada ajaran islam yang tulen berpandukan Al-Qur an ,Hadis dan Sunnah Nabi.Jawapan yang paling tepat bagi persoalan di atas ialah bila manusia melayu islam itu membuang tasawuf dalam ajaran agama islam itu sendiri,malah mereka menuduh pengamal tasawuf yang mengikuti jalan kesufian itu sesat dan mengamalkan bid’ah iaitu mengada-ngadakan ajaran baru dalam islam.Kemuncak kepada kebencian mereka di Nusantara ini ialah ketika mereka menghukum Syeikh Hamzah Fansuri dan pengikutnya yang mengamalkan tasawuf peringkat tinggi itu sesat dan patut dibunuh.Oleh itu tasawuf peringkat tinggi dan segala ilmu-ilmu ketuhanan yang seni-seni semakin hari semakin terpinggir.Kebanyakan Ulama moden masakini, malah ada yang bertaraf Mufti pun kadang kadang tidak memahami betul-betul inti pengajian ilmu tasawuf apa lagi untuk mengamalkan zikir-zikir tertentu atau mengamalkan sesuatu tareqat sedangkan kita semua tahu kebanyakan Ulama masa lampau yang hebat-hebat seperti Sheikh Daud Al-Fathani,Sheikh Abdus Samad Al-Palimbani,Tokku Paloh dan ramai lagi adalah orang-orang yang Arif Billah dan bertaraf wali juga mengamalkan Tasawuf.


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa raja-raja yang hebat disepanjang sejarah bangsa seperti Sultan Malikul Salih atau Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga adalah pengamal tasawuf peringkat tinggi ini.Adakah Ulama masa kini lebih hebat berbanding ulama silam?jawapannya – sama sekali tidak! Lihat kenyataan Al-Qur an dalam surah Al Waqiah,bukankah golongan yang dekat dengan Allah itu semakin berkurangan dan lebih sedikit kini berbanding masa lalu? Itulah sebabnya Ulama moden takut bersuara atau berhujah dalam hal-hal keagamaan yang rumit atau mendalam yang menyangkut berkaitan akidah dan ketuhanan.Mereka agak takut untuk berhujah dengan Ayah Pin atau Rasul Melayu! Kerana apa mereka takut? Kerana mereka juga tidak begitu mengenali diri mereka sendiri atau belum kenal Tuhan dengan sebenar benarnya.Sijil yang mereka cari dan perolehi hanyalah untuk memenuhi syarat memohon kerja atau surat perlantikan mereka hanyalah untuk ditampalkan di dinding-dinding rumah sahaja, sedangkan ulama dahulu bermusafir mencari ilmu ke merata pelosok dunia,beramal dengan ilmu mereka ,berusaha mencari bekalan ukhrawi, sehingga ada yang mencapai taraf Ulama Dunia dan diberi tanggungjawab yang besar untuk mengajar di masjidil haram Mekah tanpa dipinta atau bukan dengan jalan bodekan atau rasuah!mereka benar-benar layak dari segi ilmu dan ketokohannya!Mana mungkin Ulama moden atau ulama feqah boleh berhujah sekiranya mereka tidak boleh membaca isi hati lawan,pandangan matahati atau basirah mereka tidak boleh menembusi hijab atau mereka tidak mampu mendapat ilmu laduni untuk berhujah.Apakah mereka sudah sampai tahap ilmu seperti Tokku Paloh yang boleh menyengetkan kapal hanya dengan menyengetkan serban beliau atau bolehkah mereka menggunakan kuasa psikik atau batin mereka untuk melekatkan kerusi ke punggung wakil Inggeris seperti yang dilakukan oleh Tokku Paloh dengan izin Allah?


Maafkan saya kiranya saya beranggapan yang kebanyakan Ulama Moden(
tidak semua) telah membeli dunia dengan akhirat mereka.Mereka tidak berminat untuk membimbing bangsa melayu-islam ini dalam hal hal kerohanian yang tinggi.Bagi mereka cukuplah mengamalkan islam ala-kadar,melaksanakan rukun islam yang lima dan hal-hal yang wajib sahaja.Amalkan syariat sudah cukup,tareqat tidak perlu.Oleh itu ,mana mungkin mencapai hakikat dan makrifat tanpa tareqat ?.Apa yang lebih menyedihkan bila Ulama Moden banyak terlibat dengan politik.Mereka telah menjual agama demi mengejar pangkat dan kedudukan di dunia.Agama digunakan untuk memancing undi dan memperbodohkan orang ramai terutamanya orang melayu yang beranggapan agama islam ini agama keturunan mereka,padahal mereka lupa yang nenek moyang mereka beribu-ribu tahun dahulu adalah penganut Hindu dan Budha yang tegar!Mereka tidak mahu belajar sejarah bangsa dan dibiarkan hanyut dengan pemikiran sempit dan pemikiran jumud mereka.Mereka selesa dengan gelaran ustaz,Tuan Guru,Al-fadhil,mursyidul,YAB dan sebagainya.Serban,kopiah,janggut,jubah dan parti tertentu digunakan untuk mengelabui mata orang ramai dari melihat kebenaran.Mereka berpidato di pentas politik dengan penuh semangat menggunakan ayat-ayat suci Al-qur an, Kononnya merekalah yang benar dan merekalah yang berada di pihak yang benar.Orang lain semuanya salah,semua orang yang tidak sehaluan dengan mereka di cap pendokong sistem kapitalis dan sekular ciptaan penjajah dan yahudi biarpun tanpa sedar mereka juga bergelumang dengan orang-orang yang cuba menghancurkan islam dan mereka juga tanpa sedar sedang mendokong sistem yang lebih teruk iaitu idealisme komunis dan konsep ketuanan rakyat dengan membelakangkan pemimpin dan raja.


Bila si Alim asyik dengan dunia dan segala isinya,maka si jahil yang dahagakan ilmu mula mencari tempat untuk mengenali diri.Mereka sudah bosan dengan kehidupan dunia yang sibuk,bising,mengutamakan material,mementingkan diri dan kerjaya,masalah sosial,kewangan dan pelbagai lagi masalah yang menggangu emosi dan jiwa mereka .Maka singgahlah mereka ini di markas ajaran sesat lalu jadilah mereka orang yang sesat lagi menyesatkan atau bermukimlah mereka di daerah yang sunyi untuk mencari sedikit ketenangan jiwa.Lalu ada di antara mereka mula menjinakkan diri dengan amalan Yoga dan mula bermeditasi mengikut ajaran Yoga.Sedar atau tidak jiwa dan raga mereka semakin hanyut dengan amalan ini sehingga sampai kepada satu tahap pemujaan kepada selain dari Allah.


Namun bila fatwa dikeluarkan,timbul pula bermacam-macam persoalan dari pengamal Yoga diseluruh dunia terutamanya dari kalangan orang melayu islam.Maka jawapan yang tidak berapa jelas dan bernas telah diberikan kenapa Yoga diharamkan sehinggakan banyak orang memperlekehkan institusi Mufti dan Majlis fatwa kebangsaan.Memang benar, amalan Yoga yang merupakan gerakan tubuh badan berupa senaman untuk kesihatan ini tidak salah,tetapi apa yang salah ialah bila si Yogi itu memasuki peringkat meditasi-Yoga peringkat tinggi dan mula membaca mantranya sekali.



Apa yang salah dari yoga itu? Kata mereka, ia hanyalah suatu "sains-spiritual".Yoga telah wujud lebih kurang 5,000 tahun yang lalu,dan telah memberikan banyak manfaat kepada pengamalnya baik secara fizikal, emosi, fikiran, dan jiwa pada manusia.Seluruh manusia di dunia ini, baik di timur maupun barat, baik di utara maupun selatan, telah mengambil manfaat dari sains-spiritual ini.Maka, kenapa sesuatu yang jelas memberikan manfaat pada manusia seperti yoga harus diharamkan?


Apa itu Yoga? Perkataan Yoga-berasal dari bahasa Sanskrit, yang artinya kesatuan, keesaan-jelas tidak mengenal terminologi pemisahan tubuh dan jiwa, atau pemisahan jasad dan spiritual.Bagi para pengamal yoga sejati,mengamalkan Fizikal-Yoga bererti menyegarkan rohani kerana bagi mereka jasad tanpa jiwa adalah bangkai dan jiwa tanpa jasad adalah khayalan atau ilusi semata-mata.



Benarkah Yoga itu Hindu?


Bagi pengamal Yoga,mereka menafikan bahawa amalan ini diresapi unsur agama hindu kerana Yoga wujud lebih awal dari Hindu itu sendiri iaitu sebelum apa yang disebut ‘agama Hindu’.Yoga sudah ada sebelum para penulis Kitab Veda dan Vedanta dalam tradisi spiritual di Sindh/Sindhi/Sindu/India ada. Fakta sejarah menunjukkan yoga telah wujud jauh sebelum apa yang kita kenal sebagai agama langit dan agama bumi ada.


Bagi mereka Yoga bukanlah sebahagian dari agama tertentu; Yoga dapat berasimilasi dengan berbagai agama yang ada, berbagai tradisi dan beraneka ragam kebudayaan di dunia. Yoga dapat berasimilasi dengan tradisi budaya di Sindh/India, China, Indonesia,Malaysia, Eropah, Arab, Timur Tengah, Amerika, dan Afrika. Yoga dapat menerima tradisi spiritual dari seberang sungai Sindhu, dari gurun pasir di Timur Tengah dan Arab, dari Pegunungan Kaukasus di Eropah, dari kepulauan di Nusantara, dll. Yoga juga terbuka terhadap sains, terhadap kajian ilmiah, terhadap kemajuan teknologi, bahkan juga terhadap seni.



Ada di antara pengamal Yoga yang agak bijak pula berkata Yoga adalah satu sains-holistik tentang manusia. Sebagai sains, sebagai ilmu, maka yoga sama seperti teori graviti Newton atau teori relativity Einstein dalam fizik moden.Oleh sebab itu,kata mereka jika yoga diharamkan, sama saja dengan mengharamkan ilmu yang bermanfaat bagi kehidupan manusia.Jadi mengapa pula pihak Majlis fatwa tidak mengharamkan ilmu fizik moden itu kerana ianya berasal dari kebudayaan "kafir", dari agama Kristian, dan Yahudi? Bukankah Einstein berbangsa Yahudi? Bukankah Newton seorang Kristian yang taat?


Ada juga golongan peminat tegar Yoga membantai Mufti dan ulama dengan firman Allah swt ini :

 “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (Al-Maidaah: 87).


Persoalan besar yang perlu dijawab oleh kita pula ialah jika Yoga itu wujud sebelum agama Hindu wujud,jadi siapa pula yang memperkenalkan Yoga ini kepada manusia?

Dari zaman nabi Adam hinggalah nabi Muhammad SAW sememangnya telah berlalu ribuan nabi dan rasul.Hanya Allah SWT saja yang mengetahui jumlah yang sebenarnya.

Mungkinkah amalan Yoga ini adalah satu amalan yang diturunkan oleh Allah SWT untuk manusia,kita pun tidak pasti.Namun ada kajian mendapati agama Hindu itu adalah satu ajaran yang berasal dari langit yang diselewengkan menjadi agama Hindu.



Satu artikel menarik yang saya petik dari blog Kanzun Mahfiyyan @ http://fafiruilallah.blogspot.com berkaitan Uphanisad ini sangat menarik hati saya .Sila baca dibawah :Klik Sini

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


UPANISHAD ERTINYA MUQARRABIN.

Perkataan Upanishad bererti ‘duduk dekat’. ‘Upa’ bereri ‘dekat’ , ‘ni’ bererti ‘bawah’ , dan ‘shad’ bermakna duduk’. Di dalamnya terkandung tulisan dalam betuk prosa dan sajak mengenai soal-jawab di antara guru dengan si penanya, pertemuan-pertemuan rahsia, perdebatan yang dilangsungkan oleh kelompok-kelompok tertentu dan orang-orang tertentu di dalam hutan. Upanishad yang tertua boleh jadi digunakan di antara tahun 800 dan 300 sebelum Al Masih.

Jangka waktu itu adalah zaman munculnya beberapa agama dan pemikiran di berbagai-bagai negeri dan bangsa.Pada jangka waktu itulah juga munculnya Buddha di India, Phytogoras, Heraclitus, Socrates, Plato, Aristotle dan lain-lain di Yunani, Zarahsutera di Parsi, Kung Fu Tze, Lao Tze dan Meng Tze di China.



Diperturunkan beberapa petikan mengenai Upanishad:

Upanishad adalah satu koleksi ‘perjanjian-perjanjian spekulasi’ (speculative treaties) digubah pada 800-600sm. Upanishad ialah mengenai ‘pengajaran secara rahsia’ (the idea of secret teaching) dalam ‘doa dan lagu-lagu agama’ (hymn) dan formula magik yang diberi penekanan dalam veda, lantas berubah menjadi ‘idea-idea mistik (kebatinan dan tasauf) mengenai manusia dan alam semesta’ di dalam Upanishad, terutamanya mengenai Brahman yang abadi yang merupakan sumber kehidupan (Hakikaat Wujud Yang Nyata) dan atman iaitu ‘diri’ atau roh. (the eternal Brahman which is the basis of all reality, and the atman, which is the self or the soul).

Istilah Upanishad secara tepatnya ialah ‘mereka yang bedekatan - golongan muqarrabin’(those who sit near’), golongan yang dapat mendengar dengan begitu pasti dan teliti mengenai doktrin-doktrin rahsia dari seorang guru kerohanian.Walaupun ada melebihi 200 Upanishad, Cuma 15 sahaja yang disebut oleh pengulas falsafah yang bernama Shankara (788-820M).Kesemua 15 mereka dan Maitri dianggap sebagai Vedic (Tuhan) dan merupakan golongan muqarrabin yang terpenting (The Principal Upanishad); yang selebihnya ditulis kemudian yang dikaitkan dengan Puranic yang memuja Shiva, Shakti dan Vishnu. Upanishad yang tertua dan terpanjang ialah Brihad - Aranyaka dan Chandogya yang ditulis sekitar abad ke 7sm.

Unsur Tauhid

‘perjanjian-perjanjian spekulasi’ boleh jadi yang dimaksudkan ialah mengenai janji-janji, ikrar dan perjanjian antara Allah dengan para Nabi dan Rasul atau ikrar antara para Nabi dan Rasul dengan umat masing-masing. Unsur-unsur sedemikian dirakamkan dalam Al Quran:

‘Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para Nabi: “Sungguh apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa Kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang Rasul (Nabi Muhammad saw) yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. Allah berfirman:”Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjianKu terhadap yang demikian itu?”. Mereka menjawab:”Kami mengaku”. Allah berfirman:” Kalau begitu saksikanlah (hai para Nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu’ (Ali Imran:81)

Kesah ini adalah kesah di alam roh, antara Allah Taala dengan para Nabi dan Rasul dan semua kesah di alam roh telah tidak diingati lagi oleh manusia apabila rohnya bersemadi di alam jasad di dunia. Melalui wahyu, Allah memperingatkan kembali kepada manusia mengenai sejarah awal masing-masing.

‘pengajaran secara rahsia’ memang menjadi tradisi dalam sejarah dakwah agama apabila para Nabi dan Rasul tidak dapat menyampaikan agama secara terang-terangan dan terbuka kerana ancaman pihak yang berkuasa dan musuh-musuh Ilmu Tauhid. Sejarah penentangan terus-menerus berlaku terhadap para Nabi dan Rasul sebagaimana diperjelaskan dalam bahagian yang lalu dan sifat penentangan ini akan terus-menerus berlaku sepanjang zaman kerana demikianlah ikrar Azazil dan bala tentera iblis.

Ilmu Tauhid berkaitan dengan Tasauf dan Mistik sebahagiannya memang tergolong dalam kategori ilmu rahsia terutama pada tahap metakognitif dan metafizika kerana konsep-konsepnya mengenai hakikat dan makrifat yang amat abstrak, halus mendalam dan berlapis-lapis penuh kiasan, ibarat dan tamsilan dikuatiri akan menimbulkan salah faham dan salah tafsir bagi golongan yang belum mendalami agama terutama mengenai ayat-ayat muatsyabihat. Mengenai hal ini Imam al Ghazali dalam Ihya Ulumiddin melalui hadis riwayat Abu Hurairah ra menyatakan:

‘Sesungguhnya sebahagian dari ilmu itu seakan-akan seperti keadaan tertutup yang tidak diketahui selain oleh ahli yang mengenal Allah Taala (makrifat). Apabila mereka mempercakapkannya maka tidak ada yang tidak mengerti selain dari orang-orang yang telah tertipu, jauh dari Allah Taala. Dari itu janganlah kamu hinakan seorang yang telah berilmu, yang dianugerahi oleh Allah Taala ilmu tersebut kerana Allah Taala sendiri tidak menghinakannya kerana telah menganugerahi ilmu tadi’ (Ihya Jld.1 hal.98)

Penghinaan, tentangan dan permusuhan, bahkan pembunuhan akan berlaku andaikata hal-hal rahsia ini dibicarakan pada keadaan yang tidak sesuai dengan khalayak persekitaran sebagaimana pernah terjadi dalam sejarah yang lalu.

Berkata Ibnu Abbas ra mengenai firman Allah Taala yang bemaksud:

‘Tuhan yang menciptakan tujuh langit dan bumi serupa itu pula. Di tengah-tengah (semua) nya turunlah perintah Tuhan (Ath Thaalaq:65:12)

‘Kalau aku terangkan tafsirnya, kata Ibnu Abbas selanjutnya, nescaya kamu akan memukul aku sampai mati’

Berkata Abu Hurairah ra: “Aku menghafal dari Rasulullah saw dua bahagian ilmu. Yang satu aku perkembangkan dan yang satu lagi, jikalau aku perkembangkan, maka putuslah leher ini” (Ihya Ulumiddin Jld. 1 hal: 358)

‘doa dan lagu-lagu agama’(hymn) boleh jadi yang dimaksudkan adalah amalan-amalan yang biasa diamalkan oleh kaum muslimin dan muslimat berupa wirid, doa, ratib, zikir, ayat-ayat tertentu yang dibaca berulang-ulang dan sebagainya yang barangkali penuh dengan sanjungan, puji-pujian atas kemuliaan dan kebesaran Tuhan.

‘idea-idea mistik (Ilmu Ketuhanan, Tasauf dan Kebatinan) mengenai manusia dan alam semesta’.

Manusia dan alam semesta penuh dengan keajaiban dan rahsia. Alam zahirnya penuh rahsia dan alam batinnya adalah lautan maha rahsia. Rahsia-rahsia lautan zahir dan lautan batin mengenai manusia dan alam ini hanya terungkai melalui Ilmu Tasauf dan Kebatinan. Pengetahuan mengenai keajaiban dan rahsia ini diperolehi oleh para Nabi dan Rasul termasuk aulia Allah hanya setelah memiliki ilmu makrifah, menerusi mujahadah, khilwah, meditasi, uzlah, tafakkur, bertapa dan seumpamanya yang menghasilkan ilham dan penemuan untuk terciptanya kemajuan dan tamadun. Untuk berfungsi sepenuhnya sebagai Khalifah Allah, Al Quran menganjurkan melalui banyak ayat supaya manusia berfikir, menyelidik dan mengkaji rahsia-rahsia besar yang masih terlalu banyak misteri yang belum lagi terjawab.

Firman Allah mengenai alam semesta:

‘Apakah kamu tidak melihat bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi hijau?’ (Al Hajj:63)

‘Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya’ (Ar Ruum;24)

Ayat-ayat di atas adalah rahsia dalam ilmu geografi dan sains terutamanya bidang kimia dan pertanian. Sebahagian rahsia telah terbuka kepada manusia. Ayat-ayat yang berikut adalah mengenai sains angkasa lepas, astronomi, matematik dan fizik yang masih terlalu luas belum terbuka.

‘Dan di antara kekuasaanNya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradatNya.Kemudian apabia Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi (kubur), seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur) - ( Ar Ruum:25)

‘Apakah kamu tidak melihat bahawasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang belayar di lautan dengan perintahNya? Dan Dia menahan langit jatuh ke bumi, melainkan dengan izinNya?’ (Al Hajj:65)

‘Sesungguhnya sehari di sisi Tuhan mu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung’ (Al Hajj:47)

Cabaran Allah swt yang paling hebat untuk manusia mengenai alam semesta ialah:

‘Hai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah; kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan’ (Ar Rahman:33)

Untuk membicarakan keajaiban alam semesta dalam ayat-ayat di atas, berpuluh-puluh kombinasi ilmu diperlukan, misalnya geografi, sains pertanian, sains hayat, graviti, sains angkasa lepas, matematik, fizik, kimia dan seluruh cabang-cabang bagi setiap induk ilmu tersebut.

Manusia sekadar diberi daya untuk meneroka planet-planet dalam sekitar langit bumi. Manusia telah pun sampai ke bulan, tetapi teknologi angkasa lepas manusia sekadar mampu menghantar roket tanpa manusia ke planet Marikh yang sejauh 214 juta kilometer dalam penerbangan selama 11 bulan. Sekarang manusia dalam misi menghantar roket ke Planet Pluto yang dijangka tiba pada tahun 2015 dalam penerbangan selama 9 tahun. Setakat itulah pencapaian. Bagaimana dengan galaksi Bima Sakti, Andromeida dan lain-lain yang jarak jauhnya dikira dengan ratusan ribu tahun-tahun cahaya? Tentulah mustahil!

Mengenai keajaiban manusia pula bacalah firman-firman berikut:

‘Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia mencipta kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak’

‘Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir’

‘Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah mencipta langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui (Ar Ruum:20-22)

Mengenai Ketuhanaan, Tasauf dan Kebatinan:

‘…maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah’ (Al Baqarah:115)
‘Allah Cahaya langit dan bumi’ (An Nuur:35)

‘(Ar Rahman:29)Semua yang ada di langit di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan’

‘Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhan mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan’ (Ar Rahman:26)

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, Upanishad seharusnya dikaji dan diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa moden supaya rahsia mistiknya dapat diketahui secara pasti.

Allah, manusia dan alam semesta adalah persoalan falsafah yang sangat tinggi. Akal bistari, kecemerlangan intelek dan pandangan yang tajam lagi halus dan yang teristiewa sekali ialah melalui kasyaf dan terbuka hijab sangat diperlukan untuk menghuraikannya secara tepat dan terperinci yang rahsia besarnya tersembunyi dalam hakikat Ahadiah dan menefestasi Nur Allah dan Nur Muhammad

Upanishad bermakna ‘muqarrabin’. Muqarrabin bererti hampir atau dekat (karib) iaitu sekumpulan yang amat sedikit bilangannya, terdiri dari para Nabi dan Rasul, golongan yang benar (syiddiqin), muttaqin (golongan yang bertakwa) dari kalangan aulia Allah dan hamba-hamba Allah yang solleh. Mereka adalah hamba-hamba Allah yang ‘hampir’ dengan Alllah persis malaikat muqarrabin (10 orang malaikat - Jibrail as, Mikail as, Israfil as, Izrail as dll).


Golongan muqarrabin lebih tinggi darjatnya dari Golongan Kanan (Asyhabul Yamin), melepasi Assiratal Mustakim dengan sedikit hisab atau tanpa hisab. Sesuailah golongan ini (Upanishad) mendapat ilham tinggi atau Ilmu Laduni (doktrin rahsia) sehingga yang termuat dalam kitab ini adalah konsep-konsep yang sangat halus mendalam sehingga tidak terjangkau oleh fikiran-fikiran biasa dari orang-orang biasa. Justru golongan muqarrabin (Upanishad) sentiasa berdampingan dengan Maitri untuk mendapatkan kupasan-kupasan mengenai perkara yang abstrak menyentuh soal metakognitif, metaetika, metafizika, hakikat dan makrifat kerana Maitri bererti ‘utusan’ dan utusan tentunya merujuk kepada utusan-utusan Tuhan Allah Rabbul Alamin yang bergelar Nabi dan Rasul.

Inilah yang termuat dalam tamadun ilmu Islam yang bila dibicarakan di hadapan umum, maka dihukum sesat oleh ilmuan Islam yang tidak sampai kepada aras mukasyafah (terbuka hijab). Inilah bidang ilmu mukasyafah iaitu bidang ilmu yang termasuk dalam kategori ilmu rahsia yang tidak dibicarakan kecuali sesama yang faham. Petikan-petikan berikut, semoga dapat memberikan kefahaman untuk memecahkan kekeliruan dalam agama.


Sabda Rasulullah saw:

'Tidaklah Abu Bakar melebihi dari kamu disebabkan banyak puasa dan bersolat. Tetapi adalah disebabkan oleh suatu sirr (rahsia) yang mulia dalam dadanya’ (Ihya Ulumiddin hal:358)

‘Tuhan yang menciptakan tujuh langit dan bumi serupa itu pula. Di tengah-tengah (semua) nya turunlah perintah Tuhan (Ath Thaalaq:65:12)

‘Kalau aku terangkan tafsirnya, kata Ibnu Abbas selanjutnya, nescaya kamu akan memukul aku sampai mati’

Berkata Abu Hurairah ra: “Aku menghafal dari Rasulullah saw dua bahagian ilmu. Yang satu aku perkembangkan dan yang satu lagi, jikalau aku perkembangkan, maka putuslah leher ini” (Ihya Ulumiddin Jld. 1 hal: 358)

Merujuk kepada perkara inilah Saidina Ali Karamallah huwahja mengatakan: ‘Jikalau aku mahu, nescaya dapatlah aku isikan pikulan tujuh puluh ekor unta dari penafsiran surah Al Fatihah sahaja’. (Ihya Ulumiddin Jld.2 hal 132)

Apabila menyentuh ayat-ayat mutasyabihat dalam Al Quran, para ilmuan Islam yang ikhlas hati dan jiwanya terhadap agama, dan belum pernah pula terbuka kepada kefahaman mukasyafah akan berlapang dada dan mengakui dengan penuh merendah diri betapa semuanya itu hanya Allah swt sahajalah Yang Maha Mengetahui hakikatnya selain sebahagian kecil Rasul-Rasul utama dan auliya-auliya Allah yang agung.


Bagaimana pula dengan Kitab Veda dan ajaran Sanatara-Dharma?

Sila baca artikel selanjutnya dari blog yang sama:

Upa Purana meriwayatkan Manu adalah manusia pertama dicipta. Keturunan Manu Pertama berlanjutan sampai ke Manu Keenam tetapi semuanya binasa oleh Topan Besar yang melanda permukaan bumi, kecuali satu keluarga yang selamat. Keluarga yang selamat itu dipanggil Manu Ketujuh dan merupakan asal-usul manusia yang ada sekarang ini.Manu Ketujuh disebut Vaivaswata. Vaivaswata dikatakan telah menyusun hukum-hukum yang dikenali dengan Kitab Hukum Manu.

Kesah Topan besar yang membinasakan seluruh keturunan umat manusia kecuali Manu Ketujuh samalah dengan kesah banjir zaman Nabi Allah Nuh as. Manu Ketujuh yang bernama Vaivaswata tentulah – menurut sangkaan yang kuat - adalah Nabi Nuh as dan Manu-Manu sebelumnya tentulah para Nabi dan Rasul utama sebelum terutusnya Nabi Nuh as.

Kesah mengenai kehancuran oleh banjir besar – topan besar dalam Upa Purana – dirakamkan dalam al Quran dalam ayat berikut:

“Kami berfirman’Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang dan keluargamu kecuali orang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan orang-orang yang beriman. Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit’.
Dan Nuh berkata:’Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Dan bahtera itu belayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya, sedang anaknya berada di tempat yang jauh terpencil:”Hai Anakku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir”

Anaknya menjawab:”Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah”. Nuh berkata:”Tidak ada yang melindung hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang”:.Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.
Dan difirmankan:”Hai bumi, telanlah airmu, dan hai langit berhentilah”. Dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan:”Binasalah orang-orang yang zalim” – Hud:40-44.

Kitab Hukum Manu yang disusun oleh Vaivaswata – Nabi Nuh as – besar kemungkinan dapat dikesan dalam Kitab Veda yang menjadi kitab kepercayaan agama Sanatara-Dharma. Istilah Hindu adalah istilah yang menurut sejarahnya adalah istilah yang telah didahului oleh istilah Sanatara-dharma. Sanatara-dharma yang dirujuk kepada agama yang tertua ini bermakna ‘agama yang abadi’ atau ‘agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan’. Istilah `abadi’ dan `tiada permulaan dan tiada kesudahan’ adalah konsep yang sangat halus mendalam dalam ajaran Tauhid yang merujuk kepada Allah sebagai Zat Yang Kekal Abadi dan Zat Yang Tiada Permulaan dan Tiada Kesudahan.

Firman Allah:

‘Dialah Yang Awal dan Yang Akhir’(Al Hadid:3)

‘Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus..’(Al Baqarah:255)

Dengan penjelasan ini tentulah boleh ditegaskan bahawa agama Sanatara-dharma iaitu ‘agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan (abadi) ini’ adalah agama yang memang terilham mutlak bersumber dari Zat Yang Maha Esa, sebagai Tuhan Yang Hidup Kekal Abadi, Yang Tidak Ada Awal dan Akhir bagiNya. Agama Sanatara-dharma ini sudah pasti adalah agamaNya yang ZatNya Kekal Abadi tetapi kemudiannya bertukar menjadi Agama Hindu. Istilah Sanatara-dharma bertukar kepada Hindu, iaitu dari perkataan Sindhu bersempena nama sebuah lembah Sungai Sindhu kerana di lembah sungai inilah orang-orang Arya yang bermigrasi ke India membina penghidupan sambil mengamalkan ajaran sebuah agama Tauhid yang sudah keliru dan bercelaru setelah melalui masa ribuan tahun sebelumnya pada zaman selepas Nabi Nuh as, Nabi Hud as, Nabi Salleh as dan Nabi Ibrahim as yang penuh dengan tribulasi, konfrontasi dan tentangan. Tentulah tidak mustahil istilah Hindu menjadi istilah yang lebih dominan dan berkuasa dalam tamadun di lembah Sungai Sindhu yang kian berkembang, menggantikan istilah Sanatara-dharma yang konsepnya telah kian luntur itu.

Ajaran Tauhid yang bermula sejak zaman Nabi Adam as adalah ajaran-ajaran dari langit yang sesungguhnya penuh ‘hikmah dan kebijaksanaan’. Lihatlah penjelasan Al Quran:

‘Yaasiin.Demi Al Quran yang penuh hikmah’ ( Yaasiin:1-2)

Al Quran adalah Al Kitab untuk membolehkan manusia memperoleh kebijaksanaan dan hikmah. Semua kitab-kitab dari langit sarat dengan hikmah dan kebijaksanaan. Kitab Veda adalah sebahagian dari Suhuf-Suhuf yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu justru istilah Veda sendiri membawa erti ‘hikmah dan kebijaksanaan’. Apakah bukan hikmah dan kebijaksanaan apabila kandungan dalamVeda sendiri antara lainnya adalah mengenai kesedaran dan kejiwaan tinggi, bukan sekadar intelektual semata-mata?

Istilah Veda berasal dari bahasa Sanskrit dari akar kata ‘wid’ yang kemudiannya berkembang menjadi weda atau widya yang bererti ilmu, pengetahuan dan kebijaksanaan. Seperti diperjelaskan, ajaran tauhid dari Suhuf-Suhuf dan al Kitab adalah ajaran yang sarat dengan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan. Dengan ilmulah manusia akan memperolehi kebijaksanaan.Ilmu dan kebijaksanaan ini tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada sesiapa oleh Allah yang merupakan Pemilik dan Sumber Ilmu. Kebijaksanaan adalah terkhusus kepada para Nabi dan Rasul kerana mereka adalah Pesuruh-Pesuruh Allah yang akan memberikan kebijaksanaan (veda), kemajuan dan tamadun kepada umat manusia.


Kitab Veda diperolehi secara ‘sruti’ iaitu sabda suci yang merupakan ajaran langsung yang diwahyukan oleh Brahman (Supreme God – Tuhan Agong) kepada setiap ‘rishi’ dan ‘maha rishi’ (orang suci). Ajaran dalam kitab Veda juga dihasilkan menerusi ‘smirti’ iaitu tradisi dalam bentuk ucapan, perbuatan dan tulisan dari seseorang rishi atau ajaran guru (archaya) dan avatar.Para rishi dan maha rishi menerima ajaran dalam keadaan ‘samadhi’ iaitu secara bersemadi atau bersunyi diri.


Keterangan di atas menghampirkan Veda dengan tradisi penurunan agama Tauhid melalui firman Allah kepada para Nabi dan Rasul rh yang diterima melalui khilwah dan bertapa atau mengasingkan diri dari kesibukan manusia dan dunia. ‘Sruti’ hampir atau bagaikan menyamai tradisi penurunan wahyu sementara ‘smirti’ menghampiri tradisi Hadis dan Sunnah Rasul. Dengan begitu tentulah ‘Sruti’ bererti Firman Tuhan (wahyu) sementara ‘smirti’ adalah Sabda Junjungan (hadis) dari para Nabi dan Rasul (rishi dan maha rishi).


Selain itu Veda juga diertikan ‘kebijaksanaan dari Cahaya Putih’. Pemilik dan sumber kebijaksanaan adalah Allah Rabbul Alamin. Allah adalah sumber bagi segala sesuatu di seluruh alam semesta ini. Apabila Veda bermakna ‘kebijaksanaan dari Cahaya Putih’, maka Cahaya Putih amatlah sinonim dengan Firman Allah swt:

“Allah Cahaya Langit dan bumi’ - An Nuur:35)

Adalah dipercayai kitab Veda yang mengandungi bait-bait puisi, doa dan upacara-upacara keagamaan ini digubah secara bertulis dalam tempoh melebihi jangkamasa seribu tahun bermula 1400sm. Sebelum Veda dikenali dalam bentuk tulisan, ajaran-ajaran Brahman ini hanya wujud secara lisan dan pertuturan. Justru apabila kitab Veda berjaya dikumpulkan secara bertulis, maka Veda merupakan satu-satunya kitab agama terawal yang ada pada tangan manusia dan tersimpan sehingga kini. Apakah tidak mungkin di dalam Vedalah barangkali tersimpan sebahagian ajaran-ajaran Tauhid yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul rh pada zaman ribuan tahun Sebelum Masihi melalui Suhuf-Suhuf yang berjumlah 100 buah yang diturunkan oleh Allah Tuhan Semesta Alam?


Ajaran Tauhid adalah ajaran yang satu dan sama; atau tetap serupa mengenai doktrinnya, yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Dari Nabi Adam as sehinggalah kepada zaman Nabi Muhammad saw ajaran Tauhid – meliputi soal-soal ketuhanan dan kerasulan, akhlak dan tingkah laku, konsep dosa dan pahala, syurga dan neraka, konsep pengabdian kepada Tuhan, konsep dunia dan akhirat, hakikat roh dan mikraj rohani, hadap hati dan pegangan hati, mujahadah, muraqobah dan musyahadah, zuhud, syukur, tawakal, redha, cinta Allah dan Rasul dan sebagainya; semestinya sama – dahulu, sekarang dan sampai kiamat. Inilah sesunguhnya yang telah terbukti dalam ajaran Hinduisme, sebagai agama yang bersumber dari Tauhid, yang diturunkan dari langit oleh Tuhan Yang Maha Esa, Allah Tuhan seluruh umat manusia dan Tuhan bagi seluruh alam semesta.Sebanyak mana yang ditemui ada persamaan dan unsurnya, maka di situlah kebenaran Tauhid dan kebenaran persangkaan bahawa Agama Hindu juga adalah agama yang diturunkan dari langit, bukannya agama budaya sebagaimana yang dikategorikan selama ini.

Mengenai hal ini Al Quran menjelaskan:

`Manusia itu adalah umat yang satu, maka Allah mengutus para Nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata kerana dengki antara mereka. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendakNya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus’
(Al Baqarah:213)

Akan tetapi sebahagian besar manusia oleh godaan syaitan telah terkeluar dari ajaran Tauhid.Firman Allah swt:

`Kemudian mereka menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan.’ (Al Mukminuun:53)

‘.. segolongan dari mereka mendengar firman Allah lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui’(Al Baqarah:75)

Firman seterusya:

"Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, pada hal mereka mengetahui’ (Al Baqarah:146)

Sedangkan di sisi Allah swt agama Tauhid tetap satu – dulu, sekarang dan untuk selama-lamanya. Pada zaman Nabi Muhammad saw baharulah ajaran Tauhid yang melalui proses evolusi ribuan tahun menjadi lengkap dan sempurna kerana Baginda saw adalah ‘insan kamil mukamil’, insan teragung yang menyempurna dan memanifestasikan seluruh kesempurnaan Zat Wajibal Wujud, untuk kehidupan umat manusia sehingga berakhirnya kehidupan dunia.Betapa agungnya firman Allah Azza Wajalla mengenai insan awal hakiki ini:

‘Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad saw) melainkan untuk rahmat bagi semesta alam’ (Al Anbiyaa:107)

Dengan kata-kata lain, ajaran tauhid yang melalui proses evolusi sejak dari zaman Nabi Adam as terus memaju dan memperkembangkan tamadun dunia, dibawa sambung menyambung oleh 124,000 orang Nabi dan Rasul, lantas apabila ‘zahirnya’ insan awal hakiki ini, sampailah dunia kepada kesempurnaan.Bersempena dengan itu Allah Taala berfirman:

`Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku ridai Islam itu jadi agama bagimu’ (Al Maaidah:3)




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Setelah membandingkan antara suluk sufi dan meditasi yoga ,saya beranggapan yang keduanya mempunyai unsur-unsur spiritual yang tinggi,menjalani kaedah yang hampir sama namun objek atau titik konsentrasi adalah amat berbeza dimana suluk sufi ialah satu kaedah ,diiringi zikir lisan,seterusnya zikir hati/qalbi untuk mengenal diri,mendapatkan cahaya atau Nur Ilahi,mengenal Allah dan tidak berhajat kepada selain Allah manakala meditasi-yoga peringkat tinggi ialah untuk memperolehi Antahkarana(jalur cahaya putih atau jalur ketuhanan) ,seterusnya mengenal Atman dan bersatu dengan Tuhan dan alam.

Dalam ajaran Yoga,semakin rajin kita bermeditasi memungkinkan Cakra Sahasrara orang tersebut dapat berkembang dan semakin terbuka. Dengan berkembangnya inti dari Cakra Sahasrara, antahkarana juga ikut berkembang/membesar. Semakin besar ukuran antahkarana semakin besar pula energi Tuhan dapat mengalir ke tubuh orang tersebut. Aliran energi yang terus menerus ke Antahkarana menyebabkan orang yang bermeditasi itu semakin terasa dekat dengan-Nya. Menjadikan Tuhan selalu dalam diri kita, baik disaat bermeditasi mahu pun dalam kehidupan sehari-hari.


Bila seseorang yang bermeditasi itu memperolehi Antahkarana (jalur cahaya putih ketuhanan) maka senanglah mereka mendapat Energi tuhan (Kundalini)atau tenaga batin.Kundalini ini adalah tenaga semulajadi yang sudah sedia ada dalam diri kita.Berikut saya siarkan satu artikel tentang Kundalini mengikut amalan Yoga- Tejasurya iaitu satu cabang Yoga dari Bali Indonesia.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Klik sini atau…http://www.tejasurya.com/

Setiap orang memiliki Energi ini yang tersembunyi dalam tubuh kita. Energi Kundalini merupakan energi sangat besar seperti energi Nuklear yang berada dalam tubuh. Dapat dibayangkan betapa besarnya energi yang ada dalam tubuh kita, bila energi ini mampu kita bangkitkan. Untuk membangkitkan energi Kundalini perlu pengetahuan yang cukup terutama mengenai Cakra Utama. Selain pengetahuan tersebut sangat dibutuhkan pula seorang penuntun/ pembimbing yang benar-benar mengetahui tentang kebangkitan Kundalini atau seorang Guru spiritual.

Dalam ajaran Yoga, energi Kundalini disimbulkan sebagai Ular Sakti dalam keadaan tidur dengan kepala menghadap ke bawah yang melilit pada Lingga Swayambu Siwa dengan tiga setengah lilitan utama. Kundalini adalah Ibu yang melindungi kita, Ibu alam semesta sering disebut sebagai Ibu Durga ( Hyang Nini Bagawati), Ibu Gayatri dan Ibu Saraswati. Untuk membangunkan Energi Sakti ini ada berbagai macam cara dan dengan latihan tertentu.

Latihan dan cara membangkitkan Energi sakti atau Kundalini serta cara mengatasinya akan penulis bahas pada Buku Ibu Kundalini Sakti secara khusus. Disini penulis hanya memaparkan secara singkat kebangkitan Kundalini Sakti. Teja Surya membangkitkan Kundalini Sakti dengan cara membersihkan terlebih dahulu seluruh cakra-cakra Utama dan ketiga Nadi Utama. Proses yang dilakukan Teja Surya secara bertahap dan pelan-pelan sehingga tidak membahayakan bagi tubuh fisik.

Teja Surya membersihkan dan membuka saluran-saluran yang akan dilewati oleh energi Kundalini, mulai dari kepala sampai keujung kaki, sehingga memudahkan proses kebangkitan Kundalini Sakti. Sistem pembersihan Teja Surya merupakan kebalikan dari pembersihan kebangkitan Kundalini Sakti. Kebangkitan Energi Kundalini Sakti membawa dua pengaruh yaitu pengaruh positif dan negatif. Bila kebangkitan Kundalini menuju kearah negatif ini akan berakibat kurang baik, ada beberapa hal yang dipengaruhi yaitu bisa menyakiti tubuh fisik, ini bisa bersifat benar-benar nyata atau akan merubah sifat, emosi, tingkah laku dan lainnya kearah negatif.

Untuk menjaga hal–hal yang tidak diinginkan ini maka Teja Surya memberi jalan terlebih dahulu. Kebangkitan dan pembersihan Kundalini Sakti bermula dari Cakra Muladhara (tempat bersemayamnya Kundalini) menuju Cakra Sahasrara (Berstananya Sanghyang Siwa / Sanghyang Tunggal / Sanghyang Guru) melalui Nadi Susumna yang terletak di Tulang Punggung. Begitu Kundalini bangkit dari Cakra Muladhara secara langsung akan membersihkan Cakra Muladhara terlebih dahulu.


Setelah Cakra Muladhara bersih, Kundalini menuju naik membersihkan Cakra Swadhistana, setelah Cakra ini bersih Kundalini naik membersihkan Cakra Manipura dan seterusnya sampai pada Cakra Sahasrara. Tujuan Utama kebangkitan Kundalini adalah untuk membersihkan Karma negatif yang melekat pada tubuh kita.

Bila energi Kundalini telah mencapai Cakra Sahasrara ini adalah sesuatu yang sangat diharapkan karena Penyatuan Kundalini (Hyang Nini Bagawati) dengan Sanghyang Siwa merupakan berkah dari Maha Agung hingga kita mencapai kesadaran yang Agung ( kesadaran Somia/Budhis).


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Itulah huraian Kundalini mengikut kacamata Yoga Tejasurya.Semakin tinggi tahap meditasi seorang Yogi,maka mahu tidak mahu mereka pasti akan mengamalkan Mantra.



Apa itu mantra atau mantram boleh difahami melalui artikel seterusnya yang saya siarkan dari sumber yang sama iaitu :

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

klik sini

mantram : Prenava om dari kacamata seorang Yogi Tejasurya:

Brahman, Atman juga Matahari adalah hubungan antara Nada, Gema dan Aksara Suci. Aksara suci tersebut adalah Om-kara. Menggemakan dan mengucapkan OM disaat sembahyang atau bermeditasi bayangkanlah Jantung anda atau Matahari sebagai OM itu sendiri. Mungkin anda bertanya dalam hati, kenapa membayangkan Jantung atau Matahari?ini semua karena Brahman atman aikyam, Tuhan dengan atman itu tunggal.

Atman adalah penyebab dan pengendali setiap makhluk hidup. Atman yang berada diluar memberi jiwa pada Matahari sekaligus sebagai tempat penampakan wujud-Nya yang semu. Atman yang berada didalam diri setiap makhluk khususnya manusia adalah wujud yang tidak nampak. Wujud ini berupa Atman Nafas yang keluar masuk tubuh melalui pernafasan, Beliau bersemayam didalam Jantung. Sehingga dapat disimpulkan bahwa Jantung dengan Matahari adalah tunggal.

Matahari adalah pusat susunan tata surya dan pusat waktu terbesar untuk pengatur alam semesta (kosmos) dan Jantung adalah pusat waktu berskala kecil yang menentukan hidup mati seseorang ( alam kosmis). Sesungguhnya segala yang ada pada alam kosmos ada pula dialam kosmis. Dengan demikian bagi yang menyadari dirinya bahwa tubuh kecil ini adalah bagian dari tubuh yang besar itu, dan bagi orang yang telah menyadari keadaan tersebut setidaknya mereka mampu memanfatkan yang lebih besar itu untuk keperluan yang positif.

Dalam bermeditasi yang berobyek pada sinar, dan telah mampu mencapai semadi walaupun belum tinggi, penulis yakin bahwa disaat itu akan melihat sinar putih cemerlang yang sangat mengagumkan atau sinar kuning ke-emasan berkilauan menyinari tubuh anda, itu pertanda bahwa anda telah mampu menyatu dengan-Nya melalui perwujudan Sinar Suci-Nya. Sinar ini akan menggetarkan tubuh halus anda sekaligus menuntun keluar dari tubuh fisik.

Disaat seperti itu tubuh anda akan terasa menjadi dua bagian dengan berwajah kembar. Bila hal ini terjadi maka letakkanlah kembaran halus anda diatas ubun-ubun, jadikan tubuh fisik anda sebagai Lingganya. Disaat itu berarti anda telah menyatu dengan-Nya dan anda telah menjadi OM itu sendiri. OM telah berada dalam diri anda dan OM akan mulai melebur segala energi negatif yang berada pada diri anda. Inipun berarti anda telah mampu membuka sendiri jalur kesucian (antahkarana) dan mulai mengenal jati diri anda.

Mantra suci OM adalah sinar suci Brahman dalam wujud Sinar Matahari / Sang Surya.

Matahari yang berada jauh diatas sana adalah pusat kekuatan asal mula atau penciptaan. Diluar dan didalam bulatan Matahari terdapat suatu kekuatan yang Maha Dahsyat (Hyang Rudra), bisa dianggap nampak dan tidak nampak, skala-niskala, rue-bhineda yang disimbulkan sebagai aksara Am-Ah / Angh-Ah. Am-Ah bila dimanfaatkan dalam teknik pernafasan akan mampu menambah kekuatan daya hidup dengan cara mengucapkan mantra Am/Angh saat menarik nafas dan menyimpannya diperut, kemudian ucapkan mantra Ah ketika mengeluarkan nafas diikuti dengan membayangkan keluar Ubun-ubun. Namun jika mantra ini dibalik menjadi Ah-Am bisa menyebabkan kelepasan /kemoksahan bagi yang tahu jalan kembalinya dan kematian bagi yang tidak tahu jalan kembalinya, jadi jangan sekali-kali mempraktekkan mantra Ah-Am kalau belum tahu caranya, sangatlah berbahaya.

Am-Ah adalah kekuatan mantra rue-bhineda juga kekuatan pusat panas yaitu api dengan hawanya, Matahari dengan sinarnya atau Brahman dengan Atman. Rue-bhineda akan mengalir melalui dua jalan utama yaitu dari atas (akasa/kepala) dan bawah (tanah/badan). Dari kedua aliran tersebut akan menyatu/lebur pada suatu tempat tertentu, dan apabila mampu menyatukannya maka tidak diragukan lagi Anugrah Yang Maha Agung akan dirasakan. Hal ini akan dijelaskan secara khusus pada buku lain. Disini hanya akan dijelaskan aliran yang berhubungan dengan aksara suci Om-kara.

Rue-bhineda yang mengalir dari atas/akasa adalah berupa ether/gas/energi halus. Energi halus ini merupakan asal mula, asal mula bisa dianggap dari kosong menjadi berisi, dari tidak ada menjadi ada atau diciptakan. Rue-bhineda /Am-Ahsesungguhnya kekuatan Brahman yang sangat besar, yang berada dialam semesta yang diwujudkan sebagai Nada/getaran. Nada ini identik dengan pemikiran awal atau Ide / imaginasi pada diri manusia yang letaknya di ubun-ubun. Dalam agama Hindu Nada tersebut disimbulkan sebagai tetesan awal, titik atau cecek. Didalam Nada tersimpan kekuatan yang sangat halus yang mampu menggerakkan, mengendalikan juga menghidupkan segala sesuatu yaitu dengan membentuk energi yang lebih kasar, lebih besar serta lebih nampak atau sebutlah sebagai Pikiran. Pikiran ini berada pada daerah kepala yaitu Dahi. Pikiran bila sedang bekerja aktif, dia akan loncat sana-sini tanpa ujung pangkal atau berputar-putar dan kalau ditarik suatu garis maka terbentuklah suatu lingkaran yang disimbulkan sebagai Windu. Windu yang telah terbentuk dan mulai menampakkan diri atau pikiran yang tadinya berpikir kesana-sini sekarang mulai menyadari dan menemui titik terang sehingga perlu kebijaksanaan baru untuk dapat memutuskan hasil pemikiran tadi. Pusat kebijaksanaan ini disimbulkan sebagai Arda–Chandra (penyatuan bulan sabit dengan matahari ) yang letaknya di Ajna berbentuk bulan sabit.

Sampai di Ajna berhentilah perjalanan Am-Ah yang dari atas/akasa. Am-Ah dari atas ini adalah tanpa suku kata hanya berupa getaran/frekwensi atau kesadaran dan kebijaksanaan pikiran/jnana. Am-Ah inilah yang paling Utama, karena setiap suku kata/simbul/benda yang akan ditempatinya akan bergetar, bergema atau hidup.

Am-Ah yang mengalir dari badan/bawah, berwujud Api beserta hawa panasnya, Air beserta hawa sejuknya dan Udara beserta hawa segarnya. Api memiliki sifat untuk menyebarkan hawa panasnya keatas sehingga unsur api menempati tempat paling bawah/pusat kekuatan tubuh tepatnya dari pinggang kebawah. Kekuatan Api ini diyakini sebagai perwujudan Dewa Brahma yang disimbulkan sebagai Aksara A/Ang, warnanya merah dan tempat aksaranya pada rangkaian Hati (Liver).

Kemudian kekuasaan Air berada pada daerah perut dan sifatnya meresap ke bawah dengan hawanya yang sejuk sehingga dikatakan mampu memelihara kesehatan tubuh. Kekuatan Air ini diyakini sebagai perwujudan Dewa Wisnu yang disimbulkan sebagai aksara U/Ung, dengan warna hitam mengkilap dan aksaranya bertempat di Empedu.

Terakhir yaitu Udara pernafasan yang keluar masuk melalui hidung bertempat disetiap rongga yang kosong dengan hawanya yang menyegarkan atau sebagai oksigen, untuk memberi energi kehidupan dan berkuasa atas kerja Jantung yang sekaligus akan menentukan kematian. Kekuatan Udara ini diyakini sebagai perwujudan Dewa Siwa yang disimbulkan sebagai aksara M/Mang, warnanya putih kebiruan bertempat didaerah jantung.

Ketiga Kekuatan Aksara suci diatas sering disebut Tri Aksara. Untuk melebur Tri Aksara menjadi Om-kara, dapat diibaratkan seperti proses memasak air didapur. Paling bawah harus ada tungku Api, diatasnya ada panci diisi air. Api yang menyala terus menerus menyebabkan air menjadi mendidih dan lama kelamaan menjadi uap dan uap bersatu dengan udara. A/Ang memancarkan kekuatannya ke atas untuk meluluhkan U/Ung, dan U/Ung menyerap kekuatan tersebut dan lebur bersama-sama menjadi kekuatan baru yaitu O, dan O bersatu dengan kekuatan M/Mang, akhirnya aksara M/Mang ikut bergetar.
A + U + M = OM.

Untuk menggemakan Mantra Suci Aum / Aung khususnya di dalam diri dimulai dari menyatukan Tri Aksara A-U-M yang berasal dari hati berwarna merah adalah aksara A / Ang, empedu berwarna hitam adalah aksara U / Ung, dan dari jantung berwarna putih adalah M / Mang. Ketiga Aksara ini dikeluarkan sambil menyatukan sabda bayu idep dimana aksara A / Ang digetarkan pada tenggorokan, Aksara U / Ung digetarkan didaerah rongga mulut tepatnya diatas lidah kemudian digemakan dengan aksara M / Mang pada saat kedua bibir menutup. Setelah itu rasakan getarannya didaerah dada dan menyebar keatas. Disaat menyebar keatas bawalah pikiran (idep) menuju hidung dan sekarang rasakan dipangkal hidung atas, bila terasa agak berat (seperti pilek) doronglah keluar dengan Nafas (bayu) ikuti dengan suara (sabda) mantra tadi yang keluar dari mulut, usahakan gema nadanya mirip raungan Harimau.

Sedangkan untuk menggemakan pranawa Om / Ong anda awali dengan menarik nafas (mencari Nada lewat udara ) dan saat menahan nafas diperut, ikutilah dengan sedikit memejamkan mata dan konsentrasikan pikiran pada daerah Dahi (otak besar) kemudian bayangkan bulatan Matahari kecil (Windu))pada tengah otak tepatnya di kelenjar Pineal. Setelah sedikit saja terbayang sekarang anda ikuti dengan pengucapan suara “O” panjang seperti berbisik, sambil mengucapkan suara “ O “ tuntunlah dengan pikiran bayangan tadi menuju daerah Ajna (diantara kedua alis), rasakan kecepatan getarannya, dari titik Ajna menyebar kesamping kanan-kiri agak naik menuju ujung luar kedua alis / pelipis membentuk Arda-Chandra (bulan sabit), setelah dirasa sampai pada ke dua pelipis tariklah kembali menuju titik tengah namun agak dibawah (pangkal hidung atas) selanjutnya cepatlah bawa turunmelalui hidung dan niatkan memasuki pangkal lidah langsung ke ujung lidah, begitu sampai di ujung lidah tutuplah bibir dengan Aksara “M” secara pelan, sehingga Aksara “O” yang diucapkan panjang tadi menggetarkan “M” dan terdengarlah gema Ooommmngng.

Gema yang digetarkan tadi apabila sesuai dengan resonansi getaran kelenjar Pineal Anda (setiap orang berbeda) maka gema tersebut akan kembali terdengar dan terasa menggetarkan kelenjar Pineal anda seperti dengungan travo neon listrik, kemudian keluar melalui ke dua telinga menuju ke atas dan menyatu di ubun-ubun. Bila telah dirasakan hal seperti ini, berarti anda telah mampu menguasai gema Om yang nantinya dapat digunakan untuk keperluan permohonan kepada Tuhan atau kedua mantra Suci diatas lebih bertujuan untuk menyatukan diri dengan Atman ataupun Brahman sehingga anda lebih meyakini adanya Atman / Roh ataupun Brahman / Tuhan Yang Maha Esa. Sedang untuk menarik mantra Suci, anda dapat tanyakan pada orang-orang yang telah menguasainya.

Penulis tidak menguraikan cara memasukkan mantra Suci Om /Ong karena ada dua pertimbangan :

• Bila kekuatan Mantra Suci yang ditarik dan digemakan tersebut benar-benar menggema (hidup) kemudian masuk ke tubuh fisik dan apabila anda belum mengetahui jalan masuknya, atau anda belum siap menerimanya dalam artian tingkat kesadaran / pengetahuan anda belum mencapai untuk itu, atau boleh dikatakan mantra ini sama dengan kebangkitan Kundalini saat menyatu dengan Siwa bila tidak mengetahui cara menanggulanginya bisa mengakibatkan sakit, dada akan terasa panas seperti terbelah atau bahkan ingatan anda menjadi labil, karena Mantra Suci Om / Ong berputar-putar tanpa arah didalam tubuh. Hal seperti ini banyak sekali terjadi umumnya di Bali, terutama orang yang belum mewinten sudah berani membaca lontar yang mengandung mantra – mantra Suci yang sifatnya sakral atau di Bali dikenal bahwa lontar tersebut memiliki Taksu.

• Mantra Suci Om / Ong yang benar-benar menggema/hidup apabila memasuki tubuh orang yang telah mendalami ajaran tertentu yang mungkin sedikit menyimpang dari unsur/nilai Ke-Tuhan-an atau mendapatkan pica yang kurang jelas asal usulnya atau berteman dengan makhluk halus ditingkat bawah yang kurang baik sifatnya, maka mantra Om / Ong akan berfungsi sama seperti bangkitnya Kundalini yaitu mempralina dan membersihkan seluruh energi negatif yang ada pada orang tersebut sehingga apa yang dipelajari dan yang ada pada dirinya mungkin akan hilang. Hal ini membawa dua kemungkinan, pertama bagi anda yang masih mementingkan bantuan dari apa yang didapatkan selama ini misalnya orang yang berteman dengan makhluk halus yang sifatnya kurang baik diajaknya untuk membantu dirinya maka Om / Ong akan merugikan bagi orang tersebut karena yang diajaknya akan menghilang. Demikian juga pada orang yang mempelajari ajaran tertentu yang sedikit menyimpang dari ajaran agama walaupun orang itu biasa mengucapkan mantra Om / Ong namun tujuannya berbeda, hal inipun merugikan orang tersebut karena apa yang dipelajarinya kemungkinan besar akan terhapus/disucikan. Kemungkinan kedua, bila mantra Om /Ong yang memasuki tubuh bisa bersifat menguntungkan terutama bagi orang yang telah menyadari dirinya akan kekeliruannya selama ini, atau akan sangat menguntungkan bagi orang yang sadar / ingin menyucikan dirinya / melukat / menyembuhkan dan mempralina suatu penyakitnya.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Dalam Yoga ,Atman atau Roh manusia akan disinari oleh Antahkarana yang merupakan tali spiritual yang mengalir terus dari inti Cakra Sahasrara yang letaknya bersesuaian dengan Ubun-Ubun diatas kepala kita.



Manakala dalam suluk sufi peringkat tinggi Nur akan masuk kedalam badan kita di dahi iaitu melalui tempat antara dua kening dengan cahaya putih atau cerah cemerlang pada tempat yang dinamakan Alam qo baqau-saini.

Sebenarnya,dalam islam dan tasawuf peringkat tinggi ,kita mempunyai khazanah ilmu dan spiritual yang lebih banyak dan bahkan lebih tinggi dari Hindu-Yoga !bagi sesiapa yang pernah mempelajari Tareqat Naqsyabandi aliran Tokku Paloh pasti mengetahui di mana tempat tempat cahaya itu didalam badan kita yang dinamai Lathaif.Ilmu ini sungguh seni dan saya tidak layak untuk membukanya atau menerangkannya disini kerana ia melibatkan zikir-zikir tertentu dengan cahaya-cahaya yang tertentu.Jika dalam Yoga mereka hanya menjumpai 7 hingga 9 cakra atau tempat cahaya,maka dalam Lathifatul asrar ajaran Tokku Paloh Qutubul Zaman ,kita boleh menemui 11 tempat cahaya dalam tubuh kita!Sudah pasti tempat-tempat cahaya itu letaknya ditempat yang berbeza dari hindu-Yoga dan lokasi itu adalah sangat rahsia hanya dalam badan kita! Jika Suluk Sufi lebih rendah martabatnya dari meditasi-yoga,masakan misi jihad wali 9 di Nusantara berjaya dan cemerlang sehinggakan runtuhnya kepercayaan hindu-budha Majapahit datuk nenek kita ribuan tahun dahulu sehinggakan mereka berhijrah tauhid beramai-ramai kedalam islam! sehinggakan candi candi seperti Borobudur dan Prambanan yang menjadi salah satu keajaiban dunia yang penuh misteri itu dilupakan begitu saja oleh melayu islam!Apa yang pasti suluk sufi islam adalah yang terbaik sepanjang zaman!Islam itu Indah!Iman itu amat manis pada perasaan dan jiwa!


Bukankah dalam tasawuf peringkat tinggi kita diajar dengan zikir keluar masuk nafas? Bukankah kita juga ada zikir untuk ampas,tanapas dan nupus?bukankah dalam zikir nafas juga kita boleh mengetahui bila jalan kematian kita .Bukankah dengan nafas juga pendekar sufi tahu bila akan kalah atau menang melawan musuh?Bukankah dalam zikir khafi atau tersembunyi itu juga kita menggemakan zikir zikir yang tertentu dan bukankah dalam tasawuf juga kita dikehendaki memusatkan segala perjalanan sufi itu di
qalbi atau hati?



Oleh itu,saya berseru kepada diri saya yang kerdil dan serba kekurangan ini serta kepada anda semua yang sedang mencari kebenaran,marilah kita sama-sama mencari mutiara tasawuf yang berkilauan itu hanya dalam islam.Kita gilap semula mutiara ini biar ia bergemerlapan kembali dan cemerlang hingga keakhir zaman!Tidak perlulah kita pergi jauh seperti bermeditasi yoga atau mencari kaedah lain untuk meningkatkan tahap spiritual dan mengenali diri kita!
Cukup dengan islam dan cukup dengan Allah bagi kita.

"Awal hidup (agama) itu adalah mengenal Allah.
Mengenal Allah mengenal diri,
Mengenal diri mengenal Tuhan".

Wassalam.

Sangtawal Sakranta....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.