AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT (ILMU KEBATINAN)

AKADEMI SILAT SENI GERAK MAKRIFAT


ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN (KEROHANIAN) WARISAN SYEIKH PENDITA MAHAGURU ADI PUTRA, SUNAN KALIJAGA DAN TOKKU PALOH

ILMU KEROHANIAN DALAM KATEGORI ILMU GHAIB ( SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA@GERAK FAQIR) & ILMU SYAHADAH (SYAHADAT TOKKU PALOH@TITIK 9)

Monday, April 23, 2012

CIRI-CIRI IMAM AL MAHDI


Umur Imam Mahdi


A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi adalah daripada anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang bergemerlapan, pipi kanannya ada tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat.”  (Abu Nuaim)
B. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi adalah seorang yang beralis nipis lagi terpisah kedua-duanya dan besar biji matanya. Dia akan keluar dari Hijaz dan berkhutbah di atas mimbar Damsyik, sedangkan usianya baru 18 tahun.”
Daripada kedua-dua buah riwayat di atas, beberapa perkara dan kefahaman dapat kita ambil, yang secara ringkasnya, antaranya:
  1. Semacam ada pertentangan antara hadis Nabi SAW dengan ucapan tabiin, jika kedua-duanya dinilai secara zahirnya sahaja. Namun sebenarnya tidak ada percanggahan apa-apa walaupun dilihat secara zahirnya, kedua-dua matan itu nyata amat bercanggah!
  2. Alasan yang dapat diberikan ialah mustahil para tabiin tidak mengetahui hadis Rasulullah SAW itu, sehingga mereka mengucapkan sesuatu yang nyata berlawan dengan apa yang telah jelas disebutkan oleh hadis. Alasan kedua, mustahil para tabiin sengaja mencipta atau mereka-reka cerita akan sesuatu yang telah jelas disebutkan oleh baginda SAW. Jika ini berlaku, sudah pastilah ucapan tabiin itu tadi akan awal-awal lagi ditolak oleh para ulama hadis yang mengerti benar-benar maksud tersiratnya, terutama yang pakar-pakar dalam hal berkenaan.
  3. Nabi SAW menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Baginda SAW sendiri, iaitu Ahlulbait. Dan hal ini amatlah jelas dan terang, tidak perlu lagi dihuraikan lebih panjang lebar.
  4. Umur Imam Mahdi adalah 40 tahun dan di dalam hadis ini, tidak disebutkan apa kaitan umur yang 40 itu dengan sesuatu. Mungkin ramai ulama yang dengan mudah sahaja mengatakan bahawa semasa umurnya 40 tahun itulah beliau dilantik sebagai Imam Mahdi, seperti yang banyak didapati di dalam kitab-kitab mereka, yakni berdasarkan  hadis-hadis lain, yang secara zahirnya menyatakan demikian. Hal ini sebenarnya tidaklah salah, malah memang ada alasan yang kukuh untuk mempercayainya juga, iaitu jika dilihat hadis-hadis lain yang menyatakan demikian.
  5. Kemungkinan yang lebih tepat ialah semasa usianya 40 tahun itulah, beliau dilantik sebagai Qutubul Aulia, walaupun belum lagi dilantik sebagai Imam Mahdi. Mungkin juga dalam usia demikian, beliau mendapat tahu bahawa dirinya adalah calon untuk menjadi Imam Mahdi seperti yang disebutkan dalam hadis-hadis, asar dan ucapan tabiin. Sebelum itu, beliau tidak mengetahui akan hal ini. Mungkin juga dalam usia 40 tahun itulah, beliau mula menjalankan tugas sebagai Qutubul Aulia dan sekali gus merangkap Imam Mahdi untuk umat Islam pada zaman ini.
  6. Jadi, yang lebih baik, usahlah mengandaikan maksud hadis itu semata-mata menurut fahaman kita yang cetek ini, tanpa merujuk kepada erti yang hakikatnya. Lihatlah pendapat dan ijtihad para ulama yang lebih dalam ilmunya dan tinggi kefahamannya.
  7. Wajahnya bergemerlapan bagaikan bintang. Maksudnya ialah wajahnya amat berseri-seri dan menggembirakan setiap mata yang melihatnya. Seri wajahnya itu adalah seri wajah ahli syurga, seri wajah salah seorang penghulu syurga, seri wajah kekasih Allah SWT, seri wajah dari seorang ahli ibadat, seri kerana amat bersih hatinya dan juga seri dari keikhlasan hatinya.
  8. Kulitnya kemerah-merahan seperti kulit orang Israel. Nyatalah bahawa Imam Mahdi bukan lagi berkulit seperti kulit orang Arab, tetapi lebih kepada corak kulit orang Ajam dengan warna yang kemerah-merahan. Maksud tersiratnya ialah, kulit yang merah itu tanda negeri tempat lahirnya adalah negeri yang panas. Kulitnya macam kulit orang Israel itu adalah tanda bahawa keturunannya sudah bercampur antara Arab dengan Ajam, iaitu penduduk asal dari negeri ‘yang panas cuacanya’ tadi. Orang-orang Arab yang datang ke Timur ini, lazimlah kulit mereka menjadi kemerah-merahan.
  9. Ada tahi lalat besar pada pipi kanannya. Tahi lalat hidup yang terdapat pada pipinya itu tidak bersifat semulajadi, iaitu tidak ada semasa Imam Mahdi masih kecil dan remaja. Mungkin setelah beberapa puluh tahun umurnya, barulah tanda itu ada pada pipi kanannya. Sebab itulah tidak disebutkan tahi lalat itu wujud sejak kecilnya atau sejak lahir lagi.
  10. Mengeluarkan harta karun dengan banyaknya. Apabila Imam Mahdi dilantik sebagai Imam, maka bumi dan langit pun mengeluarkan khazanah masing-masing untuk kemudahan manusia. Hal ini berlaku dengan lebih hebat lagi setelah matinya Dajjal dan turunnya Nabi Isa AS di kalangan umat Islam. Ketika itu, seluruh nikmat dunia yang pernah dikecapi oleh umat terdahulu akan dapat dikecapi oleh mereka yang hidup pada masa itu. Juga sebahagian nikmat dunia yang tidak pernah dikeluarkan kepada mana-mana umat pun akan dikeluarkan kepada sekalian umat Islam untuk dinikmati dan disyukuri.
  11. .Menundukkan kota-kota maksiat adalah salah satu tujuan utama Imam Mahdi diturunkan. Dengan turunnya Imam Mahdi, bumi ini akan disapu segala dosanya sehingga akhirnya bumi ini dipenuhi dengan kesucian dan kebersihan, zahir dan batin. Apabila ini berlaku, keberkatan turun mencurah-curah dari langit, melebihi daripada turunnya hujan yang amat lebat sekalipun. Semasa menundukkan kota-kota maksiat ini, Imam Mahdi akan melalui enam peperangan besar yang turut disertainya. Setelah itu, tidak akan ada peperangan lagi di dunia ini, melainkan berperang dengan Dajjal dan pengikut-pengikutnya dari kalangan bangsa Yahudi sahaja.
  12. Alis matanya nipis dan terpisah antara kedua-duanya. Keadaannya yang seperti ini adalah suatu yang lazim bagi orang Melayu dan orang-orang di Timur sini. Makna tersiratnya ialah Imam Mahdi itu memang seorang lelaki yang berwajah tampan dan mukanya berseri-seri, sedap mata memandang.
  13. Biji matanya besar.
  14. Beliau belajar di Hijaz. Syarat ini perlulah dipenuhi kerana telah dijelaskan begitu. Namun, ramai orang tidak memahami maksud ucapan tabiin ini, lalu terus mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi sedangkan jejak kaki pun tidak pernah ke Hijaz itu. Maksud belajar itu adalah belajar daripada guru-guru yang bertaraf wali dan mujtahid, terkenal salehnya dan mendapat bimbingan secara langsung dalam hal tarekat sufi.
  15. Mampu menyampaikan ceramah agama dalam usia yang masih muda iaitu selepas habis belajar di Hijaz. Imam Mahdi yang masih muda itu akan merantau ke Damsyik, dan sepanjang tinggal di sana, beliau akan diminta mengajar orang ramai ilmu agama, sedangkan usianya masih amat muda. Orang ramai juga tidak tahu bahawa yang mengajar itu adalah bakal Imam Mahdi bagi seluruh umat Islam ini.
  16. Ucapan tabiin itu tidak menyebutkan langsung bahawa ‘bakal’ Imam Mahdi itu datang ke Damsyik sebagai Imam Mahdi. Jadi, kesimpulan yang lebih tepat, kedatangannya ke Damsyik adalah semata-mata untuk menuruti jejak ahli keluarganya yang masih tinggal saki-baki lagi itu, bukannya datang dengan title sebagai ‘Imam Mahdi’.
  17. Jadi, berdasarkan huraian-huraian di atas, nyatalah bahawa kedua-dua keterangan berkenaan, yang sebelum ini ditolak orang, kerana nyata amat bertentangan, sebenarnya langsung tidak bertentangan sama sekali, malah saling menguatkan antara satu sama lain. Diharap selepas ini, tidak ada lagi orang yang akan mengatakan hadis itu salah dan hadis ini silap kerana kedua-duanya bertentangan matannya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik


Kulitnya Sawo Matang

A. Kata sahabat RA,
“Kulit al-Mahdi berwarna coklat (sawo matang).”
Daripada ucapan sahabat RA di atas, dapatlah diambil erti bahawa Imam Mahdi itu kulitnya berwarna, bukan putih cerah seperti kebiasaan warna kulit orang Arab. Disebutkan warna kulitnya di dalam bahasa Arab sebagai coklat, bukannya putih atau cerah. Jelasnya, warna ‘coklat’ yang dimaksudkan itu adalah sawo matang. Dan jika kita cantumkan semua keterangan yang ada mengenai Imam Mahdi ini, jelaslah, bahawa Timur yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah kawasan Nusantara ini. Mustahillah orang Jepun dikatakan kulitnya coklat atau sawo matang. Begitu juga orang Cina, jarang sangatlah didapati yang kulitnya coklat seperti yang diisyaratkan oleh asar.
Orang Siam juga tidak ada yang benar-benar coklat kulitnya secara umum. Malah mungkin ramai orang Siam yang akan tersinggung jika dikatakan mereka itu berkulit coklat. Orang-orang di India juga tidak dikatakan coklat kerana mereka secara lazimnya, berkulit lebih daripada coklat. Hal ini memang pun sudah diketahui di seluruh dunia. Orang Pakistan juga tidak dapat diistilahkan coklat kerana mereka lazimnya berkulit kemerah-merahan. Tidak pernah lagi kedengaran ada orang mengatakan bahawa orang Pakistan itu kulitnya coklat. Tidak tahulah pula pada zaman akan datang, ada orang yang menganggap orang Pakistan itu berkulit coklat juga.
Jadi, kesimpulan yang dapat diambil daripada asar di atas ialah, memang Imam Mahdi itu, tidak syak lagi, adalah dari kalangan bangsa Melayu ini, tidak kiralah sama ada asalnya dari mana-mana Kepulauan di Indonesia, Singapura, Selatan Filipina, Malaysia, mahupun Selatan Siam. Semua yang Islam yang tinggal di kawasan berkenaan lazimnya adalah dipanggil orang Melayu, dan kulitnya lazim dikatakan sebagai coklat. Mereka tidak marah jika dipanggil demikian, malah mereka sendiri yang menyebut bahawa kulit mereka adalah coklat.
Dan tidak syak juga, bahawa bangsa Ajam yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah bangsa Melayu ini. Ini dikeranakan mereka adalah bangsa terakhir yang menerima Islam sebagai agama mereka secara beramai-ramai dan selepas kawasan ini, tidak ada lagi bangsa lain yang menerima Islam secara terbuka dan beramai-ramai. Dan, bangsa Timur yang dimaksudkan oleh hadis-hadis, yang di dalamnya ada segolongan umat Islam istimewa yang dipanggil IKHWAN itu adalah dari bangsa Melayu ini, sudah amat jelas, tidak lain dan tidak bukan. Tidak perlu lagi kepada huraian yang lebih lanjut dan terperinci untuk menjelaskannya.
Sebab lain yang membantu menguatkan hujah ialah faktor agama. Maksudnya penerimaan agama Islam di kalangan masyarakat umum dan penghayatan kepada Islam yang sangat intensif. Pada masa ini, hanya orang-orang di rantau ini yang benar-benar menerima Islam sebagai agama mereka secara besar-besaran dan beramai-ramai. Tidak ada tempat lain yang berbuat demikian seperti orang Melayu ini. Mereka lakukannya secara sukarela, tiada paksaan, tiada sentimen melulu seperti semangat yang berapi-api dan tidak juga melalui penguatkuasaan undang-undang.
Masyarakat Melayu juga adalah kaum yang pada hari ini dilihat paling menonjol penghayatan kepada Islam sebenar. Bangsa-bangsa lain tidak ada yang dilihat penghayatan Islamnya lebih tepat, lebih bersungguh-sungguh, berdasarkan kemahuan sendiri, tidak melampau (radikal dan menakutkan) dan penuh hikmah. Keadaan ini berlaku bukanlah dengan disengajakan, tetapi sebenarnya memang telah disusun sedemikian rapi oleh Allah SWT sendiri iaitu secara semula jadi. Hanya sekaranglah perkara ini baru disedari oleh bangsa Melayu itu sendiri, terutamanya dari kalangan yang kuat mengamalkan ajaran tarekat dan dakwah.
Secara tidak langsung juga asar sahabat RA ini menjelaskan bahawa Imam Mahdi itu bukan lagi berketurunan Arab seratus peratus, sebab orang Arab jati jarang yang kulitnya sawo matang. Percampuran antara darah Arab dan Ajam (di sini maksudnya Melayu) menyebabkan kulit Imam Mahdi itu tidak lagi seperti kulit bangsa Arab jati, tetapi sudah berwarna seperti warna kulit bangsa Ajamnya itu. Jika kulit Imam Mahdi itu seperti kulit Arab jati, tidak perlulah lagi disebutkan oleh para sahabat RA warna kulitnya itu, kerana memang orang Arab itu kulitnya putih dan kemerah-merahan seperti yang lazim. Bagi bangsa Arab pula, berbezanya warna kulit Imam Mahdi daripada warna kulit mereka menjelaskan bahawa Imam Mahdi itu bukan lagi milik penuh bangsa Arab, suku Quraisy, Bani Hasyim, Alawiyin atau Ahlulbait. Dan mereka pula bukanlah lagi bangsa pendokong agama suci ini pada masa ini.
Maksud lain yang dapat diberikan di sini adalah sebagai suatu penghormatan kepada bangsa Ajam yang menjadi tempat kelahiran Imam Mahdi itu. Dikatakan Imam Mahdi itu berkulit coklat, sebagai tanda bahawa umum masyarakat setempatnya berkulit demikian, walaupun mungkin Imam Mahdi itu sendiri tidaklah begitu coklat kulitnya seperti mereka. Apabila bergaul dengan masyarakat setempat, maka kulitnya pun dikatakan kelihatan macam cokla pada masa init juga. Ini sebenarnya adalah suatu penghormatan yang amat besar dan sangat bernilai bagi bangsa Melayu zaman ini, kerana Imam Mahdi itu lahir dari kalangan mereka.
Untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai masalah kulit Imam Mahdi ini, lihatlah hadis yang berikut dalam tajuk seterusnya. Semoga dengan ini, kefahaman kita yang selama ini mungkin kurang jelas atau tidak jelas, dapat dijelaskan dengan sejelas-jelasnya. Kita juga tidak digalakkan berfikir terburu-buru sehingga tidak sempat membuat keputusan dengan adil dan tepat. Fikirkan dari segenap aspek dan keadaan supaya ilmu kita benar-benar membawa manfaat kepada kita.




Kulitnya Macam Kulit Orang Arab

A. Sabda Nabi SAW,
“Kulit al-Mahdi adalah seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya seperti bentuk tubuh orang Bani Israel, pipi kanannya bertahi lalat dan kekhalifahannya diredhai oleh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa.”         (Abu Nuaim & at-Tabrani)
Daripada kandungan hadis ini, kita dapat mengambil beberapa perkara, antaranya adalah:
  1. Kulit Imam Mahdi adalah seperti kulit orang Arab. Ini disebabkan Imam Mahdi adalah berasal dari keturunan bangsawan Arab Quraisy. Cuma warnanya sahaja yang agak sawo matang, seperti bangsa Ajam yang menjadi tempat tinggalnya. Bangsa Ajamnya melihat beliau seperti orang Arab keran beliau memang dari bangsa Arab. Maknanya Rasulullah SAW menyebutkan hal ini berdasarkan sudut pandangan bangsa Ajam.
  2. Bentuk tubuhnya adalah seperti bentuk tubuh orang-orang Israel, yakni besar dan tegap. Ini sebagai menunjukkan bahawa Imam Mahdi adalah seorang yang gagah dari segi fizikalnya dan amat mantap pula dari segi rohaninya. Keadaan fizikal yang besar ini perlu kerana seorang pemimpin yang berbadan tegap akan menggerunkan musuh yang melihatnya. Penyataan ini adalah berdasarkan pandangan bangsa Ajam tempat tinggalnya, bukan dari sudut pandangan bangsa Arab lagi. Sebabnya orang Arab dengan orang Yahudi hampir sama sahaja bentuk dan saiz tubuh badan mereka, jadi tidaklah mereka melihat bangsa yang lain itu lebih besar tubuhnya daripada bangsa yang satu lagi. Hanya orang-orang Ajam sahaja yang memandang tubuh orang Arab dan Israel itu lebih besar daripada tubuh badan mereka.
  3. Dijelaskan sekali lagi bahawa Imam Mahdi itu mempunyai tahi lalat di pipi kanannya, dan penyataan ini adalah amat jelas, kerana disebutkan berulang-ulang kali oleh Nabi SAW.
  4. Kekhalifahannya diredhai oleh seluruh penduduk langit, iaitu para malaikat dan roh orang-orang mukmin. Apabila seluruh penduduk langit telah redha dengan pemerintahannya, maka seluruh penduduk di bumi pun akan turut redha dengan pemerintahannya, kerana lazim apabila penduduk langit telah redha dengan seseorang, maka penduduk bumi pun akan turut redha pula dengannya.
  5. Burung-burung yang disebutkan di sini adalah wakil sahaja daripada sekalian binatang, kerana lazim apabila sejenis binatang redha kepada seseorang, maka semua binatang lain pun akan turut redha kepadanya, tidak kira di langit, di atas tanah, di dalam tanah atau di dalam air.
  6. Punca semua makhluk redha dengan pemerintahannya adalah kerana Imam Mahdi telahpun mempersiapkan dirinya, zahir dan batin, untuk menjawat tugas utama ini, sebelum diserahkan kepadanya tugas utama ini. Hal demikian amat berlawanan dengan pemimpin dunia sekarang yang hanya mempersiapkan zahir sahaja sebelum mereka memerintah sesebuah negara. Aspek rohaniah yang sebenarnya lebih penting, lazimnya terabai terus. Juga dikeranakan pelantikannya adalah atas kehendak Allah SWT jua, bukannya atas pilihan dan pencalonan oleh orang ramai di sesebuah negara.


Matanya Kelihatan Sentiasa Bercelak

A. Kata sahabat RA,
"Kedua-dua pelupuk matanya tampak bercelak.”
Bercelak adalah suatu sunnah. Sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala, manakala yang meninggalkannya akan rugi, kerana tidak mendapat pahala sunat. Semua ulama muktabar sejak zaman dahulu lagi, sudah menjadikan celak ini sebagai amalan mereka.
Dalam kes Imam Mahdi ini, walaupun beliau tidak mengenakan celak, tepi matanya akan tetap kelihatan seperti bercelak, dan ini adalah suatu keistimewaan baginda yang tidak ada pada orang lain. Keistimewaan ini sebelumnya hanya ada pada datuknya yang mulia, baginda Rasulullah SAW sahaja, selain Nabi Ibrahim AS.



Gigi Seri Imam Mahdi

A. Kata sahabat RA,
“Gigi seri al-Mahdi tampak bersinar.”
Hal ini sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawa Imam Mahdi itu memang bersih dan wangi, sama ada pada badannya mahupun pada anggota lainnya, yang biasanya pada orang kebanyakan, agak berbau atau kurang baik. Sehingga dengan giginya yang kelihatan bersinar itu, akan bertambah lagi berseri wajahnya yang mulia itu.


Gigi Imam Mahdi Berjarak

A. Dari Abdul Rahman bin Auf RA katanya, sabda Rasulullah SAW,
"Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki dari keturunanku, yang (antara sifat utamanya ialah) giginya berjarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam dan akan mendapatkan harta benda dengan melimpah-limpah.”       (Abu Nuaim)


Pada Pipi Kanan Imam Mahdi Ada Tahi Lalat Hidup

A. Kata sahabat RA,
"Pipi al-Mahdi ada tahi lalatnya.”
Ini adalah pengulangan lagi bagi hadis-hadis dan asar yang telah disebutkan sebelum ini. Oleh itu, tetaplah bahawa Imam Mahdi itu orang yang mempunyai tahi lalat hidup, yang besar, terletak pada pipi sebelah kanan. Ini adalah salah satu keistimewaan Imam Mahdi kerana tahi lalat itu bukannya wujud secara semula jadi, tetapi wujud sebelum baginda diangkat sebagai Imam Mahdi.
Oleh itu, semasa hayatnya bergaul, mengajar dan membantu orang ramai, mereka benar-benar tidak tahu bahawa tuan guru mereka itulah dia bakal Imam Mahdi yang akan memerintah seluruh dunia suatu hari kelak.


Janggut Imam Mahdi

A. Kata sahabat RA,
“Dia (al-Mahdi) berjanggut tebal tetapi tidak begitu lebat.”
Imam Mahdi itu mestilah mempunyai janggut, janggutnya diperincikan lagi dengan penyataan bahawa bentuknya tebal, yakni panjang tetapi tidak lebat iaitu tidak rapat-rapat. Maksud panjang itu tidaklah sampai ke pusat seperti yang banyak difahami oleh orang awam, tetapi sekadar tidak sampai melebihi sejengkal. Yang demikian adalah suatu sunnah daripada baginda Rasulullah SAW, yang diikuti oleh para sahabat RA, kemudian oleh para tabiin dan seterusnya oleh generasi di bawahnya, hinggalah ke hari ini.
Keadaan seperti itu, iaitu mempunyai janggut yang tebal tetapi tidak begitu lebat, jika sekali lihat, adalah perkara biasa. Namun untuk memenuhi ciri-ciri berkenaan sebenarnya amat sukar, kerana tidak semua orang mampu memenuhi ciri-ciri berkenaan dengan tepat. Bentuk dan gaya janggut yang tumbuh adalah semata-mata kurniaan Allah, bukannya boleh direka-reka dan dibentuk-bentuk menurut kemahuan kita sahaja. Sebab itulah, sifat-sifat, akhlak, amalan dan keadaan Imam Mahdi itu diperincikan dengan begitu sekali, sama ada oleh Baginda SAW sendiri, mahupun oleh para sahabat dan tabiin. Ertinya, semakin banyak perincian yang diberi, semakin sukar untuk mencari peribadi sebenar yang digelar sebagai Imam Mahdi itu.
Jadi, bagi sesiapa yang ada mengaji bab mengenai sifat-sifat Imam Mahdi, tidak akan menerima bulat-bulat sahaja sebarang pengakuan seseorang bahawa dirinya Imam Mahdi, melainkan setelah menelitinya dari atas hingga ke bawah, dari mula hingga ke akhir, dari zahir hingga ke batinnya dan sebagainya lagi. Banyak perkara yang perlu diteliti dan dinilai, kemudian dibandingkan dengan keterangan-keterangan daripada hadis-hadis dan ucapan para sahabat RA serta tabiin RH. Kebanyakan yang mendakwa dirinya Imam Mahdi tidak mempunyai janggut pun di dagunya.

Setelah berpuas hati bahawa setiap perkara yang disebutkan oleh hadis-hadis ada pada dirinya dan berlaku pula tepat seperti yang didakwa, barulah boleh diakui orang itu memang Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Barulah orang ramai akan segera berbaiat kepadanya, menjadikannya Imam mereka zahir dan batin, dari segi agamanya dan dunianya, dari segi hidupnya dan matinya dan sebagainya lagi.

Ulama pada hari ini di Asia Tenggara ini, terutama sekali yang bertaraf ulama moden, tidak ramai lagi yang berjanggut, apatah lagi yang berjanggut tebal. Banyak daripada mereka yang akhir baligh, bukan akil baligh, kerana umur telah menjangkau setengah abad pun, janggut masih belum tumbuh-tumbuh di dagunya. Alasannya, perkara itu adalah sunat, boleh buat dan boleh tak buat. Tak payah sibuk-sibuk timbulkan atau besar-besarkan masalah furuk ini.

Memang demikianlah keadaannya. Benar juga alasan yang diberikan mereka, jika dilihat sekali lalu. Namun, jika difikirkan sekali lagi, akan jadi kemusykilan yang amat besar. Kalau ulama sendiri sudah tidak menghormati sunnah agama sendiri, bagaimana mungkin orang awam akan turut menghormati ajaran agama mereka, sebab  contoh yang patut diikuti, tiada di depan mata. Kalau para ulama sendiri sudah meninggalkan ajaran agama mereka, siapa lagi yang dapat diharap untuk menaikkan semula agama Islam ke tempatnya yang tinggi dan mulia itu? Takkan kita nak harapkan penganut agama Sikh untuk membantu menaikkan sunnah Islam ke tempatnya yang tinggi itu.

Sebab itu umat Islam pada hari ini sudah ramai yang tidak berjanggut kerana mereka melihat contoh yang paling mudah, para ulama dan para pemimpin yang sudah tidak berjanggut lagi. Memang ada sebilangan umat Islam yang masih berjanggut, tetapi mereka ini berjanggut bukanlah meniru para ulamanya, tetapi atas kefahaman sendiri, kesedaran sendiri dan kemahuan sendiri. Tiada contoh lagi bagi mereka. Ada yang berjanggut dengan niat-niat yang lain, dan bagi golongan yang ini, kita serahkan penilaiannya kepada Allah semata-mata.


Hidungnya Mancung

A. Dari Abu Said al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“al-Mahdi adalah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia memerintah selama tujuh tahun.”   (Abu Daud & al-Hakim)
Berdasarkan hadis ini, dinyatakan lagi beberapa perkara, sama ada pertama kali disebut, mahupun yang berupa pengulangan daripada hadis-hadis lain:
  1. Imam Mahdi adalah dari keturunan Baginda SAW. Pengesahan yang dibuat berulang-ulang kali ini tidak syak lagi adalah janji Allah dan Rasul-Nya SAW bahawa memang Imam Mahdi itu adalah benar-benar dari keturunan Nabi SAW. Kerana terlalu banyak pengulangan terhadap perkara yang sama, maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa perkara ini adalah sesuatu yang mesti dipenuhi, tidak boleh tidak.
  2. Dahinya luas. Penyataan ini juga diulang dalam beberapa buah hadis dan ucapan sahabat dan tabiin. Orang yang berdahi luas lazim dikatakan adalah tanda orangnya kuat rohaniahnya, ahli pemikir yang kuat, tenang fikirannya dan matang dalam segala tindakan dan urusan. Dahi luas juga adalah tanda orang itu sudah berumur, bukan remaja lagi. Sebab itu, lazimnya golongan remaja mempunyai saiz dahi yang lebih kecil berbanding orang dewasa dan orang-orang tua.
  3. Hidung Imam Mahdi adalah mancung. Pernyataan ini adalah tanda bahawa Imam Mahdi itu lahir dari kalangan orang atau kaum yang hidungnya ‘tidak mancung’. Jika tidak, masakan perkara ini perlu disebut oleh Nabi SAW, kerana bangsa Arab memang diketahui umum memiliki hidung yang mancung-mancung belaka. Terlalu jarang atau boleh dianggap pelik jika dikatakan ada orang Arab yang hidungnya tidak mancung atau pesek. Maksud tersiratnya, Imam Mahdi itu benar-benar lahir di negara Ajam.
  4. Imam Mahdi akan menjadi pemerintah di bumi ini. Pemerintahannya setelah menjadi Khalifah adalah penuh adil dan saksama, meliputi seluruh dunia. Tanda akan naik Imam Mahdi menjadi pemerintah ialah seluruh dunia ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan penindasan. Para pemerintahnya adalah orang-orang yang zalim-zalim, manakala yang kaya dan kuat menindas yang miskin dan lemah. Yang miskin dan bodoh juga berbuat zalim dengan melakukan jenayah seperti mencuri. Ulama memandang rendah orang awam dan orang awam pula hilang hormat kepada golongan ulama.
  5. Lama pemerintahan Imam Mahdi ke atas seluruh dunia ini adalah tujuh tahun. Tujuh tahun yang dimaksudkan adalah relatif, bukan dengan erti tujuh tahun seperti yang mampu kita bayangkan pada hari ini. Untuk keterangan yang lebih jelas lagi tentang ini, lihat pada bahagian-bahagian akhir pemerintahan Imam Mahdi pada bab-bab yang akan datang. Angka tujuh sebenarnya adalah lambang berkat dan banyak, bukan ertinya tepat-tepat tujuh tahun seperti yang disabdakan.


Cap Kenabian Pada Bahunya

A. Kata sahabat RA,
"Pada bahu al-Mahdi terdapat tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad SAW.”
Suatu perkara yang amat tidak dipedulikan orang ialah cap kenabian Nabi Muhammad SAW yang terdapat pada tengah-tengah dua belikat Imam Mahdi. Kalau dengan Nabi Muhammad SAW dahulu, orang-orang Yahudi dan Nasrani meneliti tanda ini untuk mengesahkan kebenaran individu yang bernama Muhammad SAW itu, maka Imam Mahdi pun demikian juga, bagi kita umat Islam.

Apabila yang zahir itu mengaku dirinya Imam Mahdi, maka mintalah ditunjukkan cap kenabian itu dari belakang badannya. Jika benar, maka sahlah dia itu memang Imam Mahdi seperti yang disebut-sebut. Jika tidak ada cap kenabian itu, maka bohonglah dia.

Cap kenabian itu besarnya seperti telur burung merpati, tulisannya berwarna hitam, huruf-hurufnya jelas, bentuknya seakan-akan membonjol keluar (melengkung) dan bukannya tatu, yakni ditekan dengan alat oleh manusia. Cap kenabian itu bukan dibuat oleh manusia dan tidak akan padam selama-lamanya.

Di sekeliling cap kenabian itu ada bulu roma yang halus tumbuh, yang mengelilingi cap itu. Keadaan seperti ini mustahil dapat ditiru-tiru oleh sesiapa pun, kerana tidak ada kemudahan dan peralatan yang mampu meniru seperti sifat-sifat yang ada itu. Hanya Imam Mahdi dan Rasulullah SAW sahaja yang diberi keistimewaan mempunyai cap kenabian di belakang badan, di antara dua belikat mereka.


Jubah Imam Mahdi

A. Rasulullah SAW bersabda,
“Dia adalah dari keturunanku dan umurnya adalah empat puluh tahun. Wajahnya berseri-seri laksana bintang dan dia mempunyai tahi lalat di pipinya. Dia akan memakai dua lapis jubah Qutwani dan bentuk badannya seperti orang-orang Bani Israel.”        (At-Tabrani)
Jubah Qutwani adalah sejenis jubah yang diperbuat dari bulu binatang, dan bukan menjadi pakaian yang lazim dipakai oleh bangsa Arab sejak dahulu hingga kini. Jubah bulu itu adalah dari jenis jubah yang mahal dan sukar didapati di pasaran terbuka. Dan Imam Mahdi memakai jubah berkenaan sebanyak dua lapis setiap kali pakai. Itu adalah lambang ketinggian peribadinya dan sebagai suatu syiar bagi dirinya. Dua lapis pakaian juga adalah sunnah daripada Nabi Musa AS, Nabi Ibrahim AS dan beberapa orang rasul yang terdahulu.




Sukar Bertutur Kata

A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi adalah termasuk orang yang sukar bertutur kata (ketika awal munculnya).”
B. Sabda Nabi SAW,
“Jika al-Mahdi merasa sukar berbicara, maka dia akan menepuk paha kirinya dengan tangan kanannya.”
Kedua-dua hadis ini menyatakan satu perkara yang sama iaitu Imam Mahdi itu diberikan satu keadaan iaitu sukar berkata-kata ketika awal munculnya sebagai Imam Mahdi. Hal ini berlaku hanya apabila dibaiat oleh orang ramai, dan bukannya sifat semula jadi sejak kecil.

Keadaan ini sebenarnya adalah untuk membezakannya daripada orang lain, kerana lazimnya para pemimpin dunia hari ini mestilah seorang yang fasih bertutur kata. Adalah suatu kelemahan yang ketara pada hari ini jika seseorang pemimpin itu tidak fasih berkata-kata atau gagap. Dan lazimnya orang yang seperti ini tidak akan terpilih untuk memerintah manusia, kerana gagap itu adalah suatu kecacatan pada pandangan mereka.

Jadi, untuk membezakan Imam Mahdi daripada pemimpin lain, Allah jadikannya sebagai seorang yang gagap atau sukar berkata-kata sebagai pemimpin manusia. Hal ini sebenarnya bukanlah suatu kekurangan kerana Nabi Musa AS sendiri adalah seorang yang sukar bertutur kata, termasuk ketika berdialog dengan bapa angkatnya, Firaun. Sebab itu Nabi Musa AS meminta agar beliau ditemani oleh adiknya kandungnya, Nabi Harun AS untuk bercakap bagi pihak dirinya ketika berhadapan dengan Firaun.

Boleh juga diertikan dengan sukar bertutur kata itu dengan maksud Imam Mahdi itu tidak suka bercakap perkara yang sia-sia, dan jika ada orang yang bercakap perkara yang sia-sia di hadapannya, akan ditamparnya meja supaya orang yang sedang mendengarnya itu berhenti bercakap atau ditinggalkannya sahaja orang itu sendirian. Itu juga adalah boleh dimaksudkan dengan gagap seperti yang dikehendaki oleh hadis. Hal ini sebenarnya sesuai dan tepat dengan kehendak maksud sebuah hadis lain yang menyatakan Imam Mahdi selepas dibaiat di Masjidil Haram, akan berkhutbah dengan satu khutbah yang panjang, mengajak manusia mengamalkan kembali ajaran Islam sepenuhnya dalam diri masing-masing. Untuk mendapatkan hadisnya, silalah lihat pada bahagian yang akan datang.


Bentuk Kedua-dua Belah Pahanya

A. Sabda Nabi SAW,
“Kedua-dua belah paha al-Mahdi adalah lebar dan saling renggang (tidak rapat).”
Paha yang lebar yakni besar menunjukkan orang itu kuat fizikalnya dan bertenaga. Hal ini berlaku kerana beliau banyak turun naik melakukan solat tahajud dan juga solat sunat, menyebabkan pahanya menjadi kuat dan besar. Jika dilihat dari tepi, kelihatan lebar daging pahanya. Jika dilihat dari depan pula, kedua-dua pahanya kelihatan renggang antara satu sama lain. Maksud tersiratnya ialah Imam Mahdi itu bukan seorang yang berbadan gemuk.


Imam Mahdi Adalah Seorang yang Tegas

A. Imam Tawus RH, seorang tabiin terkemuka menyebutkan bahawa,
“Salah satu tanda Imam Mahdi ialah dia amat tegas terhadap orang bawahannya, harta bendanya melimpah ruah dan amat pemaaf kepada para hamba (pekerja bawahan).”
Imam Tawus menyebutkan tiga perkara yang menjadi tanda khusus bagi Imam Mahdi iaitu:
  1. Imam Mahdi amat tegas kepada orang bawahannya iaitu para pekerja di rumahnya, anak-anak murid pengajiannya, para pegawai di pejabatnya, orang-orang kanannya, para makmum yang berada di saf pertama sembahyang dan pemimpin-pemimpin yang dilantik untuk mewakilinya.
  2. Hal ini samalah seperti tegasnya baginda SAW kepada para sahabat semasa di Madinah ketika hayat baginda SAW dahulu. Begitu juga Sayidina Umar semasa pemerintahannya yang ketegasannya cukup kita kenali. Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga terkenal tegas terutama kepada anak-anak, isteri dan para pembesarnya. Sultan Muhammad al-Fateh juga amat tegas kepada para askarnya, sama ada semasa perang atau damai.
  3. Imam Mahdi memang diutus oleh Allah untuk memberkatkan harta benda sehingga melimpah ruah di sana-sini, akhirnya orang ramai jemu melihat harta benda yang bertimbun-timbun di sana-sini, sedangkan tidak seorang pun yang mahu membawanya pulang atau ambil peduli tentangnya.
  4. Imam Mahdi juga sangat berbelas kasihan kepada golongan hamba, pekerja bawahan dan orang awam. Mereka ini sentiasa mendapat bantuan dan perhatian berat daripada Imam Mahdi sendiri. Mereka selalu dibantu, ditolong, didoakan dan dihiburkan oleh Imam Mahdi dari semasa ke semasa.
  5. Akhirnya setiap orang merasakan mereka sentiasa diambil berat dan diperhatikan oleh Imam Mahdi, pemimpin agung mereka. Semuanya amat berpuas hati dengan pemerintahan Imam Mahdi yang amat adil lagi saksama itu.


Imam Mahdi Berdahi Luas

A. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda,
“Al-Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan ketidakadilan dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.” ( Abu Daud)
Hadis ini menyebutkan dahi Imam Mahdi adalah luas yakni tinggi ke atas dan lebar ke tepi kiri kanan. Itulah pengertian luas yang selalu kita fahami. Dan begitulah maksud yang dikehendaki oleh hadis di atas. Lazimnya orang yang berdahi luas ini adalah lelaki, kerana jarang didapati wanita yang berdahi luas. Memang ada wanita yang dahinya agak luas, tetapi tidaklah sampai seluas dahi lelaki. Jumlah wanita yang berdahi luas juga amat sedikit, kerana kebanyakan wanita berdahi sederhana atau kecil.
Dahi luas juga menunjukkan orang itu sudah berumur atau dewasa. Jarang remaja yang didapati berdahi luas. Dahi seseorang akan menjadi bertambah luas dengan sebab bertambahnya umur atau kerana mendapat sesuatu penyakit yang menyebabkan rambut di dahinya gugur dan tidak tumbuh-tumbuh lagi. Lazimnya dahi yang luas kerana penyakit tidaklah terlalu ramai dan bukan merupakan sebab yang dominan. Orang lelaki menjadi luas dahinya secara beransur-ansur akibat bertambah umurnya dan bertambah kematangannya dalam hidup. Selalu juga dikaitkan dahi yang luas dengan keupayaan berfikir yang agak tinggi.


IMAM MAHDI ADALAH MISTERI

Imamul Mahdi adalah misteri,
Walaupun banyak hadis yang bercerita,
Hendak dihuraikan secara nyata amat sulitnya,
Hendak ditolak payah juga,
Hadis mengenainya terlalu banyak
Bahkan ada yang bertaraf masyhur,
Siapa pun di kalangan ulama, ditanya tidak akan puas,
Bahkan akan berlaku ikhtilaf di kalangan mereka,
Siapa saja yang boleh menerangkan tentang Imamul Mahdi secara puas,
Dialah orang penting dan orang kanannya,
Kerana dia menghurainya dibantu dengan ilham
Dan berita-berita ghaib,
Siapa yang bukan orang kanannya
Hanya boleh menghurai di sekitar hadis saja,
Siapa orang kanannya, dia menghurai dibantu oleh ilham
Atau berita ghaib menguatkannya,
Orang kanannyalah lebih tahu tentang Imamul Mahdi Al-Muntazar,
Selainnya hanya boleh menghurai secara rambang,
Bahkan orang kanannya boleh berhubung
Dengan Imamul Mahdi di waktu-waktu tertentu,
Dapat panduan, dapat bimbingan, dapat berita ghaib akhir zaman,
Kerana itulah dia boleh menceritakan
Tentang Imamul Mahdi dengan tepat dan puas,
Walaupun begitu, bukan semua orang boleh menerimanya,
Lebih-lebih lagi para ulamanya bukan senang hendak percaya,
Bahkan setelah lahirnya pun
Para ulama ada yang menentangnya,
Di waktu itu mereka akan nahas,
Mereka akan menerima padahnya hasil penentangannya.
(Sajak Petikan dari Majalah Kebenaran

Tuesday, April 17, 2012

KEWALIAN JALAN NABI DAN JALAN SUFI

SYARAH KITAB - FUTUHAT AL MAKIYYAH


Terdapat banyak perbezaan dari segi pengalaman, penyaksian, fahaman dan pegangan di antara pengembara pada jalan kesufian dengan pengembara pada jalan kenabian. Kewalian sufi diliputi oleh bayangan yang menyata sebagai tajalli-tajalli, sedangkan ia adalah hijab kepada Yang Haq. Kewalian sufi memasuki suasana menyaksikan rupa bentuk, cahaya dan warna. Cinta yang menguasai kewalian sufi adalah cinta yang mengasyikkan dan memabukkan, menghilangkan rasional. Kewalian pada jalan kenabian atau kewalian para sahabat Rasulullah s.a.w tidak melalui suasana tajalli dan penyaksian kepada rupa bentuk, cahaya dan warna. Pada jalan kenabian, cinta para sahabat kepada Allah s.w.t menyata sebagai ketaatan yang sejati berlandaskan kehambaan yang sebenar-benarnya. Kewalian sufi berpisah daripada dunia dan akhirat. Pada kewalian para sahabat pula, dunia dan akhirat menjadi daerah kekhalifahan mereka. Mereka bertanggung-jawab kepada kehidupan dunia dan mereka bekerja untuk keselamatan di akhirat.

Kehampiran dengan Tuhan pada kewalian sufi bercampur dengan unsur bayangan dan terdapat hijab padanya. Penyaksian sufi sering tertumpu kepada bentuk-bentuk misal yang dinisbahkan kepada Tuhan. Orang sufi biasa mengatakan mereka melihat Tuhan sebagai cuaca subuh atau sebagai satu bentuk atau satu warna. Gambaran misal itu menjadi hijab yang menutupi penyaksian terhadap Allah s.w.t yang tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna, tidak bercahaya dan tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya: “      ".Pada kewalian terdapat husul iaitu sampai kepada Tuhan. Pada husul terdapat hijab atau bayangan iaitu gambaran misal, dan orang yang memasuki peringkat husul menyatu dengan bayangan atau misal yang dinisbahkan kepada Tuhan, sama ada misal itu cahaya, warna, dirinya sendiri atau apa sahaja. Penyatuan dengan hijab atau misal ketuhanan itu dirasakan sebagai bersatu dengan Zat Tuhan. Oleh itu melalui husul perbezaan di antara hamba dengan Tuhan dihapuskan. Hamba dengan Tuhan dipertemukan pada satu wujud dan dinamakan wahdatul wujud. Wahdatul wujud hanyalah bayangan, bukan Yang Haq. Kemabukan ketika dilambung gelombang kefanaan yang menghasilkannya. Yang Hakiki hanya ditemui selepas meninggalkan peringkat fana dan mabuk.

Kewalian pada jalan kenabian, kewalian para sahabat, tidak bercampur dengan suasana mabuk, tidak ada fana, bebas daripada bayangan yang menghijab Yang Hakiki. Kewalian para sahabat memperolehi wusul atau berjumpa Tuhan tanpa dihijabkan oleh gambaran misal yang dinisbahkan kepada Tuhan. Pertemuan di antara hamba dengan Tuhan berlaku secara jaga, sedar, bukan dalam suasana mabuk. Bila tidak diganggu oleh mabuk dan gambaran misal, hamba menyaksikan kehambaan dirinya dan hamba menyaksikan ketuhanan Tuhannya. Hamba menyaksikan Tuhan yang : “          ” – tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya, bagaimana Dia dimisalkan oleh sesuatu. Wujud Tuhan dengan wujud hamba boleh dibezakan. Mata keyakinan wali pada jalan kenabian menyaksikan Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi dari apa yang disifatkan, digambarkan dan dimisalkan. Penemuan wali pada jalan kenabian sama dengan kenyataan al-Quran dan pengajaran Rasulullah s.a.w. Kewalian pada jalan kenabian itulah yang benar-benar berjumpa dengan Yang Haq. Bila Yang Hakiki ditemui seseorang itu bebas daripada tarikan keasyikan kepada nyanyian dan tarian, bebas daripada mabuk dan pengaruh wahdatul wujud. Tidak terjadi tajalliyat, tidak ada gangguan bayangan dan misalan dan lain-lain yang biasa ditemui pada jalan kesufian. Sebab itu kelakuan ganjil yang biasa menyerang orang sufi tidak didapati berlaku kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Kewalian para sahabat melahirkan kecintaan kepada Allah s.w.t secara ketaatan dengan penuh kerelaan di atas landasan kehambaan yang sebenar-benarnya.

Tajalliyat, sama ada berlaku dalam rupa bentuk, atau di bawah hijab cahaya dan warna, berlaku pada kewalian sufi terutamanya pada peringkat awal perjalanan. Penjelmaan dan tajalliyat adalah bayangan kepada Yang Haq. Tajalli dan penyaksian tertuju kepada bayangan. Orang yang menolak bayangan bebas daripada tajalliyat. Orang yang memasuki jalan kenabian bebas daripada tajalliyat tetapi jika dia sampai kepada jalan kenabian melalui jalan kesufian, pengalaman tajalliyat ditemuinya.

Orang yang memasuki jalan kesufian bekerja untuk menghapuskan semua kehendak. Pada jalan kenabian penghapusan kehendak tidak dituntut. jalan kenabian memperakui bahawa kehendak yang asli adalah baik. Kehendak menjadi jahat apabila diarahkan kepada bahan-bahan dan perkara-perkara jahat. Jadi, bahan dan perkara jahat yang perlu dihapuskan daripada kehendak, bukan kehendak itu sendiri secara keseluruhannya. Kehendak perlu diarahkan kepada sesuatu yang baik menurut petunjuk syariat. Syariat telah menggariskan sempadan yang baik dan yang jahat. Pengembara pada jalan kenabian dikehendaki menjaga dan mengawal kehendak agar tidak keluar daripada daerah yang baik.

Selain daripada penghapusan kehendak, orang yang memasuki jalan kesufian juga menghapuskan sifat-sifat kemanusiaannya. Pada jalan kenabian pula syariat memisahkan sifat kemanusiaan yang baik daripada yang jahat. Orang yang memasuki jalan kenabian hanya perlu menghapuskan sifat yang jahat dan keji, tidak perlu menghapuskan sifat kemanusiaan keseluruhannya. Pada kewalian sufi didapati penafian perbuatan diri sendiri, sifat-sifat diri sendiri dan kewujudan diri sendiri. Semua perkara dan segala sesuatu diisbatkan kepada Allah s.w.t semata-mata. Hal atau suasana penafian diri merupakan ciri kefanaan. Orang yang terus kepada jalan kenabian tidak terlibat dengan penafian diri, sifat dan perbuatan, tetapi jika dia sampai kepada jalan kenabian melalui jalan kesufian dia mengalami juga hal yang demikian.

Kewalian pada jalan kesufian dinamakan wali kecil dan ia dibaluti oleh bayang-bayang yang bercampur dengan perkara-perkara yang tidak jelas dan samar-samar. Wali pada jalan kenabian, termasuklah wali yang telah melepasi jalan kesufian dan memasuki jalan kenabian, adalah lebih sempurna. Jalannya, fahamannya, pegangannya dan tindak-tanduknya lebih jelas, pasti dan nyata. Wali pada jalan kesufian gemar menggunakan istilah yang ganjil-ganjil dan tidak jelas maksudnya. Mereka suka mengadakan huraian secara berteka-teki yang sukar dimengerti maksudnya. Hujah mereka banyak bersandar kepada pengalaman kerohanian seperti zauk dan kasyaf tanpa merujuk kepada sumber yang lebih kuat iaitu al-Quran, as-Sunah ijmak ulama. Wali pada jalan kenabian pula sentiasa bersikap rasional, bersandar kepada sumber yang muktabar dan boleh diterima oleh akal yang sihat. Apabila wali sufi meningkat dan sampai kepada kewalian cara kenabian dia akan meninggalkan daerah yang kesamaran dan meragukan. Dia akan bergabung dengan wali-wali cara kenabian yang lain di dalam mengembangkan syiar agama Islam menurut ajaran al-Quran, as-Sunah dan muafakat ulama.

Bagi orang yang dipimpin, walaupun pada peringkat permulaannya dia memasuki jalan kewalian sufi namun, akhirnya dia akan sampai kepada jalan kewalian cara kenabian. Pengalamannya dalam bidang kewalian sufi membantunya membentuk keyakinan setelah dia berpindah kepada kewalian cara kenabian. Walaupun kebanyakan sufi yang terkenal memulakan perjalanan cara kewalian sufi dan kemudiannya berpindah kepada kewalian cara kenabian, tetapi kewalian cara sufi bukanlah syarat yang mesti bagi memperolehi kesempurnaan kewalian cara kenabian. Ramai orang yang terus pergi kepada kewalian cara kenabian tanpa melalui cara kesufian, terutamanya pada zaman Rasulullah s.a.w. Para sahabat yang terus memasuki cara kenabian dan menetap pada jalan tersebut tanpa memasuki cara sufi telah mencapai darjat kewalian yang paling tinggi dibandingkan dengan wali-wali pada semua zaman. Selepas Rasulullah s.a.w, para sahabat adalah contoh yang paling baik untuk diikuti. Rasulullah s.a.w telah mengasuh satu kumpulan manusia sempurna yang boleh diikuti oleh kaum Muslimin yang datang kemudian.

Umat Islam umumnya telah lama keliru di dalam memahami maksud kewalian. Kewalian dan kesufian telah diikat kemas di dalam pemikiran sehingga timbul anggapan hanya orang sufi yang boleh menjadi wali. Orang yang menetap pada Jalan syariat, beriman, beramal salih dan bertakwa, jika tidak memasuki jalan kesufian tidak akan sampai kepada makam kewalian. Orang-orang seperti Imam Syafi’e, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hanbali tidak disebut sebagai wali Allah. Apakah orang-orang yang dibimbing oleh Allah s.w.t sehingga mereka mampu mengadakan mazhab yang diikuti oleh kebanyakan umat Islam, tidak termasuk ke dalam kelas wali Allah? Apakah orang yang dipimpin oleh Allah s.w.t membentuk kumpulan tarekat yang jauh lebih kecil daripada kumpulan mazhab lebih tinggi kewaliannya daripada orang yang mempelopori mazhab yang besar?

Perlu diketahui bahawa orang yang memasuki aliran kesufian melalui dua peringkat kewalian. Kewalian peringkat pertama dinamakan wali kecil, iaitu kewalian cara sufi yang padanya terdapat amalan suluk, zauk, jazbah, fana, bersatu dengan Tuhan, baqa dengan Tuhan dan lain-lain bentuk pengalaman kerohanian. Setelah menyempurnakan kewalian cara sufi mereka diangkat kepada kewalian cara kenabian, darjat kewalian yang lebih sempurna. Di dalam daerah kewalian cara kenabian orang-orang sufi seperti Abdul Qadir Jilani, Hasan Basri, Ibrahim Adham dan ramai lagi bergabung dengan kumpulan wali yang menetap pada cara kenabian seperti Imam Syafi’e, Imam Malik dan lain-lain. Semua wali-wali pada peringkat tersebut menjadi sesuai dengan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat baginda s.a.w dan dengan syariat yang baginda s.a.w bawa. Malangnya peringkat kesesuaian orang sufi dengan syariat tidak menarik perhatian sebahagian daripada kaum Muslimin yang berminat dengan aliran tarekat kesufian. Latihan kesufian lebih dikaitkan dengan kewalian. Kewalian Imam Syafi’e dan Imam Malik yang menetap pada cara kenabian dan berlaku dengan lebih teratur tidak menarik minat mereka. Oleh yang demikian ada kaum Muslimin yang sanggup melepaskan pendapat Imam Syafi’e yang bersandarkan al-Quran dan as-Sunah, demi memegang perkataan wali sufi yang di dalam mabuk. Mereka juga lebih berpegang kepada perkataan wali sufi yang sedang mabuk daripada perkataan wali sufi yang sudah melepasi peringkat mabuk. Konsep ketuhanan yang dinyatakan oleh al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, dipegang oleh para sahabat dan kaum Muslimin umumnya tetapi ditolak oleh sebahagian kaum Muslimin yang terpengaruh dengan ucapan sufi yang latah. Mereka lebih terpengaruh dengan ucapan kumpulan sufi yang terperangkap dengan bayangan dan misal.

Kesempurnaan sufi dicapai setelah melalui dua peringkat kewalian, iaitu kewalian cara sufi dan kewalian cara kenabian. Seorang sufi perlu melalui proses menaik dan menurun. Di dalam proses menaik sufi memasuki perjalanan menuju Allah s.w.t yang kemudiannya membawanya kepada perjalanan ‘di dalam’ Allah s.w.t. Kemuncak perjalanan ini adalah ‘bersatu’ dengan Allah s.w.t, yang menjadi intisari dan matlamat perjalanan kewalian sufi. Di dalam proses menaik sufi hanya berhubung dengan Allah s.w.t, tidak berhubung dengan sesama makhluk. Sufi terpisah daripada makhluk dan dirinya sendiri. Sufi mencapai fana dan bersatu dengan Tuhan. Pengalaman yang demikian membuat sufi mempunyai satu bentuk kefahaman tentang ketuhanan.

Setelah menyempurnakan proses pertama sufi masuk kepada proses kedua, iaitu proses menurun, menuju kepada kesempurnaan kewalian dengan melalui jalan kenabian. Ketika menurun mental sufi mula berpisah daripada Tuhan. Sufi mula menyaksikan perbezaan di antara Tuhan dengan hamba. Kesedaran sufi terhadap dirinya dan makhluk kembali semula dan akhirnya dia kembali kepada kesedaran sepenuhnya. Proses kedua membentuk kefahaman dan pegangan yang berbeza dengan proses pertama. Pada proses pertama sufi dikuasai oleh pengaruh wahdatul wujud. Proses kedua pula memisahkan sufi daripada kesan wahdatul wujud itu. Sufi yang telah berpisah dengan fahaman wahdatul wujud mengakui perbezaan di antara Tuhan dengan hamba dan menerima kenyataan al-Quran bahawa tidak ada sesuatu yang serupa dengan Tuhan. Dua proses yang menghasilkan dua fahaman dan pegangan yang berlainan berlaku dalam perjalanan sufi.

Orang yang terus kepada cara kenabian tidak mengalami dua peringkat berbeza yang dilalui oleh pada cara kesufian. Pada jalan kenabian tidak berlaku pemutusan hubungan sesama manusia dan penyatuan dengan Tuhan. Tidak ada kefanaan dan kelenyapan diri. Tidak ada zauk, jazbah, mabuk dan tidak berlaku ucapan latah. Pada jalan kenabian akal fikiran sentiasa dalam keadaan sedar. Bila tidak ada peringkat berpisah dengan makhluk tidak ada juga peringkat kembali kepada diri dan makhluk. Bila tidak ada proses bersatu dengan Tuhan tidak ada pula proses berpisah dengan Tuhan. Pengembara pada jalan kenabian tidak dikuasai oleh keasyikan kepada Tuhan yang menyebabkan hilang pandangan terhadap diri sendiri dan makhluk. Mereka juga tidak dikuasai oleh keghairahan terhadap makhluk sehingga melupakan Tuhan. Wali cara kenabian sentiasa berhubung dengan Tuhan walaupun mereka sibuk melayani makhluk Tuhan. Hubungannya dengan Tuhan dan hubungannya dengan makhluk berjalan serentak tanpa gangguan. Tidak berlaku percanggahan di antara perhatian kepada Tuhan dengan perhatian kepada makhluk. Bagi wali yang berada pada jalan kenabian, berkhidmat kepada makhluk Tuhan sebenarnya adalah berkhidmat kepada Tuhan, berdasarkan ingatan dan perhatian kepada Tuhan kerana Tuhan yang memerintahkan berbuat demikian. Dalam menguruskan soal makhluk wali Allah sebenarnya melaksanakan kehendak Allah s.w.t, bertindak sebagai khalifah atau wakil-Nya. Walaupun sibuk melayani orang ramai perhatiannya tetap tertuju kepada Allah s.w.t dan mereka mengajak orang ramai kepada Allah s.w.t, taat kepada-Nya dan menghampiri-Nya. Wali pada jalan kenabian melakukan pekerjaan yang mulia ditengah-tengah masyarakat. Allah s.w.t reda dengan amalan mereka dan mereka senang berbuat demikian. Wali yang di dalam daerah kenabian inilah yang menyambung pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w di dalam membimbing dan membawa umat manusia kepada Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w bertugas menyampaikan syariat kepada umat manusia. Wali-wali pada jalan kenabian dan wali sufi yang kembali kepada jalan kenabian meneruskan pekerjaan tersebut. Wali yang tidak keluar dari daerah kesufiannya tidak memperdulikan urusan disekelilingnya, tidak memperdulikan sekalipun berlaku kiamat. Wali-wali yang menetap pada daerah kesufian adalah mereka yang tidak diberi tugas. Wali-wali sufi yang dipilih dan diberi tugas akan dibawa kepada daerah kewalian cara kenabian dan mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah s.w.t kepada mereka. Tugas utama adalah menyampaikan syariat. Orang ramai dituntut mentaati Nabi Muhammad s.a.w di dalam menjalankan peraturan syariat, bukan mengikuti cara atau amalan wali sufi. Di akhirat kelak yang dihisab adalah yang berkaitan dengan syariat. Latihan kerohanian dan tasauf juga dihisab berdasarkan peraturan syariat. Ketaatan kepada syariat membawa seseorang kepada syurga dan perlanggaran kepada syariat membawa ke neraka. Nabi Muhammad s.a.w dan wali-wali yang mengikuti baginda s.a.w menyampaikan dan mengamalkan syariat dan mereka bersedia untuk berkorban demi mengembang dan mempertahankan syariat.

Kumpulan manusia yang paling mulia adalah Nabi-nabi. Tujuan diutus Nabi-nabi adalah untuk menyebarkan syariat. Pekerjaan menyebarkan syariat adalah pekerjaan yang paling mulia boleh dilakukan oleh seseorang manusia di atas muka bumi. Tidak ada pekerjaan yang lebih mulia daripadanya. Wali-wali yang menjadi pewaris Nabi meneruskan pekerjaan tersebut. Hanya wali-wali yang telah kembali kepada jalan kenabian yang boleh melakukan pekerjaan tersebut dengan baik dan tepat. Memimpin umat manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t adalah lebih baik daripada melakukan ibadat sendirian tanpa bercampur gaul dengan orang ramai. Ketika masyarakat dilanda oleh kerosakan akidah dan kerosakan akhlak, tuntutan menghidupkan syariat lebih besar lagi. Usaha menghidupkan satu peraturan syariat lebih bermakna daripada latihan kerohanian yang hanya memberi faedah kepada diri sendiri sahaja. Oleh kerana tujuan Allah s.w.t memberi bimbingan kepada wali-wali untuk membimbing umat manusia, maka wali cara sufi yang menerima petunjuk akan kembali kepada cara kenabian serta melaksanakan tugas membimbing umat manusia kepada jalan yang lurus. Ketaatan kepada syariat memelihara seseorang agar teguh di atas jalan yang lurus.

Kemuncak kesempurnaan iman, ilmu, amal, takwa, pengalaman dan pencapaian, terdapat pada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w menjadi contoh tauladan yang paling baik dan paling tinggi untuk diikuti dan baginda s.a.w juga mestilah dijadikan model di dalam menentukan kedudukan seseorang wali. s.a.w Ketinggian darjat seseorang wali ditentukan dengan setakat mana wali itu menghampiri kualiti-kualiti yang ada pada Nabi Muhammad. Ada wali yang melibatkan diri semata-mata dalam urusan hubungan dengan Tuhan. Wali yang fana dalam Tuhan ini melakukan tuntutan agama yang paling minima, seperti bersembahyang, tetapi sangat kurang penglibatannya dalam kebaktian kepada sesama manusia. Ada pula wali yang di samping bersungguh-sungguh di dalam urusan perhubungan dengan Allah s.w.t, mereka juga bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan kewajipan sesama manusia. Wali jenis kedua menjalani kehidupan yang lebih sesuai dengan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w dan mereka merupakan wali yang lebih baik, lebih tinggi dan lebih sempurna. Wali yang bermukim di dalam daerah kewalian sufi, menjadi majzub atau fana dalam Allah s.w.t secara terus menerus, perjalanannya tidak lengkap. Wali yang demikian hanya berjalan separuh jalan sahaja. Mereka berhenti sebelum menemui Yang Hakiki. Wali tersebut melengkapkan perjalanan kepada Tuhan dan dalam Tuhan sehingga mencapai peringkat bersatu dengan Tuhan. Suasana bersatu dengan Tuhan menimbulkan mabuk yang melahirkan tingkah-laku dan tutur-kata yang ganjil-ganjil. Kemabukan menyebabkan wali tersebut terputus daripada peraturan dan sopan santun kemanusiaan. Dalam keadaan demikian juga peraturan syariat tidak dihormati. Wali jenis ini tidak dibolehkan menjadi pembimbing manusia lain kerana sifat-sifat kemanusiaannya sudah lenyap. Wali yang layak membimbing manusia lain adalah yang mara terus melepasi peringkat bersatu dengan Tuhan, bergerak jauh dari Tuhan dengan Tuhan, menyaksikan perbezaan di antara hamba dengan Tuhan, menyaksikan wujud hamba yang berpisah dengan Wujud Tuhan, keluar dari suasana mabuk dan kembali kepada keinsanan untuk menceburkan diri dalam kegiatan masyarakat. Wali jenis ini merupakan wali yang melepasi kewalian sufi dan masuk kepada kewalian cara kenabian. Merekalah yang menjadi khalifah Allah di bumi, memikul satu-satu bidang tugas khusus untuk kemanfaatan manusia umum. Inilah kumpulan wali yang menyambung perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w. Kumpulan ini memikul tugas berdakwah membimbing orang ramai kepada jalan Tuhan. Orang-orang yang kembali kepada jalan Tuhan dipersucikan zahir dan batin agar menjadi hamba Tuhan yang sebenar-benarnya. Hamba yang dipersucikan, berjalan pada jalan Tuhan, bekerja menegakkan syariat Allah s.w.t di atas muka bumi. Pekerjaan wali-wali yang sampai kepada cara kenabian merupakan pekerjaan yang paling mulia kerana mereka melakukan pekerjaan Nabi-nabi. Mereka mendapat kedudukan yang paling mulia, sebagai sahabat Allah s.w.t dan Rasul-Nya yang akrab.

Perilaku Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w hendaklah dijadikan neraca dalam menentukan sesuatu perkara agar penilaiannya benar dan tepat. Dalam menilaikan kedudukan seseorang wali, neraca yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w hendaklah digunakan Sikap menjadikan kekeramatan sebagai pengukur kewalian adalah sikap yang tidak benar. Kekeramatan bukanlah petanda ketinggian darjat seseorang wali, malah kekeramatan bukanlah syarat kewalian. Biasa terjadi wali yang lebih rendah kedudukannya mengeluarkan kekeramatan yang lebih banyak daripada wali yang lebih tinggi kedudukannya. Wali yang paling tinggi yang muncul pada zaman di belakang ini tidak dapat menyamai kedudukan kewalian para sahabat Rasulullah s.a.w yang paling rendah. Para sahabat yang berkedudukan sebagai wali peringkat tertinggi pada semua zaman jarang atau tidak ada yang mengeluarkan kekeramatan, tetapi wali yang datang kemudian banyak mengeluarkan kekeramatan. Perlu diambil perhatian bahawa orang kafir, ahli maksiat dan ahli silap mata juga biasa mengeluarkan perkara yang luar biasa seperti yang terjadi di kalangan wali-wali. Perkara luar biasa yang dikeluarkan oleh orang kafir, ahli maksiat dan ahli silap mata, tidak ada kaitan dengan kedudukan iman.

Konsep kewalian telah lama mengelirukan umat Islam. Pengagungan kewalian cara sufi dan pengabaian kewalian cara kenabian telah lama menguasai pemikiran mereka. Fahaman wahdatul wujud, isu bersatu dengan Tuhan, pengguguran taraf kehambaan dan tidak mengambil berat kepada peraturan syariat telah dikaitkan kewalian. Kekeliruan ini sudah sangat jauh mengheret umat Islam. Ia mesti diperbetulkan dengan cara menyebarkan konsep kewalian yang sebenar, yang bersesuaian dengan ajaran al-Quran dan as-Sunah. Perlu difahamkan bahawa wahdatul wujud adalah kesan sampingan yang bersifat sementara yang dialami oleh wali sufi yang masih di dalam perjalanan. Jika dia menetap pada kewalian sufi kesan tersebut akan berpanjangan. Jika dia masuk kepada kewalian yang lebih sempurna, iaitu kewalian cara kenabian, kesan itu akan hilang. Dia akan kembali kepada syariat dengan penuh keyakinan. Wali yang sampai kepada cara kenabian adalah lebih benar dan lebih tinggi kedudukannya. Wali cara kenabian bersungguh-sungguh dalam kehambaan, mematuhi peraturan syariat dengan sepenuh jiwa raga mereka. Mereka kuat melakukan ibadat, bertakwa dan beramal salih.

Oleh kerana Islam mencakupi segala bidang maka Allah s.w.t mendatangkan wali-Nya dalam segala bidang juga. Dalam Islam ada fardu ain dan fardu kifayah. Jika tidak ada seorang pun orang Islam yang menunaikan fardu kifayah dalam sesuatu perkara maka kesemua orang Islam menanggung kesalahannya. Begitu juga jika tidak ada seorang pun wali yang melibatkan diri dalam fardu kifayah maka kesemua wali menanggung kesalahannya. Tuhan tidak berkehendak yang demikian berlaku kepada wali-wali-Nya. Oleh itu Tuhan mendatangkan wali dalam segala bidang. Ada wali yang dikhususkan dalam bidang pentadbiran negara, sebagaimana Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s mewakili kenabian dalam bidang tersebut. Ada wali yang dikhususkan dalam bidang pengurusan pertanian sebagaimana Nabi Yusuf a.s mewakili kenabian dalam bidang tersebut. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain yang memberi manfaat kepada umat manusia dan makhluk Allah s.w.t. Nabi Isa a.s mengambil bahagian dalam bidang perubatan, Nabi Nuh a.s dalam bidang pertukangan, Nabi Musa a.s dalam bidang penternakan dan Nabi-nabi yang lain juga ada bidang kegiatan masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w merupakan Nabi yang paling aktif di dalam kegiatan kehidupan harian. Baginda s.a.w pernah memasuki bidang penternakan dan perniagaan. Baginda s.a.w adalah juga pemerintah angkatan perang dan pemimpin agung negara. Baginda s.a.w adalah seorang mufti dan hakim. Ilmu baginda meliputi segala bidang ilmu yang diketahui oleh manusia. Baginda s.a.w mengajarkan ilmu alam, astronomi, kaji hayat, kedoktoran, sains, sejarah, siasah dan lain-lain. Tidak akan ada lagi seorang manusia yang mampu menguasai semua bidang dan semua ilmu seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Manusia lain hanya dikhususkan dalam satu atau beberapa bidang sahaja. Golongan khusus itu adalah wali-wali yang dibekalkan dengan pengetahuan dalam bidang berkenaan. Baik Nabi mahu pun wali yang menceburi sesuatu bidang pengkhususan tersebut, mereka melaksanakan tugas mereka selaras dengan peraturan Allah s.w.t. Kegiatan harian tidak menyebabkan urusan ibadat mereka tertinggal. Inilah perbezaan besar di antara wali yang menceburi bidang kehidupan harian dengan orang lain yang berada dalam bidang yang sama. Seorang wali yang menceburi bidang ekonomi mampu menegakkan sistem perekonomian Islam di tengah-tengah berbagai-bagai sistem ekonomi dunia.

Para ilmuan Islam haruslah menyedarkan umat Islam mengenai kewalian. Tokoh-tokoh ilmu yang menghiasai lembaran sejarah Islam haruslah dikaji dengan mendalam apakah tidak mungkin mereka adalah wali-wali yang dikhususkan dalam bidang berkenaan. Orang-orang yang lebih jelas kewalian dan kekhalifahan mereka seperti Imam Syafi’’e, Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Hanbali dan lain-lain, hendaklah ditonjolkan sebagai wali sebagaimana layaknya, supaya kewalian mereka boleh dicontohi dan tidaklah orang ramai beranggapan hanya orang sufi sahaja yang menjadi wali.

Wednesday, April 11, 2012

Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan
(Pentingnya Peranan Pemuda Bani Tamim)




"Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. dia berkata, ketika kami berada ‘di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dan kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Beliau menjawab, “Kami ahlul bait telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat lebih utama dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyinggkiran sepeninggalku kelak sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya, hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dan kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan. Sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. (riwayat Abu Daud, Al Hakim At Tarmidzi, Ibnu Majjah, lbnu Hibban, Abu Nu’aim, lbnu ‘Asakir, Ibnu‘Adli, Adh Dhahabi, Abu Asy Syeikh)

“Dan Ibnu Umar r.a. bahwa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali telah bersabda: “Akan keluar dan sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (Imam Mahdi) . Maka apabila kamu menyakini yang demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim. Sesungguhnya dia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.”(Riwayat At Thabrani)
Berdasarkan hadits di atas jelaslah bahwa kebangkitan Islam di akhir zaman terjadi di tangan seorang pemuda dan Bani Tamim. Bani Tamim adalah salah satu cabang dan kabilah Quraisy. Yakni pemuda yang dikatakan akan menyerahkan panji-panji hitam kepada Imam Mahdi. Dengan kata lain perjuangan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi berkait erat dan sambung-menyambung.Pemuda Bani Tamim ibarat switch, sedangkan Imam Mahdi sebagai lampunya. Apabila switch tidak ditekan, maka lampu tidak akan menyala. Artinya Imam Mahdi belum akan ‘zahir’ bila Pemuda Bani Tamim belum membuat tapaknya.

Pemuda Bani Tamim merintis jalan kemudian disambung oleh Imam Mahdi yang akan menegakkan Ummah. Perjuangan dua orang pemimpin ini seperti perjuangan Nabi Harun as. dan Nabi Musa as, yakni berjuang bersama dalam satu zaman dengan mind dan metode yang sama. Kalau diibaratkan orang yang sedang membangun rumah, maka Pemuda Bani Tamim adalah orang yang membangunkan pondasi rumah itu. Untuk membangun rumah yang kokoh tentulah pondasinya harus kuat. Imam Mahdi bertugas membangun rumah tersebut, melengkapinya dengan dinding, atap, pintu, jendela, lantai dan sebagainya. Sedangkan Nabi Isa berperan untuk menyempumakan rumah itu, mengisi dengan perabot, menata, serta menghiasinya dengan seindah mungkin. Demikianlah gambaran peranan tiga orang pemimpin besar kurun ini.
Mengingat pentingnya peranan Pemuda Bani Tamim sudah sepatutnya umat Islam berusaha mencarinya agar dapat dalam kebenaran serta ikut berperan dalam perjuangannya. Bersamanya kita akan mendapat keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Tetapi tidak tertutup peluang bagi setiap pemimpin yang memiliki cita-cita Islam yang tinggi atau pun bagi para ulama yang merasa dirinya mampu, yang dapat berusaha menjadikan dirinya Pemuda Bani Tamim, siapa tahu dia adalah Pemuda yang disabdakan. Seperti halnya para sahabat berlomba-lomba untuk membuktikan sabda Rasulullah SAW bahawa konstantinopel akan jatuh ditangan pemimpin yang baik, dengan harapan di tangan merekalah terjadinya janji itu.
Oleh kerana itu, siapa pun dipersilakan untuk merebut peluang ini. Tidak salah dan tidak keterlaluan bila seseorang berlomba-lomba membuktikan dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim selagi tanda-tanda besarnya belum terjadi. Bahkan sepatutnya begitu supaya kita sensitif dan serius terhadap setiap janji-janji Allah.
Namun sekiranya kita mampu untuk mencapai cita-cita yang amat tinggi itu kita mesti melihat dan mencari kalau ada orang lain yang mampu dan memang sedang bersungguh-sunguh merintis jalan. Bila ternyata ada seseorang pemimpin dan jemaahnya yang telah mampu membuat model masyarakat Islam, maka bergabunglah dengan perjuangannya dan jangan tunda-tunda lagi.



PEPERANGAN AKHIR ZAMAN DAN HUBUNG KAIT HURU HARA POLITIK MALAYSIA MENGGIKUT PANDANGAN AHLI HAKIKAT DAN ATSAR YANG DIRIWAYAT KAN OLEH SAYIDINA ABU HURAIRAH, SAYIDINA IBNI ABBAS DAN SAYIDINA ALI BIN ABI THALIB..
PEPERANGAN AKHIR ZAMAN DAN HUBUNG KAIT HURU HARA POLITIK MALAYSIA MENGGIKUT PANDANGAN AHLI HAKIKAT DAN ATSAR YANG DIRIWAYAT KAN OLEH SAYIDINA ABU HURAIRAH, SAYIDINA IBNI ABBAS DAN SAYIDINA ALI BIN ABI THALIB..
(Perlu dibaca hingga akhir untuk fahamam)
Sebelom kita membicarakan tentang Sejarah yang berlaku dan rentetan Peristiwa dunia yang akan dikaitkan dengan huru hara di Malaysia…mari kita lihat sepintas lalu akan kejadian yang menimpa…
Perang saraf (ideologi), perang mulut (caci mencaci), debat (hujah menghujah), fitnah (sebaran bathil) sehingga lah Demonstrsi Jalanan (kemuncak Penderhakaan) pada 9 Julai 2011 jelas memaparkan bahawa Hakikat huru hara telah bermula dan wujud dibumi Malaysia….Pergaduhan Puak dan Kumpulan samada kumpulan politik (UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain) dan juga badan bebas NGO seperti (PERKASA, BERSIH, PATRIOT samada berdaftar atau pun tidak dan apa saja yang di panggil) jelas telah mengZahir kan Rangkaian Sejarah dan samaran Peristiwa Peperangan Akhir Zaman…Wallahwaalam...
Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai hadis di bawah dan ada juga yang mungkin tidak pernah tahu. Bagi yang tak pernah tahu, kini anda semua akan tahu. Kemungkinan Hadis ini akan buatkan anda mengeletar dan rasa seram sejuk.
Hadis ini dipetik dari sahabat Rasulullah SAW yang mulia iaitu Abu Hurairah R.A:"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.
Dan Ini adalah Atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.
Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.
Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}
Huraiannya adalah seperti berikut :
Nama-nama Tokoh dunia yang besar dan bercita-cita besar tetapi penuh dengan Nafsu Amarah berserta Tamak Haloba telah di ketahui … Hitler (German) Anwar Sadat (Mesir) Sadam Hussain (Iraq ataupun Syam) dan akhir nya disebabkan perlakuan mereka maka kuasa-kuasa besar telah hancurkan keseluruhan Negara dan akhirnya Rakyat dan mereka yang tak berdosa menjadi mangsa….Pengebomam dan di serang dari laut,darat dan udara oleh Negara Perikatan (disebut dalam Atsar diatas Negeri bersalju/salji dan kaya)
Oleh yang demikian maka Kaji lah watak-watak mereka yang terlibat dan peristiwa yang dibangkit kan oleh mereka yang terlibat adakah mereka telah mencetus kan huru hara sehingga boleh menggundang kuasa-kuasa asing untuk campur tangan atau adakah mereka telah berkomplot dengan Bukan Islam untuk mendapat kuasa diBumi Islam…..cari jawapan nya…!!!
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.
Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.
Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.
Jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda dan keluarga anda, sebarkanlah..
Psst….Pewaris Wasiat pun dah pening…….!!!! Kena cari Imam Akhir Zaman tuuuu….
Wallahualam...
Sumber:
1.Hadith riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik..adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3.Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51

-----------------------------------------------------------------------

BLOG PEWARIS WASIAT (UNTUK RENUNGAN BERSAMA)